pemantauan tahap kecergasan fizikal atlet universiti ... · ucapan terima kasih juga diucapkan...

27

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

31 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PEMANTAUAN TAHAP KECERGASAN FIZIKAL ATLET UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

NUR ADILA BINTI HUSSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2010

v

DEDIKASI

Dengan nama Allah S.W.T yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnianNya, tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ayahanda dan bonda yang di kasihi

Hussin Bin Ismail

Jamilah Binti Tajidin

Buat ahli keluarga yang disayangi

Kesemua Para Pensyarah Fakulti Pendidikan (Sains Sukan)

yang banyak Membantu

Terutamanya kepada En Syahrul Ridhwan Bin Morazuki

Serta teman – teman seperjuangan

Iringan doa, pengorbanan, keikhlasan dan bantuan kalian tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata.

Terima kasih untuk segalanya.

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah…………………….

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapatlah penyelidik

menyiapkan projek sarjana muda ini tepat pada masanya sebagai syarat akhir kursus

sebelum menerima segulung ijazah. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada ayanda dan bonda yang dikasihi, Hussin Bin

Ismail dan Jamilah Binti Tajidin di atas segala sumbangan dan pengorbanan yang

dicurahkan kepada saya selama ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat para pensyarah

Sains Sukan, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia terutamanya buat

pensyarah pembimbing En. Syahrul Ridhwan Bin Morazuki dan Prof Madya Dr

Mohad Anizu Bin Hj Mohd Nor sebagai penasihat akademik penyelidik di atas

bimbingan dan tunjuk ajar tanpa rasa jemu sepanjang penyelidik menyiapkan

penyelidikan ini.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Unit Sukan Universiti

Teknologi Malaysia yang banyak memberikan kerjasama dalam kajian ini. Tidak lupa

kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi sumbangan dari segi idea dan bantuan,

dan semua yang turut sama memberi sokongan di sepanjang perlaksanaan kajian ini.

Moga Allah rahmati dan kurnia kebahagiaan buat anda semua. Sekian terima

kasih.

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memantau tahap prestasi kecergasan fizikal atlet ping

pong, skuasy dan sepak takraw Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada dua fasa kem

pemantapan atlet yang berbeza. Seramai 32 orang atlet, masing-masing ping pong

(lelaki, n=7; wanita, n=6), skuasy (lelaki, n=3; wanita n=3) dan atlet sepak takraw (lelaki,

n=13) terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian ini, enam komponen kecergasan fizikal

dikaji iaitu fleksibiliti (ujian jangkauan melunjur), daya tahan otot (ujian bangkit tubi),

kekuatan otot (uiian tekan tubi), ketangkasan (ujian ketangkasan Illinois), kekuatan kaki

(ujian lompat jauh berdiri) dan daya tahan kardiovaskular (ujian bleep). Dapatan kajian

mendapati terdapat empat komponen pengujian yang menunjukkan perbezaan yang

signifikan bagi atlet ping pong iaitu ujian bangkit tubi (wanita, p<0.01), ujian lompat

jauh berdiri (wanita, p<0.05), ujian ketangkasan Illinois (lelaki p<0.05; wanita p<0.05)

dan ujian bleep (lelaki, p< 0.05; wanita, p< 0.05). Atlet skuasy turut menunjukkan

peningkatan signifikan bagi empat komponen iaitu ujian bangkit tubi (lelaki, p< 0.05),

ujian tekan tubi (wanita, p< 0.05), ujian lompat jauh berdiri (wanita, p< 0.05) dan ujian

bleep (wanita, p<0.05). Manakala bagi atlet sepak takraw, hanya satu komponen

kecergasan yang didapati tiada perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kem

pemantapan atlet tersebut iaitu bagi ujian jangkauan melunjur. Walaupun skor purata

kebanyakan komponen kecergasan menunjukkan peningkatan tahap kecergasan fizikal,

namun prestasi keseluruhan atlet ping pong, skuasy dan sepak takraw masih belum

berada di tahap kecergasan yang baik dan masih boleh diperbaiki.

viii

ABSTRACT

This study was carried out to observe the level of physical fitness of Universiti

Teknologi Malaysia (UTM) table tennis, squash and sepak takraw athletes on two

different training camps. Thirty two athletes which are table tennis (male, n=7; female,

n=6), skuasy (male, n=3; female n=3) and sepak takraw (male, n=13) were involved in

this study. In this study, six components of physical fitness were tested; flexibility (sit

and reach test), muscle endurance (sit up test), muscle strength (push up test), leg power

(standing broad jump), agility (Illinois agility run test) and cardiovascular endurance

(bleep test). Results of the study found that four components shows significant different

table tennis athletes; sit up test (female, p<0.01), standing broad jump test (female,

p<0.05), Illinois agility run test (male p<0.05; female p<0.05) and bleep test (male, p<

0.05; female, p< 0.05). Squash athletes also shows the significant improvement in four

components which are in sit up test (male, p< 0.05), push up test (female, p< 0.05),

standing broad jump test (female, p< 0.05) and bleep test (female, p<0.05). Whereas,

only one component which is sit and reach test shows no significant difference between

the two intensive training camp for sepak takraw athletes. Despite most of the average

score of fitness level shows an improvement but the fitness levels of table tennis, squash

and sepak takraw athletes is still not reaching a good level and can still be improved.

ix

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PENULIS iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

ISI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xxi

x

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang kajian 4

1.3 Pernyataan masalah 5

1.4 Objektif 5

1.5 Persoalan kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan kajian 7

1.8 Skop kajian 8

1.9 Batasan kajian 8

1.10 Definisi operasional 9

11 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Fleksibiliti 13

2.3 Daya tahan otot 15

2.4 Kekuatan otot 17

2.5 Kekuatan kaki 19

2.6 Ketangkasan 20

2.7 Daya tahan kardiovaskular 22

xi

2.8 Kesimpulan 25

111 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk kajian 26

3.2 Subjek kajian 26

3.3 Instrumen kajian 27

3.4 Prosedur kajian 27

3.4.1 Ujian 1 (Sit and Reach) 27

3.4.2 Ujian 2 (YMCA 1-Minute Sit-Up-Test) 29

3.4.3 Ujian 3 (Push Up) 30

3.4.4 Ujian 4 (Standing Broad Jump) 32

3.4.5 Ujian 5 (Illinois Agility Run Test) 34

3.4.6 Ujian 7 (Bleep Test) 35

3.5 Pengambilan data 37

3.6 Analisis Data 37

IV PENGANALISIAN DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Latar belakang subjek 39

4.3 Keputusan kecergasan fizikal atlet ping pong 40

4.4 Keputusan kecergasan fizikal atlet skuasy 67

xii

4.5 Keputusan kecergasan fizikal atlet sepak takraw 89

4.6 Analisis inferensi 109

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 139

5.2 Kecergasan fizikal atlet ping pong 140

5.3 Kecergasan fizikal atlet skuasy 145

5.4 Kecergasan fizikal atlet sepak takraw 151

5.5 Kesimpulan 156

5.6 Masalah yang dihadapi 156

5.7 Cadangan 156

5.8 Penutup 157

RUJUKAN 158

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kadar peratusan pengambilan oksigen (Maximal

oxygen uptake (VO2max ) dikalangan atlet lelaki 23

yang berbeza jenis sukan

3.1 Skor penunjuk jangkauan melunjur 28

3.2 Skor bilangan ulangan bangkit tubi yang dapat dilakukan

oleh subjek 30

3.3 Skor penunjuk tekan tubi 31

3.4 Skor bagi standing broad jump test 33

3.5 Skor Illinois Agility Run Test 35

3.6 Petunjuk pencapaian bleep test 36

4.1 Kumpulan subjek, bilangan, umur dan jantina 39

4.2 Skor pemain ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

jangkauan melunjur pada Fasa 1 dan Fasa 2 41

xiv

4.3 Status atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

jangkauan melunjur pada Fasa 1 dan Fasa 2 42

4.4 Skor pemain ping pong lelaki dan wanita bagi ujian 45

bangkit tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2

4.5 Status pemain ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

bangkit tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2 46

4.6 Skor atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

tekan tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2 49

4.7 Status atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

tekan tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2 50

4.8 Skor atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

standing broad jump pada Fasa 1 dan Fasa 2 52

4.9 Status atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

standing broad jump pada Fasa 1 dan Fasa 2 53

4.10 Skor atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

Illinois agility run test pada Fasa 1 dan Fasa 2 56

4.11 Status atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian

illinois agilty run pada Fasa 1 dan 2 57

4.12 Skor atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian 60

‘bleep’ pada Fasa1dan 2

4.13 Status atlet ping pong lelaki dan wanita bagi ujian bleep 61

xv

4.14 Skor atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian jangkaun

melunjur pada Fasa 1 dan Fasa 2 67

4.15 Status atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

Jangkaun melunjur pada Fasa 1 dan Fasa 2 68

4.16 Skor atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian YMCA

1-Minute sit up pada Fasa 1 dan Fasa 2 70

4.17 Status atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi Ujian YMCA

1-Minute sit up pada Fasa 1 dan Fasa 2 71

4.18 Skor atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian tekan

tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2 73

4.19 Status atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

tekan tubi 74

4.20 Skor atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

standing broad jump 76

4.21 Skor atlet Skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

standing broad jump 77

4.22 Skor pemain skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

illinois agility run 79

4.23 Status pemain skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

illinois agility run 80

4.24 Skor pemain skuasy lelaki dan wanita bagi ujian bleep 82

xvi

4.25 Status pemain skuasy lelaki dan wanita bagi ujian

Bleep 83

4.26 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi ujian jangkaun

melunjur pada Fasa 1 dan Fasa 2. 89

4.27 Status pemain sepak takraw lelaki bagi ujian

Jangkaun Melunjur 90

4.28 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi ujian YMCA

1-Minute sit up 92

4.29 Status pemain sepak takraw lelaki bagi ujian

YMCA 1-Minute sit up 93

4.30 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi Ujian Tekan

Tubi 95

4.31 Status pemain sepak takraw lelaki bagi Ujian Tekan

Tubi 96

4.32 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi ujian standing

broad jump Fasa 1 dan Fasa 2 98

4.33 Status pemain sepak takraw lelaki bagi Ujian Standing

Broad Jump 99

4.34 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi Ujian Agility

Run (s) 101

xvii

4.35 Status pemain sepak takraw lelaki bagi ujian illinois

agility run 102

4.36 Skor pemain sepak takraw lelaki bagi ujian bleep 104

4.37 Status pemain sepak takraw lelaki bagi ujian bleep 105

4.38 Perbandingan Ujian Jangkaun Melunjur pada Fasa 1

dan Fasa 2 atlet Ping Pong lelaki 109

4.39 Perbandingan Ujian Jangkaun Melunjur pada Fasa 1

dan Fasa 2 atlet Ping Pong wanita 110

4.40 Perbandingan ujian bangkit tubi pada Fasa 1 dan Fasa

2 atlet Ping Pong lelaki 111

4.41 Perbandingan ujian bangkit tubi pada Fasa 1 dan Fasa

2 atlet Ping Pong wanita 112

4.42 Perbandingan ujian tekan tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2

atlet Ping Pong lelaki 113

4.43 Perbandingan ujian tekan tubi pada Fasa 1 dan Fasa 2

atlet Ping Pong wanita 114

4.44 Perbandingan ujian kuasa kaki pada Fasa 1 dan Fasa 2

atlet Ping Pong lelaki 115

4.45 Perbandingan ujian kuasa kaki pada Fasa 1 dan Fasa 2

atlet Ping Pong wanita 116

xviii

4.46 Perbandingan ujian ketangkasan pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet Ping Pong lelaki 117

4.47 Perbandingan ujian ketangkasan pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet Ping Pong wanita 118

4.48 Perbandingan ujian daya tahan kardiovaskular pada

Fasa 1 dan Fasa 2 atlet Ping Pong lelaki 119

4.49 Perbandingan ujian daya tahan kardiovaskular pada

Fasa 1 dan Fasa 2 atlet Ping Pong wanita 120

4.50 Perbandingan ujian jangkauan melunjur pada Fasa 1

dan Fasa 2 atlet skuasy lelaki 121

4.51 Perbandingan ujian jangkauan melunjur pada Fasa 1

dan Fasa 2 atlet skuasy wanita 122

4.52 Perbandingan ujian daya tahan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy lelaki 123

4.53 Perbandingan ujian daya tahan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy wanita 124

4.54 Perbandingan ujian kekuatan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy lelaki 125

4.55 Perbandingan ujian kekuatan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy wanita 126

xix

4.56 Perbandingan ujian kuasa kaki pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy lelaki 127

4.57 Perbandingan ujian kuasa kaki pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy wanita 128

4.58 Perbandingan ujian ketangkasan pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy lelaki 129

4.59 Perbandingan ujian ketangkasan pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet skuasy wanita 130

4.60 Perbandingan ujian daya tahan kardiovaskular pada

Fasa 1 dan Fasa 2 atlet skuasy lelaki 131

4.61 Perbandingan ujian daya tahan kardiovaskular pada

Fasa 1 dan Fasa 2 atlet skuasy wanita 132

4.62 Perbandingan ujian jangkauan melunjur pada Fasa 1

dan Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 133

4.63 Perbandingan ujian daya tahan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 134

4.64 Perbandingan ujian kekuatan otot pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 135

4.65 Perbandingan ujian kuasa kaki pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 136

xx

4.66 Perbandingan ujian ketangkasan pada Fasa 1 dan

Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 137

4.67 Perbandingan ujian daya tahan kardiovaskular pada

Fasa 1 dan Fasa 2 atlet sepak takraw lelaki 138

5.1 Jumlah pengambilan VO2max

atlet Ping Pong 143

5.2 Jumlah pengambilan VO2max

atlet Skuasy 149

xxi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Purata skor atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi komponen fleksibiliti 43

4.2 Purata status atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi daya tahan otot 47

4.3 Purata status atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi kekuatan otot 51

4.4 Purata status atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi komponen kekuatan kaki 54

4.5 Purata status atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi komponen ketangkasan 58

4.6 Purata status atlet ping pong lelaki dan wanita

bagi komponen daya tahan kardiovaskular 62

4.7 Min status kecergasan fizikal atlet ping pong lelaki 63

4.8 Min status kecergasan fizikal atlet ping pong wanita 65

4.9 Purata skor atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi komponen fleksibiliti 69

4.10 Purata status atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi daya tahan otot 72

4.11 Purata status atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi komponen kekuatan otot 75

xxii

4.12 Purata status atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi komponen kuasa kaki 78

4.13 Purata status atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi komponen ketangkasan 81

4.14 Purata status atlet Skuasy lelaki dan wanita

bagi komponen daya tahan kardiovaskular 84

4.15 Min status kecergasan fizikal atlet Skuasy lelaki 85

4.16 Min status kecergasan fizikal atlet Skuasy wanita 87

4.17 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen fleksibiliti 91

4.18 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen daya tahan otot 94

4.19 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen kekuatan otot 97

4.20 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen kuasa kaki 100

4.21 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen ketangkasan 103

4.22 Purata status atlet Sepak Takraw lelaki

bagi komponen daya tahan kardiovaskular 106

4.23 Min status kecergasan fizikal atlet Sepak Takraw

lelaki 107

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan merupakan antara bidang yang penting kepada negara. Justeru itu, pelbagai

pihak perlu memainkan peranan untuk membangunkan sukan termasuklah Kementerian

Pendidikan. Hal ini termaktub di dalam Dasar Sukan Negara Malaysia yang

menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan dan bertanggungjawab dalam

pembangunan sukan negara. Ia menyumbang kepada sukan negara melalui murid-murid

sekolah dan penuntut Institusi Pelajaran Tinggi yang merupakan kumpulan sasaran yang

besar dan penting bagi program di kedua-dua sektor sukan dan guru-guru merupakan

sumber jurulatih dan pegawai yang penting. Dalam dasar itu juga, Kementerian

Pendidikan hendaklah menggalakkan sukan secara aktif di maktab-maktab dan

politeknik-politeknik. Bagi peringkat IPT pula, Majlis Sukan Universiti Malaysia

(MASUM) perlulah menggalakkan aktiviti sukan dikalangan penuntutnya. Bagi

menjayakan hasrat tersebut khususnya di peringkat Universiti, MASUM telah

memperkenalkan misi “Menyediakan atlet cemerlang yang berterusan dan bersedia

bertanding di peringkat antarabangsa” (Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM),

(1985; Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 2009). Namun, untuk menyediakan

2

atlet yang cemerlang bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia dipengaruhi

pelbagai faktor termasuklah prestasi kecergasan fizikal atlet.

Konsep kecergasan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek fizikal, mental,

emosi, sosial dan kerohanian. Konsep kecergasan itu adalah menyeluruh bagi kesihatan

seseorang yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga.

Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang kerana kesihatan yang tinggi

dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin

membahayakan diri.

Bagi kecergasan fizikal, ia merupakan keupayaan individu untuk berfungsi secara

berkesan, cekap dan menggunakan kesenggangan dengan lebih efektif tanpa merasa lesu

disamping mempunyai tenaga lebihan untuk kecemasan. Kecergasan fizikal yang optima

tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan (Greenberg et al., 2004).

Menurut Falls (1980) dalam Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal

Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK), kecergasan untuk kesihatan

merangkumi aspek-aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang

dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit

hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-

bagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-

fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti

sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan sebagainya

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007).

Selain itu, kecergasan fizikal juga boleh didefinasikan sebagai masih mempunyai

keupayaan untuk melakukan aktiviti atau tuntutan kehidupan tanpa merasa cepat letih

serta lesu dan masih mempunyai tenaga untuk memberi rangsangan semasa saat

mencemaskan atau diperlukan (Heyward, 2002; Gapor Ahmad, 2007).

3

Kecergasan fizikal meliputi lima komponen asas iaitu daya tahan kardiovaskular,

kekuatan otot, daya tahan otot, fleksibiliti dan komposisi badan (Greenberg et al., 2004).

Menurut Siedentop (2003), kecergasan fizikal merupakan siri-siri komponen yang

terbahagi kepada dua iaitu berasaskan kesihatan dan berasaskan motor dimana setiap

komponen dibangunkan secara spesifik. Bagi komponen kecergasan berasaskan kesihatan

ia berkaitan dengan agenda kesihatan manakala berasaskan motor pula ia berkaitan

dengan perlakuan motor untuk melakukan tugasan.

Menurut Fahey et al. (2004) pula, kecergasan fizikal juga mempunyai pelbagai

komponen dimana sebahagiannya melibatkan kesihatan manakala sebahagiannya lagi

spesifik kepada aktiviti sukan. Lima komponen kecergasan yang berkaitan dengan

kesihatan adalah daya tahan kardiovaskular, ketahanan otot, kekuatan otot, fleksibiliti dan

komposisi badan manakala kecergasan berkaitan kemahiran motor pula adalah seperti

kelajuan, kuasa, ketangkasan, keseimbangan, koordinasi dan reaksi masa.

Tahap kecergasan seseorang itu dapat dinilai berdasarkan kepada prestasi ketika

menjalani sesuatu aktiviti atau tugasan di mana pengukuran dan penilaian dapat

dilakukan ketika tubuh badan berfungsi di bawah tekanan dan keupayaan fizikal.

Keadaan ini dapat menggambarkan tahap keupayaan seseorang individu itu samaada

dapat berfungsi dengan cekap ataupun tidak (Maud dan Foster, 2004).

Memandangkan kecergasan fizikal adalah amat penting untuk setiap atlet,

maka setiap jurulatih hendaklah memberikan perhatian dan penekanan terhadap

kecergasan atlet mereka. Terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan untuk

meningkatkan tahap kecergasan fizikal atlet. Antaranya ialah dengan memantau tahap

kecergasan atlet dari semasa ke semasa. Oleh itu, dalam kajian ini, ia memfokus kepada

isu pemantauan tahap prestasi kecergasan fizikal atlet sukan ping-pong lelaki dan wanita,

atlet sukan skuasy lelaki dan wanita dan atlet sepaktakraw lelaki UTM. Pemantaun

adalah dilihat dari aspek fleksibiliti, daya tahan otot, kekuatan otot, kuasa kaki,

ketangkasan dan daya tahan kardiovaskular.

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk

pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Namun bagi tujuan pertandingan, salah satu elemen yang dapat membantu atlet beraksi

pada prestasi yang baik ialah tahap kecergasan fizikal ketika menyertai sesuatu

pertandingan tersebut.

Bagi atlet yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM), pemantauan

tahap kecergasan fizikal atlet selama ini tidak dijalankan secara teratur dan tiada rekod

pemantauan tahap kecergasan dari semasa ke semasa. Situasi ini sekurang-kurangnya

menyebabkan pihak Unit Sukan UTM dan jurulatih sukar memantau serta mengetahui

perkembangan tahap kecergasan fizikal atlet menerusi latihan-latihan yang dilaksanakan

dari suatu tempoh ke tempoh tertentu. Bagi membantu pihak Unit Sukan UTM memantau

perkembangan tahap prestasi kecergasan fizikal atlet universiti, satu program berkala

yang dikenali sebagai Kem UTM Power diperkenalkan. Dengan kerjasama dari pihak

Sains Sukan dari Fakulti Pendidikan, kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan Ujian

Kecergasan Fizikal berkala bagi setiap siri Kem UTM Power.

Justeru itu, penyelidik menggunakan peluang tersebut bagi membantu khususnya

Unit Sukan UTM dalam mengkaji perkembangan semasa tahap kecergasan fizikal atlet

UTM bagi beberapa siri Kem UTM Power yang dilaksanakan.

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kecergasan fizikal adalah salah satu elemen yang penting bagi membolehkan atlet

mencapai prestasi yang cemerlang di dalam sukan yang diceburi tanpa mengambil kira

peringkat umur dan pertandingan. Dengan itu, kecergasan fizikal perlu dipantau dari

semasa ke semasa dalam membantu perlaksanaan latihan serta meningkatkan tahap

keupayaan atlet.

Bagi atlet UTM, pemantauan tahap kecergasan fizikal semasa atlet tidak

dilaksanakan secara teratur dan tiada rekod dan analisis perkembangan semasa tahap

kecergasan fizikal untuk dirujuk. Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi memantau dan

menganalisis perkembangan tahap kecergasan fizikal atlet UTM dari suatu tempoh ke

tempoh tertentu.

1.4 Objektif

Berikut merupakan objektif-objektif kajian ini:

1.4.1 Memantau tahap prestasi berasaskan kecergasan fizikal bagi atlet ping pong,

skuasy dan sepak takraw pada dua kem pemantapan atlet UTM.

1.4.2 Membandingkan tahap kecergasan fizikal atlet ping pong, skuasy dan sepak

takraw pada dua kem pemantapan atlet yang berbeza.