pembiakan tumbuhan secara seks
TRANSCRIPT
PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA
SEKS
DEFINISI PEMBIAKAN SEKS :
Pembiakan yang melibatkan persenyawaan
gamet jantan & gamet betina untuk membentuk
zigot.
KELEBIHAN PEMBIAKAN SEKS :
Biji benih mudah diperolehi.
Boleh dibiakkan dalam kuantiti yang banyak.
Pokok mempunyai akar tunjang.
KEKURANGAN PEMBIAKAN SEKS :
Tidak semua tumbuhan mengeluarkan biji benih.
Ciri – ciri pokok induk tidak diwarisi sepenuhnya.
Pertumbuhan tidak sekata.
Lambat mencapai tahap matang.
MERAWAT BIJI BENIH
Biji benih perlu dirawat sebelum disimpan/disemai untuk mengelakkan serangan kulat dan serangga.
Biji benih dirawat dengan cara menggaulkannya dengan racun serangga dan kulat dalam bentuk debu.
MENYEDIAKAN MEDIUM SEMAIAN
Gunakan medium campuran John Innes untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik.
2 : 1 : 1 iaitu 2 bahagian tanah loam : 1 bahagian bahan organik : 1 bahagian pasir sungai.
PENYEDIAAN KOTAK SEMAIAN
Tutup lubang saliran dengan serpihan pasu/batu bagi mengelakkan medium semaian mengalir keluar semasa menyiram.
Isikan campuran medium ke dalam kotak semaian sehingga 2-3 cm dari permukaan kotak semaian.
Ratakan permukaan medium & buat alur penanaman jika perlu.