panduan permohonan cuti tanpa rekod

7
PANDUAN PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD JENIS-JENIS CUTI TANPA REKOD a. Cuti Gantian b. Cuti Latihan Pasukan Sukarela c. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan d. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama e. Cuti Memasuki Peperiksaan f. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas g. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan h. Cuti Tugas Khas Perubatan i. Cuti Isteri Bersalin j. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat k. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan l. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN CUTI GANTIAN 1. Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau bayaran khas. Contoh masa bertugas lebih masa; Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am Bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974) 2. Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas bersamaan dengan 1 hari. (PA 40 BAB C 1974) 3. Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tugas. Jika tidak diambil dalam tempoh berkenaan akan dianggap luput. (JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada JPM) 1

Upload: muhd-zahimi-mohd-noor

Post on 14-Aug-2015

95 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

PANDUAN PERMOHONAN CUTI TANPA REKOD

JENIS-JENIS CUTI TANPA REKOD

a. Cuti Gantian

b. Cuti Latihan Pasukan Sukarela

c. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan Pertubuhan / Persatuan

d. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama

e. Cuti Memasuki Peperiksaan

f. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

g. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan

h. Cuti Tugas Khas Perubatan

i. Cuti Isteri Bersalin

j. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat

k. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan

l. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN

CUTI GANTIAN

1. Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau

kepentingan perkhidmatan yang tidak berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau

bayaran khas. Contoh masa bertugas lebih masa;

• Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am

• Bertugas lebih masa dari waktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974)

2. Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas

bersamaan dengan 1 hari. (PA 40 BAB C 1974)

3. Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalam tempoh 6 bulan dari tarikh

tugas. Jika tidak diambil dalam tempoh berkenaan akan dianggap luput.

(JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada JPM)

1

Page 2: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

4. Kemukakan salinan’workorder’ yang disahkan bagi kerja-kerja yang dijalankan

CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA

JENIS PASUKAN SUKARELA YANG DIBENARKAN;

a. Askar Wataniah

b. Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja

c. Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja

d. Simpanan Sukarela Polis

e. Pertahanan Awam

f. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

SYARAT

1. Hadir latihan atau khemah kerja tahunan sahaja

2. Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat. Jika

Cuti Rehat telah kehabisan, dapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (PA 41 BAB C 1974)

TEMPOH

3. Tidak melebihi 30 hari setahun untuk latihan/khemah kerja tahunan

4. Tambahan 2 hari lagi untuk perjalanan (pergi dan balik)

CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH KERJA TAHUNAN

PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG DIBENARKAN

1. Kadet Laut

2. Kadet Persekutuan

3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan

4. Pengakap

5. Pandu Puteri

2

Page 3: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

6. Briged Budak Lelaki

7. Briged Budak Perempuan

8. Ambulan St. John

9. PBSM

10. Persatuan Perancang Keluarga

11. PEMADAM

12. Persatuan Penyelamat Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia

13. Pertubuhan Orang-orang Buta

14. Institut Dakwah dan Latihan Islam JPM

15. Jabatan Perpaduan Negara, JPM

16. Persatuan Pengguna

17. Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia

18. PUSPANITA

19. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

20. Kadet Polis

21. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP)

22. PERKIM

23. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)

24. Majlis Keselamatan Negara, JPM

25. Biro Tata Negara, JPM

TEMPOH

1. Tidak lebih 14 hari

2. Tambahan 2 hari untuk perjalanan (pergi dan balik)

SYARAT

3

Page 4: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

1. Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat. Jika

Cuti Rehat telah kehabisan, boleh diberi Cuti Tanpa Gaji.

MEMASUKI PEPERIKSAAN

1. Boleh diberi kepada staf yang memasuki peperiksaan yang dianggap oleh Ketua

Jabatan sebagai boleh membaiki peluang hidup atau peningkatan kerjaya.(PA 44

BAB C)

2. Tempoh : Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

MENGHADIRI MESYUARAT KHAS PERSATUAN IKHTISAS

1. Boleh diluluskan kepada pegawai yang menghadiri mesyuarat agung atau

mesyuarat agung luar biasa dalam persatuan ikhtisas di mana pegawai menjadi

ahli.

2. SENARAI PERTUBUHAN IKHTISAS (PA 45 BAB C 1974);

a. The Malayan Association Of Certified Public Accountants

b. Federation Of Malaya Society Of Architects

c. Joint Group Of Institute Of Civil Engineers, the Institute Of Mechanical

Engineers And Institution Of Electrical Engineers

d. Persatuan Biokimia Malaysia (The Malaysian Bio-Chemical Society)

e. The Malayan Dental Association

f. The Institution Of Engineers Federation Of Malaya

g. Persatuan Jurutera Galian Malaysia

h. Persatuan Juru Xray Malaysia

i. Persatuan Kesihatan Malaysia (Malaysian Society Of Health)

j. Institut Kimia Malaysia

k. Malayan Medical Association

l. The Alumni Association Of The King Edward VII College Of Medicine

m. The Association Of Medical Social Workers Malaysia

n. Malayan Section Of The Institute Of Mining And Metallurgy

4

Page 5: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

o. The Malayan Trained Nurses Association

p. The Obstetrical And Gynecological Society Of Malaya

q. Persatuan Pakar Bius Malaysia

r. Persatuan Pakar Otopedik Malaysia

s. Malaysia Society Of Pathologists

t. Pertubuhan Perancang Malaysia

MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA / SUKAN

1. Boleh diberi kepada staf yang telah dipilih untuk mengambil bahagian

dalam sebarang perlawanan atau sukan

SYARAT

1. Perlawanan di peringkat negeri atau antarabangsa

2. Anjuran dari kerajaan layak. Tidak layak jika anjuran dari swasta.

3. Diberi atas budibicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan

perkhidmatan

4. Boleh diberi juga kepada pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau

Jawatankuasa Pertandingan Negeri atau antarabangsa untuk menghadiri

mesyuarat majlis/jawatankuasa yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu

pertandingan [PA 46(b) Bab C 1974]

5. TEMPOH : Terhad kepada masa yang betul-betul diperlukan tetapi tidak melebihi

30 hari setahun

CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN

5

Page 6: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

1. Boleh diberi kepada pegawai yang menjalankan tugas x-ray sepenuh masa dan

terdedah kepada pancaran x-ray

2. Bertugas di pusat-pusat perubatan tertentu di mana jenis tugas yang dijalankan

merbahaya. [PA 47 Bab C 1974]

3. TEMPOH : 14 hari setahun. Tidak boleh ’carry forward’. Sekiranya tidak diambil

dalam tahun yang diperolehi, cuti ini akan luput.

CUTI ISTERI BERSALIN

1. Diberi kepada pegawai lelaki kerana isteri bersalin.

2. Kemudahan ini dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja dalam tempoh

perkhidmatan . (Perenggan 58.2 PP 9/1991)

3. TEMPOH : 7 Hari sahaja (PP 9/2002)

4. Salinan perakuan bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT

1. Diberi kepada pegawai untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan

kematian ahli keluarga terdekat.

2. AHLI KELUARGA TERDEKAT : Suami/isteri, anak, ibu, dan bapa

kandung sahaja.

3. TEMPOH : 3 hari sahaja. ( PP 10/2002)

4. Salinan pengesahan kematian hendaklah dikemukakan kepada Ketua

Jabatan.

MENGIKUTI KURSUS INTENSIF DI BAWAH PROGRAM PJJ

1. Boleh dipertimbangkan kepada pegawai untuk menghadiri kursus intensif

sepenuh masa yang disyaratkan di bawah program pendidikan jarak jauh (PJJ)

2. SYARAT : Telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk

mengikuti program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama/Lanjutan di

6

Page 7: Panduan Permohonan Cuti Tanpa Rekod

mana-mana IPT dan belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang

berkenaan

3. TEMPOH : Tempoh sebenar kursus intensif tetapi tidak melebihi 30 hari

(maksima) dalam setahun.

4. Jika lebih 30 hari, gunakan cuti rehat yang berkelayakan. Jika kehabisan cuti

rehat, gunakan cuti tanpa gaji.

MENGIKUTI PROGRAM PLKN

1. Diberi kepada pegawai yang mengikuti kursus jurulatih PLKN dan

menjalankan tugas –tugas jurulatih PLKN (PP 1/2004)

2. TEMPOH : Masa sebenar dan tambahan 2 hari bagi perjalanan(pergi dan balik)

SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR

1. Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan ( melalui Ketua

Unit/Pusat/ Dekan kepada Pendaftar) cuti tanpa rekod tidak melebihi 7

hari selepas tamat kursus/latihan/pengajian

2. SYARAT : Tempoh Kursus/Latihan/Pengajian pegawai adalah lebih 12

bulan (PA 38 BAB C 1974)

DISEDIAKAN OLEH :

UNIT PERKHIDMATAN

PEJABAT PENDAFTAR

Sbi/c/service/panduan permohonan ctr

05/08/2006

7