pas dan tahalluf siasi dengan dap
DESCRIPTION
Ini adalah satu kaedah berpolitik..Baca ia untuk pencerahan mindaTRANSCRIPT
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
1
PAS DAN TAHALLUF SIASI DENGAN DAP
“PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun
berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat. Kita
berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama
menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama
berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat.
Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam
komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal
mereka. Dengan kefahaman dosa dan pahalalah yang menyebabkan PAS
mampu bertahan lama kerana tidak mudah menjual prinsip perjuangan.”
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, 1 November, Kota
Bharu
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
2
PAS BERPEGANG DENGAN PRINSIP
PAS bemula di zaman penubuhannya hingga ke saat ini tidak pernah
menggadaikan prinsip untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara
ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya
bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah dan
mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan
negara sebagaimana tercatat di dalam perlembagaan PAS fasal 5 (1) dan
(2) berkenaan dengan tujuan PAS.
Selain itu, PAS juga memberikan sepenuh komitmen untuk mengembeling
segenap usaha bagi memastikan tujuan dan matlamat PAS tercapai
sebagaimana yang tercatat di dalam fasal 6 perlembagaan PAS berkenaan
dengan usaha-usaha. Berikut adalah maklumat bagi usaha-usaha PAS:
(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah
RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.
(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta
menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta
memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan
keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
3
dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan
pendidikan.
(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan
ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan
rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang
sihat dan berkebajikan.
(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-
pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan
memahami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup
Islam.
(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi
memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk
politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan
umat Islam dan rakyat seluruhnya.
(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-
persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan
tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya
mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-
undang negara.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
4
(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi
negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha
mengembangkan bahasa al-Qur'an.
(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan
nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.
(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara
ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan
terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab
mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu
dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan
menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala
macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di
kalangan umat manusia.
(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-
batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai
semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
5
Maka, kerjasama dengan DAP adalah mencakupi maksud (6), (9) dan (11)
perlembagaan PAS. Maka, bukankah itu cukup untuk membuktikan
bahawasanya PAS tidak pernah melanggar prinsipnya?
PAS VS DAP DALAM ISU TAHALLUF
Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah berkali-kali menegaskan bahawasanya
PAS tidak akan mengubah pendiriannya untuk melaksanakan nilai-nilai
islam dalam undang-undang sekiranya diberi peluang untuk memerintah
suatu haru nanti. Hal ini boleh dilihat dalam banyak siri-siri kenyataan
beliau dalam isu ini.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
6
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan beliau lebih
rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju
dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.1
PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian
lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti
rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.2
Selain itu, para pimpinan juga telah memberi penjelasan yang konkrit
bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah pada perkara-
perkara yang disepakati dan akan saling bertolak ansur pada perkara yang
tidak disepakati.
Tuan Guru Presiden juga telah menegaskan perkara yang sama beberapa
kali. Perkara ini kembali ditegaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
ketika menyampaikan ceramah di Alor Star dalam Konvensyen Pakatan
Rakyat ke-3 sebagaimana yang dilaporkanoleh akhbar rasmi Harakahdaily
bertarikh 14 Januari 2012:
1 http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-harap-hudud-dilaksana-jika-pakatan-terajui-putrajaya/
2 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47897&tid=92&cid=2
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
7
"Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan
DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza
yang boleh dimuafakati.
"Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan
bertasamud3,"
Berkenaan apakah perkara-perkara yang disepakati antara PAS dan
DAP,maka Tuan Guru telahpun memperjelaskannya di dalam Konvensyen
Pakatan Rakyat pada tahun 2010 yang lalu. Berikut adalah petikan
TuanGuru Presiden berkenaan perkara sedemikian:
15. Hari ini juga kita berhimpun, dengan penegasan yang lebih
bermakna, bahawa kita ingin terus melakukan perubahan, di atas
prinsip Tahalluf Siyasi, yang menggariskan prinsip kebersamaan
kita dengan menekankan persamaan untuk memerangi
kezaliman, ketidakadilan serta rasuah tanpa menafikan asas
pembentukan negara Malaysia dan struktur masyarakatnya.4
3 Bertasamuh (bukan bertasamud) yang bermaksud bertolak ansur
4 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=290:ucapan-di-konvesnyen-pakatan-rakyat&catid=14:kenyataan-rasmi&Itemid=56
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
8
Pada 4 Disember 2011 sekali Tuan Guru Haji Hadi Awang sekali lagi
menyebut di Stadium Malawati, Shah Alam sewaktu majlis Rapat Rakyat
bahawasanya kerjasama antara PAS dan DAP adalah di atas titik
kesamaan antara dua parti tersebut.
Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP
dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan
menentang kezaliman.Ianya juga atas dasar mahu membina
hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno
BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.5
PAS VS KEADILAN DALAM ISU ISRAEL
5 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=358:biarlah-pas-diperkuda-dari-umno-diperlembu&catid=1:berita&Itemid=106
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
9
PAS jelas dengan pendiriannya iaitu kita bersama-sama membantu dalam
perkara yang disepakati, namun akan bertolak ansur dalam perkara-
perkara yang dipersilisihkan tanpa mengenepikan prinsip.
Sebagai contoh satu kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Dato’ Seri
Anwar Ibrahim kononnya menyokong negara haram Israel, Mursyid ‘Am
PAS membuat satu kenyataan media menyatakan bantahan terhadap
kenyataan tersebut.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertarikh 13
Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan Harakahdaily memberikan
kenyataan seperti berikut:
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan
dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara
haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian
di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong
sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan
dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa
Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
10
dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan
secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan
seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar
Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan
menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.6
Pada 22 Febuari 2012, setelah bertemu dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
untuk mendapatkan penjelasan berkenaan dengan isu tersebut, ini adalah
respon Tuan Guru Mursyid ‘am PAS:
Memahami penjelasan Datuk Seri Anwar, di sini saya mengulangi
pendirian PAS sebagaimana diputuskan oleh Majlis Syura Ulama’ ,
iaitu PAS sekali-kali tidak,mengiktiraf negara haram Israel. Maka
PAS tetap istiqamah menyokong perjuangan rakyat Palestin yang
dihina di bumi sendiri. Terserahlah kepada Datuk Seri
Anwar untuk menerima pendirian PAS ini.
Bagi saya, pendirian PAS adalah wajar kerana kewujudan negara
haram Israel merupakan suatu kezaliman, tanpa peri
kemanusiaan dan menafikan hak umat Islam, malah merampas
6 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/8087-israel-anwar-tarik-balik-kenyataan-atau-saman-wsj
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
11
hak seluruh rakyat Palestin. Tambahan pula, tindakan penguasa
Israel yang tidak habis-habis menzalimi dan membunuh rakyat
Palestine, termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua. Justeru,
adalah haram menerima kewujudan negara Israel yang haram.
Pada saya, Datuk Seri Anwar memahami pendirian PAS yang tidak
mengiktiraf negara Israel dan menyokong sepenuhnya
perjuangan rakyat Palestin. Oleh kerana itu tidak berbangkit PAS
telah menggadai prinsip perjuangan tatkala bersama Pakatan
Rakyat. Apa pun saya yakin, pihak Pakatan Rakyat tetap sepakat
dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan
tanah airnya daripada cengkaman Israel yang zalim itu.
Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak
Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun.7
Lihat, PAS jelas tidak bersama dalam perkara yang bercanggah dengan
prinsip PAS.
7 http://www.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=760:datuk-seri-anwar-palestine-dan-israel&catid=80:kenyataan-mursyidul-am-2011-2013&Itemid=500
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
12
Begitu juga dalam konteks ini. PAS dan DAP sudah diketahui umum
mempunyai pusat ideologi yang berbeza, namun ia tidak sepatutnya
menjadi pokok perbincangan utama kerana persamaan antara kedua-
duanya lebih banyak berbanding dengan perbezaan.
DAP dan PAS sama-sama menentang:
1. kezaliman,
2. kronisme,
3. penyalahgunaan kuasa dan sama-sama berjuang untuk mencapai:
4. keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara
menyeluruh,
5. melakukan pengasingan kuasa antara kehakiman, eksekutif dan
legislatif,
6. ketelusan,
7. demokrasi yang telus dan tulen untuk
8. memperkasakan ketuanan rakyat,
9. memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
13
10. untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara
adil dan
11. hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-
setara8.
Yang berbeza hanyalah tentang status hukuman dalam Islam seperti
hudud, qisas dan ta’zir, adakah ia bercanggah dengan perlembagaan
Malaysia. Itu sahaja perbezaan yang paling ketara setakat ini.
Maka jelas, banyak sekali perkara yang disepakati berbanding perkara
yang tidak disepakati. Tuan Guru Presiden memberikan komen tentang
perkara ini pada 17 Ogos 2011:
Kerjasama yang dibuat bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat yang
lain adalah berdasarkan kepada prinsip persefahaman yang
saling menerima prinsip dan dasar perjuangan parti masing-
masing.
8 http://blog.drdzul.com/2012/01/14/tawaran-jingga-pakatan-rakyat-bersihkan-malaysia/. Dr Dzulkifli Ahmad ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Buku Jingga.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
14
"Ianya dibuat tanpa meruntuhkan dasar dan prinsip perbezaan
ideologi untuk mengadakan kerjasama selain tidak mencetuskan
perkara yang boleh membakar jambatan yang telah dibina.
"Apa yang penting, semua pihak perlu memainkan peranan masing-
masing bagi memastikan agenda untuk memartabatkan Islam serta
memberi khidmat kepada rakyat terlaksana."9
Namun begitu, dalam isu-isu yang dipersilisihkan, kedua-dua pihak saling
bertolak ansur dalam menguruskannya.
Sebagai contoh dalam isu berkenaan Valentine Day. Sikap PAS yang
konsisten menolak dan mempromosi umat Islam untuk menolak sambutan
hari berkenaan mengundang kritikan pihak Presiden DAP.
Bertarikh 11 Febuari 2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh TheStar
Karpal Singh menggesa PAS agar mengubah pendirian berkenaan
Sambutan Hari Kekasih. Ini kerana menurut beliau menolak sambutan ini
bercanggah dengan hak kebebasan hak asasi manusia.
9 http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=110:pakatan-rakyat-pas-tidak-akan-bakar-jambatan-yang-dibina&catid=1:berita&Itemid=106
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
15
DAP chairman Karpal Singh hopes that PAS will review its stand
which opposes Valentine's Day celebrations in the country.
He told a press conference here that any attempt to stop activities
related to the celebration "is an affront to human rights and
freedom."10
Bagaimanapun hal ini dijawab oleh Presiden PAS sebagaimana yang
dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian bertarikh 12 Febuari 2012 seperti
berikut:
Pas tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak
DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam
sahaja.
"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh
ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab
agama.11
10 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation
11 http://www.sinarharian.com.my/nasional/hadi-pas-tetap-tentang-sambutan-hari-kekasih-1.23470
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
16
Selain itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
pada tarikh yang sama di akhbar yang sama memberikan komentar
berikut:
Karpal Singh (perlu) belajar untuk menghormati agama lain dan tidak
memaksa masyarakat untuk menerima pandangan peribadinya.12
Namun, yang penulis kesalkan ialah kenyataan pimpinan UMNO yang
sangat senada dengan bukan dalam perkara ini.
Pada 8 Febuari 2012 sebagaimana dilaporkan oleh akhbar New Straits
Time, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang memberikan seperti
berikut:
Pakatan Rakyat must direct Pas Youth to immediately retract their
statement that Valentine's Day celebrations promote "immoral
activities".
"Pas Youth must stop their continuous insults over the years towards
those celebrating Valentine's Day." He said there was nothing wrong
for Pas Youth to discourage Muslims from celebrating Valentine's
12 http://www.sinarharian.com.my/politik/nik-abduh-nasihat-karpal-hormati-agama-lain-1.23451
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
17
Day if it was against the teachings of Islam.
"However, in doing so, they should not allege that Valentine's Day
celebrations will promote immoral activities.
"This implies that non-Muslim Malaysians who celebrate Valentine's
Day will be involved in such activities."13
Berturutan daripada kenyataan berikut, pada 12 Febuari 2012, MCA pula
memberikan kenyataan yang sama. Kenyataan ini dikeluarkan oleh
Setiausaha Agungnya Datuk Seri Kong Cho Ha sebagaimana yang
dilaporkan oleh akhbar TheStar:
MCA has urged PAS to stop insulting Malaysians who want to
celebrate Valentine’s Day and stop saying it is immoral to do so.14
Setelah itu pada keesokan harinya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar New Straits
Times memberikan respon berikut:
13 http://www.nst.com.my/latest/pas-youth-just-being-paranoid-1.43494
14 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F2%2F12%2Fnation%2F10723987&sec=nation
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
18
The government was against any form of protest against
Valentine's Day as all Malaysians were entitled to the right of
freedom of expression.
"What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day
event cause the moral values of Malaysians to go down?
"What proof has Pas got to substantiate such claims? We should not
pay attention to them ... they are a confused lot,"
There was no statistics to show that celebrating Valentine's Day
would create immoral values among the people.15
PERBEZAAN ANTARA DAP DAN MCA
Namun begitu, sekiranya dibuat perbandingan kenapa PAS memilih untuk
setuju bekerjasama dengan DAP berbanding MCA? 15 http://www.nst.com.my/local/politics/don-t-politicise-valentine-s-day-1.45804
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
19
Secara umumnya adalah kerana DAP lebih jelas lebih mirip dan
kecenderungan mereka kepada nilai Islam berbanding MCA.
Apa yang bakal penulis paparkan di sini adalah satu kenyataan sebenar
yang dibuat oleh pemimpin tersebut. Penulis tidak menaqalkan mana-mana
kenyataan pemimpin tersebut kecuali dari sumber yang autentik atau dari
sumber pakatan mereka.
PERBEZAAN 1
DAP menentang hudud kerana pada pandangan mereka ia
bertentangan dengan perlembagaan, manakala MCA secara terang-
terangan menghina dan merendah-rendahkan hudud.
Hal ini pembaca boleh amati dalam kenyataan-kenyataan berikut:
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
20
Presiden MCA, Dato’ Seri Chua Soi Lek pada 4 Disember 2012 di Wisma
MCA selepas merasmikan Forum Hudud berkata
Investors will flee Malaysia if hudud is made federal law. This was
because hudud was not fair to all, in particular women, and also
prescribed cruel punishments for crimes, contrary to international
convention.
“When our record on human rights is not good and the punishment
is perceived to be cruel, Malaysia’s international standing will
drop.
“Then we will have difficulty in attracting investment and even existing
investors may pull out. the stock market will likely fall 10 to 20 per
cent once the Islamic law was enacted and would hit the pockets of
local investors as well.16
“When all sectors of the economy are affected, all Malaysians
regardless of religion... will be affected.17
16 Boleh merujuk ke laman youtube.com dengan carian hudud dari kacamata chua soi lek (3 bahagian). Setakat diakses pada 19 Disember 2012 jam 1.24 pagi.
17 http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/hudud-bad-for-business-says-soi-lek/
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
21
Ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee
Ka Siong yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran pada 7
Disember 2011:
MCA’s position against hudud law remains unshaken all this
while, and we will never negotiate with any parties. Malaysia is a
multiracial country. Implementation of hudud law will definitely affect
non-Muslims. As pointed out by the speakers at the MCA-organised
public forum on Hudud and its Implications on non-Muslims in
Malaysia, hudud law will be applied to all irrespective of religion,
although the weight of the witnesses’ evidences differs between
Muslims and non-Muslims. Hudud law divides and impacts
negatively against the entire society. Therefore, it is not suitable to
be implemented in Malaysia.18
Sekarang cuba para pembaca kenyataan pimpinan-pimpinan DAP
berkenaan SEBAB ketegasan mereka menentang hudud.
18 http://www.mca.org.my/en/mca-will-not-budge-from-position-against-hudud-will-quit-bn-if-umno-implements-hudud-mca-youth-to-terengganu-mb/
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
22
Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 2 Oktober 2011 sepertimana yang
dilaporkan oleh Malay Mail menyebutkan seperti berikut:
The country's constitution was the highest law and as such, state
legislation should be aligned with the constitution and any law
inconsistent with it would be declared as void.
"DAP would not agree to any amendment to the constitution for the
enactment of hudud law, including the proposal made by PAS in the
Kelantan and Terengganu state assemblies in 1993 as it was not in
line with the constitution.19
Selain itu, beliau juga mengulangi pendirian yang sama pada 11 Febuari
2012 sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar TheStar:
Karpal stressed that DAP is opposed to PAS' aspirations for the
establishment of an Islamic state and implementation of hudud law as
it is contradictory to the Federal Constitution.20
19 http://www.mmail.com.my/content/83534-dap-wont-budge-hudud-issue
20 http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/2/11/nation/20120211123958&sec=nation
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
23
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Zulkifli Mohd Noor sepertimana
dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 10 Ogos 2002 menyebutkan seperti
berikut:
Zulkifli also urged non-Muslims to initiate legal action against
Terengganu's hudud law as it contravenes the Federal
Constitution.21
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011
sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Harakah menyebut seperi berikut:
Pada masa yang sama, mereka (PAS) juga menghormati pendirian DAP
yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan
dengan perlembagaan.
"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan
perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita
mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN 22
21 http://www.malaysiakini.com/news/12523
22 http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5724-hudud-dap-tetap-bersama-pas-lawan-bn
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
24
Exco Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagaimana yang dilaporkan oleh
akhbar Harakah pada 19 Disember 2011 menjelaskan perbezaan antara
dua perkara ini seperti berikut:
While DAP based its argument on the legality of the Hudud
enactments from its own understanding of the Constitution, the
MCA and its president Dr Chua Soi Lek had been belittling the laws
by claiming that Hudud would drive away investors and would lead
to Malaysia's destruction.
As such, Amar, who is also Kelantan's spokesman on matters related to
the state's Hudud enactment, said MCA's opposition was rooted in its
anti-Islam character and this explained why its leaders had been
passing derogatory and unsubstantiated remarks about the Islamic
deterrent punishments for serious crimes.
“(Chua) Soi Lek goes on telling that investors would run away and the
country will be destroyed if Hudud laws were implemented. In contrast,
DAP leaders do not indulge in such vehement opposition, but argue their
case based on their opinion that Hudud contradict the Constitution," he
added.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
25
Amar said state government representatives from Kelantan had
discussions with top Pakatan Rakyat leaders including DAP's Karpal
Singh and PKR's Anwar Ibrahim to deliberate on the issue of Hudud
enactment in Kelantan.23
PERBEZAAN 2
TUJUAN DAP melawan UMNO, dan TUJUAN MCA melawan PAS: yang
mana lebih mempunyai nilai keislaman?
DAP melawan UMNO (melayu Muslim) kerana UMNO mempertahankan
rasuah, ketirisan dan kronisme, manakala MCA melawan PAS (pada
23 http://en.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4017-the-difference-between-mca-and-dap-on-opposition-to-hudud.html
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
26
pandangan mereka) adalah kerana kelemahan dalam pentadbiran
seperti kelembapan ekonomi dan peluang pekerjaan terhad.
Secara perbandingan, yang manakah lebih ‘syari’e’ dalam pertembungan
ini? Penulis mengirakan pembaca amat bijak untuk membuat perbandingan
ini. Kenyataan-kenyataan berikut adalah buktinya.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada 2 September 2011 antaranya
menyebutkan seperti berikut:
"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak
setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno
tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.
"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih
banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama
lawan kebatilan, sama-sama lawan BN.24
Beliau juga sepertimana yang dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 10
Oktober 2011 menyebut seperti berikut:
24 ibid
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
27
“Kita bekerjasama (dengan PAS dan PKR) atas prinsip yang
dipersetujui bersama iaitu lawan rasuah25, lawan penyalahgunaan
kuasa, lawan BN.26
Sekarang, sila bandingkan pula tujuan MCA menentang PAS.
Apa yang penulis paparkan di sini adalah perkataan sebenar yang
diungkapkan oleh pemimpin terbabit sebagaimana dilaporkan. Ini tidak
bermakna penulis bersetuju dengan pandangan mereka. Ini kerana apa
yang disebut oleh pemimpin di bawah adalah retorika politik mereka yang
tidak bersandarkan fakta atau bersandarkan fakta separuh masak.
25 Hal ini boleh dilihat dalam pengakuan yang dibuat oleh Bekas Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), bekas Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999), bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (1999) dan bekas Menteri Penerangan (2004), yang juga sekarang menjawat jawatan Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah)Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam temubual dengan Harakah bertarikh 5 Januari 2012 seperti berikut:
Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi. "Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran. "Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah.” Sepatutnya, SPRM sudah boleh membuat penyiasatan atas pengakuan beliau ini. Tetapi setakat artikel ini ditulis, belum ada tindakan dibuat atas kenyataan beliau ini.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil
26 http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPulangiamaran/Article
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
28
Sila pembaca bandingkan adakah tujuan MCA melawan PAS kerana
penyelewengan, ketirisan, kronisme dan penyalahgunaan kuasa
sepertimana tujuan DAP menentang UMNO dan Barisan Nasional?
Pengerusi MCA Kelantan Datuk Dr Fong Chan Onn pada 5 Mac 2004
seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:
Isu pembangunan lembab ekonomi Kelantan di bawah
pemerintahan 14 tahun kerajaan PAS, merupakan antara beberapa
isu yang akan diketengahkan MCA pada kempen pilihan raya umum
kali ini. Isu lain yang akan diketengahkan MCA ialah mengenai dasar
kerajaan PAS yang menyekat kebebasan masyarakat Cina
termasuk dalam aktiviti kebudayaan dan sosial.27
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy pada 10 Mei 2007
seperti yang dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:
MCA Kelantan akan menggunakan isu kegagalan ekonomi kerajaan
Pas negeri dalam kempen pilihan raya umum akan datang. Sehingga
27 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=71337&tid=60&cid=2. Selain itu pembaca boleh melihat kenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA terdahulu Datuk Seri Dr Ling Liong Sik pada 21 Jun 2002 di alamat ini http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=74509&tid=58&cid=2. Selain itu pembaca boleh merujuk kenyataan yang hampir sama yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 27 November 2004.
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
29
kini Pas gagal membangunkan negeri sehingga ramai anak Kelantan
yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi gagal mendapat
pekerjaan ...kerana peluang pekerjaan yang agak terhad.28
Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting pada 3 Ogos 2007 seperti yang
dilaporkan oleh Bernama menyebutkan seperti berikut:
Selepas 17 tahun Pas mentadbir negeri Kelantan, nasib kaum Cina
dan kaum minoriti yang lain di negeri itu masih tercicir dalam
bidang pendidikan, ekonomi dan kebudayaan.29
PERBEZAAN 3
28 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=59908&tid=63&cid=2
29 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=47034&tid=63&cid=2
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
30
DAP tidak menentang PAS menguatkuasakan syariah tetapi MCA
menentang.
KES 1: Perjudian
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 7 Mac 2011 menyebutkan
seperti berikut:
As such, Dr Chua said the party would encourage its central
committee member Datuk Ti Lian Ker, also a lawyer by training,
to haul PAS to court for banning gambling in Kelantan.
“PAS, by banning gambling, is imposing Islamic values on non-
Muslims.30
Hal ini diperkuatkan lagi dengan laporan berita berikut:
KUALA LUMPUR 20 Julai - Tiga penduduk Kelantan mengemukakan
saman pemula untuk memohon perisytiharan bahawa Kerajaan Negeri
Kelantan tidak mempunyai kuasa melulus dan menggubal undang-
30 http://www.mca.org.my/en/soi-lek-mca-to-haul-pas-to-court-over-gambling-ban/
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
31
undang atau enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti
perjudian dan loteri.
Saman pemula tersebut difailkan oleh dua peniaga, Wong Meng Yit,
47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58, dan rakan mereka, Gan Han
Chuan, 44, melalui firma guaman Tetuan Sheng Lee Law di
Mahkamah Tinggi di sini pada 6 Jun lalu.
Salinan writ saman itu diserahkan kepada pihak media di Kompleks
Mahkamah Kuala Lumpur hari ini oleh Ahli Jawatankuasa Pusat MCA,
Dato’ Ti Lian Ker31.
KES 2: Syi’ar
Selain itu, dalam isu yang lain, MCA menentang hasrat kerajaan negeri
yang diperintah PAS untuk meningkatkan syiar Islam di negeri itu dengan
menyemarakkan tulisan jawi di papan tanda dan pemidang kain.
31 Beliau merupakan ahli jawatankuasa pusat MCA merangkap ketua biro perhubungan NGO MCA. Sila rujuk http://www.mca.org.my/en/press-statement-by-mca-ngo-liaison-bureau-chairman-datuk-ti-lian-ker-flailing-the-instruction-by-the-selangor-pakatan-rakyat-government-to-ban-all-symbols-and-logos-related-with-the-1malaysia/ dan ahli jawatankuasa biro MCA pusat http://www.mca.org.my/en/about-us/about-mca/personnel/mca-leadership/mca-bureaus/
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
32
Hal ini boleh dilihat dalam laporan berita BERNAMA bertarikh 23 Oktober
2001 seperti berikut:
MCA Kelantan membantah tindakan Majlis Perbandaran Kota Baharu
(MPKB) yang mewajibkan penggunaan tulisan jawi pada setiap papan
tanda dan pemidang kain di bandar ini. MPKB pada mesyuaratnya
Khamis lepas mewajibkan penggunaan tulisan jawi itu di setiap papan
tanda dan pemidang kain, malahan kedudukan tulisan itu perlu lebih
besar dari tulisan bahasa lain.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan MCA Kelantan, Leong Su
Siang berharap MPKB mengkaji semula arahan itu kerana jika
tidak MCA akan mengambil tindakan undang-undang.32
Selain itu, Dr Chua Soi Lek juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan
berikut kepada News Strait Times bertarikh 2 Mei 2011:
The MCA is not opposing any possible cooperation between Umno
and Pas for the sake of Malay-Muslim unity.
However, party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said Pas had to
first set aside its agenda to turn the country into an Islamic state 32 http://blis.bernama.com/getArticle.do?id=56802&tid=57&cid=2
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
33
before it could sit down and talk with Umno about any possible
return to the Barisan Nasional fold.
"The prime minister is fully aware of our stand on the matter of Pas
rejoining BN."33
PERBEZAAN 4
DAP lebih dekat dengan nilai syariat Islam berbanding MCA.
Hal ini boleh dilihat dalam sikap DAP terhadap beberapa perkara
antaranya berkenaan isu pengharaman judi.
DAP jelas meletakan prinsip mengharamkan judi. Berikut adalah intipati
kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
Eng sebagaimana dilaporkan oleh akhbar harakahdaily:
Kenapa Umno marah sangat kepada saya? Saya tahu kerana 'judi
bola', Pulau Pinang negeri pertama haramnkan judi bola, sebab
itu banyak negeri ikut termasuk Johor dan sebagainya.
Bila kita jadi peneraju kepada mengharamkan judi ini, mereka banyak
rugi, ini mereka boleh buat untuk 'election fund' (dana pilihan raya),
33 http://e.nst.com.my/nst/articles/8cua/Article/art_print
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
34
dalam jawapan Rais Yatim (Tan Sri Dr Rais Yatim, Menteri
Penerangan), mereka (Umno) kena luluskan judi bola kerana untuk
orang Cina.
Ini mereka cerita kepada orang kampung, benda ini 'makan tau'
(berjaya menghasut) kerana orang kampung. Mereka ini kurang
bercampur dengan orang Cina mereka ingatkan orang Cina ini
berjudi sebagai budaya.
Kononnya mereka mahu tanamkan pemikiran bahawa judi ini budaya
masyarakat Cina. Jadi selepas saya umumkan mengharamkan judi
bola di Pulau Pinang mereka punya modal habis..takkan dia nak
cerita kepada orang kampung itu Guan Eng bukan orang
Cina....(ketawa).
Takkan mereka (Umno) nak ceritakan soal saya haramkan judi
kerana saya ini Cina yang jahat...takkan mereka nak ceritakan begitu
kepada orang Melayu di kampung? Ini siapapun tak akan terima.
Saya dan kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pelopor negeri yang
pertama haramkan judi bola, sampai Johor pun terikut-ikut. Jadi
macam mana pun yang luluskan judi bola Umno dan mereka juga
Unit Penerbitan KIDU http://kidu.edu.my
35
nak nampak kononnya wira rakyat mereka pula tarik semula. Ini
semua sudah terbalik. 34
RUMUSAN
Nah, sekarang semoga pembaca jelas berkenaan betapa ‘haramnya’
kerjasama antara PAS dan DAP, dan betapa ‘islamiknya’ kerjasama antara
UMNO dan MCA sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa
individu kebelakangan ini.
Duhai golongan agamawan, jujurlah dengan ilmumu.
Amanahlah.
34 http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28529:umno-takut-kerana-saya-banyak-bantu-melayu-islam-guan-eng&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128