pembentukan malaysia

Upload: peiq-johansson

Post on 19-Jul-2015

404 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pada 27 Mei 1961, semasa berucap dalam satu majlis bersama Persatuan Wartawan Luar Asia Tenggara di Singapura, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan idea pembentukan Malaysia. Negerinegeri yang dicadangkan ialah Tanah Melayu, Sarawak, Sabah,

Singapura dan Brunei. Mempercepatkan kemerdekaan

Pihak British hanya memberikan kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei jika negeri-negeri tersebut bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Persekutuan Malaysia.

Memajukan sosioekonomi

Gabungan negeri dalam Persekutuan Malaysia menyebabkan jumlah penduduk bertambah. Oleh itu, pasaran barangan akan mendapat permintaan lebih tinggi.

Keselamatan dan kestabilan Negara Kemasukan Singapura dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dapat mengatasi penyebaran fahaman komunis.

Keseimbangan kaum Jumlah penduduk bumiputera dan bukan bumiputera dapat diseimbangkan.

Bagi menjayakan usaha untuk membentuk Persekutuan Malaysia, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini bertanggungjawab memberikan penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia. Selain itu, Suruhanjaya Cobbold pula ditubuhkan bagi meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah untuk menyertai gagasan Malaysia.

Pembentukan Malaysia telah dapat dijayakan dengan sumbangan tokoh-tokoh yang berwibawa. Gambar di bawah menunjukkan tokoh-tokoh yang menjayakan Malaysia.1) Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, wakil Persekutuan Tanah Melayu dan merupakan Perdana Menteri.

2) Tun Datu Mustapha bin Datu Harun, wakil Sabah dan pemimpin parti USNO.

3) Tun Fuad Stephens, wakil Sabah dan pemimpin parti UNKO.

4) Lee Kuan Yew, wakil Singapura dan merupakan Perdana Menteri.

5) Temenggong Jugah anak Barieng, Pada 9 Julai 1963, Perjanjian wakil Sarawak dan pemimpin Persekutuan Malaysia telah parti PESAKA. ditandatangani di London oleh pemimpin Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura dengan pihak British. Oleh itu, Persekutuan Malaysia secara rasmi telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Namun dua tahun selepas itu, iaitu pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia.

Dokumen Pemasyhuran Malaysia

. 27 Mei 1961 Idea awal pembentukan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan untuk memberikan penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah. Februari 1962 Penubuhan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau pendapat penduduk Sarawak dan Sabah. Mereka bersetuju menyertai Malaysia. September 1962 Referendum diadakan di Singapura. Penduduk Singapura bersetuju menyertai Malaysia. e 9 Julai 1963 Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di London.

.

16 September 1963 Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan pembentukan Persekutuan Malaysia.

1.Perjanjian Perseketuan Malaysia telah ditandatangani di London pada 9 Julai 1963 dengan pihak British. 2. Pemimpin-pemimpin yang terlibat terdiri daripada wakil Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. 3. Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi pada 16 September 1963. 4. Bagaimanapun, Singapura telah dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

5. Negeri yang berada dalam Persekutuan Malaysia ialah Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.