pemahaman konsep pembahagian sel di …€¦ · ijazah sarjana muda sains serta pendidikan (sains)...

28

Click here to load reader

Upload: buikhanh

Post on 13-May-2018

299 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-
Page 2: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-
Page 3: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI KALANGAN PELAJAR-

PELAJAR TINGKATAN 4 ALIRAN SASTERA

TRACY RESLY ANAK NGUTIP

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 4: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-
Page 5: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan yang Maha Agung, kerana di atas cinta kasih dan dorongan

RohKudusnya maka saya dapat menyelesaikan projek ini dengan sempurna.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada penyelia pembimbing, Profesor

Madya Aziz Bin Nordin di atas kesabaran beliau untuk membimbing dan memberi tunjuk

ajar sepanjang projek ini dijalankan. Tanpa bimbingan ikhlasnya, projek ini tidak akan

terhasil.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pengetua

Sekolah Menengah Bandar Easter, Kota Tinggi, Johor di atas kesediaan beliau untuk

membenarkan saya menjalankan kajian di sekolah berkenaan.

Tidak lupa juga kepada guru panitia sains sekolah berkenaan dan juga guru-guru

mata pelajaran sains di atas kerjasama yang diberikan. Kerjasama yang diberikan amat

saya hargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu

dan memberikan pertolongan sepanjang tempoh projek ini disiapkan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

Page 6: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

v

ABSTRAK

Pemahaman konsep merupakan salah satu faktor yang penting bagi memperolehi

kejayaan dan pencapaian yang baik dalam pembelajaran terutamanya dalam

menyelesaikan sesuatu masalah sains. Namun, ramai di kalangan pelajar-pelajar masih

menghadapi masalah untuk memahami dan menguasai konsep dan kemahiran yang

mereka pelajari di dalam bilik darjah. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan

dengan tujuan untuk meninjau dan mengenal pasti kefahaman 80 orang pelajar tingkatan

4 aliran sastera terhadap konsep pembahagian sel. Penentuan tahap pemahaman

mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

soalan ujian kefahaman yang berbentuk soalan objektif serta subjektif yang terdapat

dalam soal-selidik. Ide-ide awal mengenai konsep pembahagian sel dikumpulkan dan

dianalisis secara manual. Keputusan yang diperolehi diringkaskan dalam bentuk jadual

kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap konsep

pembahagian sel adalah berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan

sebagai panduan kepada guru-guru dan para pelajar untuk mengetahui dan mengatasi

kelemahan-kelemahan pelajar terhadap konsep berkenaan sebagai rumusan, kesilapan

konsep ini perlu dikenalpasti dan diperbetulkan agar pelajar tidak terus membawa konsep

yang salah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Page 7: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PERAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Definisi Istilah 13

BAB II SOROTAN PENULISAN 17

2.1 Pendahuluan 17

Page 8: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

viii

2.2 Kurikulum Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM). 18

2.3 Pembelajaran Konsep Menerusi Eksperimen 20

2.3.1 Teknik Pengendalian Kaedah Eksperimen 23

2.4 Satu Tinjauan Umum Ke Atas Kajian Yang

Berkaitan. 27

2.4.1 Kajian Mengenai Pemahaman Konsep

Genetik Di Kalangan Pelajar. 30

2.4.2 Satu Tinjauan Umum Ke Atas Kajian

Berkaitan Dengan Pemahaman Konsep. 32

BAB III METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 34

3.3 Populasi Kajian 35

3.4 Sampel kajian 35

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Tempat Kajian 36

3.7 Tatacara Kajian 36

3.8 Tatacara Pengumpulan Data 36

3.9 Analisis Data 38

BAB IV ANALISIS DATA 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data 39

4.3 Analisis Persoalan Kajian 39

4.3.1 Analisis Maklumat Diri Para Pelajar 40

Page 9: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

ix

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 1: Apakah

Kefahaman Awal Para Pelajar Mengenai

Konsep Sel Dan Peranannya Dalam Bidang

Genetik. 43

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 2: Adakah Para

Pelajar Mengenal Pasti Bahawa Terdapat

Perbezaan Yang Jelas Di Antara Proses

Mitosis Dan Meiosis Dalam Pembahagian

Sel. 49

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 3: Mengenal Pasti

Sama Ada Para Pelajar Dapat

Menghubungkaitkan Kepentingan Proses

Mitosis dan Meiosis Dalam Benda Hidup. 55

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan 63

5.3 Implikasi Kajian Kepada Pendidikan 64

5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan Lagi Tahap

Pemahaman Pelajar Terhadap Konsep Mitosis

Dan Meiosis. 64

5.4.1 Cadangan Kepada Pendidik 65

5.4.2 Cadangan Kepada Pihak Sekolah 66

5.4.3 Cadangan Kepada Pihak Kementerian

Pendidikan Malaysia. 66

5.6 Penutup 67

Page 10: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 4.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Jenis Jantina 40

Jadual 4.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut Jenis

Bangsa 40

Jadual 4.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut Keputusan

Gred Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah

Dalam Mata Pelajaran Sains. 40

Jadual 4.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut Minat

Para Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Sains. 41

Jadual 4.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut

Pengetahuan Pelajar Mengenai Bidang Sains

Dan Teknologi. 41

Jadual 4.6 Taburan Peratusan Responden Mengenai

Pemahaman Pelajar Mengenai Takrifan Istilah Sel. 43

Jadual 4.7 Taburan Peratusan Responden Mengenai Kebolehan

Kita Melihat Struktur Sel Dengan Mata Kasar

Beserta Dengan Sebabnya. 44

Jadual 4.8 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Pengetahuan Mengenai Jenis Sel. 44

Page 11: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

xii

Jadual 4.9 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Pemahaman Pelajar Mengenai Alat/radas Yang Sesuai

Digunakan Untuk Memerhatikan Struktur Sel. 45

Jadual 4.10 Taburan Peratusan Berkaitan Dengan Pemahaman

Pelajar Mengenai Komponen/Struktur Asas Yang

Boleh Dijumpai Di Dalam Sesuatu Sel. 45

Jadual 4.11 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Pemahaman Pelajar Tentang Sama Ada Semua Sel

Dalam Benda Hidup Boleh Membahagi. 46

Jadual 4.12 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Pemahaman Pelajar Tentang Bagaimanakah Pokok

Yang Ditanam Boleh Membesar. 46

Jadual 4.13 Taburan Peratusan Responden Mengenai Istilah

Kromosom 47

Jadual 4.14 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Pemahaman Mengenai Kedudukan Kromosom Di

Dalam Sel. 47

Jadual 4.15 Taburan Peratusan Responden Berkaitan Dengan

Kedudukan Bahan Genetik Yang Menjadi Bahan

Pewarisan. 48

Jadual 4.16 Taburan peratusan Responden Memahami Aspek

Perbezaan Antara Proses Mitosis Dan Meiosis. 49

Page 12: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Malaysia kini sedang mengorak langkah ke arah mencapai taraf sebagai

sebuah negara maju dari segi pelbagai aspek menjelang tahun 2020. Terdapat 9

cabaran yang perlu diharungi oleh masyarakat Malaysia dan salah satu

daripadanya ialah:

“ Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

yang tinggi dan memandang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

sebagai penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa hadapan”.

Demi membangunkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020,

negara amat memerlukan lebih ramai ahli masyarakat saintifik terlatih dalam

pelbagai bidang sains dan teknologi.

Kementerian Pendidikan memberi penekanan yang lebih kepada mata

pelajaran sains. Oleh itu, mata pelajaran ini telah dijadikan sebahagian daripada

mata pelajaran yang penting dalam pendidikan di semua sekolah rendah hingga

ke peringkat menengah atas. Kepentingan pendidikan sains dalam proses

Page 13: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

2

pembangunan negara ternyata dapat dilihat daripada ketetapan yang dibuat dalam

menggariskan cita-cita dalam Rukun Negara iaitu menjadikan masyarakat yang

progresif dengan menggunakan sains dan teknologi (Tamby Subahan Mohd

Meerah, 1987).

Bidang sains merupakan bidang ilmu yang menekankan pembinaan konsep

yang membolehkan para pelajar dapat memahami segala fenomena alam di

sekeliling mereka. Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa

matlamat pendidikan sains adalah untuk mempertingkatkan kefahaman para pelajar

mengenai konsep-konsep asas sains agar para pelajar dapat memahami dan

berinteraksi dengan persekitarannya. Selain itu sains juga bertujuan untuk

mengembangkan kebolehan para pelajar agar dapat menggunakan pengetahuan yang

telah dipelajari untuk membantu mereka dalam menyelesaikan masalah kehidupan

harian. Mata pelajaran sains dalam KBSM telah dilaksanakan pada tahun 1989

selaras dengan perubahan kurikulum pendidikan negara daripada Kurikulum Lama

Sekolah Menengah (KLSM) kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM). Melihat pentingnya sains dalam pendidikan telah mendorong pihak

Kementerian Pendidikan memperkenalkan Kurikulum Sains Sekolah Rendah pada

tahun 1994 menggantikan mata pelajaran sains sejak 1983 lagi. Kurikulum sains

digubal bertujuan untuk melahirkan insan yang berpengetahuan, berkemahiran dan

berakhlak mulia untuk membentuk masyarakat berbudaya sains dan teknologi, ikram,

dinamik dan progresif supaya lebih bertangungjawab terhadap alam sekeliling dan

Page 14: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

3

mengagumi penciptaan alam (Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim Kamaruddin,

1997).

Sepertimana yang terdapat dalam objektif Kurikulum Sains Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM); adalah diketahui bahawa objektif mata pelajaran sains

ialah untuk membolehkan para pelajar supaya memperolehi pengetahuan dan

kefahaman tentang konsep dan prinsip sains serta mengaitkan konsep dan prinsip

sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka.

Pembelajaran bermakna amatlah penting agar dapat membantu para pelajar

untuk memahami apa saja konsep sains dengan lebih mudah dan secara tidak

langsung akan mengekalkan daya ingatan dalam jangkamasa yang lama. Sesuatu

ilmu pengetahuan sains akan menjadi lebih bermakna kepada para pelajar

sekiranya mereka dibantu untuk menyumbangkan fakta dan konsep, membuat

perkaitan di antara pembelajaran baru dengan ilmu pengetahuan sedia ada

mereka.

Matlamat pendidikan sains adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar

terhadap konsep asas sains di samping mengembangkan kebolehan mereka untuk

mengenali dan menyelesaikan masalah yang berkaitan. Didapati bahawa proses

perkembangan sesuatu konsep dalam diri seseorang individu itu berlaku secara

perlahan dan kompleks. Proses pembelajaran didapati berlaku dengan cara pelajar

akan menemui konsep baru dan seterusnya mengubahsuaikan konsep tersebut dengan

pengalaman yang telah sedia ada. Melalui pengetahuan dan interaksi pelajar dengan

Page 15: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

4

persekitarannya maka, para pelajar dapat membina satu konsep pemikiran akal.

Kebanyakan para pelajar beranggapan bahawa konsep yang terbentuk tadi telah teruji

kesahihannya. Oleh sebab itulah apabila pelajar-pelajar bertemu dengan pengalaman

baru, pengetahuan sedia ada tidak akan disisihkan malah konsep sedia ada akan

dikonsepkan kembali. Ini adalah untuk memastikan bahawa konsep yang telah dibina

oleh pelajar bertepatan dengan teori sains ataupun dengan teori yang telah diajar oleh

guru. Ini bermakna sesuatu konsep telah direkabentuk semula melalui setiap

perubahan pengalaman. Pembinaan konsep adalah boleh dianggap sebagai suatu

proses yang berterusan, aktif dan kreatif bagi membezakan dan menyepadukan

domain konsep yang sedia ada.

Berdasarkan Fahaman Konstruktivisme, sesuatu konsep itu tidak boleh dipelajari

hanya melalui penerangan yang disampaikan oleh guru; tetapi perlulah diabstrakkan

oleh para pelajar daripada pengalaman sendiri. Jadi, adalah didapati bahawa

pendekatan yang dianggap sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains

KBSM adalah berbentuk inkuiri-penemuan sama ada secara induktif ataupun

deduktif. Oleh sebab itu, maka guru haruslah berusaha untuk mengajarkan sesuatu

konsep itu dengan cara menyediakan pengalaman kepada para pelajar dalam aktiviti-

aktiviti yang akan memudahkan cara pelajar untuk membina sesuatu konsep tertentu

ke dalam pemikiran mereka. “Menurut Krasilchik (1990), according to defenders of

this position, based on knowledge of the scientific discoveries, scientific concepts and

phenomena come to have meaning to youths and are thus more easily and lastingly

assimilated”.

Page 16: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

5

Walau bagaimanapun, didapati bahawa tidak semua konsep sains itu boleh diajar

secara inkuiri kerana pendekatan secara pendedahan konsep boleh juga digunakan

untuk mana-mana tajuk yang dianggap sesuai.

Para pelajar hendaklah diberi peluang untuk mengalami sendiri sesuatu

pengalaman dalam proses pembelajaran yang bermakna, sesuai dengan minat dan

sikap para pelajar yang sentiasa ingin tahu mengenai peristiwa yang berlaku di

sekeliling mereka. Proses pengajaran dan pembelajaran sains haruslah dilihat sebagai

penstrukturan semula ide-ide atau konsep sains yang betul (Wan Salihin Abdullah

dan Mohd Yusof Arshad, 1996). Melalui pengalaman sesuatu konsep asal yang

dibawa oleh pelajar dibina kembali menjurus ke arah konsep sebenar yang difahami

oleh ahli-ahli sains. Didapati juga bahawa faktor kematangan pemikiran para pelajar

adalah dianggap sebagai faktor yang dapat mempengaruhi pembelajaran para pelajar.

Dalam pembelajaran sains, aspek kematangan pemikiran penting kerana sebahagian

besar konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah adalah berbentuk abstrak. Para

pelajar akan menghadapi masalah untuk mempelajari konsep sains sekiranya mereka

masih berada dalam tahap pemikiran yang rendah (konkrit).

Page 17: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

6

1.2 Latar belakang Masalah

Idea yang diperolehi oleh kanak-kanak atau para pelajar mengenai fenomena

yang berlaku di sekitar mereka telah memberi pengalaman yang tersendiri yang

dikenali sebagai kerangka alternatif. Mengikut fahaman konstruktivisme, minda

pelajar bukanlah ibarat tin kosong tetapi proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

secara aktif. Pelajar membina ide hasil daripada interaksi mereka dengan pengalaman

harian atau sedia ada dan berkemungkinan menghasilkan pelbagai ide yang selari

dengan ahli sains (Wan Salihin Abdullah dan Mohd Yusof Arshad, 1996).

Kadangkala kerangka alternatif yang diperolahi oleh para pelajar ini adalah tidak

selaras dengan idea sains yang diajar oleh para guru. Namun menurut beberapa ahli

konstruktivisme terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu

bermula dengan pengetahuan sedia ada pelajar (Abu Hassan Kassim, Meor Ibrahim

Kamarudin, 1997).

Ramai pelajar menunjukkan kegagalan mereka untuk membuat perkaitan di

antara konsep-konsep yang sedia ada dalam minda dengan konsep baru yang

dipelajari meskipun mereka telah mempunyai pengetahuan mengenai konsep tersebut.

Keadaan inilah yang menyebabkan para pelajar lebih cenderung untuk menghafal

sesuatu konsep yang dipelajari tanpa memahami konsep tersebut secara bermakna.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kegagalan pihak guru atau kaedah pengajaran

Page 18: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

7

yang digunakan untuk membuat perkaitan yang tepat di antara konsep-konsep yang

dipelajari.

Namun sejak akhir-akhir ini didapati bahawa para penyelidik mula mengambil

kira bahawa para pelajar telah mempunyai asas-asas tertentu terhadap sesuatu

fenomena alam semulajadi yang akan mereka bawa ke dalam bilik darjah hasil

daripada pengalaman mereka setelah berinteraksi dengan persekitaran.

1.3 Penyataan Masalah

Salah satu daripada objektif dalam pendidikan sains KBSM di Malaysia

bertujuan untuk membolehkan para pelajar mendapat pengetahuan dan kefahaman

tentang konsep dan prinsip sains supaya fakta-fakta sains yang diperolehi tidak

bercanggah dengan fenomena hidup seharian. “Mengikut Poh Swee Hiang (1994),

konsep sains adalah idea abstrak yang digeneralisasikan daripada fakta-fakta atau

pengalaman-pengalaman yang spesifik”.

Apabila seseorang pelajar mempelajari sains, mereka akan mendapat

pengetahuan sains di mana pengetahuan sains tersebut terdiri daripada konsep, fakta,

teori dan hipotesis. Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai konsep-konsep dalam

sains bermakna tidak dapat pengetahuan sains yang dipelajari. Konsep sains adalah

ide yang menggabungkan beberapa fakta sains. Sesuatu konsep mewakili pelbagai

Page 19: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

8

fakta yang berkaitan (Shaharom, 1989). Kurangnya penguasaan pelajar terhadap

konsep-konsep sains boleh menyebabkan berlakunya miskonsepsi dalam diri mereka

apabila mereka cuba menstrukturkan kembali ide lama yang sedia ada dengan

pengalaman yang baru mereka pelajari.

Pemahaman konsep yang lemah untuk tajuk-tajuk tertentu dalam mata pelajaran

sains merupakan salah satu sebab mengapa para pelajar gagal untuk menyelesaikan

masalah sains (Lazarowitz, et.al 1992). Pelajar-pelajar yang memahami sesuatu

konsep yang diajar akan memberikan jawapan yang sama ketika soalan yang sama

diajukan walaupun jawapan yang diberikan sebelumnya adalah salah. Keadaan ini

dibuktikan oleh hasil kajian yang dijalankan oleh Sawrey, (1990).

Hampir semua konsep sains yang dipelajari oleh para pelajar di dalam bilik

darjah merupakan konsep yang berbentuk abstrak contohnya seperti haba, suhu, jisim

dan sebagainya. Pelajar tidak dapat melihat keadaan sebenar tentang sesuatu konsep

sains itu sehingga menyebabkan mereka menghadapi masalah untuk memahaminya.

Permasalahan akan timbul apabila wujudnya salah tanggapan konsep (miskonsepsi)

dalam diri pelajar tersebut. Antara miskonsepsi yang seringkali dihadapi oleh pelajar

di dalam mata pelajaran sains teras adalah di bawah tajuk variasi dan keturunan yang

menekankan kepada konsep genetik. Menurut Lazarowitz et. al (1992), konsep

genetik merupakan salah satu topik yang paling sukar dipelajari oleh pelajar di dalam

mata pelajaran sains. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Norazlina Abd.

Khir (2002) mendapati kefahaman para pelajar tentang konsep genetik dalam

Page 20: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

9

tingkatan 4 aliran sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah Johor

Bahru masih berada pada tahap yang kurang memuaskan.

Oleh sebab itulah, banyak kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti

konsep-konsep sains yang dianggap sukar untuk difahami dan sering

disalahfahamkan oleh para pelajar. Sebagai langkah pertama cubaan untuk

menentukan konsep-konsep yang difahami oleh para pelajar akan dilakukan. Ini

bertujuan untuk menolong para guru untuk menilai kefahaman dan kelemahan para

pelajar dalam memahami mata pelajaran sains untuk setiap tajuk yang akan diajarkan.

Didapati juga ramai di antara para pelajar yang tidak dapat membuat hubungkait

antara konsep yang baru dipelajari dengan konsep sedia ada mereka. “Menurut Beal

dan Prescott (1994), untuk membolehkan para pelajar memahami tentang sesuatu

konsep dan berdasarkan kajian yang lepas, mendapati bahawa para pelajar perlulah

mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai sesuatu konsep sains. Maka, cara

untuk menguji pengetahuan sedia ada dalam diri setiap pelajar itu amatlah penting

agar mereka dapat menyedari pemahaman masing-masing”.

Pemahaman para pelajar mengenai konsep sains amat memberi kesan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sains. Sains merupakan suatu ilmu yang

berbentuk fakta kerana ilmu sains diperolehi berdasarkan hasil kajian yang telah

dicatatkan daripada hasil suatu eksperimen. Pembelajaran sains sebenarnya sangat

menarik kerana para pelajar dapat menjalankan penyelidikan di dalam makmal. Hal

Page 21: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

10

ini penting kerana dengan menggunakan kaedah amali, kita dapat mengetahui

kesahihan sesuatu teori (Jamaludin Mohamad,1997).

Adakah kefahaman terhadap sesuatu konsep sains dianggap sangat penting

kepada para pelajar ? Keadaan inilah yang menyebabkan penulis merasakan perlunya

satu kajian perlu dibuat ke atas para pelajar mengenai pemahaman konsep sains.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk;

1. Mengenal pasti kefahaman awal atau sedia ada para pelajar mengenai konsep

sel dan peranannya dalam bidang genetik.

2. Mengenal pasti bahawa terdapatnya perbezaan yang jelas antara proses

mitosis dan proses meiosis dalam pembahagian sel.

3. Mengenal pasti sama ada para pelajar dapat menghubungkaitkan kepentingan

proses mitosis dan meiosis dalam benda hidup.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian yang dilakukan adalah untuk menjawab beberapa soalan berikut:

1. Apakah kefahaman awal atau sedia ada para pelajar mengenai konsep sel dan

peranannya dalam bidang genetik.

Page 22: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

11

2. Adakah para pelajar mengenal pasti perbezaan yang jelas antara

proses mitosis dan proses meiosis dalam pembahagian sel.

3. Mengenalpasti sama ada para pelajar dapat menghubungkaitkan kepentingan

proses mitosis dan meiosis dalam benda hidup.

Page 23: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 73 B Jadual Kerja Penyelidikan 95 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 97

Page 24: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

xiv

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

K - Kekerapan

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KLSM - Kurikulum Lama Sekolah Menengah

DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 25: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

xiii

Jadual 4.17 Taburan Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Konsep

Pembahagian Sel. 55

Jadual 4.18 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan

Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 3. 57

Jadual 4.19 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan

Yang Salah Untuk Soalan Subjektif 3. 58

Jadual 4.20 Jadual Menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan

Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 4. 58

Jadual 4.21 Jadual menunjukkan Respon-respon Bagi Jawapan

Yang Salah Untuk soalan Subjektif 4. 59

Jadual 4.22 Jadual Menunjukkan Responrespon Bagi Jawapan

Yang Betul Untuk Soalan Subjektif 5. 59

Jadual 4.23 Jadual Menunjukkan respon-respon Bagi Jawapan

Yang Salah Untuk Soalan Subjektif 5. 60

Page 26: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

x

BIBLIOGRAFI 68

LAMPIRAN A: Borang Soal Selidik 73

LAMPIRAN B: Jadual Kerja 95

LAMPIRAN C: Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 97

Page 27: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

vi

ABSTRACT

Concept understanding is one of the important factors to succeed and have good

achievement in learning especially in solving sciences’ problems. However, many

students still facing the problem of setting understand and grasp the concepts and skills

that they had learnt in the classroom. Therefore the purpose of this study is to look out

and identify the understanding level on the cell division concept of form four students in

arts stream. The determination of understanding level on the genetic concept was

determined through an experiment, objective and subjective comprehension questions in

the questionnaire that have been distributed to the students. The idea of the cell division

concept is gathered up and analyzed by computer manually. The result obtained was

concluding into frequency tables and percentages. The result of the study showed that,

student’s understanding on cell division concept was moderate. A few suggestions had

been suggested as guidance to the teachers and also to the students’ forward the cell

division concept. As the conclusion, the misconception of the concept should be

identified and corrected so that the students will not bring out the misconception to the

higher level of education.

Page 28: PEMAHAMAN KONSEP PEMBAHAGIAN SEL DI …€¦ · Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) ... mengenai konsep pembahagian sel ditentukan melalui kaedah eksperimen dan soalan-

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat kedua ibu bapaku yang amat ku hormati.

Buat ayah, Ngutip Anak Bidu

Terima kasih di atas pengorbanan, dorongan dan sokongan selama ini.

Buat ibu, Nyupeh Anak Giak

Terima kasih kerana amat memahami, pemberi semangat dan nasihat.

Tidak lupa buat abang dan kakak sekalian

kerana sentiasa memberi semangat untuk terus maju ke hadapan.

Kalian semua amat berharga buat saya.

Terima kasih atas segalanya