pembangunan laman web berasaskan persekitaran … filepembangunan laman web berasaskan persekitaran...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML
DALAM MICROSOFT FRONTPAGE
SWEE HOI PENG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS.
JUOUL: PEMBANGlJNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML OALAM MICROSOFT fRONTPAGE
SESI PENGAJIAN : 200812009
Saya SWEE HOI PENG (HLIRU f BESAR)
mengaku melllbenarkan tcsis (PSM i Sftfjana' Dol(tor FalsaleR) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Tcknologi Malaysia dcngan syarat-syarat kegunaan scperti bcrikut :
I. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. ') Pcrpustakaan Univcrsiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tuiuan
pcngajian sahaja. J. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sehagai bahan pertukaran an tara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ~
D SULIT (I\ilengandungi maklulllat yang berdarjah keselalllatan atau kepentingan fvlalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TIDAK TERHAD
(TANOATANGAN PENULlS)
TERHAD
(TANOATANGAN\~ENYELlA)
(Mcngandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
D []]
.~ Alamat Tetap:
37 JALAN SETIA 3. TAMAN SETIA MENTAKAB. 28400 MENTAKAB. PAHANG OARLIL MAKMUR.
PN. NOOR AZEAN ATAN Nama Penyelia
Tarikh: 20 NOVEMBER 2008 Tarikh: 20 NOVEMBER 2008
CATATAN: * **
•
Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan. atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan. atau Laporan Projek Sarjana !\1uda (PSM)
··Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
Adalah memadai dari segi skop dan kllaliti untuk tujllan penganllgerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)"
Tandatangan
Nama Penyelia /
.1~J:'L)'!QQRAl~.J\Nj\IAJ'!
Tarikh 2QJ'!QY.f;JYtR..E;R}Q.Q.~.
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BERASASKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN AUTENTIK BAGI ASAS PENGATURCARAAN HTML
DALAM MICROSOFT FRONTPAGE
SWEE HOI PENG
Projek Sarjana ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
II
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah sayajelaskan sumbernya.'·
I\~ Tandatangan ,.. y~.\ .. :. Nama Pcnulis SWB.[:.UOLP.r:NO Tarikh ~~).NOY.f~M.I3.t;R.~.Q.o.~.
iii
Kepada ibubapa dan keluarga yang tersayang
yang sentiasa sabar dan memahami
terima kasih atas segala kasih sayang dan sokongan
yang diberikan
dan sudi memaafkan kesilapan yang saya lakukan
iv
PENGHARGAAN
Saya berasa syukur kerana dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda dalam
tempoh yang ditetapkan walaupun terdapat pelbagai rintangan dan kesulitan sepanjang
masa saya membuat kajian ini.
Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Puan Noor
Azean binti Atan atas segala tunjuk ajar, bimbingan, nasihat, dan dorongan yang
diberikan dalam proses perlaksanaan ini.
Salam penghargaan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
idea, bantuan dan galakan untuk menjayakan projek ini. Ucapan ribuan terima kasih
kepada keluarga saya yang selalu memberi sokongan dan kasih sayang yang tidak
terhingga. Sokongan dan Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua, jasa kalian
akan sentiasa dikenang.
v
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran telah mengalami banyak perubahan
dengan impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Kini, terdapat
banyak laman web dibangunkan untuk penggunaan dalam pengajaran dan
pembelajaran namun kebanyakannya tidak mengimplementasikan pendekatan
pengajaran yang betul dan bersesuaian. Begitu juga dalam pembelajaran bagi
Bahasa Pengaturcaraan III iaitu pengaturcaraan HTML di Fakulti Pendidikan,
UTM. Oleh yang demikian, pengkaji mengambil inisiatif untuk membangunkan
sebuah laman web bertajuk Bahasa Pengaturcaraan III bagi topik Navigasi,
Bingkai, Komponen Web dan Kesan Khas Dinamik dengan mengaplikasikan
pendekatan pembelajaran autentik dimana ia menyediakan konteks sebenar
sepertimana pengguna belajar di dalam persekitaran aplikasi Microsoft Office
FrontPage 2003. Kumpulan sasaran utama laman web ini adalah pelajar-pelajar
dari Fakulti Pendidikan yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan III.
Laman web ini dibina berlandaskan model pembangunan ADDIE dan strategi
tutorial serta penyelesaian masalah digunakan dalam penyampaian kandungan
pembelajaran ini. Di samping itu, laman web ini menggunakan elemen-elemen
multimedia bagi tujuan menjadikan laman web ini lebih interaktif dan menarik.
Pengguna diberi kuasa kawalan sepenuhnya dan bebas untuk belajar menerusi
laman web ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Diharapkan laman web
ini dapat memberi sumbangan sebagai bahan pembelajaran alternatif yang
mampu mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar.
vi
ABSTRACT
The impact of globalization and the evolving of the information technology are
leading to the changes of teaching and learning process. Nowadays, many education
websites have been developing to help in teaching and learning however most of them
did not implement the right and appropriate instructional approach. This situation
happens also in learning Programming Language III which is HTML, in Faculty of
Education, UTM. Therefore developer takes initiative to build a web site for
Programming Language III, cover subtopic of Navigation, Frames, Web Component and
Dynamic Effect with implementation of the authentic learning approach which prepare
real context as the users are learning in Microsoft Office FrontPage 2003 application.
This web site is designated for the students from Faculty of Education, taking the
Programming Language III subject. The web site built based on ADDIE development
model with tutorial and problem solving strategy. Besides that, this web site was
developed using the combination of the multimedia elements with the purpose to make
the web site more interactive and attractive. The users are given fully control to the web
site and have freedom to use it anytime anywhere. Hope that this web site will be an
alternative learning tools and help to upgrade students’ quality in teaching and learning.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN PENYELIDIKAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 4 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Skop Projek 5 1.6 Kepentingan Projek 6 1.6.1 Pelajar 1.6.2 Pensyarah 7 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Web 1.7.2 Laman Web 8 1.7.3 Pendekatan 1.7.4 Pendekatan Autentik 1.7.5 Pengaturcaraan 9 1.7.6 HTML 1.8 Penutup 9
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 11 2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 12 (PBK) melalui web 2.2.1 Kelebihan PBK 2.2.2 Kelemahan PBK 14 2.3 Pembelajaran Berdasarkan Situasi 15 (Situated Learning)
2.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran 16 Berdasarkan Situasi (PBS)
2.4 Garis Panduan Pembelajaran 20 Berdasarkan Situasi Diaplikasikan Dalam Interaktif Multimedia 2.5 Aktiviti autentik online 21 2.6 Elemen-elemen Multimedia 23 2.6.1 Teks 2.6.2 Grafik 2.6.3 Audio 24 2.6.4 Video 25 2.6.5 Animasi 2.6.6 Interaktivi 26
2.7 Model Reka Bentuk Laman Web 2.7.1 Model ADDIE 27 2.7.2 Model ASSURE 28 2.7.3 Model Hannafin dan Peck 30 2.7.4 Model Air Terjun (Waterfall) 31 2.8 Kesimpulan 33 BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB 3.1 Pengenalan 34 3.2 Fasa Analisis 35 3.2.1 Analisis Skop Isi Kandungan 3.2.2 Analisis Pengguna 3.2.3 Analisis Objektif 36 3.2.4 Analisis Perisian 37 3.2.4.1 Microsoft Frontpage 2003 3.2.4.2 Macromedia Flash 8.0 3.2.4.3 Adobe Photoshop CS2 3.2.4.4 Internet Explorer 38
ix
3.2.5 Analisis Spesifikasi Perkakasan 3.3 Fasa Reka Bentuk 3.3.1 Reka Bentuk Informasi 39 3.3.2 Reka Bentuk Interaksi 40 3.3.3 Reka Bentuk Antara Muka 3.4 Fasa Pembangunan 41 3.5 Fasa Pelaksanaan 3.6 Fasa Penilaian 42 3.7 Penutup BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN 4.1 Pengenalan 43 4.2 Ciri-ciri Laman Web 4.3 Paparan Laman Web 45 4.3.1 Paparan Montaj 4.3.2 Paparan Laman Utama 46 4.3.3 Paparan Tutorial 48 4.3.4 Paparan Penyelesaian Masalah 51 4.3.5 Paparan Blog 52 4.3.6 Paparan Hubungi Kami 53 (Contact Us) 4.3.7 Paparan Peta Laman 54 (Site map) 4.4 Penutup 55 BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 56 5.2 Perbincangan 57 5.3 Kekangan yang Dihadapi Semasa 58 Pembangunan Web
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 5.3.2 Kekurangan Masa 59 5.3.3 Kekurangan Sumber Bahan
5.4 Kekuatan Laman Web 5.5 Kelemahan Laman Web 61 5.6 Cadangan 62
5.6.1 Peruntukan Tempoh Masa yang Lebih Panjang
x
5.6.2 Menambah Tajuk Lain bagi Subjek SPM 3122 5.6.3 Penyediaan Tutorial Video 63 5.6.4 Ruangan untuk Muat Naik Tugasan 5.6.5 Pengubahsuaian Laman Web Berdasarkan Komen Penilai
5.7 Kesimpulan RUJUKAN 65 LAMPIRAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Ciri-ciri pembelajaran berdasarkan 17 situasi dan garis panduan untuk implimentasi
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Elemen Konstitutif Bagi PBS Dalam Multimedia Interaktif 2.2 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 2.3 Model ASSURE 2.4 Model reka bentuk instruksi bersistem Hanaffin dan Peck 2.5 Aliran kerja berdasarkan Model Air Terjun 4.1 Paparan Montaj 4.2 Paparan Laman Utama 4.3 Paparan Laman Tutorial (Pengenalan) 4.4 Paparan Laman Tutorial (Bahagian atas) 4.5 Paparan Laman Tutorial (Bahagian bawah) 4.6 Paparan Penyelesaian Masalah 4.7 Paparan Blog 4.8 Paparan Contact Us
21
27
28
30
32
46
47
49
50
50
51
52
53
54 4.9 Paparan Site Map
xiii
SENARAI SINGKATAN MSC - Multimedia Super Corridor ICT - Information Communication and Technology UiTM - Universiti Institusi Teknologi Mara UTM - Universiti Teknologi Malaysia HTML - HyperText Markup Language WWW - Would Wide Web OHP - Overhead Projector LCD - Liquid Crystal Display P&P - Pengajaran dan Pembelajaran PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer PBS - Pembelajaran Berdasarkan Situasi JPG - Joint Photographic Experts Group GIF - Graphics Interchange Format
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Alir 69
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara
global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat.
Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Koridor Raya Multimedia
(MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya.
Pelaksanaan konsep Sekolah Bestari adalah salah satu aplikasi perdana di dalam
MSC memperlihatkan usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk satu generasi
baru yang mempunyai daya saing di dalam era ICT. Guru di Sekolah Bestari diberikan
latihan intensif terhadap penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga dilatih agar dapat mengintegrasikan pendekatan pembelajaran
menggunakan komputer di dalam bilik darjah yang akan dapat membantu meningkatkan
kemahiran berfikir dan kreativiti.
Di samping itu, kecanggihan teknologi dan perkembangan internet, media
elektronik serta program aplikasi telah mendatangkan kesan yang besar dalam
pencapaian bidang pendidikan. Akan tetapi, penggunaan teknologi bukanlah bertujuan
untuk mengambil alih peranan guru sebagai pendidik, malah ia dijadikan sebagai media
utama pengajaran dan pembelajaran dengan guru bertindak sebagi pemudah cara dalam
proses tersebut (Jaya Kumar C.Koran, 2001).
2
Teknologi internet semakin berkembang pesat dan turut memberi kesan kepada
sistem pendidikan dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya laman
web (World Wide Web), mel elektronik (E-mail), Telesidang Video (Video Conferencing)
dan sebagainya semakin mendapat perhatian orang ramai dan telah diterima sebagai
medium perkongsian dan penyebaran maklumat serta saluran komunikasi yang utama.
Pembelajaran melalui web dapat memberikan kawalan pengguna yang tinggi
melalui penggunaan hiperteks dan hipermedia, sumber maklumat yang tidak terhingga
serta menghasilkan persekitaran yang bercirikan dunia sebenar. Internet juga dapat
memberikan kemudahan mengakses maklumat dengan cepat, pada bila-bila masa dan
mewujudkan proses penjelajahan melalui sistem hipermedia. Tambahan pula, ia juga
dapat menyumbangkan interaktiviti yang tinggi dan kawalan pengguna yang baik.
Selain daripada itu, peranan web bukan hanya menyampaikan maklumat tetapi
berperanan sebagai agen motivasi kepada pelajar. Ini adalah kerana rekabentuk kursus
yang ingin disampaikan melalui web boleh mempengaruhi motivasi pelajar. Rekabentuk
kursus yang disampaikan seharusnya mempunyai kepelbagaian, berkaitan dengan
maklumat, mencabar dan memberikan hasil yang positif kepada pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Internet menjadi sebahagian dari kelengkapan sekolah terutamanya di sekolah
bestari seawal Januari 1999 di Malaysia. Sepatutnya, semua sekolah menengah akan
mendapat akses ke internet tahun 2000. Sehingga kini, boleh dikatakan kebanyakan
sekolah bandar dilengkapi dengan kemudahan komputer tetapi bukan semuanya
memiliki sambungan kepada internet. Oleh itu, cabaran masa kini dan akan datang
dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk
kaedah pembelajaran dan pengajaran. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan
mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran dan pengajaran
secara on-line. Sikap guru dan pelajar terhadap penggunaan teknologi tersebut perlu
3
dipertimbangkan untuk memastikan keberkesanannya sebagai kaedah pengajaran
pembelajaran.
Tidak ramai pendidik yang memanfaatkan internet sebagai satu alternatif yang
menyediakan akses kepada pelbagai maklumat yang dapat membantu memantapkan
bahan pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan pembelajaran
elektronik di sekolah terutamanya penggunaan internet atau www masih lagi rendah.
Kajian yang dilakukan oleh Rosli, Zamalia dan Shafiee (2001) menunjukkan tahap
penggunaan ICT yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah
UiTM adalah sekitar 30 %. Kajian ini jika diperluaskan di peringkat sekolah pasti akan
memberikan peratusan nilai yang lebih rendah ekoran kekurangan kemudahan dan
kemahiran. Menurut Charp (1999) lagi, ramai guru tidak yakin dengan diri sendiri untuk
menggunakan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun
mereka telah mempelajarinya semasa berada di universiti ataupun maktab.
Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan pertumbuhan 10 peratus setiap hari,
halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya (Saharani et al.
2005). Walaupun begitu, didapati bahawa banyak halaman web pendidikan yang
dibangunkan oleh syarikat swasta yang cantik lagi canggih adalah kurang
mengaplikasikan pendekatan atau teori pembelajaran dan falsafah rekabentuknya banyak
berasaskan nilai komersil. Perisian seperti ini adalah kurang sesuai, tidak bermutu tinggi
dan tidak menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ow, 2000).
Selain itu, laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkait
rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan pembiayaan dan dengan
itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di
lamannya. Ini memberikan masalah dari segi carian. Search engine masa kini masih
tidak mampu untuk menyisihkan laman-laman web yang kurang relevan semasa carian.
Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang serius akan terpesong ke
laman-laman web yang tidak bermanfaat semasa proses carian. Justeru, tanggungjawab
menhasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana
mereka tidak arif dalam pedagogi (Mohd. Jasmy et al. 2001).
4
Oleh yang demikian, penyelidik akan membangunkan satu laman web yang
mengintegrasikan pelbagai elemen multimedia untuk memberangsangkan proses
pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat menarik minat pelajar untuk belajar subjek
ini. Merujuk kepada permasalahan di atas, pembelajaran menerusi web seharusnya perlu
mengaplikasikan reka bentuk pembelajaran dengan pendekatan instruksi yang
bersesuaian. Berdasarkan kepada kajian literatur, didapati salah satu pendekatan
pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar belajar dalam situasi seperti
keadaan sebenar adalah seperti yang dicadangkan oleh Herrington (2000) iaitu
penggunaan pendekatan pembelajaran autentik.
1.3 Pernyataan Masalah
Teknologi multimedia berkemampuan untuk mengembangkan daya imiginasi,
kreativiti, fantasi dan emosi pelajar ke arah yang lebih baik. Bahan pengajaran
pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai suatu alat
kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif,
penyelesaian masalah dan pembelajaran (Rio, 1999).
Walau bagaimanapun, pada masa kini pembelajaran dan pengajaran Bahasa
Pengaturcaraan (SPM 3122) dari Fakulti Pendidikan hanya melalui ceramah dalam bilik
kuliah serta latihan amali di bilik komputer. Tidak terdapat laman web yang
dibangunkan mengenai tajuk ini sehingga kini sebagai alternatif mempelajari subjek ini.
Tambahan pula, tahap kebolehan pelajar yang berbeza dalam membentuk konsep
memerlukan pertolongan dan bimbingan pensyarah. Ini mengambil masa yang lama dan
memerlukan latihan berulang kali untuk mencapai objektif pengajaran. Akan tetapi
masa yang terhad tidak mengizinkan semua pelajar diberi perhatian yang sama dalam
kuliah. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak akan berlaku secara
serentak di antara semua pelajar. Ini kerana pelajar yang lemah tidak mendapat rujukan
alternatif seperti menerusi laman web selepas kuliah. Untuk mengatasi masalah ini,
penyelidik membangunkan satu laman web berasaskan reka bentuk persekitaran
5
pembelajaran autentik mengenai tajuk pembelajaran pengaturcaraan HTML: navigasi,
bingkai, komponen web dan kesan khas dinamik untuk memudahkan proses pengajaran
dan pembelajaran. Pembelajaran autentik ini memberi peluang kepada pelajar belajar
dalam situasi seperti keadaan sebenar iaitu dalam kajian pembangun akan menggunakan
antaramuka dalam perisian Microsoft Office FrontPage itu sendiri sebagai salah satu
penerapan pembelajaran keadaan sebenar. Dengan bantuan laman web ini, tugas
pendidik adalah sebagai fasilitator kepada pelajar dan pembelajaran kendiri pelajar dapat
dijalankan pada bila-bila masa sahaja.
1.4 Objektif Projek
Kajian ini terbahagi kepada tiga objektif yang utama iaitu:
i. Membangunkan sebuah prototaip laman web bagi pelajar yang mengambil
subjek Bahasa Pengaturcaraan III (SPM 3122).
ii. Membangunkan sebuah prototaip laman web pendidikan berasaskan
pembelajaran autentik bagi pembelajaran pengaturcaraan HTML.
iii. Mengimplimentasikan elemen multimedia dalam prototaip laman web ini.
1.5 Skop Projek
Laman web pembelajaran ini dibangunkan bagi penggunaan pelajar-pelajar dari
Fakulti Pendidikan tahun tiga yang mengambil subjek Bahasa Pengaturcaraan III (SPM
3122) mengenai penggunaan navigasi, bingkai, komponen web dan kesan khas dinamik
untuk pembangunan web. Pelajar kumpulan ini telah didedahkan pengetahuan mengenai
Bahasa Pengaturcaraan I (SPM2102). Justeru itu, laman web ini juga sesuai untuk
sesiapa sahaja yang berminat dalam pengaturcaraan HTML. Pembangunan laman web
6
ini hanya ditumpukan kepada empat ciri-ciri yang terkandung dalam pembelajaran
autentik kerana ia merupakan sebuah prototaip laman web bagi pembelajaran subjek ini.
Antara ciri-ciri yang digunakan adalah:
a. Membekalkan konteks autentik yang menggambarkan cara pengetahuan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.
b. Membekalkan aktiviti autentik
c. Membekalkan peranan dan perspektif yang pelbagai.
d. Membekalkan bimbingan dan scaffolding daripada guru pada masa yang
kritikal.
1.6 Kepentingan Projek
Menurut Selwyn (1997), kajian yang menganalisis apa yang berlaku dalam
pembelajaran berbantukan teknologi dan apa yang cuba dibangunkan oleh pengguna,
adalah lebih baik dilakukan berbanding yang hanya melakukan kajian untuk meramal
hasil yang diperoleh dari pembelajaran tersebut. Selaras dengan kemajuan teknologi
yang pesat ini, golongan pendidik, guru dan pelajar perlu tahu cara mengendalikannya
dalam merekacipta, membina dan membangunkan sumber teknologi dalam membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan ini memberikan kepentingan
kepada golongan-golongan yang terlibat di dalam sistem pendidikan terutamanya pelajar
dan pensyarah dari institusi pengajian tinggi.
1.6.1 Pelajar
Melalui laman web ini, pelajar didedahkan pengetahuan dalam penggunaan
teknologi maklumat. Mereka mempunyai alternatif untuk belajar bila-bila masa sahaja