pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm...

23
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM TINGKATAN 4 – IKATAN IONIK THENMALAR A/P SHUNMUGAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trinhthien

Post on 03-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM

TINGKATAN 4 – IKATAN IONIK

THENMALAR A/P SHUNMUGAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

i

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM

TINGKATAN 4 – IKATAN IONIK

THENMALAR A/P SHUNMUGAM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : _______________________________

Nama Penulis : THENMALAR A/P SHUNMUGAM

Tarikh : 10 MAC 2004

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

iii

Specially dedicated to my beloved……

mum, brother and sister

and

not to be forgotten my one and only beloved friend

and

my friends..

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

iv

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan rahmat

dan limpahNya dapat saya sempurnakan projek ini bagi memenuhi syarat mendapat

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).

Dengan ikhlasnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada penyelia projek,

P.M. Haji Aziz b. Nordin di atas tunjuk ajar, pandangan, bimbingan, perbincangan

dan sokongan dalam segala bentuk sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada guru-guru sekolah dan para pelajar

yang telah memberikan kerjasama dalam membuat penilaian perisian ini.

Tidak ketinggalan juga penghargaan buat pihak keluarga yang banyak

mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu

saya dalam memberikan motivasi dan buah fikiran untuk meneruskan projek ini

sehingga ke akhirnya.

Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan projek ini.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

v

ABSTRAK

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

menyebabkan pendekatan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) amat

digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembinaan

perisian PBK yang bertajuk Ikatan Ionik bagi mata pelajaran Kimia KBSM

Tingkatan 4 ini bertujuan untuk menambahkan bahan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer dalam versi Bahasa Melayu yang menepati sukatan pelajaran

yang terbaru. Perisian ini dapat membantu pelajar dalam menjalani proses

pembelajaran kendiri dan ciri interaktif menggalakkan pelajar terlibat secara aktif

dalam meneroka keseluruhan perisian ini. Penggunaan grafik yang menarik beserta

dengan gabungan antara animasi, audio dan video boleh menarik minat pelajar dan

membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik Ikatan Ionik. Perisian PBK

ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.0 sebagai perisian

utama dan perisian-perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Macromedia

Flash 5.0, Adobe Premier 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0

dan ACD See 32. Perisian ini telah dinilai oleh pelajar dan guru sekolah, hasilnya

didapati bahawa penguasaan pelajar dalam topik Ikatan Ionik adalah lebih baik

selepas menggunakan perisian berbanding sebelum menggunakan perisian.

Manakala, para guru berpendapat bahawa perisian PBK ini sangat sesuai

diaplikasikan di kalangan pelajar memandangkan ia mampu menarik minat pelajar

terhadap mata pelajaran Kimia.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

vi

ABSTRACT

The development in Information and Communication Technology (ICT) has

made the Computer Aided Learning (CAL) became a supportive method in teaching

and learning process in school. This CAL software entitled Ionic Bonding for Form

Four Chemistry KBSM is aimed to add the number of computer software in Malay

version that suits the latest syllabus design. It is hoped that this software would help

the students in self access learning, and the interactive element encourages the

students to participate actively in exploring this software. The use of attractive

graphics with the combination of animation, audio and video can attract the students’

interest and help them to understand more on Ionic Bonding. This CAL software is

developed by using an authoring software, which is the Macromedia Authoware 6.0

as the main software and are supported by other software such as Adobe Photoshop

6.0, Macromedia Flash 5.0, Adobe Premier 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry

Sound Forge 6.0 and ACD See 32. This software has been evaluated by school

students and teachers, as a result the students achievement in Ionic Bonding topic is

better after using this software. Meanwhile, the teachers think that CAL method is

very suitable to be applied among the students since it can attract the students’

interest in Chemistry.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Status

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul i

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xi

Senarai Jadual xii

Senarai Lampiran xiii

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.4.1 Objektif Projek 5

1.4.2 Objektif Perisian 6

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Skop Projek 8

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

viii

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Perisian 9

1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9

1.8.3 Multimedia 9

1.8.4 Ikatan Ionik 9

BAB II SOROTON PENULISAN 10

2.1 Pengenalan 10

2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10

2.2.1 Klasifikasi PBK 12

2.3 Kelebihan Penggunaan Komputer

Dalam Pendidikan 12

2.3.1 Menyokong pembelajaran kendiri

dengan maklum balas yang cepat 12

2.3.2 Komputer dapat membantu

menyelesaikan masalah guru

dalam pengajaran 13

2.3.3 Maklum balas serta-merta 13

2.3.4 Menarik dan menyeronokkan 13

2.3.5 Komputer boleh menangani

ledakan maklumat 14

2.3.6 Mudah alih 14

2.3.7 Pengajaran berulang kali 14

2.3.8 Penglibatan deria yang lebih

daripada satu 14

2.4 Jenis-jenis PBK 15

2.4.1 Tutorial 15

2.4.2 Latih Tubi 15

2.4.3 Simulasi 16

2.4.4 Permainan 16

2.4.5 Penyelesaian Masalah 17

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

ix

2.5 Kepentingan Penggunaan Perisian

PBK dalam Pendidikan 17

2.6 Takrif Multimedia 18

2.6.1 Elemen-elemen Dalam

Multimedia 19

2.6.1.1 Teks 20

2.6.1.2 Grafik 20

2.6.1.3 Animasi 20

2.6.1.4 Audio 21

2.6.1.5 Video 21

2.7 Pendidikan Melalui Multimedia 21

2.8 Keberkesanan Multimedia Dalam

Pendidikan 23

BAB III METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK 25

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Fasa Analisis 25

3.2.1 Matlamat Projek 26

3.2.2 Matlamat Perisian 26

3.2.3 Kumpulan Sasaran 26

3.2.4 Pemilihan Topik Pengajaran 27

3.2.5 Pembahagian Isi Pelajaran 27

3.2.6 Pemilihan Perkakasan, Alat

Pengarang Dan Perisian

Sokongan 27

3.2.6.1 Perkakasan 28

3.2.6.2 Alat Pengarang 28

3.2.6.3 Perisian Sokongan 30

3.3 Fasa Rekabentuk 31

3.3.1 Menentukan Cara Perlaksanaan 31

3.3.2 Membina Carta Alir 32

3.4 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 32

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

x

3.5 Fasa Penilaian 34

BAB IV HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Kaedah Memainkan Perisian 36

4.3 Kandungan Perisian 37

4.3.1 Permulaan Perisian 37

4.3.2 Paparan Menu Utama 38

4.3.3 Modul Pengenalan 39

4.3.4 Modul Tutorial 40

4.3.5 Modul Latihan 41

4.3.5.1 Soalan Objektif 42

4.3.5.2 Soalan Subjektif 43

4.3.6 Paparan Keluar 44

4.4 Penilaian Perisian 45

4.4.1 Penilaian oleh Guru 46

4.4.2 Penilaian oleh Pelajar 47

BAB V PENUTUP 51

5.1 Pengenalan 51

5.2 Perbincangan 51

5.2.1 Pembangunan Perisian 51

5.2.2 Penilaian Perisian 52

5.3 Rumusan 53

5.4 Cadangan 54

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 56

LAMPIRAN 60

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Perisian Macromedia Authoware 6.0 30

3.2 Carta Alir Perisian PBK 33

4.1 Paparan Masukkan Nama 38

4.2 Paparan Selamat Datang 38

4.3 Paparan Objektif Perisian 38

4.4 Paparan Fungsi Ikon 38

4.5 Paparan Menu Utama 39

4.6 Paparan Pengenalan 40

4.7 Paparan Tutorial 41

4.8 Paparan Kandungan Tutorial 41

4.9 Paparan Latihan 42

4.10 Paparan Kandungan Latihan 42

4.11 Paparan Soalan Objektif 43

4.12 Paparan Jawapan Salah 43

4.13 Paparan Jawapan Betul 43

4.14 Paparan Markah 43

4.15 Paparan Soalan Subjektif 44

4.16 Paparan Kepastian Keluar 45

4.17 Paparan Terima Kasih 45

4.18 Paparan Penghargaan 45

4.19 Paparan Pengenalan Pembangun 45

4.20 Perbandingan Keputusan Antara Pre-test 50

dan Pos-test

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Perisian-perisian sokongan yang digunakan

dalam proses pembangunan projek 30

4.1 Jadual menunjukkan peratusan guru yang

memberikan pendapat daripada perisian yang

dinilai 46

4.2 Jadual menunjukkan peratusan pelajar

yang menjawab dengan betul dalam ujian

pre-test 48

4.3 Jadual menunjukkan peratusan pelajar

yang menjawab dengan betul dalam ujian

pos-test 49

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Huraian Sukatan Mata Pelajaran Kimia

KBSM 60

B Soalan Pre-Test 62

C Soalan Pos-Test 67

D Borang Penilaian Guru 71

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains dan teknologi telah menjadi satu aset dalam kemajuan sesebuah negara

dan diberi perhatian umum sejak bermulanya era perkomputeran. Dalam keghairahan

menuju ke era ini, pelbagai ciptaan dan teknologi baru telah dihasilkan di seluruh

dunia. Kemajuan sains dan teknologi menyaksikan segala urusan yang rencam dapat

diselesaikan dengan cepat dan mudah.

Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan perhatian mereka ke

bidang sains dan teknologi, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dengan

mengambil peluang untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin

pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, Singapura telah menetapkan

matlamat IT2000 dengan menjadikan negara tersebut sebagai sebuah Pulau Bistari

atau “intelligent island” menjelang tahun 2000.

Dalam hal ini, Malaysia turut tidak ketinggalan. Pihak kerajaan telah

mengambil banyak inisiatif untuk meningkatkan literasi ICT (Information and

Communications Technologies) di kalangan masyarakat Malaysia (Jonathan, 2002).

Di samping itu, Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) atau

ringkasnya MSC telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad semasa

merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb. Ogos 1996. Pengumuman ini

secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia

multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi era

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

2

teknologi maklumat ini. Pembabitan syarikat-syarikat Malaysia dalam 14 daripada 32

projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif e-Asean membuktikan kejayaan dasar

kerajaan ke arah membawa Malaysia serta syarikat tempatan ke era teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) (Berita Harian ; 3 Julai 2003).

Lanjutan daripada usaha tersebut, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan

pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi

komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari

dilaksanakan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara

menyeluruh (systematically) dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta

pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.

Twigg (1993) menyatakan bahawa,

“if we anticipate a future when more students need more learning, there is

only one way to meet the need without diminishing the quality of the students’

learning experience : We must change the way we deliver education.”

Kini, peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

semakin berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah

eksposisi berubah menjadi pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan

eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang

pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka

belajar secara akses sendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan

kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang digunakan oleh guru untuk

menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran ini

ialah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran (Lai Kim Leong,

2002). Seperti kata Lagowski (1998),

“This new technology promises more than just improvement in educational

productivity ; it has the potential also to change qualitively the nature of

learning itself.”

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

3

Multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era teknologi

maklumat. Ia dianggap sebagai “edutainment” (education entertainment) dan

“infotainment” (information entertainment). Multimedia merupakan rangsangan

kepada perubahan dalam proses pengajaran berbanding dengan kaedah pengajaran

tradisi. Pengajaran boleh berubah menjadi panduan atau mentor dengan maklumbalas

secara interaktif daripada hanya berfungsi sebagai pembekal maklumat asas dan

pemahaman sahaja. Dengan adanya teknologi multimedia, ia berkemungkinan

mencipta sekolah virtual dan sekolah global bagi aplikasi jarak jauh.

1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Whitnell, et al. (1994), kebanyakan bidang Kimia adalah berbentuk

tiga dimensi dan dinamik, di mana ia memerlukan kefahaman yang abstrak. Kedua-

dua ciri ini menyebabkan subjek Kimia agak sukar dipersembahkan dalam buku teks

atau pengajaran guru. Penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran dan

pembelajaran Kimia tidak dapat menjamin pemahaman serta penguasaan para pelajar

dalam bidang Kimia dengan sepenuhnya. Jones dan Smith (1993) menyatakan

bahawa,

“We need teaching techniques that will allow students more control over the

pacing of instruction, require them to participate more actively in the

instruction, give them better feedback on their learning and make more

efficient use of their time.”

Kini, dengan terlaksananya projek Sekolah Bestari, hampir semua sekolah di

Malaysia mula menggunakan komputer sebagai salah satu bahan bantu mengajar

yang utama. Tidak ketinggalan juga pengaplikasian komputer dan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran Kimia. Program-program multimedia yang disediakan

menggunakan komputer dengan gabungan elemen-elemen seperti grafik, audio,

video dan animasi telah menukarkan kaedah pengajaran Kimia ke arah yang lebih

menarik. Para pelajar berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran

Kimia dengan adanya perisian multimedia yang berbentuk interaktif ini.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

4

Walau bagaimanapun, penggunaan PBK (Pembelajaran Berbantukan

Komputer) dalam Kimia masih dalam tahap yang minimum disebabkan kebanyakan

pendidik Kimia lebih berminat untuk menggunakan kaedah pengajaran tradisional.

Ini kerana mereka menganggap penggunaan PBK memerlukan penguasaan yang

tinggi dalam bidang perkomputeran dan penyediaan perisian bagi topik-topik Kimia

mengambil masa yang panjang. Mengikut pendapat Bell et al. (1998),

“CAL won’t replace lectures or lecturers and requires an investment in

hardware and software as well as time.”

Di samping itu, kebanyakan perisian multimedia yang terdapat di pasaran

berbentuk perbincangan secara teori bagi topik-topik dalam Kimia dan kurang

menyediakan aktiviti yang memerlukan penglibatan pelajar, contohnya ruangan

latihan pengukuhan. Ini jelas menunjukkan masih wujud masalah kekurangan

perisian yang serba lengkap dan pembangun-pembangun perisian yang terlibat secara

langsung dalam pendidikan.

1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula

dengan pelaksanaan program kelab komputer melalui kegiatan ko-kurikulum di

sekolah-sekolah pada tahun 1980-an. Mulai tahun 1995, Kementerian Pendidikan

Malaysia telah memperkenalkan program Komputer dalam Pendidikan dengan

memberi penekanan kepada empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Sains dan Matematik. Pendidik-pendidik mata pelajaran berkenaan dilatih

menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun

1996, Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan untuk menjadikan mata

pelajaran Literasi Komputer sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian di

peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Lagowski (1998) menyatakan bahawa,

“Many teachers started to develop educationally oriented applications for

courses in the chemistry curriculum, most often general chemistry.”

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

5

Usaha-usaha ini menunjukkan bahawa pihak sekolah berusaha untuk

mengintegrasikan komputer bukan sahaja dalam pengurusan sekolah, malah dalam

setiap mata pelajaran di sekolah. Bagi merealisasikan hasrat ini, lebih ramai

pembangun perisian yang pakar dan berpengetahuan tinggi diperlukan. Para pendidik

dilatih menggunakan komputer, tetapi agak kurang antara mereka yang menceburkan

diri dalam pembinaan perisian pembelajaran yang berkualiti tinggi.

Projek ini adalah satu usaha ke arah menghasilkan perisian multimedia bagi

mata pelajaran Kimia yang serba lengkap dan bersesuaian dengan sukatan pelajaran

dan kumpulan sasarannya. Topik Ikatan Ionik merupakan suatu topik yang abstrak

dan sukar dilihat. Ia sukar untuk dipelajari terus daripada buku tanpa sebarang

demonstrasi. Maka, PBK ini dapat membantu menjadikan topik Ikatan Ionik lebih

konkrit dan menarik. Di samping itu, ia dapat menambahkan koleksi perisian mata

pelajaran Kimia di pasaran dan pada masa yang sama menambahkan alternatif bahan

bantu mengajar di sekolah.

1.4 Objektif 1.4.1 Objektif Projek

i. Menghasilkan sebuah perisian PBK multimedia bagi topik Ikatan

Ionik dalam Bab Ikatan Kimia, mata pelajaran Kimia Tingkatan 4

mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang terbaru.

ii. Menjalankan penilaian ke atas perisian yang dihasilkan bagi

mengetahui kesesuaian perisian dari persepsi guru dan juga pelajar-

pelajar Tingkatan 4.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

6

1.4.2 Objektif Perisian

i. Mendedahkan konsep Ikatan Ionik kepada pelajar dengan kaedah

yang lebih menarik bagi menambahkan minat pelajar terhadap topik

ini.

ii. Menunjukkan mekanisme pembentukan ikatan ionik dengan bantuan

elemen animasi bagi memudahkan pemahaman pelajar.

iii. Memberikan peluang kepada pelajar untuk menguji kefahaman

mereka terhadap topik yang diperbincangkan dalam perisian menerusi

modul Latihan yang disediakan.

iv. Menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif

bagi menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam

pembelajaran.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Ikatan Kimia merupakan salah satu bab dalam mata pelajaran Kimia, di mana

penguasaan bab ini memerlukan daya imaginasi dan pemahaman yang tinggi. Hal ini

disebabkan dalam topik Ikatan Ionik, ia melibatkan kefahaman yang abstrak seperti

pergerakan elektron dari satu struktur atom ke struktur atom yang lain. Tindak balas

yang terlibat turut melibatkan perubahan dari segi struktur atom. Sekiranya para

pendidik menggunakan kaedah penerangan atau kaedah pengajaran secara tradisional

untuk menjelaskan perubahan ini, berkemungkinan besar pelajar tidak dapat

memahami konsep pemindahan elektron dengan jelas.

Maka, dengan terbinanya perisian PBK ini, para pelajar berpeluang untuk

mendalami konsep dan pembentukan ikatan ionik dengan lebih mudah dan menarik.

Lebih-lebih lagi, perisian PBK yang dibangunkan ini membincangkan topik Ikatan

Ionik secara khusus. Perisian ini akan memberikan penjelasan yang mendalam

tentang konsep dan pembentukan ikatan ionik, yang mana dapat membantu pelajar

dalam pembelajaran mereka. Para pelajar dapat melihat dengan sendiri bagaimanakah

proses pergerakan elektron dan perubahan struktur atom berlaku dalam pembentukan

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN … · komputer (pbk) dalam mata pelajaran kimia kbsm tingkatan 4 – ikatan ionik thenmalar a/p shunmugam ... bab perkara muka surat

7

ikatan ionik memandangkan perisian multimedia yang dihasilkan ini turut

menggabungkan elemen animasi. Sekiranya pelajar masih tidak dapat menguasai

pelajaran yang disampaikan daripada perisian, mereka berpeluang untuk

mempelajarinya sekali lagi, dengan cara memainkan perisian ini semula.

1.6 Kepentingan Projek Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu perisian Pembelajaran

Berbantukan Komputer (PBK) yang berasaskan kepada ciri-ciri multimedia, mesra

pengguna (user friendly), mempunyai aspek nilai-nilai murni dan sesuai digunakan

bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Kimia. Perisian ini

merangkumi topik Ikatan Ionik di dalam Bab Ikatan Kimia, berpandukan sukatan

pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Diharapkan pengaplikasian perisian PBK ini dalam pembelajaran topik Ikatan

Ionik dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan adanya gabungan unsur-unsur animasi, grafik, audio, teks dan video dalam

perisian ini, pemahaman terhadap topik yang diperbincangkan dapat diperkukuhkan.

Penggabungan lima unsur ini bukan sahaja menjadikan perisian multimedia lebih

interaktif, malah melibatkan penggunaan deria yang lebih dari satu. Menurut

Baharuddin, Rio dan Manimegalai (2001), penggunaan deria yang lebih daripada

satu boleh memastikan bahawa pelajaran yang dipelajari dapat diingati dan tidak

menjemukan. Tambahan pula, perisian ini dapat memberikan pengalaman dan

suasana pembelajaran yang baru kepada para pelajar, di mana ia dapat meningkatkan

minat pelajar terhadap topik Ikatan Ionik.

1.7 Skop Projek Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dihasilkan ini

memberikan fokus kepada topik Ikatan Ionik, yang mana merupakan subtopik

daripada Bab Ikatan Kimia dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 mengikut