pek.ketua pengarah ukur dan pemetaan bil.1 tahun … · 2019-06-09 · ktpk 18/4/2.01jld.4/(76 )...

12
KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997. PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN 1997 Keperluan Mengemukakan Data Berdigit Oleh Juruukur Tanah Berlesen 1. Tujuan Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan serta menerangkan mengenai keperluan Juruukur Tanah Berlesen (JUBL) mengemukakan data berdigit disamping hasil kerja dalam bentuk 'hardcopy' selaras dengan perlaksanaan sepenuhnya sistem CALS di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri (JUPN). 2. Latarbelakang 2.1 Perolehan Sistem CALS bertujuan untuk mempercepatkan proses penghasilan pelan kadaster serta mewujudkan Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) Kebangsaan yang berkemampuan menyediakan maklumat kadaster berdigit ke pejabat tanah selaras dengan pembentukan Sistem Maklumat Tanah (LIS) dan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Kebangsaan. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai 'custodian' kepada maklumat spatial tersebut berhasrat melengkapkan Pengkalan Data Ukur Kadaster secara seluruh negara menjelang tahun 1998. 2.2 Walau bagaimanapun kerja ukur hakmilik tanah oleh JUBL yang dikemukakan kepada JUPN untuk kelulusan setiap tahun yang dianggarkan berjumlah 100,000 lot belum dapat diproses melalui sistem CALS. Pelaksanaan sistem CALS di Jabatan pada masa sekarang hanya menumpukan kepada kerja-kerja jabatan sahaja manakala kerja-kerja oleh JUBL masih disemak secara manual mengikut Pekeliling KPUP Bil. 2/1974. Keadaan ini tidak membolehkan kerja- kerja ukuran JUBL dilengkapkan ke dalam Pengkalan Data Ukur Kadaster Negeri (PDUK) kecuali dengan memasukkan semula atribut lot-lot ke dalam komputer secara berasingan dan cara ini akan melibatkan masa dan kos tambahan jabatan. 2.3 Justeru itu JUBL dikehendaki mengemukakan data berdigit disamping mengemukakan hasil kerja berbentuk 'hardcopy' kepada JUPEM. Langkah

Upload: others

Post on 15-Feb-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997

KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76)

Ibu Pejabat

Jabatan Ukur Dan Pemetaan

Jalan Semarak

50578 Kuala Lumpur

2 April, 1997.

PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN 1997Keperluan Mengemukakan Data Berdigit Oleh Juruukur Tanah Berlesen

1. Tujuan

Tujuan pekeliling ini adalah untuk memaklumkan serta menerangkan mengenaikeperluan Juruukur Tanah Berlesen (JUBL) mengemukakan data berdigit disampinghasil kerja dalam bentuk 'hardcopy' selaras dengan perlaksanaan sepenuhnya sistemCALS di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri (JUPN).

2. Latarbelakang

2.1 Perolehan Sistem CALS bertujuan untuk mempercepatkan proses penghasilanpelan kadaster serta mewujudkan Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK)Kebangsaan yang berkemampuan menyediakan maklumat kadaster berdigit kepejabat tanah selaras dengan pembentukan Sistem Maklumat Tanah (LIS) danSistem Maklumat Geografi (GIS) Kebangsaan. Jabatan Ukur dan PemetaanMalaysia (JUPEM) sebagai 'custodian' kepada maklumat spatial tersebutberhasrat melengkapkan Pengkalan Data Ukur Kadaster secara seluruh negaramenjelang tahun 1998.

2.2 Walau bagaimanapun kerja ukur hakmilik tanah oleh JUBL yang dikemukakankepada JUPN untuk kelulusan setiap tahun yang dianggarkan berjumlah100,000 lot belum dapat diproses melalui sistem CALS. Pelaksanaan sistemCALS di Jabatan pada masa sekarang hanya menumpukan kepada kerja-kerjajabatan sahaja manakala kerja-kerja oleh JUBL masih disemak secara manualmengikut Pekeliling KPUP Bil. 2/1974. Keadaan ini tidak membolehkan kerja-kerja ukuran JUBL dilengkapkan ke dalam Pengkalan Data Ukur KadasterNegeri (PDUK) kecuali dengan memasukkan semula atribut lot-lot ke dalamkomputer secara berasingan dan cara ini akan melibatkan masa dan kostambahan jabatan.

2.3 Justeru itu JUBL dikehendaki mengemukakan data berdigit disampingmengemukakan hasil kerja berbentuk 'hardcopy' kepada JUPEM. Langkah

Page 2: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997

ini bertujuan membolehkan JUPEM melengkapkan serta mengemaskinidaftar SRS (Survey Record System), Pangkalan Data Ukur Kadaster danmenjalankan semakan kerja JUBL menggunakan CPS (Cadastral ProsessingSystem).

3. Format Data Berdigit Yang Diperlukan

Bagi menyeragamkan format kemasukan data berdigit kedalam sistem CALS, Jabatantelah menetapkan Format Piawai Fail JUPEM (JUPEM Standard Digital File Format)untuk dipatuhi oleh semua JUBL. Dua jenis fail data berdigit berbentuk Format ASCIIdalam media storan disket 3.5" diperlukan daripada JUBL seperti berikut:-

3.1 Fail Berdigit Untuk Mengemaskinikan SRS dan PDUK

Fail ini bertujuan mengemaskinikan pengkalan SRS dengan maklumat ukurbagi penyediaan laporan serta untuk mengemaskinikan PDUK dengan lot-lotyang diukur. Fail ini dikenali sebagai JUPEM-DCDB format. Format Databagi fail ini adalah seperti di Lampiran 'A'. Keterangan mengenai format iniadalah seperti di Lampiran 'A1' dan 'A2'. Format JUPEM-DCDBmengandungi 4 fail iaitu jobref.job, jobref.bkl, jobref.lot dan jobref.bdy. Failjobref.job dan jobref.bkl adalah untuk tujuan pengkalan data SRS manakalafail jobref.lot dan jobref.bdy adalah untuk tujuan mengemaskinikan PDUK.Ianya telah direkabentuk bagi memastikan supaya tidak terdapat pengulangandata yang dikemukakan serta mengelakkan kesilapan didalam pengkalan-pengkalan data SRS dan CDS yang lain. Format ini yang merupakan platformbebas dan berbeza dengan format bagi mengemaskinikan PDUK dari CPSdidalam sekitaran sistem CALS.

Setelah kerja diterima daripada JUBL, Unit JUBL negeri akan mewujudkansatu direktori ke dalam SRS serta menyalin fail berdigit yang berkaitan untuktujuan storan. Fail tersebut kemudiannya dihantar untuk semakan (samadaminima ataupun menyeluruh) dan seterusnya untuk kelulusan Pelan Akui olehPengarah Ukur. Setelah Pelan Akui diluluskan pengkalan data SRS hendaklahdikemaskinikan dan fail berkenaan dihantar ke direktori CDS (CadastralDatabase System) untuk tujuan mengemaskini PDUK dengan lot-lot yangtelah diluluskan. Sistem Kawalan yang terdapat di CDS bertindak bagimenentukan samada sesuatu kerja baru itu telah sedia untuk dikemaskinikanke dalam PDUK.

3.2 Fail Berdigit Untuk Semakan Menyeluruh melalui CPS

Fail ini yang dikenali sebagai JUPEM-Check Format digunakan bagi semakanmenyeluruh ke atas kerja-kerja JUBL sekiranya diperlukan. Format data bagifail ini adalah seperti di Lampiran 'B' yang mengandungi dua fail iaitujobref.ncp dan jobref.tps dimana fail .ncp mengandungi maklumat data yangdilaraskan (bering muktamat dan jarak) manakala fail. tps mengandungimaklumat blok terabas, garisan sambungan, definasi lot dan kodinat.

Page 3: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997

Keterangan dan contoh mengenai format ini adalah seperti di Lampiran 'B1','B2' dan 'B3'.

Sekiranya semakan menyeluruh keatas kerja JUBL diperlukan, fail berkenaanakan dihantar ke unit CPS untuk pemerosesan dan semakan. Pengguna di UnitCPS akan terlebih dahulu 'login' ke fail tersebut dengan menggunakan perisianCPS dan 'download' data-data berdigit berkenaan. Setelah dipastikan bahawadata-data berdigit itu dikodkan dengan teraturnya, fail tersebut akandiproseskan melalui prosidur biasa bagi menghasilkan Jilid Kiraan dan PelanAkui.

Jilid Kiraan dan Pelan Akui yang dihasilkan itu kemudiannya akandibandingkan dengan Jilid Kiraan dan Pelan Akui yang dikemukakan olehJUBL, dan sekiranya didapati betul dan teratur, kerja tersebut akan dimajukankepada Pengarah Ukur untuk kelulusan. Selepas kelulusan Unit JUBL akanmengemaskinikan pangkalan data SRS dan seterusnya ke direktori CDS yangboleh menentukan samada sesuatu kerja baru itu telah sedia untukdikemaskinikan ke dalam PDUK.

4. Aliran Kerja

Aliran kerja bagi pemerosesan fail data berdigit dari Juruukur Tanah Berlesen adalahditunjukan didalam Lampiran 'C'.

5. Pelaksanaan

Pekeliling ini berkuatkuasa enam (6) bulan daripada tarikh pengeluarannya.

Sekian."BERKHIDMAT UNTUK NEGARA""CINTAILAH BAHASA KITA"

( DATO' ABDUL MAJID BIN MOHAMED )

Ketua Pengarah Ukur dan PemetaanMalaysia.

Edaran kepada:Semua Pengarah Ukur NegeriSetiausaha,Lembaga Juruukur Tanah

Salinan Kepada :

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan

Page 4: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997

Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik)

Pengarah Ukur Bahagian (Pengurusan dan Pembangunan)

Pengarah Ukur Bahagian (Penyelarasan Kadaster)

Pengarah Ukur Bahagian (Pengeluaran Pemetaan)

Page 5: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 6: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 7: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 8: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 9: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 10: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 11: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997
Page 12: PEK.KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN BIL.1 TAHUN … · 2019-06-09 · KTPK 18/4/2.01Jld.4/(76 ) Ibu Pejabat Jabatan Ukur Dan Pemetaan Jalan Semarak 50578 Kuala Lumpur 2 April, 1997