partnering industries engaging employers
TRANSCRIPT
EDISI 3 / 2014 ISSN 2232-0008
i i
KANDUNGAN:
PARTNERING INDUSTRIES ENGAGING EMPLOYERS
Menurut Idris, setakat ini 31 daripada 33 politeknik di negara ini telah pun mempunyai rakan industri yang terdiri daripada syarikat-syarikat bagi membantu mereka memberikan latihan teori dan praktikal terkini kepada penuntut. “Hubungan mendalam politeknik dengan rakan industri mereka akan menghasilkan penuntut yang benar-benar bersedia untuk memasuki alam pekerjaan. Mereka (penuntut) tahu apa mereka perlu buat sebaik sahaja mula bekerja,” katanya.
Katanya, pendidikan teknikal dan vokasional ketika ini amat penting di dalam memacu perkembangan ekonomi negara dan permintaan pasaran terhadap mereka yang berkemahiran teknikal amat tinggi. Beliau berkeyakinan graduan yang menguasai kemahiran teknikal dan Bahasa Inggeris akan 100 peratus diambil bekerja sebaik sahaja menamatkan pengajian mereka.
“Politeknik Mentransformasi Kehidupan”
Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan bersama Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris bin Jusoh
K ementerian Pendidikan mahukan penglibatan yang lebih serius daripada pihak industri di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di politeknik-politeknik negara ini. Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris bin Jusoh berkata, penglibatan lebih mendalam industri itu juga mampu meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan yang dihasilkan oleh politeknik. “Kementerian mahu melihat pihak industri memainkan peranan yang lebih mendalam di politeknik-politeknik, sebagai contoh dengan mempunyai pejabat di politeknik serta membantu melihat kurikulum serta cara pengajaran,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika majlis perasmian program “Partnering Industries, Engaging Employers” di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar.
Disediakan oleh: Baniamin bin Abu Bakar
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
MENGUNGGULI LIGA POLITEKNIK
MALAYSIA
2
PIS MENEMPA NAMA DI FESTIVAL TARI
MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR
2014
4
IKLAS, JABATAN PERHUTANAN JOHOR
DAN SKOMAS MENJAYAKAN MINGGU
JMSK 6
PARTNERING INDUSTRIES ENGAGING
EMPLOYERS ACTIVITIES 9
NATIONAL CONFERENCE ON
RESEARCH AND INNOVATION (NCoRI
2014)
10
UNITY IN DIVERSITY’ FASHION SHOW
VISCOM 18 12
LAWATAN INTELEKTUAL SERANTAU 14
Mukasurat 2
KATA ALUAN PENGARAH PIS
i
Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia Salam Muafakat Johor Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah (SWT) dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersua lagi di arena ini. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan tahniah sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam penerbitan buletin ini. Untuk pengetahuan semua, buletin yang diterbitkan sebanyak tiga naskhah dalam setahun ini adalah sebagai salah satu wadah catatan kepada peristiwa-peristwa yang berlaku di dalam PIS. Dalam usaha kita semua mengejar kecemerlangan, marilah kita bersama-sama merapatkan barisan, membulatkan tekad serta memperutuhkan semangat ke arah mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Kejayaan sesebuah institusi tidak hanya terletak kepada barisan pengurusan sahaja, bahkan penggemblengan tenaga yang jitu daripada semua pihak ditagih bagi memastikan perancangan yang diatur mampu direalisasikan. Kecemerlangan menyeluruh daripada pelbagai bidang dan aspek seperti kecemerlangan akademik, kecemerlangan sukan, kecemerlangan pengurusan & pentadbiran, kecemerlangan sahsiah pelajar dan lain lain lagi mampu membawa Politeknik Ibrahim Sultan menerajui bidang pendidikan TVET di Asia Pasifik menjelang tahun 2020.
Akhir kata, sebagai nakhoda saya menyeru kepada semua warga marilah kita bersama-sama berusaha membawa Politeknik Ibrahim Sultan ke menara kecemerlangan. Sekian. MOHD HATTA BIN ZAINAL Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan
PARTNERING INDUSTRIES ENGAGING EMPLOYERS
Education Ministry of Malaysia has expressed its wish to see industries playing serious roles in the process of teaching and learning at polytechnics in this country. Minister Datuk Seri Idris Jusoh said that the partnering industries could help to enhance the marketability of polytechnic students. “The ministry wants to see the industries playing their deeper roles in polytechnics. For instance, they should set up their offices and help to look on how the curriculum and its pedagogy are being implemented,” he said while officiating Partnering Industries, Engaging Employers Programme held at PIS on 2 October 2014 in the presence of Head of Polytechnic Education Department Director, Datuk Mohlis Jaafar.
According to Idris, only 31 out of 33 polytechnics in the country industry partners. These industries partners help their respective partnering institutions to provide necessary training that bridges the gap between theory and practice.
Furthermore, technical and vocational education is also vital in flourishing the economy of this country as well as the marketability of polytechnic products. He was confident that graduates of technical and vocational education would secure jobs if they were well versed in English and Technical knowledge.
Prepared by: Baniamin bin Abu Bakar Translated by: Yeow Chee Kheong
Mukasurat 3
ISU 3 / 2014
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2014 PERINGKAT
KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA
Disediakan oleh: Mazlina binti Mohd Tahir & Norihan binti Mahmood
B ertempat di Politeknik Merlimau, Melaka telah berlangsungnya KONVENSYEN KIK 2014 PERINGKAT KEBANGSAAN POLITEKNIK MALAYSIA. Konvensyen ini berlangsung selama 3 hari bermula 12 hingga 14 Ogos 2014. Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar dua kumpulan KIK dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) untuk bertanding pada kali ini. Kumpulan dari JKM telah menghantar 10 orang wakil pensyarah dengan nama kumpulan Ex8. Manakala kumpulan dari JKE pula menghantar kumpulan Siber Group yang juga diwakili oleh 10 orang pensyarah. Idea bernas kumpulan Ex8 dan Siber Group telah melayakkan mereka mendapat Anugerah Emas pada konvensyen KIK 2014 pada tahun ini.
Booth pameran dibuka kepada pengunjung untuk menyaksikan sendiri projek-projek yang dihasilkan dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang sepanjang dua hari berlangsungnya
Kumpulan Ex8 bergambar kenangan di hadapan booth pameran mereka
Selain dapat menjimatkan kos dari
pembelian peralatan tangan yang kerap,
projek ini juga membolehkan pelajar dapat
melakukan kerja-kerja “housekeeping”
untuk memastikan keadaan makmal
sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Manakala kumpulan Siber Group dari JKE
pula mempertaruhkan projek “Web 2.0
Dalam Pengajaran & Pembelajaran”.
Kumpulan Siber Group telah
membangunkan satu bahan
e-Pembelajaran dengan menggunakan
Teknologi Web 2.0 untuk digunakan dalam
pengajaran dan pengajaran. Teknologi
Web 2.0 dipilih kerana akses percuma dan
mudah untuk dibangunkan disamping dapat
memenuhi Dasar e-Pembelajaran Negara.
Kedua-dua projek ini juga telah mendapat
pingat emas dalam Konvensyen KIK PIS
2014. Tahniah diucapkan kepada kedua-
dua kumpulan.
konvensyen ini. Permarkahan bagi pertandingan KIK ini meliputi beberapa kriteria antaranya permarkahan dari segi on site panel judging, pameran booth, perbentangan viva dan persembahan kumpulan. Pada malam 14 Ogos 2014 jam 8.00 malam, majlis anugerah bagi penyampaian hadiah berlangsung di Hotel Equatorial Melaka.
Kumpulan Ex8 telah mempertaruhkan
projek yang diberi nama SMUFD. Idea
menghasilkan projek SMUFD ini berpunca
daripada masa kerja pemasangan dan
pendawaian yang panjang untuk amali
“sorting machine” dalam kursus JJ512.
Bertitik tolak dari permasalahan ini,
pasukan Ex8 dari JKM, PIS telah
mengambil keputusan untuk menghasilkan
projek ini. Menghasilkan panel 'sorting
machine' yang mudah dipasang suai
dengan komponen-komponen pneumatik
yang sedia ada bagi mempercepatkan
kerja-kerja pemasangan dan pendawaian.
Booth pameran Ex8 dikunjungi tuan pengarah PIS
Turut hadir Dato Haji Mohlis Bersama hadiah yang dimenangi
Mukasurat 4
PIS WINS MALAYSIAN POLYTECHNIC CHESS COMPETITION
i
Prepared by: Rohana binti Hassan
Translated by: Yeow Chee Kheong
Participants and the team manager
On 27 and 28 November 2014, Politeknik
Muadzam Shah in Collaboration with
Education Ministry organized Malaysian
Polytechnic Chess Competition. This
competition was a platform for students to
show their innate talent.
This competition was contested in four
categories, open, polytechnics, secondary Ainan Nuha win the girls’ category
schools and primary schools. This
competition was based on the seven
Swiss round. All chess players from both
genders were assembled and regulated
by time restriction of 45 minutes for each
round. PIS sent two representatives to
participate in the competition. One of
them, Ainan Nuha binti Shamsul
managed to win the girls’ category.
Mohamad Faiz was only managed to
secure 32nd place out of 61 participants.
PIS chess team has the potential to
compete in higher level competitions. It
is hoped that students’ participations in
extra-curricular activities would provide
them with experience and values needed
by them in their future undertaking.
Disediakan oleh: Johaini bin Ibrahim
PIS MENEMPA NAMA DI FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2014
P ada 20 September 2014, Politeknik Ibrahim Sultan telah menghantar wakil budayawan Kelab Teraju Ujong Tanah (TaUT) menyertai Di Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor 2014 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara, Johor. Pertandingan yang berlangsung di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor ini diadakan bertujuan memulihara kesinambungan, meningkatkan kefahaman serta meneruskan usaha memelihara dan memperkembangkan warisan bangsa.
Kumpulan Tari Ujong Tanah diberi mandat untuk beradu dalam pertandingan dan telah menghantar 2 pasukan bagi 2 kategori yang dipertandingkan iaitu Tarian Tradisional dan Street Dance. Bagi kategori tarian tradisional, Kumpulan TaUT telah mempertaruhkan tarian Inang yang diterajui oleh pereka tari iaitu saudari Nur Farhana binti Mohd Khalid dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik manakala bagi kategori Street Dance yang
Ahli The Dance Ujong Tanah memenangi Naib Johan
dengan membawa pulang, mock check bernilai
RM600.00 dan Piala Kemenangan
Kumpulan Tari Ujong Tanah bergambar bersama di
pentas Festival Tari Malaysia Peringkat Negeri Johor
2014
bertemakan Ultimate Energy diterajui oleh pereka tari iaitu saudara Azwan bin Abdul Razak dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual. Pertandingan ini turut disertai oleh kumpulan-kumpulan kebudayaan dari institusi dan persatuan di peringkat negeri Johor dan beberapa kumpulan dari negeri selatan tanahair. Menyertai pertandingan Tarian Rampaian Asli peringkat negeri Johor pada kali ini memang mencabar kewibawaan budayawan Politeknik Ibrahim Sultan apatah lagi telah bersaing dengan 18 kumpulan yang lain. Alhamdulillah, cabaran yang diberikan kepada Kumpulan Tari Ujong Tanah telah berjaya mencapai objektifnya dan mengharumkan nama PIS. Berkat usaha kumpulan Tari Ujong Tanah, mereka telah berjaya mengondoli Naib Johan bagi kategori Street Dance dengan membawa pulang hadiah bernilai RM600.00 dan piala kemenangan. Kelab Teraju Ujong Tanah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan semua pihak sehingga kejayaan ini tercipta.
Mukasurat 5
ISU 3 / 2014
PERTANDINGAN MENEMBAK BAGI ANGGOTA RELASIS
Disediakan oleh: Hamzah bin Zakaria
Pada 6 September 2014, Unit Beruniform RELASIS dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)
Negeri Johor dan Unit Kokurikulum Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan satu pertandingan menembak
bagi anggota relasis yang diadakan di Lapang Sasar Bukit Kangkar, Ledang, Johor.
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat menembak bagi pelajar Politeknik Ibrahim
Sultan yang menyertai badan beruniform RELASIS. Pemenang pertandingan ini akan dipilih untuk mewakili Rela
Negeri Johor bagi menyertai Pertandingan Menembak Rela Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di
Melaka.
Dalam pertandingan tersebut, pelajar didedahkan dengan penggunaan senjata yang betul. Di antara senjata
yang digunakan dalam pertandingan tersebut adalah senapang M-16 dan pistol. Pelajar dibekalkan dengan 30
biji peluru betul untuk menembak. 10 biji peluru senapang M-16 untuk menembak secara meniarap, 10 biji
secara duduk dan 10 biji secara berdiri dengan jarak 100 meter. Manakala 10 biji peluru pistol diberikan pada
setiap pelajar untuk menembak dengan jarak 25 meter.
Berikut adalah senarai pemenang dalam acara menembak dengan menggunakan senapang M-16 bagi kategori
lelaki dan wanita. Kategori wanita dimenangi oleh Hasanah binti Sidek, Nur Izyan Hanis binti Khirjuari, Nur
Farhamiza binti Nasran dan Nur Syuhada binti Sidek. Manakala kategori lelaki pula dimenangi oleh Muhammad
Nurzaki bin Mohd Abnu, Muhammad Amirul Faiz bin Khozi, Mohammad Azhad bin Zarin dan Iqbal Haziq bin
Azmi.
Aktiviti –aktiviti disekitar berlangsungnya Pertandingan Menembak Relasis
Mukasurat 6
i IKLAS, JABATAN PERHUTANAN JOHOR DAN SKOMAS MENJAYAKAN MINGGU JMSK
Disediakan oleh: Umi Kalthom bt Ramin
Pada 26 dan 27 Ogos 2014, Jabatan Matematik, Sains & Komputer telah menganjurkan program “Minggu JMSK” bertemakan alam sekitar. Tema yang dibawa pada kali ini adalah ‘back to nature’ kerana alam sekitar ini adalah warisan dunia yang merupakan aset negara yang sangat berharga. Program ceramah Kesedaran dan Kesihatan Alam Sekitar dianjurkan dengan menjemput penceramah khas dari Jabatan Perhutanan Negeri Johor iaitu Puan Nurazuwah binti Omar, diiringi oleh Encik Nasarudin bin Jais iaitu pengawas hutan.
Pertandingan Water Rocket juga
telah dianjurkan dan 32 pasukan daripada pelajar semester 1 telah menyertai pertandingan ini. Pemenang-pemenang untuk pertandingan water rocket telah menerima wang tunai sebanyak RM 500 untuk tempat pertama, RM 300 untuk pemenang tempat kedua dan RM 200 untuk pemenang tempat ketiga. Peserta-peserta lain pula menerima sijil penyertaan.
Pada hari Rabu, 27 Ogos 2014, sesi ceramah Pelan Integriti Nasional pula telah dianjurkan dengan menjemput Prof Madya Dr. Shafaai Bin Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Integriti, Kepimpinan & Latihan
Semangat Dato’Onn (IKLAS) sebagai penceramah. Peserta yang terlibat adalah 150 orang staf daripada setiap jabatan di Politeknik Ibrahim Sultan. Pada masa yang sama, pertandingan Running Maths dan Recycle Competition dijalankan dengan kerjasama pelajar-pelajar PIS, kakitangan JMSK bersama-sama dengan 39 orang pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai. Penerapan nilai reuse, reduce dan recycle di mana pelajar dikehendaki mencipta sesuatu daripada bahan-bahan terbuang, bersama-sama dengan konsep explorace iaitu pelajar harus menyelesaikan beberapa siri
masalah matematik dalam Running Maths.
Pengarah PIS, Encik Mohd Hatta Bin Zainal telah sudi menjadi perasmi pada hari penutup diiringi oleh Ketua Jabatan JMSK, Pn. Dr. Hjh Siti Zunariah Binti Mohd Said. Secara keseluruhannya, kami menerima maklum balas positif daripada peserta malah guru-guru juga mengalu-alukan bentuk kerjasama seperti ini.
Ceramah Kesedaran Kesihatan Alam Sekitar (kiri )
kelihatan Penceramah Pn NurAzuwah Omar Dan (kanan)
Encik Nasarudin Bin Jais dari JPNJ.
Pameran mini dari JPNJ, Pelajar –pelajar berminat dengan penerangan jenis-jenis sampel kayu hutan yang
dijelaskan oleh renjer Hutan
Antara pelajar yang hadir Ceramah Kesedaran Kesihatan Alam
Sekitar
Bergambar kenangan bersama pelajar Sek Men Kebangsaan Kota Masai bersama pensyarah
JMSK
Pelajar-pelajar cuba menyiapkan tugasan yang diberikan dalam Recycle Competition
Mukasurat 7
ISU 3 / 2014
Disediakan oleh: Asniza binti Abu Bakar & Syamzurina binti Md Hasnan
AUDIT PEMATUHAN PERTAMA MS ISO 9001:2008 OLEH SIRIM 2014
Penyampaian cendera hati dari
Pengarah PIS En. Mohd Hatta bin Zainal
Gambar-gambar sekitar sesi audit dijalankan di Politeknik Ibrahim Sultan
Disediakan oleh: Baniamin bin Abu Bakar
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN MENGUNGGULI LIGA POLITEKNIK MALAYSIA
juga timbalannya Kapten Norizam bin Sekak.
"Pihak pengurusan dan warga PIS amat berbangga dengan kejayaan pasukan hoki kami apabila berjaya mengekalkan kejuaraan ketiga dalam masa empat tahun bermula 2011 hingga 2014', ujar kapten Norizam Sekak. Warga PIS turut merasa bangga apabila salah seorang pemain kami Mohd Ridzwan bin Azmi dipilih untuk menyertai kem latihan pasukan remaja kebangsaan di bawah kendalian Ketua jurulatih hoki Malaysia, Arul Selvaraj", tambah beliau lagi.
Kejayaan Majlis Sukan Politeknik Malaysia menganjurkan kejohanan liga sebegini berjaya mencungkil bakat baru sukan hoki di negara kita. Semoga lebih ramai lagi pemain-pemain hoki handal lahir dari kejohanan sebegini yang akan terus mewarnai pentas hoki negara sekaligus menjulang nama Malaysia di persada hoki antarabangsa.
JOHOR BAHRU - Kerjasama dan semangat berpasukan jitu menjadi intipati kejayaan pasukan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Johor Bahru muncul juara Liga Hoki Politeknik 2014 Divisyen 1 di Stadium Hoki Bandaraya, di sini baru-baru ini.
Pasukan hoki PIS menunjukan kehebatan dengan memenangi kesemua perlawanan liga. Sepanjang kejohanan tersebut PIS berjaya menyumbat 43 gol dan hanya melepaskan satu gol sahaja. Pengurus pasukan, Mohamad Rafi M.S Solaiman berkata, semangat juang serta kesungguhan pemain membuahkan hasil yang boleh dibanggkan oleh pemain dan juga semua warga PIS.
Pasukan PIS yang mendapat tunjuk ajar daripada bekas pemain hoki kebangsaan, Chairil Anwar bin Abdul Aziz dan Shahrulnizam bin Bunjamin bermain dengan penuh yakin dan bergaya. Hadir sama meraikan kejayaan pasukan PIS, pengarah PIS, Mohd Hatta bin Zainal dan
Pengarah PIS, En Mohd Hatta bin Zainal memberi
kunjungan sebagai tanda sokongan kepada pasukan
hoki Politeknik Ibrahim Sultan
Pasukan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) bergambar kenangan
bersama pengurusan tertinggi PIS
Maklumat dan Unit Pendidikan dan Latihan Industri.
Dapatan daripada audit pematuhan pertama ini adalah tiada sebarang laporan ketidakpatuhan Non-Conformity Report (NCR) dilaporkan semasa audit dan hanya dua penambahbaikan (OFI) yang dicadangkan oleh juruaudit. Ini menunjukkan Sistem Pengurusan Kualiti di PIS dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Sistem Pengurusan Kualiti kekal kukuh walaupun perubahan-perubahan ke atas sistem pengurusan kualiti dirancang dan dilaksanakan. Pengarah PIS, En. Mohd Hatta bin Zainal mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak SIRIM diatas kerjasama yang diberikan. Pihak Pengurusan juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua warga PIS di atas kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan dalam menjayakan audit pematuhan pertama ini. Dengan kerjasama dan komitmen dari semua pihak yang ditunjukkan, PIS telah mengekalkan rekod 4 tahun Audit SIRIM tanpa NCR. Semoga kejayaan ini dapat dikekalkan selama-lamanya.
PIS telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 setelah pihak SIRIM QAS International Sdn.Bhd. telah menjalankan audit persijilan semula re-certification Audit pada 2 hingga 4 oktober 2013. Pensijilan ISO membuktikan PIS komited memberikan perkhidmatan pendidikan yang terjamin dari segi kualiti kepada para pelajarnya. Oleh yang demikian, PIS mendapat kepercayaan daripada pihak berkepentingan stakeholders seperti ibu bapa, majikan/industri, KPM dan JPP tentang sistem pengurusan PIS yang berkualiti.
Pada 12 dan 13 oktober 2014 pihak SIRIM telah mengunjungi PIS sekali lagi bagi menjalankan Audit Pematuhan Pertama yang diketuai oleh Pn Hjh Siti Rahmah binti Ahmad dan dibantu oleh En Mohamad Rafidi bin Mat Dahan. Selama dua hari audit pematuhan pertama ini berlangsung, jabatan yang dilawati adalah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer dan bagi unit pula adalah Unit Jaminan Kualiti, Unit Teknologi
Pengurusan tertinggi Politeknik Ibrahim Sultan
bergambar kenangab bersama Pn Hjh Siti
Rahmah binti Ahmad
Mukasurat 8
i ICE CARNIVAL 2014
Disediakan oleh: Baniamin bin Abu Bakar
SAMBUTAN SYAWAL PERINGKAT PIS MERIAH!
Disediakan oleh: Zaida binti Torman
Barisan tertinggi Pengurusan PIS menyambut Majlis Sambutan Syawal
J ohor Bahru: Ciptaan alat pembungkusan tandan pisang membawa tuah kepada sepasukan
pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) apabila dinobatkan juara keseluruhan sempena Karnival Inovasi, Kerjaya dan Keusahawanan (ICE) 2014. Pasukan berkenaan yang dianggotai oleh Abdul Halim bin Ghazali, Muhammad Anwar bin Mohd Musa, Shazreen Faadhzil bin Samsuddin dan Muhammad Zulfitri bin Alimin yang semuanya berusia 21 tahun membolot tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Projek Inovasi Terbaik, Projek Teknikal Terbaik dan Projek Keseluruhan Terbaik.
Kemenangan itu membolehkan pasukan berkenaan menewaskan 15 lagi projek akhir empat jabatan yang bertanding iaitu Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, Jabatan Hospitaliti dan Pelancongan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Pasukan anak muda berkenaan berjaya membawa pulang piala pusingan, wang tunai berjumlah RM600 dan sijil yang disampaikan oleh Pengarah
kosong” yang telah dihasilkan oleh Unit Instruktional dan Multimedia, PIS. Pada hari tersebut, juadah Aidilfitri untuk kakitangan disediakan sendiri mengikut jabatan dan unit masing-masing. Manakala bagi pelajar pula juadah Aidilfitri mereka telah disediakan atas kelolaan Majlis Perwakilan Pelajar PIS. Majlis yang sungguh meriah itu berakhir pada jam 12.30 tengahari. Semua yang hadir amat berpuas hati dengan majlis ini yang telah berlangsung dengan ceria dan amat menghiburkan. Suasana yang meriah semasa majlis berlangsung
Tanggal 26 Ogos 2014 yang lalu, Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan “Syawal Terindah Gemilang Merdeka 2014” telah diadakan di Dewan Serbaguna, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang Johor dengan jayanya. Seawal jam 8.00 pagi, majlis telah bermula dengan alunan marhaban daripada kumpulan marhaban PUSPANITA dan Persatuan Kebajikan Kakitangan PIS. Majlis ini telah dihadiri oleh seluruh warga PIS yang terdiri daripada pelajar dan warga kerja PIS. Majlis ini telah disempurnakan dengan ucapan syawal dan perasmian bulan kemerdekaan PIS 2014 oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, En. Mohd Hatta bin Zainal.
Pelbagai acara menarik telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Juadah Aidilfitri, Pertandingan Khemah Aidilfitri, Pertandingan Persembahan Aidilfitri, Pertandingan Anyaman Ketupat, persembahan selingan daripada pelajar-pelajar serta cabutan bertuah untuk pelajar dan kakitangan PIS. Kesemua pertandingan pada hari tersebut telah dikelolakan oleh Persatuan Kebajikan Kakitangan PIS. Di samping itu, terdapat juga tayangan video sempena Aidilfitri yang bertajuk “Kosong-
Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pengajian Politeknik.
Ketua projek, Muhammad Anwar berkata, kumpulannya mendapat idea mencipta alat berkenaan selepas seorang rakan berhadapan masalah untuk membungkus tandan pisang kerana terpaksa menggunakan tangga dan mengambil masa yang lama. "Bermula dari situ kami mengerah idea bersama dan mengambil masa selama seminggu untuk merealisasikan penciptaan alat ini dengan kos pembuatannya hanya mencecah RM50 seunit. Jika alat ini dijual untuk pasaran harganya hanya sekitar RM25 seunit namun manfaat dia amat besar kerana memudahkan pekebun untuk membungkus pisang kerana mengambil masa kira-kira seminit," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sementara itu, ciptaan rak pelbagai guna berbentuk kubik melayakkan seorang pelajar dari program Rekabentuk Industri JRKV, PIS, Wirajus a/l Bon Rak, 21, yang berasal dari Kelantan dinobatkan sebagai juara kategori Projek Kreativiti Terbaik. Ciptaannya yang sesuai untuk hiasan rumah berkonsep kontemporari mengambil masa tiga minggu
untuk direalisasikan selain amat mudah diubahsuai mengikut citarasa penggunanya.
Hadiah dan sijil disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, Jabatan Pengajian Politeknik, Azizi Lin. Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Mohd Hatta Zainal turut sama-sama memeriahkan majlis tersebut.
Mukasurat 9
ISU 3 / 2014
PARTNERING INDUSTRIES ENGAGING EMPLOYERS ACTIVITIES...
Mukasurat 10
i NATIONAL CONFERENCE ON RESEARCH AND INNOVATION (NCORI 2014)
On the 11 and 12 November 2014, Research and Innovation Unit, Politeknik Ibrahim Sultan organized its first National Conference on Research and Innovation (NCoRI) at the Centre of Technology (COT). 65 research papers were presented. In the meanwhile, 55 entries of Innovation Poster Competition were also being assessed. Participants of NCoRI 2014 were from polytechnics, community colleges and universities.
This conference started off with an officiating ceremony held in COT building. The ceremony was also graced with the speech by Puan Norfarahi as the programme director. Tuan Syed then officiated the ceremony on behalf of PIS Director. It was then continued with speeches by Dato Prof. Dr. Ahmad and Prof. Madya Dr. Mustaffa.
At 10.30 am, both Innovation Poster Competition and Paper
Presentations were carried out simultaneously. The panelists for the former were Prof. Madya Dr. Mustaffa and Encik Andek Jelantek. On the other hand, the evaluators for the paper presentations, were Dr. Hj. Mohd. Nasir, En. Jahabbar, Pn. Hjh. Normala, Pn. Lim Hooi Peng and En. Ahmad Tajuddin.
During the two-day conference, two workshops were conducted. Prof. Madya Ir. Dr. Sivarao from UTEM ran the workshop, “Let’s Innovate” on the first day. On the following day, Prof. Madya Dr. Mohd. Saidin handled the workshop “Writing Students’ Final Project”. The closing ceremony was officiated by En. Mohd. Hatta, Director of PIS.
Each winner received a certificate. Congratulations to all participants. The programme was ended on 5.00 pm with some light refreshments.
Prepared by: Rohamiah binti Muda
Translated by: Yeow Chee Kheong
Table: Winners of Innovation Poster Competition
Position Participant(s) Title Institution
First
Place
Zaini bin Ashaari
Sharnol bin Mustafa
Paramananthan a/l Balakrishnan
Mesin ceraian jagung PMM
Second
Place
Mohd Fariz bin Abdul Azziz
Mohd Khairulazman bin Hj Abu Bakar AC301 QuizApp PMSZA
Third
Place
Mohd Halim bin Abdul Rahman
Sharifah Norakhil binti Syed Loed Aiskrim Soya Toyyibah KK Jelebu
Fourth
Place
Mohd Halim bin Yakop
Mohamad Zaidi bin Ahmad Yusoff
Nur Atiqa binti Muhamad
Mesin Pemotong Kentang Berbentuk
Dadu JKM, PIS
Fifth
Place
Rohana binti Hasan
Norli binti Jaswadi
Shellie Suzana binti Saad
Multi Sources Power Bank JKE, PIS
Siti Nur Sa’adah binti Masri
Nurul Aini binti Mohamed Carrommen Casing JRKV, PIS
Committee of the National Conference on Research and Innovation 2014
Participants of Innovation Poster Competition explain
about their poster to En. Andek Jelantik bin Ibrahim
Mukasurat 11
ISU 3 / 2014
AUDIT PENSIJILAN AMALAN PERSEKITARAN (QE)
Disediakan oleh: Akhmaliah binti Abd.Rahim
Pada 30 September 2014, audit pensijilan amalan persekitaran telah dijalankan di bilik persidangan PIS dan enam (6) zon yang terlibat. Program yang dianjurkan oleh pihak Malaysia Productivity Corporation (MPC) ini dimulakan dengan mesyuarat pembukaan audit dengan pembentangan slaid oleh Pn. Farahdiba. Seterusnya auditor membuat audit kawasan ke enam-enam zon dimulakan dengan Zon Parsley, Zon Sorrel, Zon Arnica, Zon Jasmine, Zon Dill Seed dan akhir sekali Zon Epazote. Seterusnya pada jam 2 petang pihak auditor telah membuat audit dokumentasi dan diteruskan dengan majlis penutupan audit. Majlis berakhir pada jam 5 petang dengan pengumuman keputusan audit. Keputusan audit menunjukkan tiada masalah yang dihadapi dan PIS telah berjaya mendapat pensijilan 5S dari pihak MPC. Manakala cadangan penambahbaikan adalah diharapkan PIS akan beroleh pensijilan untuk keseluruhan politeknik di masa akan datang dan menambahbaik lagi segala cadangan yang diberi oleh pihak auditor.
Lawatan audit kawasan oleh auditor MPC
PROGRAM DIALOG INDUSTRI BERSAMA DESIGN DEPARTMENT MIMOS BERHAD
Disediakan oleh: Nazirah binti Mat Zain
Pada 28 September 2014 telah berlangsung satu program Dialog Industri bersama Design Department daripada MIMOS BERHAD yang dianjurkan oleh Program Rekabentuk Industri, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual(JRKV), Politeknik Ibrahim Sultan. Program yang telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama ini telah dihadiri oleh para pelajar semester 1 hingga semester 6 serta pensyarah daripada Program Rekabentuk Industri, JRKV. Program ini telah dirasmikan oleh En Al-Rohaizad bin Adanan.
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai kerjaya sebagai pereka bentuk industri, tips-tips untuk menghasilkan rekabentuk produk yang terbaik serta demonstrasi pembuatan dan penghasilan produk yang dibangunkan oleh MIMOS BERHAD. Seramai empat orang pereka telah dijemput bagi menjayakan program tersebut iaitu, En Saharudin Busri, Ketua Bahagian rekaan MIMOS BERHAD, En Nizam Najmuddin, En Nuzairi Yasin dan
En Nazjimee Amat. Pendedahan yang diberikan oleh kesemua pereka tersebut terbukti memberikan impak yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang hadir apabila mereka menunjukkan minat semasa sesi dialog tersebut berlangsung.
Adalah diharapkan, program seperti ini mampu meningkatkan pemahaman para pelajar dalam bidang rekabentuk industri disamping memberikan pengalaman berharga dengan megenali para pereka dalam bidang rekabentuk industri yang mampu menyuntik inspirasi untuk berjaya seperti mereka kelak.
En Al-Rohaizad menyampaikan cenderahati
tanda penghargaan kepada En Saharudin Busri
Sebahagian pelajar dan pensyarah merakamkan
kenangan bersama penceramah jemputan
Sesi dialog oleh En Saharudin Busri, Ketua
Bahagian Rekaan MIMOS BERHAD
Pengurusan PIS dan JK Amalan 5s PIS bergambar kenang kenangan bersama Auditor
Auditor MPC menerima cenderahati daripada Pengarah PIS,
En. Mohd. Hatta B. Zainal
Majlis pembukaan audit dengan pemben-
tangan slide oleh Penyelaras 5s
Panel penilai bagi Anugerah Kualiti Pengarah 2014
mendengar taklimat sebelum menilai setiap jabatan
dan unit
Mukasurat 12
i
Pada 12 April 2014, bertempat di RENAISSANCE HOTEL Johor Bahru telah berlangsungnya satu pertunjukan fesyen dan pameran hasil kerja projek pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian semester 6 di bawah Kursus VF 601. Projek Fesyen ini adalah usahasama di kalangan pelajar-pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian semester 5 di bawah kursus VV 501 Pengurusan Acara. Pertunjukan Fesyen dan pameran ini berlangsung selama sehari dan telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Arshad bin Kassim, Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan.
Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti wajib untuk pelajar Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian semester 5 yang diadakan pada setiap akhir semester selari dengan kehendak kurikulum di bawah kursus VV501 Pengurusan Acara. Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran mengenai proses bagaimana untuk menguruskan sesuatu acara, pengurusan bekerja di dalam kumpulan, menjalankan promosi dari awal
UNITY IN DIVERSITY’ FASHION SHOW VISCOM 18
Disediakan oleh: Noorhati binti Abd Kadir
perancanggan sehinggalah berlakunya acara pada tarikh yang telah dirancang.
Selain daripada pertunjukan fesyen, terdapat juga ruang dan peluang kepada pelajar mempamerkan idea dan kreativiti melalui hasil kerja akhir mereka. Pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung di dalam pameran ini terdiri daripada pelajar dari Program Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian serta pelajar Sijil Kemahiran Khas Politeknik (Rekabentuk Fesyen). Pameran ini bertujuan untuk menilai kemampuan, kredibiliti dan daya kreativiti pelajar-pelajar seiring dengan pasaran semasa dan seterusnya dapat mencapai Teras 2 dalam Teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara iaitu graduan berketrampilan dan kebolehpasaran. Ini kerana hasil kerja pelajar telah dinilai oleh panel industri luar (PIL) dan juga panel dalaman (Pensyarah). Dalam pertunjukan Fesyen ini juga pihak Politeknik Ibrahim Sultan telah menjemput wakil daripada beberapa pelajar dan pensyarah dari Universitas Negeri Yogyakarta untuk mempamerkan dan memperagakan 10 pasang koleksi pakaian. Seramai 10 pereka dari
Pereka / pelajar dari Universitas Negeri Yogyakarta bersama hasil rekaan masing-masing
Universitas Negeri Yogyakarta Indonesia dari tahun 1 dan 3 dari Program Pendidikan Teknik Busana memperagakan pakaian yang membawa konsep kebudayaan Indonesia. Wakil pelajar dari Deligasi Universitas Negeri Yogyakarta Indonesia turut serta mempamerkan hasil kerja pelajar dalam pameran yang telah kami anjurkan. Secara tidak langsung, penglibatan pengantarabangsaan dari Universitas Negeri Yogyakarta Indonesia telah membuka minda dan memberi nilai inspirasi baru kepada pelajar-pelajar yang hadir ke pameran dan pertunjukkan fesyen ini.
Sebanyak 7 kategori telah di pertandingkan di dalam pertunjukan fesyen ini iaitu ; Pereka terbaik, Porfolio terbaik, Pola terbaik, Jahitan terbaik, Penampilan terbaik, Inovasi terbaik, dan Illustrasi terbaik. Ia merupakan satu titik permulaan kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh lagi dalam industri fesyen khususnya.
Pameran dari pelajar Politeknik
Ibrahim Sultan dan wakil pelajar
Universitas Negeri Yogyakarta
Indonesia
ISU 3 / 2014
LAWATAN UITM KE MAKMAL JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) telah menerima lawatan delegasi dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang (UiTM) pada 3 Jun 2014. Delegasi tersebut diketuai oleh Pn. Nurhani Kasuan, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM Caw. Johor, Kampus Pasir Gudang bersama dua belas orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan seorang juruteknik.
Delegasi disambut dan diraikan di bilik persidangan PIS oleh Timbalan Pengarah Akademik, Hjh Suzanah Binti Hashim, Hjh Normala Binti Abdullah, Pensyarah Utama serta En. Sarawanan Letchumanan Ketua Program Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan dua belas orang pensyarah dari JKE. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat peralatan makmal Jabatan Kejuruteraan
Disediakan oleh: En. Sarawanan Letchumanan
Pelajar-pelajar yang mengikuti lawatan
Mukasurat 13
Penyampaian Cenderahati di antara Wakil dari UiTM
dan TPA dari PIS
Elektrik bagi program diploma yang ditawarkan dan delegasi berhasrat untuk menyewa pakai peralatan dan ruang makmal JKE sekiranya ianya bersesuaian dangan program diploma yang ditawarkan di UiTM. Di samping itu, UiTM juga berhasrat untuk mengadakan usahasama dari segi jalinan penyelidikan bersama pensyarah di PIS.
Setelah sesi pengenalan dari kedua-dua belah pihak, delegasi dibawa ke JKE bagi tujuan lawatan ke makmal dan melihat peralatan. Makmal-makmal yang dilawati oleh delegasi ialah makmal kuasa, prinsip elektrik, pengukuran, projek dan telekomunikasi. Di akhir lawatan pihak UiTM berpuas hati dengan makmal dan peralatan yang ada di JKE. Pn. Nurhani Kasuan menyatakan bahawa pihaknya perlu berbincang dan akan menyatakan keputusan lawatan dalam masa terdekat.
LAWATAN AKADEMIK KE TEKNIK JANAKUASA SDN. BHD. TANJUNG BIN POWER
Disediakan oleh: Normah binti Sapuan
J abatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah menganjurkan program lawatan
akademik ke Teknik Janakuasa Sdn. Bhd. Tanjung Bin Power Plant. Program ini telah diadakan pada 14 Ogos 2014, Khamis bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan sistem penjanaan elektrik di Malaysia. Sehubungan dengan itu, lawatan ke agensi luar yang berunsur akademik seperti ini dapat membuka minda para pelajar kepada perkembangan dan teknologi terkini.
Lawatan sambil belajar ini merupakan salah satu strategi dan usaha untuk menggalakkan pelajar lebih memahami kaitan kursus dalam bidang akademik yang dipelajari dengan peluang-peluang kerjaya selepas menamatkan pengajian di Politeknik Ibrahim Sultan. Secara tidak langsung, hubungan baik antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan agensi luar juga dapat dijalinkan.
Secara umumnya, lawatan sambil belajar ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan KPI PPI Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebanyak 4 jam. Memenuhi keperluan kursus Power System (ET302), Power Electronics (ET502) dan Industrial Control (EJ602). Di samping itu, lawatan ini memberikan pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar berkenaan teknologi penjanaan kuasa
elektrik di Malaysia dan menjana idea untuk melaksanakan projek akhir. Lawatan ini membuka peluang kolaborasi, sebagai contoh dalam menjalankan latihan industri di Tanjung Bin Power Plant dan memahami kepentingan bidang ini dan peluang kerjaya di syarikat ini bagi lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik amnya. Peserta lawatan adalah terdiri daripada 34 orang pelajar semester 3 Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik (DEE) serta diiringi 2 orang pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik.
Penceramah sedang memberi penerangan kepada
pelajar
Loji Janakuasa Tanjung Bin
Pameran dari pelajar Politeknik
Ibrahim Sultan dan wakil pelajar
Universitas Negeri Yogyakarta
Indonesia
Mukasurat 14
LAWATAN INTELEKTUAL SERANTAU
Disediakan oleh : Wan NoorHaslinda binti Wan Ramli
i
kolam renang, pusat sukan, wall climbing dan
abceilling, flying fox serta pusat usahawan
pelajar. Selain itu pelajar juga dibawa ke
Republic Hospitaliti Centre yang mempunyai
Café Barista dan Hotel bagi pelajar menjalani
latihan praktikal. Disini para peserta diberi
penerangan terperinci tentang setiap jenis bilik
di hotel tersebut yang bertaraf 5 bintang dan
bilik-bilik spa. Lawatan berakhir dengan sesi
bergambar bersama-sama antara pihak
Republic Polytechnic Singapura dan Politeknik
Ibrahim Sultan, Johor.
Syukur Alhamdulillah program ini telah
mencapai sasaran, matlamat dan objektifnya
seperti yang dirancang iaitu untuk memberi
peluang kepada pelajar untuk saling bertukar
pandangan dengan pelajar institut pengajian
tinggi di luar negara.
Politeknik Ibrahim Sultan telah mengadakan
satu program antarabangsa iaitu Program
Lawatan Intelektual Serantau ke Republic
Polytechnic, Singapura pada 27 Ogos 2014.
Program ini dianjurkan oleh pelajar Diploma
Pengurusan Pelancongan, Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, DUP 5A di
bawah bimbingan 3 pensyarah iaitu Puan
Wan NoorHaslinda binti Wan Ramli, Puan
Logeswari a/p Indiran dan Puan Wan
Rosnani binti Wan Mohamad. Seramai 30
orang telah menyertai lawatan tersebut yang
terdiri daripada pensyarah dan para pelajar.
Antara objektif lawatan ini adalah berkongsi
pengalaman tentang aktiviti–aktiviti yang
dilakukan di Jabatan Hospitaliti, Politeknik
Ibrahim Sultan dan Republic Polytechnic,
Singapura, memperkenalkan aktiviti
pelancongan di Malaysia selari dengan
Tahun Melawat Malaysia 2014 dan memberi
peluang kepada para pelajar bertukar
pandangan dengan pelajar dari luar negara.
Lawatan ini mendapat kerjasama yang baik
oleh pegawai yang bertugas iaitu Mr Jason Tay
dan Madam Benedith. Lawatan dimulakan
dengan taklimat pengenalan tentang Republic
Polytechnic, Singapura dari segi aspek
akademik, ko-kurikulum, infrastruktur dan
pelbagai kemudahan yang lain. Taklimat
ringkas juga telah diberikan oleh wakil dari
pihak Politeknik Ibrahim Sultan yang
disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti berkaitan dengan
program yang ditawarkan serta pelbagai aktiviti
yang telah dan akan dijalankan di Jabatan
Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Ibrahim
Sultan.
Peserta kemudian dibawa melawat di sekitar
kampus serta melihat fasiliti-fasiliti seperti
Sesi bergambar bersama pihak Republic Polytechnic Singapura
Penerangan oleh Mdm Benedith mengenai kemudahan yang
sedia ada di Cafe Barista
Penerangan yang diberikan oleh wakil Republic Polytechnic
tentang fasiliti di School of Hospitality
Taklimat oleh Mr Jason Tay mengenai Republic Polytechnic,
Singapura
Mukasurat 15
ISU 3 / 2014
LAWATAN PENSYARAH JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK KE ADTEC
MELAKA
L awatan pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik ke Institut Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka telah diadakan pada 19 Jun 2014 bermula dari jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Bengkel ini diketuai oleh Ketua Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) iaitu En. Sarawanan a/l Letchumanan. Seramai 10 orang pensyarah terpilih untuk menyertai lawatan ini. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan fasiliti makmal, pelaksanaan dan nilai tambah pelajar bagi program Diploma Teknologi Telekomunikasi di ADTEC.
Sesi taklimat dan soal jawab bersama Ketua Program Diploma Teknologi Telekomunikasi, Pn. Azlin menerangkan secara ringkas sejarah penubuhan dan program-program yang ditawarkan di ADTEC. Manakala ucapan dari wakil Jabatan Kejuruteraan Elektrik, adalah Pn. Hjh. Normala binti Abdullah @ Dollah. Beliau menayangkan video korporat Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan menerangkan secara ringkas latar belakang dan struktur program di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PIS. Selain itu, tujuan kedatangan peserta ke ADTEC diperjelaskan supaya kerjasama yang lebih erat dapat dihasilkan.
Disediakan Oleh: Nurizan binti Tahir
Lawatan ke Jabatan Kejuruteraan Elektik, ADTEC, peserta dibawa melawat ke bilik pensyarah, kelas, dan makmal yang digunakan serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekitar jabatan. Untuk program DTT, terdapat 9 makmal yang digunakan untuk kemudahan pelajar. Antaranya adalah Makmal Telekomunikasi, Makmal Mikro Processor, dan Makmal Komputer. Pelajar dimestikan berada di dalam kelas masing-masing sepanjang sesi pembelajaran dan makanan disediakan di kantin.
Antara impak program ini ialah banyak memberi pengetahuan baru kepada pensyarah berkenaan promosi yang boleh dijalankan bagi membantu mengatasi masalah penurunan kemasukan pelajar ke politeknik terutama bagi
Program Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi). Promosi-promosi yang ADTEC jalankan boleh dicontohi terutamanya pameran-pameran kerjaya di sekolah sekitar Pasir Gudang dan mengedarkan risalah kepada penduduk sekitar.
Selain itu, strategi menggalakkan pelajar mendapat Sijil Profesional sebagai nilai tambah pelajar membantu graduan politeknik untuk bersaing dengan graduan dari institusi lain mendapat pekerjaan yang diinginkan. Ini kerana, peningkatan lambakan institusi yang menawarkan diploma menyebabkan pasaran kerja semakin terhad. Dengan adanya Sijil Profesional, graduan mempunyai keistimewaan dan kelebihan ilmu yang membantu mereka mendapat pekerjaan.
P ada 14- 17 Ogos 2014 yang lalu, Kejohanan Liga Sofbol peringkat Politeknik Malaysia telah berlangsung di Padang Utama Sofbol Politeknik Ibrahim Sultan. Kejohanan ini dianjurkan oleh Politeknik Malaysia (POLITEKMA) selama 4 hari dan telah disertai oleh 17 pasukan iaitu 9 pasukan kategori lelaki dan 8 pasukan kategori perempuan. Politeknik Johor telah menghantar 2 pasukan dalam kejohanan Liga Sofbol Politeknik Malaysia 2014 iaitu pasukan kategori lelaki yang diuruskan oleh Pn. Faeizah Binti Mohd Lajim dan pasukan kategori wanita diuruskan oleh Pn. Alyyati Binti Mohd Talib. Pasukan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Mersing. Pasukan Politeknik Johor telah berjaya mendapat tempat di peringkat akhir kejohanan dimana Pasukan Kategori Lelaki mendapat tempat ketiga dan membawa pulang medal , wang tunai sebanyak RM750 dan sijil penyertaan manakala Kategori Wanita mendapat naib johan dan membawa pulang medal,wang tunai sebanyak RM1000 dan sijil penyertaan. Tahniah diucapkan kepada pemain dan pengurus yang bertungkus lumus memastikan kejayaan milik pasukan Politeknik Johor!
POLITEKNIK JOHOR MENYERLAH DI KEJOHANAN SOFBOL
Disediakan oleh: Alyyati bt Mohd Talib
Wakil ADTEC menyambut kedatangan pensyarah
dari PIS
Penyampaian cenderahati dari PIS
Politeknik Johor bergambar kenangan meraikan kejayaan
ISU 3 / 2014
i
Disediakan oleh: Earni binti Mohamed Azhari
P ada 12 April 2014 telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Persefahaman di antara Politeknik Ibrahim Sultan dengan Universitas Negeri Yokyakarta Indonesia di Hotel Renaissance, Johor Baharu. Tujuan utama majlis menandatangani Nota persefahaman ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat dengan Universitas Negeri Yokyakarta setelah beberapa aktiviti telah dijalankan sebelum ini. Aktiviti yang telah dijalankan adalah lawatan sambil belajar pelajar dan pembentangan dari para pensyarah di Universitas Negeri Yokyakarta pada tahun 2012. Manakala pada tahun 2013, pelajar dan pensyarah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual telah menyertai pertunjukkan fesyen anjuran universiti tersebut yang melibatkan seramai 10 orang pelajar dan 4 orang pensyarah dengan membawa sepuluh pasang pakaian untuk diperagakan. Bagi membalas jemputan dan meneruskan aktiviti kolaborasi, pada 12 April 2014 seramai 10 orang pelajar dan 10 orang pensyarah Universitas Negeri Yokyakarta telah menyertai pertunjukan fesyen VISCOM JRKV serta majlis menandatangani Nota Persefahaman antara kedua-dua institusi.
Nota Persefahaman ini telah ditandatangani oleh Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan, Dato’ Dr Arshad bin Kasim dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Universitas Negeri Yokyakarta Dr. Moch. Bruri Triyono yang disaksikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik, Dr. Abdul Rahim bin Ahmad dari Jabatan Pengajian Politeknik, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Ibrahim Sultan, Pn. Hjh. Suzanah binti Hashim dan Noor Fitrihana selaku Ketua Jabatan Fakulti Kejuruteraan Universitas Negeri Yokyakarta. Para jemputan lain termasuklah Ketua Unit Penyelidikan & Inovasi, Dr Prasanna a/p Kesevan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit Politeknik Ibrahim Sultan. Deligasi dari Universitas Negeri Yokyakarta diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan iaitu Dr. Moch. Bruri Triyono bersama sembilan orang pensyarah dan sepuluh orang pelajar universiti tersebut. Tidak ketinggalan juga pensyarah-pensyarah dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan tetamu luar.
Melalui program ini pelbagai objektif dan implikasi yang diperolehi. Di antaranya ialah memperkenalkan dan memperkasakan penjenamaan semula Politeknik Ibrahim Sultan, memperluas dan memantapkan jaringan global pengajian tinggi (politeknik) melalui kolaborasi berskala besar, merintis usaha perkongsian dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan sumbangan kepakaran. Implikasi yang diperolehi melalui program ini ialah KPI Politeknik Premier telah tercapai dengan dibuktikan oleh pencapaian kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran pelajar dan pensyarah telah diperolehi kesinambungan dari menyertai beberapa usahasama dalam mewujudkan kolaborasi. Di samping itu, ia juga dapat memartabatkan imej Politeknik Malaysia setanding di kalangan IPTA dan IPTS tersohor di seluruh negara.
BULETIN PREMIER POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, KM 10,
JALAN KONG KONG 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
TEL: 07 2612403 / 2423 [email protected]
www.pis.edu.my
MAJLIS MENANDATANGANI NOTA PERSEFAHAMAN DI ANTARA POLITEKNIK IBRAHIM
SULTAN DAN UNIVERSITAS NEGERI YOKYAKARTA INDONESIA
SIDANG REDAKSI
Pengerusi
Mohd Hatta bin Zainal
Timbalan Pengerusi
Pn Hjh Suzanah binti Hashim
En Norizam bin Sekak
Ketua Editor
Dr Hjh Siti Zunariah binti Mohd Said
Penolong Ketua Editor
Pn Umi Kalthom binti Ramin
Editor
Pn Norihan binti Mahmood
Pn Emy Zulyiana binti Mohd Nor
Rekabentuk
Pn Syarifah Hana binti Syed Zubin
Wakil Jabatan/Unit Pn Nazra binti Aris (JKE)
Pn Mazlina binti Mohd Tahir (JKM)
Pn Rohamiah binti Muda (Pruf)
En Baniamin bin Abu Bakar
Penterjemahan
Yeow Chee Kheong
Gambar Kenangan Dekan Universitas Negeri Yokyakarta
bersama Pengarah dan wakil-wakil dari Politeknik Ibra-
him Sultan dan JPP
Penyerahan Nota Persefahaman di antara Politeknik Ibrahim Sultan dan Universitas Negeri Yokyakarta
Jamuan makan tengah hari jemputan dan deligasi dari
Indonesia selepas majlis menandatangani NoU