pelaksanaan pengajaran berasaskan … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project...

25
PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME OLEH GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR CHONG LIH SHUN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME

OLEH GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK UTM SEMASA

LATIHAN MENGAJAR

CHONG LIH SHUN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

Page 3: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan
Page 4: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN KONSTRUKTIVISME

OLEH GURU PELATIH SAINS DAN MATEMATIK UTM SEMASA

LATIHAN MENGAJAR

CHONG LIH SHUN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik Minor Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

ii

Page 6: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

iii

DEDIKASI

Segala Puji Untuk Mu

Tuhan yang Maha Kuasa

Yang Mengatur Segala Kehidupan

Untuk Ibu dan Ayah yang Disanjungi,

Anak dan Suami Disayangi,

Ribuan Terima Kasih Atas Galakan dan Kesabaran Mu

Yang Ku Hargai dan Ku Kasihi…

Tidak Ku Lupakan

Pembimbing yang Ku Hormati

Prof. Dr. Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali

Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasa Mu

Akan Ku Sentiasa Mengingati…

Sahabat Serta Teman Seperjuangan Ku

Terima Kasih Atas Sokongan dan Galakan Sekalian

“SEMOGA MENIKMATI KEJAYAAN BERSAMA”

Page 7: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kepada hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dan

keizinanNya serta berkat kesabaran, Projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa

yang ditetapkan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima

kasih serta memberi pengakuan yang terhormat kepada penyelia saya iaitu Prof. Dr.

Noor Azlan Bin Ahmad Zanzali yang sentaiasa memberi bimbingan, pandangan dan

tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini.

Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang

memberikan kebenaran mereka bagi menjalankan kajian ini. Tidak ketinggalan juga

ucapan terima kasih kepada guru-guru pelatih sains dan matematik UTM yang sudi

menjadi responden kajian ini.

Selain ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada suami,

anak dan ibubapa saya yang disayangi ke atas sokongan, dorongan, galakan and

kesabaran mereka semasa saya melengkapan tugasan saya di projek ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-

rakan saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat kepada saya

bagi menyiapkan projek sarjana muda ini.

Page 8: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

v

ABSTRAK

Golongan guru pelatih sains dan matematik telah banyak didedahkan dengan

teori konstruktivisme semasa menuntut di universiti tempatan. Walaupun masih

terdapat kajian yang menunjukkan pengajaran sains yang diamalkan oleh

kebanyakan guru ialah kaedah ‘chalk and talk’, manakala kebanyakan pelajar pula

lebih berminat kepada ‘expository learning’. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji sama

ada golongan guru pelatih dapat mencari titik keseimbangan pengetahuan teori

konstruktivisme dengan pelaksanaan praktis. Dalam konteks kajian ini, kajian ini

telah melihat pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM tentang ciri-ciri

konstruktivisme dan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dengan

pelaksanaannya semasa latihan mengajar. Seramai enam orang guru pelatih sains

dan matematik UTM yang sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah

menengah Negeri Johor telah diambil sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan

dengan kaedah deskriptif secara pra-temu bual, pemerhatian dan pasca-temu bual.

Analisis deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara pengetahuan guru

pelatih sains dan matematik UTM tentang konstruktivisme dengan pelaksanaan ciri-

ciri konstruktivisme, manakala terdapat hubungan yang sederhana antara

pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM tentang konstruktivisme dengan

pelaksanaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham semasa latihan mengajar.

Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh sampel semasa melaksanakan teori

konstruktivisme ini.

Page 9: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

vi

ABSTRACT

Trainee science and mathematics teachers have long been exposed to the

theory of constructivism during their university studies. However, substantial

research showed that the teaching of science that is practised by most teachers were

"chalk and talk", whereas most students preferred that of "expository learning".

Hence, the researcher wishes to study whether trainee teachers will be able to find

the balance between the theoretical understanding of the theory of constructivism

and its practical implementation. In the context of this research, this research have

seen the knowledge of trainee science and mathematics teachers regarding the

attributes of the theory of constructivism and the Needham's Model of the 5 Phase of

Constructivism and their implementation during their teaching lessons. Six trainees

science and mathematics teachers in UTM who were undergoing their practical

teaching in secondary schools were taken as a sample in the research. The research

was conducted using the descriptive approach via pre-interviews, observations and

post-interviews. Descriptive analysis was used in analysing the data obtained. The

results showed that there is a high correlation between the knowledge of the trainee

science and mathematics teachers in UTM regarding the theory of constructivism

and the implementation of the attributes of constructivism but there is a moderate

degree relationship between the trainee teachers regarding the theory of

constructivism as seen from the Needham's Model of the 5 Phase of Constructivism.

There were several problems that were faced by the samples while implementing the

theory of constructivism.

Page 10: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Pembolehubah Kajian 8

Page 11: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

viii

1.8 Kerangka Konsep 9

1.9 Kepentingan Kajian 9

1.10 Skop Dan Batasan Kajian 10

1.11 Definisi Istilah 11

1.12 Rumusan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Konstruktivisme Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran 14

2.3 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih

Tentang Konstruktivisme 17

2.3.1 Ciri-ciri Pembelajaran

Secara Konstruktivisme 17

2.3.2 Kelebihan Pembelajaran

Secara Konstruktivisme 18

2.3.3 Model Konstruktivisme 19

2.3.4 Peranan Guru Dalam

Kelas Konstruktivis 22

2.4 Pelaksanaan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme 23

2.5 Masalah-masalah Pelaksanaan Konstruktivisme 27

2.6 Rumusan 29

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 30

3.1 Pendahuluan 30

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Sampel Kajian 32

3.5 Instrumen Kajian 33

Page 12: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

ix

3.5.1 Temu Bual 33

3.5.2 Pemerhatian 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Rumusan 37

BAB 4 ANALISIS DATA 38

4.1 Pengenalan 38

4.2 Dapatan Kajian daripada Responden 38

4.2.1 Hasil Dapatan Sampel A 39

4.2.2 Hasil Dapatan Sampel B 45

4.2.3 Hasil Dapatan Sampel C 51

4.2.4 Hasil Dapatan Sampel D 57

4.2.5 Hasil Dapatan Sampel E 64

4.2.6 Hasil Dapatan Sampel F 70

4.3 Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian 75

4.3.1 Pengetahuan Dan Pelaksanaan Ciri-ciri

Konstruktivisme Dan Masalah Yang

Dihadapi Oleh Responden 75

4.3.2 Pengetahuan Dan Pelaksanaan Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham

Dan Masalah Yang Dihadapi Oleh

Responden 79

4.4 Penutup 81

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 82

5.1 Pengenalan 82

5.2 Ringkasan Kajian 82

5.3 Kesimpulan (Perbincangan Dan Rumusan) 83

5.4 Implikasi Kajian 89

Page 13: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

x

5.5 Cadangan Penyelesaian 90

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.7 Penutup 92

RUJUKAN 93

LAMPIRAN 98

Page 14: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Cara Manusia Belajar 14

2.2 Fasa-fasa pengajaran berasaskan

Model Konstruktivisme 5-Fasa 21

4.1 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri

Konstruktivisme Sampel A Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 43

4.2 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel A Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 44

4.3 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri

Konstruktivisme Sampel B Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 49

4.4 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel B Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 50

4.5 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri Konstruktivisme

Sampel C Dengan Pelaksanaannya Semasa

Latihan Mengajar 55

4.6 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel C Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 57

4.7 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri Konstruktivisme

Sampel D Dengan Pelaksanaannya Semasa

Latihan Mengajar 63

Page 15: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

xii

4.8 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel D Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 64

4.9 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri Konstruktivisme

Sampel E Dengan Pelaksanaannya Semasa

Latihan Mengajar 69

4.10 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel E Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 70

4.11 Pengetahuan Tentang Ciri-ciri Konstruktivisme

Sampel F Dengan Pelaksanaannya Semasa

Latihan Mengajar 73

4.12 Pengetahuan Tentang Model Konstruktivisme

Lima Fasa Needham Sampel F Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 74

4.13 Pengetahuan Responden Tentang Ciri-ciri

Konstruktivisme Dengan Pelaksanaannya Semasa

Latihan Mengajar 78

4.14 Pengetahuan Responden Tentang Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dengan

Pelaksanaannya Semasa Latihan Mengajar 80

Page 16: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konsep 9

Page 17: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

xiv

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN NAMA PENUH

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KDPM Kursus Diploma Perguruan Malaysia

KPLI Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soalan Pra-temubual 98

B Borang Cerapan 101

C Senarai Semak: Ciri-ciri Konstruktivisme 103

D Senarai Semak: Fasa-fasa Pengajaran Berasaskan Model

Konstruktivisme 5 Fasa Needham 105

E Soalan Pasca-temubual 108

F Laporan Pra-temubual, Pemerhatian Dan Pasca-temubual

Responden Kajian 110

G Surat Pengesahan Status Pelajar UTM 189

H Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran Johor 191

I Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Kementerian Pelajaran Malaysia 193

J Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 196

Page 19: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam sistem pendidikan terkini di Malaysia, guru pelatih sains dan

matematik yang sedang menuntut di universiti tempatan atau maktab perguruan

kerap didedahkan kepada pelbagai teori pengajaran baru. Teori-teori seperti

konstruktivisme, kontekstual, masteri dan inkuiri-penemuan, ditekankan dalam

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Dalam kajian ini, penyelidik ingin

menumpukan perhatian terhadap pengetahuan guru pelatih tentang konstruktivisme

yang amat sesuai dengan kehendak pendidikan sains dan matematik terkini. Selain

itu, penyelidik akan fokus terhadap golongan guru pelatih sains dan matematik yang

sedang menjalankan latihan mengajar di sekolah. Penyelidik ingin mengkaji sama

ada golongan guru pelatih dapat mencari titik keseimbangan pengetahuan teori

konstruktivisme dengan pelaksanaan praktis.

Menurut Ahmad Ramli (2002), pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

fahaman konstruktivisme dapat menggalakkan dan memberi ruang kepada murid

untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan kemahiran

berfikir. Pandangan ini selaras dengan objektif Kurikulum Sains dan Matematik

KBSM yang menggalakkan latihan minda, supaya rakyat Malaysia berkemampuan

berfikiran terbuka dan reseptif kepada idea baru.

Page 20: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) juga telah bertungkus lumus

menghasilkan satu modul yang bertajuk “Pembelajaran Secara Konstruktivisme”

supaya dapat membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut. Ini

menunjukkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi penekanan yang

tinggi atas pelaksanaan teori konstruktivisme, khususnya bagi subjek sains dan

matematik.

Dari segi latihan mengajar pula, antara satu faktor yang penting dalam situasi

latihan mengajar bagi guru pelatih sains dan matematik ialah membuat keputusan

tentang kaedah yang terbaik dalam penyampaian subjek mereka. Menurut Kertas

Kerja yang bertajuk “Persediaan Rancangan Pengajaran dan Penilaian Pengajaran

Guru Pelatih” oleh Abu Hassan (2003), penyampaian merupakan pengajaran

sebenar, di mana segala konsep, prinsip dan fakta yang berkaitan dengan tajuk akan

disampaikan kepada murid. Penyampaian yang berkesan melibatkan usaha guru

menggunakan segala kemahiran, melalui peralatan, kaedah, strategi dan pendekatan

yang tertentu yang sesuai untuk menyampaikan bahan pengajaran.

Di samping itu, dalam modul Pembelajaran Sains dan Matematik pula, Meor

Ibrahim (2001) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran sains

dan matematik, walau apapun strategi yang digunakan oleh guru, penekanan perlu

diberikan kepada pendekatan konstruktivisme, dengan memberi peluang kepada

pelajar supaya terlibat secara aktif. Oleh itu, guru pelatih sains dan matematik

haruslah memahami konsep konstruktivisme dengan lebih mendalam dan teliti

sebelum mula menjalani latihan mengajar supaya dapat melaksanakan pengajaran

secara konstruktivisme dengan lebih berkesan.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) menyatakan terdapat beberapa

kesulitan berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran secara konstruktivisme.

Sebagai contoh, guru pelatih merasa kawalan kelas agak merosot kerana mereka

tidak mengajar, amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme

dianggap tidak realistik dan sebagainya.

Page 21: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

Namun demikian, memandangkan pelaksanaan konstruktivisme sungguh

digalakkan dan dipentingkan oleh pelbagai pihak yang berkaitan, guru pelatih

menghadapi cabaran mencari titik keseimbangan di antara pengetahuan tentang teori

konstruktivisme dan kenyataan praktis semasa mengajar. Penyelidik harap kajian

kes dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi idea dan panduan kepada pihak-

pihak yang tertentu, khasnya guru pelatih sains dan matematik semasa menjalankan

latihan mengajar di sekolah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia, guru pelatih sains dan matematik mengikuti program atau

kursus perguruan, seperti Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM), Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada umumnya, sukatan

pelajaran program atau kursus perguruan mengandungi dua komponen yang utama,

iaitu: akademik dan kaedah. Komponen akademik memberi peluang kepada guru

pelatih sains dan matematik untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang

fakta, konsep, prinsip dan teori subjek sains dan matematik. Manakala komponen

kaedah melengkapkan pengetahuan bakal guru dengan kemahiran pedagogi,

pengertian dan fungsi-fungsi teori-teori pembelajaran, membuat perancangan, proses

pelaksanaan, serta penilaian pengajaran dan pembelajaran.

Dalam bidang pengajian sains dan matematik terkini, teori konstruktivisme

telah diberi penekanan yang tinggi. Konstruktivisme mengganggap bahawa pelajar

adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan

orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka

kuasai sebelum ini (Billett 1996; Kerka 1997). Dengan pendekatan ini, pelajar

digalakkan berfikir secara kritis dan kreatif, mengemukakan soalan yang berbentuk

inkuiri, dan belajar melalui aktiviti.

Page 22: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

Meor Ibrahim (2001) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan

pembelajaran sains dan matematik, walau apapun strategi yang digunakan oleh guru,

penekanan perlu diberikan kepada teori konstruktivisme. Pandangan ini disokong

oleh ahli-ahli konstruktivisme yang menyatakan konstruktivisme membantu pelajar-

pelajar dalam pembelajaran untuk memperkenalkan pembinaan yang lebih berkesan

di mana pelajar akan menghayati matapelajaran secara mendalam (Confrey, 1985).

Menurut Abu Hassan (2003), sebelum seseorang pelatih ditauliahkan sebagai

guru, kemampuannya untuk mempraktikkan segala teori, kaedah, strategi,

pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik kuliah

digilap. Melalui program latihan mengajar, guru pelatih berpeluang mendalami

segala ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang perguruan, dalam suasana

bilik darjah sebenar. Dunn (1990) menyatakan kegagalan pelajar bukan disebabkan

oleh kurikulum semata-mata tetapi turut dipengaruhi oleh teknik dan pendekatan

yang digunakan oleh guru. Ini menunjukkan bahawa amalan pedagogi turut

memainkan peranan yang sangat penting dalam pencapaian objektif pembelajaran.

Justeru itu, program latihan mengajar merupakan komponen yang terpenting

dalam kursus perguruan. Di bilik darjah sebenar, mereka diberi peluang berfikir

memastikan cara bagaimana teori konstruktivisme yang diterimanya di universiti dan

maktab dapat diamalkan dengan lancar.

Teori pembelajaran secara konstruktivisme yang berfokuskan pelajar diberi

penekanan tinggi. Pendekatan, kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru secara

autokratik tidak sesuai lagi. Memang tidak dapat dinafikan bahawa salah satu

cabaran pendidikan di alaf baru ini ialah melaksanakan anjakan paradigma dari

pendekatan berpusatkan guru kepada pendekatan berpusatkan pelajar. Menurut

kajian Loo Sai Huat (2003) pula, didapati masih terdapat beberapa kelemahan di

kalangan guru dalam mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran

fizik, guru kurang memberi peluang kepada pelajar untuk memberikan idea-idea

tentang sesuatu topik pengajaran. Kebanyakan daripada idea adalah disampaikan

terus daripada guru kepada palajar. Di samping itu, Chen dan Adam (1982); Singh,

Marimuthu, dan Mukherjee (1990) dan Mohd Najib Ghafar(1995) menyatakan

Page 23: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

banyak kajian yang melaporkan bahawa kaedah pengajaran sains yang diamalkan

oleh kebanyakan guru ialah kaedah ‘chalk and talk’, manakala kabanyakan pelajar

pula lebih berminat kepada ‘expository learning’

Menurut Noriah(2000), biarpun keberkesanan pendekatan konstruktivisme

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerap diketengahkan dan diperkatakan,

namun pengaplikasian dan pengamalan pendekatan konstruktivisme di kalangan

guru-guru di Malaysia secara amnya adalah masih kurang. Guru pelatih sebagai

bakal guru harus sedar tentang strategi pengajarannya dan perlu berfikir tentang cara

untuk meningkatkan proses pengajarannya.

Beberapa cabaran telah tercatat dalam modul “Pembelajaran Secara

Konstruktivisme” oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Antara cabarannya

ialah amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme dianggap

tidak realistik, guru pelatih sains dan matematik yang menggunakan pendekatan

konstruktivisme memerlukan sokongan profesionalisme serta pengukuhan keyakinan

daripada pihak sekolah. Mereka haruslah mempunyai persediaan yang lengkap agar

dapat mengatasi pelbagai kesulitan yang berkaitan dengan pelaksanaan

konstruktivisme.

Memandangkan kelebihan pendekatan konstruktivisme dan cabaran-cabaran

yang dihadapi oleh guru pelatih konstruktivis, penyelidik ingin mengkaji hubungan

pengetahuan konstruktivisme guru pelatih sains dan matematik dengan

pelaksanaannya semasa latihan mengajar. Di samping itu, penyelidik ingin mengkaji

masalah dihadapi oleh mereka semasa pelaksanaan pembelajaran secara

konstruktivisme, dan cara bagaimanakan teori konstruktivisme dapat membantu

amalan.

Page 24: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau hubungan antara pengetahuan

guru pelatih sains dan matematik UTM tentang konstruktivisme dengan pelaksanaan

konstruktivisme semasa latihan mengajar. Aspek-aspek yang dikaji ialah

pengetahuan guru pelatih tentang konsep, ciri-ciri konstruktivisme dan Model

Konstruktisme 5-Fasa Needham. Aspek lain yang akan disentuh adalah berkaitan

dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme semasa

latihan mengajar, dan masalah-masalah yang mungkin dihadapi oleh guru pelatih

sains dan matematik UTM terhadap pelaksanaan pembelajaran secara

konstruktivisme.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk :-

1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM

tentang pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme.

1.4.2 Mengenalpasti bagaimanakah guru pelatih sains dan matematik UTM

melaksanakan pengajaran berasaskan teori konstruktivisme semasa latihan

mengajar.

1.4.3 Mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sains dan

matematik UTM terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara

konstruktivisme semasa latihan mengajar.

Page 25: PELAKSANAAN PENGAJARAN BERASASKAN … · tegurannya yang membina dalam usaha menyiapkan project penyelidikan ini. Ucapan terima kashi juga diucapkan kepada pengetua sekolah yang memberikan

197

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan tentang pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM tentang

konstruktivisme dengan pelaksanaannya semasa latihan mengajar. Antara persoalan

yang ditimbulkan ialah:-

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM terhadap

konsep dan ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme?

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan guru pelatih sains dan matematik UTM terhadap

Model Konstruktisme 5-Fasa Needham?

1.5.3 Bagaimanakah guru pelatih sains dan matematik UTM melaksanakan

pengajaran berasaskan teori konstruktivisme semasa latihan mengajar?

1.5.4 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih sains dan

matematik dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara

konstruktivisme?