pembangunan perisian kamus matematik dinamik (m … filepembangunan perisian kamus matematik dinamik...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT)
UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT) UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan (√ )
√
Disahkan oleh
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√
_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 490 KG CIK ZAINAL, P.M. DR. ZAIDATUN BT TASIR TAMBAHAN 1, 31200 CHEMOR, Nama penyelia PERAK DARUL RIDZUAN. Tarikh: MEI 2009 Tarikh: MEI 2009 .
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ZAIDATUN BINTI TASIR
Tarikh : 3 April 2009
iii
PEMBANGUNAN PERISIAN KAMUS MATEMATIK DINAMIK (M-ADDICT)
UNTUK PELAJAR TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer
serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................................
Nama Penulis : SITI ZUBAIDAH BINTI MD SAAT
Tarikh : 3 April 2009
v
Teristimewa buat....
Ayahanda dan bonda tercinta; Haji Md Saat bin Neemat & Hjh Fatimah binti Nong,
adik beradik yang kusayangi; Esah, Hanizah, Mohd Razali, dan Intan Rafizah;
galakan, dorongan dan iringan doa yang berpanjangan sangat dihargai dan
sentiasa berada dalam ingatan.
Untuk PM Dr. Zaidatun binti Tasir;
Sekalung penghargaan di atas segala jasa dan bantuan yang dicurahkan tanpa
mengenal erti jemu dan penat lelah.
Untuk rakan seperjuangan yang dikasihi dan dihormati;
Terima kasih atas segala bantuan, pandangan dan galakan yang diberikan.
vi
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya maka dapat saya
menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Dikesempatan ini, ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan yang tidak terhingga
kepada pensyarah pembimbing, Prof Madya dr Zaidatun binti Tasirkerana jasa dan
tunjuk ajar yang diberikan sepanjang proses menyiapkan PSM ini.
Tidak lupa juga kepada kedua-du insan yang disayangi, ibu bapa saya yang sentiasa
mengiringi setiap lngkah saya dengan doa yang berterusan tanpa mengenal erti jemu.
Walaupun bonda dan ayahanda berada jauh di mata, namun doa dan harapan kalian tetap
dijadikan panduan dan semangat sepanjang pengajian di UTM.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut sama
memberi idea dan pandangan bernas sepanjang proses pembangunan projek ini.
Akhir kata, ribuan penghargaan kepada pihak yang terlibat secar langsung dan yang
tidak langsung dalam peyemurnaan projek PSM ini.
Sekian.
vii
ABSTRAK
Sememangnya diketahui umum bahawa Matematik merupakan mata pelajaran
yang berteraskan kepada bahasanya yang tersendiri. Pembelajaran Matematik peringkat
Menengah Atas (tingkatan empat dan lima) banyak melibatkan istilah Matematik dan
rumus atau formula tertentu yang perlu dikuasai oleh pelajar. Sejajar dengan
pengeksploitasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pendidikan,
pembangunan perisian kamus Matematik dinamik (M-Addict) ini bertujuan
memudahkan pelajar Menengah Atas untuk mencapai maklumat berkenaan istilah dan
formula Matematik. Bagi menghasilkan interaksi yang lebih mesra pengguna, perisian
ini mengintegrasikan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi,
hypermedia, dan interaktiviti. Proses pembangunan perisian ini melalui tiga fasa utama
dalam model Hannafin dan Peck iaitu Analisa Keperluan (Needs Assessment), Reka
bentuk (Design), dan Pembangunan dan Perlaksanaan (Develop/Implementation). Selain
dibangun menggunakan dua perisian utama iaitu Microsoft Visual Basic 6.0 dan
Microsoft Access 2007, ianya juga menggunakan beberapa perisian sokongan seperti
Adobe Photoshop CS3 dan lain-lain. M-Addict mengandungi lebih daripada 300 formula
Matematik Tingkatan Empat dan Lima. Berbanding dengan pencarian maklumat secara
tradisional seperti mencari maklumat dalam sesebuah buku rujukan yang tebal,
penggunaan perisian Kamus Matematik ini menawarkan jangkauan masa capaian yang
jauh lebih cepat. Justeru, pembangunan perisian kamus Matematik dinamik ini
diharapkan dapat membantu mempelbagaikan alternatif bahan sokongan pembelajaran
kendiri sekaligus meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses capaian sumber
rujukan.
viii
ABSTRACT
Mathematics is already known as a subject that is based on its own language.
Learning Mathematics at upper secondary level (form four and form five) involves lots
of mathematical terms and specific formulae that need to be mastered by students. In
conjunction with the use of Information and Communication Technology (ICT), the
development of this dynamic Mathematics dictionary (M-Addict) seems to be one of the
fast and easy ways to help students to access information related to Mathematics
definitions and formulae. To create more user-friendly interaction, this software
integrated several multimedia elements such as text, graphics, animation, hypermedia,
and interactivity. The development process went through three main phases based on
Hannafin and Peck model, which were Needs Assessment, Design, and Development
and Implementation. The development process of M-Addict involved the use of two
main software, which were Microsoft Visual Basic 6.0 and Microsoft Access 2007, and
also several other supported software such as Adobe Photoshop CS3 and etc. M-Addict
consists of more than 300 mathematical formulae for form four and form five. The use
of this Mathematics dictionary will offer information searching and accessing time better
and faster than a traditional material such as a thick reference book. Thus, it is hoped
that the development of this dynamic Mathematics dictionary will vary the self-directed
learning supported resources and then enhance the efficiency and effectiveness of
accessing process of resources.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PELAJAR iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xviii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Skop / Batasan Kajian 7
x
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah Operasional 9
1.7.1 Kamus 10
1.7.2 Matematik 10
1.7.3 Perisian 10
1.7.4 Dinamik 11
1.8 Penutup 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Perkembangan Teknologi dalam Pendidikan 12
2.3 Elemen Multimedia dalam Pendidikan 14
2.3.1 Teks 15
2.3.2 Grafik 16
2.3.3 Animasi 17
2.3.4 Audio 18
2.3.5 Video 19
2.3.6 Interaktiviti 19
2.3.7 Hypermedia 20
2.3.8 Hyperteks 21
2.4 Kajian Keberkesanan Multimedia dalam 22
Pendidikan
2.5 Kajian-kajian Berkaitan Pembangunan Kamus 23
2.6 Kamus Multimedia 24
2.6.1 e-Kamus 5.02 24
2.6.2 BESTA MD-831 25
2.6.3 Kamus University 26
xi
2.7 Perisian Sokongan bagi Pembangunan Kamus 26
Digital
2.8 Penutup 28
BAB II REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Model Reka Bentuk Berinstruksi yang Digunakan 30
dalam Pembangunan Perisian
3.2.1 Fasa Analisa Keperluan 31
3.2.2 Fasa Reka Bentuk 32
3.2.2.1 Pengumpulan Maklumat 32
Pangkalan Data
3.2.2.2 Reka Bentuk Skrin 33
3.2.2.3 Reka Bentuk Gaya Peneokaan 33
3.2.3 Fasa Pembangunan 34
3.3 Carta Aliran Perisian 35
3.4 Reka Bentuk Aplikasi yang Dibangunkan 37
3.4.1 Reka Bentuk Informasi 38
3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 38
3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 39
3.5 Pemilihan Perisian Untuk Membangunkan 40
Perisian
3.5.1 Microsoft Visual Basic 6.0 41
3.5.2 Microsoft Office Access 2007 42
3.5.3 Adobe Photoshop CS3 42
3.5.4 Adobe Flash CS3 Professional 43
3.5.5 Audacity 1.2.4 44
xii
3.6 Penyebaran Perisian / Aplikasi yang Dihasilkan 44
3.7 Penutup 46
BAB IV HASIL REKA BENTUK PERISIAN
4.1 Pengenalan 47
4.2 Struktur Asas dan Kandungan Perisian 47
4.3 Hasil Reka Bentuk Perisian 49
4.3.1 Antaramuka Pembukaan (Splash Interface) 50
4.3.2 Paparan Kata Laluan 50
4.3.3 Antaramuka Utama 51
4.3.4 Paparan Pemilihan Tahap Matematik 52
4.3.5 Antaramuka Persembahan Maklumat 52
4.3.6 Paparan Penerangan Definisi, Formula, 55
dan Contoh
4.4 Penerapan Strategi Pembelajaran Akses Kendiri 57
4.5 Reka Bentuk Interaktiviti 60
4.6 Kemudahan Lain Dalam Perisian 62
4.7 Penutup 65
BAB V PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 66
5.2 Perbincangan 66
5.3 Masalah yang Dihadapi Semasa Proses 69
Pembangunan Perisian
5.3.1 Aras Kepakaran yang Rendah 70
5.3.2 Kekurangan Pengetahuan dan Pengalaman 71
xiii
5.3.3 Kekurangan Tenaga Pakar 71
5.3.4 Kekangan Masa 72
5.3.5 Kekangan Idea 72
5.4 Kelebihan dan Keistimewaan Perisian 73
5.4.1 Definisi – Formula – Contoh 73
5.4.2 Kemudahan Memanipulasi Data 74
5.4.3 Sistem Keselamatan Data 74
5.4.4 Kestabilan Kod Aturcara 75
5.4.5 Mesra Pengguna 75
5.4.6 Penerapan Elemen Interaktiviti 76
5.5 Kelemahan Perisian 77
5.5.1 Ketiadaan Kemudahan Kotak Carian 77
5.5.2 Masa Pemuatan Program yang Lama 78
(Loading Time)
5.5.3 Kesukaran Memasukkan Formula 79
(Poor Editing Tools)
5.5.4 Kekurangan Pengintegrasian Elemen 79
Animasi
5.5.5 Penilaian Perisian yang tidak Menyeluruh 80
5.6 Komen Terhadap Perisian 80
5.7 Kesimpulan 83
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.9 Penutup 85
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbandingan Had Saiz Data Bagi 27
Beberapa Perisian Pangkalan Data
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model Hannafin & Peck 30
3.2 Ringkasan Elemen Penerokaan Perisian 34
3.3 Susun Atur Antaramuka Perisian 37
3.4 Susun Atur Visual Perisian 40
4.1 Antaramuka Pembukaan Perisian Kamus 50
Matematik Dinamik (M-Addict)
4.2 Paparan Pengisian Kata Laluan 51
4.3 Antaramuka Utama Perisian 51
4.4 Paparan Pemilihan Tahap Matematik (Form) 52
4.5 Antaramuka Persembahan Maklumat 53
4.6 Urutan (layout) dan Konsep Visual 54
4.7 Antaramuka Persembahan Maklumat Lengkap 55
4.8 Urutan scrolling Definisi-Formula-Contoh 56
4.9 Antaramuka Penyuntingan 57
4.10 Antaramuka Penambahan 58
Istilah – Formula – Contoh
4.11 Antaramuka Penambahan Aras Matematik 59
xvi
4.12 Antaramuka Penambahan Subtopik 59
4.13 Butang Pautan Utama 60
4.14 Mesej Pemberitahuan Terhadap Pengemaskinian 61
Pangkalan Data
4.15 Mesej Meminta Kepastian Pengguna Sebelum 61
Memhapus Data
4.16 Tiga Mekanisma Capaian Kepada Penerangan 62
Istilah-Formula-Contoh
4.17 Paparan Penerangan yang dibuka Serentak. 63
(Penerangan istilah ‘substended’, ‘angle of elevation’,
dan ‘semi-circle’)
4.18 Penetapan Kata Laluan Baru 64
xvii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN SEBUTAN PENUH
ICT Information and Communication Technology
PSM Projek Sarjana Muda
M-Addict Perisian Kamus Matematik Dinamik versi 1.1
VB Visual Basic
MB Megabait
GB Gigabait
RAM Random Access Memory
CD-ROM Compact Disk – Read Only Memory
CD-R Compact Disk - Recordable
CD-RW Compact Disk - Rewrittable
DVD Digital Versatile Disk
DBP Dewan Bahasa dan Pustaka
ID Identitiy Details
Key ASCII American Standard Code for Information Interchange
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan sistematik dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifat
Matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran. Antara lain dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa Matematik telah
lama terbukti sebagai salah satu penyelesai masalah manusia dan komputer sendiri
adalah hasil daripada keajaiban Matematik itu (Khairusy Syakirin, 2007). Cabaran
dalam dunia teknologi kini memerlukan penguasaan dalam bidang Matematik dengan
lebih mendalam yang tidak mengira keturunan, bangsa, agama, mahupun mana-mana
kelompok masyarakat. Setiap unit masyarakat dunia tidak boleh lari dari mempelajari
asas Matematik.
Impak perkembangan dunia Teknologi Maklumat bukan sahaja dirasai dalam
bidang industri, malahan dunia pendidikan juga mendapat banyak faedah daripadanya.
2
Kaedah dan pendekatan pengajaran juga sentiasa dimantapkan mengikut peredaran dan
keperluan zaman. Teknologi multimedia merupakan lanjutan daripada teknologi
maklumat tradisi yang dahulunya hanya berasaskan teks semata-mata kepada suatu
sistem penyampaian dan perkongsian maklumat yang lebih bersifat dinamik dan
menarik (Jamalludin dan Zaidatun, 2005). Ini menunjukkan peranan Sains dan
Teknologi sentiasa dialu-alukan dalam membangunkan dunia pendidikan supaya seiring
dengan kehendak dan kepentingan semasa.
Penggunaan kamus elektronik sebagai medium pembelajaran kini mula menepati
kehendak dan keperluan pengguna yang inginkan pembaharuan berasaskan Sains dan
Teknologi (Berita Harian, 5 April 2008). Justeru, pembangunan perisian Kamus
Matematik adalah merupakan salah satu alternatif baru untuk membantu mempermudah
dan meningkatkan kemahiran Matematik pelajar sekolah khususnya pelajar di peringkat
Menengah. Banyak perisian seumpama ini sebenarnya telah lama dibangunkan namun
keluarannya kurang akibat kadar penggunaan dan penerimaan daripada pelajar yang
agak rendah. Walau bagaimanapun, tahap kesedaran masyarakat yang dipengaruhi
perkembangan teknologi (Mohamed Pitchay, 2007) menyebabkan aplikasi kamus
berasaskan komputer (computer-based dictionary) banyak dibangunkan bak cendawan
tumbuh selepas hujan. Selain menepati keperluan pembaharuan dan permintaan semasai,
perisian kamus diperkembangkan skopnya daripada terjemahan bahasa kepada bentuk
terjemahan yang lebih meluas. Kamus yang dibahagikan mengikut mata pelajaran
seperti kamus Matematik, kamus Kimia, kamus Ekonomi, dan sebagainya ini dapat
mempermudahkan kumpulan pengguna mencapai maklumat tertentu dalam masa yang
singkat untuk tujuan pengiraan, rujukan, ataupun hafalan.
Antara organisasi lain yang menjadi rujukan pembangunan Kamus Matematik ini
adalah berdasarkan kejayaan kamus Besta MD 831 edaran Syarikat Amiux (M) Sdn Bhd
(Amiux). Kamus elektronik yang didatangkan khas dengan pangkalan kosa kata Oxford,
International English Language Testing System (IELTS), Test of English as a Foreign
3
Language (TOEFL) dan Graduate Record Examination (GRE) ini bertujuan membantu
kumpulan pengguna mendalami bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain. Selain itu,
kewujudan sebilangan perisian-perisian e-kamus seperti Kamus University, e-Kamus
5.01, Oxford Pocket Dictionary juga turut menjadi rujukan asas idea pembangunan
Kamus Matematik ini.
Perisian kamus kebiasaannya melibatkan pautan data dalam jumlah yang banyak
dan pelbagai seperti teks, warna, gambar, dan lain-lain. Penyimpanan maklumat dalam
kuantiti yang besar juga selalunya menyumbangkan peratusan yang tinggi untuk
berlakunya konflik antara data. Saiz fail yang besar juga akan menimbulkan masalah-
masalah seperti peningkatan masa yang diambil semasa proses installasi dan capaian
data. Oleh itu, penggunaan sistem pangkalan data memainkan peranan penting dalam
urusan penyimpanan data secara sistematik. Pengurusan suatu pangkalan data yang baik
dan efisyen mampu meminimumkan limpahan data, meningkatkan konsistensi data,
pengintegrasian dan perkongsian data, dan sekaligus mengurangkan penyelenggaraan
program (Jamaluddin dan Zaidatun).
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras yang diajar daripada
Tahun 1 sehingga Tingkatan 5. Malahan Matematik juga menjadi suatu mata pelajaran
yang wajib diambil bagi kebanyakan lanjutan pelajaran. Perkara ini menjadikan hidup
seseorang pelajar sememangnya sudah sebati dengan konsep-konsep asas Matematik.
4
Walaupun demikian, terdapat juga segelintir pelajar yang melihat Matematik
sebagai salah satu subjek yang sukar untuk dikuasai. Sebilangan daripada mereka
bertanggapan bahawa Matematik adalah mata pelajaran yang susah sehingga
pembelajarannya menjadi suatu proses yang membosankan. Akibatnya, pelajar ini hilang
minat dan tumpuan dalam pembelajaran Matematik. Terdapat banyak faktor yang boleh
dikaji tentang mengapa pelajar sukar menguasai pembelajaran Matematik di sekolah dan
ianya termasuklah dari aspek individu pelajar, pendekatan pengajaran, psikologi
pengajaran, kurikulum, dan sebagainya.
Tambahan lagi, mata pelajaran Sains dan Matematik telah diselaraskan
perlaksanaannya dalam Bahasa Inggeris oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai
2003 secara berperingkat-peringkat dari Tahun 1, Tingkatan 1, dan Tingkatan Enam
Rendah. Pengajaran dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya pula dilaksanakan selepas enam
tahun kemudian dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam Atas. Menjadi suatu cabaran
bagi pelajar untuk menyesuaikan diri dalam peralihan medium penyampaian pengajaran
Matematik dari bahasa Ibunda kepada Bahasa Inggeris.
Lazimnya Matematik digambarkan dengan penggunaan dan perwakilan nombor
(Kelab Remaja Lestari, 2007). Realitinya, Matematik bukan sahaja berkisar kepada
nombor malahan ianya adalah suatu pembelajaran yang berasaskan kepada bahasanya
yang tersendiri. Menurut Mat Rofa Ismai (2006), Matematik adalah salah satu subjek
yang bukan sahaja melibatkan aritmetik dan geometri, tetapi juga melibatkan pergolakan
kefalsafahan. Ini menunjukkan pembelajaran Matematik memerlukan disiplinnya yang
tersendiri. Sebagaimana yang diketahui, semakin tinggi tahap pembelajaran Matematik,
maka semakin banyak konsep-konsep pengiraan, formula-formula, definisi rumus, dan
sebagainya. Oleh itu, kebanyakan pelajar perlu menghafal rumus atau formula-formula
Matematik dengan cara memperbanyakkan latihan dan rujukan.
5
Pelajar selalunya mempunyai teknik-teknik tersendiri dalam menghafal rumus
dan formula-formula Matematik. Adakalanya seseorang pelajar memerlukan banyak
naskah buku-buku rujukan Matematik apabila hendak menyelesaikan masalah
Matematik. Buku-buku rujukan ini digunakan untuk mencari formula-formula yang
sesuai untuk diaplikasikan dalam penyelesaian suatu masalah Matematik. Cara sebegini
ternyata memerlukan ruang masa yang panjang hanya semata-mata untuk mencari rumus
dan formula-formula tertentu. Lebih malang apabila pelajar-pelajar sebegini mempunyai
perasaan yang cepat letih, bosan, dan akhirnya berputus asa sewaktu mencari rujukan.
Oleh itu, antara salah satu jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh
segelintir pelajar ini adalah dengan menghimpunkan kesemua maklumat sebagai senarai
semak atau bahan rujukan untuk pelajar-pelajar ini. Kebiasaannya, dalam menyelesaikan
masalah ini, pelajar kerap membuat nota-nota kecil yang berupa rumus Matematik yang
pelu dihafal. Malangnya, tidak semua pelajar mampu menyediakan nota-nota kecil ini
tambahan pula untuk penghasilannya melibatkan suatu proses penulisan yang rumit dan
memakan masa yang lama. Suatu sistem yang berupaya menghimpunkan kesemua data-
data formula ini seharusnya mampu menyelesaikan masalah dalam menyediakan capaian
rujukan yang pantas. Ini adalah merujuk kepada suatu mekanisme yang melibatkan
aplikasi komputer dengan pengintegrasian sistem pangkalan data.
Kewujudan kamus elektronik dan kamus online dapat mempercepatkan proses
rujukan pelajar berbanding kamus biasa atau buku-buku rujukan yang memerlukan
pelajar untuk mencari helaian tertentu. Dengan kemudahan kamus Matematik
berasaskan komputer ini juga membolehkan pelajar memberi tumpuan yang lebih
kepada latihan dan penyelesaian praktikal masalah Matematik sekaligus meningkatkan
kemahiran menjawab soalan Matematik. Disamping itu, pelajar juga tidak perlu untuk
menyalin semula makna istilah, formula, dan contoh-contoh tertentu dalam penyelesaian
Matematik untuk dijadikan suatu bahan rujukan pantas mereka. Kewujudan aplikasi
kamus seumpama ini dijangkakan dapat untuk menggantikan kaedah rujukan tradisional.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kepelbagaian konsep pengiraan dalam penyelesaian masalah Matematik turut
mempelbagaikan formula-formulanya yang juga semakin bertambah seiring dengan aras
atau tahap pembelajaran Matematik di sekolah. Pelajar perlu membiasakan diri mereka
untuk menggunakan kebanyakan daripada formula-formula ini dalam menyelesaikan
masalah-masalah Matematik. Ini bertujuan untuk mengekalkan maklumat mengenai
formula-formula ini dalam ingatan jangka masa panjang mereka.
Setiap pelajar mempunyai teknik atau cara-cara belajar yang tersendiri. Antara
teknik yang paling popular dalam mempelajari subjek Matematik di sekolah adalah
teknik hafalan. Adakalanya mereka ini sememangnya diwajibkan oleh guru-guru untuk
menghafal rumus-rumus tertentu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Teknik
hafalan ini memerlukan pelajar kerap bekerja dengan menggunakan formula-formula
yang hendak dihafal.
Buku-buku rujukan juga merupakan bahan ilmiah yang amat penting bagi
kehidupan seseorang pelajar selain dari buku-buku teks sekolah. Walau bagaimanapun,
tidak semua pelajar dapat menggunakan buku-buku rujukan mereka secara efektif dan
terancang. Masa yang panjang diambil oleh sesetengah pelajar bagi mencari sesuatu
maklumat berkenaan formula-formula Matematik tertentu melalui buku-buku rujukan.
Pengurusan masa pembelajaran yang tidak sekata ini sedikit sebanyak dapat mendorong
kepada terjejasnya pembahagian masa untuk mengulangkaji bagi subjek atau mata
pelajaran yang lain.
Oleh yang demikian, pembangunan kamus yang khusus menumpukan pada
formula dan istilah Matematik adalah amat penting dalam usaha membantu pelajar yang
7
sukar menghafal rumus Matematik sekaligus meningkatkan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran Matematik. Kewujudan data Matematik yang dihimpunkan pada satu
tempat ini juga dapat menjimatkan masa capaiannya.
1.4 Objektif Kajian
Amnya, projek ini bertujuan untuk memperkembangkan penggunaan Sains dan
Teknologi dalam bidang pendidikan. Berpandukan kepada kandungan Sukatan Pelajaran
Matematik bagi sekolah-sekolah menengah di Malaysia, projek ini diharapkan agar
dapat membantu pelajar dalam mencari rujukan-rujukan berkenaan dengan formula-
formula Matematik. Secara khususnya, objektif projek ini ialah untuk membangunkan
suatu kamus Matematik dinamik berasaskan komputer yang lebih interaktif dan
bermanfaat kepada pelajar Menengah Atas iaitu Tingkatan 4 dan tingkatan 5.