pembangunan bahan e-pembelajaran berasaskan … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan...

24

Upload: trankhue

Post on 05-Jun-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan
Page 2: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan
Page 3: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN SISTEM

PENGURUSAN KURSUS: CELL STRUCTURE AND CELL

ORGANISATION,CHEMICAL COMPOSITION OF THE CELL DAN DYNAMIC

ECOSYSTEM

RAJA NORHAPIZAH BINTI RAJA MANSOR

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 4: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

” Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan :...........................................

Nama Penulis :RAJA NORHAPIZAH BINTI RAJA MANSOR

Tarikh :...........................................

Page 5: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

DEDIKASI

Teristimewa buat..

suami tercinta;

Zulkefli b. Mohd Salleh

anak-anak tersayang;

Muhammad Husnul Khair

Hasanatul Husna

Hasanatul Azimah

Muhammad Badruddin

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan...

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan yang ditaburkan amat besar maknanya..

Page 6: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum,

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu PM. Dr. Zaleha Bt

Ismail atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau dalam menyempurnakan Projek Sarjana

Muda ini. Tunjuk ajar dan bimbingan yang dicurahkan amat besar dan bermakna.

Tidak dilupakan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang bersama-

sama membangunkan web portal ini.

Juga yang terakhir buat pihak yang terlibat membantu saya sama ada secara langsung

atau tidak langsung.

Page 7: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

ABSTRAK

Perkembangan teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi

rangkaian dan telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi terkini

secara kreatif dan inovatif mampu melahirkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi dan

dapat menarik minat pelajar dalam bidang pendidikan sains. Justeru pendekatan melalui

web portal menjadi fokus di negara maju dan kini semakin popular di negara membangun

terutama untuk melahirkan masyarakat yang berliterasi. Walaubagaimanapun,

keberkesanan e-pembelajaran adalah bergantung kepada pendekatan pedagogi yang

diterapkan di dalamnya. Di dalam pembangunan web portal ini, satu Sistem Pengurusan

Kursus yang dikenali sebagai MOODLE telah dipilih. Sistem ini dianggap sesuai

memandangkan rekabantuknya menyokong teori konstruktivisme sosial yang bercirikan

akses kendiri. Web portal ini merangkumi tajuk ‘Cell structure and cell organisation’,

Chemical composition of the cell’ dan ‘Dynamic ecosystem’. Bagi setiap tajuk, sumber

yang disediakan merangkumi ‘Teacher’s Note’ dimana ia boleh didapati dalam format

hypertext markup language (html) dan power point presentation (ppt), manakala aktiviti

pula dilahirkan dalam bentuk ‘Student’s Lesson’, Quiz, Forum, Chat dan Hot Potatoes

Quiz. Web portal ini berkeupayaan memberi tindakbalas yang spontan secara bimbingan

disamping pelajar dan guru dapat berkolaborasi, memberikan satu kelebihan terhadap

pendekatannya di mana gaya pembelajaran seperti ini sukar dicapai dalam sistem

pendidikan tradisional .

Page 8: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

ABSTRACT

The development of computer technology, in particular multimedia technology,

telecommunication and network technology, has further developed computer usage in

teaching and learning. The latest technology with a creative and innovative methods and

approaches will be able to create a high quality teaching materials which should attract

the attention and interest of students especially in science field. Approaches of the web

portal becomes the main focus in advance countries and now becomes the more popular

in develop countries mainly to produce a science literate community. The effectiveness of

e-learning depends on the pedagogy which being adapted. In the development of the web

portal, a Course Development System known as the MOODLE has been choose. This

system is very suitable as the design support the constructivism social theory which is

self excess. This web portal includes topics such as ‘Cell structure and cell organisation’,

Chemical composition of the cell’ and ‘Dynamic ecosystem’. In every topic, the source

which being provided includes Teacher,s Note , where it can be obtained in hypertext

markup language (html) and power point presentation (ppt) while the activities are

produce in the form of ‘Student’s Lesson’, Quiz, Forum, Chat dan Hot Potatoes Quiz.

With guidance, this web portals are able to provide a natural and spontaneous responses,

while students and teachers can work in collaboration , giving it an advantage and benefit

towards the approach where this way of learning are difficult to achieve in the traditional

learning method.

KANDUNGAN

Page 9: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT vii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif projek 9

1.5 Kepentingan projek

1.5.1 Pelajar

1.5.2 Guru

1.5.3 Sekolah 10

1.5.4 Ibu-bapa dan masyarakat

1.6 Skop dan Batasan Projek

1.7 Kerangka Teori Projek 11

1.8 Definisi Istilah 12

1.8.1 Pelajar

Page 10: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

1.8.2 Portal

1.9 Kesimpulan 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi e-Pembelajaran 15

2.3 Keberkesanan e-Pembelajaran dalam pembelajaran

2.4 E-Pembelajaran di Malaysia 17

2.4.1 E-Pembelajaran di peringkat sekolah 18

2.4.2 E-Pembelajaran di peringkat pengajian tinggi 21

2.5 Perkembangan e-Pembelajaran di luar negara 23

2.6 Perbandingan e-Pembelajaran dan pembelajaran tradisional 25

2.7 Penutup

BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Kaedah perlaksanan

3.2.1 Analisis 29

3.2.2 Rekabentuk 31

3.2.3 Pembangunan

3.2.4 Perlaksanaan 36

3.2.4.1 Skrin ‘log in’

3.2.4.2 Skrin ‘upload’

3.2.4.3 Skrin ‘turn editing on’ 38

3.2.4.4 Skrin ‘Teacher’s Note’

3.2.4.5 Skrin ‘Student’s Lesson’ 39

3.2.4.6 Skrin ‘Student’s Practice’ 42

3.2.5 Penilaian 43

3.3 Penutup

Page 11: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

BAB 4 PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN

4.1 Pengenalan 45

4.2 Objektif Pembelajaran 46

4.3 Penghasilan bahan e-Pembelajaran

4.3.1 Skrin ‘ Main menu’ 47

4.3.2 Skrin ‘Teacher’s Note’

4.3.3 Skrin ‘Student’s Lesson’ 54

4.3.4 Skrin ‘Student’s Practice’ 62

4.3.5 Skrin ‘Interactive Quiz’ 66

4.4 Penutup 67

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 68

5.2 Masalah pembangunan web portal

5.3 Kebaikan web portal 70

5.3.1 Keistimewaan web portal portal ‘ Biology Form 4’

5.3.2 Kebaikan web portal ‘Biology form 4’ kepada pelajar 71

5.4 Kelemahan web portal hasil perbincangan dan pemerhatian

Bersama penyelia 72

5.5 Cadangan

5.6 Kesimpulan 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 77

Page 12: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN Rajah 1.1 Kerangka Teori Projek 11

Rajah 2.1 Skrin Portal MySchoolnet 20

Rajah 2.2 Skrin Portal Pendidikan Utusan 20

Rajah 3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 29

Rajah 3.2 Skrin log in 36

Rajah 3.3 Skrin ‘up-load’ 37

Rajah 3.4 Skrin ‘turn editing on’ 38

Rajah 3.5 Skrin ‘Teachers Note’ 39

Rajah 3.6 Skrin ‘Updating resource’ 40

Rajah 3.7 Skrin ‘add a lesson’ 41

Rajah 3.8 Skrin‘Updating lesson’ 42

Rajah 3.9 Skrin ‘Edit Students Lesson’ 42

Rajah 3.10 Skrin ‘Add a activity-Quiz’ 43

Rajah 3.11 Skrin ‘Editing question’ 44

Rajah 4.1 Skrin ‘Main Menu’ 48

Rajah 4.2 Skrin ‘Teacher’s Note’ ( table of content).html 49

Rajah 4.3 Skrin ‘down load’ bahan .ppt 50

Rajah 4.4 Skrin bahan pembelajaran yang lengkap

dengan gambarajah berwarna 51

Rajah 4.5 Skrin ‘Teacher’s Note’ bagi salah satu tajuk

kecil bagi bab 4 51

Rajah 4.6 Skrin nota yang lengkap dengan ilustrasi menarik 52

Rajah 4.7 Skrin‘Teachers Note’ yang disediakan bagi

salah satu tajuk kecil bagi bab 8 53

Rajah 4.8 Skrin ‘Teachers Note’ yang disediakan dalam

bentuk gambarajah yang menarik 54

Rajah 4.9 Skrin ‘Teachers Note’ yang disediakan

Page 13: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

dalam bentuk situasi sebenar 54

Rajah 4.10 Nota (bab 2 )yang disediakan menarik dengan

elemen warna dan label 55

Rajah 4.11 Skrin latihan (bab 2) yang disediakan dalam

‘Student’s Lesson’ 56

Rajah 4.12 Skrin soalan yang dimuatkan dalam

‘Student’s Lesson’(bab 2) 57

Rajah 4.13 Skrin jawapan betul ( bab 2) 57

Rajah 4.14 Skrin jawapan salah ( bab 2) 58

Rajah 4.15 Skrin nota dalam bab 4 59

Rajah 4.16 Skrin soalan jenis ‘short answer’ bab 4 59

Rajah 4.17 Skrin ‘Student’s Lesson’ yang memuatkan suasana

kehidupan seharian 60

Rajah 4.18 Skrin salah satu soalan dalam bab 4 ‘Student’s Lesson’ 61

Rajah 4.18 Skrin jawapan ‘betul’ bagi bab 4 62

Rajah 4.19 Skrin jawapan ‘salah’ bab 4 62

Rajah 4.20 Skrin nota dalam bentuk graf ( bab 8) 63

Rajah 4.21 Skrin soalan ‘multiple choice’ 64

Rajah 4.22 Skrin ‘menghantar jawapan’ 64

Rajah 4.23 Skrin bagi jawapan betul 65

Rajah 4.24 Skrin ‘markah’ dalam ‘Student’s Practice’ 66

Rajah 4.25 Skrin ‘forum’ 66

Rajah 4.26 Skrin ‘Interactive quiz-cross 67

Rajah 4.27 Skrin ‘Interactive quiz-matching’ 68

Page 14: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

LAMPIRAN A BORANG PENILAIAN 78

LAMPIRAN B CONTOH SOALAN BERSERTA MISKONSEPSI 79

Page 15: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengaruh era digital di akhir abad ke-20 dalam senario pendidikan di Malaysia

telah menunjukkan beberapa perubahan dari sistem pendidikan konvensional kepada

pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi. Aplikasi serta

pengintergrasian pembelajaran elektronik atau e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh

dan pembelajaran virtual telah mula diamalkan di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Dalam bidang pendidikan, e-pembelajaran bukan sahaja sebagai nilai tambah tetapi

sebagai satu keperluan utama ke arah pembelajaran bestari ( Ismail Zain, 2002)

Kini, Malaysia berada di pertengahan jalan dan sedang memasuki fasa 15 tahun

dalam perjuangan mencapai hasrat dan aspirasi Wawasan 2020. Pelbagai strategi

digariskan sebagai panduan untuk Malaysia mencapai taraf negara maju menjelang tahun

2020. Antaranya ialah melahirkan masyarakat yang bersifat sains serta progresif,

berdaya cipta dan berpandangan jauh. Cabaran ke enam dalam Wawasan 2020

berharapan untuk melahirkan masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan

teknologi kini, tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukkan peradaban sains

dan teknologi masa hadapan.

Page 16: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

Perkembangan teknologi komputer khususnya teknologi multimedia, teknologi

rangkaian dan telekomunikasi telah menjadi pemangkin kepada perkembangan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknologi komputer

mempunyai potensi yang besar dalam pendidikan.Terdapat beberapa kajian yang

membuktikan bahawa bahan pengajaran interaktif mampu mempertingkatkan kadar

penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan yang diajar sebanyak 30 peratus lebih

daripada pelajar yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional (Baharuddin

Aris,2003).

Teras pembangunan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK 9) pula akan

memanfaatkan sains, teknologi dan inovasi sebagai pemacu dalam mempertingkatkan

keupayaan negara. Kemajuan, penyebaran dan penggunaan sains dan teknologi akan

dipertingkatkan ke arah meningkatkan modal insan (RMK 9, 2006). Dapat dilihat

bahawa kemajuan sains dan teknologi amat dititikberatkan dalam merencanakan RMK 9

seterusnya mencapai hasrat kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat maju dalam bidang

sains dan teknologi pada masa hadapan

Pelbagai langkah telah diambil bagi memperkenalkan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi kepada masyarakat Malaysia. Kempen kesedaran teknologi

maklumat telah banyak dijalankan, di samping menyediakan kemudahan berkaitan

dengannya. Usaha yang giat juga telah diambil ke arah memperkenalkan e-Pembelajaran

dalam sistem pendidikan di negara ini. Pelbagai tahap pembelajaran elektronik kini

diamalkan di pelbagai peringkat institusi pendidikan .

E-Pembelajaran berpotensi membawa perubahan ketara dan bermakna dalam

sistem pendidikan di negara ini (Abdul razak Yaakob.2000). Melalui e-Pembelajaran,

pendidikan menjadi lebih luas, pelajar mempunyai lebih banyak pilihan berkaitan dengan

proses pembelajaran mereka. Potensi e-Pembelajaran dapat direalisasikan sepenuhnya

jika semua pihak yang terlibat dibekalkan dengan kemahiran menggunakan teknologi

Page 17: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

maklumat dengan bijak dan bersesuaian. Web portal merupakan satu corak pembelajaran

secara on-line yang juga sebahagian daripada e-Pembelajaran. Pencapaian kepada

internet melalui web memberikan penekanan kepada capaian ilmu dan maklumat melaui

jaringan web yang tidak terbatas. Fenomena ini juga dapat mewujudkan dan membentuk

masyarakat yang gemar belajar dan terus belajar sepanjang hayat. Peluang pembelajaran

ini melangkaui batasan waktu dan geografi dan bersifat terbuka asalkan mempunyai

keupayaan mengakses dan kemahiran menggunakan teknologi ICT. Pembelajaran masa

kini adalah satu proses yang berterusan dan tidak terbatas dalam satu konteks sahaja (

Ismail Zain, 2002 ).

Sains merupakan satu bidang ilmu yang sangat dinamik dan pelbagai inovasi dan

penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan pembangunan.

Sehubungan itu, bidang pendidikan merupakan satu bidang secara terus dapat

memberikan pengetahuan dan ilmu yang terkini berkaitan dengan dunia sains. Pelajar

harus diberi pendedahan menyeluruh tentang kemudahan pembelajaran teknologi terkini

yang mampu membawa mereka meneroka ke dunia yang tiada sempadan.

Terdapat pelbagai istilah yang kini sinonim dengan e-Pembelajaran atau lebih

dikenali dengan e-Learning. Antaranya adalah seperti mobile learning, open learning ,

distance learning . Mobile learning lebih dikaitkan dengan corak pembelajaran dengan

menggunakan alat-alat komunikasi terkini seperti telefon. Open learning atau dikenali

sebagai pembelajaran berbentuk terbuka kepada semua golonganyang membenarkan

sesiapa sahaja untuk mengaksesnya tanpa had. Distance learning atau Pembelajaran

Jarak Jauh pula menjurus kepada sistem pembelajaran yang dilangkaui dengan jarak

dengan menggunakan alat-alat capaian tertentu sebagai penyokong kepada capaian

telekomunikasi (Timothy K.Shih,2007). Alat yang digunakan boleh dikategorikan

kepada dua iaitu alat berbentuk tradisional serta alat berasaskan komputer dan jaringan

internet. Alat berbentuk tradisional adalah seperti telesidang video, buku teks, kabel atau

televisyen, manakala alat yang berasaskan komputer dan jaringan internet adalah seperti

CD-Rom, Web-browser, media player, dan broad band video conferencing .

Page 18: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

Leaning portal atau web portal adalah satu daripada corak pembelajaran jarak

jauh. Ia adalah bersamaan dengan pembelajaran maya tetapi berbeza dari segi pelanggan

dan kursusnya. e-Learning portals disediakan untuk mengatasi sesuatu masalah bagi

kategori sesuatu kumpulan yang kecil (Timothy K.Shih,2007). Contoh di dalam

pendidikan, ia digunakan untuk menyediakan kemudahan pembelajaran kepada pelajar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Polisi dan falsafah sekolah perlu menekankan budaya pendidikan berasaskan

kepada mengembangkan daya kreatif dan inovasi. Wawasan dan polisi inovasi

pendidikan bukan sahaja perlu dihayati malah perlu dijadikan amalan dan garis panduan

dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan pendidikan (Abdul Rahim Abdul

Rashid, 2000). Perubahan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran kini telah pun

direalisasikan dalam perlaksanaan Sekolah Bestari. Melalui konsep Sekolah Bestari,

guru akan dapat mengenalpasti potensi serta kelemahan pelajar mereka dan merangka

program khusus yang mengatasinya pada peringkat awal lagi. Ini bermakna guru dapat

menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan dan mengikut kebolehan

serta kemampuan mereka (Bahruddin et al. 2003).

Kelemahan dari segi pedagogi memberi kesan negatif kepada kaedah dan

kemahiran belajar yang dikembangkan di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang diamalkan di sekolah kurang merangsang minda dan tidak mencabar daya kreativiti

dan inovatif pelajar. Pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah juga didapati

kurang berinteraksi yang boleh mendorong kepada perkembangan inovasi dan kreativiti

pelajar (Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000).

Tajularipin Sulaiman (2004), menyatakan bahawa pengajaran tradisional memberi

penekanan kepada mengingati konsep dan istilah saintifik secara terasing dan akhirnya

Page 19: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

akan dilupai. Tidak dinafikan masih terdapat guru yang masih mengamalkan corak

pengajaran tradisional yang bertindak sebagai penyampai maklumat dan pembelajaran

berlaku secara satu hala sahaja. Menurut Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003),

dalam pengajaran tradisional, komunikasi sehala banyak berlaku di mana seseorang guru

memainkan tugas utama sebagai penyalur maklumat manakala pelajar hanya perlu duduk,

mendengar dan mencatat isi penting sahaja. Kegagalan dalam melahirkan pelajar yang

pasif dan tidak berupaya menggunakan sains dan teknologi adalah merupakan satu

perkara yang amat membimbangkan Guru seharusnya menggabungkan pengajaran

tradisional dengan berbantukan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran. Melalui pembelajaran elektronik, guru dapat merekabentuk aktiviti-

aktiviti pembelajaran yang menarik, menyediakan bahan atas talian yang berkualiti dan

menghasilkan pembelajaran kolaboratif (Razali Ismail,2002).

Isu kemerosotan minat terhadap sains turut menjadi satu masalah yang kini perlu

dipandang serius. Ini adalah kerana dalam menuju sebuah negara industri, Malaysia

sangat memerlukan lebih ramai pelajar yang mengambil mata pelajaran sains. Akan

tetapi yang paling mendukacitakan ialah semasa kita menuju ke arah negara berindustri,

minat pelajar terhadap sains semakin merosot ( Zurida Ismail, Syarifah Norhaida Syed

Idros 2006). Oleh itu pendekatan pengajaran yang mampu menarik minat mereka harus

diterapkan agar minat pelajar terhadap mata pelajaran ini dapat ditingkatkan.

Pendekatan pembelajaran sains yang sehala juga sering mengakibatkan masalah

‘salah konsep’ berlaku. Konsep sains sering di salah tafsir oleh pelajar kerana pelajar

melihat sesuatu bahan pengajaran yang disampaikan itu berbeza dengan kefahaman guru.

Ini seringkali terjadi dalam konsep yang berbentuk abstrak. Driver at.al (1985)

menyatakan ramai pendidik bersetuju bahawa halangan utama bagi pembelajaran sains

adalah disebabkan oleh kerangka konseptual yang amat berbeza dengan kerangka

konseptual guru. Oleh itu penggunaan e-pembelajaran yang mampu menerangkan

konsep yang abstrak amat bertepatan dalam menyelesaikan masalah ini. Information and

Communication Technology (ICT) dapat menyediakan sumber pengajaran dan

Page 20: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

pembelajaran yang luas serta berkualiti tinggi. Perkara ini berguna sekiranya berlaku

ketika dalam penyampaian konsep sains yang kompleks di mana amalan pengajaran yang

biasa tidak mencukupi.

Teknologi maklumat dan ICT telah menyediakan peluang kepada perubahan cara

pelajar belajar dan cara guru mengajar. Di samping kebanjiran peralatan ICT dalam

bidang pendidikan, didapati wujud sebilangan besar guru yang kurang selesa dengan

komputer. Berbagai kursus telah dijalankan untuk meningkatkan kemahiran guru dalam

penggunaan komputer. Didapati intergrasi penggunaan komputer dalam proses

pendidikan masih amat menyedihkan (CEO forum,2000). Jutaan peruntukan

dibelanjakan untuk memperoleh perkakasan dan perisian komputer di sekolah mungkin

merupakan satu pembaziran sekiranya sebahagian besar guru mengelakkan daripada

menggunakan komputer dalam pendidikan (Chen,2004).

Dalam merencanakan kejayaan perlaksanaan Sekolah Bestari, pelbagai langkah

inovatif diambil oleh kerajaan dalam memberi mutu pendidikan yang terbaik. Antaranya,

kerajaan turut membelanjakan jutaan ringgit untuk membina perisian pembelajaran agar

ia dapat membantu meningkatkan mutu pengajaran guru dan seterusnya memberi impak

positif dalam diri pelajar. Namun tidak semua perisian yang disediakan bersesuaian

dengan kehendak pendidikan semasa. Menurut Sharil@Charil Marzuki, Habib Mat som

(1999) kebanyakan perisian yang terdapat di pasaran tidak sesuai dengan pedagogi

pengajaran dan pembelajaran kerana perisian yang dihasilkan tidak selaras dengan

sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM). Perisian pembelajaran yang dibangunkan untuk sekolah

masih terikat dengan konsep model pengajaran dan pembelajaran (P&P) tradisional tanpa

unsur-unsur kecerdikan. Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK) yang terdapat dalam pasaran masa kini kurang sesuai, tidak bermutu dan tidak

menepati kehendak atau objektif Falsafah Pendidikan Negara. Justeru, tanggungjawab

menghasilkan perisian tidak seharusnya dilepaskan kepada pakar komputer sahaja kerana

mereka tidak arif dalam aspek pedagogi.

Page 21: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

Terdapat kewujudan pelbagai web portal yang mula diperkenalkan di negara kita.

Antaranya ialah seperti Myschool.net dan Portal Pendidikan Utusan. Terdapat banyak

laman web yang direkabentuk kurang baik kerana ia terlalu mudah untuk mereka cipta

laman web tersebut. Sebagai warga pendidik yang lebih menjurus dan mengetahui

dengan mendalam aspek pengisian dalam pembelajaran, satu langkah proaktif perlu

dilakukan agar pendidik juga mampu membina satu laman web bagi pengajaran dan

pembelajaran agar ia selari dengan kehendak kurikulum semasa. Penggunaan laman web

sebenarnya memberi impak positif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Abu Bakar

Bacik (2000) menyatakan, dalam laman web, melalui sistem hyperteks, pelajar boleh

memilih satu kata kunci dari skrin dan boleh mendapatkan maklumat dari pembangun

sumber lain tentang topik berkenaan. Sistem pendidikan telah mengubahsuai matlamat

pengajaran dan kaedah menyediakan keperluan yang lebih kompleks dengan

berpandukan teknologi abad ke-21. Kini pendidik mula menyedari bahan sumber

teknologi ini akan membantu ke arah pendekatan yang baru dan mampu memotivasikan

pelajar( Kamaruddin B. Taib 2005).

Tidak dinafikan pada masa kini terdapat web portal sedia ada yang boleh diakses

oleh pelajar. Namun begitu web portal tersebut tidak menyediakan keseluruhan maklumat

yang diperlukan oleh pelajar. Sebagai contoh, web portal Portal Pendidikan Utusan (rajah

1.1 )hanya menyediakan enam tajuk kecil bahan pembelajaran bagi mata pelajaran

biologi tingkatan empat. Manakala bagi web Portal MySchoolNet (rajah 1.2) pula

menyediakan empat tajuk kecil sahaja. Oleh itu, Satu usaha perlu dilakukan untuk

melengkapi bahan-bahan tersebut supaya pelajar dan guru dapat memperolehi bahan yang

meliputi keseluruhan tajuk mata pelajaran biologi.

Page 22: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

Rajah 1.1 Web Portal Pendidkan Utusan (bahagian biologi tingkatan 4)

Rajah 1.2 Web Portal mySchoolNet (bahagian biologi tingkatan 4)

Perkembangan teknologi telekomunikasi memberi satu cabaran kepada kita untuk

memikirkan tentang perubahan pendekatan pembelajaran. Perubahan perlu dari

pendekatan konvensional yang lebih tertumpu kepada guru kepada pendekatan e-

Page 23: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

pembelajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Pilihan terkini dalam gaya pengajaran dan

pembelajaran bermutu adalah melalui web portal. E-Pembelajaran adalah satu inovasi

pendidikan yang perlu diberi perhatian. Inilah perubahan paradigma yang perlu ditangani

oleh semua pendidik. Perubahan atau anjakan paradigma pedagogi penting untuk

meningkatkan mutu pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Memandangkan digitalisasi telah menyebabkan kewujudan telekomunikasi dan

teknologi maklumat sekarang, corak pengajaran dan pembelajaran tradisional di dalam

kelas juga seharusnya berubah. Teknologi maklumat patut diterapkan di dalam

pendidikan. Masalah kemudahan tidak lagi harus dipersoalkan. Pelbagai usaha telah

dilakukan oleh kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang mampu menggunakan

kemudahan teknologi malah kerajaan dengan sedaya upaya cuba untuk menyediakan

kemudahan terbaik dari segi teknologi malumat dan komunikasi agar setanding dengan

negaru maju yang lain. Oleh itu, bidang pendidikan seharusnya mengambil peluang ini

agar insan yang dilahirkan sejajar dengan kehendak masa hadapan dan mampu berdaya

saing di peringkat dunia.

Penghasilan web-portal merupakan satu langkah yang bijak dalam memberi

pilihan kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia mampu

mengatasi masalah-masalah yang wujud akibat corak pengajaran konvensional malah ia

mampu menarik minat pelajar dan menggalakkan pelajar lebih berdaya saing dan

berkeyakinan. Rekabentuk dan informasi serta persembahan yang berbentuk interaktif

di halaman web-portal membangkitkan semangat pelajar untuk meneroka ke alam

pembelajaran yang luas dan menyeronokkan terutama ke alam sains yang penuh dengan

keajaiban. Ia mampu membawa pelajar keluar dari kepompong kelas dan keluar

menjelajah ke alam sains yang realiti. Sehubungan dengan itu, satu projek web portal

Page 24: PEMBANGUNAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN … filepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. ... markup language (html) and power point presentation (ppt) ... 1.5 Kepentingan

dilaksanakan supaya dapat menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang

berkualiti berkaitan dengan tajuk ini.

1.4 Objektif projek

Objektif bagi projek MOODLE e-pembelajaran dalam topik Biologi Tingkatan

Empat ialah membangunkan web portal menggunakan Sistem Pengurusan Kursus topik

‘Cell Structure And Cell Organisation’,‘ Chemical Composition of the cell ’ dan

‘Dynamic Ecosystem’.