pce trialexam

22
PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE) PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011 Ujian Percubaan PCE 1. Peraturan Bilangan Jumlah Besar boleh dilakukan dengan cekap jika perkara- perkara yang manakah dipenuhi? I. Sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama II. Kerugian terdedah mestilah bebas dari elemen-elemen lain III. Terjadi kerugian adalah secara rawak A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II, III sahaja D. I , II , III 2. Fungsi utama insurans ialah mengagihkan ______________ kepada segelintir individu yang diinsuranskan dikalangan sekumpulan besar insured A. kerugian saling membantu B. kerugian kewangan C. kerugian perniagaan D. kerugian harta 3. Perlindungan risiko insurans hayat termasuklah I. Kematian pra matang II. Sakit atau hilang upaya III. Sumber pendapatan berterusan ketika persaraan (iaitu usia lanjut) A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II, III 4. Sejarah awal insurans bermula dalam bidang A. Insurans produk B. Insurans marin C. Insurans hayat D. Insurans penerbangan

Upload: amir-imran-abdul-mutalib

Post on 04-Sep-2015

72 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

insurans

TRANSCRIPT

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    Ujian Percubaan PCE 1. Peraturan Bilangan Jumlah Besar boleh dilakukan dengan cekap jika perkara-

    perkara yang manakah dipenuhi? I. Sebilangan besar risiko terdedah kepada kerugian yang sama II. Kerugian terdedah mestilah bebas dari elemen-elemen lain III. Terjadi kerugian adalah secara rawak

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II, III sahaja D. I , II , III

    2. Fungsi utama insurans ialah mengagihkan ______________ kepada segelintir individu yang diinsuranskan dikalangan sekumpulan besar insured A. kerugian saling membantu B. kerugian kewangan C. kerugian perniagaan D. kerugian harta

    3. Perlindungan risiko insurans hayat termasuklah

    I. Kematian pra matang II. Sakit atau hilang upaya

    III. Sumber pendapatan berterusan ketika persaraan (iaitu usia lanjut)

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II, III

    4. Sejarah awal insurans bermula dalam bidang

    A. Insurans produk B. Insurans marin C. Insurans hayat D. Insurans penerbangan

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    5. Penilaian risiko adalah berasaskan teori kebarangkalian. 3 pendekatan yang digunakan adalah seperti di bawah, kecuali A. Kebarangkalian priori B. Kebarangkalian emperikal C. Kebarangkalian spekulatif D. kebarangkalian anggaran

    6. Ia ditentukan berdasarkan dari data pada tahun-tahun lepas. Pendekatan ini

    adalah A. Kebarangkalian priori B. Kebarangkalian empirikal C. Kebarangkalian spekulatif D. Kebarangkalian anggaran

    7. Apakah Bahaya Fizikal?

    A. Ia adalah penyusutan atau kehilangan nilai ekonomi B. Ia adalah keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu

    kerugian C. Ia adalah keadaan fizikal yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu

    kerugian D. Ia adalah keperibadian atau sikap yang kurang menyenangkan pada seseorang

    individu yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian 8. Apakah Risiko Tulen?

    A. Ia adalah keperibadian atau sikap yang kurang menyenangkan pada seseorang individu yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya kerugian

    B. Ia adalah keadaan fizikal yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian

    C. Ia adalah kerugian atau tiada kerugian D. Ia adalah keuntungan, kerugian atau tiada kerugian

    9. Pemasangan sistem perenjis air automatik dapat membantu mengurangkan

    amaun kerugian sekiranya berlaku kebakaran di kilang. Teknik pengawalan kerugian dapat menangani risiko dengan A. Menghalang Kerugian B. Pembendungan risiko C. Meminimumkan Kerugian D. Pengelakan risiko

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    10. Apakah kepentingan boleh diinsuranskan?

    A. Hak disisi undang-undang untuk menginsuranskan kepentingan kewangan yang sah, di mana insured mempunyai kepentingan ke atas perkara pokok insurans berkenaan.

    B. Hak untuk menukar hak dan liabiliti oleh insured kepada pihak ketiga C. Hak di sisi undang-undang untuk menyerahkan kepentingan kewangan yang sah

    dimana insured mempunyai kepentingan ke atas perkara pokok insurans berkenaan.

    D. Hak disisi undang-undang untuk menginsuranskan kepentingan kewangan yang sah, dimana insured mempunyai kepentingan ke atas pihak ketiga insurans berkenaan.

    11. Apabila insurer telah memberi persetujuan mengenai penggantian insured kepada

    insured yang lain, kontrak baru perlu diwujudkan antara insurer dengan penerima hak polisi awal. Pindaan ini dipanggil A. penggantian B. novasi C. penyerahan D. perubahan

    12. Prinsip undang-undang dalam kebanyakan kontrak perdagangan ialah

    A. duress B. ultra-virus C. caveat emptor D. penuh percaya mutlak

    13. Fakta matan ialah fakta penting yang boleh mempengaruhi

    A. keputusan pengunderait dalam menentukan penerimaan sesuatu risiko atau amaun premium yang dikenakan

    B. keputusan pengunderait dalam menentukan penerimaan sesuatu risiko atau komisyen yang dikenakan

    C. pencadang dalam menentukan penerimaan sesuatu risiko atau amaun premium yang dikenakan

    D. pencadang dalam menentukan sama ada syarikat insurans berisiko atau tidak

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    14. Yang manakah antara berikut merupakan kaedah membayar pampasan?

    I. Membaiki II. Mengganti III. Mengembalikan semula

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II , III

    15. Apakah syarat pelaksanaan prinsip sumbangan?

    I. Terdapat dua atau lebih polisi indemniti yang berkuatkuasa II. Polisi-polisi berkenaan mestilah melindungi kepentingan yang sama III. Polisi-polisi berkenaan mestilah melindungi peril yang sama IV. Kerugian yang dialami melibatkan perkara pokok yang sama

    A. I, II, III sahaja B. I, II , IV sahaja C. II, III, IV sahaja D. I, II, III, IV

    16. Yang mana satukah di antara banyak sebab sebab kerugian boleh dianggap sebagai

    sebab utama kerugian? A. Sebab jauh B. Sebab hampiran C. Risiko D. Kepentingan boleh diinsurans

    17. Fungsi Majlis Pengawasan Syariah ialah untuk memastikan agar pengendalian

    syarikat takaful A. diluluskan oleh operator B. diluluskan oleh syariah C. diluluskan oleh peserta D. diluluskan oleh pelabur

    18. Koperasi yang diperbadankan sebagai sebuah syarikat dipanggil

    A. perantara B. syarikat keempunyaan C. syarikat bersama D. reinsurer

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    19. Perantara atau orang tengah dalam pasaran insurans terdiri dari

    A. Ejen insurans dan pengunderait B. Ejen insurans dan broker C. Penyelaras dan broker D. Ejen insurans dan penyelaras

    20. Yang manakah antara penyataan berikut adalah benar mengenai ejen?

    A. Ejen insurans hayat boleh menyertai syarikat insurans lebih daripada satu B. Ejen insurans hayat mesti menyertai syarikat insurans hayat dan insurans am C. Ejen insurans am boleh menyertai syarikat insurans lebih daripada satu D. Ejen insurans am tidak boleh menyertai syarikat insurans am lebih daripada dua

    21. Jabatan ini secara umumnya menumpukan perhatian terhadap usaha

    mengenalpasti pegawai luar, merekrut dan melantik ejen, perjanjian agensi, motivasi dan menyelia aktiviti tenaga agensi. Jabatan ini adalah A. Jabatan Pemasaran B. Jabatan Pengunderaitan C. Jabatan Jualan & Agensi D. Jabatan Perkhidmatan Pelanggan

    22. Kebaikan desentralisasi syarikat insurans adalah

    A. Keseragaman amalan B. Menggunakan sumber-sumber dengan baik C. Menjimatkan kos pentadbiran D. Melayan kehendak pelanggan dengan lebih baik

    23. Organisasi ini adalah sebuah badan yang diberi tanggungjawab untuk membangun

    dan melaksanakan rangkakerja pembangunan modal insan untuk industri. Organisasi ini ialah A. Institut Insurans Malaysia (MII) B. Persatuan Aktuari Malaysia (ASM) C. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) D. Persatuan Kebangsaan penasihat Insurans Hayat Dan Kewangan Malaysia

    (NAMLIFA)

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    24. Yang manakah antara berikut merupakan hak-hak asasi pengguna? I. Hak mendapat kepuasan II. Hak menuntut gantirugi III. Hak untuk didengari IV. Hak untuk mendapat maklumat

    A. I, II, III sahaja B. I, II, IV sahaja C. I, III, IV sahaja D. I, II, III, IV

    25. Pada 1 July 1998, _____________ telah ditubuhkan oleh BNM yang bertindak

    sebagai pusat rujukan bagi semua aduan dan pertanyaan berkaitan hal-hal insurans yang diterima dari orang awam. A. Biro Perkhidmatan Pelanggan (CSB) B. Biro Aduan Insurans (ICB) C. Biro Aduan Orang Awam (PCB) D. Biro Perantara Insurans (IMB)

    26. Yang manakah antara berikut kebaikan Swa Peraturan?

    I. Sokongan birokrasi diperlukan untuk menguatkuasakan undang-undang apabila undang-undang diluluskan

    II. Membantu menerapkan sikap berdisiplin dikalangan syarikat-syarikat insurans III. Mengelakkan keperluan mewujudkan undang-undang untuk mengawal industri IV. Tindakan dapat dilakukan dengan lebih berkesan berbanding dengan undang

    undang

    A. I, II, III sahaja B. I, II, IV sahaja C. I, III, IV sahaja D. I, II, III, IV

    27. Pemilik polisi dibenarkan memulangkan polisi insurans hayat dalam tempoh

    _________ selepas ianya diserahkan tanpa sebarang alasan A. 10 hari B. 15 hari C. 20 hari D. 30 hari

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    28. Dalam insurans, tawaran biasanya dibuat oleh A. insurer B. pencadang C. ejen D. penama

    29. Insurer mungkin juga tidak menerima cadangan tersebut mengikut syarat-syarat

    asal tetapi menawarkan perlindungan insurans di atas syarat-syarat berbeza. Ini adalah A. tawaran penerimaan B. penerimaan C. tawaran tambahan D. pelawaan tawaran

    30. Seksyen 153 Akta Insurans 1996 memperuntukkan bahawa minor yang telah

    mencapai umur 16 tahun boleh mengambil polisi insurans hayat atas dirinya sendiri atau atas hayat orang lain A. dengan kebenaran secara lisan dari ibu-bapa atau penjaganya B. dengan kebenaran bertulis dari ibu-bapa atau penjaganya C. dengan kebenaran bertulis dari ejen syarikat insurans D. dengan kebenaran secara lisan dari ejen syarikat insurans

    31. Yang manakah antara penyataan berikut adalah BENAR mengenai kuasa nyata

    ejen? A. Ia hanya diberi kepada ejen secara lisan B. Ia hanya diberi kepada ejen secara bertulis C. Ia boleh diberi kepada ejen secara lisan atau bertulis D. Ia mesti diberi kepada ejen secara lisan atau bertulis

    32. Selain dari tanggungjawab ternyata dalam kontrak, yang manakah antara berikut

    adalah tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang ejen? I. Tidak boleh menyebarkan maklumat sulit II. Menyedia dan mengemukakan laporan penyata akaun kepada prinsipal,

    sekiranya diperlukan III. Tidak boleh mencari keuntungan secara sulit atau menerima rasuah IV. Tidak mempunyai konflik kepentingan

    A. I, II, III sahaja B. I, II, IV sahaja C. II, III, IV sahaja D. I, II, III, IV

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    33. Selain daripada menerima upah atas perkhidmatannya yang diberikan, ejen juga mempunyai hak untuk I. menerima bayaran balik berbentuk wang yang telah didahulukannya dengan kebenaran nyata principal

    II. menjalankan tugasnya dengan cara yang dianggap wajar III. menolak sebarang usaha oleh prinsipalnya untuk mengawal cara ia menjalankan

    tugasnya

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I, II, III

    34. Ejen menawarkan kontrak dengan

    A. rekruter B. prinsipal C. persatuan insurans D. pemilik polisi

    35. Sekiranya ejen membantu pencadang untuk mengisi borang cadangan atau

    kenyataan peribadi, pada ketika itu siapakah yang bertindak bagi pihak atau menjadi ejen? A. Pencadang B. Insurer C. Reinsurer D. Penama kepada pencadang

    36. Di bawah sistem agensi yang kerap diamalkan, apakah tujuan perlantikan

    seseorang ejen yang telah dilantik oleh insurer? I. Memenuhi tujuan utama iaitu mendapatkan perniagaan baru insurans II. Untuk meningkatkan imej syarikat insurans III. Menjalankan tugas-tugas atau tanggungjawab yang diarahkan oleh insurer dari masa ke semasa.

    A. I , II sahaja B. II , III sahaja C. I , III sahaja D. I, II, III

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    37. Yang manakah antara berikut bukan fungsi Jabatan Pemasaran? A. Menetapkan harga B. Promosi C. Pemilihan saluran pengagihan D. Menjual produk kepada pelanggan

    38. Apakah objektif utama ejen berorientasikan pemasaran?

    A. Menetapkan matlamat jualan B. Menghantar polisi kepada pelanggan C. Mencapai matlamat syarikat D. Memenuhi keperluan insurans pelanggannya

    39. Yang manakah antara berikut susunan yang betul mengenai proses membuat

    keputusan belian pengguna? A. Pembelian, mengenalpasti masalah, penilaian selepas pembelian ,mengumpul

    maklumat, penilaian pemilihan lain-lain polisi B. Mengumpul maklumat , mengenalpasti masalah , pembelian, penilaian

    pemilihan lain-lain polisi, penilaian selepas pembelian, C. Mengenalpasti masalah , mengumpul maklumat , penilaian pemilihan lain-lain

    polisi, penilaian selepas pembelian, D. Mengenalpasti masalah, mengumpul maklumat, pembelian, penilaian selepas

    pembelian , penilaian pemilihan lain-lain polisi 40. Ejen mengenalpasti keperluan, menarik perhatian pelanggan kepada keperluan

    tersebut dan membuat penjualan. Ia sangat berguna dalam situasi di mana pelanggan dapat mengenalpasti keperluannya dengan serta merta. Teknik penjualan ini merujuk kepada A. Memproses pesanan B. Penjualan kreatif C. Penjualan misionari D. Menangani bantahan penjualan

    41. Polisi Insurans Perubatan dan Kesihatan boleh dibahagikan kepada dua kategori

    berikut A. Polisi indemniti sahaja B. Manfaat polisi sahaja C. Manfaat polisi dan indemniti D. indemniti dan bayaran balik baki premium

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    42. Di bawah konsep kemasukan ke hospital tanpa bayaran tunai, pihak hospital tidak lagi memerlukan bayaran deposit dan kemasukan ke wad hospital panel yang diuruskan dengan adanya A. Surat persetujuan B. Surat pentadbiran C. Surat jaminan D. Surat penyerahan

    43. Dalam kaedah apakah bayaran yang biasa digunakan bagi polisi insurans

    penghospitalan & pembedahan utama? A. Insurans bersama B. membayar kos perbelanjaan bagi setiap ringgit yang dikenakan A. deduktibel B. bayaran sekaligus

    44. Yang manakah antara berikut polisi insurans yang menyediakan perlindungan yang

    lebih meluas serta membayar perbelanjaan utama penjagaan kesihatan yang berlaku diluar jangka? A. Insurans penyakit kritikal B. Insurans perlindungan pendapatan hilang upaya C. Insurans manfaat tunai dan penghospitalan D. Insurans perbelanjaan utama perubatan

    45. Keadaan dimana lebih banyak risiko substandard diterima untuk diinsuranskan

    yang kemudiannya menyebabkan keputusan pengunderaitan tidak begitu menguntungkan merujuk kepada A. Anti-risiko B. Anti-penerimaan C. Anti-pemilihan D. Anti-insurans

    46. Penilaian sejarah perubatan bermula dengan

    A. Kenyataan doktor yang merawat B. mengkaji semula maklumat yang terkandung dalam perkhidmatan ejen C. mengkaji semula maklumat yang terkandung dalam borang cadangan D. mengkaji semula keadaan kesihatan pemohon yang dilakukan oleh ejen

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    47. Status kewangan pemohon merupakan antara pertimbangan utama dalam pengunderaitan A. Insurans perbelanjaan perubatan B. Insurans manfaat tunai dan penghospitalan C. insurans penyakit kritikal D. insurans perlindungan pendapatan hilang upaya

    48. Syarikat insurans juga tidak akan menawarkan perlindungan pendapatan hilang

    upaya kepada pemohon yang jumlah pendapatannya mengandungi peratusan yang tinggi dalam kategori pendapatan diperolehi tanpa kerja (unearned) seperti pendapatan dari faedah kerana A. akan meningkat walaupun pemohon mengalami hilang upaya B. akan berkurang walaupun pemohon mengalami hilang upaya C. akan berterusan walaupun pemohon mengalami hilang upaya D. tidak akan berterusan walaupun pemohon mengalami hilang upaya

    49. Merupakan dokumen yang disediakan oleh pihak syarikat insurans dalam bentuk

    soalselidik bagi setiap kelas insurans untuk membantu syarikat insurans mengumpulkan maklumat yang diperlukan, dan kemudiannya membuat penilaian tentang risiko yang dicadangkan merujuk kepada A. Borang cadangan B. Borang pengembalian semula C. Borang tuntutan D. Borang penyerahan

    50. Apabila membuat pemeriksaan awal, pegawai tuntutan akan memastikan

    beberapa perkara berikut I. Sejarah tuntutan II. Borang tuntutan III. Pendaftaran tuntutan IV. Syarat-syarat untuk tuntutan yang sah

    A. I, II, III sahaja B. I, III, IV sahaja C. II, III, IV sahaja D. I, II, III & IV

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    51. Kontrak insurans hayat adalah kontrak __________ dengan bayaran ________premium

    A. Jangka panjang ; paras B. Jangka panjang ; peningkatan C. Jangka pendek ; paras D. Jangka pendek ; peningkatan

    52. Jika berlaku kematian pra masa, insurans hayat akan menyediakan

    A. penyelesaian paling tepat terhadap pertelingkahan B. penyelesaian paling tepat terhadap trauma emosi C. penyelesaian paling tepat terhadap perlindungan keselamatan atau jaminan

    kewangan D. penyelesaian paling tepat terhadap pertumbuhan kewangan

    53. Tujuan utama kontrak tanpa penyertaan adalah khusus

    A. untuk perlindungan B. untuk simpanan C. untuk perlindungan dan simpanan D. untuk pelaburan

    54. Yang manakah antara berikut merupakan manfaat yang disediakan di bawah

    insurans hayat sementara? A. Nilai tunai B. Kemudahan pinjaman polisi C. Nilai jelas bayar D. Perlindungan yang tinggi dengan kadar premium yang rendah

    55. Tujuan Polisi Hayat Seumur Hidup Bayaran Terhad adalah

    A. Untuk mendorong insured membeli polisi premium dengan lebih tinggi B. Untuk mendorong ejen-ejen supaya menjual dengan premium yang lebih tinggi C. Untuk mendorong insured supaya membeli polisi lebih daripada satu D. untuk mendorong insured membayar premium ketika insured masa bekerja dan

    mempunyai sumber pendapatan.

    56. Insurans endowmen boleh dianggap sebagai

    A. insurans sementara meningkat dengan komponen pelaburan yang menyusut B. insurans sementara meningkat dengan komponen pelaburan yang meningkat C. insurans sementara menyusut dengan komponen pelaburan yang menyusut D. insurans sementara menyusut dengan komponen pelaburan yang meningkat.

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    57. Insurans Endowmen Berjangka ialah polisi endowmen dengan pembayaran tunai secara ansuran yang dibayar oleh insurer kepada insured secara berkala

    A. Sepanjang tempoh polisi B. Diakhir tempoh polisi C. Selepas tempoh polisi D. Sepanjang dan selepas tempoh polisi

    58. Anuiti bertujuan melindungi terhadap risiko melampaui

    A. kehilangan pendapatan akibat kematian pra-masathe B. kemampuan kewangan kanak-kanak C. kemampuan kewangan seseorang D. kemampuan pelaburan seseorang

    59. Anuitan akan membuat satu pembayaran tunggal pada permulaan kontrak, atau premium berkala untuk tempoh tertentu. Sebagai balasan, apabila mencapai umur tertentu atau jika anuitan masih hidup selepas satu tempoh yang ditetapkan, insurer akan membayar amaun tertentu anuiti sehingga anuitan meninggal dunia. Anuiti ini dikenali sebagai

    A. Anuiti tertunda B. Anuiti Akhiran Terjamin C. Anuiti Hayat Bersama D. Anuiti Akhirn Hayat Tunggal

    60. Kontrak insurans ini mengkehendaki insurer membayar sekaligus jumlah diinsuranskan setelah didiagnosis telah menghidap salah satu daripada penyakit kritikal . Ini adalah

    A.Polisi endowmen B.Perlindungan penyakit menrbahaya atau kritikal C.Insurans kesihatan kekal D.Polisi berkait pelaburan

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    61. Premium polisi berkait pelaburan boleh dibahagikan kepada kategori iaitu I. Perbelanjaan yang berkaitan II. Pelaburan yang berkaitan III. Kos berkaitan kemortalan dan/atau kemorbitan

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II , III

    62. Kontrak insurans berkumpulan di antara

    A. Insurer dan majikan B. Majikan dan insured C. Reinsurer dan majikan D. Insurer dan insured

    63. Yang manakah antara berikut TIDAK dibayar di bawah polisi manfaat tambahan kematian akibat kemalangan?

    A. Kematian akibat jatuh dari kapal terbang. B. Kematian yang berpunca daripada kebakaran. C. Kematian yang berpunca daripada nahas pesawat perang. D. Kematian akibat pelanggaran semasa perlumbaan motosikal dengan rakan-rakan

    64. Insurans hayat bersama digunakan ke atas

    I. Hayat suami dan isteri II. Hayat rakan kongsi perniagaan III. Hayat abang atau adik

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II , III

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    65. Polisi ini dikeluarkan atas hayat ibu atau bapa. Kanak-kanak tersebut dinamakan sebagai waris dan wang polisi akan dibayar kepada anak tersebut ketika ia mencapai umur yang ditetapkan, seperti yang tercatat dalam polisi. Ia merujuk kepada polisi A. Insurans biasa B. Polisi hayat bersama C. Insurans kanak-kanak tertunda D. Polisi Pelajaran Terpelihara

    66. Fungsi utama AP (Akaun Peserta) adalah

    A. Premium risiko B. Simpanan sahaja C. pelaburan sahaja D. simpanan dan pelaburan

    67. Polisi insurans hayat biasa tidak menyediakan syarat dan kemudahan di mana

    pemegang polisi dibenarkan membuat pembayaran premium tanpa dikenakan syarat tanpa rampasan atau penalti dalam tempoh selepas tarikh jatuh bayaran. Tempoh ini dikenali sebagai A. pengembalian semula B. peluputan C. tempoh tenggang D. tempoh menunggu

    68. Pemegang polisi berhak mendapatkan pinjaman hanya selepas polisinya

    A. dibayar B. berkuatkuasa C. memperolehi nilai tunai D. nilai tunai digunakan

    69. Selepas polisi ditukar kepada polisi berbayar, polisi beserta keuntungan akan

    A. memansuhkan penyertaannya untuk menerima agihan keuntungan selepas penukaran

    B. menyambung penyertaannya untuk menerima agihan keuntungan selepas penukaran

    C. menyambung penyertaannya untuk menerima agihan keuntungan selepas penukaran yang bergantung pada insurer

    D. menyambung penyertaannya untuk menerima agihan keuntungan selepas penukaran yang bergantung pada insured

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    70. untuk pengembalian semula polisi, syarikat berhak memohon A. bukti kesihatan B. bukti kewangan C. bukti pekerjaan D. bukti saling membantu

    71. Jika insured membunuh diri dalam tempoh yang dinyatakan dalam polisi (biasanya setahun atau dua tahun), dikira dari tarikh mula kuatkuasa atau kuatkuasa semula polisi, polisi

    A. Adalah sah dan insurer bertanggungjawab membayar tuntutan, tetapi tidak akan mengembalikan semula premium yang diterima

    B. Adalah sah dan insurer bertanggungjawab membayar tuntutan, dan mengembalikan semula premium yang diterima

    C. akan batal dan insurer tidak bertanggungjawab membayar tuntutan, kecuali mengembalikan semula premium yang diterima

    D. akan batal dan insurer tidak bertanggungjawab membayar tuntutan, dan tidak akan mengembalikan semula premium yang diterima

    72. Pengakuan umur bergantung kepada insurer. Yang manakah antara berikut, dokumen yang biasa diterima sebagai bukti umur oleh insurer

    I. Sijil kelahiran II. Kad pengenalan III. Passport antarabangsa IV. Sijil berhenti sekolah

    A. I , II , III sahaja B. I , II , IV sahaja C. II , III , IV sahaja D. I , II , III , IV

    73. Yang manakah antara berikut faktor utama yang mempengaruhi kadar kemortalan?

    I. umur II. etnik III. pekerjaan IV. status sosial

    A. I , II , III sahaja B. I , III , IV sahaja C. II , III , IV sahaja D. I , II , III , IV

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    74. Pengunderaitan untuk kontrak insurans merangkumi I. Pengunderaitan kewangan II. Pengunderaitan perubatan III. Pengunderaitan moral

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II , III

    75. Sesetengah pekerjaan yang merbahaya atau memudaratkan kesihatan, contohnya perniagaan menjual arak tergolong dalam kategori risiko tambahan yang mana?

    A. Kemortalan tambahan meningkat B. Kemortalan tambahan mendatar C. Kemortalan tambahan menurun D. Kemorbidan tambahan menurun

    76. Setelah proposal diluluskan, ___________ akan dikeluarkan kep ada pencadang memintanya membuat pembayaran premium dalam tempoh yang ditetapkan

    A. surat penerimaan B. borang cadangan C. surat perisytiharan D. polisi insurans

    77. Risiko tambahan boleh dipertimbangkan mengikut kategori berikut, KECUALI

    A. meningkatkan amaun premium B. meningkatkan amaun kematian C. pengecualian bahaya tertentu D. pelan polisi alternatif

    78. Dokumen undang-undang utama yang mengawal cukai pendapatan di Malaysia ialah

    A. Akta Hasil Dalam Negeri , 1962 B. Akta Insurans, 1963 C. Akta Cukai Pendapatan, 1967 D. Akta Harta Persendirian 1969

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    79. Yang manakah antara berikut yang paling sesuai menerangkan konsep ini? Tetapi sekiranya terdapat sejumlah besar hayat yang akan diinsuranskan, pola Turun naik kadar kematian dari tahun ke tahun dalam keadaan biasa tidak akan menunjukkan perbezaan yang ketara

    A. Peraturan pola turun naik B. peraturan risiko yang besar C. peraturan kemortalan D. peraturan bilangan jumlah besar

    80. Yang manakah antara penyataan mengenai premium paras adalah BETUL??

    A. Untuk tempoh permulaan, premium paras adalah kurang daripada premium boleh diperbaharui setiap tahun

    B. Untuk tempoh permulaan, premium paras adalah melebihi premium boleh diperbaharui setiap tahun

    C. Untuk tempoh akan datang, premium paras adalah melebihi premium boleh diperbaharui setiap tahun

    D. Untuk tempoh akan datang, premium paras adalah sama dengan premium boleh diperbaharui setiap tahun

    81. Yang manakah antara berikut perbelanjaan permulaan dalam insurans hayat?

    A. Kos pengiklanan B. Perbelanjaan pemeriksaan kesihatan C. Komisyen tahun pertama D. Perbelanjaan tuntutan

    82. Umur hayat 40, kadar kemortalan umur ialah 5.62 setiap ribuan hayat, jika

    terdapat 100,000 pencadang yang semua berumur 40, berapa banyak kematian yang telah dijangkakan oleh insurer

    A. 5.62 B. 56.2 C. 562 D. 5620

    83. Premium Kasar =

    A. Premium bersih + pengecualian kontigensi + pengecualian operasi B. Premium bersih + pengecualian keuntungan + pengecualian operasi C. Premium bersih + pengecualian perbelanjaan + pengecualian keuntungan D. Premium bersih + pengecualian perbelanjaan + pengecualian operasi

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    84. Apabila berlaku kematian sebelum kesemua pembayaran premium dibuat untuk tahun tersebut, baki premium akan ditolak dari amaun tuntutan yang akan dibayar dibawah polisi ini. Jenis prmium berkala ini dikenali sebagai

    A. premium sebenar B. premium ansuran C. premium akhiran D. premium bergabung

    85. Tujuan penilaian aktuari adalah

    A. untuk mengira polisi premium B. untuk menguji samaada kadar kemortalan terlalu tinggi C. untuk menguji kesolvenan syarikat. D. Untuk menguji sama ada bayaran tuntutan terlalu tinggi

    86. Apakah harga kos?

    A. Nilai jika aset berkenaan dijual di pasaran terbuka. B. harga aset ketika dibeli/diperolehi. C. Nilai menyusut selepas penilaian D. nilai yang diletakkan atas aset dalam buku akaun syarikat

    87. Surplus adalah perbezaan antara

    A. harga kos dan nilai pasaran B. nilai buku dan nilai pasaran C. harga kos dan nilai buku D. jumlah aset dan jumlah liabiliti

    88. Surplus diagihkan kepada

    I. pemegang polisi II. pemegang saham III. semua pemegang polisi

    A. I , II sahaja B. I , III sahaja C. II , III sahaja D. I , II , III

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    89. Ini adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk mengagihkan kepada pemegang polisi sebahagian dari keuntungan peningkatan modal belum ditunaikan atas saham biasa dan harta dibawah pegangan syarikat. Kaedah pengagihan surplus ini adalah:

    A. Bonus tunai B. Bonus matang/akhiran C. Bonus berbalik mudah D. Bonus berbalik majmuk

    90. Laporan ini perlu memberi jawapan terperinci ke atas soalan yang berkaitan dengan rawatan yang diberi kepada pemohon pada masa lepas, tempoh, diagnosis dan pemerhatiannya semasa itu. Laporan ini merujuk kepada

    A. Laporan perubatan B. Laporan insured C. Kenyataan doktor yang merawat D. Laporan ejen-ejen

    91. Apakah yang dinyatakan dalam Fasal Kuatkuasa ?

    A. Nama dan alamat syarikat B. peristiwa apabila polisi ini berfungsi C. nama dan alamat insured D. perisytiharan yang semua maklumat yang diberikan dalam borang cadangan dan

    laporan perubatan akan menjadi asas kontrak 92. Keterangan berikut biasanya terdapat dalam jadual KECUALI,

    A. tarikh permulaan perlindungan B. tarikh cadangan C. nama dan alamat insurer D. nama dan alamat orang yang diinsuranskan

    93. Yang manakah antara penyataan berikut mengenai endorsemen adalah BENAR?

    A. Endorsemen hanya boleh dibuat selepas pengeluaran polisi B. Endorsemen hanya boleh dibuat pada ketika pengeluaran polisi C. Endorsemen boleh dibuat sama ada ketika pengeluaran polisi atau selepas

    pengeluaran polisi D. Endorsemen boleh dibuat sama ada ketika pengeluaran polisi atau sebelum

    pengeluaran polisi

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    94. Butiran berikut mesti disediakan kepada insurer setelah berlakunya kematian, KECUALI

    A. Nombor polisi B. Tarikh dan punca kematian C. Nama pemegang polisi dan kad pengenalan D. Nama penama dan kad pengenalan

    95. Seksyen manakah dalam akta insurans, 1996 membolehkan prosid tuntutan

    dibayar kepada pihak menuntut yang sah tanpa menyerahkan surat pentadbiran atau probat?

    A. Section 166 B. Section 167 C. Section 168 D. Section 169

    96. Sekiranya pemegang polisi bukan orang yang diinsuranskan, yang manakah antara berikut yang diperlukan dalam menyelesaikan tuntutan kematangan?

    A. Surat pentadbiran harta B. Surat probet wasiat C. Kenyataan ringkas yang membuktikan insured sudah meninggal D. surat serahan hak milik

    97. Buku kadar boleh digunakan untuk mengira premium A. Hanya untuk hayat standard B. Hanya untuk hayat sub-standard C. Untuk semua hayat D. Untuk hayat standard dan sub-standard

    98. Mr Tan dilahirkan pada 10 January 1982 dan dia menyerahkan proposal insurans hayatnya pada 14 Ogos 2006, berdasarkan umur harijadi terhampir, berapakah umur Mr Tan?

    A. 24 B. 25 C. 26 D. 27

  • PEPERIKSAAN PRA KONTRAK (PCE)

    PRUbusiness academy Rev04 dated 01/08/2011

    99. Yang manakah antara berikut mengenai Kod Etika Kenyataan Falsafah adalah

    TIDAK BENAR? A. Perniagaan insurans hayat ini berdasarkan falsafah perkongsian keuntungan B. Perniagaan insurans hayat ini memerlukan sepenuh tanggungjawab

    dan profesionalisma. C. Perniagaan insurans hayat ini berdasarkan kepercayaan dan kejujuran D. Insurer hayat hendaklah pada sepanjang masa memastikan perniagaan mereka

    diurus dengan baik untuk memastikan wang simpanan pemegang polisi terjamin serta kepercayaan mereka terhadap syarikat terus kukuh

    100. Di bawah adalah kerugian-kerugian akibat pembelitan, KECUALI

    A. Ejen tidak menyediakan perkhidmatan secara berterusan kepada pemegang polisi.

    B. Sebarang penggantian polisi dari jenis yang sama biasanya pada kadar premium yang lebih tinggi

    C. Fasal membunuh diri dan fasal ketidakcabaran akan bermula semula di dalam polisi baru.

    D. pemegang polisi terpaksa memulakan semula tempoh kelayakan,biasanya dua atau tiga tahu sebelum polisinya layak mendapat nilai serahan dan termasuk di bawah sistem tak lucut hak