pemanasan global
TRANSCRIPT
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
JABATAN PENGURUSAN SUMBER DAN
PENGAJIAN PENGGUNA
PSP3001:PENGENALAN SAINS PENGGUNA
TUGASAN 4: INDEKS HARGA
PENSYARAH:
DATIN AZIAH HASHIM
KUMPULAN 1
SEMESTER SATU / 2007
NAMA NO.MATRIK
NUR ATIKA ATAN 142157
YEE SHEAU MEY 143730
CHEONG MEI WAH 144137
1
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
1.1.1. DEFENISI PEMANASAN GLOBAL
2.0 PEMANASAN GLOBAL
1.1.2. BAGAIMANA PEMANASAN GLOBAL TERJADI
1.1.3. FAKTOR PEMANASAN GLOBAL
3.0 KESAN PEMANASAN GLOBAL
4.0 CARA-CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
5.0 AKTA KUALITI ALAM SEKELILING
6.0 BIBILIOGRAFI
2
PENGENALAN
DEFENISI PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan Global sering dikaitan dengan peningkatan suhu dunia di mana suhu
bumi kita telah meningkat sebayak dua kali ganda daripada kadarnya berbeza mengikut
benua dan kawasan tertentu. Dengan kata lainnya Peningkatan purata suhu atmosfera
permukaan bumi secara global dan disebabkan oleh aktiviti manusia atau secara
semulajadi. Ini dapat di lihat melalui kajian para sintis kini yang mendapati bahawa
kawasan Artik lebih cepat menjadi panas berbanding kawasan lain. Kesannya perubahan
iklim yang kebiasaannya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun, kini berubah kepada
tempoh masa yang lebih cepat kepada 100 tahun sahaja di mana ini merupakan jangka
masa di antara 2 generasi. Peningkatan suhu bumi sebenarnya telah dapat dirasai sejak
tahun 90an. Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh para saintis mendapati iklim panas
melampau telah melanda Perancis, rantau Siberia dan pencairan “permafrost” iaitu
lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk terutamanya di rantau Artik. Ahli
saintis meramalkan bahawa ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099 yang akan
menyebabkan litupan ais di Greenland dan Antartika Barat akan mencair. Ini akan
menyebabkabn paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
3
PEMANASAN GLOBAL
BAGAIMANA PEMANASAN GLOBAL TERJADI
Tahukah anda bahawa bumi kita secara semulajadinya melalui proses respirasi
samada manusia atau haiwan akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida ke
atmosfera kita. Pada mulanya pengeluaran gas-gas ini seimbang dengan penghasilan gas
oksigen yang di lakukan melalui proses fotosintesis, namun aktiviti-aktiviti manusia
seperti penebangan hutan, penjanaan tenaga elektrik, peningkatan pengangkutan dan
penggunaan CFC untuk tujuan pengawalan udara (airconditioning) dan sebagai
‘propellant’ dalam bekas aerosol, telah menyebakan pengeluaran gas – gas seperti karbon
monoksida, karbon dioksida, kloro flourokarbon (CFC), metana dan nitrus oksida
tersebut meningkat manakala sumber oksigen yang dihasilkan melalui proses fotosintesis
berkurangan. Sumber gas-gas seperti ini yang disebabkan oleh aktiviti manusia
dinamakan gas-gas ‘anthropogenic’. Keadaan ini akan menyebabkan ketidakseimbangan
terhadap kandungan gas-gas di bumi. Gas-gas ini akan menyerap sinaran daripada
matahari dan mengeluarakan semula sinaran tersebut menyebabkan suhu purata
atmosfera bumi akan meningkat. Gas-gas ini juga menyerap tenaga haba yang
dikeluarkan daripada sistem atmosfera bumi. Ini secara kolektif akan meningkatkan lagi
suhu purata atmosfera bumi.
Di antara penyumbang kepada pengeluran gas-gas ini seringkali dikaitan dengan
aktiviti rumah hijau ataupun ’Green House’. Antara gas-gas rumah hijau yang paling
banyak menyerap radiasi tenaga haba daripada bumi adalah CFC. CFC pula bertindak
dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan
ozon bertindak melindungi kehidupan bumi daripada radiasi merbahaya seperti sinaran
4
ultra lembayung (UV) Penipisan lapisan ozon seterusnya akan menyebabkan radiasi
sperti UVB sampai ke bumi.
5
FAKTOR-FAKTOR PEMANASAN GLOBAL
Di antara faktor yang menyebabkan pemanasan global adalah:
1. Pembakaran terbuka seperti sampah sarap akan membebaskan gas-gas seperti
karbon dioksida dan karbon monoksida ke ruang atmosfera bumi.
2. Pembebasan asap kenderaan seperti kereta mahupun kenderaan yang lain juga
menjadi salah satu kepada faktor kepada pemanasan global.
3. Pengunaan tenaga elektrik yang berlebihan seperti pengunaan televisyen, stereo
dan komputer sering terbiar dibuka apabila tidak digunakan. Ini kerana peralatan
ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada
pemanasan global.
4. Aktiviti rumah hijau di mana aktiviti gas rumah hijau menghasilkan gas-gas
seperti CFC. Ini menyebabkan penyerapan radiasi tenaga haba dari bumi. CFC
pula bertindak dengan gas ozon daripada lapisan ozon dan meyebabkan penipisan
lapisan ozon. Gas-gas ini juga memerangkap sinaran tenaga haba daripada bumi.
Pemerangkapan tenaga haba oleh gas-gas rumah hijau ini menyebabkan
peningkatan purata suhu atmosfera bumi secara global.
6
5. Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida
akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. .
Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida.
7
KESAN PEMANASAN GLOBAL
Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC),
suhu dunia diramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius
antara 1990 dan 2100. Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan semakin panas
dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi. Kenaikan suhu itu boleh
mencairkan ais di kutub dan meningkatkan paras air laut.Risiko banjir besar boleh
berlaku jika perkara itu berlaku, malah beberapa kepulauan kecil boleh tenggelam.
Beberapa kawasan lain yang beriklim panas pula menerima taburan hujan yang banyak
tetapi tanah di situ menjadi lebih cepat kering disebabkan penyejatan air yang berlaku
dengan cepat.
Sejak 150 tahun yang lepas, glasier di banjaran gunung Alps, seperti glasier Aletsch di
Switzerland, telah hilang separuh jisimnya. Kredit : O. Esslinger
8
Seperti yang telah ditunjukkan, pemanasan global menyebabkan glasier mencair
dan tahap air laut meningkat sebanyak beberapa puluh sentimeter. Ketebalan ais di kutub
juga menjadi kurang. Sejak kurun ke-21, fenomena ini meningkat semakin cepat, dimana
kesannya kelihatan semakin ketara, terutamanya peningkatan tahap air laut dan
perubahan cuaca secara ekstrim yang melibatkan kemarau dan kitaran presipitasi yang
dahsyat. Tudung-tudung ais juga memantulkan sejumlah besar haba matahari. Dengan
tiadanya tudung-tudung ini, daratan tidak dapat memantulkan jumlah haba yang sama dan
haba ini akan tersimpan di dalam atmosfera bumi. Hasilnya, keadaan bumi akan menjadi
sangat panas. Dengan kehilangan sebahagian tudung Antartik, ini akan menenggelamkan
pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa tempat, seperti Belanda dan kawasan-
kawasan delta, akan tidak dapat didiami. Mereka yang tinggal di situ akan terpaksa
berpindah. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan ditenggelami air. Sistem-
sistem sungai akan diundurkan dan akan berombak laut jauh ke daratan. Kapasiti tadahan
air akan berkurangan dengan banyaknya. Air minum akan berkurangan. Peningkatan
suhu akan menyebabkan kawasan-kawasan yang telah dicemari berubah merah kerana
pertumbuhan alga. Perubahan pada sistem-sistem alga akan menghapuskan kawasan-
kawasan pembiakan ikan dan kumpulan ikan akan mula mati.
Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi kemudian akan bertambah
cepat sementara tudung-tudung ini mencair. Ini akan menyebabkan ketidakstabilan pada
berat sistem daratan dan seterusnya meningkatkan tekanan ke atas sistem plet bumi yang
menyokong daratan. Antartika sudahpun mula meninggi dengan berkurangnya berat
tersebut. Hasilnya adalah aktiviti gempa bumi yang lebih banyak. Apabila aktiviti gempa
bumi bermula, pelepasan logam-logam berat akan meningkatkan pertumbuhan alga dan
9
laut-lautan akan menjadi merah dengan terbentuknya kesan ombak merah (red tide
effect). Kesan penumpuan logam berat di dalam alga adalah peningkatan tahap
ketoksikan di dalam ikan.
Aktiviti ini menyebabkan sepertiga daripada kapal turut termusnah dan ini
bermakna bahawa ia bukan saja melibatkan logam berat dan pertumbuhan berlebihan
alga tetapi juga pada kejadian tsunami (ombak besar).Tsunami bergerak dengan laju
menghampiri kelajuan bunyi dan boleh membentuk tembok air beberapa ratus kaki
tingginya. Ombak yang disebutkan di atas dianggarkan antara 90 meter (300 kaki) dan
300 meter (1,000 kaki) tingginya dan bergerak hampir 1,126 kilometer sejam (700 batu
sejam). Kapasiti membinasa ombak seperti ini adalah sungguh besar sekali. Setiap
penggelinciran daratan dan gempa bumi akan mencetuskan aktiviti tsunaminya sendiri.
Dengan begitulah, maka sepertiga daripada perkapalan dunia ini akan dimusnahkan.
Suatu dokumentari TV yang baru-baru ini disiarkan di Australia memeriksa penurunan
yang berlaku pada populasi krill dan burung penguin di Antartika. Populasi krill menurun
sebanyak 50% sementara populasi penguin turun sebanyak 25%. Krill membiak di bawah
gumpalan/tudung ais (ice cap) ini. Ia hidup di bawah dan bergantung pada sistem ais ini
serta membiak di sana. Krill adalah haiwan-haiwan krustasia (mempunyai kerang) kecil
seperti udang. Mereka adalah asas kepada rantai makanan di laut-laut selatan. Mereka
adalah makanan utama bagi ikan paus. Ikan-ikan bergantung padanya dan dengan itu
penguin juga ikut terancam.
Pembakaran bahan api akan melepaskan karbon dioksida yang menyumbang
kepada pemanasan global. Pada masa yang sama, ia membebaskan gas sulfur dioksida
10
dan nitrogen oksida yang menjadi penyumbang utama pemendapan berasid. Masalah ini
mengakibatkan kemerosotan kualiti tanah, kepupusan hutan dan ancaman kepada hidupan
liar. Seiring dengan penambahan populasi dunia, pengawalan pencemaran akan terus
menjadi cabaran pada masa hadapan. Pembangunan negara menjadi semakin pesat,
justeru sumber dan tenaga yang besar diperlukan untuk mempertingkatkan produktiviti
negara bagi memenuhi permintaan semasa. Akibatnya banyak bahan-bahan buangan
terhasil dan seterusnya menjadi penyebab utama kepada masalah persekitaran global.
Peningkatan aktiviti ini akan mempengaruhi atmosfera. Kesan rumah kaca atau
greenhouse effect yang terlihat adalah begitu besar sekali sehingga matahari menjadi
gelap pada waktu fajar dan senja dan menyebabkan hari menjadi pendek. Kesan ini
terjadi apabila sebahagian besar tenaga dari Matahari yang sampai kepermukaan Bumi
tidak dipantulkan semula keluar ke angkasa lepas, malah diserapi oleh atmosfera kita.
Matahari yang mempunya suhu permukaan 6000 darjah, bersinar terutamamya di dalam
gelombang tampak dimana tenaganya masuk secara mudahnya ke atmosfera kita. Tetapi,
disebabkan suhu Bumi jauh lebih rendah dari suhu Matahari, planet kita mengeluarkan
kembali tenaga ini dalam bentuk sinaran inframerah. Gas-gas tertentu seperti karbon-
dioksida, methane dan nitrogen oksida, yang juga lutsinar dalam gelombang tampak,
adalah legap dalam sinaran inframerah. Ciri-ciri ini menghalang tenaga dari keluar
semula ke angkasa lepas dan tenaga tersebut menjadikan atmosfera kita panas.
Insiden kesan pemanasan ini ke atas lautan juga menyumbang kepada kesan El Nino di
Pasifik Timur. Dalam keadaan normal, arus-arus lautan pada Pasifik Timur akan membawa zat-
zat yang kaya dalam arus-arusnya yang sejuk untuk membolehkan ikan-ikan yang hidup di
kawasan air sejuk untuk membiak.El Nino merupakan arus panas yang menghalang pembawaan
11
zat-zat ini dan sama ada menyebabkan kematian ikan-ikan tersebut atau menghalau mereka ke
arah utara dan lain-lain kawasan. Kesan-kesan sampingannya adalah cuaca yang tidak menentu
dan kemarau di kawasan Pasifik Barat dan juga Afrika Selatan.Sejak itu terdapat peristiwa La
Nina dan hujan yang lebih banyak di Pasifik Barat, tetapi ada juga peningkatan ketidakstabilan
pada kejadian peristiwa-peristiwa tersebut di Pasifik Timur dan tempat lain. Selepas El Nino,
peningkatan suhu di kawasan Antartik telah menyebabkan berlakunya jangkitan virus di kalangan
populasi singa laut. Sekitar 11,000 singa laut telah maut akibat jangkitan virus kerana laut yang
bertambah hangat. Para saintis kini berpendapat bahawa ada wujudnya virus yang tidak diketahui
sebelum ini, yang dahulunya terperangkap di dalam lapisan ais tetapi kini terlepas. Maknanya kita
akan berhadapan dengan virus-virus yang beribu tahun umurnya tanpa apa-apa pengetahuan
bagaimana untuk menanganinya. Kesan perubahan iklim sudah pasti memberi kesan kepada
ekonomi negara. Kerugian yang dialami oleh negara akibat daripada fenomena banjir misalnya
dianggarkan berjumlah RM 100 juta setiap tahun. Ini sudah tentu mengakibatkan kegawatan serta
menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat.Dalam pada itu, aktiviti ekonomi dalam negara akan
turut terjejas dan mencalarkan imej negara. Kegagalan menguruskan bencana alam dan
persekitaran yang tidak kondusif untuk kegiatan ekonomi akan menyebabkan negara berhadapan
dengan kesukaran menarik minat para pelabur asing untuk melabur di negara ini.
Kesan perubahan iklim dan pemanasan global turut mengancam keselamatan dan
kesihatan manusia. Menurut WHO, perubahan iklim global secara langsung atau tidak
langsung menyebabkan kira-kira 77,000 kematian setiap tahun di rantau Asia Pasifik.
Walaupun negara tidak terkesan secara jelas, namun rakyat negara ini terdedah kepada
ancaman lain yang turut mengancam nyawa manusia. Tekanan cuaca panas
mengakibatkan rakyat negara ini terdedah kepada penyakit katarak dan kanser kulit.
Malah, perubahan cuaca yang ekstrem kesan daripada perubahan iklim menyebabkan
pertambahan kes wabak penyakit yangberpunca daripada haiwan pembawa ataupun
12
vektor seperti malaria dan denggi. Perubahan suhu turut menyebabkan heatwave di
beberapa tempat dan ini mengakibatkan penduduk terutamanya warga tua mudah
mengalami heatstroke yang boleh mengakibatkan kematian.
Kelemahan urus tadbir sumber hutan negara turut mempercepatkan lagi kesan
perubahan iklim terhadap ekosistem. Pembalakan haram, pemusnahan hutan dan
pembukaan kawasan baru bagi tujuan pembangunan merupakan antara kegiatan yang
menjejaskan kitaran karbon yang merupakan proses semulajadi pengurangan karbon
dioksida di atmosfera. Ini kerana tumbuhan hijau berperanan sebagai perangkap dan
pengguna utama karbon dioksida bagi proses fotosintesis. Penjejasan kepada ekosistem
akibat kerakusan manusia akhirnya akan memakan diri dan membawa bencana kepada
manusia sendiri. Tanah runtuh, banjir lumpur dan kekurangan sumber merupakan antara
kesan penjejasan ke atas ekosistem dan tidak mustahil pada masa akan datang negara
berhadapan dengan krisis yang lebih besar. Pemindahan zon-zon iklim dan gerakan air
laut serta kejadian banjir boleh menjejaskan kegiatan manusia misalnya aktiviti
penangkapan ikan dan haiwan akuatik lain. Bencana alam seperti ribut dan kemarau juga
mengakibatkan gangguan bekalan elektrik. Ini secara tidak langsung memberi kesan
kepada manusia bagi menjalankan rutin harian mereka.Penempatan penduduk di kawasan
rendah turut terjejas sekiranya berlaku peningkatan aras air laut yang mungkin akan
menghakis dan menenggelamkan kawasan pinggir pantai. Fenomena ini tidak mustahil
akan mengakibatkan beberapa kawasan pinggir pantai negara akan hilang daripada peta
Malaysia dalam tempoh 50 akan datang.
Kejadian bencana alam yang berlaku sudah pasti mengundang krisis kemanusiaan
yang serius. Kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan tempat tinggal serta
13
kehilangan mata pencarian secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada
masyarakat. Dalam pada itu, tekanan psikologi yang dihadapi oleh masyarakat akan
mengundang kepada permasalahan lain antaranya pengangguran, gejala sosial dan turut
menjejaskan perkembangan pendidikan penduduk Tekanan yang dihadapi sedikit
sebanyak akan menjejaskan kitaran sosial masyarakat dalam menjalani aktiviti dan
kehidupan seharian.
Kesan pemanasan global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan
penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion
penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak
terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus
sebagaimana pupusnya dinosaur.Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter
paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami
air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak
hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian
banjir.Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan.
Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian
Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah
untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
14
CARA-CARA MENGATASI PEMANASAN GLOBAL
PERANAN ISIRUMAH DAN INDIVIDU DALAM MENGATASI PEMANASAN
GLOBAL
Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada pengangkutan
Mulai hari ini,cubalah ubah cara hidup anda untuk mengurangkan pergantungan kepada
pengangkutan seperti memandu ketika kurang kesesakan lalulintas.Anda digalakkan
mengurangkan pergantungan kepada kenderaan persendirian dan menggunakan
pengangkutan awam dan berjalan atau berbasikal untuk perjalan jarak dekat.Amalan ini
bukan sahaja 100% mesra alam, malah suatu amalan yang menyihatkan tubuh badan.
Di samping itu,anda haruslah memastikan kenderaan anda diselenggara mengikut
kekerapan tertentu.Menyelenggarakan sistem karburetor pembakaran kenderaan agar
tidak membebaskan gas karbon monoksida yang menyumbang kepada pemanasan
global.
Isi rumah haruslah mengurangkan penggunaan tenaga eletrik
Tenaga elektrik merupakan penyumbang utama kepada penigkatan suhu bumi.Hal ini
kerana tenaga eletrik dihasilkan melalui pembakaran bahan bakar fosil.Pembakaran
bahan bakar fosil ini akan membebaskan gas karbon dioksida ke atmosfera dan ini
menyebabkan suhu bumi menjadi panas.Maka,isirumah haruslah berhemat dalam
menggunakan tenaga elektrik. Setiap isirumah digalakkan mematikan suis barangan
elektrik seperti televisyen, komputer,hawa dingin jika tidak menggunakannya.Ini kerana
peralatan ini menggunakan 10% hingga 60% sumber tenaga.Tambahan pula, haruslah
15
mematikan suis lampu dan kipas apabila meninggalkan bilik.Tindakan yang mudah ini
bukan sahaja boleh menjimatkan bil elektrik anda namun anda telah mengurangkan
sebanyak ribu pound karbon dioksida dalam masa setahun.Pengurangan penggunaan
hawa dingin ini boleh mengurangkan lagi pembebasan CFC(Kloro flourokarbon) yang
bertindak sebagai agen pemanasan global. Setiap isirumah digalakkan memilih barangan
eletrik yang jenis tenaga efisien terutamanya dalam pembelian barangan eletrik yang
besar seperti peti sejuk, mesin basuh,hawa dingin.Anda haruslah memastikan barangan
elektrik yang anda beli itu dilabelkan dengan label Energy Star kerana label ini
menunjukkan barangan eletrik tersebut menggunakan kurang daripada 15% tenaga
elektrik. Secara tidak langsung anda telah membantu mengurangkan sebanyak 1 tan gas
karbon dioksida. Selain itu,isirumah juga digalakkan menggantikan mentol yang biasa itu
dengan mentol jenis pendar atau lebih dikenali sebagai compact fluorescent
Light(CFL).CFL ini lebih menjimatkan tenaga di mana ia hanya menggunakan ¼ tenaga
daripada jumlah tenaga yang digunakan oleh mentol biasa.Maka CFL ini dapat
mengurangkan hampir 700 paun gas karbon dioksida dan ia lebih tahan lama berbanding
dengan mentol biasa.
Isirumah digalakkan mengamalkan amalan 3R dan 3H dalam kehidupan
seharian
3R iaitu mengurangkan(Reduce),kitar semula(Recycle) dan guna
semula(Reuse),sementara 3H ialah berhenti(Halt),ambil perhatian(Heed) dan kendali
(Handle).Mengurangkan(Reduce)-Kurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli-
belah dengan membawa beg anda sendiri.Ini kerana beg plastik tidak mesra alam dan
16
tidak boleh dibiodegradasikan.Kurangkan pembuangan sampah dengan mengurangkan
penggunaan bahan pakai buang seperti pinggan kertas dan cawan plastik.Kurangkan
penjanaan sampah dan pastikan sampah dibuang dengan bertanggungjawab.Ini kerana
pereputan sisa-sisa organik ini akan mengeluarkan gas metana yang bertindak sebagai
agen pemanasan global. Kitar semula(Recycle) Kumpulkan dan asingkan bahan
buangan mengikut jenis seperti tin aluminium,kaca,kertas dan ini boleh mengatasi
masalah kekurangan bahan mentah dan seterusnya memperlahankan pemanasan global
akibat daripada pembebasan gas metana daripada proses pereputan. Kumpulkan kertas
yang telah digunakan di rumah dan bawa ia ke pusat kitar semula. Mengitar semula
produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun menjaga
keseimbangan ekosistem.Dengan mengitar semula sampah buangan rumah anda,anda
telah mengurangkan sebanyak 2400 paun gas karbon dioksida dalam masa setahun.
Berhenti(Halt)
Sebagai seorang pengguna yang bijak,kita haruslah membuat perancangan dan
pertimbangan dalam pembelian barangan.Tanya pada diri sendiri sama ada anda betul-
betul memerlukan produk itu sebelum membuat pembelian.Cuba mengehadkan
penggunaan barangan dalam rumah dan hanya membeli produk yang diperlukan sahaja.
.
Ambil perhatian(Heed)
Oleh kerana sebahagian besar jumlah gas-gas rumah hijau di atmosfera adalah
disebabkan oleh aktiviti manusia,maka kita sebagai pengguna haruslah memberhentikan
penggunaan bahan yang mengandungi CFC.Apabila membeli tin-tin aerosol,baca label
17
dan pilih produk dalam tin aerosol yang tidak mengandungi CFC.Membaca kesemua
amaran ,label dan cara-cara menggunakan dan mengendalikan produk berbahaya.
Kendali(Handle)
Kesemua bahan berpotensi membahayakan,maka kita haruslah mengendalikannya
dengan cermat.Fikirkan kaedah terbaik untuk kitar semula atau membuang sampah
rumah.Ini disebabkan kebanyakkan barangan dalam rumah mengandungi
fluorokarbon,etanol,butana,aseton,’phenols’ dan ’bylene’.Bahan-bahan ini mudah sejat
dan apabila matahari bersinar,ia akan bergabung dengan bahan cemar lain untuk
membentuk ozon iaitu komponen utama asbut yang menyumbang kepada pemanasan
bumi.
Masyarakat digalakkan kurang bergantung kepada makanan import
Pengangkutan makanan merupakan salah satu sumber yang menyumbangkan kepada
fenomena pemanasan global.Makanan import ini perlu dibungkuskan dengan rapi dan
disimpankan dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegaran makanan.Kajian
menunjukkan sebuah kapal kargo yang mengangkut sebanyak 2577 kilometer ini
memerlukan 17 kali ganda petroleum dan membebaskan 17 kali ganda gas karbon
dioksida berbanding dengan makanan tempatan.Dengan ini,masyarakat digalakkan
banyak menggunakan makanan tempatan dan jika boleh tanamlah sendiri. Masyarakat
digalakkan menanam makanan secara usaha diri jika terdapat ruang di halaman rumah
anda.Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling ini juga boleh membantu
mengurangkan kepanasan suhu tempatan dan global. Menerusi proses
18
fotosintesis,tumbuh-tumbuhan ini menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen
yang diperlukan untuk kita bernafas serta sebagai agen pelembap suhu bumi.
Masyarakat digalakkan menggunakan biofuel yang berasaskan kelapa sawit
Diesel minyak kelapa sawit sesuai untuk dijadikan bahan tenaga gantian dari sumber-
sumber yang boleh diperbaharui terutama dalam jangka panjang Ujian awalan ke atas
beberapa buah teksi dan kenderaan PORIM yang meliputi semua aspek teknikal dan
prestasi memberi petanda-petanda baik dan menyakinkan untuk digunakan sebagai bahan
pembakar. Di antara hasil-hasil yang menggalakkan ialah keluaran asap eksos yang
berkurangan, jika dibandingkan dengan diesel biasa. Satu implikasi ke atas alam sekitar
kita ialah ia akan mengurangkan peningkatan lapisan karbon dioksida di udara yang
boleh menyebabkan kenaikan suhu hawa dan pencemaran alam sekitar. Pemandu-
pemandu teksi yang terlibat dalam ujian ini telah mengesahkan bahawa mereka tidak
mengalami apa jua kemerosotan kuasa enjin yang bermakna pembakaran minyak adalah
lebih efisien dari diesel petroleum biasa.
19
PERANAN KERAJAAN DALAM MENGATASI PEMANASAN
GLOBAL
Kerajaan haruslah mempergiatkan kajian (R&D) terhadap penggunaan
sumber tenaga alternatif
R&D juga digalakkan oleh kerajaan untuk mencari teknologi yang tidak mencemar atau
merosakkan sumber semula jadi. Kejayaan R&D menghasilkan minyak diesel daripada
minyak kelapa sawit bukan sahaja menjanjikan masa depan yang cerah kepada negara
sebagai pengeluar terbesar minyak sawit dunia tetapi juga dapat mengurangkan
eksploitasi dan permintaan terhadap sumber petroleum.Walaubagaimanapun,Pihak
kerajaan perlulah mempergiatkan lagi kajian terhadap penggunaan sumber tenaga
alternatif yang boleh diperbaharui bagi pengangkutan dan penjanaan tenaga
elektrik.Dengan itu,kita boleh kurang bergantung kepada bahan api fosil.
Amalkan amalan pengurusan sumber yang cekap
Di peringkat negeri pelbagai undang-undang boleh digubal untuk mengurangkan
pembalakan dan penebangan hutan. Pengurusan hutan yang lestari juga harus
diamalkan. Pembalakan dan industri berasaskan sumber –sumber hutan harus
mengikuti garis panduan yang telah dibangunkan untuk tujuan pembangunan
industri berasaskan hutan secara lestari. Contoh-contoh garis panduan tersebut
adalah seperti pensijilan FSC (Forest Stewarship Council).Di samping itu,penanaman
hutan juga harus dijalankan selepas penebangan hutan selesai. Di peringkat kebangsaan
dan dengan kerjasama kerajan negeri dan tempatan pelbagai usaha-usaha pemantauan
dapat dilakukan untuk mengalakkan industri-industri menggunakan peralatan seperti
20
motor yang efisien dan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Kerajaan juga boleh
menjadikan pelabelan kecekapan tenaga bagi peralatan elektrik seperti lampu, peti sejuk
dan lain-lain perkakas elektrik wajib atau mandatori.Seterusnya mengenakan tindakan
untuk mengelakkan penjualan perkakas elektrik yang tidak mempunyai label atau
penyalahgunaan label-label tersebut.
Kerajaan haruslah menaiktarafkan infrastruktur dan sistem pengangkutan
awam
Infrastruktur dan sistem pengangkutan awam harus diperluaskan ke kawasan
perumahan supaya penggunaan kereta persendirian juga boleh dikurangkan.
Sistem pengangkutan awam juga harus selamat untuk pengguna, terutamanya bagi kaum
wanita.
21
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974-AKTA 127
Akta
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 – Akta 127
Peraturan
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kandungan Petrol Dan
Diesel) 2007 – P.U.(A) 145/2007
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 – P.U.(A)
294/2005
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripadea
Motosikal) 2003 – P.U.(A) 464/2003
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin
Petrol 1996 – P.U.(A) 543/96
Peraturan_Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin
Diesel 1996 – P.U (A) 429/96
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989 – P.U.(A)
139/89
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Kepekatan Plumbum
dalam Gasolin Motor) 1985 – P.U.(A) 296/85
Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih 1978 – P.U.(A)
280/78
22
Kaedah
Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompoun Kesalahan (Pembakaran
Terbuka) 2000 – P.U. (A) 310/2000
Kaedah-Kaedah Kualiti Alam Sekeliling (Mengkompoun Kesalahan-Kesalahan)
19787- P.U. (A) 281/78
23
BIBILIOGRAFI
Buku
Critical Thinking About Environment Issues Global Warming (Jane S.shaw) 2002
by Green Press,US.
Climate Change Turning Up The Heat (A.Barrie Pittock) by Csiro
Publishing,Australia.
Laman Web
www. nre.gov.my/NRE/jas.html(Dept.Of Environment Ministry of Natural
Resources and Environment Malaysia
www.bbc.co.uk/Indonesia/special/1652-globalwarming
www.standardsusers.org/bulentinpengguna/pemanasan%20Global%20Bulentin
%20pengguna%20january%2007pdf.
Mymassa.com/news/117/article/1133/2007-09-19.html
Mstar.com.my
Suhaizamzahri.wordpress.com
www.bernama.com/kpdnhep/news.php?id=186178&lang=my
Monitoring media.wordpress.com
www.eartheasy.com
Pauhfc.wordpress.com
www.greenbalance.org/global_warming_climate_change/index.htm
Environment.about.com/od/greenlivingdesign
24