pembangunan perisian alat bantu mengajar (abm) … · pembelajaran berbantukan komputer (pbk) 2.9...

27
PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK CELL DIVISION: MEIOSIS DALAM MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT. SITI JAMALIAH BINTI MAT JUNOS @ YUNUS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dinhnhi

Post on 10-Mar-2019

274 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK CELL DIVISION: MEIOSIS DALAM

MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT.

SITI JAMALIAH BINTI MAT JUNOS @ YUNUS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik
Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

i

PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK CELL DIVISION: MEIOSIS

DALAM MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM TINGKATAN EMPAT.

SITI JAMALIAH BINTI MAT JUNOS @ YUNUS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2008

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik
Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

iii

DEDIKASI

Buat yang teristimewa,

Ayahanda yang dikasihi Mat Junos @ Yunus Mohamed

Bonda yang disayangi Siti Ramlah Daud

Kakak-kakak dan abang-abang yang diingati Kak Yah, Kak Chek, Kak Ba

Kak Da, Kak Tie, Abang Man dan Abang Din

dan

Sahabat yang banyak membantu

Segala pengorbanan kalian sumber inspirasi bagiku untuk meneruskan perjuangan.

Kejayaan ini adalah hadiah buat kalian.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

iv

PENGHARGAAN

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani”

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi di atas izin dan rahmat-Nya

pembangunan perisian serta penulisan ini telah dapat saya siapkan dalam tempoh

masa yang telah ditetapkan.

Di kesempatan ini ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn Hj

Muslim bin Jonid selaku pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda (PSM), juga

sebagai pembimbing yang telah banyak membimbing saya di dalam membangun

perisian dan menyiapkan penulisan ini. Terima kasih di atas jasa beliau yang tidak

jemu berkongsi segala pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki sehingga ianya

dapat diaplikasikan dengan jayanya di dalam perisian yang telah dihasilkan ini

Tidak lupa jutaan terima kasih saya yang tidak terhingga buat kedua ibubapa

saya serta keluarga yang disayangi yang banyak menghulurkan bantuan baik dari

segi sokongan, motivasi, cadangan hinggalah kepada sumber kewangan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan projek ini dengan

jayanya. Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

v

ABSTRAK

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberi

impak yang besar dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Sistem pendidikan

masa kini perlu berubah daripada pembelajaran yang hanya menekankan kaedah

penghafalan kepada pembelajaran yang merangsangkan pemikiran dan kreativiti.

Berpaksikan situasi tersebut, satu perisian alat bantu mengajar bertajuk Cell

Division: Meiosis ini telah dibangunkan bertujuan untuk menambahkan bilangan

perisian ABM dalam versi Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4.

Perisian ini telah dibangunkan mengikut teori pembelajaran Behaviourisme dan

Konstruktivisme dengan menggunakan Microsoft Office PowerPoint 2003 sebagai

perisian utama dengan gabungan beberapa perisian yang lain iaitu Adobe Photoshop

CS2, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound

Forge 7.0, Sony Vegas 5.0 dan Macromedia Flash MX. Perisian yang dilengkapi

dengan isi pelajaran, analogi, glosari, permainan, capaian Internet, penilaian serta

pengukuhan mampu menjadikan ia pilihan yang sesuai sebagai media pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio,

animasi dan video turut disepadukan supaya perisian nampak lebih menarik serta

interaktif. Dengan adanya perisian ini, diharapkan proses pembelajaran untuk

konsep-konsep yang abstrak dan sukar dapat dijelaskan dengan mudah dan difahami

pelajar.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

vi

ABSTRACT

The development of Information and Communication Technology (ICT) has

given a major impact in the education field nowadays. The education system should

change from learning that emphasize on memorization to learning that encourage

thinking and creativity. Due to this situation, software teaching aid entitled Cell

Division: Meiosis has been developed for the purpose of increasing the number of

ABM software in English version for the subject of Biology in Form 4. This

software has been designed by using a learning theory of Behaviourism and

Constructivism with Microsoft Office PowerPoint 2003 as the main software and

supported by other software such as Adobe Photoshop CS2, Ulead Cool 3D 3.5,

Ulead Cool 3D Production Studio, Sonic Foundry Sound Forge 7.0, Sony Vegas 5.0

and Macromedia Flash MX. The instructional teaching method which is equipped

with lesson, analogy, glossary, fun, analogy session, and enrichment exercises make

this teaching method suitable for teaching and learning. Besides, multimedia

elements such as texts, graphics, audio, animation and video have been integrated to

the software to make it more attractive. With this software, the concepts of learning

process that are abstract and difficult can be explained clearly and easily understand

by students.

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Pembinaan Projek 8

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 9

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

viii

1.6 Skop Perisian 10

1.7 Kepentingan Perisian 11

1.8 Definisi istilah 11

1.9 Penutup 15

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Definisi Alat Bantu Mengajar (ABM) 16

2.3 Objektif Penggunaan ABM 18

2.4 Prinsip Penggunaan ABM 19

2.5 Kelebihan Perisian ABM Berasaskan Komputer 20

2.6 Kelemahan Perisian ABM Berasaskan Komputer 21

2.7 Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 22

2.8 Perbezaan ABM Berasaskan Komputer dan Perisian 24

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK)

2.9 Definisi Multimedia 25

2.10 Elemen-elemen Multimedia 26

2.3.1 Teks 27

2.3.2 Grafik 27

2.3.3 Audio 27

2.3.4 Animasi 28

2.3.5 Video 28

2.3.6 Hipermedia 28

2.3.7 Hiperteks 29

2.11 Teori-teori Pembelajaran 29

2.11.1 Teori Pembelajaran Konstruktivism 30

2.11.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme 32

2.12 Penutup 33

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 34

3.1 Prosedur Pembinaan Perisian 35

3.1.1 Penentuan Tajuk dan Skop 35

3.1.2 Objektif Pengajaran 36

3.1.3 Pemilihan Perisian Pembangunan 37

3.1.3.1 Aspek Pembangunan 37

3.1.3.2 Aspek Memain Semula 39

3.1.4 Pemilihan Perisian Multimedia 40

3.1.4.1 Adobe Photoshop CS2 40

3.1.4.2 Ulead Cool 3D 3.5 40

3.1.4.3 Ulead Cool 3D Production Studio 41

3.1.4.4 Sony Foundry Sound Forge 7.0 41

3.1.4.5 Sony Vegas 5.0 41

3.1.4.6 Macromedia Flash MX. 42

3.1.5 Pemilihan Perkakasan 42

3.1.6 Pembangunan Perisian 43

3.2 Pemilihan Model Reka Bentuk Perisian 44

3.2.1 Fasa Analisis 45

3.2.2 Fasa Reka Bentuk 46

3.2.3 Fasa Pembangunan 46

3.2.4 Fasa Pelaksanaan 46

3.2.5 Fasa Penilaian 47

3.2.5.1 Penilaian Formatif 47

3.2.5.2 Penilaian Sumatif 47

3.3 Carta Alir Perisian 48

3.4 Penutup 55

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

x

BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN

4.1 Pengenalan 56

4.2 Struktur Asas Perisian 57

4.2.1 Paparan Persembahan Montaj 57

4.2.2 Paparan Menu Utama 58

4.2.3 Paparan Skrin Topik 59

4.2.4 Paparan Penilaian 60

4.2.5 Paparan Galeri 62

4.2.6 Paparan Kemudahan Laman Web 63

4.2.7 Paparan Info (Manual Pengguna) 64

4.2.8 Paparan Permainan 65

4.2.9 Paparan Glosari 66

4.2.10 Paparan Keluar/Exit 67

4.3 Pempakejan Perisian 68

4.4 Panduan Pengguna 69

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN, DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 71

5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa 72

Pembangunan Perisian

5.3.1 Peringkat Pemilihan Tajuk 73

5.3.2 KekuranganKepakaran/Kemahiran 73

5.3..3 Kekurangan Masa 74

5.3.4 Kos Yang Tinggi 75

5.3.5 Kekurangan Perkakasan 75

5.4 Kelebihan Perisian 76

5.5 Kelemahan Perisian 78

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

xi

5.6 Kesimpulan 78

5.7 Cadangan 79

5.8 Penutup 80

RUJUKAN 82

LAMPIRAN 85

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

xii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka Surat

Jadual 2.1 Perbezaan ABM Berasaskan Komputer 24

dan Perisian Pembelajaran Berbantukan

Komputer (PBK)

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

xiii

SENARAI RAJAH

No. Rajah Tajuk Muka Surat

Rajah 3.2: Prosedur Pembinaan 35

Rajah 3.1: Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 45

Rajah 3.3: Carta Alir Umum 49

Rajah 3.4: Carta Alir – Menu Lesson 50

Rajah 3.5: Carta Alir – Meiosis I 51

Rajah 3.6: Carta Alir – Meiosis II 51

Rajah 3.7: Carta Alir – E-link 52

Rajah 3.8: Carta Alir – Quiz 53

Rajah 3.9: Carta Alir –Keluar/Exit 54

Rajah 4.1: Paparan Montaj 58

Rajah 4.2: Paparan Menu Utama 59

Rajah 4.3: Paparan Skrin Topik 60

Rajah 4.4: Paparan Penilaian Pengetahuan Sedia Ada 61

Rajah 4.5: Paparan Formatif 61

Rajah 4.6: Paparan Sumatif 62

Rajah 4.7: Paparan Galeri 63

Rajah 4.8: Paparan Kemudahan Laman Web 64

Rajah 4.9: Paparan Info 65

Rajah 4.10: Paparan Permainan 66

Rajah 4.11: Paparan Glosari 67

Rajah 4.12: Paparan Keluar/Exit 68

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

xiv

DAFTAR SINGKATAN/SIMBOL/ISTILAH

ABM - Alat Bantu Mengajar

CD-ROM - Compact Disk Read Only Memory

ICT - Information and Communication Technology

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

LCD - Light Crystal Display

MSC - Multimedia Super Corridor

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

PPBK - Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer

RAM - Random Access Memory

3D - Three Dimension

HTML - HyperText Markup Language

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

xv

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang soal selidik 1 85

B Borang soal selidik 2 86

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi maklumat memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha

membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju. Koridor Raya Multimedia

(MSC) ialah suatu projek teknologi maklumat yang sangat penting ke arah

meningkatkan taraf ekonomi negara, taraf pendidikan rakyat, peningkatan sains dan

teknologi, peningkatan perdagangan antarabangsa dan pentadbiran yang lebih

bersistematik. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek

pembangunan, sektor pendidikan juga perlu berkembang dan mengalami perubahan

anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek.

‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ merupakan satu komitmen dan usaha

Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat

ditingkatkan kepada satu peringkat yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju

yang lain. Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang

hendak dibuat mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Pendidikan mestilah diolah

supaya menjadi lebih bersepadu, holistik serta komprehensif. Perubahan sistematik

ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam konteks yang lebih luas.

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

2

Perubahan teknologi terutamanya perkembangan pesat yang berlaku dalam

teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara kita berfikir dan

berkomunikasi. Oleh itu, setiap individu khususnya generasi muda harus mempunyai

ilmu dan kemahiran dalam teknologi ini. Disinilah rasionalnya kerajaan khususnya

Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak merealisasikan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan bermula dari peringkat sekolah

rendah ke peringkat pengajian tinggi.

Anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak menunggu kita lagi.

Warga pendidik dan pelajar harus disediakan untuk menguasai dan menerokai

medium teknologi maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk

memampukan mereka mampu bersaing dalam dunia global. Menurut Mok (1996)

sejak dekad 70-an, perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih,

khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer menyebabkan pelbagai jenis

pendidikan telah diperkenalkan untuk kegunaan di institusi-institusi pendidikan demi

menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan.

Selain itu, perkembangan teknologi maklumat ini telah memberi impak yang

besar di dalam bidang pendidikan pada masa sekarang. Pengubahsuaian sistem

pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah. Sistem

pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan

hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil

kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua

pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula

secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah

untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Kewujudan Sekolah Bestari

merupakan satu daripada tujuh aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia (MSC)

Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan

sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk

Page 21: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

3

menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari. Di Sekolah Bestari pembelajaran akan

bercorak ke arah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif.

Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar.

Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari.

Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan

sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu

dalam berbagai situasi. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan

digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan

teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh,

penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. memproses

maklumat dan menghubungkan dapatan di mana pelajar merujuk ensiklopedia

elektronik, belajar dari perisian elektronik dan komunikasi elektronik.

Bagi mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan

pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada

pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah

menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara

tradisional secara pembelian nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru

sebaliknya guru-guru perlu dibekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah

mendapatkan maklumat melalui komputer. Penggunaan perisian multimedia di

sekolah pada masa kini menjadi salah satu pendekatan pembelajaran yang sangat

penting bagi menarik minat pelajar dan seterusnya membantu proses pengajaran dan

pembelajaran disampaikan dengan lebih berkesan.

Page 22: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke

arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020.

Institusi pendidikan sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih

awal berbanding dengan institusi-institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut.

Potensi dan kecanggihan teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Untuk mencapai

matlamat pendidikan di Malaysia, satu anjakan paradigma diperlukan dalam cara

pemikiran dan penggunaan teknologi ( Wan Zahid, 1996 ).

Di negara ini, lebih 200 buah sekolah telah dilengkapi dengan makmal

komputer. Selain itu peruntukan besar telah dibuat untuk menyediakan peralatan

bantuan pengajaran dan infrastruktur fizikal termasuklah keperluan ICT. Guru-guru

pula dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD dan pelbagai prasarana lain.

Satu lagi perkembangan terbaru dalam senario pendidikan ialah penggunaan Bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains. Sehubungan itu,

komputer-komputer Notebook telah dibekalkan untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Perkembangan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk

mempertingkatkan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan.

Kemahiran menggunakan komputer dan mendapat maklumat daripadanya

telah menjadi satu perkara penting khususnya bagi pelajar di abad kini. Maka kaedah

pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer termasuk alat bantu mengajar

(ABM) direka dan dibina dengan cermat dengan penuh cermat, teliti dan sistematik

bagi merealisasikan hasrat murni negara. Usaha pendidik mengenal pasti

keberkesanan sesuatu media atau ABM ialah membandingkan sesuatu bahan bantu

mengajar dengan kaedah tradisional atau membandingkan sesuatu bahan bantu

mengajar dengan sesuatu bahan bantu mengajar yang lain (Baharuddin Aris dan

rakan-rakan, 2000). Di antara contoh yang dapat diambil adalah ABM seperti LCD

dan CD-ROM dibandingkan dengan teknik kapur.

Page 23: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

5

Penggunaan ABM dapat mempelbagaikan kaedah dan cara penyampaian oleh

guru. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk meningkatkan minat pelajar serta

merangsang pelajar untuk lebih berusaha dan maju disamping memberi peneguhan

pada topik yang disampaikan guru. Ini kerana ABM merupakan satu alat peneguhan

yang perlu di dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,

ABM membantu guru dalam proses penyampaian isi pengajaran kepada murid. Oleh

itu, guru perlulah peka tentang cara menggunakan ABM dengan baik bagi menjamin

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran yang sempurna.

Perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer dapat

memudahkan pemahaman konsep yang abstrak dengan menyampaikan konsep yang

abstrak ini dengan cara konkrit dan realistik. Mengikut Baharuddin Aris, et. Al

(1998), kadar pengekalan informasi menggunakan multimedia berasaskan komputer

yang interaktif mampu mencapai sehingga 30 peratus lebih dari kadar pengekalan

informasi oleh pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Namun begitu tahap

kesedaran masih rendah di kalangan guru untuk menggunakan ABM semasa proses

pengajaran. Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan kekerapan

penggunaan ABM di kalangan guru masih rendah jika dibandingi dengan masyarakat

barat. Suasana ini mungkin disebabkan ABM yang sedia ada kurang sesuai dari segi

budaya, pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan. (Rio Sumarni, 1990).

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah dapat dikenal

pasti sebagai bahan yang dapat membantu guru dan pelajar di dalam kelas untuk

meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam mata pelajaran yang

diikuti. Pihak Kementerian sedang berusaha menyediakan bahan PPBK yang

secukupnya bagi empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris yang akan digunakan oleh pelajar-pelajar. Peranan guru sebagai

fasilitator adalah untuk memberikan bantuan di kalangan pelajar. Perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang tertentu. Pendekatan ini perlu digunakan untuk

memastikan pelajar dengan kebolehan dan minat yang berbeza dapat menggunakan

teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah

Page 24: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

6

pembelajaran mereka. Alessi dan Trollip (1991), menyatakan bahawa "we not only

learn by observing but by doing".Penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang

disediakan dapat menentukan tahap pembelajaran mereka. Lebih banyak pelajar

melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran, lebih berkesan sesuatu

pengajaran tersebut.

Selain itu, kefahaman yang mendalam tentang faktor-faktor psikologi juga

sangat perlu bagi pembina perisian kursus. Guru-guru adalah bakal menjadi pakar isi

kandungan dan pedagogi dalam membina perisian. Oleh itu, guru adalah sumber

penting dalam bidang pendidikan untuk menyambut kedatangan alaf baru dengan

pengetahuan secukupnya dalam pembinaan perisian khususnya dalam penggunaan

alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Antaranya ialah

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK) telah diserap dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk mengembang dan

meningkatkan daya intelek, serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif dalam diri

pelajar. Maka dalam merancang pemikiran dan idea pelajar ke arah ini, penggunaan

alat bantu mengajar (ABM) yang bersesuaian adalah sangat perlu. ABM yang

komprehensif adalah ABM yang memiliki ciri-ciri menarik dan mudah dikendalikan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

1.3 Pernyataan Masalah

Pengajaran berasaskan komputer terutamanya yang melibatkan teknologi

multimedia mula mendapat perhatian di negara ini. Teknologi multimedia menjadi

Page 25: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

7

menarik kerana teknologi ini dapat memberikan kesan yang berlainan dari kaedah

biasa semasa proses persembahan. Kesan penggunaan multimedia ke atas proses

pembelajaran dijangkakan begitu mendalam sekali. Teknologi ini dijangka akan

mengubah kaedah pendidik mengajar dan cara pelajar belajar pada masa hadapan.

Semenjak 30 tahun yang lalu kebanyakan penyelidik telah membuktikan

bahawa pengajaran berbantukan komputer ini telah mampu mempertingkatkan

pengetahuan dan mengubah sikap pelajar jika ianya dirancang dengan teliti

(Baharuddin dan Maizah Hura, 1995). Selain itu, beberapa kajian membuktikan

bahawa bahan multimedia mampu mempertingkatkan kadar penerimaan pelajar

mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30 peratus lebih daripada pelajar yang

menggunakan kaedah tradisional. Oleh itu, sistem pembelajaran yang interaktif

seperti penggunaan ABM berbantukan komputer ini dapat meningkatkan mutu

pembelajaran pelajar.

Projek ini adalah salah satu usaha menambahkan bilangan perisian yang ada

selain dari untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dengan adanya perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer ini dapat

menonjolkan situasi pembelajaran yang interaktif di antara pelajar dengan isi

pembelajaran. Proses ini akan dapat mempercepatkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Perisian kursus ini diharap dapat mewujudkan pengalaman

pembelajaran yang lebih menarik, dan dapat memberikan kepuasan kepada guru dan

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknologi multimedia kian diiktiraf sebagai alat bantuan pengajaran yang

sesuai dalam membantu para pendidik untuk mendalami dan mendasari cabaran

dunia pendidikan era baru. Alat bantuan dalam pengajaran ini mempunyai kelebihan

dalam mengatasi kelemahan sistem pendidikan tradisional yang sedia ada. Namun

begitu ianya masih kurang diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah-sekolah di Malaysia. Ini adalah disebabkan kekurangan perisian ABM

yang dapat memenuhi sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan yang

Page 26: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

8

menggunakan pendekatan pengajarannya dan yang berkesan. Justeru perisian ABM

berasaskan komputer ini dibina bagi mengatasi situasi tersebut dan dapat

meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menambahkan

lagi perisian ABM menggunakan bahasa Inggeris dalam penyampaian isi

pelajarannya.

Bidang teknologi komunikasi dan komputer berkembang dengan pesat.

Pelajar kini didedahkan dengan pelbagai teknologi yang baru dan canggih. Oleh itu,

pelajar lebih cenderung menggunakan alat adan bahan terkini dalam proses

pembelajaran mereka. Pembelajaran secara abstrak khususnya matapelajaran Biologi

yang lebih menggunakan buku teks semata-mata kurang memberikan daya imaginasi

kepada pelajar khususnya bagi mereka yang masih di peringkat rendah. Dengan

ABM yang berasaskan komputer ini sedikit sebanyak pengetahuan abstrak yang

sedia ada dapat diperkukuhkan lagi. John Pestolozzi (1546-1627) menyarankan

“kesahihan amat penting dalam pembelajaran”. Beliau mengesyorkan penglibatan

pelajar sepenuhnya dalam pengajaran. Oleh itu, ABM dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan kefahaman pembelajaran mereka.

1.4 Objektif Pembinaan Projek

Objektif pembinaan perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan

komputer ini ialah:

i. Membangunkan satu perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan

komputer bertajuk Cell Division:Meiosis mengikut sukatan pelajaran Biologi

KBSM Tingkatan Empat dalam bahasa Inggeris.

ii. Menjelaskan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,

animasi, audio, dan video setiap fasa dalam pembahagian sel.

Page 27: PEMBANGUNAN PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) … · Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 2.9 Definisi Multimedia 25 2.10 Elemen-elemen Multimedia 26 ... A Borang soal selidik

9

iii. Menambahkan bilangan perisian ABM berasaskan komputer dalam versi

bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Biologi Tingkatan 4.

1.5 Rasional Pemilihan Tajuk

Pembinaan perisian alat bantu mengajar (ABM) berasaskan komputer

bertajuk Cell Division:Meiosis adalah untuk memudahkan pelajar memahami proses

Meiosis dengan baik. Terdapat kesukaran yang dikenalpasti dalam proses Meiosis ini

iaitu dalam mengingati setiap fasa dalam pembahagian sel. Semua proses yang

terlibat tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan proses yang

abstrak. Oleh sebab itu tajuk Meiosis dipilih kerana pelajar tidak mendapat gambaran

yang sebenar tentang proses ini. Komputer digunakan di dalam bilik darjah untuk

membantu kaedah pengajaran tradisional yang lebih berpusatkan guru semata-mata.

Satu kajian telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama (Ugama) Maahad

Muhammadi Perempuan sebelum tajuk ini dipilih. Soal selidik dan temubual

rambang dengan dua orang guru Biologi untuk mendapatkan maklumat tentang tajuk

ini berdasarkan pengalaman mengajar mereka bertahun-tahun. Puan Wan khazimi

Wan Ismail menyatakan bahawa tajuk Meiosis ini melibatkan konsep yang terlalu

abstrak dan sukar difahami oleh pelajar. Pelajar juga tidak dapat menerangkan

dengan lengkap setiap fasa dalam kitar sel. Pelajar melakukan kesilapan menamakan

proses dalam fasa tersebut dan seringkali tertukar. Seorang lagi guru Cik Ida Haryani

Ismail turut mengaitkan keberkesanan penggunaan perisian ABM dalam tajuk ini

adalah wajar kerana ia menggabungkan kesemua elemen-elemen multimedia yang

memudahkan pemahaman pelajar terutamanya yang melibatkan proses dan konsep

yang terlalu abstrak.