pembangunan perisian multimedia pembelajaran … · alhamdulillah, segala pujian hanya bagi allah...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA
PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN
TEKNOLOGI AUTOMOTIF: SISTEM PENYEJUKAN CECAIR
HAIRANI BINTI ALIAS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : PEMBANGUNAN PERISIAN MILTIMEDIA PEMBELAJARANBERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN TEKNOLOGI : SISTEM PENYEJUKAN CECAIR. SESI PENGAJIAN : Semester 2 Sesi 2003/2004 Saya HAIRANI BINTI ALIAS ( 740623- 01- 5780 ) ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan diperpustakaan universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Univrsiti Teknologi Ma;aysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√).
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan.
√Disahkan oleh:
( TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO.1161, JLN. CIKU, FELDA KAHANG BARAT, 86000 KLUANG, JOHOR DARUL TA’ZIM.
EN. MOHD. FADZLI BIN ALI Nama Penyelia
Tarikh: 8 MAC 2004 Tarikh: 8 MAC 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
TIDAK TERHAD
TERHAD
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : EN. MOHD. FADZLI BIN ALI
Tarikh : 24hb. FEBUARI 2004
i
PEMBANGUNAN PERISIAN MULTIMEDIA
PEMBELAJARAN BERBANTU KOMPUTER (PBK) MATA PELAJARAN
TEKNOLOGI AUTOMOTIF: SISTEM PENYEJUKAN CECAIR
HAIRANI BINTI ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBUARI, 2004
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................
Nama Penulis : HAIRANI BINTI ALIAS
Tarikh : 24 hb. FEBUARI 2004
iii
Untuk ayahanda dan bonda,
terima kasih di atas
sokongan dan kesabaran mu.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, segala pujian hanya bagi Allah pencipta alam semesta selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh keluarga serta
sahabat.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia
projek sarjana muda En. Mohd. Fadzli B. Ali di atas bimbingan dan panduan yang
diberikan sepanjang tempoh menjalankan pembangunan perisian ini.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Sekolah Menengah Teknik Kluang, Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri yang
telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pembangunan perisian ini.
Penghargaan juga kepada rakan-rakan serta individu-individu yang terlibat
bagi menjayakan projek sarjana muda ini secara langsung atau tidak langsung.
v
ABSTRAK
Pelbagai kaedah telah digunakan dalam pengajaran tradisional apabila
menerangkan sesuatu konsep di dalam operasi enjin. Kebiasaannya guru
menggunakan carta, gambar atau model untuk menerangkan konsep asas sesuatu
operasi terutamanya dalam sistem penyejukan cecair. Kemungkinan sesetengah
teknik penyampaian tidak dapat menunjukkan konsep operasi tersebut dengan tepat
dan jelas. Bagi mengatasi masalah tersebut perisian pembelajaran multimedia
berbentuk pengajaran berbantu komputer (PBK) bertajuk “Sistem Penyejukan Cecair”
dibangunkan. Tajuk ini adalah berasaskan kepada sukatan pelajaran tingkatan empat
mata pelajaran Teknologi Automotif, kurikulum sekolah menengah aliran teknik dan
vokasional. Perisian “Sistem Penyejukan cecair” ini dibina menggunakan perisian
Macromedia Authorware6.0 di samping perisian-perisian sokongan lain seperti
Adobe Photoshop, Adobe Premiere, Sound Fourge dan sebagainya. Adalah
diharapkan pembangunan perisian ini dapat membantu guru dalam penyampaiannya.
vi
ABSTRACT
Various methods were used in the traditional method of teaching to explain a
concept in the engine operation. Usually, teachers would use charts, pictures or
models to explain the basic concept of an engine operation especially the liquid
cooling system. At time the technique does not work and failed to illustrate the
concept specifically. Thus to overcome this, a multimedia software (computer-aided-
learning/CAL) on the “Liquid Cooling System” was built. This topic in based on the
form four curriculum specification for Automotive Technology for vocational and
technic school. This software was designed with Macromedia Authorware 6.0
program and other supporting software such as Adobe Photoshop, Adobe Premiere,
Sound Forge and etc. Hopefully this software will help and guide in their teaching
method.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN xv
viii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 6
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Rasional Projek 8
1.5 Objektif Projek
1.5.1 Objektif Rekabentuk
1.5.2 Perisian
8
1.6 Skop Projek 9
1.7 Sasaran Pengguna 10
1.8 Kepentingan Projek 10
1.9 Definisi dan Istilah
1.9.1 Pembangunan
1.9.2 Perisian
1.9.3 Multimedia
1.9.4 Pembelajaran
1.9.5 Sistem Penyejukan Cecair
11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Pengajaran Berbantu Komputer
2.2.1 Definisi PBK
2.2.2 Penggunaan PBK
2.2.3 Perisian Kursus ( PBK )
Sekolah Bestari
2.2.4 Jenis-jenis Pembelajaran
Berbantu Komputer
15
ix
2.3 Multimedia
2.3.1 Definisi Multimedia
2.3.2 Elemen-elemen Dalam
Multimedia
23
2.4 Sistem Penyejukan Cecair
2.4.1 Definisi Sistem Penyejukan
2.4.2 Fungsi Sistem Penyejukan
2.4.3 Bahagian yang Terlibat dalam
Sistem Penyejukan Cecair
2.4.4 Kendalian SPC
27
2.5 Teori-teori Pembelajaran
2.5.1 Teori Tingkah Laku
( Behaviorism )
2.5.2 Teori Pemprosesan Maklumat
2.5.3 Teori Konstruktur ( Faham
Binaan )
30
2.6 RekaBentuk Perisian
2.6.1 Model Hanaffin & Peck
2.6.2 Model ASSURE
2.6.3 Hasilan Penggunaan
Rekabentuk
33
2.7 Rumusan 38
BAB III REKABENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 39
3.2 Rekabentuk Perisian 39
x
3.3 Teori Pembelajaran dalam
Rekabentuk Perisian
44
3.3.1 Aplikasi Teori Pembelajaran
dalam Rekabentuk Perisian
3.4 Carta Alir Rekabentuk Perisian 45
3.5 Perisian/Perkakasan Pembinaan dan
Mainbalik
3.5.1 Pemilihan Perisian dan
Perkakasan Pembangunan
45
3.6 Rumusan 47
BAB IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 53
4.2 Pakej Perisian 53
4.3 Panduan Pengguna 54
4.4 Paparan Perisian
4.4.1 Paparan Pendahuluan
4.4.2 Paparan Login
4.4.3 Paparan Menu Utama
4.4.4 Paparan Objektif Pelajaran
4.4.5 Paparan Bantuan
4.4.6 Paparan Kuiz ( Set Induksi )
4.4.7 Paparan Pengenalan
4.4.8 Paparan Sistem Penyejukan
Cecair
4.4.9 Paparan Latihan
4.4.10 Paparan Rehat Minda
4.4.11 Paparan Keluar
55
xi
BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan
5.2.1 Model Pembangunan
Multimedia
5.2.2 Teori Pembelajaran
66
5.3 Rumusan
5.3.1 Kelebihan
5.3.2 Kekangan
69
5.4 Cadangan
5.4.1 Kemahiran dan pengetahuan
mengendalikan perisian
5.4.2 Pasukan pakar
5.4.3 Peruntukan masa
5.4.4 Animasi
71
5.5 Kesimpulan 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN A 78
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Aktiviti Melalui Komputer 5
3.1 Prosedur Pembangunan Perisian 40
3.2 Carta Alir Perisian PBK “Sistem
Penyejukan Cecair”
48
3.3 Carta Alir Objektif 49
3.4 Carta Alir Bantuan 49
3.5 Carta Alir Kuiz 50
3.6 Carta Alir Pengenalan 50
3.7 Carta Alir Sistam Penyejukan Cecair 51
3.8 Carta Alir Latihan 52
3.9 Carta Alir Keluar 52
4.1 Paparan Intro 55
4.2 Paparan Login 56
4.3 Paparan Menu Utama 57
4.4 Paparan Objektif Pembelajaran 58
4.5 Paparan Bantuan 59
4.6 Paparan Kuiz 60
4.7 Paparan Pengenalan 61
4.8 Paparan Komponen 62
4.9 Paparan Kerosakan 62
xiii
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.10 Paparan Latihan 63
4.11 Paparan Keputusan 63
4.12 Paparan Rehat Minda 64
4.13 Paparan Terima Kasih 65
4.14 Paparan Pembangun 65
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Topik-topik dalam Tajuk Sistem
Penyejukan Cecair
42
xv
SENARAI SINGKATAN PERKATAAN
ABM - Alat Bantu Mengajar
BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan
CD-ROM - Compact Disk-Read Only Memory
KLCC - Pusat Bandaraya Kuala Lumpur
KLIA - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
MSC - Multimedia Super Coridor
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
PBK - Pengajaran Berbantu Komputer
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPC - Sistem Penyejukan Cecair
TV - Televisyen
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Era Informasi kebelakangan ini semakin berkembang, kerajaan Malaysia
tidak mahu ketinggalan menjadikan Malaysia sebagai “kerajaan elektronik”’ yang
pertama di dunia. Bagi merealisasikannya Tun Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
mengumumkan Koridor Raya Multimedia (MSC) dalam ucapannya semasa
merasmikan pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995 (Roslan, 1997).
MSC merupakan koridor raya yang pertama di dunia yang merangkumi
kawasan seluas 15 kilometer dan 40 kilometer. Ia meliputi kawasan Pusat Bandaraya
Kuala Lumpur (KLCC), Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA) yang sedang dibangunkan sebagai pusat perkembangan MSC.
2
Tujuh rancangan yang dilaksanakan oleh MSC:
I. Sekolah Bestari
II. Kad Pelbagaiguna
III. Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
IV. Kerajaan elektronik
V. Rangkaian Pengilangan Sedunia
VI. Pusat Pemasaran Tanpa Sempadan
VII. Tele-Perubatan
Dalam bidang pendidikan, Sekolah Bestari diperkenalkan atas keperluan
negara seperti berikut:
I. Melahirkan lepasan sekolah yang mampu menangani cabaran
kehidupan dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.
II. Melahirkan pekerja ilmu bagi industri teknologi tinggi di Malaysia.
III. Menyokong usaha negara untuk mencapai dan mengekalkan daya
saing ekonomi dengan negar-negara maju.
Menurut Dato’ Seri Najib Tun Abd. Razak (Roslan, 1997) ketika itu Menteri
Pendidikan Malaysia, menyatakan bahawa konsep sekolah bestari bukan sahaja untuk
memenuhi keperluan MSC tetapi juga mewujudkan satu generasi rakyat Malaysia
yang kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan
Malaysia yang menekankan kepada penghasilan rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kebahagiaan pada tahap yang
lebih tinggi serta boleh menyumbangkan kepada keharmonian dan kemajuan negara.
3
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer adalah salah satu
teknologi pendidikan yang digunakan masa kini. Secara ringkasnya teknologi
pendidikan bolehlah diertikan sebagai satu sistem yang meliputi perkakasan, bahan,
teknik, organisasi, pengetahuan dan ketrampilan yang dihasilkan melalui proses
penggunaan akal secara sistematik dan terancang untuk mendapatkan kecekapan dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pendidikan merupakan satu profesian yang merencamkan pelbagai tugas
untuk pencapaian terhadap objektif-objektif tertentu, atau satu proses dan satu sistem
yang menekankan pendekatan sistem sebagai satu sains dan sekaligus juga sebagai
satu seni, satu pendekatan dan perkaedahan moden yang disediakan dengan keadaan
pelajar, tempat, masa, suasana dan persekitaran.
Teknologi pendidikan tidak lagi dianggap sebagai satu bidang pengkhususan
yang dipelajari dan diamalkan oleh segelintir golongan pendidik sahaja. Dalam
konteks pendidikan masa kini, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan
berlaku tanpa penglibatan teknologi pendidikan. Oleh yang demikian bolehlah
dirumuskan bahawa setiap guru adalah guru teknologi pendidikan, kerana hanya
melalui pendirian dan sikap ini dapat mewujudkan sistem pengajaran dan
pembelajaran yang sistematik, berkesan dan berkualiti.
Teknologi pendidikan sebagai satu bentuk dan implementasi berbagai-bagai
alatan teknologi yang sistematik yang boleh menggantikan atau mengubah kehendak
manusia. Terdapat perubahan terhadap perkembangan peralatan teknologi pendidikan
iaitu dari zaman papan batu hingga ke hari ini dengan penggunaan komputer supaya
menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
4
Menurut Abd. Rahman (1999), terdapat tiga kaedah atau bentuk
teknologi pendidikan, iaitu:
I. Kaedah pendidikan jarak jauh yang melibatkan TV, internet, mel
elektronik, radio, telefon, papan elektronik, telesidang video,
telesyarahan dan pelbagai bentuk komunikasi moden.
II. Kaedah pengajaran secara individu melibatkan makmal bahasa,
makmal komputer, simulasi, pita slaid, telesidang audio dan lain-lain.
III. Kaedah dan sistem penyampaian melibatkan individu dan pusat-pusat
sumber.
Sekolah Bestari adalah sekolah yang menggalakkan pelajar berdikari dalam
memperoleh pengetahuan. Pelajar disediakan peluang untuk belajar mengikut kadar
pembelajaran sendiri serta meneroka bidang ilmu baru yang diminati dengan sendiri.
Dengan ini pelajar akan dapat memaksimumkan potensinya ke tahap cemerlang.
Konsep ini telah dibawa ke sekolah-sekolah khususnya dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) matapelajaran matematik, sains dan Bahasa Inggeris di mana
guru dibekalkan dengan perisisan-perisian kursus interaktif bagi satu-satu topik
pengajaran.
Perisian kursus interaktif inilah yang kini dikenali sebagai Pembelajaran
Berbantu Komputer (PBK). Pembelajaran Berbantu Komputer adalah suatu konsep
pembelajaran yang melibatkan penggunaan komputer secara terus dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Proses pembelajaran ini melibatkan penggunaan
komputer oleh pelajar untuk mengendalikan pakej-pakej perisian yang mempunyai
objektif pembelajaran tertentu dengan mengikut kemampuan kognitif individu pelajar.
Ia memungkinkan pelajar belajar pada satu kadar dan peringkat yang ditentukan oleh
keupayaan serta minat masing-masing (Poh, 1996).
5
Perisian Aplikasi :- analisis data menggunakan hamparan elektronik seperti MS Excel dan lotus- sediakan laporan bagi kerja projek @ tugasan menggunakan MS Word- sediakan persembahan menggunakan MS Power Point
Perhubungan :- Mel elektronik ( e-mail )- Forum dengan sekolah- sekolah lain- Chat
Aktiviti-aktiviti melalui
komputer
Rujukan Akses Maklumat:- Laman Web di Internet- CD-ROM - Encarta
Perisian Kursus & Perisian Permainan :- menggunakan perisian kursus interaktif bagi mempelajari sesuatu pembelajaran atau topik- menggunakan perisian permainan komputer
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan dengan menggunakan komputer, seperti
yang ditunjukkan rajah di bawah ( Rajah 1.1).
Rajah 1.1 : Aktiviti Melalui Komputer
Sumber : Kertas Kerja Bengkel Pembestarian Pengurusan Kurikulum KHB
Daerah Kluang (2000)
6
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran Teknologi Automotif dilaksanakan di sekolah aliran teknik
dan vokasional di seluruh Malaysia. Pelajar yang mengikuti kursus ini, akan
diajarkan tentang enjin secara teori dan amali (praktikal). Terdapat pelbagai subtajuk
dalam mata pelajaran Teknologi Automotif ini. Sistem Penyejukan merupakan salah
satu subtajuk yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar tersebut. Pelajar akan
didedahkan dengan jenis sistem penyejukan yang digunakan, fungsi sistem,
komponen-komponen terlibat dan kendaliannya (operasi dalam enjin).
Pemasalahan yang dihadapi oleh guru ialah bagaimana hendak
menggambarkan situasi kendalian sistem penyejukan yang berlaku di dalam enjin
kepada pelajar. Pada kebiasaannya pelajar akan diberi penerangan tentang kendalian
sistem ini dengan bantuan gambar rajah keratan rentas. Walau bagaimanapun
pergerakan/aliran cecair penyejuk masih tidak dapat diperlihatkan dengan jelas
kepada pelajar.
Selain itu guru juga menggunakan alat bantu mengajar (ABM) iaitu keratan
bahagian bongkah enjin kereta. Bahagian bongkah ini pula terpisah dari
komponen/bahagian lain yang terlibat dalam proses sistem ini sedangkan keseluruhan
operasi sistem ini melibatkan bahagian-bahagian tersebut. Bagaimana kita hendak
menunjukkan kepada pelajar kesinambungan bahagian-bahagian yang terlibat dalam
sistem ini.
Perkara yang diterangkan di atas adalah antara pemasalahan yang timbul
dari kaedah pembelajaran yang digunakan sekarang untuk subtajuk Sistem
Penyejukan. Walaupun terdapat kemudahan komputer di sekolah-sekolah, kaedah
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi multimedia (PBK) masih tidak
dijalankan secara menyeluruh terutamanya dalam matapelajaran teknik dan
vokasional. Ini mungkin disebabkan oleh ketiadaan perisian untuk matapelajaran ini
yang disediakan oleh kementerian.
7
1.3 Penyataan Masalah
Dalam matapelajaran Teknologi Automotif khususnya tajuk Sistem
Penyejukan, sudah tentu agak sukar menyediakan satu set situasi kendalian sesuatu
sistem enjin. Kekurangan bahan pengajaran bagi matapelajaran Teknologi Automotif
di sekolah-sekolah menyukarkan guru untuk menjelaskan konsep kendalian sesuatu
sistem dalam enjin.
Kesukaran mendapatkan bahan pengajaran yang sesuai dengan keperluan
pelajar yang mengambil matapelajaran Teknologi Automatif subtajuk Sistem
Penyejukan Cecair, maka satu perisian PBK berdasarkan subtajuk tersebut akan
direkabentuk dan dihasilkan. Kepelbagaian media penyampaian akan digunakan
dalam perisian ini seperti :
I. Teks
II. Grafik
III. Audio
IV. Video
V. Animasi
Adalah diharapkan, perisian PBK ini akan dapat membantu pelajar-pelajar
dan guru yang terlibat.
8
1.4 Rasional Projek
Rasional projek pembinaan perisian PBK bertajuk “Sistem Penyejukan
Cecair” adalah untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana kendalian di dalam
sistem penyejukan cecair pada enjin yang sudah tentu tidak dapat dilihat dengan
hanya melihat fizikal (luaran) bongkah enjin.
Dengan adanya perisian PBK “Sistem Penyejukan Cecair” ini yang dilengkapi
pelbagai media (multimedia) penyampai dalam penghasilannya bukan sahaja dapat
memudahkan pengajaran guru bahkan pelajar juga dapat meneroka sendiri bagaimana
sistem ini berfungsi. Dengan kata lain P&P dapat dilakukan dengan lebih mudah dan
berkesan.
1.5 Objektif Projek
Terdapat dua objektif projek iaitu objektif rekabentuk dan objektif perisian.
1.5.1 Objektif Rekabentuk
Perisian PBK yang dibangunkan akan menggunakan pelbagai media
penyampai: teks, grafik, audio, video dan animasi. Pembelajaran akan menggunakan
kaedah, tutorial, di mana di dalamnya mengandungi segmen set induksi, pembelajaran
dan latihan.
9
Objektif rekabentuk perisian untuk:
I. Menyediakan rekabentuk perisian yang menggabungkan konsep
multimedia dan pedagogi supaya dapat menghasilkan perisian
pendidikan yang berkesan.
II. Menyediakan set pembelajaran yang terdiri dari elemen multimedia
serta arahan-arahan yang jelas untuk memudahkan pengguna dalam
P&P.
III. Menyediakan sebuah perisian interaktif yang mudah dan menarik.
IV. Satu alternatif kepada guru dalam penyediaan ABM.
1.5.2 Objektif Perisian
Objektif pembangunan perisian Pengajaran Berbantu Komputer (PBK)
bertajuk “Sistem Penyejukan Cecair” adalah supaya pelajar/pengguna dapat:
I. Menyatakan tujuan dan fungsi sistem penyejukan cecair enjin.
II. Mengenalpasti komponen yang terlibat dalam sistem penyejukan
cecair dan kegunaannya.
III. Memperihalkan kendalian sistem penyejukan cecair.
1.6 Skop Projek
Perisian PBK yang akan dibina dan dihasilkan adalah berdasarkan
matapelajaran Teknologi Automotif bagi pelajar tingkatan empat di sekolah
menengah aliran teknik dan vokasional. Tajuk utamanya ialah Sistem Penyejukan
yang mengkhusus kepada subtajuk “Sistem Penyejukan Cecair” (SPC).