pelan pembangunan profesionalisme berterusan pppb

42
PELAN PEMBANGUNAN PRIFESIONALISME BERTERUSAN ( PPPB ) Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014 boleh dimuat turun melalui http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB APA ITU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN? Secara ringkasnya PPPB ialah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan. ( PPPB : memahami nilai profesionalisme dan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh guru dan pemimpin sekolah. Oleh itu semua guru diminta menghadiri kursus untuk peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan ) Tujuan Kursus: -Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan -Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi -Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan -PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional -Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21 Matlamat dan Objektif:- Membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan membangunkan kompetensi dan potensi ke arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Bagaimana mendaftar Kursus Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan ? 1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

Upload: saifur-zahri-muhamad-aisa

Post on 12-Jan-2016

84 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Khas untuk PBPPP

TRANSCRIPT

Page 1: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

PELAN PEMBANGUNAN PRIFESIONALISME BERTERUSAN ( PPPB )

Buku Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014 boleh dimuat turun melalui http://apps8.moe.gov.my/abpg/bpg/PPPB

APA ITU PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN?

Secara ringkasnya PPPB ialah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah serta memperkasa profesion keguruan.

( PPPB : memahami nilai profesionalisme dan kemahiran yang sepatutnya dimiliki oleh guru dan

pemimpin sekolah. Oleh itu semua guru diminta menghadiri kursus untuk peningkatan kualiti

peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan )

Tujuan Kursus:

-Peningkatan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

-Perubahan pesat dalam bidang pendidikan serta gelombang globalisasi

-Anjakan Keempat PPPM mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan

-PPB menuntut pelaksanaan berdasarkan trend semasa bukannya konvensional

-Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan secara formal dan tidak formal dalam aktiviti

keilmuan secara berterusan sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran,

kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri lain bagi meningkatkan kualiti pendidikan abad ke-21

Matlamat dan Objektif:-

Membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan membangunkan kompetensi dan potensi ke

arah peningkatan kualiti peribadi dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan.

Bagaimana mendaftar Kursus Kompetensi Pembangunan Profesionalisme Berterusan ?

1. Pemohonan boleh dibuat secara online dengan melayari url

http://apps.moe.gov.my/abpg/BpgOnline

2. Permohonan secara individu atau menerusi JPN ( sila rujuk tarikh tutup

permohonan dalam laman web di atas.

3. Ketua Jabatan perlu membuat pengesahan permohonan kursus melalui aplikasi

yang akan dimaklumkan dan perlu dicetak sebagai rekod.

4. Calon perlu mencetak borang permohonan yang telah diisi dan mendapatkan

perakuan Ketua Jabatan untuk disimpan sebagai rekod permohonan.

Page 2: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

5. Keputusan tawaran kursus akan dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas

(sms) dan surat tawaran perlu dicetak melalui aplikasi yang akan dimaklumkan.

6. Surat tawaran yang telah dicetak perlu dikemukakan kepada Ketua Jabatan untuk

pelepasan mengikuti kursus.

7. Calon perlu membawa bersama salinan kad pengenalan, Sijil/Diploma Perguruan,

Sijil Akademik dan Surat Pengesahan Jawatan yang telah disahkan, serta surat tawaran

yang telah dicetak dan disahkan oleh Ketua Jabatan masing-masing semasa menghadiri

kursus.

SEMUA GURU DIMINTA MEMBUAT PORTFOLIO MASING-MASING DALAM FAIL KERAS BERWARNA PUTIH

Kandungan Portfolio

BAHAGIAN KULIT DEPAN FAIL PROFIL PPB INDIVIDU

Nama : Jawatan : Tempat Bertugas :

BAHAGIAN ISI FAIL

A. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Vitae Kurikulum Falsafah Pendidikan Negara Skop Kerja Sasaran Kerja Tahunan

B. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL Matlamat Pengajaran / Kepimpinan Masa Hadapan Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan Penyertaan Dalam Aktiviti PPB

C. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI Senarai Tugas dan Tanggungjawab Sumbangan kepada KPM / JPN / PPD Penulisan / Penerbitan

D. BAHAN BUKTI DALAM PdP / KEPIMPINAN

Page 3: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

Sukatan Mata Pelajaran / Rancangan Mengajar dan Penilaian / Perancangan Strategik

Contoh Hasil Kerja

E. ANUGERAH / PENCAPAIAN Anugerah Perkhidmatan Anugerah dalam PdP / Kepimpinan / Lain-lain Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan dan lain-lain

F. PENILAIAN PdP / KEPIMPINAN Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran / Kepimpinan Rakaman Video Pengajaran / Kepimpinan Maklum Balas dan Penilaian daripada Murid / Ketua Jabatan

Page 4: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

PROFIL PPB INDIVIDU

Nama :

Jawatan :

Tempat Bertugas :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 2 – 6, BLOK E 13, KOMPLEKS PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA603 8444 1000

AHMAD BIN ABU BAKAR

GURU PENOLONG PPP DG41SMK KOTA MASAI

Page 5: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

VITAE KURIKULUM

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

SKOP KERJA

SASARAN KERJA TAHUNAN

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Page 6: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

VITAE KURIKULUM

MAKLUMAT PERIBADI1. NAMA :

2. KAD PENGENALAN :

3. ALAMAT :

4. JAWATAN DAN ALAMAT TEMPAT

BERTUGAS SEKARANG

:

5. GRED :

6. TPG :

7. GAJI :

8. KELULUSAN AKADEMIK

:

9. PENGKHUSUSAN :

10. KELULUSAN IKHTISAS :

11. OPSYEN :

12. TARIKH LANTIK PERTAMA

:

13. SAH JAWATAN PERTAMA

:

14. TARIKH LANTIK SEMASA

:

16. TARIKH SAH SEMASA :

Page 7: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

PERKHIDMATAN1. 04/01/1988 - 31/12/1991 : SMK TAMAN PERLING

2. 01/01/1992 - 15/06/1998 : SMK JOHOR JAYA

3. 16/06/1998 - 15/06/2002 : SMK TAMAN DAYA

4. 16/06/2002 - 15/04/2009 : SMK MAJIDI BARU

5. 16/04/2009 – 31/08/2011 : SMK PERMAS JAYA 2

6. 01/09/2011 - SEKARANG : SMK KOTA MASAI

PENCAPAIAN1. 1994 :

2. 2002 :

3. 2004 :

4. 2006 :

5. 2009 :

KURSUS YANG DIHADIRI1. 22 - 25/05/1989 :

2. 17 - 19/06/1991 :

3. 13/01/1992 - 16/04/1992 :

4. 05 - 31/10 1992 :

Page 8: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

5. 19 - 23/09/1995 :

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 9: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

BIDANG TUGAS GURU ( SKOP KERJA )

PERATURAN TETAP GURU

Kehadiran Bertugas :

1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81 yang bertarikh 12 September 1981 menyebut bahawa semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Bagaimanapun, guru bertugas harian perlu hadir di sekolah kira-kira pukul 7.00 pagi.

2. Adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk mengamalkan ketepatan masa itu sepanjang waktu bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik darjah untuk mengajar dan masa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah.

3. Ketepatan masa juga bermakna seseorang guru hendaklah mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelasnya atau pun kawasan sekolah.

4. Peraturan ketepatan masa dikenakan kepada semua guru, kakitangan dan para pelajar.

Kepatuhan Tugas:1. Semua guru dan kakitangan hendaklah mengetik kad kedatangan “punch card” sebaik

sahaja tiba di sekolah. 2. Guru dan kakitangan tidak dibenar meninggalkan kawasan sekolah dengan tidak

mendapat keizinan Pengetua terlebih dahulu.3. Mereka yang datang lewat hendaklah berjumpa dengan Pengetua dengan memberi

sebab kelewatan itu.4. Sekiranya tidak dapat menghadirkan diri di sekolah kerana kecemasan atau jatuh sakit

atau kemalangan, mereka perlu menghubungi pihak sekolah. Mereka juga dikehendaki mengemukakan sijil sakit kepada Pengetua apabila kembali bertugas semula.

5. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik darjah semasa mengajar kecuali dengan mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

6. Kehadiran semua guru adalah wajib untuk semua kegiatan dan upacara rasmi sekolah seperti Hari Sukan Tahunan, Hari Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Agung PIBG dan lain-lain untuk mengawasi para pelajar, melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di samping memberi sumbangan bakti dan bantuan yang diperlukan bagi menjayakan upacara tersebut.

7. Para guru yang telah ditetapkan untuk mengawasi kegiatan kokurikulum mesti menghadirkan diri. Sebarang kesulitan yang berbangkit disebabkan oleh ketiadaan guru pengawas adalah tanggungjawab guru itu sendiri.

Page 10: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

Tugas Akademik Guru:1. Guru hendaklah menunjukkan sikap professional dan budaya kerja yang bermutu

tinggi.2. Kerja rumah hendaklah diberikan kepada pelajar berdasarkan garis panduan yang

diberikan oleh Pengetua atau Guru Kanan masing-masing. Semua kerja rumah hendaklah diperiksa dengan teliti.

3. Ketua Jabatan atau Guru Kanan Mata Pelajaran diberi kuasa untuk menyemak dan menentukan bahawa buku rampaian, buku kerja dan lain-lain latihan diperiksa dengan penuh teliti.

4. Pemeriksaan buku tidak boleh dilakukan semasa mengajar di dalam kelas kecuali guru itu mengawasi kerja pelajar di meja pelajar itu sendiri.

5. Guru yang ditugaskan sebagai guru ganti hendaklah mengisi waktu itu dengan pelajaran yang difikirkan perlu dan ini merupakan juga tugas rasmi guru itu. Pengajaran itu mesti diisikan dengan kerja-kerja yang memberi faedah kepada pelajar.

6. Biasanya guru mempunyai waktu untuk mengajar sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu masing-masing. Waktu tidak mengajar, terluang / rehat di sekolah adalah dikira masa bekerja. Pengetua boleh mengarahkan guru-guru menggunakan masa itu untuk menggantikan guru yang tidak hadir.

7. Mereka perlu membuat persediaan mengajar seperti membaca buku tambahan, menulis buku ringkasan mengajar, menyediakan alat bantuan mengajar dan memeriksa buku latihan pelajar.

8. Mereka juga boleh mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah. Mereka juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti dan lain-lain tugas yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh pihak sekolah.

Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran1. Kementerian Pendidikan telah menetapkan peraturan tentang pengisian Buku Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran ( Buku Rekod Mengajar ). Peraturan ini hendaklah dipatuhi dan dilaksanakan dengan sepenuhnya.

2. Dalam buku rekod tersebut mesti mengandungi salinan jadual waktu persendirian, salinan sukatan pelajaran, dan keputusan peperiksaan bagi tiap-tiap kelas yang diajar oleh guru itu.

3. Pada tiap-tiap hujung minggu, Buku Rekod Mengajar yang telah disiap untuk minggu berikutnya hendaklah diserahkan kepada Pengetua. Buku tersebut adalah menjadi hak milik sekolah dan perlu diserahkan ke pejabat apabila guru itu bertukar, bercuti panjang dan juga pada akhir tahun sekiranya Pengetua memerlukan agar dia berbuat demikian.

Perhubungan Guru Dengan Pelajar:1. Guru perlu mempunyai hubungan mesra dengan semua pelajar dan sentiasa bermuka

manis. Mereka perlu memahami masalah pelajar.2. Disiplin pelajar adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Tindakan segera perlulah

diambil terhadap sebarang pelanggaran disiplin yang dilakukan oleh pelajar. Kes-kes pelanggaran disiplin yang serius hendaklah dilaporkan kepada Pengetua atau Guru Disiplin.

3. Tiap-tiap guru adalah bertanggungjawab untuk memelihara dan mengekalkan disiplin.

Page 11: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

4. Guru yang mengajar dalam kelas hendaklah mengawal disiplin pelajar-pelajarnya.5. Para guru hendaklah menunjukkan teladan, sikap dan perwatakan yang sesuai untuk

dihormati dan dipandang tinggi oleh pelajar.6. Jika terdapat pelajarnya yang sakit atau ditimpa kemalangan, guru tersebut hendaklah

melaporkannya kepada guru bertugas harian atau penolong kanan dengan segera.

Pakaian :1. Guru hendaklah kelihatan kemas dengan memakai pakaian yang sesuai semasa

bertugas di sekolah.2. Mereka tidak dibenarkan memakai selipar walaupun pada waktu petang semasa berada

di sekolah.3. Pakaian formal mesti dipakai semasa upacara rasmi sekolah.

Potongan Rambut:1. Potongan rambut tidak boleh melebihi kolar baju bagi guru lelaki. Rambut perlu diurus

dan kelihatan kemas.

Pelawat :1. Jangan benarkan pelawat termasuk jurujual berjumpa dengan pelajar di dalam bilik

darjah atau makmal.2. Pelawat atau jurujual hanya boleh berjumpa dengan guru sekiranya mereka mendapat

kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu.

Kenyataan Akhbar:1. Guru adalah dilarang daripada membuat kenyataan akhbar walaupun bertindak atas

nama Pengetua atau pihak sekolah.

Surat Rasmi:1. Semua surat rasmi yang hendak dihantar keluar dari sekolah sama ada dari guru atau

dari persatuan dan kelas hendaklah dikirim melalui Pengetua.

Lawatan:1. Sebarang lawatan yang dilakukan oleh persatuan dan kelab hendaklah terlebih dahulu

mendapat kebenaran daripada Pengetua dan Jabatan Pendidikan Negeri.2. Untuk lawatan ke luar negeri, borang permohonan hendaklah dikirim ke Jabatan

Pendidikan Negeri melalui Pengetua.

Kutipan Wang :1. Guru penasihat dan guru tingkatan yang dilantik untuk mengawas perjalanan

persatuan, kelab dan sesebuah kelas perlu mengawasi hal ini.2. Mereka perlu menentukan bahawa wang yang dipungut itu tidak disalahgunakan.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELASBidang Tugas :

1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad 001, buku kemasukan sekolah dan seumpamanya.

2. Buku jadual kedatangan pelajar hendaklah ditanda pada waktu yang pertama pada setiap hari belajar.

Page 12: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa / penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat hadir ke sekolah.

4. Bagi pelajar yang tidak hadir dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang munasabah, guru tingkatan hendaklah mengirimkan surat amaran ponteng sekolah kepada ibu bapa / penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah. Sila rujuk syarat terma pemberian surat amaran ponteng sekolah yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

5. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua tingkatan, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.

6. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku yuran.

7. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran / bayaran pada masa yang ditetapkan pihak sekolah.

8. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada pelajar.9. Membantu Pengetua dalam pengurusan biasiswa, mengirim surat-surat jemputan

kepada ibu bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.10. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan dianalisis.11. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan menanamkan

semangat rajin, tekun, dedikasi dan kesedaran sivik.12. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan kepada PK HEM seperti

ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin lain.

13. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap tentang kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar Kemasukan Pelajar.

14. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan serta keceriaan kelasnya.

15. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan terkini.

Page 13: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SASARAN KERJA TAHUNAN

Prestasi Akademik Kelas Yang Diajar ( Peperiksaan Ting 1- 5 )

Tahun

Subjek & Ting

BilCalo

n

ETR AR1 AR2 CapaianBil & % Cem

%Lulus

GPMP

Bil & % Cem

%Lulus

GPMP

Bil & % Cem

%Lulus

GPMP

Bil & % Cem

%Lulus

GPMP

Page 14: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

MATLAMAT PENGAJARAN / KEPIMPINAN MASA HADAPAN

CADANGAN AKTIVITI UNTUK PENAMBAHBAIKAN

PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB

PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL

1

Page 15: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

MATLAMAT PENGAJARAN

Matlamat pengajaran adalah satu pernyataan umum yang memberi arahan kepada keperluan-keperluan yang lebih terperinci. Merupakan satu titik permulaan, sesuatu yang idea, satu cita-cita dan satu arah untuk dituju. Matlamat adalah kategori tingkah laku. Matlamat juga adalah peringkat am tingkah laku, sementara objektif ialah peringkat khusus tingkah laku.

Matlamat pengajaran tidak boleh begitu terperinci supaya mudah dapat dilaksanakan. Matlamat adalah kabur supaya dapat memuatkan idea-idea, cita-cita dan arah yang lebih luas. Walau bagaimanapun matlamat pengajaran perlu dinyatakan kerana penilaian pembelajaran murid bukan sahaja dilakukan secara terperinci, namun perlu juga dilakukan secara meluas dan umum bagi meliputi kesemua objektif. Perkaitan antara matlamat dan objektif ialah, matlamat boleh dipecah-pecahkan kepada beberapa objektif yang lebih spesifik.

HASIL PENGAJARAN.

Hasil pengajaran adalah istilah terbitan daripada istilah objektif pengajaran. Objektif adalah untuk mengukur dengan jelas sesuatu tingkahlaku yang dapat ditunjukkan oleh murid selepas memperlajari sesuatu perkara. Oleh sebab pembelajaran murid diukur daripada perubahan tingkah laku, maka dalam proses pengajaran, guru perlulah menetapkan objektif terlebih dahulu sebelum sesuatu perkara diajar kepada murid.

Objektif adalah perkara yang akan dipraktikkan semasa pengajaran atau dilaksanakan bagi mencapai cita-cita atau arah supaya ianya menjadi kenyataan.Hasil pembelajaran adalah memfokuskan kepada jangkaan apa yang murid dapat lakukan atau capai.

Takrif hasil pembelajaran adalah mencadangkan bahawa pembelajaran adalah disengajakan dan bukannya kebetulan atau tidak sengaja. Perbezaan antara objektif dan hasil pembelajaran adalah hasil pembelajaran berfokuskan kepada apa yang murid peroleh daripada aktiviti pengajaran guru.

Page 16: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

KEPIMPINAN MASA DEPAN

Kepemimpinan adalah suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi sejumlah orang dan mengarahkan organisasinya untuk mencapai sesuatu tujuan Ia juga merupakan suatu proses di mana seseorang berupaya mempengaruhi sekelompok orang untuk mencapai tujuan bersama. Dalam rangka menjalankan proses kepemimpinannya ini, mereka menggunakan sejumlah “pengetahuan” dan “keterampilan” yang dimilikinya. Pengetahuan adalah maklumat bagi seseorang sebagai landasan untuk melakukan suatu tindakan dalam situasi perubahan, sehingga individu atau organisasi mampu bertindak dengan cara yang berbeza dan lebih efektif. Melalui pengetahuan dan informasi, seseorang diharapkan menghasilkan tindakan yang tepat iaitu dengan memilih dan menilai pelbagai alternatif tindakan serta bagaimana tindakan tersebut harus diimplementasikan agar sesuai dengan hasil yang diinginkan.

Terdapat beberapa sikap yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin masa depan, yang sering diungkapkan oleh para pakar terkemuka dalam bidang kepemimpinan, iaitu:

1. Jujur - Menampilkan ketulusan dan integriti dalam semua tindakannya.

2. Kompeten - Merupakan tindakan para pemimpin yang berasas pada akal-fikiran, sikap dan prinsip-prinsip moral. Tidak membuat keputusan berdasarkan keinginan, perasaan, atau faktor emosional lainnya yang bersifat terlalu subjektif;

3. Berpandangan ke depan - Memiliki tujuan dan visi masa depan. Pemimpin yang efektif membayangkan apa yang mereka inginkan dan bagaimana mendapatkannya. Mereka biasanya memilih keutamaan yang berasal dari nilai-nilai dasar mereka.

4. Menginspirasi – mampu menunjukkan kredibiliti dalam segala hal yang ia lakukan. Menunjukkan keteladanan dan ketahanan dalam mental, fizikal, dan spiritual yang dengannya seseorang pemimpin akan mudah menginspirasi orang lain untuk meraih puncak kejayaan;

Page 17: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

5. Cerdas – Gemar dan seuka membaca, belajar, dan senantiasa mencari tugas yang mencabar;

6. Adil - mampu menunjukkan perlakuan yang adil kepada semua orang. Menyedari bahwa prasangka adalah musuh keadilan. Bersikap empati dan peka terhadap perasaan, nilai-nilai, kepentingan, dan kesejahteraan orang lain;

7. Berwawasan luas – Menyukai kepelbagaian, kaya perspektif dan memiliki pandangan jauh ke depan;

8. Berani - Memiliki ketekunan untuk mencapai tujuan, meski menghadapi risiko atau rintangan yang berat. Selalu menampilkan ketenangan dan kepercayaan diri meski pun dalam keadaan stres;

9. Tepat membuat keputusan – Memiliki penilaian yang baik tentang pelbagai persoalan, dan menggunakannya untuk membuat keputusan yang terbaik pada waktu yang tepat; dan

10.Imaginatif – Mampu melakukan perubahan pada waktu yang sesuai , dengan menggunakan pemikiran, rancangan, dan metod yang tepat pula. Juga mampu menampilkan kreativiti dengan menciptakan hala tuju baru yang lebih baik, sekaligus mencari idea yang inovatif untuk memecahkan masalah.

Page 18: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

CADANGAN AKTIVITI UNTUK PENAMBAHBAIKAN

BIL AKTIVITI YANG DICADANGKAN TARIKH DILAKSANAKAN

CATATAN

Page 19: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

PENYERTAAN DALAM AKTIVITI PPB

BIL AKTIVITI YANG DISERTAI TARIKH TEMPAT / PENGANJUR

Page 20: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD

PENULISAN / PENERBITAN

SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI / PROFESION

2

Page 21: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

KURIKULUM

BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN

1. Mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 3 (KSSR) 2012- Guru Subjek

2. Mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3 (KSSR)

2015 Guru Subjek

3.

HAL EHWAL MURID

BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN

KOKURIKULUM

BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN

1. Mempengerusikan Mesyuarat yang melibatkan aktiviti Kokurikulum.

2010 - 2015

GPK Kokurikulum

2.

Page 22: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

TUGAS KHAS

BIL TUGAS & TANGGUNJAWAB TAHUN JAWATAN

1. Juruaudit Dalaman Sekolah 2015 GPK Kokurikulum

Page 23: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SUMBANGAN KEPADA KPM / JPN / PPD

BIL NYATAKAN SUMBANGAN YANG DILAKUKAN

KPM/

JPN/

PPD

TARIKH TEMPAT

Page 24: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

PENULISAN / PENERBITAN

BIL TAJUK PENULISAN / PENERBITAN TAHUN DITERBITKAN

CATATAN

Page 25: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SUKATAN MATA PELAJARAN / RANCANGAN MENGAJAR DAN PENILAIAN / PERANCANGAN STRATEGIK

CONTOH HASIL KERJA

BAHAN BUKTI DALAM PdP / KEPIMPINAN

3

Page 26: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

SUKATAN MATA PELAJARAN /

RANCANGAN MENGAJAR /

PERANCANGAN STRATEGIK

CONTOH HASIL KERJA

Page 27: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

ANUGERAH PERKHIDMATAN

ANUGERAH DALAM PDP / KEPIMPINAN / LAIN-LAIN

JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI, BENGKEL, PENULISAN DAN LAIN-LAIN

ANUGERAH / PENCAPAIAN

Page 28: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

ANUGERAH PERKHIDMATAN

4

Page 29: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

BIL NAMA ANUGERAH TAHUN

KPM / JPN/

PPD / DLL

ANUGERAH DALAM PdP / KEPIMPINAN / LAIN-LAIN

Page 30: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

BIL NAMA ANUGERAH TAHUN NAMA SEKOLAH

JEMPUTAN UNTUK KONSULTASI, BENGKEL PENULISAN & LAIN-LAIN

Page 31: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

BIL AKTIVITI YANG DISERTAI

PIHAK YG MENJEMPUT

TARIKH & TEMPAT

Page 32: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN / KEPIMPINAN

BAHAN BUKTI KEBERKESANAN PENGAJARAN / KEPIMPINAN

RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN

MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN DARIPADA MURID / KETUA JABATAN

PENILAIAN PdP / KEPIMPINAN

5

Page 33: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

( SILA LAMPIRKAN BAHAN BUKTI JIKA ADA )

RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN / KEPIMPINAN

Page 34: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

( SILA LAMPIRKAN RAKAMAN VIDEO DALAM BENTUK CD JIKA ADA )

MAKLUM BALAS DAN PENILAIAN OLEH MURID / KETUA JABATAN

Page 35: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb

( SILA LAMPIRKAN BORANG PENILAIAN OLEH MURID / ULASAN DARIPADA KETUA JABATAN )

Page 36: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb
Page 37: Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Pppb