pbjj kuh lengkap 230310

Download PBJJ KUH LENGKAP 230310

Post on 21-Jun-2015

661 views

Category:

Documents

17 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

1

4 6 5

1 BAB 1 2 3 1 2 4 3 5 6 1 2 3 4 5

7 8 9 1 9 10 18 19 25 1 26

4 5 14 15 22 23 28 6 13

3 7 12

2 8 11 17

16 21

20

24 27

2

ISU-ISU UMUM DALAM METODOLOGI HADITH

Muqadimmah & definisi pengajian.

Sejarah ulum hadith & pembukuannya

Metodologi ahli hadith Kehujahan & kepentingan hadith

Isu-isu umumSejarah hadith & pembukuannya

1.0

Pendahuluan

Hadith merupakan sumber syaricat Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran. Terdapat banyak nas-nas al-Quran yang memerintahkan orang Islam supaya berpegang dengan hadith. Begitu juga dijelaskan hadith-hadith Rasulullah saw dan ijmac ulama yang menyuruh berbuat demikian. Didalam modul ini, dijelaskan mengenai semua aspek dalam ilmu hadith ini, sama ada yang berkaitan dengan sanad, berkaitan dengan matan atau keduanya sekali. Matlamat modul ini adalah untuk memperlengkapkan pelajar dengan pengetahuan tentang prinsip-prinsip serta perbahasan-perbahasan asas dalam Metodologi hadith seperti Klasifikasi Ilmu Metodologi Hadith dan jenis-jenis hadith. Ianya penting sebagai persediaan awal untuk mendalami bidang ilmu tersebut di peringkat pengajian yang lebih tinggi.

1.1

DEFINISI METODOLOGI HADITH Definisi Metodologi: 2

3

Suatu sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1994. Ms 887)

Definisi Hadith: Dari sudut bahasa: diambil daripada perkataan Arab ( )yang bermaksud baru (lawan kepada lama) atau bermaksud perkhabaran (berita). (Fairuz Abaadi, 1987, ms 214) Dari sudut istilah: sesuatu yang dikatakan sebagai perkataan, perbuatan, ketetapan (akuan), dan sifat-sifat Rasulullah saw (sama ada sifat jasmani atapun rohani). (Nuruddin Itr, 1992, ms 26). Dalam konteks ini Baginda Rasulullah saw sendiri menggunakan istilah hadith dengan maksud perkataan dan perbuatan Baginda. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra sewaktu ditanya siapakah oran yang paling bahagia kerana mendapat shafaat Baginda pada hari kiamat, Baginda berkata:

)) , (( Yang bermaksud: wahai Abu Hurairah memang aku telah sangka tidak ada orang lain yang akan mendahului engkau bertanya tentang hadith ini kerana aku lihat engkau begitu mengambil berat tentang hadith, sesungguhnya orang yang paling bahagia kerana mendapat shafaat aku pada hari kiamat ialah mereka yang berkata La Ilaha Illah Allah dengan hati yang tulus ikhlas. [Al-Bukhari, tt, Kitab (3) Al-Ilm, bab (33) Al-Hirs aala al-hadith, Jil 1, ms 193, no : 99, Abu Hurairah].

Definisi metodologi hadith:

3

4

Suatu gagasan ilmu yang mengandungi prinsip-prinsip, disiplin-disiplin dan kaedah-kaedah tentang hadis, baik yang bersangkutan dengan Sanad (Rangkaian perawi hadith) atau Matan (lafaz hadith), yang boleh digunakan untuk mengkaji kebenaran sesebuah hadis sama ada boleh diterima pakai atau tidak. (As-Suyuti, 1996, Jil 1, ms 40-41).

Nama-nama lain bagi metod hadith Ulum al-Hadith Mustalah Hadith Usul al-Hadith Sains Hadith Glosari Hadith, dan lain-lain lagi.

Kepentingan Metodologi Hadith Dalam Konteks Syariat Islam: Kepentingan ilmu ini ada hubungkaitnya dengan kepentingan hadis itu sendiri yang berfungsi sebagai sumber Syariat Islam yang kedua selepas Al-Quran. Jadi, sebagaimana pentingnya hadis sebagai sumber maklumat syara, maka begitu jugalah pentingnya Metod Hadith yang berfungsi antara lainnya sebagai agen awal pengawal institusi Hadis dari sebarang unsur kepalsuan dan ketidak sahihan nilai keboleh percayaan intitusi hadis sebagai sumber syariat akan sentiasa teguh dan bertambah.

Dalam Konteks Dunia Akademik Semasa:

4

5

Ilmu ini boleh menyumbangkan banyak penemuan baru, terutamanya dalam menangani permasalahan dan isu semasa, kerana hanya melaluinyalah kita dapat menggali semula Khazanah Hadith bagi memperolehi nas-nas syarac yang mungkin belum pernah kita temui sebelum ini. Selain dari itu, melaluinya juga kita dapat melihat ciri-ciri keintelektualan Ulama Hadith mengatur disiplin pengajiannya dengan kemas dan teratur. Kita juga dapat melihat bagaimana mereka menyusun kaedah-kaedah ilmu ini dengan begitu cermat dan rapi hingga mereka dapat menilai dan mengenal pasti kesahihan sesebuah hadith. Ilmu ini juga mendedahkan kepada kita pendekatan yang digunakan oleh Ahli Hadith dalam penulisan, penyusunan dan pengkaryaan buku yang lengkap. Sebagai contohnya, buku karya Imam Bukhari yang terkenal dengan nama Soheh Bukhari yang mana di dalamnya terdapat lebih daripada 4000 Hadith. Melalui buku ini, kita dapat melihat metod yang digunakan oleh beliau untuk mengklasifikasikan tajuk-tajuk dan bab-bab. Di dalamnya terdapat kaedah penerangan tentang selok belok ilmu hadith secara perlambangan, simbolik dan penggunaan kod. Ini semua menggambarkan identiti, kredibiliti dan potensi beliau sebagai seorang ulama yang memiliki taraf kesarjanaan yang tinggi. Pendekatan ahli Hadith seperti Imam Bukhari ini boleh diaplikasikan ke dalam dunia pengkaryaan akademik dan saintifik.

Matlamat Pengajian Metod Hadith Dalam Konteks Pengajian Ahli Hadith: Matlamat yang hendak di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah melahirkan tenaga pakar yang mampu mengkaji, menyelidik, menganalisa, menilai dan seterusnya menentukan kedudukan sesebuah hadith sama ada boleh diterima serta di amalkan atau sebaliknya. Untuk mendapatkan kepakaran tersebut, seseorang itu perlu menguasai terlebih dahulu semua cabang disiplin metod Hadith di samping memahirkan dan membiasakan diri dengannya melalui latihan praktikal yang berterusan. Dalam Konteks Pengajian Awam (Bukan Ahli Hadith):

5

6

Matlamat yang ingin di capai melalui pembelajaran ilmu ini ialah untuk memperkasa atau sekurang-kurangnya mempertahankan institusi Hadith itu sendiri. Melalui pendedahan yang menyeluruh tentang ilmu ini, keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan institusi Hadith sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran akan bertambah, atau sekurang-kurangnya dapat dipertahankan. Keyakinan terhadap institusi Hadith ini akan menjadi benteng yang teguh yang boleh melindungi setiap individu muslim daripada sebarang kekeliruan yang cuba ditimbulkan terhadapnya.

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN DAN PEMBUKUAN METODOLOGI

HADITH Pendahuluan Allah swt yang memilih Islam sebagai Agama Samawi yang terakhir dan memberi jaminan untuk menjaga sumber ajaran Islam agar kekal dengan keaslian dan ketulenannya sehingga Hari Kiamat sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hijr ayat 9 yang berbunyi: Maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Zikr (syariat yang merangkumi isi kandungan al-Quran dan Hadith) dan sesungguhnya Kamilah yang menjadi pengawalnya. Justeru, antara bukti jaminan tersebut terciptanya satu ilmu yang lengkap berteraskan suatu metodologi yang mantap lagi berupaya untuk bertindak sebagai agen pengawal bagi Institusi Hadith yang dikenali sebagai Ulum al-Hadith atau apa yang kita namakan sebagai Metodologi Hadith. Namun kesempurnaan proses pembentukkan ilmu ini, bukanlah berlaku sekaligus dalam jangka masa yang singkat. Bahkan, sebelum sampai ke tahap komprehensif ilmu ini telah terlebih dahulu berkembang secara beransur-ansur dalam jangka masa yang panjang menyeberangi detik-detik zaman yang berabad lamanya. Secara terperincinya, sejarah perkembangan Ulum Hadith ini dapat dibahagikan kepada tujuh tahap:6

7

1.2.1

Tahap Pertama (Tahap Pembentukkan Asas Ilmu Di Zaman Rasulullah saw

dan Sahabat) Tahap ini merupakan tahap penilaian ilmu-ilmu Islam dari berbagai disiplin. Dalam konteks Metodologi Hadith, perkembangan di peringkat ini dilihat dari beberapa aspek: Pembentukkan Asas Kaedah Menghafaz Dan Pembelajaran.

Peringkat ini bermula selepas kewafatan Rasulullah saw sehingga akhir kurun pertama Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah saw, tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam telah berpindah secara automatik kepada sahabat-sahabat yang mewarisinya daripada Baginda. Sahabat yang memang sedar dan akur dengan tanggungjawab besar yang terpaksa mereka pikul, iaitu tanggungjawab menyampaikan mesej Islam kepada generasi-generasi berikutnya. Menyedari kewajipan mereka yang begitu besar, mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafaz segala maklumat syarak yang disampaikan oleh Rasulullah saw baik dalam bentuk wahyu al-Quran mahupun Hadith Rasulullah saw sendiri. Lantaran usaha mereka yang gigih, boleh dikatakan majoriti sahabat adalah terdiri dari kalangan Penghafaz al-Quran yang mantap, seperti Abu Hurairah r.a dan Ibn Omar r.a mampu menghafaz sebahagian besar hadith yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Fenomena ini secara tidak langsung telah menghasilkan beberapa kaedah yang digunakan oleh sahabat untuk menghafaz segala maklumat yang mereka terima dari Rasulullah. Walaupun kaedah-kaedah ini tidak ditulis tetapi sejarah membuktikan bahawa ia memang diaplikasikan oleh sahabat secara praktikal. Dalam menyampaikan ilmu kepada sahabat agar mudah difahami dan mudah diingati, Rasulullah saw telah menggunakan beberapa pendekatan yang amat berkesan, antaranya:

a) Mengulangi percakapan beberapa kali.

7

8

Dalam menyampaikan sesuatu mesej sebagaimana yang diceritakan oleh Anas bin Malik:

)))) Yang bermaksud: Rasulullah (kadang-kadang) mengulangi sesuatu perkataan sebanyak tiga kali agar senang difahami. (Al-Bukhari, tt, kitab Al-Ilm, Jilid 1, ms 188, no: 94)

b) Penggunaan gaya bahasa yang ringkas padat dan jelas.

Ini ada kaitan dengan satu keistimewaan bahasa yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada Baginda yang tidak dimiliki oleh manusia biasa yang lain. Iaitu kebo