pck 4 (2)
DESCRIPTION
pck 4 exploring materialTRANSCRIPT
PPIK 4
Topik 10 : Persediaan industri ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik
1. Mengenal pasti kegunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik.
Bahan asid alkali Kegunaan
Ammonia Membuat baja bernitrogen dalam
bentuk ammonium sulfat, ammonium
nitrat dan urea
Dalam bentuk cecair, ammonia
digunakan sebagai bahan penyejuk
dalam peti sejuk.
Sebagai bahan mentah untuk
pembuatan asid nitrik dalam Proses
Ostwald.
Ditukarkan kepada asid nitrik untuk
digunakan dalam pembuatan bahan
letupan.
Sebagai alkali untuk mencegah
penggumpalan susu getah apabila
susu getah perlu disimpan dalam
bentuk cecair.
Menghasilkan ammonium klorida yang
digunakan dalam pembuatan sel
kering.
Pembuatan gentian sintetik
Asid Sulfurik
(Asid
sulfurik
merupakan
satu contoh
asid dwibes)
o Membuat baja
o Membuat pestisid
o Membuat detergen
o Membuat polimer (gentian tiruan dan
plastik)
o Membuat pigmen cat
o Sebagai elektrolit dalam akumulator
45
asid-plumbum
o Sebagai agen penanggal oksida
logam dalam pembersihan
permukaan logam sebelum proses
penyaduran logam elektrik.
Asid nitrik
(Asid nitrik
merupakan
satu contoh
asid
monobes)
Dalam bidang kejuruteraan
aeroangkasa, ia digunakan secara
meluas sebagai pengoksida dalam
roket bahan api cecair.
Dalam industri bahan letupan, ia
digunakan untuk membuatan bahan
letupan seperti TNT, gun kapas, nitro
gliserin, dan lain-lain
Membuat baja seperti kalsium nitrat,
ammonium nitrat, dan lain-lain
membuat garam nitrat seperti
ammonium nitrat, nitrat perak, kalsium
nitrat, dan sebagainya.
Ia digunakan secara meluas dalam
bidang kimia sebagai reagen makmal.
Ia juga digunakan dalam membuat
pewarna dan dadah dari pelbagai
produk tar arang batu.
2. Soalan
a. Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti ini ?
Sifat-sifat ammonia, asid sulfurik dan asid nitrik.
Kegunaan ammonia, asid sulfurik dan asid nitric dalam kehidupan kita.
b. Bagaimana anda mengaplikasikan aktiviti ini dalam proses P&P ?
Saya akan menerangkan proses penghasilan, sifat-sifat dan kegunaan ammonia,
asid sulfurik dan asid nitric dengan jelas kepada murid-murid.
46
Saya akan menunjukkan beberapa contoh konkrit yang berkaitan kepada murid-
murid.
c. Sebagai seorang guru, bagaimana anda menambahbaikan aktiviti ini untuk
sesi P & P ?
Murid-murid dikehendaki memerhatikan produk-produk yang terdapat di rumah
masing-masing dan menentukan sama ada mengandungi ammonia, asid sulfurik
ataupun asid nitrik.
Mereka juga dikehendaki untuk mengambil gambar produk tersebut serta
kandungannya untuk membuat folio.
Folio tersebut mesti mengandungi ringkasan tajuk ini dan contoh-contoh yang
terdapat di rumah( gambar).
d. Pada bahagian manakah pada kurikulum sains sekolah rendah yang
mengajar topik ini dan bagaimana anda akan menggunakan aktiviti ini
sebagai aktiviti pembelajaran yang dicadangkan untuk kelas anda ?
Topik : Menyiasat Bahan( Tahun 3 dan 4)
Subtopik : Memahami sifat bahan
Cadangan:
Strategi berasaskan tugasan/ aktiviti sesuai untuk mengaplikasikan aktiviti ini
sebagai aktiviti pembelajaran yang dicadangankan di kelas.
Hal ini kerana kebanyakkan aktiviti yang dicadangkan untuk tajuk ini adalah
berbentuk tugasan dan aktiviti, contohnya mengambil gambar dan menghasilkan
folio mengenai tajuk ini.
47
Rujukan
Chemistry Go Green. http://alipart.blogspot.com/2011/03/pembuatan-etil-asetat.htm.
Dilayari pada 19 September 2012.
Toh Kim Kau. (1999). Bantuan Studi Lengkap SPM Kimia Tingkatan 4& 5 , Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
48