pantun.ppt

10
Pokok kelapa tanam berjajar, Nampak dari tepi pantai, Barang siapa rajin belajar, Tentu dia menjadi pandai. Nampak dari tepi pantai, Bila dekat rupanya batu, Kalau tuan hendakkan pandai,

Upload: rohaya-kassim

Post on 18-Dec-2015

5 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • Pokok kelapa tanam berjajar, Nampak dari tepi pantai, Barang siapa rajin belajar, Tentu dia menjadi pandai.

    Nampak dari tepi pantai,Bila dekat rupanya batu,Kalau tuan hendakkan pandai,Mesti rajin membaca buku.

  • Bila dekat rupanya batu, Jika berjalan perlahan-lahan,Kalau rajin membaca buku,Jangan lupa buat latihan.

    Pergi ke sekolah bersama kawan,Naik bas perlahan-lahan,Jangan suka mencari lawan,Dalam pelajaran tiada kejayaan.

  • Dari kampung pergi ke pekan,Pergi dengan perahu nelayan,Tekun dan sabar asas kejayaan,Rajin dan usaha beroleh kejayaan.

    Dari desa pergi ke kota, Mari pergi dengan kereta, Jangan kita membuang masa Kelak rugi hidup kecewa.

  • Anak kera makan nangka,Nangka masak kuning warnanya,Kita semua adalah bersaudara,Marilah kita bekerjasama.

    Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang, Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang.

  • Adik saya menendang bola,Bola jatuh melambung-lambung,Mari kita bersaudara,Hidup kita tolong-menolong.

    Kalau berjalan betulkan langkah,Nanti jatuh terkena batu,Jangan suka mencari salah,Salah sendiri baiki dahulu.

  • Kita melihat dengan mata,Kita berdiri dengan kaki,Jangan suka kata-mengata,Takut terkena hidung sendiri.

    Burung pipit terbangnya tinggi,Burung merpati mencari sarang,Kalau sombong meninggi diri,Ke mana pergi dibenci orang.

  • Terang bulan di malam sepi,Cahaya memancar ke pokok kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada saudara, ibu dan bapa.

    Bintang tujuh sinar berseri,Bulan purnama datang menerpa,Ilmu itu hendaklah dicari,Mana yang dapat janganlah lupa.

  • Bercakap biar lembut,Berdiri biar sendiri,Berkata sedap di mulut,Saya mendengar sakit hati.

    Limau manis dua serangkai,Lalu dimakan si kawan kita,Mulut manis jangan dipakai,Saya sendiri sudah terkena.

  • Seronok sungguh si anak itik,Seronok menyambut hari jadi,Bukan senang jadi pendidik,Banyak dugaan perlu dihadapi.

    Ayam jantan gagah perkasa,Berkokok pagi tepatnya masa,Tugas guru besarnya jasa,Mendidik mengasuh anak bangsa.

  • Halia ini tanam-tanaman,Ke barat juga akan condongnya,Dunia ini pinjam-pinjaman,Ke akhirat juga akan sungguhnya.

    Anak Cina memasang lukah,Lukah dipasang di Tanjung Jati,Hajat di hati tak mahu berpisah,Kasih erat tersimpul mati.