pelan strategik ptg perlis
TRANSCRIPT
PELAN
STRATEGIK 2009 - 2015
JABATAN TANAH
& GALIAN PERLIS
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
2
KANDUNGAN
Prakata 4 Ringkasan Eksekutif 5 Latar Belakang 7 Visi, Misi Dan Moto 8 Punca Kuasa 9 Stakeholders, Pelanggan 10 Peranan 12 Nilai Bersama 13 Analisis Kekuatan, Kelemahan, 14 Peluang Dan Cabaran Jadual Analisis Swot 15 Objektif Strategik 16 Elemen Penentu Kejayaan 27 Kajian Semula Pelan Strategik 28 Penutup 30
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
3
Tuan Hj. Mohamad Daud bin Hj. Abdull Hamid
Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Perlis
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
4
Pengurusan tanah yang cekap dan berkesan menjadi faktor
yang membantu menjana ekonomi negara ke tahap pencapaian
negara maju. Jelas semua bentuk aktiviti manusia memerlukan
tanah. Maka, kegunaan tanah secara terancang amat penting
dalam menentukan pembangunan dilaksanakan secara lestari.
Namun begitu tanah tidak boleh digunakan secara sewenang-
wenangnya di mana kegunaannya perlu diimbangi dengan
keperluan penjagaan kualiti alam sekitar.
Perkhidmatan yang cekap, berkesan serta memenuhi kehendak
orang awam sangat diperlukan. Justeru itu, sistem penyampaian
perkhidmatan dalam pengurusan tanah yang komperehensif dan
efisyen berteraskan perundangan, polisi-polisi dan peraturan-
peraturan kegunaan tanah hendaklah tidak bercanggah dalam
pembentukan pelan strategik Jabatan Tanah dan Galian Negeri
Perlis bagi memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan
selaras dengan visi Perlis Maju 2015.
Tuan Hj. Mohamad Daud bin Hj. Abdull Hamid
Ogos 2009
Prakata
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
5
Pelan Strategik Jabatan Tanah dan Galian 2009–2015 ini merupakan
sebuah dokumen hala tuju Jabatan yang amat penting untuk
dijadikan garis panduan bagi mencapai visi dan misi yang telah
ditetapkan. Dokumen ini juga merupakan salah satu daripada usaha
Jabatan dalam mencipta dan membentuk hala tuju, budaya kerja dan
identitinya yang tersendiri. Hasrat Jabatan adalah untuk mewujudkan
pentadbiran tanah yang cemerlang menjelang 2015 melalui
pengurusan, pengawalan dan pentadbiran sumber tanah dengan
berkesan bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan berkualiti di
samping penggembelingan tenaga dan sumber secara efisien.
Objektif Strategik Jabatan yang dikenalpasti adalah seperti berikut:
Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi
meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan
Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-
nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi
Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah bagi
kemakmuran negeri
Ringkasan Eksekutif
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
6
Memaksimakan kutipan hasil negeri di samping mencari dan
menambah punca-punca hasil lain dari sumber tanah dan
galian.
Meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat melalui
tindakan-tindakan pelupusan tanah, penukaran jenis syarat
tanah, pengambilan balik tanah dan lain-lain perkhidmatan
selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
Untuk menjayakan objektif strategik yang dirancangkan, dokumen ini
telah menggariskan strategi-strategi dan pelan-pelan tindakan yang
berasaskan kepada fungsi-fungsi pentadbiran tanah itu sendiri dan
yang penting adalah pelan tindakan ini disediakan dalam bentuk
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk membolehkan tahap
pelaksanaannya dapat diukur dengan berkesan bagi merealisasikan
visi dan misi yang digariskan.
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
7
Jabatan Tanah dan Galian
Perlis pada asalnya terletak di
atas tapak yang kini terdapat
Jabatan Polis Cawangan Trafik.
Setelah bangunan dirobohkan,
Jabatan Tanah dan Galian
Perlis telah berpindah ke
bangunan baru yang pada
masa kini dijadikan pusat
pentadbiran kerajaan negeri.
Dalam tahun 1982 sekali lagi
Jabatan Tanah dan Galian
Perlis berpindah ke bangunan
Dato’ Mahmud Mat. Pada 15
April 1985 Jabatan Tanah dan
Galian Perlis dipindahkan ke
bangunan baru yang dikhaskan
untuk Jabatan di Jalan Penjara
iaitu bangunan yang ada
sekarang.
Struktur Organisasi Jabatan
dibahagikan kepada lapan (8)
unit utama iaitu Pentadbiran,
Pembangunan, Penguatkuasa,
Pendaftaran, Data & Hasil,
Pelupusan/Teknikal,Pesaka
dan Pengambilan Tanah yang
melaksanakan tugas masing-
masing bagi memastikan
kelancaran pentadbiran
Jabatan.
Latar Belakang
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
8
VISI
Pentadbiran Tanah Cemerlang Menjelang 2015
MISI Mengurus, Mengawal dan Mentadbir
Sumber Tanah Dengan Berkesan Bagi
Menjamin Perkhidmatan Yang Cekap dan Berkualiti
MOTO
Cekap, Cepat, Mudah dan Berkualiti
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
9
UNDANG-UNDANG
AKTA
ENAKMEN
KAEDAH
Perlembagaan Persekutuan
Kaedah Kuari
Kaedah/ Peraturan-Peraturan Tanah Negeri
Punca Kuasa
ARAHAN
Arahan Perbendaharaan
Surat Pekeliling Perbendaharaan
Pekeliling-Pekeliling
Arahan Perkhidmatan
Surat Pekeliling
Lain-Lain Arahan Berkaitan
Kanun Tanah Negara 1965
Akta Acara Kewangan 1957
Akta Penanam Padi
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
Akta Pesaka Kecil 1955
Akta Hakmilik Strata 1985
Akta Penempatan Berkelompok
Akta Pewakilan Kuasa 1949
Akta Setem 1949
Akta Amanah 1949
Lain-lain Akta Berkaitan
Tanah Rezab Melayu 1953
Enakmen Melombong
Enakmen Mineral
Enakmen Tanah Perlis
Enakmen Pengairan dan Saliran
Lain-lain Enakmen Berkaitan
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
10
Stakeholders bagi Jabatan Tanah dan Galian Perlis terdiri
daripada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha
Kementerian, Menteri Besar Perlis, Ahli-Ahli Majlis dan SUK
Negeri Perlis.
STAKEHOLDERS
MENTERI
BESAR
AHLI-AHLI
MAJLIS
SUK
KETUA SETIAUSAHA
NEGARA
Stakeholders
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
11
Pelanggan Jabatan Tanah dan Galian Perlis terdiri daripada
badan-badan kerajaan/ sektor awam, orang awam dan syarikat/
sektor swasta.
PELANGGAN
ORANG RAMAI
SEKTOR AWAM
SEKTOR SWASTA
Pelanggan
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
12
1) Menasihatkan Pihak Berkuasa Negeri di dalam semua aspek pentadbiran
tanah mengikut peruntukan undang-undang khususnya Undang-Undang
Tanah seperti:
Kanun Tanah Negara 1965
Akta Pengambilan Balik Tanah 1960
Akta Pembahagian Harta Pusaka Kecil 1955
Akta Penempatan Berkelompok 1960
Enakmen Lingkungan Simpanan Melayu 1353
Lain- lain Undang-Undang yang berkaitan
2) Membantu Pihak Berkuasa Negeri di dalam hal menentukan dasar-dasar
tanah dan galian di negeri selaras dengan kehendak dan Dasar Kerajaan.
3) Menentukan pentadbiran tanah Negeri Perlis dilaksanakan mengikut
kehendak undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan
Negeri berkenaan dengan dasar pemberian tanah dan lain-lain.
4) Menentukan hasil tanah dan galian dipungut dengan sistematik dan
berkesan.
5) Melaksanakan program pembangunan tanah yang dirancang melalui proses
pemberimilikan tanah, pengambilan tanah dan lain-lain.
6) Sebagai penjaga kepada hakmilik-hakmilik yang terdapat dalam negeri Perlis.
Peranan
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
13
1. KERJA BERPASUKAN
Berkhidmat dengan semangat kerjasama yang tinggi melalui
perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi
mencapai visi dan misi organisasi.
2. BERDAYA SAING
Sentiasa berinovatif, kreatif, proaktif dan responsif kepada
perkembangan semasa.
3. BERINTEGRITI
Sentiasa komited terhadap tanggungjawab yang diamanahkan
melalui pengalaman dan kemahiran.
4. ISTIQAMAH
Kerja-kerja dilaksanakan dengan berterusan dan tekun.
5. SINERGI
Produktiviti ditingkatkan ke tahap optimum dengan
meningkatkan kemahiran dan pengalaman.
Nilai Bersama
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
14
Weaknesses Kelemahan
Opportunities Peluang
Threats Cabaran
W
O
T
S
Strength
Kekuatan
Teori Analisis Kekuatan, Kelemahan,
Peluang dan Cabaran (SWOT) adalah
sebuah teori yang digunakan untuk
merencana dan menganalisis
persekitaran secara menyeluruh.
SWOT adalah singkatan dari,
STRENGHT atau Kekuatan,
WEAKNESS atau Kelemahan,
OPPORTUNITY atau Kesempatan,
dan THREAT atau Cabaran. SWOT
digunakan untuk menganalisis
keadaan dimana strategi akan
dirancang bagi mengekspoitasi
kekuatan dan menggunakan peluang
yang ada disamping menangani
ancaman dan cabaran yang dihadapi.
Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
15
DALAMAN
LUARA
N
Pentadbiran Tanah di bawah 1 bumbung.
Anggota perkhidmatan yang mencukupi.
Sistem pentadbiran tanah berkomputer cth: SPTB, SPHT, e-consent dan sebagainya.
Tatacara perundangan yang jelas sebagai garis panduan.
Kelengkapan ICT yang kurang mencukupi
Pertukaran pegawai yang berpengalaman
Kewangan yang terhad
Sikap kakitangan
Kestabilan politik
Penguatkuasaan bersepadu
Kerenah pelanggan yang pelbagai
Kurang pengetahuan dan penggunaan ICT khususnya di kalangan penduduk luar bandar
Persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan
Urusan pentadbiran tanah yang banyak.
Jadual Analisis SWOT
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
16
Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi
meningkatkan kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan
Memperkasakan tadbir urus organisasi dan
pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan
organisasi
Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah
bagi kemakmuran negeri
Memaksimakan kutipan hasil negeri di samping mencari
dan menambah punca-punca hasil lain dari sumber
tanah dan galian.
Meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat
melalui tindakan-tindakan pelupusan tanah, penukaran
jenis syarat tanah, pengambilan balik tanah dan lain-lain
perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.
Objektif Strategik
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
17
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
1) Memantapkan
pembangunan
organisasi
a) Memperkukuhkan
struktur dan Skim
Perkhidmatan
organisasi
Semua
kekosongan
penjawatan diisi
2010
2) Menetapkan
hala tuju
strategik
pengurusan
sistem manusia
a) Membangunkan
Pelan Komprehensif
Pengurusan Sumber
Manusia
b) Memantapkan
pengurusan
pengetahuan dan
maklumat (K-
Management)
Pelan
Komprehensif
Sumber Manusia
Tahap
Kompetensi
Pekerja
Pangkalan data
K-Management
2010
Tahap
kompetensi
pekerja yang
melebihi 75 %
setiap tahun
Pangkalan data
yang lengkap dan
dikemaskini pada
tahun 2010
Memantapkan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan ______________________________________________________
Objektif Strategik 1
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
18
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
3) Mewujudkan
persekitaran
kerja yang
kondusif
a) Memanfaat dan
mengoptimumkan
penggunaan
teknologi dalam
penyampaian
perkhidmatan
b) Mempertingkatkan
jalinan hubungan
antara pihak
pengurusan dan
pekerja
c) Meningkatkan
kemudahan dan
fasiliti jabatan
Tahap kepuasan
pekerja
Tahap kepuasan
melebihi 70 %
setiap tahun
4)Mempertingkatkan
dan memperkasa
imej organisasi
a) Membangunkan
Pelan Transformasi
Jabatan
b) Membangunkan
Pelan Media dan
promosi
Pelan
Transformasi
Jabatan
diwujudkan
Pelan Media dan
Promosi
diwujudkan
Pelan
Transformasi
yang menyeluruh
pada tahun 2010
Pelan Media dan
Promosi yang
menyeluruh pada
tahun 2010
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
19
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
c) Mempertingkat dan
memudahkan
capaian pelanggan
Indeks Persepsi
Pelanggan
80 % pelanggan
berpandangan
positif terhadap
Jabatan pada
tahun 2010
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
20
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
1)Mempertingkatkan
keberkesanan
penguatkuasaan
a) Mewujudkan kod
etika dan amalan
terbaik
pernguatkuasaan
b) Melaksanakan
tindakan
penguatkuasaan
secara bersepadu
c) Mempertingkatkan
kemahiran dan
keupayaan
anggota
penguatkuasa
Kod etika dan
amalan terbaik
Mengurangkan
bilangan aduan
Jumlah kes
yang disabitkan
2010
Penurunan kes
pelanggaran
sebanyak 5 %
setiap tahun
Peningkatan
jumlah kes yang
dapat disabitkan
sebanyaki 5 %
setiap tahun
2) Memperkasakan
tadbir urus
a) Meningkatkan
kecekapan
pengurusan
kawalan dalaman
Indeks
Akauntabiliti
(Audit Negara)
Teguran audit
dikurangkan
sebanyak 5%
setahun
Memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni ke arah kecemerlangan organisasi ______________________________________________________
Objektif Strategik 2
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
21
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
b) Mewujudkan pelan
integriti dan kod
etika organsasi
c) Mempertingkatkan
penerapan dan
penghayatan nilai-
nilai murni
Indeks
Persepsi
Pelanggan
Bilangan kes
tatatertib
Bilangan
program
penerapan dan
penghayatan
nilai-nilai murni
80 % pelanggan
berpandangan
positif terhadap
Jabatan
menjelang 2010
Penurunan kes
tatatertib
sebanyak 20 %
setahun
7 program
disertai setiap
tahun
3) Memantapkan
sistem dan
prosedur kerja
a) Menyemak
pemakaian dan
keberkesanan
peraturan sediada
b) Memperkasa dan
menambah baik
sistem dan
prosedur kerja
Pematuhan
kepada
peraturan
Manual
Prosedur Kerja
(MPK)
Fail Meja (FM)
Mengurangkan
teguran audit
sebanyak 5%
setahun pada
tahun 2010
Kajian semula
MPK setiap dua
(2) tahun
Kajian semula
FM setiap tahun
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
22
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
4) Memantapkan
pengurusan
kewangan
a) Mengoptimumkan
kos operasi
organisasi
b) Mengamalkan
perbelanjaan
berhemah
Prestasi
perbelanjaan
Jumlah penjimatan
Peruntukan
perbelanjaan
dibelanjakan
sepenuhnya
mengikut
keperluan
Peningkatan 5%
penjimatan pada
setiap tahun
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
23
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
1)Mempertingkatkan
kecekapan
pentadbiran tanah
a) Membangunkan
pangkalan data
pengurusan tanah
b) Memperkemaskan
pengurusan
pendaftaran dan
rekod tanah
Pengkalan data
Tahap
Kepuasan
Pelanggan
Pengkalan data
diselenggara
dengan
komprehensif
menjelang 2010
Tahap kepuasan
pelanggan
melebihi 80 %
setiap tahun
2) Memperkasakan
pembangunan
tanah
a) Mengoptimumkan
pembangunan guna
tanah berdasarkan
zonning
b) Menggalakkan
pembangunan
kawasan
perumahan dan
penempatan baru
Bilangan guna
tanah
Bilangan kawasan
perumahan dan
penempatan baru
Peningkatan
guna tanah
mengikut zon
sebanyak 5%
pada tahun 2010
Peningkatan
kawasan
perumahan dan
penempatan
baru sebanyak
5% pada tahun
2010
Memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah bagi kemakmuran negeri __________________________________________________________
Objektif Strategik 3
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
24
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
1)Memantapkan
keupayaan
kutipan hasil
a) Mempelbagaikan
kaedah kutipan dan
saluran
pembayaran hasil
b) Meningkatkan
kecekapan sistem
pemantauan
kutipan hasil
c) Meningkatkan
keberkesanan
kutipan hasil
tertunggak
E-payment
Pembayaran
melalui kaunter
di Bank/PBT
Integrasi SPTB
dan SPHT
Jumlah kutipan
hasil tertunggak
2009
2010
2010
Penurunan
tunggakan
sebanyak
30% pada
tahun 2009
80%
tunggakan
dikutip pada
tahun 2012
Objektif Strategik 4 Memaksimakan kutipan hasil negeri di samping mencari dan
menambah punca-punca hasil lain dari sumber tanah dan galian.
______________________________________________________
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
25
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
2) Memperkasakan
pengurusan
sumber hasil
Mengenalpasti
hasil baru yang
berpotensi
Menyemak kadar
hasil sediada
Bilangan
sumber/hasil baru
yang dikenalpasti
Bilangan semakan
kadar hasil
Peningkatan
hasil sebanyak
5% setahun
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
26
STRATEGI PROGRAM INDIKATOR
SASARAN/
TAHUN
SASARAN
1)Mempertingkatkan
keupayaan
perkhidmatan
a) Mempelbagaikan
kursus kemahiran
tanah
b) Mewujudkan
program khas
pemberimilikan
tanah
Peningkatan
kemahiran
kakitangan
Program khas
pemberimilikan
tanah diwujudkan
Tahap kepuasan
pelanggan
melebihi 80%
setiap tahun
2009
Objektif Strategik 5 Meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi rakyat melalui tindakan-
tindakan pelupusan tanah, penukaran jenis syarat tanah, pengambilan
balik tanah dan lain-lain perkhidmatan selaras dengan dasar-dasar
kerajaan.
______________________________________________________
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
27
KAPASITI ORGANISASI
Kapasiti organisasi Jabatan Tanah
dan Galian Perlis akan
diperkukuhkan agar dapat
melaksanakan rancangan dan
matlamat strategik yang ditetapkan.
Dengan kapasiti organisasi yang
kukuh dan mantap akan dapat
merealisasikan pelaksanaan tugasan
dengan lebih fleksibel.
PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Peningkatan ilmu dan kepakaran
modal insan akan diberikan
tumpuan melalui program
pembangunan kompetensi yang
sesuai dalam pelbagai bidang kritikal
dan strategik. Ini termasuk
perancangan strategik, pengurusan
prestasi serta perancangan dan
pengurusan ICT. Pengurusan
pembangunan kerjaya akan turut
dilaksanakan bagi meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan kerja.
PEMANTAPAN NILAI DALAM
SOSIO BUDAYA ORGANISASI
Jabatan Tanah dan Galian negeri
Perlis memastikan semua
kakitangan mempunyai pegangan
nilai yang utuh dan jati diri
mantapmelalui pembangunan modal
insan agar tidak terpengaruh dengan
unsur-unsur negatif yang memberi
kesan kepada pembangunan
jabatan, negeri dan negara.
PENGURUSAN ILMU
(KNOWLEDGE MANAGEMENT)
Ilmu, pengalaman dan amalan
terbaik berkaitan pemodenan
pentadbiran serta sistem
penyampaian perkhidmatan akan
dikongsi dan ditambah nilai melalui
penggunaan sistem Pengurusan
Ilmu atau Knowledge Management
(KM). Penggunaan optimum KM
akan memastikan penggunaan
sumber ilmu secara berkesan dalam
mencapai objektif strategik Jabatan
Tanah dan Galian Perlis.
Elemen Penentu Kejayaan Kejayaan Jabatan Tanah dan Galian Perlis untuk mencapai visi, misi dan
misinya bergantung kepada beberapa elemen berikut:
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
28
Kajian Semula Pelan Strategik Jabatan Tanah dan Galian Negeri
Perlis akan dijalankan pada tahun 2011 untuk menentukan
keberkesanan pelaksanaan teras strategik dan tahap penyampaian
sasaran prestasi yang ditetapkan . Kajian semula tersebut akan turut
mengambil kira senario baru perubahan persekitaran dan tumpuan
strategik Jabatan Tanah dan Galian Negeri Perlis.
Kajian Semula Pelan Strategik
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
29
Selepas perancangan strategik ini
dilaksanakan dan berakhir pada
tahun 2015, peranan Jabatan Tanah
dan Galian Negeri Perlis diharap
akan lebih menyerlah dalam aspek
pengurusan dan pentadbiran tanah
selaras dengan peranan Jabatan ini
sebagai perlaksana dan penasihat
kerajaan negeri berkaitan dasar
pembangunan tanah di Negeri
Perlis. Oleh kerana agenda
pembangunan dan pengurusan
tanah yang berkesan adalah agenda
yang berterusan, maka perancangan
strategik 5 tahun bukanlah suatu
tempoh yang secukupnya untuk
mengukur pencapaian secara
holistik.
Namun begitu perancangan ini akan
diteruskan lagi untuk memantapkan
lagi transformasi pengurusan dan
pentadbiran tanah Jabatan Tanah
dan Galian Negeri Perlis
berdasarkan kepada kehendak dan
keperluan semasa. Selepas 2015,
Jabatan Tanah dan Galian Negeri
Perlis akan mencapai ke tahap
seperti berikut:-
Jabatan Tanah dan Galian Perlis Selepas 2015
1) Sistem pentadbiran tanah
berkomputer diaplikasi sepenuhnya
bagi kemudahan pelanggan.
2) Sistem pemantauan dan
penguatkuasaan yang
komprehensif dan berkesan bagi
meningkatkan lagi hasil negeri.
3) Modal insan yang kreatif, inovatif
dan mempunyai sahsiah yang
unggul dihasilkan.
4) Pertumbuhan hasil kerajaan melalui
hasil sediada dan baru yang
ditambahbaik dan dikenalpasti.
PELAN STRATEGIK 2009-2015 JABATAN TANAH DAN GALIAN PERLIS
30
Pelan Strategik Jabatan Tanah dan Galian Perlis 2009 – 2015
merupakan satu usaha penambahbaikan mekanisma pelaksanaan,
penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang
dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Selain itu, pelan strategik ini dapat dijadikan sebagai rangka kerja
kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta
meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi
yang ditetapkan.
Kesimpulannya, Pelan Strategik ini diharap dapat menambahbaik
tadbir urus Jabatan dan seterusnya memacu Jabatan ke arah
pentadbiran tanah yang cemerlang bagi menjamin perkhidmatan
yang cekap dan berkualiti.
Penutup