pbs sejarah 2015 final nazrul

25
960203-03-5157 TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN. SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010. PENGENALAN Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar. 1 Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan banyak lagi. Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu 1

Upload: nazrulraz

Post on 16-Aug-2015

56 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN.

SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.

PENGENALAN

Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk

memberikan pendidikan kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan

kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah

biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing

pelajar.1

Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia antaranya ialah Sekolah Menengah

Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama

Bantuan Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh

(SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan banyak lagi.

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama

Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya

datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga

dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan

Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.2

1

Page 2: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu ditubuhkan dengan tujuan menambahkan

institusi pendidikan dalam Negara, khususnya bagi menampung keperluan penduduk di kawasan

Kota Bharu, Kelantan. Pembukaanya dengan rasmi telah dilancarkan pada hari Jumaat 2

Muharam 1389, bersamaan 21 Mac 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, YB

Encik Mohd Khir Bin Johari. Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu

bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Kota Bharu 1 (SRKB1) dan Sekolah Rendah Kota

Bharu 2 (SMKB) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan pelaksaan sistem aneka jurusan.3

Tahun 2006 juga merupakan tahun yang sungguh gemilang bagi SMKKB kerana dengan

pelbagai usaha, sekolah telah banyak menerima peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri

Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menaik taraf fizikal sekolah. Antaranya

peruntukan mengecat semua bangunan, menaik taraf musalla, memperluas ruang pejabat (bilik-

bilik PK) menaik taraf sistem paip sekolah dan tandas serta menaik taraf bumbung bagi blok

Dedikasi, Elit dan Fitrah bersama pembinaan pondok-pondok ilmu. Sehubungan itu, sekolah

Berjaya merealisasikan usaha mencapai sekolah yang mementingkan fizikal dan 5K iaitu

kebersihan, keceriaan, keselamatan, kebersihan dan keharmonian. Persekitaran luaran dan

dalaman sekolah didapati lebih sempurna dan kondustif untuk P&P berkesan.4

Bilik Auditorium telah dinamakan Bilik Auditorium Budiman oleh mantan Pengetua Pn. Hjh

Wan Yam bt Wan Sulaiman dan telah mula dibuka penggunaan di awal bulan November 2007.

Pada penghujung tahun 2007 juga dilihat kepada penubuhan bilik toturial di Pusat Sumber selain

daripada penaik tarafan kepada lantai berjubin. Makmal ERT di Blok Dedikasi dan Bilik Alat

2

Page 3: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Pandang Dengar (APD) di Blok Bertari juga telah dinaik taraf lantainya ke lantai berjubin pada

bulan 5 dan 6 tahun 2008.5

Pada akhir Mei 2008, tangga utama yang telah diilhamkan oleh mantan Pengetua Pn. Hjh

Wan Yam bt Wan Sulaiman telah mula digunakan. Ia menjadi mercu tanda SMK KOTA

BHARU. Selain daripada itu, ia menjadi sumber inspirasi semua warga SMKKB. Sumber

kewangan dan peralatan adalah sumbangan daripada orang ramai.6

Bilik Galeri diwujudkan bagi mengumpulkan segala sijil, plak dan cenderahati diatas

kejayaan SMK KOTA BHARU dalam pelbagai bidang. Pertengahan Jun 2008 pula bilik

Jutawan Ilmu telah dibuka dimana bilik ini bertujuan sebagai persinggahan tetamu SMKKB dan

sebagai tempat pengumpulan maklumat terkini SMKKB. Disini juga turut disediakan peralatan

computer (grafik berkomputer). 2 buah kelas telah diubahsuai sebagai bilik MPV bermula bulan

Julai 2008 oleh JKR.7

Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan dan penambahbaikan semasa pentadbiran Puan

Hjh. Wan Radziah binti Wan Mustapa. Beliau telah mencetuskan beberapa idea untuk

mencantikkan lagi permandangan SMKKB serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang

kondusif untuk setiap warganya. Antara perubahan yang telah dilakukan dengan begitu baik

ialah menaikkan taraf Bilik Gerakan dengan susun atur, ruang yang begitu selesa, luas dan

mampu menempatkan jumlah guru yang besar untuk sesuatu perjumpaan.8

Pada awal tahun 2010, bilik guru juga telah diubahsuai mengikut guru yang semakin

bertambah. Bilik guru telah diperbesar dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bilik Guru 1

dan Bilik Guru 2. Bilik-bilik khas juga telah dikemaskini dan disusun atur semula. Bilik

Gerakan juga telah diperbesar bagi menampung guru yang lebih ramai. Kantin juga telah

3

Page 4: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

diubahsuai dengan memasang jubin di sekitar kantin. Meja dan kerusi di kantin telah ditambah

bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Keadaan ini kekal sehingga hari ini.

SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.

MAKSUD KOKURIKULUM.

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang

terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di

dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada

pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan

kepada tiga kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab dan sukan permainan.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau

aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai

sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah.9

Tahun 2000-2004

Pada tahun tersebut, antara unit badan beruniform yang ada di Sekolah Menengah

Kebangsaan Kota Bharu pada waktu itu ialah Pengakap 42 KB, Pasukan Kadet Bersatu

Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam JPA 3, Kadet Remaja Sekolah, PBSM Malaysia.

Persatuan yang terdapat pada masa itu ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa

Inggeris, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Seni

Lukis, Persatuan Sejarah dan Persatuan Geografi. Manakala Kelab pula ialah Kelab Optiena,

4

Page 5: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Kelab Pencinta Alam, Kelab Setia, Kelab Nafas Baru, Kelab Fotografi, Kelab Bimbingan &

Kaunseling, Kelab ICT, Kelab Skim Pinjaman Buku Teks, Kelab Pelancongan dan Kelab

Kesihatan. Antara sukan dan permainan yang terdapat pada waktu itu pula ialah Olahraga,

Sepak Takraw, Bola Baling Lelaki, Bola Baling Perempuan, Bola Tampar Lelaki, Bola

Tampar Perempuan, Hoki A, Hoki B, Hoki Perempuan, Badminton, Bola Jaring A, Bola

Jaring B, Pasukan Sajak, Pasukan Nasyid, Ping Pong dan Pasukan Dikir Barat.

Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu yang paling gah

dalam tahun 2000-2004 ialah dalam sukan bola sepak. Sekolah ini pada waktu itu mempunyai

pasukan bola sepak yang boleh dikatakan digeruni oleh pihak lawan jika ada pertandingan yang

diadakan serta pernah menjuarai beberapa pertandingan bola sepak antara sekolah pada tahun

2000 sehingga 2004. Antara pencapaian yang membanggakan ialah pada tahun 2002, iaitu

pasukan bola SMKKB (15 Tahun) menjuarai pertandingan bola sepak peringkat sekolah/daerah

Kota Bharu. Sukan bola sepak ( 15 Tahun) SMKKB pada tahun 2004 menjadi Naib Johan

MSSK KB dan Suku Akhir MSSD Kota Bharu. 3 pelajar SMKKB iaitu Mohammad Afnan Faiz

Bin Abdul Aziz, Nik Mohd Alif Bin Nik Li dan Mohd Fakhrul Syafiq Bin Rabeek mewakili

daerah Kota Bharu dalam bola sepak (15 Tahun) dan mereka bertiga juga menjadi wakil Tunas

Cemerlang peringkat Kebangsaan di Ipoh.

Latihan-Latihan Intensif Sukan Bola Sepak SMKKB.

Antara faktor kejayaan dalam sukan bola sepak ini kerana semangat dan kredibiliti yang

ada pada guru yang melatih pasukan SMKKB pada waktu itu iaitu cikgu Zamri Bin Mohd Noor

dan semangat pemain bola SMKKB (15 Tahun) seramai 18 yang diketuai oleh kapten pasukan

iaitu Nik Mohd Alif Bin Nik Li. Cikgu Zamri Bin Mohd Noor amat mengambil berat pasukan

5

Page 6: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

bola sepak (15 Tahun) SMKKB dengan memberi latihan yang sewajarnya. Latihan dijalan pada

setiap hari iaitu selama 2 jam (4-6 petang). Cara mereka berlatih ialah membuat latihan

memanaskan badan selama 30 minit, teka tubi 60 kali untuk kekuatan fizikal, jogging pusing

padang latihan sebanyak 10 pusingan untuk mengekalkan kecerdasan. Selain latihan mental dan

fizikal, mereka juga berlatih membuat tendangan, belajar teknik menghantar bola dan mengatur

taktikal pasukan.

Cara pengambilan makanan untuk mengekalkan diet pula ialah pada waktu pagi,

diharuskan makan 1 biji telur rebus dan 2 gelas air suam. Pada waktu tengah hari pula, pemain

diharuskan mengambil pemakanan 2 gelas air, sepinggan nasi dengan lauk yang berkhasiat

seperti sayur-sayuran dan ikan serta buah-buahan. Pada waktu malam pula diharuskan

mengambil pemakanan 2 gelas air dan makan makanan yang ringan seperti roti. Mereka tidak

boleh ambil makanan yang mengandungi terlalu banyak minyak dan lemak dan. Pengambilan

yang seimbang dapat mengekalkan berat badan yang seimbang.

Tahun 2005-2007

Pada tahun 2005, 2006 dan 2007, antara unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan

permainan yang ada di SMKKB ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Remaja Sekolah,

Pasukan Seni Silat Terlak 4, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PBSM, Pandu Puteri, Puteri

Islam, Pengakap, Tae Kwan Do, Kelab Optiena, Kadet Bomba Dan Penyelamat, Persatuan

Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan matematik, Persatuan Sains, Persatuan

Ekonomi, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Choral Speaking, Persatuan Pendidikan

Islam, Kelab ICT, Kelab Setia, Kelab Koperasi Sekolah, Kelab Bina Badan, Kelab Fotografi,

Kelab Kewangan, Persatuan Kemahiran Hidup, Kelab Pelancongan, Kelab Pendidikan Seni

6

Page 7: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Visual & Lanskap, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab SPBT, Tok Janggut, Dato’

Maharajalela, Mat Kilau, Tun Perak, Dato Bahaman, Bola Sepak (15 Tahun), Bola Sepak (18

Tahun), Bola Tampar (Lelaki), Ragbi, Sepak Takraw (Bawah 18 Tahun), Hoki (15 Tahun

Lelaki), Bola Baling (Perempuan), Olahraga, Bola Baling (Lelaki), Bola Jaring, dan

Badminton. Pada tahun ini, pencapaian kelab bina badan SMKKB amat membanggakan.

Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Bina Badan.

Sejak diperkenalkan sukan bina badan ini pada tahun 2005 di SMK Kota Bharu, ia telah

mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada mulanya ia dijangkakan tiada sambutan tetapi

penyertaannya tetap ada iaitu dengan ahli seramai 5 orang dan jurulatihnya ialah cikgu Rosli Bin

Abdullah. Pada tahun 2006 dan 2007, sukan ini juga amat membanggakan kerana telah

mencipta beberapa kejayaan. Antara faktor kejayaan sukan bina badan SMKKB ialah ahli bina

badan SMKKB sendiri iaitu Syarafuddin Bin Samuri. Beliau gigih berlatih untuk menjuarai

dalam Kejohanan Bina Badan Mr. Kelantan peringkat negeri (2006), Kejohanan Bina Badan Mr.

Kelantan peringkat negeri (2007) Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Southcity plaza peringkat

kebangsaan di KL (2007), Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Malaysia di Sabah peringkat

kebangsaan (2007) dan menjadi naib johan di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia peringkat

kebangsaan di Pulau Pinang.

Antara latihan yang beliau jalani untuk menjadi ahli bina badan yang berjaya ialah latihan

chest , shoulder, arm (biseps/ triceps/forearm), back, peha (Thigh) dan betis (calve) iaitu

dengan menggunakan teknik bench Press ( 3 set 12 ulangan ), cable push down ( 3 set 10

ulangan ), barbell curl ( 3 set 12 ulangan ) dan banyak lagi. Latihan cukup dengan hanya tiga

kali seminggu (isnin, rabu, jumaat) di gym dengan ditemani cikgu Rosli Bin Abdulllah. Ini

7

Page 8: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

untuk memastikan tisu-tisu otot dapat diperbaik pulih dalam masa 48 ( badan normal 72 jam )

jam keatas. Penambahan otot pada badan bukannya sewaktu menjalani latihan tetapi sewaktu

rehat ( tidur ). Tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam ini bagi memastikan otot

mendapat masa yang cukup untuk membaiki dan pembesaran.

Selain itu, faktor pemakanan juga amat penting bagi seorang ahli bina badan. Memilih

makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot dan juga

mengisi zat badan selepas senaman. Atur jadual & waktu makan. Dia perlu makan sekurang-

kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang. Ini memberi masa badan dia cukup untuk

menghadamkan makanan, supaya dia mempunyai tenaga untuk bersenam. Dia juga perlu

makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara

sederhana adalah baik selepas latihan bina badan. Menambah jumlah karbohidrat dalam

makanan kerana karbohidrat memberi badan lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang

hilang semasa senaman dan lebihkan sumber protein dalam makanan, sebaik-baiknya makan

sumber protein tanpa lemak apabila cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah

pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina

otot. Minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi atau

kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.

Tahun 2008-2010

Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, antara persatuan dan kelab yang terdapat di SMKKB

ialah Persatuan Sejarah, Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Sains, Persatuan Matematik,

Persatuan Ekonomi, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Geografi,

Kelab Optiena, Kelab ICT, Kelab Pelancongan Dan Pencinta Alam, Kelab Fotografi, Skim

8

Page 9: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Pinjaman Buku Teks, Koperasi SMK Kota Bharu, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Setia,

Kelab Rukun Negara, Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Pendidikan Seni Visual & Lanskap,

Kelab Taekwondo dan Kelab Koir Sekolah. Antara unit beruniform yang ada pada waktu itu

ialah Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Puteri Islam, Jabatan

Pertahanan Awam (3), Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kadet Remaja Sekolah,

Persatuan Pengakap, Persatuan Silat Terlak dan Persatuan Kadet Bomba. Manakala sukan dan

permainan yang ada pada waktu itu ialah Bola Tampar, Hoki Perempuan, Hoki Lelaki, Bola

Sepak, Bola Baling Lelaki, Bola Baling Perempuan, Ping Pong, Sepak Takraw, Ragbi,

Olahraga, Tenis, Bowling, Badminton dan rumah sukan yang ada pada waktu itu ialah Tok

Janggut, Mat Kilau, Tun Perak, Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharajalela. Pada tahun 2010,

sukan badminton antara yang boleh dibanggakan kerana sampai di peringkat suku akhir di

MSSK dan MSSD manakala kelab/persatuan Bahasa Inggeris juga begitu memberangsangkan

kerana berjaya meraih johan dalam pertanding Choral Speaking peringkat PPD.

Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Badminton Dan Choral Speaking.

Pada tahun 2010 boleh dibanggakan bagi sukan badminton (15 Tahun) dengan SMKKB

kerana berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam peingkat MSSK. Guru yang melatih

badminton (15Tahun) pada waktu itu dibawah jagaan En. Zailani Bin Ariffin dan Puan Salawati

Binti Mohd Radzi dan kesemua ahli badminton ialah 8 termasuk perempuan. Pemain badminton

yang bermain di peringkat MSSK pada waktu ialah pemain perseorangan ialah Faiz Bin Azlan,

beregu lelaki ialah Muhammad Naim Bin Che Zawawi dan Muhammad Naif Bin Che Zawawi

dan beregu campuran ialah Luqman Bin Abdul Hakim dan Nur Adlin Binti Shafie.

9

Page 10: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Mereka menjalani latihan sebanyak 2 kali setiap minggu (Selasa dan Khamis) di dewan

OJ yang bersebelahan sahaja dengan sekolah SMKKB. Antara latihan mereka jalani ialah

belajar mencari stamina, mencari kestabilan badan (flexsibel), kepantasan, dan teknik pukulan

(smash). Manakala faktor permakanan mereka ialah kurangkan makanan berminyak, lemak dan

gula untuk mengekalkan keseimbangan berat badan idea. Sebelum mereka mulakan latihan,

mereka akan makan pisang kerana pisang dapat membekalkan tenaga dan minum air mineral.

Pada tahun 2010 juga, Persatuan Bahasa Inggeris antara kelab/persatuan yang dapat

menaikkan nama sekolah SMKKB kerana memenangi pertandingan Choral Speakin peringkat

PPD dibawah pengendalian masa itu iaitu Puan Nik Nor Liza. Ahli persatuan Bahasa Inggeris

SMKKB, Muhammad Faiz Daniel Bin Mokhtar yang memasuki Choral Speaking pada waktu

itu berjaya menjadi johan di peringkat PPD sekaligus menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris

kalangan pelajar SMKKB tidak kurang hebatnya. Kejayaan beliau ini dicapai kerana beliau

berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarganya, rakan-rakan dan guru kelab/persatuan

Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak membaca buku-buku, majalah dan artikel dalam Bahasa

Inggeris. Kejayaan beliau ini menunjukkan pelajar di SMKKB mahir lebih dari 2 bahasa.

10

Page 11: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Kesimpulan.

Dengan ini jelaslah bahawa dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

Bharu (SMKKB) dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitar bandar Kota Bharu

terutama mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Chat. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota

Bharu telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan

kokurikulum sejak diperkenalkan dari tahun 1967 – kini. Dengan peningkatan pencapaian

kokurikulum ini dapat menarik minat murid dalam bidang sukan. Ini disebabkan peranan para

guru yang banyak mengadakan latihan sukan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar

bagi mencapai kejayaan mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, SMKKB

juga mempunyai peralatan yang cukup untuk kegunaan para pelajar. SMKKB juga telah banyak

kali mengharumkan nama negeri Kelantan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Dengan peningkatan pencapaian sukan dalam kokurikulum dari tahun ke tahun ini dapat

menarik minat masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Ini kerana

sekolah SMKKB sangat terkenal dengan sukan dan kokurikulum. Semoga dengan kejayaan ini

dapat dikekalkan dan ditingkatkan dari tahun ke tahun seterusnya dan dapat mengharumkan

nama baik sekolah SMKKB dan negeri Kelantan.

11

Page 12: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

NOTA HUJUNG.

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah , Khamis, 9.30 Malam.

2. http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.

3. http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam

4. http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.

5. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00

malam.

6. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00

malam.

7. En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30

tengah hari.

8. En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.

9. Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-

15.

12

Page 13: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

BIBLIOGRAFI.

En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30

tengah hari.

En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.

http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah , Khamis, 9.30 Malam.

http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.

http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.

Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00 malam.

Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00

malam.

Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-15.

13

Page 14: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

LAMPIRAN.

Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.

14

Page 15: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Syarafuddin Bin Samuri (Tengah) bersama guru penasihat Kelab Bina Badan SMKKB (2007)

Syarafuddin (kanan) gigih berlatih bersama adiknya Syahmi (kiri) di gym.

Antara piala yang dimenangi oleh Syarafuddin

15

Page 16: PBS Sejarah 2015 final Nazrul

960203-03-5157

Pasukan Bola Sepak (15 Tahun) SMKKB bersama guru penasihat mereka (2004)

Muhammad Naim sedang menjalani latihan badminton di Dewan OJ.

16