pedagogi berkesan

11
PEDAGOGI – P&P BERKESAN Jelaskan pendekatan pedagogi yang mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan menyeronokkan sekali gus meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Upload: cik-noorlyda

Post on 09-Dec-2014

3.563 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi berkesan

PEDAGOGI – P&P BERKESAN

Jelaskan pendekatan pedagogi yang mampu menjadikan pengajaran dan

pembelajaran berkesan dan menyeronokkan sekali gus

meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Page 2: Pedagogi berkesan

DEFINISI KONSEP

• Pendekatan Pedagogi Satu strategi bagaimana sesuatu pelajaran

disampaikan melalui proses pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai hasil.

• Pengajaran dan pembelajaran berkesan. Satu proses pengajaran yang menyediakan

keperluan pembelajaran secara optimum dan mencapai objektif yang ditetapkan

Page 3: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme Berkesan Dan Menyeronokkan

Apakah Pendekatan Kostruktivisme? Murid membina pengetahuan mereka

berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

(Briner.M,1999) •

Page 4: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme: Apakah Peranan Guru?

• Guru sebagai fasilitator / pemudah cara • Menyediakan rancangan mengajar berpusatkan pelajar. • Merangsang pemikiran pelajar. • Memastikan bilik darjah kondusif. • Bersikap terbuka dengan sebarang pandangan pelajar. • Pelbagaikan kaedah mengajar. • Menyediakan bahan pembelajaran lebih awal. • Berinteraksi dengan pelajar secara mesra dan

penyayang. • Amalan refleksi dan menilai keberkesanan P&P.

Page 5: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme:Bagaimana Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

1 Kaedah Perbincangan Berkumpulan • Pelajar dibahagi kepada beberapa kumpulan. • Setiap pelajar bertanggungjawab menyelesaikan

tugas dalam kumpulan. • Percambahan idea dari kalangan pelajar yang

berbeza kebolehan. • Tugasan kumpulan dibentang dan dikumpul untuk

kegunaan semua. • Memperolehi kemahiran sosial dan saling

membantu di antara mereka.

Page 6: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme:Bagaimana Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

2 Kaedah Penyiasatan • Pelajar diberi tugas dalam bentuk inkuiri

penemuan iaitu soalan menggerakkan murid membuat penyiastan sendiri.

• Pelajar membuat andaian, inferens dan hipotesis. • Kefahaman dibina melalui dapatan yang dikumpul

dan diterima. • Maklumat yang dikumpul, dibincang, dianalisis dan

dimurnikan untuk kegunaan semua. • Pengukuhan dan pemulihan terhadap persepsi

asal bagi sesuatu konsep dapat dilakukan.

Page 7: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme:Bagaimana Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

3 Kaedah Gabung Jalin • Konsep pembelajaran digabung jalin

dengan fenomena alam, isu hangat dan juga kepercayaan masyarakat.

• Kesan penerokaan sumber boleh dikaitkan dengan kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan pencemaran sungai.

• Pembelajaran juga dikaitkan dengan peribahasa yang berkaitan.

Page 8: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme:Bagaimana Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

• 4 Kaedah Bantuan (help) • Pelajar lemah dan bermasalah bantuan

awal diberi untuk pelajar memahami konsep.

• Fakta asas dan formula akan diberi. • Contoh pengiraan dibuat oleh guru. • Setelah memahami pelajar diminta

menyelesaikan tugas dan soalan berikutnya.

• Memberi keyakinan dan motivasi diri.

Page 9: Pedagogi berkesan

Pendekatan Konstruktivisme:Bagaimana Proses Pengajaran Dan Pembelajaran?

5 Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)

• Pembelajaran didedahkan dengan penggunaan komputer dan kemudahan internet.

• Pembelajaran diadakan di makmal komputer. • Pelajar dirangsang dengan gambar slaid yang

berkaitan. • Penerokaan seterusnya dibuat melalui melayari

internet. • Tugasan yang diberi diselesaikan dengan aplikasi

komputer . • Diakhir sesi pengajaran pelajar dinilai dengan

soalan-soalan interakif.

Page 10: Pedagogi berkesan

KESIMPULAN

• Konstruktivisme melatih pelajar meneroka dan membina pengetahuan sendiri akan mewujudkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

• Pelajar berketrampilan dan melahirkan modal insan minda kelas pertama.

• Celik ICT menjurus ke arah pendidikan bertaraf dunia.

Page 11: Pedagogi berkesan

TERIMA KASIH