pembangunan perisian pembelajaran berbantukan …€¦ · komputer (pbk) bagi topik bulatan...

21
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME NURUL SHUHADAH BT ABDUL RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 13-Nov-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN

TEORI KONSTRUKTIVISME

NURUL SHUHADAH BT ABDUL RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

� Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ����

JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN

KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK

TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NURUL SHUHADAH BINTI ABDUL RAHMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (� )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

__________________________ ____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

LOT 1643, LORONG SELAYANG, EN MEGAT AMAN ZAHIRI MGT ZAKARIA

KG SAUJANA, Nama Penyelia

22110 SETIU,

TERENGGANU.

Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009

����

Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………………....

Nama Penyelia : En Megat Aman Zahiri Mgt Zakaria

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

(PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN

TEORI KONSTRUKTIVISME

NURUL SHUHADAH BT ABDUL RAHMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

ii

“Saya akui bahawa kajian bertajuk ‘Pembangunan Perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK) bagi Topik Bulatan Matematik Tingkatan 2 berasaskan Teori

Konstruktivisme’ ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : …………………………………....

Nama Pelajar : Nurul Shuhadah binti Abdul Rahman

Tarikh : 23 APRIL 2009

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

iii

DEDIKASI

Sekalung budi…

Buat penyeliaku Encik Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria

yang disanjungi,

Pensyarah-pensyarah Jabatan Multimedia Fakulti Pendidikan

yang pernah mendidikku secara langsung dan tidak langsung

dan semua pensyarah

Universiti Teknologi Malaysia yang pernah membimbing dan

memberi tunjuk ajar,

jasa kalian amat berharga buatku…

Terima kasih atas segala-segalanya…

Buat Ayahanda dan Bonda tercinta…

Ab Rahman bin Ahmat & Rafiah bt Omar

Terima kasih di atas segala kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan

Hanya Allah yang dapat membalasnya

Buat abang-abang dan adik-adik yang disayangi…

dan juga rakan-rakan seperjuangan…

Terima kasih atas dorongan dan doa kalian membuahkan kejayaan buat diriku

Semoga Allah memberkati hidup kalian

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

iv

PENGHARGAAN

Segala pujian bagi Tuhan seru sekalian, dengan ikhlas penulis ingin merakamkan

setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Megat Aman

Zahiri bin Megat Zakaria selaku penyelia yang telah membimbing dan memberi

dorongan sepanjang tempoh pembangunan perisian ini.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan juga penghargaan kepada semua

pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah memberi

dorongan serta kerjasama dalam menjayakan pembangunan perisian ini. Tidak lupa juga

kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang memberi

dorongan serta tunjuk ajar dalam menjayakan pembangunan perisian ini.

Kerjasama dari semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu pembangunan perisian ini, amatlah dihargai.

Akhirnya penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tercinta yang berada di

kampung yang sentiasa memberi dorongan dan pengharapan dalam melaksanakan

pembangunan perisian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

v

ABSTRAK

Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) merupakan satu pendekatan yang

digunakan di sekolah bagi meningkatkan mutu dan taraf pendidikan kerana ianya

merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan interaktif.

Justeru itu, pembangunan perisian bahan bantu mengajar ini bertujuan untuk

merekabentuk dan membangunkan perisian bahan bantu mengajar bagi topik Bulatan

Tingkatan 2 berasaskan teori konstruktivisme. Dalam mereka bentuk perisian ini,

strategi yang digunakan adalah kaedah tutorial dan juga berdasarkan model reka bentuk

pengajaran ADDIE bagi memberi panduan dalam membangunkan perisian multimedia

ini. Model ADDIE merangkumi 5 fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa

pembangunan, fasa perlaksanaan dan fasa penilaian. Dalam perisian ini, banyak menu

yang menarik yang dimuatkan dalam menu utama pada laman yang mampu menarik

minat pelajar. Ia dibangunkan hasil dari penggunaan Macromedia Authorware 7.0 di

mana ianya mempunyai struktur asas dan dan kandungan dalam perisian multimedia ini.

Perisian yang dibangunkan menggunakan pendekatan konstruktivisme ini memberi

peluang kepada pelajar bebas memilih subtopik yang ingin dipelajari, menjana persoalan

sendiri dan juga merancang pembelajaran masing-masing. Diharap dengan terciptanya

perisian ini, dapat membantu pelajar mendapat input yang berkesan dalam topik Bulatan

Tingkatan 2.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

vi

ABSTRACT

Computer-based learning is an approach applied in school to enhance the quality

and level of education, as it implements an interesting and interactive taching and

learning process. Therefore, this teaching aid software development is designed and

developed for teaching aid on topic of Circles for Form 2 based on constructivisme

learning theory. ADDIE design model is used as guidance to design this software with

tutorial method applied as strategy. ADDIE design model includes 5 main phases,

which are analysis phase, design phase, development phase, implementation phase and

evaluation phase. This software implement attractive menu icons on the interface to

attract students attention. The main software used to develop this educational software

is Macromedia Authorware 7.0 where includes basic functions and content on this

multimedia software. Constructivisme approaches are applied in this software enable

students to choose the subtopic that they want to learn on their own. Hopefully, the

development of this software, can generates effective input for student on topic of

Circles for Form 2.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

vii

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKASURAT

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Objektif Perisian 6

1.6 Kepentingan Projek 7

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

viii

1.7 Definisi 7

II SOROTAN KAJIAN 9

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Teori Konstruktivisme 10

2.3 Amalan Pengajaran dan Pembelajaran secara

Konstruktivisme 13

2.4 Kajian Penggunaan Komputer dalam Matematik 15

2.5 Kesukaran Pembelajaran Matematik KBSM bagi

topik Bulatan Tingkatan 2 18

III REKA BENTUK PERISIAN 20

3.1 Pendahuluan 20

3.2 Pengenalan Reka Bentuk 21

3.3 Strategi Pengajaran 22

3.3.1 Strategi Tutorial 23

3.4 Model Pembangunan 24

3.4.1 Model ADDIE 24

3.5 Penerapan Pendekatan Konstruktivisme Dalam

Reka Bentuk Perisian 30

3.6 Pemilihan Perisian 31

3.7 Perkakasan Dalam Proses Pembangunan 32

3.8 Penyebaran Perisian 33

3.9 Kesimpulan 34

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

ix

IV PEMBANGUNAN PERISIAN 35

4.1 Pengenalan 35

4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 35

4.2.1 Persembahan Permulaan 36

4.2.2 Paparan Menu Utama 37

4.2.3 Paparan Objektif Pembelajaran 38

4.2.4 Paparan Bahagian Isi Pelajaran 39

4.2.5 Paparan Menu Latihan 41

4.2.6 Paparan Glosari 42

4.2.7 Paparan Galeri 43

4.2.8 Paparan Menu Keluar 45

4.2.9 Paparan Maklumat Pembangun 46

4.2.10 Paparan Panduan Pengguna 46

4.2.11 Paparan Tambahan 47

4.2.12 Paparan Sumber Lain 48

4.3 Pempakejan Perisian 54

4.4 Kaedah dan Media Penyebaran 50

4.5 Penutup 51

V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN 52

5.1 Pengenalan 52

5.2 Masalah-masalah yang dihadapi Semasa

Proses Pembangunan 52

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

x

5.2.1 Kekangan Kepakaran 53

5.2.2 Kekangan Masa 54

5.3 Kelebihan dan Kelemahan Perisian 55

5.3.1 Kelebihan Perisian 55

5.3.2 Kelemahan Perisian 56

5.4 Cadangan-cadangan Pembaikan 57

5.5 Penutup 58

BIBLIOGRAFI 59

Lampiran A-B 63-65

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Model ADDIE 29

4.1 Montaj 41

4.2 Paparan menu utama 42

4.3 Paparan objektif pembelajaran 43

4.4 Paparan isi pelajaran 44

4.5 Paparan kandungan 45

4.6 Paparan menu latihan 46

4.7 Paparan glosari 47

4.8 Paparan galeri 48

4.9 Paparan galeri-grafik 49

4.10 Paparan menu keluar 50

4.11 Paparan maklumat pembangun 51

4.12 Paparan panduan pengguna 52

4.13 Paparan tambahan 53

4.14 Paparan sumber lain 54

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

xii

SENARAI SINGKATAN

ADDIE – Analysis Design Development Implementation Evaluation

CD – Compact Disc

CD ROM – Compact Disc-Read Only Memory

DVD – Digital Versatile Disc

ISO – International Standards Organisation

KBSM – Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

NCTM – National Council of Teacher’s of Mathematics

PBK – Pembelajaran Berbantukan Komputer

P&P – Pengajaran dan pembelajaran

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

13

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Seperti yang diketahui ramai, sekolah adalah satu institusi di mana terletaknya

tanggungjawab sebagai seorang guru dalam menyumbang ilmu dan mendidik pelajar

supaya menjadi seseorang yang memiliki ilmu pengetahuan dan berkemahiran. Dalam

arus peredaran masa, pendidikan yang berterusan sedikit sebanyak wujudnya masalah

yang dikaitkan dengan proses pengajaran yang dilaksanakan di sekolah. Proses

pengajaran yang tepat harus dititikberatkan bagi menghasilkan satu proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. Jadi, dalam hal ini, guru adalah peranan yang

paling utama untuk memastikan pengajaran bermakna berlaku.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran

berlaku sepanjang hayat seseorang manusia. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya

berusaha sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

14

pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pelbagai pendekatan dalam

pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan oleh kerana perbezaan gaya

pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke 21, yang membayangkan

kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan pembelajaran berbantukan

komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan.

Masalah yang dihadapi di kalangan guru dalam melaksanakan pengajaran mata

pelajaran KBSM ialah berkait rapat dengan cara penyampaian guru tersebut dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Cara penyampaian pengajaran guru yang

sistematik dan interaktif akan memberi kesan yang positif kepada pencapaian pelajar.

Tambahan lagi, proses pengajaran juga akan berjalan dengan lancar. Guru seharusnya

peka akan situasi sebegini lebih-lebih lagi ianya melibatkan sekumpulan besar pelajar.

Menurut Nor Asiyah Fadil (2005), daripada kajiannya mendapati bahawa lebih

40% responden mengakui menghadapi masalah dalam pelaksanaan pengajaran mata

pelajaran KBSM daripada aspek penyediaan bahan bantuan mengajar dan soalan

peperiksaan, perancangan aktiviti termasuk rancangan pelajaran, penerapan nilai murni,

penggunaan buku teks dan penguasaan sukatan pelajaran.

Persoalannya di sini adalah bagaimana cara pengajaran yang berkesan yang

mesti dilaksanakan oleh setiap guru. Di sini terletaknya tanggungjawab seorang guru

bagi mengatasi masalah ini. Adakah sudah cukup sekadar mengajar secara terus

menerus tanpa sokongan lain? Jika dilihat pada masa sekarang, arus teknologi semakin

menular dalam pelbagai aktiviti termasuklah proses. Aktiviti seharian juga boleh

dikaitkan dengan mata pelajaran Matematik. Matematik sangat berguna kepada kerana

ia boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bagi mewujudkan proses

pengajaran dan pembelajaran yang sempurna, bahan pengajaran haruslah lengkap dan

menarik.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

15

Oleh kerana arus teknologi seiring dengan perkembangan dalam pendidikan

negara kita, bahan bantu mengajar berasaskan komputer iaitu pembelajaran berbantukan

komputer (PBK) akan dibangunkan. Pembangunan perisian CDROM yang berkaitan

dengan sukatan pelajaran Matematik akan dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah

guru di sekolah. Teori pembelajaran dan model reka bentuk pengajaran yang sesuai juga

akan diterapkan dalam perisian ini. Dalam pada itu, pembangunan perisian ini

kemungkinan juga dapat membantu guru-guru mencapai objektif pengajaran di akhir

kelas.

1.2 Latar Belakang Masalah

Selaras dengan matlamat pendidikan negara yang ingin melahirkan rakyat yang

berbudaya sains dan teknologi, amatlah sesuai sekiranya ia dipupuk dalam persekitaran

pembelajaran iaitu di sekolah. Kita perlu sedar sejak beberapa dekad kebelakangan ini,

prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik agak mengecewakan. Mengapakah

masalah sebegini timbul? Siapakah yang harus dipersalahkan? Bagi melahirkan pelajar

yang berpencapaian cemerlang, kita haruslah memberi nafas baru kepada pengajaran dan

pembelajaran dalam bidang matematik.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak berkesan dan tidak interaktif

membawa kepada pelajar berasa bosan untuk belajar bidang matematik. Pembelajaran

juga tidak bermakna jika cara penyampaian guru tidak melibatkan pelajar secara aktif

yang mana melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara aktiviti “hands-on”

bukan aktiviti secara “minds-on”. Guru haruslah sedar bahawa pendidikan sekarang

berteraskan kepada berpusatkan pelajar. Ilmu yang disampaikan bukan hanya oleh guru,

tapi pelajar juga mestilah membina pengetahuan daripada pengalaman yang sedia ada

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

16

dengan pengalaman baru. Ini berkaitan dengan teori pembelajaran konstruktivisme.

Guru juga harus tahu bagaimana ingin mendidik pelajar membina kemahiran sendiri

dengan menggunakan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian.

Sesuai dengan matlamat negara ingin menerapkan ilmu teknologi dalam

pendidikan, pembelajaran berbantukan komputer dalam bidang matematik akan

direalisasikan dengan menghasilkan sebuah perisian supaya dapat membantu pelajar

mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif dan efektif. Menurut Mohd

Nain (2002), pembelajaran berbantukan komputer merupakan atur cara komputer yang

mengaplikasikan teknik-teknik kebijaksanaan untuk membantu seseorang pelajar

mengelolakan aktiviti pengajaran dengan berpandukan kepada program atau perisian.

Teknologi komputer juga boleh dimanfaatkan untuk peningkatan proses pengajaran dan

pembelajaran matematik kerana keupayaannya bertindak sebagai alat kognitif dalam

membantu memanipulasikan serta membuat refleksi dan pengabstrakkan ke atas sesuatu

konsep ( Dublnsky & Tall, 1991).

Selain daripada itu, teknologi komputer juga dapat mempengaruhi kehidupan

pelajar terutamanya dalam bidang matematik kerana ia dapat memperkembangkan

minda pelajar untuk menjadi kebih kreatif, kritis dan juga inovatif. Bagi guru-guru pula,

pengajaran berbantukan komputer mampu menghasilkan bahan sumber pengajaran dan

pembelajaran yang lebih inovatif di samping dapat mengubah amalan pembelajaran

secara tradisional yang lebih banyak berpusatkan kepada pelajar di samping dapat

memperkembangkan dan juga memperkayakan lagi topik yang diajar. Dalam pada itu

juga, penggunaan komputer dalam pembelajaran matematik dapat membantu pelajar

dalam aktiviti penyelesaian masalah. Menurut Mohd Nain (2002), berdasarkan beberapa

kajian yang telah dijalankan, yang mana pelajar yang menggunakan komputer

pembelajaran matematik didapati mempunyai sifat positif terhadap dirinya dan

berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

17

Justeru itu, pembelajaran berbantukan komputer haruslah diterapkan dalam

bidang matematik dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya ia akan

mewujudkan pembelajaran yang aktif dalam diri pelajar. Di samping penggunaan PBK,

teori yang bersesuaian turut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Dari masa ke semasa pelbagai masalah timbul dalam bidang pendidikan negara

kita, terutamanya dalam mata pelajaran matematik. Banyak isu telah timbul

membabitkan masalah pengajaran guru sendiri. Kaedah-kaedah pengajaran yang

ditaktikkan dalam kelas mungkin tidak memberi hasil yang memuaskan kepada guru

tersebut dan juga pelajar. Ini akan membawa kepada kemorosotan pencapaian pelajar.

Bahan bantu mengajar yang sedia ada di sekolah digunakan dalam proses pengajaran

tidak akan memberi kesan positif sekiranya teori pembelajaran diabaikan.

Dalam situasi ini, guru haruslah mendalami dahulu konsep teori pembelajaran

agar ia dapat diterapkan dalam pengajaran di samping penggunaan bahan bantu

mengajar. Pengajaran dan pembelajaran juga akan lebih berkesan sekiranya guru

mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam proses

pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar yang interaktif sedikit sebanyak dapat

membantu guru dalam mewujudkan proses pengajaran yang bermakna. Dengan ini,

pembelajaran berbantukan komputer berasaskan teori pembelajaran yang sesuai akan

dibangunkan bagi mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran ini.

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN …€¦ · KOMPUTER (PBK) BAGI TOPIK BULATAN MATEMATIK TINGKATAN 2 BERASASKAN TEORI KONSTRUKTIVISME SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NURUL

18

1.4 Objektif Projek

Objektif utama projek adalah bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan

sebuah perisian multimedia pembelajaran berbantukan komputer (PBK) yang berfungsi

secara interaktif bagi matapelajaran Matematik Tingkatan 2 yang bertajuk Bulatan.

1.5 Objektif Perisian

Objektif perisian atau reka bentuk ini ialah diharapkan dapat membantu pelajar

dalam menguasai kemahiran yang melibatkan topik Bulatan.

1. Pelajar akan dapat mengiktiraf dan melukis bahagian-bahagian yang terdapat

dalam bulatan.

2. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep lilitan bulatan untuk

menyelesaikan masalah.

3. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep sebahagian dari lilitan

bulatan untuk menyelesaikan masalah.

4. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep luas bulatan untuk

menyelesaikan masalah.

5. Pelajar akan dapat memahami dan menggunakan konsep bahagian bulatan di

antara dua garisan lurus dari pusat bulatan untuk menyelesaikan masalah.