pelan strategik ilkap 2015-2020

48

Upload: vudien

Post on 21-Jan-2017

288 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020
Page 2: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

“Your life is your message to the world. Make sure it’s inspiring.”

Page 3: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

iii

KANDUNGAN

Kata-kata Aluan Ketua Pengarah ILKAP 1

Bab 1 - Pendahuluan 3 i. Ringkasan Eksekutif ii. Latar Belakang Agensi iii. Carta Organisasi iv. Fungsi dan Peranan Agensi v. Punca Kuasa

Bab 2 - Cabaran Persekitaran 7 i. Stakeholders dan Pelanggan Agensi ii. Cabaran-cabaran Strategik Berdasarkan Analisa Persekitaran

Bab 3 - Hala Tuju Strategik 10 i. Visi ii. Misi iii. Moto / Slogan iv. Nilai-nilai Bersama

Bab 4 - Strategik dan Formulasi Tindakan 12 i. Teras Strategik ii. Pelan Tindakan a. Strategi-strategi b. Program c. Indikator d. Sasaran dan Tahun Sasaran

Bab 5 - Implementasi Ke Arah Kejayaan 16 i. Mekanisme Pelaksanaan ii. Elemen Penentu Kejayaan iii. Langkah Ke Hadapan

Bab 6- Penutup 21

Page 4: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

1

KATA-KATA ALUAN KETUA PENGARAH ILKAP

Menyedari hakikat pentingnya pembangunan modal insan dan keperluan pelan strategik untuk mendepani cabaran masa hadapan maka Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) beriltizam untuk mengorak langkah dengan lebih yakin dan agresif bagi merealisasikan aspirasi ILKAP sebagai penyedia latihan terkemuka.

Pelan ini merupakan komitmen ILKAP sebagai sokongan untuk memartabatkansistem keadilan negara. Sebagai kesinambungan untuk mencapai kecemerlangan ini, ILKAP menyasarkan bukan sahaja untuk kekal sebagai penyedia latihan terkemuka dalam negara tetapi juga untuk menembusi peringkat serantau dan antarabangsa bagi meneruskan pelaksanaan teras utamanya iaitu menyediakan latihan secara sistematik, praktikal dan relevan kepada pelanggan dan ‘stakeholders’ selain terus menjadi penyedia latihan yang unggul bagi sektor kehakiman dan perundangan di Malaysia. Berdasarkan Pelan ini, visi ILKAP telah dijajarkan semula sebagai “Peneraju Kecemerlangan Pembangunan Modal Insan Dalam Bidang Kehakiman dan Perundangan Yang Terkemuka Menjelang Tahun 2020”. Pelan Strategik ILKAP 2015 - 2020 ini telah digubal selaras dengan dasar dan aspirasi negara demi keutuhan sistem keadilan nasional. Ia mengambil kira wawasan dan cabaran yang perlu dihadapi mengikut peredaran semasa. Ia menitikberatkan tanggungjawab yang perlu digalas serta tindakan-tindakan strategik yang perlu diambil bagi memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan Pegawai Kehakiman dan Perundangan serta Pegawai Penguat kuasa sentiasa dipertingkatkan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan kompeten dan berintegriti.

Sesungguhnya kejayaan sesebuah organisasi memerlukan semangat kerja berpasukan yang jitu serta fokus kepada aspirasi organisasi. Saya menyeru seluruh warga ILKAP untuk terus memberi komitmen dan mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran baharu demi mengangkat perkhidmatan organisasikita ke peringkat yang lebih tinggi supaya mampu berdaya saing.

Saya berharap agar Pelan Strategik ILKAP 2015 - 2020 ini dapat difahami dengan jelas supaya hala tuju organisasi kita dapat dihayati dan direalisasikan olehsemua pelaksana.

Terima kasih.

LEE LAY CHOO

Ketua PengarahInstitut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP)Jabatan Perdana Menteri Malaysia

Page 5: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

1

Bab

Pendahuluani. Ringkasan Eksekutifii. Latar Belakang Agensiiii. Carta Organisasiiv. Fungsi dan Peranan Agensiv. Punca Kuasa

Page 6: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab 1: Pendahuluan

i. Ringkasan Eksekutif

Latihan perundangan yang konsisten dan progresif adalah penting bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan demi memartabatkan sistem keadilan negara. Pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan dan pegawai penguat kuasa perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan yang menyeluruh, diberikan pendedahan praktikal dan pemahaman yang mendalam. Semasa menjalankan tugas harian, pegawai-pegawai hendaklah berusaha untuk memajukan diri bagi memperoleh pencapaian ini. Untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang pelbagai, maka adalah perlu pegawai-pegawai ini diberikan peluang untuk menjalani latihan secara sistematik. Berdasarkan perspektif ini, Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu pegawai-pegawai supaya dapat meningkatkan kecekapan dan kompetensi mereka. Inisiatif ini termasuk menyediakan kursus untuk pegawai-pegawai muda apabila memulakan tugas di tempat baharu atau memegang jawatan baharu dan juga mengadakan kursus secara khusus dalam bidang tugas tertentu yang bertujuan untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan meningkatkan kepakaran sedia ada.

ILKAP turut mengadakan kursus yang berimpak tinggi bertujuan untuk memprovokasi pemikiran kritis dan konstruktif di samping menggalakkan cetusan idea-idea baharu untuk memperbaiki kualiti penyampaian perkhidmatan di sektor awam supaya selari dengan prinsip perundangan dan dasar kerajaan. Perubahan dan penambahbaikan kepada penyampaian perkhidmatan awam adalah tindakan yang perlu dilaksanakan. Berdepan dengan cabaran masa kini dan arus perubahan perundangan semasa, ILKAP hendaklah bersedia dan mampu berdaya saing untuk menerima perubahan supaya dapat bertindak balas secara berkesan kepada setiap perubahan ini. Perkara yang paling utama ialah pegawai-pegawai kehakiman dan perundangan serta penguat kuasa perlu menjalankan tugasan dengan bertanggungjawab demi menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Pelan Strategik ini memberikan gambaran menyeluruh kepada peranan dan fungsi ILKAP dan menggariskan objektif dan strategi untuk memenuhi tanggungjawab ini. Ia juga menyediakan rangka kerja untuk ILKAP beroperasi dan melaksanakan tugas-tugas demi mencapai visi dan misinya.Tiga (3) objektif telah dikenal pasti dalam Pelan Strategik seperti berikut:

(a) Memperkasakan penyampaian perkhidmatan latihan bagi pembangunan modal insan; (b) Memantapkan penyelidikan dalam bidang perundangan bagi memastikan keberkesanan latihan dalam pembangunan modal insan; dan (c) Mengukuhkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampai perkhidmatan.

3

Page 7: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bagi merealisasikan setiap objektif strategik yang dikenal pasti, Pelan Tindakan telah dirangka secara khusus dan Petunjuk Prestasi Utama diambil kira sebagai pengukur keberkesanannya.

Usaha untuk pemantauan dan penilaian juga akan dibuat dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa Pelan Strategik kekal relevan dan menggambarkan perubahan-perubahan yang menjadi keutamaan strategi kepada dasar negara.

ii. Latar Belakang Agensi

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Ditubuhkan lebih dua dekad yang lalu berdasarkan Keputusan Jemaah Menteri pada 18 Mac 1992. ILKAP mula beroperasi pada 23 Disember 1993 di pejabat Kementerian Undang-Undang. Pada bulan Julai 1994, ILKAP berpindah ke Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur sehinggalah ia berpindah ke kampus tetap di Bandar Baru Bangi, Selangor pada September 2003.

Lembaga Pengurusan ILKAP merupakan badan mentadbir dan bertanggung- jawab menetapkan matlamat jangka panjang dan penggubalan dasar-dasar termasuk pengawalan program-program ILKAP manakala Ketua Pengarah ILKAP menyelia rutin harian pentadbiran ILKAP. Ketua Setiausaha Negara merupakan Pengerusi Lembaga Pengurusan ILKAP bersama-sama dengan ahli-ahli lain yang terdiri daripada Peguam Negara Malaysia, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang - Undang, Jabatan Perdana Menteri, seorang Peguam bela dan Peguam cara yang dilantik dan seorang Dekan Fakulti Undang-Undang dari Universiti Tempatan. Ketua Pengarah ILKAP bertindak sebagai Setiausaha kepada Lembaga Pengurusan.

ILKAP telah dianugerahkan MS ISO 9001:2008 pada 19 Mac 2010 oleh Llyod’s Register Quality Assurance (LRQA) di mana skop pelaksanaan sistem kualitinya adalah merangkumi Proses Pengendalian Program Latihan Kehakiman dan Perundangan di ILKAP yang bersijil.

Selaras dengan misinya, ILKAP memberi keutamaan latihan kepada Pegawai Kehakiman dan Perundangan, namun latihan juga dibuka untuk penyertaan pegawai dan kakitangan daripada kementerian, jabatan kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Bermula 2010, ILKAP telah membuka penyertaan latihannya kepada sektor swasta bagi kursus-kursus yang tertentu sahaja.

4

Page 8: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

iii. Carta Organisasi

iv. Peranan dan Fungsi Agensi

(a) Merancang dan mengendalikan program latihan, kolokium, seminar dan bengkel dalam bidang kehakiman dan perundangan;

(b) Menjalankan kajian yang berkaitan dengan keperluan latihan dan analisa impak kepada organisasi dan pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat di dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang; dan

(c) Menjalankan kajian dan penerbitan berkaitan dengan perkembangan bidang kehakiman dan perundangan semasa.

v. Punca Kuasa

• KertasJemaahMenteri(MemorandumNo.357/1879/93); • AktaFungsi-FungsiMenteri1969[Akta2]; • KeputusanMesyuaratLembagaPengurusanILKAP;dan • Seksyen15(3)AktaTatacaraKewangan1957[Akta61].

5

Page 9: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab

Cabaran Persekitaran

i. Pihak Berkepentingan (Stakeholders) dan Pelanggan Agensiii. Cabaran-Cabaran Strategik Berdasarkan Analisa Persekitaran

Page 10: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab 2: Cabaran Persekitaran

i. Pihak Berkepentingan (Stakeholders) dan Pelanggan Agensi

(a) Stakeholders • YABPerdanaMenteri; • YBMenteridiJabatanPerdanaMenteri; • KetuaSetiausahaNegara; • AhliLembagaPengurusanILKAP; • PeguamNegaradanPengurusanTertinggiJabatanPeguam Negara; dan • KetuaPendaftarMahkamahPersekutuan.

(b) Pelanggan • PegawaiPerkhidmatanKehakimandanPerundangan; • AgensiPenguatkuasaan; • InstitusiPengajianTinggiAwamdanSwasta; • SektorSwasta;dan • PesertaLuarNegara.

ii. Isu-isu / Cabaran-Cabaran Strategik Berdasarkan Analisa Persekitaran

(a) Penyampaian Perkhidmatan Teras

Sebagai satu-satunya institusi yang menyediakan latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan di Malaysia yang berdepan dengan cabaran isu-isu global berkaitan kehakiman dan perundangan, ILKAP perlu menyediakan kursus-kursus relevan, berkualiti dan terkini. Justeru itu, ILKAP bertanggungjawab untuk memantapkan kurikulum latihan, memastikan pemilihan penceramah yang berkualiti dan berstatus pakar, mewujudkan kolaborasi dengan rakan-rakan strategik serta memastikan kemudahan dan prasarana ILKAP memenuhi keperluan latihan. Di samping itu, ILKAP juga perlu memantapkan kebolehan penyelidikan perundangannya bagi memastikan keberkesanan latihan dalam pembangunan modal insan.

Objektif Strategik

• Memperkasakan pengurusan dan penyampaian latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran;

• Mempertingkatkan penyelidikan berkaitan bidang kehakiman dan perundangan dan isu global bagi memantapkan program latihan; dan

• Menyediakan serta mengemaskini sumber ilmu yang sedia ada bagi memastikan sumber terkini dan bermutu dalam usaha untuk merangka, memantapkan dan mengemas kini kurikulum latihan.

7

Page 11: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

(b) Keupayaan dan Kapasiti Organisasi

Bagi menyahut cabaran untuk menjadi sebuah institusi latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang terkemuka menjelang tahun 2020, keperluan guna tenaga dan sumber sedia ada perlulah dioptimumkan bagi menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti, cekap, teratur dan berkesan.

Objektif Strategik

• Mengukuhkantadbirurusorganisasibagimeningkatkankecekapan dan keberkesanan sistem penyampai perkhidmatan.

8

Page 12: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab

Hala Tuju Strategik

i. Visiii. Misiiii. Moto / Sloganiv. Nilai-Nilai Bersama

Page 13: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

i. Visiii. Misiiii. Moto / Sloganiv. Nilai-Nilai Bersama

Bab 3: Hala Tuju Strategik i. Visi Peneraju kecemerlangan pembangunan modal insan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang terkemuka menjelang tahun 2020.

ii. Misi Peningkatan pengetahuan, kompetensi dan profesionalisme pegawai kehakiman dan perundangan serta pegawai penguat kuasa undang-undang dengan menyediakan latihan yang relevan, berkualiti dan berkesan.

iii. Moto / Slogan Teman Pembelajaran Anda (Your Partner In Learning)

iv. Nilai-Nilai Bersama S - Suka (Fun) A - Agresif (Aggressive) T - Terancang (Well-Planned) U - Unggul (Outstanding)

10

Page 14: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

10

Bab

Strategik dan Formulasi Tindakan

i. Teras Strategikii. Pelan Tindakan a. Strategi-Strategi b. Program c. Indikator d. Sasaran dan Tahun Sasaran

Page 15: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

i. Teras Strategikii. Pelan Tindakan a. Strategi-Strategi b. Program c. Indikator d. Sasaran dan Tahun Sasaran

Bab 4: Strategik dan Formulasi Tindakan

i. Teras Strategik

(a) Memperkasakan penyampaian perkhidmatan latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan bagi pembangunan modal insan;

(b) Memantapkan penyelidikan dalam bidang kehakiman dan perundangan bagi memastikan keberkesanan latihan dalam pembangunan modal insan; dan

(c) Mengukuhkan tadbir urus bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

ii. Pelan Tindakan

Teras Strategik 1 : Memperkasakan penyampaian perkhidmatan latihan bagi pembangunan modal insan

STRATEGI PROGRAM INDIKATOR SASA-

RAN (KUANTITI/ KUALITI)

SASARAN (BILANGAN / PERATUSAN)

TAHUN/ TEMPOH

SASARAN

Memantapkan kurikulum latihan kehakiman dan perundangan

1. Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti kurikulum latihan

Peratusan peserta kur-sus memberi skor purata 5.5keatasdaripada7.0(skor penuh)

90% daripada jum-lah peserta kursus

2015 – 2020

2. Tahap penyertaan dari dalam dan luar negara.

Peratusan kursus ILKAP yang disertai oleh peser-ta swasta dari dalam/luar negara

25% daripada jumlah kursus 2015 – 2020

Memastikan kualiti penceramah me-menuhi piawaian yang ditetapkan

1. Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti penceramah

Peratusan peserta kur-sus memberi skor purata 5.0keatasdaripada7.0(skor penuh)

90% daripada jum-lah peserta kursus 2015 – 2020

Mengadakan kolaborasi de- ngan rakan-rakan strategik

1. Perolehan pengikti-rafan dari dalam/luar negara bagi kursus-kursus yang dijalankan di ILKAP

Peratusan kursus ILKAP yang memperoleh pengiktirafan dari dalam/luar negara

10% daripada jumlah kursus 2015 – 2020

12

Page 16: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Teras Strategik 2 : Memantapkan penyelidikan dalam bidang kehakiman dan perundangan bagi memastikan keberkesanan latihan dalam pembangunan modal insan

Teras Strategik 3 : Mengukuhkan tadbir urus organisasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan

STRATEGI PROGRAM INDIKATOR SASARAN

(KUANTITI/ KUALITI)

SASARAN (BILANGAN / PERATUSAN)

TAHUN/ TEMPOH

SASARAN

Merekayasa dan memantapkan penyelidikan dalam bidang kehakiman dan perundangan

1. Penerbitan hasil penyelidikan yang berkualiti secara berkala

Bilangan penerbitan yang menjadi rujukan

6penerbitansetiap tahun

2015 – 2020

2. Repositori prosiding dan bahan kursus

Peratusan repositori prosiding

Mencapai minima 85% daripada sasaran tahunan

Peratusan pembangunan/penambahbaikan bahan kursus

Mencapai minima 85% daripada sasaran tahunan

STRATEGI PROGRAM INDIKATOR SASARAN

(KUANTITI/ KUALITI)

SASARAN (BILANGAN / PERATUSAN)

TAHUN/ TEMPOH

SASARAN

Memantapkan keupayaan kapasiti orga- nisasi

1. Penyampaian perkhidmatan sokongan yang berkualiti

Tahap kepuasan pelanggan berkaitan kemudahan kursus

Pencapaian skor minimum 4.5 daripada7.0(skorpenuh)

2015 – 2020

2. Pengurusan Kewangan yang cekap dan berkesan

Laporan Audit Teguran sifar setiap tahun 2015 – 2020

3. Perkhidmatan pusat sum-ber maklumat perundangan yang memenuhi keperluan pelanggan

Tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan pusat sumber

Pencapaian skor minimum 5.0 daripa-da7.0(skorpenuh)

2015 – 2020

4. Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan

1. Pelaksanaan pelan pemban-gunan sumber manusia yang komprehensif

•Pembangunanpelan strategik sum-ber manusia ILKAP

2015

•20%pelaksanaansetiap tahun 2016–2020

13

Page 17: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Memantapkan sistem dan prosedur kerja

1. Penggunaan ICT yang op-timum dalam penyampaian perkhidmatan

1. Tahap kepuasan warga

80% daripada warga ILKAP memberi skor purata 5.0 daripada 7.0(skorpenuh)

2015 - 20202. Perekayasaan

sistem dan prosedur kerja

3. Kod etika organisasi yang mantap

Mewujudkan persekitaran kerja yang kon-dusif

1. Jalinan hubu-ngan pihak pengurusan dan pekerja yang mesra dan erat 1.Tahap kegembiraan bekerja

(happiness index)

80 daripada warga ILKAP memberi skor purata 5.0 daripada 7.0(skorpenuh)

2015 - 20202. Kemudahan

dan prasarana pejabat yang memuaskan

Memastikan kemudahan dan prasarana memenuhi keper-luan latihan

Tahap kepuasan pelanggan terha-dap kemudahan kursus

Peratusan peserta kursus memberi skor purata 5.0 ke atas daripada7.0(skorpenuh)

80% daripada jumlah peserta kursus 2015 – 2020

14

Page 18: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

14

Bab

Implementasi Ke Arah Kejayaan

i. Mekanisme Pelaksanaanii. Elemen Penentu Kejayaaniii. Langkah Ke Hadapan

Page 19: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab 5: Implementasi Ke Arah Kejayaan

i. Mekanisme Pelaksanaan

Pelan Strategik ILKAP 2015 - 2020 menetapkan mekanisme dan garis panduan bagi ILKAP untuk mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan. Bagi memastikan pelaksanaan yang lebih berkesan untuk mencapai apa yang dirancang berdasarkan teras strategik dan pelan tindakan ILKAP, maka pemantauan berterusan serta kajian semula pelaksanaan perlu dibuat dari semasa ke semasa. Justeru itu untuk tujuan pemantauan maka dua (2) jawatankuasa diwujud- kan iaitu:

(a) Jawatankuasa Pengurusan Strategik (JPS); dan (b) Jawatankuasa Kerja Pengurusan Strategik (JKPS).

JPS berperanan sebagai pemantau utama dan membuat penilaian serta mengkaji semula Pelan Strategik ILKAP secara keseluruhannya. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ILKAP dan ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua-ketua Bahagian di mana Pasukan Pelan Strategik (PPS) yang diketuai bersama oleh Pengarah Program Litigasi dan Timbalan Pendaftar, Seksyen Kewangan, Pentadbiran dan Perkhidmatan sebagai Urusetia. Jawatankuasa iniakanbermesyuaratdengankekerapansetiapenam (6)bulansekali. Secara ringkasnya keanggotaan JPS adalah seperti berikut:

Jawatan KeahlianPengerusi Ketua Pengarah ILKAPSetiausaha Pasukan Pelan Strategik (PPS)

Ahli Semua Ketua Bahagian

Fungsi Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

• MemastikansetiapBahagianmembangunkanSasaranKerjaTahunan (SKT) Bahagian sejajar dengan Pelan Strategik;

• Membangunkanpelanoperasiataujadualpelaksanaanyangterperinci terhadap setiap strategi dan program;

• Menyelesaikanisu-isudasaryangmenyentuhpelaksanaanPelan Strategik ILKAP; dan

• MenjalankankajiansemulakeatasPelanStrategikILKAP.

16

Page 20: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Teras strategi dan pelan tindakan akan dipantau dan dikaji semula secara berterusan berdasarkan jadual berikut:

BIL PERKARA TARIKH CADANGAN

1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strate-gik ILKAP Setiapenam(6)bulan

2. Penilaian Pencapaian Pelan Strategik ILKAP Setiap tahun

3. Penilaian Keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik ILKAP 2017

JKPS pula bertindak memantau pelaksanaan dan pencapaian di peringkat Bahagian. Ia dipengerusikan oleh-

(a) Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Latihan) untuk JKPS Latihan; (b) Pendaftar (Bahagian Pengurusan) untuk JKPS Pengurusan; dan (c) Pengarah (Bahagian Maklumat) untuk JKPS Maklumat.

JKPS akan bermesyuarat secara tetap setiap empat (4) kali setahun dan akan mengemukakan laporan pencapaian Bahagian berkenaan kepada JPS.

Fungsi JKPS adalah seperti berikut:

• Menghebahkan kandungan Pelan Strategik kepada seluruh pegawai di bahagian berkenaan serta memupuk komitmen mereka;

• Menyelaras SKT supaya selaras dengan Pelan Strategik yang dibangunkan; dan

• Memberi perhatian kepada program yang signifikan kepada pencapaian strategi untuk melaksanakan kajian impak mengikut keutamaan.

Segala pemerhatian kepada pencapaian Bahagian dalam pelan ini akan dinilai dan dipantau secara berterusan berdasarkan jadual berikut:

PERKARA TARIKH CADANGANPemerhatian Pencapaian Setiap tiga (3) bulan

17

Page 21: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

ii. Elemen Penentu Kejayaan

(a) Sokongan Pihak Berkepentingan (Stakeholders)

Sokongan pihak berkepentingan seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam adalah penting bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang di dalam Pelan Strategik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

(b) Pengurusan Latihan

Pengurusan Latihan akan diperkasa bagi memastikan latihan dilaksanakan dengan lebih cekap dan sistematik. Pada masa yang sama, sumber-sumber akan digembleng secara optimum bagi memastikan sasaran objektif yang ditetapkan tercapai.

(c) Penyelidikan yang Mantap

Kajian dan penerbitan berkaitan dalam bidang kehakiman dan perundangan akan dipergiatkan lagi bagi membolehkan ILKAP menjadi rujukan dalam meningkatkan keberkesanan latihan serta pembangunan modal insan dalam bidang kehakiman dan perundangan.

(d) Pembangunan Modal Insan

ILKAP perlu memberi keutamaan kepada peningkatan ilmu dan kepakaran modal insan dalam bidang kritikal dan strategik. Ia meliputi metodologi penyelidikan, kemudahan ICT dan perancangan strategik. Program mentoring akan disemai dan dilaksanakan bagi meningkatkan kecekapan dan kemahiran dalam melaksana- kan tugas. Warga kerja ILKAP juga akan sentiasa didedahkan dengan program-program latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam pelaksanaan kerja.

(e) Tadbir Urus yang Cekap dan Berkesan

Tadbir urus berkaitan pentadbiran am, kewangan, ICT, aset/harta modal dan pusat sumber akan dilaksanakan dengan cemerlang dan berterusan mengikut peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.

18

Page 22: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

(f) Kajian Semula Pelan Strategik

Kajian semula pelan strategik ILKAP akan dijalankan pada tahun 2017untukmenentukankeberkesananpelaksanaanterasstrategik dan tahap pencapaian sasaran prestasi yang ditetapkan. Kajian semula tersebut akan turut mengambil kira senario baharu perubahan persekitaran dan tumpuan strategik ILKAP.

iii. Langkah Ke Hadapan

(a) PelanStrategikILKAPyangdirangkauntuktempohenam(6)tahun dan akan berakhir pada 2020 ini adalah suatu pelan yang realistik dan relevan setelah mengambil kira sumber sedia ada dalam memperkasakan peranan dan fungsi ILKAP pada masa hadapan.

(b) ILKAP menjangkakan cabaran dan kekangan yang bakal ditempuhi dalam melaksanakan pelan strategik ini. Oleh itu, demi memastikan keteguhan Pelan Strategik ini, penilaian dan semakan semula perlu diadakan dari semasa ke semasa agar ia sentiasa relevan.

ILKAP beriltizam selepas 2020 melabuhkan tirainya-

• Menjadisebuahpusatperkongsianilmudanpembangunanmodal insan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang cemerlang serta terkemuka;

• Berupayamenyampaikan perkhidmatan latihan dan penyelidikan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang berkualiti dan diiktiraf sewajarnya; dan

•. Muncul sebagai sebuah institusi latihan kelas pertama, lengkap dengan kemudahan setaraf institusi latihan ternama yang lain dan sistem pengurusan sumber yang berkesan

19

Page 23: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

19

Bab

Penutup

Page 24: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Bab 6: Penutup

Perkembangan undang-undang semasa telah membawa dimensi baharu dalam keperluan negara bagi melahirkan penjawat awam yang mahir dalam aspek perundangan dan kehakiman. Kemahiran yang diperoleh akan memacu budaya kecemerlangan untuk pegawai kehakiman dan perundangan.

Dalam mencapai usaha tersebut, tahap kecekapan dalam bidang penyampaian hendaklah diberikan keutamaan selaras dengan moto negara “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

ILKAP sebagai peneraju utama latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan di dalam perkhidmatan awam akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan negara.

Pelan Strategik ILKAP 2015-2020 bertindak sebagai penentu kemajuan dalam penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui teras strategik dan pelan tindakan serta program yang dilaksanakan oleh ILKAP.

Penanda aras ILKAP sebagai organisasi terulung adalah melalui mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian semula ke atas program yang terancang yang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaian yang diukur berdasarkan penetapan indikator.

Maka dengan ini, Pelan Strategik ILKAP adalah asas rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk menggerakkan hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan sumber manusia dan organisasi bagi mencapai visi dan misiILKAP untuk menjadi institusi latihan dalam bidang kehakiman dan perundangan yang terkemuka.

21

Page 25: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020
Page 26: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

CONTENTS

Foreword by The Director General of ILKAP 24

Chapter 1 - Introduction 26 i. Executive Summary ii. Background iii. Organization Chart iv. Function and Role v. Legal Functions and Jurisdiction

Chapter 2 – Environment Challenges 30 i. Stakeholders and Clients ii. Strategic Challenges Based on Environment Analysis

Chapter 3 - Strategic Goals 33 i. Vision ii. Mission iii. Motto / Slogan iv. Shared Values

Chapter 4 - Strategies and Plans of Actions 35 i. Strategic Thrusts ii. Plan of Action a. Strategies b. Programme c. Indicator d. Target and Annual Target

Chapter 5 - Implementation Towards Success 39 i. Implementation Mechanism ii. Elements of Success iii. The Way Forward

Chapter 6 - Closing 44

23

Page 27: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

FOREWORD BY THE DIRECTOR GENERAL OF ILKAP

Recognizing the importance of human capital development and the need for strategic planning in facing future challenges, the Judicial and Legal Training Institute(ILKAP) aspires to aggressively move forward to be a renowned judicial and legal training provider.

This Strategic Plan indicates ILKAP’s commitment to support and uphold the national justice system. In striving to achieve excellence, ILKAP aims not only to remain as a renowned judicial and legal training provider in the country but to break through at the regional and international level. This is by providing a systematic, practical and relevant training to its client and stakeholders whilst continuing as a leading training provider for judicial and legal sector in Malaysia. Through this Strategic Plan, ILKAP’s vision has been realigned to be “A Renowned Leader for Development of Excellent Human Capital in Judicial and Legal Field by the Year 2020”. ILKAP’s Strategic Plan 2015-2020 is drafted in accordance with the national policies and aspiration to uphold the integrity of the national justice system. It had taken into consideration the insights and challenges in line with time. The Plan outlines the necessary measures and strategic actions to ensure quality of service delivery oftheJudicialandLegalOfficersaswellasEnforcementOfficersisconstantlysteppedup in terms of knowledge and skills. This will in turn ensure duties and responsibilities entrusted upon them are carried out with competence and integrity.

Indeed, the success of an organization requires dedication of teamwork and focus on the aspiration of the organization. I call upon the ILKAP’s team to remain committed and well-prepared with new skills to be competitive.

I hope that the ILKAP’s Strategic Plan 2015-2020 is clearly comprehensible so that our organization’s direction is grasped and realized by the team in ILKAP as the catalyst of success in ILKAP’s service delivery.

Thank you.

LEE LAY CHOO

Director GeneralJudicial and Legal Training InstitutePrime Minister’s Department.

24

Page 28: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Introductioni. Executive Summaryii. Backgroundiii. Organization Chartiv. Function and Rolev. Legal Functions and Jurisdiction

Page 29: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

i. Executive Summaryii. Backgroundiii. Organization Chartiv. Function and Rolev. Legal Functions and Jurisdiction

Chapter 1: Introduction

i. Executive Summary

Consistent and progressive judicial and legal training are essential to ensure efficientandeffectiveservicedelivery inupholding thenational justicesystem. TheJudicialandLegalServiceofficersandtheenforcementofficersmustequip themselves with comprehensive knowledge, practical training and in-depth understanding in order to attain excellence in their day-to-day job. Having this in mind, the Judicial and Legal Training Institute (ILKAP) had undertaken many initiatives to assist these officers towards self-development by providing the requiredcoursesfornewofficerseitheruponthemassumingnewdutiesorposts, and specific courses, which aim to assist those officers to acquire and/or enhancetheirexpertiseinthespecificfields.

ILKAP had also conducted high impact courses to inculcate critical and constructive thinking as well as to encourage new ideas in improvising the quality of service delivery in the public sector in line with law and Government’s policies. Changes and enhancements to the quality of service delivery are necessary. Faced with the constant challenges and the dynamics in law, ILKAP must be able to effectively respond and compete, where necessary. Most importantly, the judicial and legal officers as well as the enforcement officersmusthaveahigh levelofcompetencyand integrity indispensing their duties to uphold justice and the rule of law.

This Strategic Plan gives an overview of ILKAP’s roles and functions, and outlines the objectives and strategies to fulfil these responsibilities. It also provides a framework within which ILKAP will operate and perform its tasks to achieve its vision and mission.

Three(3)StrategicThrustshavebeenidentifiedinthisStrategicPlan.Theyare: (a) To enhance the delivery of judicial and legal training services for the development of human capital; (b) To strengthen judicial and legal research to ensure the effectiveness of training for the development of human capital; and (c) Tostrengthentheorganization’sgovernancetoimproveefficiency and effectiveness in service delivery.

To realize each of the identified strategic thrusts, there are specific Plans of Action formulated and corresponding key performance indicators taken into account to measure its effectiveness.

Monitoring and evaluation will also be undertaken from time to time toensurethatILKAP’sStrategicPlanremainsrelevantandreflectschangesin the priority strategies of the nation’s policy.

26

Page 30: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

ii. Background

The Judicial and Legal Training Institute (ILKAP) is a Government agency under the Prime Minister’s Department. It was established more than two decades ago by a Cabinet decision dated 18th of March 1992. ILKAP commenced its operation on 23rd December 1993 within the office of the thenMinistry of Law. In July 1994, ILKAP shifted to Wisma Sime Darby, Kuala Lumpur, before finally relocated to its permanent campus in Bandar Baru Bangi, Selangor in September 2003.

ILKAP is administered by a Board of Management which is responsible in setting ILKAP’s long-term goals and drafting of policies for ILKAP, including ILKAP’s programmes. The Chief Secretary to The Government of Malaysia is the Chairperson of ILKAP’s Board of Management together with other members comprising the Attorney-General of Malaysia, the Director General of Public Service Department, the Secretary General of Treasury, the Chief Registrar of the Federal Court, the Director General of the Legal Affairs Division of the Prime Minister’s Department, an appointed Advocate and Solicitor and the Dean of the Faculty of Law from a Local University. The Director General of ILKAP acts as the Secretary of the Board of Management and is also responsible to oversee the daily operation of ILKAP.

ILKAP was awarded certification of the MS ISO 9001: 2008 on 19th March 2010 by Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA) for the management process of ILKAP’s training programmes for the Judicial and Legal Service. In tandem with its mission, ILKAP not only focus its training for the Judicial and Legal officers, but also provide basic legal training to officers and staffs from the Ministries, Federal and State Government Departments, Statutory Bodies as well as the Local Authorities. Since 2010, ILKAP extended the participation of some of its relevant courses to the private sectors.

27

Page 31: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

iii. Organization Chart

iv. Roles and Functions of ILKAP

(a) To plan and conduct judicial and legal training programmes, colloquiums, seminars and workshops;

(b) To conduct relevant surveys on training needs and impact analysis on organizations and officers in the public service, statutory bodies and local authorities engaged in judicial, legal and law enforcement duties; and

(c) To undertake studies on current developments in judicial and legal areas with a view towards publication.

v. Source of Power

• CabinetPaper(MemorandumNo.357/1879/93); • MinisterialFunctionsAct1969[Act 2]; • DecisionsofBoardofManagementofILKAP;and • Section15(3)oftheFinancialProcedureAct1957[Act 61].

28

Page 32: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Environment Challenges

i. Stakeholders and Clientsii. Strategic Challenges Based on Environment Analysis

Page 33: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter 2: Environment Challenges

i. Stakeholders and Clients

(a) Stakeholders • YABPrimeMinister; • YBMinisterinPrimeMinisterDepartment; • TheChiefSecretary; • MembersoftheILKAP’sManagementBoard; • TheAttorneyGeneralandtheseniormanagementoftheAttorney General’s Chambers; and • TheChiefRegistraroftheFederalCourt.

(b) Clients • JudicialandLegalServiceOfficers; • EnforcementAgencies; • PublicandPrivateHigherLearningInstitutions; • PrivateSector;and • InternationalParticipants.

ii. Strategic Challenges Based on Environment Analysis

(a) Delivery of Core Services.

As one of the institutions that provide judicial and legal training in Malaysia, ILKAP constantly face with global issues and challenges relating to judicial andlegalfields.Hence,itisnecessaryforILKAPtoproviderelevant,qualityand up to date training courses. As such, ILKAP is obligated to enhance its training curriculum, ensure selection of excellent speakers and subject matter experts, and collaborate with notable strategic partners as well as to ensure ILKAP’s facilities and infrastructures meet the required training needs. In addition, ILKAP has to strengthen its legal research capacity to ensure the effectiveness of training in human capital development.

Strategic Objective

• Empowerment of administration and delivery of judicial and legal training services in enhancing the effectiveness in learning; • Improvement of research relating to global legal issues in strengthening its judicial and legal training programmes; and

• Ensuringavailabilityandupdatingtheexistingsourcesofknowledge in order to be able to draft, strengthen and update the respective training curriculum.

30

Page 34: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

(b) Ability and Capacity of the Organization

In taking up the challenge to be one of the most renowned training institute by the year 2020, there is a need to optimize the use of human resources and existing resources in order to provide quality, integrity, efficient,well-plannedandeffectiveservicedeliverysystem.

Strategic Objective

• To strengthen good governance of the organization in order to enhance the efficiency and effectiveness of its service delivery system.

31

Page 35: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Strategic Goalsi. Visionii. Missioniii. Motto / Sloganiv. Shared Values

Page 36: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter 3: Strategic Goals i. Vision A renowned leader for excellent human capital development in the judicial andlegalfieldbytheyear2020.

ii. Mission Enhancement of knowledge, competency and professionalism of the judicial and legal officers as well as the enforcement officers by providing relevant, quality and effective training.

iii. Motto / Slogan YourPartnerinLearning

iv. Shared Values S - Suka (Fun) A - Agresif (Aggressive) T - Terancang (Well-Planned) U - Unggul (Outstanding)

33

Page 37: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Strategies and Plans of Actions

i. Strategic Thrustsii. Plan of Action a. Strategies b. Programme c. Indicator d. Target and Annual Target

Page 38: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter 4: Strategies and Plans of Actions

i. Strategic Thrusts

(a) To enhance the service delivery of judicial and legal training for the development of human capital;

(b) To strengthen judicial and legal research to ensure the effectiveness of training for the development of human capital; and

(c) To reinforce good governance to improve efficiency and effectiveness of service delivery system.

ii. Plan of Action

Strategic Thrust 1: To enhance the service delivery of judicial and legal training for the development of human capital

STRATEGY PROGRAMME TARGET

INDICATOR (QUAN-TITY/ QUALITY)

TARGET (NUMBER/

PERCENTAGE)

YEAR/ TARGET PERIOD

Strengthening judicial and legal training curriculum

1.Level of Customer’s satisfaction on the training curriculum

Percentage of course par-ticipants giving an average score of 5.5 and above out of7.0(fullscore)

90 % of the total number of course participants

2015 – 2020

2.Level of participation from within and outside the country

Percentage of the courses in ILKAP attended by par-ticipants from the private sector within/ outside the country

25% of the total number of courses 2015 – 2020

To ensure the quality of the speakers meet the prescribed stan-dards

1.Level of Customer’s satisfaction on the quality of the

speakers

Percentage of course par-ticipants giving an average score of 5.5 and above out of7.0(fullscore)

90 % of the total number of course participants

2015 – 2020

To establish collaboration with strategic partners

1.To gain recognition from within and out-

side the country of the courses conducted in ILKAP

Percentage of ILKAP’s courses that gained recog-nition from within/ outside the country

10% of the total number of courses 2015 – 2020

35

Page 39: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Strategic Thrust 2: To strengthen judicial and legal research to ensure the effectiveness of training for the development of human capital

Strategic Thrust 3: To reinforce organizational governance to improveefficiency and effectiveness of service delivery system

STRATEGY PROGRAMME TARGET INDICATOR (QUANTITY/ QUALITY)

TARGET (NUMBER/ PERCENT-

AGE)

YEAR/ TARGET PERIOD

Re-engineering and strengthe- ning judicial and legal research

1. Periodical pub-lication of quality research materials

Number of publications referred as reference

6publicationsper year

2015 – 2020

2.Repository of course proceeding and materials

Percentage of repository proceeding

Minimum achievement of 85% of the annual target

Percentage of develop-ment/ improvement of course materials

Minimum achievement of 85% of the annual target

STRATEGY PROGRAMME TARGET INDICATOR (QUANTITY/ QUALITY)

TARGET (NUMBER/ PERCENT-

AGE)

YEAR/ TARGET PERIOD

Strengthening of organization’s capacity

1. Delivery of quality support services

Customer’s satisfaction on training facilities

Achieving a minimum score of4.5outof7.0(full score)

2015 – 2020

2.Efficientandeffectivefinancialmanagement

Audit report Zero complaint each year 2015 – 2020

3. Legal information resource centre that meets customer needs

Customer’s satisfaction on resource centre

Achieving a minimum score of 5.0outof7.0(fullscore)

2015 – 2020

4.Efficientandeffec-tive human resource management

Implementation of a com-prehensive human resource development plan

Development of a human resource’s strategic plan for ILKAP

2015

20% implementa-tion each year 2016–2020

36

Page 40: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

37

Strengthening of systems and work procedures

1.Optimum use of ICT in service delivery

Staff’s satisfaction

80% of ILKAP’s staff giving an average score of 5.0outof7.0(fullscore)

2015 - 2020

2.Re-engineering of systems and work procedures

3. Established organiza-tion’s code of ethics

Creating a con-ducive work environment

1. Close and friendly relationship between management and staff

Happiness index

80% of ILKAP’s staff giving an average score of 5.0outof7.0(fullscore)

2015 - 20202. Satisfaction of officefacilityandinfrastructure

To ensure facilities and infrastructure meet the training needs

Level of Customer’s satisfaction of the course facilities

Percentage of participants giving an average score of 5.0andaboveoutof7.0(fullscore)

80 % of the total number of the course partici-pants

2015 – 2020

Page 41: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Implementation Towards Success

i. Implementation Mechanismii. Elements of Successiii. The Way Forward

Page 42: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter 5: Implementation Towards Success

i. Implementation Mechanism

ILKAP’s Strategic Plan 2015 - 2020 sets out the mechanism and guidelines for the achievement of ILKAP’s vision and mission. In order to ensure effective implementation of the plan, ILKAP’s strategic thrust and plans of action will need to be achieved with continuous monitoring and review of its implementation needs to be conducted from time to time.

Thus, two (2) committees have been established for the purpose of monitoring namely: (a) Strategic Management Committee (SMC); and (b) Strategic Management Working Committee (SMWC).

SMC is the main monitoring mechanism to evaluate and review the overall implementation of ILKAP’s Strategic Plan. SMC is chaired by the Director General of ILKAP and its members comprising the Heads of Divisions with the Strategic Plan Team (SPT) led together by the Director of the Litigation Programme and Deputy Registrar, Finance Section, Administration and Service as the Secretariat. SMC shallmeetonceineverysix(6)months.MembersofSMCwillconsistof:

Position RoleChairperson Director General of ILKAP

Secretary Strategic Plan Team (SPT)Members Heads of Divisions

The functions of SMC are as follows:

• ToensureeachdivisiondevelopsitsownAnnualWorkTarget(SKT)in line with ILKAP’s Strategic Plan;

• Todevelopoperationalplanordetailedimplementationscheduleforeach of the strategies and programmes;

• ToresolvepolicyissuesaffectingtheimplementationoftheILKAP’s Strategic Plan; and

• ToconductreviewofILKAP’sStrategicPlan.

39

Page 43: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

The strategy thrust and action plan will be monitored and reviewed on an ongoing basis based on the following schedule:

NO ARTICLE DATE PROPOSED1. Monitoring Meeting of ILKAP’s Strategic Plan Everysix(6)month

2. Evaluation Performance of ILKAP’s Strategic Plan Every year

3. Effectiveness Evaluation and Review of ILKAP’s Strategic Plan 2017

The SMWC shall monitor implementation and achievements at the Divisional level. It will be chaired by-

(a) Deputy Director General (Training Division) for SMWC Training; (b) Registrar (Management Division) for SMWC Management; and (c) Director of the Information Division for SMWC Information

SMWC shall meet four (4) times a year and submit each Division’s Achievement Report to SMC.

SMWC functions are as the following:

• To promote and impart the Strategic Plan’s contents to all officersattheirrespectiveDivisionsandnurturetheircommitment;

• TocoordinateitsSKTtobeconsistentwiththeStrategicPlan;and • Toconcentrateonsignificantprogrammesforstrategicachievement by carrying out impact assessment according to priority.

All observation on the Division’s performance under the plan will be evaluated and monitored on an on-going basis based on the following schedule:

ITEM PROPOSED DATE Observation of Performance Every three (3) month

40

Page 44: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

ii. Element of Success

(a) Stakeholders Support

It is essential to gain the support from the stakeholders i.e. the Prime Minister’s Department, the Attorney General’s Chambers, the Ministry of Finance and the Public Service Department to ensure all activities that have been planned under the Strategic Plan can be successfully implemented.

(b) Training Management

ILKAP Training management will be enhanced in order to ensure efficient and systematic delivery of the training services. At the same time, resources will be utilized optimally to ensure objective targets are met.

(c) Established Research Arm

Judicial and legal research, and publication will be intensified to enable ILKAP to be a point of reference for legal matters which would enhance the quality of its training and human capital developmentinthejudicialandlegalfield.

(d) Human Resource Development

ILKAP has to prioritize knowledge enhancement and specialization in human resource in critical and strategic areas. This includes research methodology, ICT facilities and strategic planning. Mentoring programmewill be implemented to enhance efficiency and skills in undertaking tasks and duties. ILKAP’s personnel will be exposed to suitable training programmes to enhance their knowledge and competency in job implementation

(e) Effective and Efficient Governance

Governancerelatingtogeneraladministration,finance,ICT,asset/ capital assets and resource centre will be implemented and continuously monitored according to the applicable rules and instructions.

41

Page 45: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

(f) Review of the Strategic Plan

Review of the strategic plan will be conducted in the year 2017 to determine effective implementation of the strategic thrust and to gauge the level of achievement of each of the targets. The review will take into account ILKAP’s current scenario changes and strategic focus.

iii. The Way Forward

(a) ILKAP’s Strategic Plan is formulated for a period of six (6) years ending in 2020. It is a realistic and relevant plan, taking into consideration the existing resources in strengthening the future role and function of ILKAP.

(b) ILKAP anticipates that there will be challenges and constraints during implementation of this strategic plan. Therefore, in ensuring the perseverance of this strategic plan, it is necessary to conduct evaluations and reviews from time to time for it to remain relevant

After 2020, ILKAP is determined-

• to beanexcellent and renowned knowledge sharingandhuman capitaldevelopmentcentreinthejudicialandlegalfield;

• to be capable of delivering quality and duly recognized judicial and legal training services and research; and

• to emerge as a first-class training institution with well- equipped facilities equivalent to other renowned training institution and effective resources management system.

42

Page 46: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter

Closing

Page 47: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Chapter 6: Closing

Current legal developments have brought forth a new dimension in the demands and expectation of judicial and legal officers. Therefore, it is vitalthat judicial and legal officer are well-trained so that the skills acquired willinstill a culture of excellence in them.

In order to achieve these efforts, the level of efficiency in the delivery aspectshall be given priority in line with the national motto of “People First, Performance Now”.

ILKAP as a renowned judicial and legal training institute in the civil service will be the catalyst to enhance the level of skills and efficiencyinthecountry’sservicedeliveryforjudicialandlegalfield.

ILKAP’s Strategic Plan 2015-2020 will act as a determinant for improvement of Government’s service delivery through the strategic thrusts and action plans as well as programmes implemented by ILKAP.

The benchmarking of ILKAP as a premier organization will be measured through the implementation mechanism, coordination, monitoring and reevaluation of its organized programmes held in a timely manner and achievement measuredbyaspecifiedindicator.

Henceforth, ILKAP’s Strategic Plan acts as the basic framework for its management to fulfill the goals of the organization and enhance its humanresources and organization capabilities to achieve the vision and mission of ILKAP in becoming a renowned judicial and legal training institution.

44

Page 48: Pelan Strategik ILKAP 2015-2020

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), JPMLot 5, Persiaran Universiti, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan, MalaysiaTel: 603 8924 3400 Faks: 603 8926 1231, 603 8924 3563 (Bahagian Latihan)

E-mel: [email protected]