pbs psv tingkatan 1 arca - soalan

Upload: duitsekupang

Post on 16-Oct-2015

337 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

arca tingkatan 1

TRANSCRIPT

PBS PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 1ARCA

** Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah tahu dan faham berkaitan unsur dan prinsip rekaan.

Pengertian arca berasal dari bahasa Latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.Arca ialah karya tiga dimensi yang dihasilkan melalui bahan kayu, besi, logam, pasir plaster, batu dan bahan lain yang sesuai.Karya arca boleh dilihat dalam pelbagai sudut, sebab itulah ia dipanggil tiga dimensi.Melalui karya arca, kita akan mengetahui bentuk dan ruang kerana melalui bentuk dan susunan ruang yang baik akan menghasilkan sebuah karya arca yang menarik.

LATIHAN PENGUKUHAN

Soalan:Antara berikut, yang manakah menggambarkan arca?

Arca terdiri daripada 2 jenis, iaitu Arca Estetik dan Arca fungsi.

Soalan:Sila kelaskan jenis arca seperti gambarajah dibawah.

:____________________________

____________________________:

BILKATEGORI ARCAPENERANGAN

1Arca TambahanPembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan lembut seperti tanah liat, lilin dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan-bahan cecair kemudian dikeraskan melalui acuan seperti plaster of Paris, tanah liat, lilin dan sebagainya.

2Arca AsemblajArca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan yang berbeza dan dibangunkan menjadi sebuah arca.

3Arca LuakanPembinaan arca melalui teknik mengukir akan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu dan kayu.

4Arca TimbulanArca ini dibina daripada hasil karya dua dimensi kemudian ditimbulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini ialah kombinasi ciri-ciri catan dan arca.

5Arca BinaanArca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya, sekiranya besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka binaan cantumannya juga kayu.

6Arca Bergerak (mobail)Arca ini boleh bergerak sendiri dan biasanya terawang-awang. Pembinaannya mempunyai seni yang boleh bergerak. Mobail digantung di atas siling.

7Arca StabailBerbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan kakinya sahaja yang boleh bergerak.

8Arca DindingArca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah sesebuah catan yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding.

9Arca ReplikaArca yang dihasilkan berdasarkan objek sebenar. Biasanya terdapat di persimpangan atau bulatan jalan raya.

B3 DI E3

Soalan:Cari dan tampal 9 kategori arca.

Arca asemblajArca tambahanArca dinding

Arca binaanArca luakanArca mobail (bergerak)

Arca replikaArca stabailArca timbulan

B3 D2 E3

Soalan:Pelajar dikehendaki menghasilkan penerokaan media dan teknik dengan menggunakan bentuk organik dan geometri sebagai bahan kajian (subject matter).

Media: bahan kutipan, strawboard, kadbod, dawai, benangTeknik:asemblaj, stabail, mobail

B4 D1 E3

Soalan:Hasilkan lakaran idea arca yang akan dibuat (3 lakaran) mengikut teknik dan media yang dipilih dengan mengaplikasikan unsur dan prinsip rekaan.

Cadangan bahan:Spesifikasi:Plastersin10cm x 10cmKad boardLidiPaper mache

B4 D2 E3 / B4 D3 E3 / B4 D4 E3

Soalan:Hasilkan mock-up dengan menggunakan media dan teknik yang dipilih.

Catatan:B4 D4 E3Pelajar perlu mempamerkan hasil karya.B4 D4 E3Pelajar perlu ada nilai kendiri semasa penghasilan karya.

B5 D1 E3 / B5 D2 E3

Soalan:Berdasarkan mock-up yang telah dibuat, hasilkan arca sebenar yang bersaiz 10cm x 10cm dengan menggunakan media dan teknik yang dipilih.

Catatan:B5 D2 E3Pelajar boleh mempelbagaikan dan memanipulasi penggunaan media dan teknik, mematuhi proses dengan betul dan teknik.B5 D3 E3Pelajar mengamalkan nilai kendiri yang terpuji.B5 D4 E3Pelajar dapat membuat apresiasi dengan menggunakan bahasa seni.

B6 D1 E3

Soalan:Pelajar menghasilkan karya yang unik dengan mengaplikasikan unsur dan prinsip rekaan.

Catatan:B6 D1 E3Pelajar boleh menghasilkan arca yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan asas senireka dan mempunyai elemen nilai tambah melalui penggunaan media yang sesuai dan teknik yang betul dan kreatif, serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dengan menghubungkaitkan sumber alam, warisan seni visual tanah air dan luar negara disamping mengamalkan nilai baik.B6 D2 E3Pelajar menghasilkan arca yang kreatif dan unik dengan mengaplikasikan asas senireka menerusi penggunaan media dan teknik mengikut urutan yang betul dan kreatif secara manual dan berbantukan ICT serta dapat membuat apresiasi hasil kerja sendiri dan rakan.

CONTOH SOALAN

** Catatan:Soalan-soalan yang diajukan adalah berdasarkan hasil karya pelajar.

1. Apakah elemen-elemen seni yang terdapat pada hasil karya anda?2. Bagaimanakah penggunaan warna dapat mewujudkan irama dan pergerakan?3. Apakah kelebihan karya anda berbanding karya lain?4. Apakah teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya ini?5. Bagaimanakah untuk mengenalpasti kategori arca yang telah dibuat?

Disediakan oleh:1. NORAINI BT. AZIZ ( MRSM MERBOK )2. MOHD IRWAN RASHDY B. MOHD RASHID ( MRSM MUADZAM SHAH )3. MOHD RIDZUAN B. ZULKIPLI ( MRSM LANGKAWI )4. MOHD JASMIN B. MD. JAMEL ( MRSM GEMENCHEH )5. MAS NOORAH BT. MOHAMAD ANGKASHAH ( MRSM KOTA PUTRA )6. SAHRUL ANUAR B. MOHD DIN ( MRSM KUALA KRAI )