pelanggan terus menikmati - spanco.com.my · iso 9002:1994 pusat servis spanco menerima sijil iso...
TRANSCRIPT
Keselamatan Jalan Raya Siri 1
Trend Terkini Dalam Industri Automotif 2018
Gunakan Alat Ganti Tulen Demi Keselamatan Anda Dan Penumpang
JILID 2Mac - Apr 2018
1994
1999
2005
2012
2018
2017
PELANGGAN TERUS MENIKMATI
PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN
ISO9002:1994
Pusat Servis SPANCOmenerima sijil ISO 9002:1994
Menempatkansemula Pusat Servis Wilayah (PSW) dariSegambut ke Batu Caves
Membuka Pusat Servis Wilayah yang baharu diBangi, Selangor
MelancarkanAplikasi MobilSPANCO
Bersedia dan Terus
Komited Melangkaui Masa Hadapan
Bersama Malaysia
JILID 2 | MAC - APR 2018
17 Mesyuarat
Kursus Pengurusan Kenderaan
Lawatan
PDRM Night Run 2018
Notis Pemberitahuan
Libur Destinasi18 Aktiviti Bertaraf Dunia ada di Besut
Terengganu
Sekilas Minda03 Terus Cemerlang Meningkatkan
Mutu Kerja Proaktif
Yang Perlu Anda Tahu04 Keselamatan Jalan Raya Siri 1:
Pemanduan Berhemah Selamatkan Nyawa Anda & Orang Tersayang
06 Gunakan Alat Ganti Tulen Demi Keselamatan Anda dan Penumpang
07 Statistik Komposisi Fleet: Fleet Kerajaan Dibekal, Diurus &
Disenggarakan oleh SPANCO
Menjejak Inspirasi08 Pelanggan Terus Menikmati
Penambahbaikan Berterusan
Servis itu Penting10 Sayangi Kereta dan Patuhilah Jadual
Servis Cegahan Anda Persada Inovasi12 Trend Terkini Dalam Industri
Automotif 2018
Merakam Catatan14 Pertandingan Golf Piala AZH 2017
Hari Bersama Pelanggan
15 Program Khidmat Masyarakat
Kejohanan Golf Jemputan Sempena Hari Tentera Darat Ke-85
16 Kunjung Hormat
Proton Network Conference 2018
Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.
PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh
SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri
PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang
43300 Seri kembangan.
Tel 03-8941 4013
Faks 03-8941 4014
PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)
PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.
Tel 03-6192 8888
Faks 03-6192 8999
emel [email protected]
web www.spanco.com.my
Talian bebas tol 1-800-88-6999
04
10 18 Bicara Sihat20 Awas! Haruman Penyegar Udara
Murah Berbahaya
Pilihan Servis Anda22 Kelantan, Terengganu & Pahang
3JILID 2 | MAC - APR 2018
Terus Cemerlang meningkaTkan muTu kerja ProakTif
25 tahun melangkah dengan jayanya dalam perkhidmatan fleet, SPANCO terus mengorak khidmat yang lebih cekap dan efisien dalam menguruskan kenderaan serta memenuhi kehendak pelanggan. Ternyata tahun ini akan lebih mencabar kerana lebih 3,000 kenderaan iaitu 648 Kereta Rasmi Jawatan, 430 Kereta Peronda (MPV) dan 1,929 Kereta Jabatan akan diganti serta diagihkan kepada pihak Kerajaan.
Pada tahun ini SPANCO telah menerima pentauliahan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai salah satu pusat latihan sehenti bagi program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Melalui program ini peserta akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang automotif yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia. Program SLDN berupaya melahirkan pekerja berkemahiran dan berkelayakan sejajar matlamat Kerajaan Malaysia melahirkan tenaga kerja mahir menjelang 2020. SPANCO juga telah dianugerahkan ‘GOLD’ iaitu Juara untuk kategori ‘Top 10 After Sales Performance Dealer’ pada Majlis ‘PROTON Network Conference 2018.’
DATo’ AzMAn HAjI IDrISKetua Pegawai Operasi
SekILAS MInDA
dan Selamat Sejahtera
Namun dalam kesibukan menguruskan kenderaan, SPANCO tidak pernah lupa untuk menyumbang kepada masyarakat. Pelbagai inisiatif dan program khidmat masyarakat telah dan akan disediakan di mana ia merupakan salah satu objektif teras SPANCO. SPANCO juga telah menyertai program Tanggungjawab Sosial Korporat anjuran Kementerian Kewangan, antaranya mengecat dan membaik pulih sekolah, memberi sumbangan kepada mangsa banjir, selain turut menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma sempena Hari Terbuka Kementerian Kewangan yang diadakan baru-baru ini di Putrajaya.
Dalam memastikan kenderaan pelanggan diurus dengan baik, SPANCO akan meneruskan program Anugerah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) Cemerlang bagi 2017 sebagai penghargaan atas komitmen tinggi PSD dalam memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan servis kami. Bagi memastikan pelanggan terus mendapat manfaat sepenuhnya bersama SPANCO, kami akan menaiktaraf Fleet Online Portal kepada portal yang lebih menarik dan mesra pengguna. Usaha ini adalah untuk memudahkan pelanggan memantau dan menguruskan kenderaan kementerian sekali gus dapat mengeratkan hubungan kerja bersama mereka.
Manakala bagi memperhebatkan lagi tahap kecekapan, boleh gerak kenderaan dan keselamatan pengguna di jalan raya, usaha sedang dirancang untuk memperlengkapkan fleet dengan sistem telematik. Projek perintis bagi menilai keberkesanan sistem tersebut akan dimulakan ke atas kenderaan MPV PDRM Prevé yang menggantikan MPV PDRM Inspira terlebih dahulu sebelum dipertimbangkan untuk dipasang pada kenderaan-kenderaan fleet yang lain.
Komitmen semua pihak sebagai satu pasukan amat penting untuk memastikan kecemerlangan sesebuah organisasi. SPANCO akan terus menaik taraf mutu kerja profesional dan menjanjikan perkhidmatan terbaik untuk mencapai kepuasan pelanggan.
JILID 2 | MAC - APR 20184
SeBeLuM MeMuLAkAn PerjALAnAnDapatkan tidur yang cukup jika perlu melakukan perjalanan jauh.
Tumpukan perhatian dan hindari sebarang gangguan terutama penggunaan telefon bimbit dan tablet.
yAng PeRLu AnDA tAhu
Pemanduan Berhemah selamatkan nyawa anda & orang Tersayang
Keselamatan Jalan Raya Siri 1
Berita kemalangan jalan raya hampir saban hari terpampang di dada akhbar. Banyak kajian mendapati punca kemalangan adalah dari kesilapan dan kecuaian pemandu. Kealpaan sesetengah pemandu bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri tetapi penumpang yang dibawa.
Sikap pemandu yang tidak bertimbang rasa pasti akan mengundang malapetaka sekali gus meragut nyawa insan-insan yang tersayang. Sentiasalah mengamalkan pemanduan berhemah setiap kali berada di jalan raya kerana ia mampu mengurangkan risiko kemalangan daripada berlaku.
+ Ketahui langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan:
Pastikan semua lampu berfungsi. Laraskan semua cermin dan tempat duduk apabila masuk ke dalam kereta.
Semasa memandu, sentiasa berwaspada. Perhatikan apa yang berlaku di sisi dan di
belakang dengan melihat cermin sekali sekala.
SeMASA MeMAnDu
Apabila lampu isyarat bertukar hijau, lihatlah ke kiri, kanan, hadapan dan kiri sekali lagi terlebih dahulu sebelum meneruskan
perjalanan.
Patuhi peraturan lalu lintas terutama had laju di jalan-jalan biasa dan lebuh raya.
110kmj adalah kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia. Anda sebenarnya menyalahi undang-undang jika memandu melebihi had laju itu.
Pastikan anda dan penumpang memakai
tali pinggang keledar keselamatan.
5JILID 2 | MAC - APR 2018
Pembekalan
Membekalkan kenderaan, pelesenan dan cukai jalan serta pengurusan pemeriksaan kenderaan.
Servis
Melakukan servis senggaraan dan cegahan berjadual.
Menyediakan kereta ganti, pengurusan stok alat ganti dan pemasangan aksesori mengikut pengubahsuaian dan tempahan.
Pentadbiran Fleet
Mengurus kesalahan trafik dan saman.
Merekodkan sejarah kenderaan serta menyediakan laporan dan analisis fleet tersuai.
Menyediakan taklimat pemanduan, khidmat nasihat strategi dan perundingan dalam mengawal selia fleet.
Mengira penentuan harga dan laporan kewangan fleet.
Menguruskan pelupusan kenderaan.
kawalan Penyenggaraan
Menyediakan bantuan kemalangan dan kerosakan serta khidmat tunda 24 jam.
Melakukan audit pusat servis dan kenderaan.
Insurans
Menguruskan perlindungan insurans, tuntutan kemalangan dan litigasi pihak ketiga.
TAHukAH AnDA?
Skop perkhidmatan SPAnCo kepada pelanggan merangkumi:
Jika anda ingin bercuti atau balik kampung, maklumkan kepada keluarga atau teman rapat tentang jadual perjalanan, masa yang dijangka tiba dan nombor yang boleh dihubungi. Pastikan anda memberitahu mereka sebelum menukar perancangan.
Elakkan laluan yang sesak dengan lori atau bas kerana kenderaan berat sukar untuk mengesan kenderaan yang lebih kecil.
Berjaga-jaga terhadap lori di selekoh kerana kenderaan yang panjang memerlukan lebih ruang untuk membelok.
Simpan nombor yang boleh dihubungi, maklumat diri dan maklumat perubatan anda di dalam kereta jika berlaku kecemasan.
Rancang perjalanan. Bertolak awal dan tiba 10 minit sebelum masa yang dijanjikan. Kelajuan bukan jaminan untuk sampai tepat pada waktunya malah boleh memungkinkan anda tidak akan sampai sama sekali.
Nantikan rencana akan datang mengenai isu-isu Keselamatan Jalan Raya dan bagaimana menjadi pemandu berhemah serta panduan penjagaan kereta bagi
menghindar kemalangan.
Bagi pelanggan SPANCO, hubungi pusat panggilan 24 jam di
1-800-88-6999 atau melalui
Aplikasi Mobil SPANCO jika berlaku sebarang kerosakan atau kecemasan di jalan raya.
jArAk SeMASA MeMBrekApabila brek ditekan, sesebuah kenderaan akan terus bergerak
buat seketika pada jarak tertentu sebelum berhenti sepenuhnya. Lebih laju kenderaan bergerak, lebih jauh pula jarak yang
diperlukan untuk berhenti.
Sekiranya kelajuan digandakan, jarak membrek bertambah sebanyak empat kali ganda.
Sekiranya berat muatan digandakan pula, jarak yang diperlukan untuk berhenti turut berganda.
Jarak berhenti turut berganda dalam cuaca hujan dan di atas permukaan jalan yang basah.
PerjALAnAn jAuH
JILID 2 | MAC - APR 20186
kuALITI • alat ganti tulen telah menjalani
proses penyelidikan dan pembangunan yang sama seperti kereta, bermula dari peringkat ia direka sehinggakan kepada bahan yang digunakan untuk membuatnya.
keSeLAMATAn • alat ganti tulen dibuat mengikut
piawaian pengeluar kenderaan bagi memberikan perlindungan
di samping mematuhi undang-undang kawalan keselamatan kenderaan. Penggunaan alat ganti yang tidak menepati
spesifikasi bukan sahaja melupuskan jaminan pengeluar malah boleh menyebabkan kerosakan dan kecederaan.
yAng PeRLu AnDA tAhu
gunakan alaT ganTi Tulen Demi keselamaTan anDa Dan PenumPang
Bagaimanapun, penggunaan alat ganti yang tidak tulen adalah berisiko dan tidak disarankan sama sekali atas pelbagai sebab. Berikut disenaraikan faktor-faktor penting mengapa alat ganti yang tulen perlu digunakan bagi servis dan pembaikan kereta anda.
Adalah menjadi tanggungjawab pusat
servis untuk memastikan setiap kereta
dikembalikan dalam keadaan baik
setelah diservis ataupun dibaiki. Justeru
semasa mengambil kereta anda, periksa
dan pastikan kerja-kerja pembaikan
disiapkan dengan sempurna serta alat
ganti yang digunakan adalah tulen.
keuPAYAAn STrukTur • setiap komponen sekecil mana
sekalipun menyumbang kepada kekuatan struktur kenderaan secara keseluruhan. Bahagian yang walaupun nampak remeh seperti cermin hadapan, cermin tingkap dan pintu sebenarnya menyokong keutuhan kenderaan semasa kemalangan. Tahap perlindungan yang disediakan alat ganti tulen terhadap struktur kenderaan telah diuji di peringkat pembikinan.
Anda disarankan untuk membuat aduan melalui Aplikasi Mobil SPANCO atau Pusat Panggilan 1-800-88-6999 jika anda dapati kerja-kerja penyenggaraan atau pembaikan yang dilakukan oleh mana-mana Pusat Servis Diiktiraf (PSD) adalah tidak memuaskan, kurang berkualiti atau tidak menggunakan alat ganti yang tulen.
Apabila menghantar kereta untuk diservis atau dibaiki, mungkin terdapat pusat servis yang menggunakan alat ganti yang tidak tulen.
zon reMuk • komponen
tulen seperti hud dan bampar direka dengan zon remuk yang boleh menyerap kesan hentaman bagi menjauhkan impak pelanggaran dari pemandu mahupun penumpang.
TAHAn LAMA• alat ganti tulen tidak cepat rosak
berbanding dengan yang tiruan dan prestasinya terbukti lebih konsisten bagi tempoh yang lama. Penggunaan komponen tulen sebenarnya lebih menjimatkan untuk jangka masa panjang kerana anda tidak perlu kerap menggantikannya.
7JILID 2 | MAC - APR 2018
Tahun : 1 2 3 4 5 Jumlah
Perdana 2.4 Premium 0 2 38 0 0 40
Perdana 2.4 L 40 0 0 0 0 40
Perdana 2.4 Executive 0 0 8 260 103 371
Perdana 2.0 L 458 777 0 0 0 1,235
Perdana 2.0 Standard 0 0 1,327 355 0 1,682
Volkswagen Passat 2.0 TSI 13 0 0 0 0 13
Inspira 2.0 Premium 0 0 0 4 5 9
Inspira 2.0 MPV 0 0 516 93 572 1,181
Persona 1.6 Premium 183 55 154 48 22 462
Prevé 1.6 Premium 615 1,465 733 1,165 2,135 6,113
Prevé 1.6 Premium MPV 11 0 100 0 0 111
Saga 1.3 Premium 257 0 0 0 0 257
Saga 1.3 FLX 2 393 280 81 63 819
jumlah: 1,579 2,692 3,156 2,006 2,900 12,333
fleet kerajaan Dibekal, Diurus & Disenggarakan oleh sPanCoStatistik Komposisi Fleet
Memasuki tempoh 25 tahun beroperasi, setakat 13 Mac 2018, saiz fleet Kerajaan Persekutuan yang dibekal, diurus dan disenggarakan oleh SPANCO adalah sebanyak 12,333 unit. Terdapat lima model kenderaan nasional PROTON digunakan iaitu Proton Perdana, Inspira, Persona, Prevé dan Saga.
Model-model tersebut merangkumi 11 varian terdiri daripada kelas premium dan eksekutif sehinggalah kepada sederhana dan asas. Juga terdapat model baharu Volkswagen Passat yang dibekalkan oleh SPANCO untuk kegunaan Istana Negara.
Proton Prevé 1.6 Premium adalah yang terbanyak digunakan oleh jabatan dan agensi Persekutuan iaitu 6,113 unit atau 50% daripada jumlah keseluruhan fleet. Manakala Proton Perdana 2.0 Standard pula yang kedua terbanyak dengan jumlah 1,682 unit atau 14%.
Sementara itu, sebanyak 1,292 unit kereta peronda atau ‘mobile patrol vehicle’ (MPV) diurus dan disenggarakan untuk fleet Polis Diraja Malaysia dan Jabatan
Peratus Pecahan mengikut usia kenderaan
komposisi fleet mengikut model dan usia Pada 13 mac 2018
1Tahun(1,579 unit)
13%
3 Tahun(3,156 unit)
26%4 Tahun
(2,006 unit)16%
5 Tahun (2,900 unit)
23%
2 Tahun(2,692 unit)
22%
Penjara. Jumlah ini merangkumi 10% dari jumlah keseluruhan kenderaan yang dibekalkan oleh SPANCO.
Bermula dari 1994 sehingga kini, SPANCO telah berjaya membekal dan menyenggarakan lebih daripada 35 ribu kenderaan untuk fleet Kerajaan Persekutuan.
JILID 2 | MAC - APR 20188
MenJeJAk InsPIRAsI
Selama 25 tahun beroperasi, SPANCO telah menambahbaik operasinya dalam usaha memastikan pelanggan menerima perkhidmatan yang cekap dan profesional secara berterusan. Penambahbaikan dilaksanakan dari semasa ke semasa selaras matlamat menyediakan perkhidmatan pengurusan fleet profesional yang sentiasa fokus kepada pelanggan.
Pelanggan Terus menikmati Penambahbaikan Berterusan
1994 JanuariPusat Servis SPANCO di Segambut,Kuala Lumpur mula beroperasi.
2004 JanuariMemperkenalkan sistem tempahan melalui khidmat pesanan ringkas SMS.
1999 DisemberPusat Servis SPANCO menerima sijil ISO 9002:1994
1997 OgOsSeminar Ke Arah Kecemerlangan Budaya Kerja anjuran bersama SPANCO dan Perbendaharaan Malaysia diadakan untuk pemandu-pemandu Kerajaan.
2005 JulaiSPANCO Fleet Online dilancarkan bagi kemudahan menguruskan fleet pelanggan secara dalam talian.
2000 aprilMelaksanakan sistem tempahan untuk kerja-kerja servis dan pembaikan.
1998 JanuariMajalah PRIHATIN – Berita SPANCO edisi sulung diterbitkan, sebagai wadah komunikasi dalam mempertingkatkan jalinan hubungan pelanggan.
2005 JulaiMenempatkan semula Pusat Servis Wilayah (PSW) dari Segambut ke Batu Caves, Selangor.
1999 OktOberPusat Servis Cawangan Puchong, Selangor dibuka bagi menampung keperluan pelanggan-pelanggan dari Putrajaya.
2002 JunTaklimat Pengurusan Fleet mula dianjurkan untuk pelanggan-pelanggan SPANCO.
BerIkuT ADALAH AnTArA PenAMBAHBAIkAn YAng DILAkukAn SPAnCo SePAnjAng 25 TAHun BeroPerASI:
9JILID 2 | MAC - APR 2018
2012 JunMembuka Pusat Servis Wilayah yang baharu di Bangi, Selangor dengan kemudahan dan prasarana yang luas, lapang lagi selesa.
2012 OktOberMembangun dan melancarkan Fleet Management System (FMS) yang baharu.
2009 aprilMemperkenalkan ‘Customer’s Dashboard’ di mana pelanggan boleh mengetahui status kenderaan mereka secara dalam talian dan dalam masa sebenar melalui paparan grafik.
2016 nOvember Melancarkan Papan Pemberitahuan Status dan Pemberitahuan Kemajuan Kerja yang berfungsi memaparkan status terkini kenderaan pelanggan di pusat servis.
2014 Disember Sistem Audit 4M dilaksanakan untuk Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara.
2013 JanuariPenasihat Servis di PSW Batu Caves dan PSW Bangi menjalani ‘Red Carpet Training’.
2018 FebruariMelancarkan Televisyen Paparan Berganda (Multiview TV) di Pusat Servis Wilayah. Melalui paparan gambar dalam gambar, pemberitahuan dan maklumat dalam bentuk video mahupun teks ditayangkan di sudut kecil skrin sebagai makluman atau panduan untuk pelanggan yang sedang menuntun rancangan yang disiarkan.
2008 JunMelaksanakan ASC e-Approval, sebuah sistem mendapatkan kelulusan servis dan pembaikan secara dalam talian.
2015 nOvember Sistem Perkhidmatan Kiosk mula digunakan serentak di PSW Batu Caves dan PSW Bangi.
2017 JanuariMelancarkan Fast Lane Service dan MPV Fastlane.
2009 JulaiProgram pemeriksaan kenderaan yang dikenali sebagai Klinik Servis mula dilaksanakan dari negeri ke negeri.
2017 Januari Melancarkan Aplikasi Mobil SPANCO yang boleh dimuat turun dari Google Playstore dan AppStore.
2011 JanuariMenerima anugerah BrandLaureate untuk penjenamaan korporat terbaik dalam penyelesaian pengurusan fleet.
JILID 2 | MAC - APR 201810
Penyenggaraan cegahan adalah satu program sistematik yang memastikan
kenderaan berada pada tahap boleh gerak yang tinggi dengan memelihara enjin dan peralatan agar sentiasa berfungsi dalam
keadaan sempurna.
sayangi kereta dan Patuhilah jadual servis Cegahan andaPENYENGGARAAN cegahan amat penting bagi memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Di SPANCO, ini amat dititikberatkan terutama di kalangan pengguna mahupun pemandu fleet. Disiplin yang tinggi untuk menghantar kereta ke pusat servis diperlukan bagi menghindar sebarang kerosakan yang pastinya akan mengganggu kelancaran tugas pengguna.
Untuk itu, program servis cegahan adalah komprehensif meliputi pemeriksaan kenderaan, sistem pelinciran, penyelarasan, pembersihan, uji pandu, pembaikan dan penukaran alat ganti. Kerja-kerja yang dilakukan termasuklah menggantikan peralatan yang diramal akan rosak jika terus digunakan seterusnya mengelakkan masalah yang boleh mengurangkan keupayaan kenderaan.
MengAPA PenYenggArAAn CegAHAn PenTIng?
Membantu memelihara dan meningkatkan keupayaan kenderaan di jalan raya.
Jika diabaikan, kenderaan akan terdedah kepada kerosakan yang lebih teruk yang memerlukan pembaikan rombak rawat yang lebih lama.
Amat penting untuk keselamatan kereta dan jika tidak dilakukan, akan membahayakan pengguna.
Memanjangkan tempoh hayat kereta.
seRvIs Itu PentIng
11JILID 2 | MAC - APR 2018
Bahagian yang menentukan keselamatan sesebuah kereta seperti tayar, pengelap cermin, hon, brek dan stereng.
Bunyi ganjil dari bahagian enjin dan bawah kereta.
Bahagian luaran seperti cermin, badan kenderaan dan kebersihan.
Peralatan lain yang rosak atau lusuh seperti pendingin hawa, radio dan tingkap.
ProgrAM PenYenggArAAn CegAHAn YAng BerkeSAnKaedah servis cegahan yang efektif yang diamalkan SPANCO memiliki ciri-ciri berikut:
Menyediakan kemudahan pusat servis dengan kakitangan dan juruteknik yang berwibawa.
Menyenaraikan servis dan tugas yang perlu dilakukan.
Melaksanakan servis berkala mengikut tempoh yang disyorkan pengilang.
Mencatatkan aduan pemandu mengenai keadaan kereta, seterusnya membetulkannya.
Membuat jadual dan menyimpan rekod servis.
Proaktif atau reaktif?Tahap keupayaan dan penggunaan sesebuah kereta dapat dipertingkatkan dengan memaksimumkan penyenggaraan proaktif dan meminimumkan penyenggaraan reaktif.
Penyenggaraan proaktif – servis cegahan yang dilaksanakan secara berkala iaitu dengan ‘mencegah sebelum rosak’.
Penyenggaraan reaktif - pembaikan kerosakan yang tidak dirancang yang kebanyakan berpunca daripada pengabaian servis cegahan.
Pembaikan yang dilaksanakan secara ‘spontan’ iaitu hanya apabila kereta mengalami kerosakan mesti dielakkan kerana ia akan mengurangkan tahap ketersediaan kereta tersebut.
Bahagian Tumpuan yang DiperiksaBahagian pemeriksaan dan servis cegahan rutin yang dapat menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna merangkumi enjin, tayar, bateri, brek, sistem penyejukan, semua sistem tali sawat, sistem stereng dan gantungan serta sistem pendawaian.
Ringkasnya, semua komponen yang dikategorikan sebagai haus atau lusuh mesti diperiksa dan diganti sebelum mendatangkan kerosakan seperti bunga tayar mesti tidak kurang dari 1.6mm, bateri, pam air, tali sawat dan sebagainya.
keadaan yang harus dipantau pemanduProgram penyenggaraan cegahan yang berkesan banyak bergantung kepada pemandu. Pemandu bertanggungjawab untuk memeriksa keadaan kereta yang digunakan sama ada sebelum, semasa dan selepas perjalanan bagi memastikan pemanduan yang lebih selamat.
Justeru setiap pemandu mestilah sentiasa memberi perhatian serta peka kepada keadaan yang berikut:
Selain itu penyenggaraan cegahan juga tidak sekali-kali boleh dilakukan dengan jalan pintas. Maka juruteknik turut memainkan peranan penting dengan memeriksa setiap kereta secara terperinci bagi mengelak atau mengurangkan kerosakan yang tidak diduga. Oleh itu, penyenggaraan mestilah dilaksanakan secara berjadual dan komprehensif seperti yang dilakukan oleh Pusat Servis SPANCO.
JILID 2 | MAC - APR 201812
PeRsADA InovAsI
‘Cloud’ perhebatkan lagi pemotoran Satu lagi trend utama dalam industri automotif adalah penggunaan teknologi ‘cloud’. Industri 4.0 iaitu automasi dan pertukaran data, telah merubah setiap aspek pembuatan kereta - daripada reka bentuk dan operasi sehinggalah kepada penyelenggaraan sistem. ‘Cloud’ mengurangkan kos dan pembaziran kerana ia membolehkan penskalaan proses dan servis yang pelbagai. Dijangka usaha akan dipergiatkan pada 2018 dalam menyatupadukan reka bentuk dan kejuruteraan automotif melalui ‘cloud’.
iot menghubungkan kereta IoT atau peranti Internet kebendaan (Internet of Things) yang dapat
berkomunikasi sesama sendiri sudah pun
diterapkan di dalam kereta. Diramalkan bahawa kereta
sebagai sebuah peranti IoT akan menjadi antara barangan peribadi
paling utama di kalangan pengguna. Teknologi yang bukan baharu ini dijangka akan terus berkembang dalam lima tahun akan datang.
‘Crossover’ jadi pilihan ramai Bagi generasi muda yang mengharapkan
keselesaan dari sebuah SUV tetapi pada masa yang sama mahukan penjimatan minyak dan
kos penyenggaraan, kenderaan ‘crossover’ dijangka menjadi pilihan mereka.
Menggabungkan ciri-ciri sedan dan SUV,
kenderaan ‘crossover’
adalah versatil dan praktikal
untuk dipandu ke mana sahaja
dengan selesa dan bergaya.
AutoMotiF 2018dAlAM iNduStRi
tRENd tERKiNi
13JILID 2 | MAC - APR 2018
kereta elektrik pilihan mesra alam Sejak 2016, penjualan kereta elektrik telah mencecah 10 juta unit di serata dunia. Ini jelas menunjukkan mengapa pengeluar kereta seperti General Motors, Daimler AG dan VW telah turut serta dalam pasaran yang menguntungkan ini. Kemerosotan sumber tenaga fosil mendorong kepada populariti kereta elektrik terutama di Eropah. Pada tahun 2018, penjualan kereta elektrik dijangka akan terus melonjak kepada 5% di United Kingdom dan 12% di Amerika Syarikat.
kenderaan tanpa pemandu Merupakan teknologi automotif masa hadapan yang paling ditunggu-tunggu. Walaupun masih belum direalisasikan sepenuhnya, namun kereta tanpa pemandu menyediakan manfaat yang ketara dari segi pengurusan kesesakan trafik, pengurangan kemalangan dan peningkatan keselesaan penumpang. Selepas Google dan Uber, pengeluar-pengeluar kenderaan terkemuka dunia dijangka akan bersaing untuk melancarkan kenderaan tanpa pemandu masing-masing pada 2018.
berkongsi kereta untuk atasi kesesakan Faktor seperti kesesakan lalu lintas dan pencemaran menjadikan perkongsian kereta sebagai salah satu pilihan masyarakat. Ditambah dengan sistem pengangkutan awam yang berkembang pesat, memudahkan lagi untuk sampai ke destinasi. Konsep berkongsi kereta dijangka akan melalui pengubahsuaian besar pada 2018. Antaranya Uber, kini menyediakan kabel untuk mendengar muzik di samping snek dan minuman bagi memberi lebih keselesaan kepada penumpang.
Cetakan 3D, satu perubahan hebat dalam dunia automotif Pencetakan 3D di dalam sektor automasi telah wujud sejak sekian lama. Urbee dan Local Motors adalah dua nama yang telah menghasilkan beberapa model prototaip kereta melalui kaedah pencetakan 3 dimensi ini. Tahun 2018 akan menyaksikan pelaburan yang lebih besar oleh pengeluar-pengeluar kenderaan di dalam pencetakan 3D kerana ia lebih selamat dan menjimatkan.
Artikel ini diterjemah dan diringkaskan dari rencana yang ditulis oleh Tecnavio, firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.
‘blockchain’ bantu sistem pembekalan alat ganti
Salah satu cabaran utama dalam industri automotif adalah membanteras penggunaan alat ganti tiruan. Keupayaan ‘blockchain’ iaitu
sistem lejar terbuka dalam Internet, diyakini mampu menangani masalah tersebut. Melalui
kaedah perkongsian maklumat yang boleh diperiksa oleh semua pihak, bahagian yang
palsu dapat dikenal pasti dan disisihkan dari rantaian pembekalan. Ini menjadikan sistem
pembekalan alat ganti kereta yang lebih telus pada harga yang sesuai mengikut permintaan.
JILID 2 | MAC - APR 201814
MeRAkAM CAtAtAn
Hari Bersama Pelanggan - Batu Caves
Hari Bersama Pelanggan - Bangi
Pusat servis WilayahBatu Caves
31 mac 2018
Pusat servis Wilayah Bangi31 mac 2018
Hari Bersama Pelanggan
Penyerahan Proton Saga buat naib juara
Penyerahan Proton Perdana buat juara
Majlis Makan Malam Bersama YAB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad zahid Hamidi
Pusat servis WilayahBatu Caves
5 januari 2018
PWTC kuala lumpur
19 februari 2018
Pertandingan golf Piala AzH 2017
The mines resort & golf Club
10 Disember 2017
15JILID 2 | MAC - APR 2018
Program khidmat Masyarakat
Program CSr kementerian kewangan
Hari Terbuka kementerian kewangan
sekolah kebangsaan Temai Pekan, Pahang
24 februari 2018
kementerian kewangan Putrajaya
22 mac 2018
glenmarie golf and Country Club
1 april 2018
kejohanan golf jemputan Sempena Hari Tentera Darat ke-85
JILID 2 | MAC - APR 201816
ProTon network Conference 2018
MeRAkAM CAtAtAn
kunjung Hormat
DCP Dato’ Hasnan Hassan ketua Polis Perak
Dr. Teo gim Sian Pengarah Hospital raja Permaisuri Bainun
iPk Perak
19 mac 2018
Hospital raja Permaisuri Bainun, ipoh, Perak
20 mac 2018
Dato’ Sri Mohammad Mantekketua Setiausaha kPkT
Top 10 After Sales Performance Dealer (gold)
kementerian kesejahteraan Bandar
Perumahan Dan kerajaan Tempatan
29 mac 2018
8 januari 2018
Dato’ Sri jamil Salleh ketua Setiausaha kPDnkkkPDnkk Putrajaya
7 februari 2018
17JILID 2 | MAC - APR 2018
Mesyuarat
Mesyuarat Bersama Tuan Haji zainal Abidin Hussin Timbalan Setiausaha kerajaan Terengganu
Pusat servis WilayahBatu Caves
29 januari 2018
PDrM night run 2018Lawatan
Lawatan ke Loji Pengadun Minyak Pelincir Petronas
melaka lube Blending Plant
27 februari 2018
Dataran merdekakuala lumpur
17 mac 2018
ketua kawalan Penyenggaraan dan Pusat Servis DiiktirafHebat azali
ketua operasi rangkaianizharul Hafiz Zolkifli
Pengurus Cawangan, Sarawakmohd Herwan sairon
notis Pemberitahuan
kursus Pengurusan kenderaan bersama kementerian Pendidikan Malaysia
kursus Pengurusan kenderaan
kementerian Pendidikan malaysia Putrajaya
19 -20 februari 2018
Pelanggan yang dihormati,Berikut adalah pelantikan baharu untuk nama-nama berikut:
Penyerahan kereta kepada Pemenang Cabutan Bertuah
JILID 2 | MAC - APR 201818
2
LIbuR DestInAsI
1 Luncur udara ParagLiding di Kota Putera yang Bertaraf duniaIngin terbang seperti burung? Nah, di sinilah tempatnya. Aktiviti luncur udara memang popular di Kota Putera. Terletak di Bukit Keluang, anda boleh meluncur udara sambil menikmati keindahan persisiran pantai serta panorama indah di sekitar Bukit Bubus-Bukit Keluang selama 10 minit dengan harganya yang amat berpatutan.
2 rasai Ketenangan Hutan LiPur air terjun Lata BeLatanSatu lagi destinasi untuk pencinta alam semula jadi. Anda boleh rasakan sendiri ketenangan berada di kedinginan air terjun dan sungai
yang jernih tanpa batu-batuan. Selamat untuk anak-anak bermain air juga lengkap dengan kemudahan seperti gerai, tapak perkhemahan dan tandas.
3 snorKeLing di PuLau rHu Pantai BuKit KeLuangSnorkeling, menaiki Banana Bot dan mendaki Bukit Keluang,
semuanya boleh anda lakukan di sini. Bermula dengan pantai yang bersih dan air laut yang jernih, kaya dengan hidupan marin menjadikan aktiviti snorkeling tarikan utama pelancong. Di tepi pantai, terdapat sebuah bukit besar yang bukan sahaja melindungi pantai dari sinaran matahari pagi tetapi juga menjadi lokasi
TerengganuAktiviti BertArAf DuNiA ADA Di BeSut
Besut satu daerah di utara Terengganu bersempadan Kelantan yang memiliki keindahan dan
kehalusan pantai yang menghadap pulau-pulau yang terkenal di dunia serta kepelbagaian
hidupan marin yang popular. Juga merupakan pintu masuk utama ke Pulau Perhentian. Namun,
siapa sangka daerah kecil ini juga menawarkan pelbagai percutian berasaskan alam semula jadi
untuk seisi keluarga malah dengan aktiviti-aktiviti bertaraf dunia!
strategik untuk aktiviti mendaki. Anda pasti teruja melihat pemandangan indah terutama di awal pagi apabila berada di puncak.
4 niKmati Panorama indaH di air
Yang Menarik di Besut
1
19JILID 2 | MAC - APR 2018
PengInAPAnAnda boleh pilih dari
pelbagai kategori - dari yang bertaraf mewah, sederhana dan
rendah, selain tempat perkhemahan dengan kadar sewa antara RM50
hingga RM300 sehari.
3
65
terjun di Hutan LiPur Lata temBaKaHTerletak di dalam Hutan Simpan Pelagat dan tersedia kemudahan chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong penjalan kaki. Di sini anda dapat saksikan air terjun lima tingkat selain melakukan aktiviti seperti perkhemahan dan meneroka hutan simpan Pelagat. Di buka dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
5 singgaH BeLi iKan muraH & segar di jeti KomPLeKs PeriKanan LKim BesutTerletak di muara berdekatan dengan pekan Besut, jeti ini sangat meriah dengan
pemborong dan peruncit. Di sini anda boleh melihat sendiri kesegaran hasil tangkapan laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam. Malah, ianya sangat murah.
6 meniKmati KeHangatan air Panas La Hot sPringTerletak di Jerteh, pusat rekreasi Kolam Air Panas ini menyediakan kolam takungan air panas dan sejuk serta chalet selain persekitaran yang mendamaikan. Spa semula jadi di mana anda boleh melihat air panas yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam. Ia juga dikatakan berkhasiat untuk mengubati penyakit kulit.
7 meLawat masjid Kayu uLuL aLBaB seBerang jertiHMasjid ini dibina tanpa sebarang paku dengan struktur kayu yang luar biasa. Direka dan diukir oleh tukang kayu tempatan bernama Wan Mustafa Wan Su dan merupakan masjid pertama di Terengganu dibina mengikut konsep seni bina Melayu tradisional.
7
4
JILID 2 | MAC - APR 201820
Hasil kajian bersama sekumpulan pelajar dari Universiti Kyoto, Jepun dengan Fakulti Perubatan Universiti Malaya
mendapati penyegar udara tanpa jenama ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.
Kajian selama enam bulan itu merumuskan bahawa tahap pencemaran udara yang terdedah kepada produk
penyegar sedemikian adalah bertoksik.
bICARA sIhAt
murah Berbahaya
Awas! Haruman Penyegar udara
Lambakan penyegar udara murah serendah RM10 sudah lama dijual di pasaran dan ramai membelinya untuk diletakkan di dalam kereta mahupun rumah. Namun awas! Bersifat murah tetapi tidak selamat dan jika dihidu terlalu lama boleh menyebabkan gangguan saraf, sakit kepala dan dikhuatiri boleh menyebabkan kanser.
21JILID 2 | MAC - APR 2018
VOC membolehkan haruman itu meruap dengan cepat terutama dalam ruang tertutup dan jika terdedah dalam jangka masa yang lama secara berterusan, boleh meresap lalu terkumpul di dalam badan mengakibatkan penyakit dan kesan buruk yang tidak diingini. VOC yang bersifat wangi itu turut digunakan dalam penghasilan sabun, syampu dan cecair pembersih lantai.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Persekitaran dan Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mohd Hasni Jaafar pula berkata produk penyegar udara di pasaran turut mengandungi phthalate, iaitu sejenis bahan kimia yang lazim digunakan untuk melembutkan PVC. Phthalate dikategorikan sebagai bahan beracun jika melebihi piawaian dibenarkan kerana mampu memberi kesan sampingan terhadap sistem pembiakan serta pertumbuhan janin dalam kandungan.
Malah, hasil ujian dari sekumpulan pengguna di Malaysia mendapati enam produk penyegar udara yang biasa digunakan oleh orang ramai mengandungi empat bahan kimia berbahaya yang boleh mengganggu sistem endokrin. Empat bahan kimia tersebut iaitu toluena, benzena, formaldehid termasuk phthalate jika dihidu terlalu lama, boleh menjejaskan otak dan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit.
Penasihat kajian dan Pakar Toksikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Dr. Mustafa Ali Mohd menjelaskan keadaan itu berlaku kerana wujudnya bahan sintetik berbahaya dikenali sebagai sebatian organik mudah meruap atau ‘volatile organic compound’ (VOC).
Purata pemandu di Malaysia berada lebih kerap di dalam kereta dan dalam persekitaran yang terhad serta udara segar yang amat sedikit menjadikan bahan kimia ini lebih berbahaya. Justeru, mereka dinasihatkan supaya mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu lama dan jika boleh, pilihlah pengudaraan dan wangian semula jadi seperti yang diperbuat daripada daun pandan, serai dan arang kayu.
(Rencana dipetik dari akhbar The Star, Malay Mail dan Harian Metro)
JILID 2 | MAC - APR 201822
TayarBateri Hawa Dingin
Pembaikan Kemalangan
Khidmat Tunda
Tayar & Bateri
MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar
PILIhAn seRvIs AnDA
terengganu - inDaH Sari OtOMOBiL SDn BHD - kuaLa terengganu
WAkIL ServIS SAH ProTon eDArInDAH SArI oToMoBIL SDn BHDLot 941 Mukim Cabang TigaJalan Sultan Mohamad 21000 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel 09 623 3180Faks 09 624 4179juruteknik | 6 Orang Hoist | 6 Unit
keLantan - PuSat SerViS Dan aLat ganti PrOtOn eDar - kOta BHaru
PuSAT ServIS DAn ALAT gAnTI ProTon eDAr – koTA BHAruLot 249-253, Seksyen 25Langgar, Jalan Sultan Yahya Petra15200 Kota Bharu, Kelantan.Tel 09 743 5858Faks 09 744 1459 / 744 9442juruteknik | 16 Orang Hoist | 13 Unit
23JILID 2 | MAC - APR 2018
WAkIL ServIS SAH ProTon eDArWASILAH gLoBAL AuTo SDn BHDLot 5, No 3 & 4Simpang Jengka 1426400 Bandar Jengka, Pahang.Tel 09 466 1332Faks 09 466 1391juruteknik | 3 Orang Hoist | 2 Unit
TayarBateri Hawa Dingin
Pembaikan Kemalangan
Khidmat Tunda
Tayar & Bateri
MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar
PaHang - PuSat SerViS Dan aLat ganti PrOtOn eDar - teMerLOH
PuSAT ServIS DAn ALAT gAnTI ProTon eDAr - TeMerLoHLot 339 Jalan Kuantan28000 Temerloh, PahangTel 09 296 1810 Faks 09 296 3176juruteknik | 10 Orang Hoist | 8 Unit
PeLAnTIkAn BAru