pekeliling perkhidmatan bilangan 10...

21
KERAJAAN MALAYSIA ____________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 ____________________________________ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI KELAYAKAN-KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan nilai taraf baru bagi kelayakan-kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan seperti Pengajian Islam, Usuluddin, Bahasa Arab dan sebagainya dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang bersesuaian dalam skim perkhidmatan kerajaan. LATAR BELAKANG 2. Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi telah diiktiraf oleh kerajaan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Am / Lulus atau Kepujian mengikut tahap kelulusan seperti berikut: 1

Upload: ngoque

Post on 11-Apr-2019

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

KERAJAAN MALAYSIA

____________________________________

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 ____________________________________

PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI KELAYAKAN-KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA

DALAM BIDANG SASTERA DAN SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan nilai taraf baru bagi

kelayakan-kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains

Kemasyarakatan seperti Pengajian Islam, Usuluddin, Bahasa Arab dan sebagainya dari

universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi bagi maksud lantikan ke jawatan-jawatan

yang bersesuaian dalam skim perkhidmatan kerajaan.

LATAR BELAKANG 2. Kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan

dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi telah diiktiraf oleh kerajaan setaraf

dengan Ijazah Sarjana Muda Am / Lulus atau Kepujian mengikut tahap kelulusan seperti

berikut:

1

Page 2: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

(i) Pencapaian di peringkat Jayyid (Baik) (60% - 100%) dan ke atas

diiktiraf setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti-

universiti tempatan; dan

(ii) Pencapaian di peringkat Maqbul (Lulus) (50% - 59%) diiktiraf setaraf

dengan Ijazah Sarjana Muda Am / Lulus dari universiti-universiti

tempatan.

3. Manakala kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama dari

universiti-universiti di Jordan diiktiraf oleh Kerajaan sebagai setaraf dengan Ijazah

Sarjana Muda Kepujian tanpa mengambil kira tahap kelulusan seperti di atas.

4. Berdasarkan kepada pengiktirafan dan nilai taraf di atas, pemegang-pemegang

kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari

universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi adalah layak dipertimbangkan untuk

lantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang mensyaratkan

Ijazah Sarjana Muda sebagai kelayakan masuk minimum.

5. Untuk jawatan-jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional lainnya yang

mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian, siswazah-

siswazah dari universiti-universiti di Jordan layak dipertimbangkan untuk lantikan

manakala pemegang kelayakan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi adalah

perlu memiliki kedua-dua Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana seperti yang

dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1987 dan Pekeliling

Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1989.

PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF

6. Memandangkan terdapat perbezaan dari segi nilai taraf kelayakan dari universiti-

universiti di Jordan dan negara-negara di Mesir dan Arab Saudi, maka pada tahun 2001

kerajaan telah membuat kajian dan bersetuju supaya lawatan penilaian semula kelayakan

2

Page 3: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan ke universiti-universiti di Mesir dan Arab

Saudi diadakan bagi melihat secara terperinci program-program pengajian yang

dijalankan di negara-negara berkenaan.

7. Lanjutan daripada lawatan penilaian tersebut, kerajaan telah bersetuju

menetapkan nilai taraf baru bagi semua kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

Sastera dan Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi

sebagai setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian bagi semua peringkat kelulusan

termasuk Maqbul berkuatkuasa bagi pelajar-pelajar yang berdaftar selepas 21 April 2003.

Penetapan semula nilai taraf ini melibatkan universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi

seperti berikut:

Mesir

(i) Universiti Al-Azhar (semua cawangan);

(ii) Universiti Cairo;

(iii) Universiti Alexandria;

(iv) Universiti Ain Shams; dan

(v) Universiti Assiut.

Arab Saudi

(i) Universiti Omm Al-Qura, Mekah;

(ii) Universiti Al-Malek Saud, Riyadh;

(iii) Universiti Islam Iman Mohamad bin Saud, Riyadh;

(iv) Universiti Al-Malek Feisal, Ehsa;

(v) Universiti Al-Malek Abdul Aziz, Jeddah; dan

(vi) Universiti Islam Madinah, Madinah.

8. Dalam masa yang sama, kerajaan telah bersetuju menurunkan nilai taraf

kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir daripada

setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda kepada setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia (STPM). Penurunan nilai taraf ini menyebabkan pemegang-pemegang

3

Page 4: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

kelayakan menghadapi masalah untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam. Lanjutan

daripada permasalahan tersebut maka kerajaan telah menjalankan kajian semula dan

seterusnya bersetuju mengiktiraf kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari Maahad

Qiraat Al-Azhar, Mesir setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda Kepujian berkuatkuasa pada

21 April 2003. Manakala pada 13 April 2006, pengiktirafan yang diberi oleh kerajaan

sebelum ini ke atas semua kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan

Sains Kemasyarakatan dari universiti-universiti di Arab Saudi dan Mesir seperti yang

dinyatakan di para 7 di atas telah dipanjangkan kepada semua pemegang kelayakan tanpa

mengambil kira tarikh kemasukan atau bergraduat.

PERUBAHAN PENETAPAN GAJI PERMULAAN 9. Dengan berkuat kuasanya nilai taraf baru seperti di perenggan 7 dan 8, semua

pemegang kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains

Kemasyarakatan (bagi semua peringkat kelulusan) dari universiti-universiti di Mesir dan

Arab Saudi seperti di para 7 di atas dan kelayakan Syahadah Takhassus Qiraat dari

Maahad Qiraat Al-Azhar, Mesir adalah layak dipertimbangkan untuk lantikan ke skim-

skim perkhidmatan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan ditawarkan gaji

permulaan berdasarkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian seperti ketetapan dalam

skim perkhidmatan berkaitan, walaupun syarat kelayakan minimum adalah di peringkat

Ijazah Sarjana Muda.

KAEDAH PENETAPAN GAJI PERMULAAN BAGI PEGAWAI SEDANG BERKHIDMAT 10. Pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam skim-skim perkhidmatan Gred 41,

Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilantik berasaskan kelayakan Ijazah

Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Kemasyarakatan yang memperoleh

kelulusan di peringkat Maqbul dari universiti-universiti di Mesir dan Arab Saudi,

hendaklah ditetapkan gajinya pada tarikh kuat kuasa mengikut kaedah seperti berikut:

4

Page 5: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

(a) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T1

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

berada di matagaji P1T2 dan ke bawah hendaklah

ditetapkan di matagaji P1T3;

ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

telah berada di matagaji P1T3 dan ke atas tidak terlibat

dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan

iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April

2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3.

(b) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

berada di matagaji P1T2 hendaklah ditetapkan di

matagaji P1T3;

ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

telah berada di matagaji P1T3 dan ke atas tidak terlibat

dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan

iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April

2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T3.

5

Page 6: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

(c) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T4 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

berada di matagaji P1T3 dan ke bawah hendaklah

ditetapkan di matagaji P1T4;

ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

telah berada di matagaji P1T4 dan ke atas tidak terlibat

dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan

iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April

2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T4.

(d) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T5 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

berada di matagaji P1T4 dan ke bawah hendaklah

ditetapkan di matagaji P1T5;

ii) pegawai Gred 41 yang dilantik sebelum 13 April 2006 dan

telah berada di matagaji P1T5 dan ke atas tidak terlibat

dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini; dan

iii) pegawai Gred 41 yang dilantik pada atau selepas 13 April

2006 hendaklah ditetapkan di matagaji P1T5.

6

Page 7: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

PERGERAKAN GAJI TAHUNAN 11. Pergerakan Gaji Tahunan Pegawai Gred 41 yang berkhidmat sebelum 13 April

2006 hendaklah ditetapkan seperti berikut:

(a) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T1

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai yang berada di matagaji P1T2 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 13 April

2006 ke matagaji P1T3. Oleh yang demikian pegawai tidak

terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru; dan

ii) pegawai yang berada di matagaji P1T1 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 13 April

2006 sebelum ditetapkan ke matagaji P1T3.

(b) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai yang berada di matagaji P1T2 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada

13 April 2006 ke matagaji P1T3. Oleh yang demikian

pegawai tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan

yang baru.

7

Page 8: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

(c) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T4 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai yang berada di matagaji P1T3 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada

13 April 2006 ke matagaji P1T4. Oleh yang demikian

pegawai tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan

yang baru; dan

ii) pegawai yang berada di matagaji P1T2 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 13

April 2006 sebelum ditetapkan ke matagaji P1T4.

(d) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T5 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

i) pegawai yang berada di matagaji P1T4 yang mana Tarikh

Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober

hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada

13 April 2006 ke matagaji P1T5. Oleh yang demikian

pegawai tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan

yang baru; dan

ii) pegawai yang berada di matagaji P1T3 dan ke bawah yang

mana Tarikh Pergerakan Gaji Tahunannya pada 1 Julai atau

1 Oktober hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu

pada 13 April 2006 sebelum ditetapkan ke matagaji P1T5.

8

Page 9: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

TARIKH PERGERAKAN GAJI

12. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) bagi pegawai yang dilantik sebelum 13 April 2006

hendaklah ditetapkan seperti berikut:

(a) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T1

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

TPG bagi pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2004 hingga 12 April

2006 hendaklah ditetapkan pada 1 April tahun berikutnya.

(b) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T3 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

TPG bagi pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2005 hingga 12 April

2006 adalah ditetapkan pada 1 April tahun berikutnya.

(c) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T4 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

TPG bagi pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2004 hingga 12 April

2006 adalah ditetapkan pada 1 April tahun berikutnya.

(d) Skim Perkhidmatan Yang Menetapkan Gaji Permulaan P1T2

Bagi Ijazah Sarjana Muda Dan P1T5 Bagi Ijazah Sarjana Muda

Kepujian

TPG bagi pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2003 hingga 12 April

2006 adalah ditetapkan pada 1 April tahun berikutnya.

9

Page 10: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

13. Contoh kaedah penetapan gaji permulaan bagi pegawai yang terlibat adalah

seperti di Lampiran A1, A2, A3, A4, A5, A6, A7, A8, A9.

PERTANYAAN 14. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pekeliling Perkhidmatan ini hendaklah

dirujuk kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Jabatan Perkhidmatan Awam

Bahagian Latihan

Aras 6, Blok C1, Parcel C

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62510 PUTRAJAYA

Tel : 03-88853364

Faks : 03-88892179

E-mel : [email protected]

TARIKH KUAT KUASA 15. Tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah mulai 13 April 2006.

PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya pekeliling ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5

Tahun 1987 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1989 adalah dibatalkan.

10

Page 11: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

PEMAKAIAN 17. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan

Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak

Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Malaysia

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA Tarikh: 3 November 2006

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia

Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Malaysia

Setiausaha, Suruhanjaya Pasukan Polis Diraja Malaysia

Semua Ketua Setiausaha Kementerian

Semua Ketua Jabatan Persekutuan

Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri

Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

11

Page 12: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A1

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU

PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA

DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Januari

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM)

Catatan

31.12.05 1468.60 (P1T1) - Gaji pada 31.12.2005.

1.1.06 1547.25 (P1T2) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

13.4.06 1547.25 (P1T2)

1625.90 (P1T3)

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Gaji diselaraskan ke- matagaji permulaan baru.

1.4.07 - 1704.55 (P1T4)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

12

Page 13: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A2

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI PENERANGAN GRED S41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU

KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Oktober

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM)

Catatan

31.12.04 1468.60 (P1T1) - Gaji pada 31.12.2004.

1.10.05 1547.25 (P1T2) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

13.4.06 1547.25 (P1T2)

1625.90 (P1T3)

TPG asal pada 1 Oktober. Pegawai diberi PGT pada tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM. Tidak terlibat dengan pelarasan gaji kerana pegawai telah berada di P1T3.

1.4.07 - 1704.55 (P1T4)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

PGT - Pergerakan Gaji Tahunan

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

13

Page 14: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A3

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PENGUASA KASTAM GRED W41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU

KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 April

TPG baru : 1 April 2007 (kekal)

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM)

Catatan

31.12.04 1480.70 (P1T1) - Gaji pegawai pada 31.12.2004.

1.4.05 1560.56 (P1T2) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

1.4.06 1640.42 (P1T3) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

13.4.06 1640.42 (P1T3) -

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Tidak terlibat dengan pelarasan gaji ke matagaji permulaan baru kerana telah berada di matagaji P1T3.

1.4.07 1720.28 (P1T4) - TPG kekal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

Catatan :

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

14

Page 15: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A4

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI

KESELAMATAN GRED KP41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG

SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 April

TPG baru : 1 April 2007 (kekal)

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM)

Catatan

1.4.06 1471.02 (P1T1) - Lantikan baru

13.4.06 1471.02 (P1T1)

1628.32 (P1T3)

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Gaji diselaraskan ke matagaji permulaan yang baru.

1.4.07 - 1706.97 (P1T4)

TPG kekal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

15

Page 16: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A5

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA

DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 April

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM) Catatan

31.12.05 1553.30 (P1T2) - Gaji pada 31.12.2005

1.4.06 1631.95 (P1T3) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut

keputusan PPSM.

13.4.06 1631.95 (P1T3)

1710.60 (P1T4)

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Gaji pegawai di selaras ke matagaji permulaan baru.

1.4.07 - 1789.25 (P1T5)

TPG kekal. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

16

Page 17: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A6

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA MUDA DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Julai

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM) Catatan

31.12.05 1553.30 (P1T2) - Gaji pada 31.12.2005

13.4.06 1631.95 (P1T3) -

TPG asal pada 1 Julai. Pegawai diberi PGT pada tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

13.4.06 1631.95 (P1T3)

1710.60 (P1T4)

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Gaji pegawai diselaraskan ke matagaji permulaan baru.

1.4.07 - 1789.25 (P1T5)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

PGT - Pergerakan Gaji Tahunan

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

17

Page 18: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A7

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH GRED DG41

BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Januari

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji

Sekarang (RM)

Gaji Baru (RM) Catatan

2.1.06 1553.30 (P1T2) - Lantikan Baru.

13.4.06 1553.30 (P1T2)

1710.60 (P1T4)

Tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Gaji diselaraskan ke matagaji permulaan baru.

1.4.07 - 1789.25 (P1T5)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

18

Page 19: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A8

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI PENERBITAN GRED N41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU

KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI

UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Julai

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji Sekarang (RM) Gaji Baru (RM) Catatan

31.12.05 RM1548.46 (P1T2) - Gaji pada 31.12.2005

13.4.06 RM1548.46 (P1T2)

RM1627.11(P1T3)

TPG asal pada 1 Julai. Pegawai diberi PGT pada tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM. Tidak terlibat dengan pelarasan gaji ke matagaji permulaan baru kerana pegawai telah berada di P1T3.

1.4.07 - RM1705.76(P1T4)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

PGT - Pergerakan Gaji Tahunan

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

19

Page 20: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI

LAMPIRAN A9

KAEDAH PELARASAN GAJI KE MATAGAJI PERMULAAN BARU PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A41 BERIKUTAN NILAI TARAF BARU KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA

DALAM BIDANG SASTERA/ SAINS KEMASYARAKATAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI DI MESIR DAN ARAB SAUDI

TPG asal : 1 Oktober

TPG baru : 1 April 2007

Tarikh Gaji Sekarang (RM) Gaji Baru (RM) Catatan

31.12.04 RM1658.57 (P1T2) - Gaji pada 31.12.2004

1.10.05 RM1738.43 (P1T3) - TPG asal. Pergerakan Gaji Biasa

mengikut keputusan PPSM.

13.4.06 RM1818.29 (P1T4) -

TPG asal pada 1 Oktober. Pegawai diberi PGT pada tarikh kuat kuasa pindaan gaji permulaan. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

13.4.06 RM1818.29 (P1T4)

RM1898.15(P1T5)

Gaji diselaraskan ke matagaji permulaan yang baru.

1.4.07 - RM1978.01(P1T6)

TPG baru. Pergerakan Gaji Biasa mengikut keputusan PPSM.

Catatan :

PGT – Pergerakan Gaji Tahunan

TPG - Tarikh Pergerakan Gaji

PPSM - Panel Pembangunan Sumber Manusia

20

Page 21: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 …docs.jpa.gov.my/docs/pekeliling/pp06/bil10/pp1006.pdfPEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 10 TAHUN 2006 _____ PENETAPAN SEMULA NILAI TARAF BARU BAGI