pemahaman tahun 5

13
Modul JUSA Set 2 1 Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ 011/1 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 2 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL JUSA 2009 011 BAHASA MELAYU SK Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. 011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Upload: paklong-cikgu

Post on 21-May-2015

18.193 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

1

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________

011/1 Bahasa Melayu JUSA 2009 Set 2 50 minit

JABATAN PELAJARAN PERAK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL JUSA 2009

011 � BAHASA MELAYU SK

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap

soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.

Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. 011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

Page 2: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

2

Arahan Am Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satu jawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih. Soalan 1 hingga Soalan 24 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai. 1 __________ telah berkenan untuk meletakkan kalungan bunga pada Tugu

Peringatan Negara bersempena dengan Hari Angkatan Tentera.

A Baginda

B Hamba

C Beliau

D Patik Soalan 2 berdasarkan gambar 1

Gambar 1

2 Opah akan __________ sirehnya terlebih dahulu sebelum keluar ke mana-mana.

A menumbuk

B menggentel

C menggobek

D menguli

3 Puan Mazni _______________ sahaja melihat gelagat anaknya bermain anak patung.

A ternganga

B tersengih

C terkedu

D tersedu

Page 3: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

3

Soalan 4 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

5 Semua penduduk di persisiran pantai itu menjadi __________ apabila mendengar khabar angin bahawa ombak besar akan melanda sekali lagi.

A kecewa

B cemas

C rimas

D keliru

6 Emak minum jamu itu walaupun rasanya agak __________.

A kelat

B pahit

C manis

D masam

7 __________bergiat dalam bidang muzik, Fiza juga berbakat dalam bidang lakonan.

A Manakala

B Walaupun

C Di samping

D Oleh sebab

8 Salmiah __________ tinggal serumah dengan Amirah suatu ketika dahulu.

A sudah

B sedang

C pernah

D masih

4 Ahmad Khairul sedang membuat __________ kedua dalam acara kegemarannya.

A tamparan

B sepakan

C balingan

D lontaran

Page 4: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

4

9 __________ Encik Zaidi berbaloi kerana sayur-sayurannya hidup subur dan mendapat pasaran yang baik.

A Penat-lelah

B Keluh-kesah C Comot-momot

D Basah-kuyup

Soalan 10 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

10 Keluarga Puan Kumari sering __________ dalam mengusahakan kebun sayur mereka pada setiap hujung minggu.

A bergotong-royong

B berbolak-balik

C berasak-asak

D berebut-rebut Soalan 11 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

11 Kehidupan petani-petani di kawasan itu akan __________ sekiranya kemarau berterusan.

A terjejas

B terjamin

C terbantut

D terkandas

Page 5: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

5

Soalan 12 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

12 Budak itu makan dengan gelojoh sehingga ___________ tulang ikan.

A tersedak

B tersedu

C terbatuk

D tercekik

13 Kumpulan remaja yang menghidu gam itu __________ ke belukar untuk menyelamatkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

A menerjah

B menerkam

C menyerbu

D menerpa

14 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu _______________ rumah Pak Hasan.

A dipagari

B memagari

C dipagarkan

D memagarkan

15 Bas yang dinaiki oleh Amir telah ____________ dalam kemalangan.

A penglibatan

B melibatkan

C terlibat

D dilibat

Page 6: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

6

16 _______________bangunan masjid Putrajaya telah diilhamkan oleh arkitek Malaysia.

A Reka bentuk

B Reka cipta

C Seni reka

D Seni lukis Soalan 17 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

17 Encik Zaidi menggunakan __________ kawat berduri untuk memagar kebun sayur di belakang rumahnya.

A seurat

B serawan

C segulung

D sebidang

18 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik-baik sahaja mereka sampai, jamuan mula dihidang.

A langkah kanan

B langkah bendul

C langkah seribu

D langkah kiri

19 Dia tetap menyertai ekspedisi itu, _______________ dia tahu bahawa ekspedisi itu sungguh mencabar.

A dengan itu

B sebaliknya

C justeru

D walaupun

Page 7: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

7

Soalan 20 dan Soalan 21

Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

20 Penduduk Taman Alam Megah, hidup harmoni dan saling menolong __________.

A bagai embun di hujung rumput

B bagai enau dalam belukar

C bagai tikus membaiki labu

D bagai aur dengan tebing

Soalan 21

Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.

21 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

A petang

B malam

C subuh

D senja

Soalan 22

Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

22 �Perkara itu remeh untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini,� jelas Norhasibah.

A biasa

B sukar

C senang

D mustahak

Soalan 23

Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.

23 Cikgu Johan bertanya kepada Amirul, �Sudahkah kamu siapkan kerja sekolah yang saya berikan semalam?�

A Sudah tentu saya akan menyiapkannya.

B Sudah, saya sudah menyiapkannya semalam.

C Ya, saya belum dapat menyiapkan kerja sekolah itu.

D Kerja sekolah yang cikgu berikan semalam amat mudah.

Page 8: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

8

Soalan 24

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

24 Kertas dan plastik ialah barangan yang dapat dikitar semula.

A Benarkah kertas dan plastik dapat dikitar semula?

B Mengapakah kertas dan plastik perlu dikitar semula?

C Apakah contoh barangan yang dapat dikitar semula?

D Bagaimanakah cara untuk mengitar semula kertas dan plastik? Soalan 25 dan Soalan 26

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25. I Khadijah telah luput pena kesayangan ayahnya.

II Makanan yang dibeli oleh Jamal telah luput tarikhnya.

III Peristiwa ngeri itu tidak pernah luput daripada ingatannya.

IV Sampah sarap itu telah luput daripada pandangan setelah kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Manjung.

A I dan II sahaja

B II dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

26 I Undang-undang di kolej kakak saudara saya agak longgar.

II Seluar baharu yang dibeli oleh adik Kamaruddin itu longgar betul.

III Semenjak hari pertengkaran itu, hubungan antara Ali dan Ahmad menjadi longgar.

IV Budak itu dikenakan hukuman longgar kerana melanggar peraturan sekolah.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C III dan IV sahaja

D I, II dan III sahaja

Page 9: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

9

Soalan 27 dan Soalan 28

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

27 �Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita,� kata Puan Hawa kepada anak-anak muridnya.

A Puan Hawa menasihati orang tua supaya menghormati anak-anak muridnya.

B Anak-anak murid Puan Hawa mesti menghormati orang yang lebih tua daripadanya.

C Puan Hawa menasihati anak-anaknya agar menghormati orang yang lebih tua daripada kita.

D Puan Hawa menasihati anak-anak muridnya supaya menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

28 Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan segera, nescaya kesan yang lebih buruk akan dapat dilihat pada masa yang akan datang.

A Kesan yang lebih buruk akan dapat dilihat pada masa depan jika masalah ini tidak diatasi dengan segera.

B Masalah ini perlu diatasi dengan segera kerana pada masa akan datang kesannya akan menjadi lebih buruk.

C Biarpun masalah ini tidak dibendung dengan segera, namun kesannya akan menjadi lebih buruk pada masa depan.

D Andainya pada masa akan datang masalah ini akan mendatangkan kesan yang lebih buruk, maka eloklah masalah ini dibendung segera.

Soalan 29 dan Soalan 30

Pilih ayat-ayat yang betul.

29 I Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya semalam.

II Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjuna.

III Hampir setengah daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau.

IV Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada petang kelmarin.

A I dan III sahaja

B III dan IV sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

30 I Ramasamy memasukkan segugus anggur ke dalam kotak.

II Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kamu.

III Lia selalu mengunjungi warung itu kerana dia amat suka akan masakannya.

IV Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini.

A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja

Page 10: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

10

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan berikutnya.

Yang saya hormati Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, guru-guru penolong kanan, Guru Bertugas Mingguan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap dalam perhimpunan kali ini. Sebagai ketua pengawas sekolah ini, saya ingin mengumumkan satu berita yang amat menyedihkan yang telah menimpa warga sekolah kita.

Pada malam tadi, rumah salah seorang murid sekolah ini telah hangus dijilat api. Murid yang malang itu ialah Mohamad Nor Shafik bin Ismail dari kelas Enam Mawar. Murid tersebut tidak dapat ke sekolah kerana keperluan dan peralatan persekolahannya turut terbakar. Dia sekeluarga juga tinggal sehelai sepinggang akibat musibah tersebut.

Cikgu dan rakan yang saya hormati,

Saya juga dimaklumkan bahawa sekarang ini dia menumpang di rumah saudaranya. Oleh hal yang demikian, saya merayu kepada semua guru, kakitangan sekolah dan rakan-rakan agar dapat menghulurkan derma ikhlas untuk membantu keluarga yang malang ini. Sehubungan itu, rakan-rakan diminta menyampaikan maklumat ini kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Hadirin yang saya kasihi,

Kutipan derma akan dilancarkan mulai esok selama seminggu iaitu mulai esok. Anggota Jawatankuasa Kebajikan Kelab Guru akan mengutip derma dari kelas ke kelas. Diharapkan hasil kutipan derma yang diperoleh dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga tersebut. Selain itu, wang tersebut dapat digunakan untuk membeli keperluan persekolahanya. Kita berharap dan berdoa agar dia dapat bersekolah seperti biasa secepat mungkin. Untuk makluman guru-guru dan rakan-rakan, hasil kutipan tersebut akan disampaikan kepada keluarga mangsa oleh Guru Besar semasa perhimpunan yang akan datang.

Akhir kata, saya mohon kemaafan dan berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan kutipan derma ini. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terbabit dan berharap mereka akan sentiasa tabah menghadapi dugaan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

31 Di manakah ucapan ini disampaikan?

A Di bilik darjah

B Di kantin sekolah

C Di tempat kejadian

D Di dataran perhimpunan

Page 11: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

11

32 Apakah tujuan ucapan ini disampaikan?

A Menyampaikan makluman dan memohon kutipan derma

B Menyampaikan ucapan takziah dan rasa simpati

C Menyampaikan pengumuman dan perancangan

D Menyampaikan pesanan dan arahan

33 Mengapakah mangsa tidak dapat bersekolah?

A Sedih dengan peristiwa yang berlaku

B Malang kerana tiada keperluan dan peralatan persekolahan

C Kecewa kerana tiada wang untuk berbelanja

D Malu dengan kawan kerana tiada uniform

34 Bagaimanakah rakan-rakan mangsa dapat menyumbangkan derma kepadanya?

A Memohon wang daripada ibu bapa dan menyerahkannya kepada pihak sekolah .

B Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan peralatan sekolah.

C Memohon wang daripada ibu bapa dan meminjamkan wang tersebut.

D Memberitahu ibu bapa dan menyampaikan sumbangan .

35 Berdasarkan petikan di atas, kamu boleh membuat kesimpulan bahawa

A Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

B Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

C Hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah.

D Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan berikutnya.

Bilik 101 A, Asrama Budiman, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan.

12 MAC 2009.

Menemui Cikgu Siti Norhana binti Lokman yang berada di Taman Desa Chandan dengan selamatnya. Apa khabar cikgu di sana? Saya berharap agar cikgu sekeluarga sihat walafiat. Keadaan diri saya di sini, sihat-sihat sahaja.

Cikgu, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu yang telah banyak berjasa kepada saya. Hampir sedekad saya tidak bertemu dengan cikgu. Tanpa didikan dan bimbingan cikgu, saya mungkin tidak dapat menikmati kejayaan dalam bidang pelajaran. Berkat asuhan dan tunjuk ajar cikgu, saya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading yang menjadi idaman setiap pelajar. Semoga cita-cita saya hendak menjadi seorang jurutera akan termakbul.

Page 12: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

12

Saya masih lagi teringat-ingat akan pesanan cikgu agar belajar sungguh-sungguh sekiranya ingin berjaya . Cikgu begitu mengambil berat tentang pelajaran dan kebajikan saya dan rakan-rakan. Cikgu juga bersusah payah mengadakan kelas bimbingan secara percuma untuk kami.

Nasihat cikgu sebelum saya meninggalkan Sekolah Kebangsaan Permatang Raja dulu masih tersemat di hati. Cikgu pernah berpesan bahawa kunci kejayaan ialah usaha tanpa jemu dan berterusan. Selain itu, cikgu juga ada mengatakan bahawa sekali gagal bukan bermakna akan gagal buat selama-lamanya. Kini, saya mengakui akan kebenaran kata-kata cikgu itu.Saya berjanji akan menjadikan kata-kata itu sebagai pedoman hidup saya.

Sebelum saya mengakhiri warkah ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap yang pernah saya lakukan. Terimalah sekeping potret saya buat tatapan cikgu. Saya berdoa agar cikgu sekeluarga sihat dan dilanjutkan usia.

Sekian, wassalam.

Yang ikhlas,

Nazrin

(NAZRIN BIN ZAABA)

36 Siapakah pengirim surat ini?

A Kenalan lama Cikgu Siti Norhana

B Bekas anak didik Cikgu Siti Norhana

C Seorang graduan universiti tempatan

D Bekas rakan sejawat Cikgu Siti Norhana

37 Tujuan Nazrin menulis surat ini adalah untuk

A memuji akan kebaikan cikgunya semasa belajar di sekolah rendah.

B memohon maaf kepada cikgu kerana banyak melakukan kesalahan.

C memberi sekeping gambar foto terbaru kepada cikgu kesayangannya.

D mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgunya.

38 Menurut pendapat Nazrin, Cikgu Siti Norhana ialah seorang guru yang

A berdedikasi dan meminta agar semua anak muridnya belajar di universiti.

B hanya memberi didikan semata-mata kepada anak muridnya sehingga berjaya ke universiti.

C berdedikasi, bertanggungjawab dan kurang memberi perangsang kepada anak muridnya.

D berdedikasi, bertanggungjawab dan mengambil berat tentang pelajaran serta kebajikan anak muridnya.

Page 13: Pemahaman tahun 5

Modul JUSA Set 2

13

39 Perkataan termakbul dalam petikan bermaksud

A tertera

B tertunda

C tercapai

D termimpi

40 Penyataan yang berikut benar tentang petikan di atas, kecuali

A bekas guru Nazrin sangat mengambil berat tentang pelajaran anak muridnya.

B Cikgu Siti Norhana mengajar di Sekolah Kebangsaan Permatang Raja.

C Nazrin sentiasa menghubungi gurunya ketika berada di universiti.

D hampir sepuluh tahun Nazrin tidak berjumpa gurunya.

KERTAS SOALAN TAMAT