pelajar prasiswazah disediakan oleh : mohamad shahrul naim bin zaidi a143085 fgg/1 2013/2014
DESCRIPTION
LAPORAN AKHIR (HP 5) . PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh : Mohamad Shahrul Naim bin Zaidi A143085 FGG/1 2013/2014. Light The Autism. Kod kelulusan JPPeL : DN00065/2014. Jawatan : Ketua Exco Jamuan. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
LAPORAN AKHIR (HP 5)
<<HHHC 9501 – PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN
PENDEKATAN SAINTIFIK>>
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh:
Mohamad Shahrul Naim bin Zaidi A143085FGG/1 2013/2014
Light The Autism
Kod kelulusan JPPeL:DN00065/2014
• Tarikh mula merancang – tamat 12 November 2013 – 6 April 2014
Jawatan : Ketua Exco Jamuan
• Program Light the Autism ini merupakan program larian amal yang dianjurkan
oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
• Program ini bertujuan untuk menambahkan sumber kewangan Tabung Amanah
Makmal Kanak-Kanak Istimewa UKM
• Mesyuarat pertama diadakan pada 19 November 2013
• Saya telah terpilih menjadi Exco Jamuan bersama 8 orang ahli
• Kebanyakkan Exco Jamuan adalah dari Fakulti Pergigian untuk memudahkan
komunikasi.
• Sepanjang program ini djalankan, ahli Exco Jamuan telah memberikan
komitmen yang baik.
Kerja Berpasukan
Ahli Exco Jamuan
• Sebagai Exco Jamuan, kami bertanggungjawab untuk menyediakan makanan
kepada VIP , peserta, ahli organisasi dan pengunjung semasa program tersebut
dijalankan, merancang menu makanan dan mencari catering untuk menyediakan
makanan dengan harga yang berpatutan.
• Melalui kemahiran berfikir secara kritikal, kami telah menetapkan beberapa
parameter agar kami dapat memilih katering yang tepat.
• Pertama sekali, katering tersebut hendaklah berdekatan dengan tempat larian
tersebut dijalankan agar makanan dapat dihantar pada masanya dan sekiranya
terdapat sebarang permasalahan, kami dapat berjumpa dengan terus dengan
pengusaha katering tersebut.
Kemahiran Pemikiran Kritikal
• Kedua, katering tersebut hendaklah menawarkan makanan dengan harga yang
berpatutan disebabkan bajet kami agak terhad dan dianggarkan dalam 2000
orang akan turut serta dalam program ini termasuk ahli organisasi dan peserta.
• Berdasarkan kriteria tersebut, kami telah memilih kafe KTSN untuk menjadi
katerer bagi program ini.
• Kami juga dikehendaki untuk membeli pisang untuk diletakkan dalam goodies
bag.
• Kami telah membandingkan kualiti, jenis dan harga pisang sebelum membuat
keputusan untuk membelinya.
Ketika sedang memotong pisang untuk diletakkan didalam goodies bag
Mesyuarat kali pertama
• Sepanjang program tersebut berlangsung terdapat beberapa masalah yang
timbul.
• Terdapat lebihan makanan pada hari tersebut disebabkan ramai pengunjung tidak
mengetahui bahawa makanan juga disediakan untuk mereka dan terdapat peserta
yang tidak mengambil makanan yang kami sediakan.
• . Oleh itu, selepas program ditamatkan pada pukul 12.00 tengah hari, lebihan
makanan tersebut telah diagihkan kepada orang miskin disekitar Chow Kit.
• Selain itu, kami juga telah memberikan makanan tersebut kepada pengunjung di
sekitar tasik titiwangsa.
Penyelesaian Masalah
• Terdapat juga masalah komunikasi diantara ahli organisasi.
• Pada mulanya Exco Jamuan diarahkan untuk menyediakan makanan untuk ahli
organisasi, peserta dan VIP.
• Disebabkan Datin Seri Rosmah berbesar hati untuk menghadiri program ini, kami
telah diarahkan untuk cuma menyediakan makanan kepada ahli organisasi sahaja.
• Disebabkan perkara ini berlaku selepas kami telah membayar deposit, kami telah
dimarahi oleh pengusaha kafe KTSN kerana mereka telah membeli bahan masakan
untuk larian autism.
• Selepas kami menceritakan hal yang sebenar dan memujuk rayu, mereka telah
bersetuju untuk menyediakan makanan untuk ahli organisasi sahaja.
Menyediakan makanan untuk diagihkan
Selepas tamat program dijalankan
• Belajar menjadi ketua dalam sebuah program yang melibatkan ribuan
orang termasuk peserta dan ahli organisasi.
• Dapat merancang tindakan sesuai dengan masa dan tarikh akhir yang telah
dinyatakan.
• Membuat pilihan dalam pemilihan katering dan juga pembelian barang
dengan menetapkan beberapa kriteria.
• Melatih sifat tenang dan sabar apabila berurusan dengan pihak atasan.
• Belajar untuk berkomunikasi dengan baik
Kesimpulan
• Berfikir secara kritikal dan saintifik apabila berhadapan dengan masalah
yang dihadapi
• Berlatih untuk bekerja dalam kumpulan dengan baik.
Sekian Terima Kasih