panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

12
Permohonan Pelajar Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 4 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi borang permohonan memasuki MRSM secara dalam talian. Borang permohonan online yang diisi oleh pemohon akan terus dihantar ke dalam sistem pengambilan pelajar ke MRSM. Pemohon juga dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sekiranya tempoh permohonan belum tamat dan pemohon belum tekan butang hantar. Maklumat permohonan juga boleh dicetak oleh pemohon. Sebelum mengisi borang permohonan online ini, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan permohonan ini. Kata laluan yang didaftar secara online itu akan turut dihantar kepada pemohon melalui alamat emel. Terdapat beberapa perkara penting di dalam buku panduan ini iaitu: Daftar Pemohon Login Mengisi Maklumat Peribadi Mengisi Maklumat Ibu Bapa. MAKLUMAT PENTING SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PENGISIAN BORANG PERMOHONAN ONLINE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ADALAH BERBEZA. SILA LIHAT PANDUAN YANG BETUL BAGI MENGELAKKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK. ANDA JUGA PERLU MENGISI NO TELEFON BIMBIT DAN EMAIL YANG TEPAT BAGI MEMUDAHKAN PENGHANTARAN EMAIL DAN SMS.

Upload: aynora-nur

Post on 11-Feb-2017

505 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Permohonan Pelajar

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang

Permohonan Dalam Talian (Online)

Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 4 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi borang permohonan

memasuki MRSM secara dalam talian. Borang permohonan online yang diisi oleh pemohon

akan terus dihantar ke dalam sistem pengambilan pelajar ke MRSM. Pemohon juga dibenarkan

mengemaskini maklumat permohonan sekiranya tempoh permohonan belum tamat dan pemohon

belum tekan butang hantar. Maklumat permohonan juga boleh dicetak oleh pemohon. Sebelum

mengisi borang permohonan online ini, pemohon perlulah mendaftar terlebih dahulu untuk

mendapatkan kata laluan permohonan ini. Kata laluan yang didaftar secara online itu akan turut

dihantar kepada pemohon melalui alamat emel. Terdapat beberapa perkara penting di dalam buku

panduan ini iaitu:

Daftar Pemohon

Login

Mengisi Maklumat Peribadi

Mengisi Maklumat Ibu Bapa.

MAKLUMAT PENTING

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PENGISIAN BORANG

PERMOHONAN ONLINE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ADALAH

BERBEZA. SILA LIHAT PANDUAN YANG BETUL BAGI

MENGELAKKAN PERMOHONAN ANDA DITOLAK. ANDA JUGA

PERLU MENGISI NO TELEFON BIMBIT DAN EMAIL YANG TEPAT

BAGI MEMUDAHKAN PENGHANTARAN EMAIL DAN SMS.

Page 2: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Permohonan Pelajar

Panduan Tingkatan 4 Daftar Pemohon

Sebelum mengisi borang permohonan secara dalam talian, pemohon perlulah

mendaftar untuk mendapatkan kata laluan bagi membolehkan pemohon login ke

dalam sistem dan mengisi borang permohonan.

Gambarajah 1

Gambarajah 2

Page 3: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Permohonan Pelajar

Gambarajah 3

Gambarajah 4

Langkah-langkah:

1. Sebelum daftar masuk ke dalam sistem sila pastikan URL yang

dilayari adalah betul. ( Sila rujuk Gambarajah 1 )

2. Sila klik pada butang Klik disini.

3. Paparan seperti Gambarajah 2 akan dipaparkan

4. Setelah mengisi ‘‘Nama, No KP, Angka Giliran, Emel dan ‘No.Telefon’

klik butang ‘Hantar’. Pastikan mengisi emel yang terkini dan nombor

telefon mudah alih bagi memudah penghantaran emel dan SMS.

5. Paparan seperti Gambarajah 3 akan dipaparkan. Klik pada butang

OK.

6. Maklumat log masuk akan dipaparkan. Kata laluan turut akan dihantar

kepada pemohon melalui emel. Pemohon boleh mencetak maklumat

tersebut

7. Klik pada butang Klik disini untuk log masuk kedalam sistem, ( Sila

rujuk Gambarajah 4 )

Page 4: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Permohonan Pelajar

Login untuk mengisi borang permohonan online

Setelah mendapatkan kata laluan, pemohon dibenarkan log masuk ke dalam sistem

menggunakan No KP dan juga kata laluan yang diberi.

Gambarajah 1

Langkah-langkah:

1. Sebelum login ke dalam sistem sila pastikan URL yang dilayari adalah betul.

(Sila rujuk Gambarajah 1 )

2. Sila masukkan No KP/Sijil Kelahiran diruangan ‘No KP/Sijil Kelahiran’.

3. Sila masukkan katalaluan diruangan ‘Katalaluan’

4. Setelah mengisi ‘‘No KP/Sijil Kelahiran’ dan ‘Katalaluan’ klik butang ‘Login’.

5. Sekiranya berjaya mengakses ke dalam sistem pengguna akan mendapat paparan

seperti Gambarajah 2.

6. Sekiranya pengguna gagal mengakses ke dalam sistem sila ulangi langkah 2

hingga 4.

Page 5: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

4. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.

Gambarajah 2

Mengisi Maklumat Peribadi

Pengguna perlulah mengisi maklumat peribadi di borang ‘Maklumat Peribadi’.

Ruangan ‘Nama’, ‘No KP’ dan ‘Angka Giliran PT3’ tidak boleh dikemaskini oleh

pengguna. Pengguna diwajibkan mengisi ruangan bertanda * supaya kesemua

maklumat peribadi yang diisi tadi dapat disimpan.

Langkah-langkah:

1. Sila isikan maklumat peribadi di ruangan yang telah disediakan. Ruangan

bertanda * adalah wajib diisi. ( Sila rujuk Gambarajah 2 )

Ruangan ‘Warganegara’ akan digunakan oleh sistem untuk

menentukan kelayakkan pemohon untuk memasuki MRSM.

Pemohon perlulah memiliki kewarganegaraan Malaysia.

Ruangan ‘Jantina’,’Tarikh Lahir’, dan ‘Negeri Lahir’ akan dipaparkan

secara automatik berdasarkan maklumat No KP.

2. Setelah mengisi maklumat peribadi klik butang ‘Simpan Permohonan’

untuk menyimpan maklumat peribadi ke dalam sistem

3. Atau klik butang ‘Halaman 2 – Maklumat Ibu Bapa’ untuk menyimpan

maklumat peribadi ke dalam sistem dan seterusnya memaparkan borang

‘Maklumat Ibu Bapa’.

Page 6: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

5. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.

Mengisi Maklumat Ibu Bapa

Borang ‘Maklumat Peribadi’ perlulah diisi oleh pemohon terlebih dahulu sebelum

mengisi borang ‘Maklumat Ibubapa’. Maklumat yang bertanda * adalah wajib

diisi oleh pemohon bagi membolehkan maklumat ibubapa di simpan ke dalam

sistem.

Langkah-langkah:

Gambarajah 3

1. Sila isikan maklumat ibubapa di ruangan yang telah disediakan. Ruangan bertanda

* adalah wajib diisi. ( Sila rujuk Gambarajah 3 )

2. Setelah mengisi maklumat ibubapa klik butang ‘Simpan Permohonan’

untuk menyimpan maklumat ibu bapa ke dalam sistem.

3. Atau klik butang ‘Kembali ke Halaman 1 – Maklumat Peribadi’ untuk

menyimpan maklumat ibu bapa ke dalam sistem dan seterusnya

memaparkan borang ‘Maklumat Peribadi’.

4. Klik butang ‘Hantar Permohonan’ untuk menghantar borang

permohonan ke sistem pengambilan pelajar.Borang yang telah dihantar

tidak boleh dikemaskini lagi.

Page 7: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Cetak Permohonan Tingkatan 4

Butang ‘Cetak Permohonan’ hanya akan keluar setelah permohonan dihantar.

Gambarajah 4

Langkah-langkah:

1. Klik butang ‘Halaman 2 –Maklumat IbuBapa untuk untuk melihat

maklumat ibubapa.

2. Klik butang ‘Cetak Permohonan’ untuk cetak surat tawaran daripada sistem

(Sila rujuk Gambarajah 4)

3. Klik butang ‘Log Keluar’ untuk keluar daripada sistem.

Page 8: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

4. Contoh Surat Tawaran Tingkatan 4:

Gambarajah 5

Page 9: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Gambarajah 6

Page 10: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Gambarajah 7

Page 11: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

Gambarajah 8

Page 12: Panduan permohonan mrsm tingkatan 4 2016

PENTING : TINDAKAN PEMOHON KEMASUKAN TINGKATAN 4 SELEPAS MENGHANTAR

BORANG SECARA ONLINE

• BAGI PERMOHONAN MRSM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, SILA CETAK BORANG

PERMOHONAN DAN BAWA CETAKAN BORANG ONLINE DAN DOKUMEN SOKONGAN KE

PUSAT UJIAN BAGI TUJUAN PENGESAHAN.

• BAGI PERMOHONAN MRSM DI SABAH DAN SARAWAK, SILA POS CETAKAN BORANG

DAN DOKUMEN SOKONGAN KE IBU PEJABAT MARA UNTUK TUJUAN PEGESAHAN.

• BORANG PERMOHONAN BOLEH DICETAK PADA BILA-BILA MASA SELAGI BELUM

TARIKH TUTUP PERMOHONAN.

PESANAN :

SILA AMBIL PERHATIAN PERKARA-PERKARA YANG DINYATAKAN DI ATAS UNTUK

MENGELAKKAN KESILAPAN SEMASA MEMOHON.