ringgit ed26 draft4investsilvermalaysia.com/downloads/ringgit_june_2012b.pdfyang telah tertipu dan...

12

Upload: phungcong

Post on 09-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh
Page 2: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitan usahasama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkanpada setiap bulan. Untuk memuatturun Ringgit dalam format “PDF“,

sila layari laman sesawangwww.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan Sumber

Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysia atauFOMCA. Ia merupakan pendapat

penulis sendiri.

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur denganpihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa. Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yangmenjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat. Ramai pelaburyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaranlumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.

Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah SkimPelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburanemas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad(syarikat). Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee)atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebutmengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemenpengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank danInstitusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Modus Operandi yang sering digunakan ialah:

• Pelabur diminta mengisi borang pelaburan dan menandatangani perjanjiandengan pengendali skim;

• Pelabur akan membayar harga produk emas tersebut sama ada dengan cekatau secara tunai;

• Pelabur diberikan pilihan untuk mengambil produk emas tersebut daripadapengendali skim (bersama sijil pelaburan emas) pada bila-bila masa sepertiyang ditetapkan oleh pengendali skim atau membenarkan pengendali skimmenyimpan produk emas tersebut;

• Pelabur akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau hibah setiapbulan sepanjang tempoh pelaburan mengikut peratusan yang ditetapkan; dan

• Pengendali skim menjamin pembelian balik emas, iaitu pelabur berhak menjualbalik produk emas tersebut kepada pengendali skim pada akhir tempohperjanjian, pada harga belian asal.

Sumber: Bank Negara Malaysia

AWAS! Penipuan KewanganMelibatkan Pelaburan Emas

Page 3: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

• 3

Pembelian HartanahMengikut Kemampuan Anda

Anda tentu mengimpikan sebuah rumah impian yangselesa untuk anda sekeluarga. Untuk mencapai impiantersebut, antara faktor utama yang perlu dilihat ialahkemampuan anda untuk membayar balik pinjamanperumahan yang anda inginkan. Di samping itu, andaperlu mengenal pasti lokasi, harga dan kepelbagaiankemudahan yang berdekatan. Maklumat-maklumat iniboleh diperoleh melalui pencarian atas talian, jualanpameran hartanah, media cetak seperti surat khabardan majalah ataupun melalui agen penjual hartanah.

Sebelum mula mencari rumah, anda perlu menetapkandahulu harga rumah yang mampu anda beli. Anda perlu

mengira jumlah pembayaran bulanan yang anda mampubayar berdasarkan jumlah pendapatan boleh guna,perbelanjaan dan tanggungan hutang yang lain. Jikatidak, anda mungkin menghadapai masalah dalampembayaran balik pinjaman perumahan anda.

Berdasarkan pinjaman perumahan 30 tahun untukmembiayai 90% daripada harga pembelian dengankadar faedah pada BLR 6.6% - 2% dan katakan andatidak mempunyai hutang lain, berikut adalah jadualyang boleh dijadikan panduan apabila anda inginmembuat keputusan untuk membeli hartanah:-

Jadual cadangan pembelian hartanah mengikut kemampuan anda

Jika pendapatan Kemampuan andabersih bulanan anda terhadap pembayaran Anda boleh membuat Untuk membeli(pendapatan kasar balik pinjaman bulanan pinjaman terhadap :- hartanah yangditolak cukai dan (30% daripada pendapatan bernilai:

KWSP) ialah:- bersih bulanan)

RM 3,000 RM 900 RM 175,560 RM 195,067

RM 5,000 RM 1,500 RM 292,600 RM 325,111

RM 7,000 RM 2,100 RM 409,640 RM 455,156

RM 8,000 RM 2,400 RM 468,160 RM 520,178

RM 10,000 RM 3,000 RM 585,201 RM 650,223

RM 12,000 RM 3,600 RM 702,241 RM 780,268

Nota: Hartanah untuk jualan dan harga yang diberikan kepada iProperty.com pada 8 hingga 10 April 2012.Sumber: Personal Money

Page 4: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

4 •

Anda perlu peka bahawa pembayaran bulanan andaakan meningkat dengan banyak sungguhpun BLRhanya meningkat sedikit.

Tip untuk memperoleh rumahkediaman anda

a) Dapatkan pra-kelulusan pinjaman bank.Sekiranya anda memperoleh pinjaman bank untukmembiayai pembelian rumah, dapatkan dahulupra-kelulusan pinjaman bank. Ia adalah bertujuanuntuk mendapat kepastian kelulusan jumlahpinjaman yang boleh diluluskan berdasarkanmaklumat kewangan peribadi anda. Anda perlumembaca dan memahami terma-terma utama,caj-caj berkaitan dan tanggungjawab anda sebagaipeminjam sebelum menandatangani perjanjianpinjaman.

“Pilihlah pemaju yangmempunyai pengalaman danberjaya dalam menyiapkanprojek perumahan.”

b) Jenis dan lokasi rumah.Sekiranya anda ingin menetap untuk tempoh yanglama di rumah tersebut, anda perlu membuatkajian dan pemerhatian terhadap keadaan disekeliling kawasan itu. Perhatikan tentang aspekkeselamatan seperti kawasan banjir, tanah runtuh,masalah jenayah ataupun projek-projekberhampiran. Kenal pasti kepelbagaiankemudahan yang terdapat di kawasanberhampiran.

c) Periksa dan dapatkan taksiran harga rumah.Anda boleh mendapatkan maklumat denganmenyelidik harga semasa melalui akhbar ataupunagen-agen hartanah. Maklumat juga bolehdiperoleh daripada khidmat syarikat penilaianhartanah ataupun jabatan kerajaan yang berkaitan.

d) Periksa latar belakang pemaju perumahanPilihlah pemaju yang mempunyai pengalaman danberjaya dalam menyiapkan projek perumahan.

e) Beli rumah yang boleh meningkat nilainya.Pilih dan beli rumah dengan mengutamakanlokasi. Harga rumah akan meningkat sekiranyalokasi rumah anda strategik dan menjaditumpuan.

“Anda perlu peka bahawapembayaran bulanan andaakan meningkat denganbanyak sungguhpun BLRhanya meningkat sedikit.”

Page 5: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

• 5

InsuransPerjalanan

Insurans perjalanan bertujuan untuk melindungi dirianda dan keluarga anda terhadap kemalangan,kerugian dan gangguan semasa dalam tempohperjalanan. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengahsyarikat insurans yang mungkin menawarkankombinasi beberapa perlindungan untuk memenuhikeperluan tertentu para pelanggan, termasuk polisitahunan jangka panjang jika anda sering membuatperjalanan.

Skop Perlindungan

Skop perlindungan dan skala manfaat yang ditawarkanoleh syarikat insurans adalah berbeza-beza. Oleh itu,anda hendaklah memilih dan memastikan bahawaanda membeli polisi yang sesuai untuk memenuhikeperluan anda. Lazimnya, perlindungan yangdisediakan adalah untuk :-• Kemalangan diri• Belanja perubatan dan yang berkaitan• Kehilangan deposit perjalanan atau pemendekan

pemergian• Kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan

peribadi dan wang• Kehilangan passport• Liabiliti diri• Kelewatan bagasi• Kelewatan perjalanan• Rampasan kenderaan• Penghantaran pulang jenazah.

Anda boleh mengambil polisi perjalanan untuk diri andasendiri dan/atau ahli keluarga. Jumlah pampasan yangboleh dibayar berdasarkan bahagian yang ditetapkan

bagi setiap ahli keluarga dan jumlah keseluruhannyatidak boleh melebihi jumlah nilai diinsuranskan.Sekiranya anda melebihi had umur tertentu, andamungkin tidak dapat membeli insurans perjalanan.

Pengecualian polisi

Kerugian yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwaberikut selalunya dikecualikan daripada perlindunganinsurans perjalanan:-• Risiko peperangan• Bunuh diri dan tidak siuman• AIDS• Pembunuhan atau serangan yang dirancang• Melahirkan anak atau keguguran• Sukan berbahaya

Selain itu, terdapat juga pengecualian yang melibatkanperistiwa, seperti kelewatan bagasi dan kehilanganbagasi serta barang-barang kepunyaan peribadi yangdisebabkan oleh rampasan atau pemusnahan di bawahperaturan-peraturan kuarantin dan kastam.

Anda dinasihatkan supaya sentiasa membaca denganteliti dan memahami pengecualian yang dikenakanatas polisi insurans anda.

Perkara-perkara penting yang perlu diambil perhatianapabila membeli insurans perjalanan

a) Barang-barang kepunyaan peribadiSemak dengan syarikat insurans anda tentangbarang-barang kepunyaan peribadi yang bolehdilindungi di bawah insurans perjalanan kerana

Skop perlindungan danskala manfaat yangditawarkan oleh syarikatinsurans adalah berbeza-beza. Oleh itu, andahendaklah memilih danmemastikan bahawa andamembel i pol is i yangsesuai untuk memenuhikeperluan anda.

Page 6: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

6 •

perlindungan yang diberikan oleh setiap syarikatinsurans adalah berbeza.

b) Benefisiari (pewaris)Anda dinasihatkan supaya melantik benefisiari danpastikan benefisiari anda itu mengetahui tentangpolisi insurans perjalanan yang anda beli.

c) Insurans bergandaSekiranya anda telah membeli lebih daripada satupolisi perjalanan, dan kemudiannya andameninggal dunia atau hilang upaya, maka andaatau benefisiari anda mengikut mana yangberkenaan, akan dibayar pampasan di bawahsetiap polisi. Walau bagaimanapun, bagi kerugiantertentu, seperti belanja perubatan yangpampasannya adalah berdasarkan pembayarankembali (reimbursement), anda akan dibayarpampasan sekali sahaja bagi kerugian sebenaryang dialami.

d) Rangkaian gabungan asingPastikan syarikat insurans anda mempunyairangkaian gabungan asing yang baik di negara-negara yang anda lawati supaya bolehmemberikan bantuan dan perkhidmatan yangsewajarnya apabila diperlukan.

e) Bantuan perubatan dan kecemasanAnda juga perlu mengetahui sama ada syarikatinsurans anda menyediakan perkhidmatan taliankecemasan “hotline” 24 jam.

Apa yang anda harus lakukansekiranya berlaku kerosakan/kerugian

a) Hubungi talian bantuan perubatan dankecemasanJika polisi perjalanan anda memberikanperkhidmatan talian kecemasan “hotline”, hubungitalian tersebut untuk mendapatkan bantuanmengenai keperluan perubatan dan perkara-perkara berkaitan perjalanan seperti kehilanganpassport dan bagasi.

b) Beritahu pihak berkuasaSekiranya barang-barang kepunyaan anda yangdiinsuranskan itu hilang atau rosak, andahendaklah mengambil tindakan yang munasabahuntuk meminimumkan kerugian, iaitu dengan caramelindungi, menyelamat dan memperolehnyasemula. Anda hendaklah memberitahu pihak polis

tempatan, hotel, syarikat pengangkutan dan pihakberkuasa terminal pengangkutan yang manaberkaitan dengan segera.

c) Beritahu syarikat insurans anda secepatmungkinApabila berlaku kerugian, anda hendaklahmemberitahu syarikat insurans anda dengan serta-merta atau secepat mungkin.

Membuat tuntutan terhadapsyarikat insurans anda

Anda hendaklah mengemukakan borang tuntutansecepat mungkin kepada syarikat insurans andadengan menyertakan semua dokumen sokongan,seperti polisi asal, laporan perubatan, laporan polisdan apa-apa dokumen yang berkaitan untukmenyokong tuntutan. Rujuk pada tempohpemberitahuan tuntutan seperti yang ditetapkan dalampolisi anda.

Bagaimana mengemukakan aduandan saluran penyelesaian yangsedia ada

• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produkatau perkhidmatan syarikat insurans atau andatidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaranpenyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebihdahulu menyelesaikan aduan itu dengan unitaduan syarikat insurans berkenaan

• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengankeputusan yang telah dicapai, anda boleh menulissama ada kepada Jabatan LINK dan PejabatWilayah di Bank Negara Malaysia atau BiroPengantaraan Kewangan (BPK). Walaubagaimanapun, bidang kuasa BPK adalah terhad.Oleh itu, anda perlu menyemak dengan pegawaidi unit aduan syarikat insurans anda tentangsaluran yang betul untuk mengendalikan aduananda.

Sumber: infoinsurans

“Pastikan syarikatinsurans anda mempunyairangkaian gabungan asingyang baik di negara-negarayang anda lawati ...”

Page 7: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

• 7

S – Simpan untuk diri (dankeluarga) anda dahulu!

Jika dahulu, anda kerap memperuntukkan gajibulanan untuk membayar bil, hutang, membelibarang dan sebagainya terlebih dahulu, mulaisekarang, berikan keutamaan kepada menyimpanwang untuk diri sendiri dahulu. Tidak kira dalamjumlah yang kecil atau besar, pastikan andamenyimpan dan melaburkan duit untuk diri (dankeluarga) secara konsisten. Anda boleh bermuladengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus),kemudian tambahkan jumlah simpanan anda padatahun-tahun berikutnya.

E – Elak pembaziran (Economise)Bezakan antara barangan keperluan dankehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlumembeli barangan bayi yang berjenama mahal jikajenama yang sederhana atau murah mampumemenuhi keperluan si comel. Tambahan pula,kebanyakan pasar raya besar sekarangmenyediakan “house brand” yang berkualiti tinggipada harga yang amat berpatutan.

B – BajetBuat bajet, tulis dan patuhinya! Sesetengah ibubapa gemar membuat bajet secara kasar atau“dalam kepala” sahaja, terutamanya semasahendak membeli barang. Ini merupakan cara yangtidak berapa tepat. Sebaik-baiknya, tulis apa yang

ingin dibelanjakan dan lebih penting lagi, patuhibajet yang telah dibuat tersebut. Anda perluberdisiplin dalam berbelanja dan membuat bajetadalah langkah yang sangat penting. Jika tidakmembuat bajet, besar kemungkinan anda akanmengalami kesukaran menguruskan kewangansendiri dan keluarga.

E – Elak emosi semasa membuatkeputusan berkaitan kewangan

Perkara ini tidak dapat dinafikan, terutamanyaapabila anda mempunyai wang lebihan(contohnya, mendapat bonus). Bermacam-macam perkara yang akan terlintas dalam fikirananda, seperti menukar kereta baru, perabot baru,bercuti dan sebagainya. Sekiranya andamendapat wang lebih, pastikan anda menyimpansebahagian daripadanya dan selebihnyadigunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada.Inilah masa terbaik untuk anda melangsaikansegala hutang kad kredit anda sekali gus. Janganberlengah lagi dan bayar segala hutang-piutangyang ada. Percaya atau tidak, hidup anda akanmenjadi tenang jika anda sudah melangsaikanhutang.

L – Libatkan si kecilSering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawaanak kecil tidak mampu memahami konsepkewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar

CapaiKejayaanKewanganDenganFormulaS.E.B.E.L.A.S

Page 8: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

8 •

atau tidak, biasanya si kecil memang suka menirucara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu,libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangananda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukanialah dengan membawa anak-anak ketikamenjalankan transaksi kewangan. Contohnya,bawa anak-anak bersama apabila anda pergi kebank. Dengan cara ini, anda dapat membentuktabiat menabung dan menyimpan daripada usiamuda lagi.

A – Awasi skim pelaburan tidaksah

Mungkin anda sudah tahu yang melabur adalahcara terbaik untuk mengembangkan wang sediaada. Melaburlah dengan pihak-pihak yang berlesendan berwaspada dengan pelbagai skim cepat kayaatau skim pelaburan tidak sah yang terdapat dipasaran. Sekiranya sesuatu syarikat menawarkanuntung berlipat kali ganda dan mendakwa tiadarisiko yang terlibat jika anda melabur denganmereka, mungkin itu adalah syarikat yang tidaksah. Pastikan anda memeriksa sama adasesebuah syarikat itu berlesen ataupun tidakdengan menghubungi pihak berkuasa yangberkenaan. Ingat, dapatkan sebanyak mungkinmaklumat sebelum menyerahkan wang titik peluhanda kepada mana-mana pihak.

S - Sediakan dana kecemasanDana kecemasan merujuk kepada sejumlah wang

yang anda peruntukkan untuk digunakansekiranya berlaku apa-apa musibah/kemalanganyang tidak diingini. Biasanya, anda dinasihatkanuntuk mempunyai dana kecemasan sebanyaktiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanananda. Dengan wujudnya dana kecemasan, andaakan berupaya mengharungi segala masalahberkaitan kewangan dengan tenang dan terkawal.Dana kecemasan yang mencukupi juga akanmemastikan cara hidup anda tidak terganggusewaktu menghadapi masalah kewangan.

Kesimpulan

Kejayaan dalam pengurusan kewangan bergantungkepada usaha anda! Jika anda memerlukan sedikitinspirasi, lihatlah pasangan yang tersayang, dan jikamasih belum mendapat ilham, lihatlah muka si comelanda. Lakukanlah yang terbaik untuk diri, pasangandan keluarga demi mencapai kejayaan dalampengurusan kewangan anda.

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini merupakansalah satu usaha berterusan SIDC dalam melahirkan pelaburyang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal. Selainitu, SIDC turut meningkatkan tahap kesedaran mengenaipelaburan bijak dan pengurusan kewangan melalui seminardan bengkel pendidikan pelabur yang disasarkan untukpelbagai lapisan masyarakat, seperti pelajar sekolah, pelajarinstitusi pengajian tinggi, ibu bapa, wanita dan pekerja kolarputih dan biru. Untuk maklumat lanjut, layari www.min.com.my,hubungi 03-62048889 atau lawati Facebook kami diwww.facebook.com/BMWSIDC.

“Kejayaan dalampengurusankewanganbergantungkepada usahaanda! Jika andamemerlukansedikit inspirasi,lihatlahpasangan yangtersayang, danjika masih belummendapat ilham,lihatlah muka sicomel anda. ”

Page 9: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

• 9

Ramai yang tidak mengetahui apa yang sebenarnyadilindungi di bawah Insurans Hospital dan Pembedahan.

Polisi Insurans Hospital & Pembedahan (HSI)melindungi anda bagi perbelanjaan yang ditanggungsemasa anda dimasukkan ke hospital disebabkanpenyakit yang dilindungi atau disebabkan kemalangan.Antara perlindungan yang biasa ialah perbelanjaanpenginapan dan rawatan di hospital, perbelanjaanpembedahan (bayaran pakar bedah dan kos yangberkaitan dengan pembedahan), perbelanjaan pakarperubatan dan ujian pesakit dalam wad. Terdapat jugapolisi HSI yang menyertakan perlindungan luar negara,manfaat kematian akibat kemalangan dan ujian atauperundingan pesakit luar.

Pada umumnya, anda akan dilindungi sebagai pesakithanya sekiranya anda dimasukkan ke wad. Walaubagaimanapun, polisi HSI juga melindungi anda bagirawatan kecemasan pesakit luar akibat kemalangan.Selain itu, polisi HSI juga mempunyai manfaat“Pembedahan Harian” yang melindungi prosedurpembedahan yang tidak memerlukan anda bermalamdi hospital, contohnya pembedahan katarak mata.Dengan manfaat ini, anda tidak perlu bermalam dihospital untuk layak menerima perlindungan dan inimerupakan penjimatan kos perubatan kepada anda.

Polisi HSI biasanya tidak melindungi sebarang cajkemasukan ke hospital atau rawatan yang berkaitandengan kehamilan, kejanggalan kongenital,pembedahan kosmetik, rawatan pergigian yang tidakberkaitan dengan kemalangan, penyakit yang dijangkitimelalui hubungan kelamin, pemeriksaan kesihatanrutin dan penyakit berkaitan psikiatri.

Satu pengecualian yang biasa terdapat di bawah polisiHSI ialah keadaan atau penyakit sedia ada, yang wujudsebelum tarikh berkuat kuasa polisi HSI, yang andasedang menerima rawatan atau menunjukkangejalanya. Sebagai contoh, sekiranya anda pernahberjumpa doktor perubatan untuk sebarang rasa sakitatau rasa tidak selesa yang berkaitan dengan keadaanitu, ia akan dianggap sebagai gejala sesuatu penyakittertentu. Oleh itu, penyakit tersebut akan dikecualikandaripada perlindungan polisi anda.

Terdapat juga beberapa penyakit tertentu yang tidakakan dilindungi, jika penyakit itu telah dirawat atauberlaku dalam tempoh tangguh 120 hari pertama daribermulanya polisi anda, tanpa mengira sama ada andamengetahuinya atau tidak.

Sebagai contoh, anda mungkin baru mengetahuibahawa anda mempunyai sista di dalam abdomen anda

Kekeliruan Mengenai PerlindunganInsurans Perubatan

Page 10: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

10 •

dua bulan selepas anda membeli polisi HSI dandinasihatkan supaya membuangnya. Anda tidak akandilindungi untuk prosedur ini kerana ia adalah salahsatu daripada penyakit tertentu itu dan ia masih dalamtempoh 120 hari.

Oleh itu, anda perlu menyemak senarai penyakittertentu ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian atausalah faham pada masa akan datang.

Sila ambil perhatian bahawa anda tidak layak membuatsebarang tuntutan yang timbul daripada sebarangkeadaan perubatan atau fizikal dalam tempoh 30 haripertama perlindungan, kecuali kecederaan akibatkemalangan, tanpa mengira sama ada andamengetahui atau tidak tentang keadaan itu.

Walau bagaimanapun, ini tidak pula bermakna andadilindungi secara automatik selepas 30 hari pertamaitu kerana anda masih lagi tertakluk kepada tempohtangguh 120 hari bagi penyakit tertentu danpengecualian keadaan / penyakit sedia ada.

Adalah amat penting untuk anda mendedahkan semuamaklumat perubatan anda dengan betul semasapermohonan polisi. Syarikat insurans berhak menolaktuntutan perubatan jika mereka mempunyai buktibahawa orang yang diinsuranskan tidak mendedahkansebarang maklumat penting pada masa membeli polisi.

Kebanyakan polisi HSI sekarang ini melanjutkanperlindungannya hingga umur 80 tahun dansesetengahnya hingga umur 100 tahun. Walaubagaimanapun, sentiasa terdapat umur penyertaanterakhir dan pastikan anda menyertai pelan itu sebelumumur yang ditetapkan itu dan jangan sesekalimembiarkannya luput. Jika tidak, anda tidak akanmempunyai perlindungan pada saat anda palingmemerlukannya.

Selain itu, walaupun polisi HSI biasanya melindungirawatan luar negara, manfaatnya akan terhad kepadacaj munasabah, biasa diamalkan dan perlu dari segiperubatan bagi rawatan yang sama di Malaysia, dantidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan.

Sebagai contoh, katakan kos pembedahan apendisitisyang biasa di dalam negara ialah sebanyak RM2,000,tetapi anda perlu menjalani pembedahan di Singapurayang menelan belanja S$3,000. Jadi, anda akandibayar kembali sebanyak RM2,000.

Di samping itu, jika anda tinggal atau mengembara keluar Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut, manfaat tidak akan dibayar bagi rawatanperubatan di luar Malaysia. Oleh itu, jika anda tidakmerancang untuk pulang ke Malaysia selama lebihdaripada 90 hari berturut-turut, anda mungkin perlumendapatkan pelan HSI yang lain di negara yang andatinggal.

Tetapi sebaik sahaja anda kembali ke Malaysia,perlindungan HSI akan bermula semula sehinggalahanda keluar dari Malaysia sekali lagi selama lebihdaripada 90 hari berturut-turut.

Artikel berikut disediakan sebagai nasihat semata-mata. Untuk butir-butir khusus, sila dapatkan nasihatdaripada profesional insurans dengan menghubungimana-mana syarikat insurans hayat yang disenaraikandalam laman sesawang rasmi Persatuan InsuransHayat Malaysia (LIAM) di www.liam.org.my.

Sumber : Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM)

“Pada umumnya, anda akandilindungi sebagai pesakithanya sekiranya andadimasukkan ke wad.”

Page 11: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh

• 11

Antara penipuan kad kredit yang paling biasa adalahurus niaga tidak sah dan kecurian identiti. Pengeluarkad kredit sentiasa berwaspada terhadap urus niagapalsu dan penipuan. Anda juga perlu mengambillangkah yang sewajarnya untuk mengurangkan risikomenjadi mangsa penipuan kad kredit ini.

Panduan Melindungi KadKredit Anda

• Tandatangan kad kredit anda sebaik sahajamenerimanya.

• Jangan biarkan orang lain menggunakan kad kreditanda.

• Jangan dedahkan butiran kad kredit anda kepadapihak yang tidak dikenali kerana mereka bolehmenggunakannya untuk membuat pembelianmelalui telefon, pesanan pos atau internet.

• Pastikan anda memotong kad kredit yang sudahtamat tempohnya setelah menerima kad gantianuntuk mencegah pengklonan ataupenyalahgunaan kad.

• Periksa semua butiran pada slip bayaran sebelummenandatangani atau mengesahkan setiap urusniaga.

• Simpan semua slip bayaran dan semak penyatasebaik sahaja anda menerimanya.

• Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalamdompet atau tas tangan agar anda akan sedarserta-merta jika kad kredit hilang atau dicuri.

• Laporkan segera kepada pihak pengeluar kadkredit sekiranya kad kredit anda hilang, dicuri atauterdapat urus niaga yang tidak sah. Jika anda tidakmelaporkannya, anda bertanggungjawab ke atassemua urus niaga tersebut sehingga laporandibuat.

Sumber : Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)

CaraMelindungi

DiriDaripadaPenipuan

KadKredit

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected] • 11

Page 12: Ringgit Ed26 Draft4investsilvermalaysia.com/downloads/Ringgit_June_2012b.pdfyang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh