panduan pelaksanaan program sahsiah...

23
0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR) DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA CYBERJAYA 2014

Upload: phungdang

Post on 30-Jan-2018

297 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

0

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM

SAHSIAH UNGGUL MURID (SUMUR)

DI SMKA DAN SABK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

CYBERJAYA 2014

Page 2: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

1

KATA ALU-ALUAN Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat serta keizinan-Nya telah memungkinkan usaha bagi pelaksanaan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) bagi semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara yang mula diperkenalkan dari tahun 2007 hingga kini. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan pelaksanaan program ini. Semoga segala usaha tersebut diberi ganjaran sebaik-baiknya disisi Allah SWT. Sesungguhnya, usaha membangun Modal Insan melalui kaedah mendidik, mengajar, membentuk dan membimbing pelajar di sekolah merupakan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Berteraskan kepada prinsip ini, Bahagian Pendidikan Islam KPM mengambil inisiatif memperkenalkan satu program khusus ke arah pembentukan sahsiah pelajar dari semasa ke semasa. Hasilnya, program SUMUR ini dilaksanakan di semua SMKA dan SABK seluruh negara dan matlamat pelaksanaannya dilihat sejajar dengan anjakan ketiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 hingga 2025 yang memberi penekanan untuk “Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai”. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa agar segala usaha kita ini akan mendapat keredhaan Allah SWT. Sekian, terima kasih

Hj Abdullah bin Md Din Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

Page 3: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

2

LATAR BELAKANG

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia. Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

2. Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.

3. Program SUMUR telah dilancarkan oleh YB Dato’ Noh bin Omar, Timbalan Menteri

Pelajaran Malaysia pada 29 Oktober 2007 di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selangor.

4. Susulan daripada itu, sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi

melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

5. Mesyuarat Pengurusan Bahagian Pendidikan Islam Bil.2/2010 pada 8 Februari

2010 telah memutuskan bahawa program SUMUR ini diserahkan kepada Operasi Dakwah BPI KPM dan telah dilaksanakan bermula tahun 2010 di semua SMKA dan SABK.

6. Aktiviti pelaporan berpusat telah dilaksanakan pada tahun 2012 melibatkan semua

SMKA dan SABK di enam (6) zon meliputi zon utara, zon tengah, zon selatan, zon timur, zon Sabah dan zon Sarawak.

7. Manakala bagi tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di

semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.

Page 4: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

3

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

1. Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) ini berada di bawah Guru Penolong Kanan, Hal Ehwal Murid dan merangkumi semua aktiviti sekolah. Penyelaras program SUMUR di peringkat sekolah pula perlu dilantik di kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI).

2. Program SUMUR ini terkandung di dalamnya empat (4) modul utama iaitu Modul Mutadayyin, Modul Berbudi Bahasa, Modul Jati Diri dan Modul Penampilan Diri.

3. Semua pelajar hendaklah diberitahu dan diperjelaskan secara terperinci tentang

pelaksanaan setiap modul supaya mereka faham dan menyedari bahawa sesuatu modul tersebut sedang berlangsung dan mereka turut terlibat dalam pelaksanaan modul tersebut. Pernyataan-pernyataan dalam bentuk banner dan bunting perlu dipamer sepanjang setiap modul itu berlangsung.

4. Proses penilaian bagi setiap modul adalah berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil

pelajar (usrah) bagi meringan tugas guru. Guru (murabbi) perlu mengesahkan penilaian berdasarkan borang yang telah disediakan.

5. Usrah WAJIB dilaksanakan pada kadar minimum sekali sebulan di semua sekolah

SMKA dan SABK sama ada di sekolah yang mempunyai asrama atau tiada asrama. Pihak sekolah perlu menubuhkan satu badan contohnya Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR/BDK) untuk menguruskan program usrah ini.

6. Penilaian murid hendaklah dibuat sebanyak empat (4) kali iaitu dua minggu sekali

bagi tempoh dua bulan setiap modul itu berlangsung. 7. Penyelaras program SUMUR sekolah perlu menghantar peratus dapatan daripada

penilaian murid bagi setiap modul yang dilaksanakan secara berkala iaitu 4 kali setahun (April, Jun, Ogos dan November) dengan mengisi Borang Pelaporan yang dijana dalam MS Excel. Laporan keseluruhan pelaksanaan program SUMUR dalam bentuk ‘hard copy’ pula perlu dihantar kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM pada bulan November bagi tahun semasa.

8. Bagi tujuan pengurusan fail pula, pihak sekolah perlu menyediakan enam (6) fail

utama merangkumi :

a) Fail Panduan Pelaksanaan Program SUMUR b) Fail Induk c) Fail Aktiviti d) Fail BADAR/BDK e) Fail Penilaian Pelajar f) Fail Pemantauan

9. Sebarang kesulitan pada pelaksanaan program ini hendaklah dirujuk kepada penyelaras program SUMUR di BPI KPM.

Page 5: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

4

Page 6: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

5

MODUL A : MUTADAYYIN

Page 7: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

6

MODUL B : BERBUDI BAHASA

Page 8: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

7

MODUL C : JATI DIRI

Page 9: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

8

MODUL D : PENAMPILAN DIRI

Page 10: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

9

PERINCIAN MODUL SUMUR

MODUL 1 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

PENILAIAN ULASAN FEB - MAC

SOLAT BERKUALITI 1. Kempen Islah-Tazkirah –Mutadaiyin Awal program

Pertengahan Februari Minggu Ketiga

Pemantauan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah

1. Solat di awal waktu 2. Ceramah (1 x)

2. Solat berjemaah 3. Buletin

3. Solat sunat 4. Qiamullail

MUTADAYYIN

TADARUS AL-QUR’AN 1. Tadarus Al-Qur’an secara halaqah atau berpasangan.

(2 hari seminggu). Borang muhasabah diri

1. Bacaan secara tartil 2. Bengkel Tahsin Qiraati

2. Istiqamah membaca Al-Qur’an

3. Bacaan secara disemak

AMALAN ZIKIR DAN DOA BERTERUSAN

1. Buletin bulanan

Awal program Februari mingggu kedua

Hafazan zikir dan doa selepas solat

1. Basahi lidah dengan zikir dan doa

2. Ceramah kelebihan Zikir

2. Mulakan pekerjaan dengan iringan doa.

Page 11: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

10

MODUL 2 CIRI-CIRI AKTIVITI PERLAKSANAAN PENILAIAN CATATAN

BERBUDI BAHASA

1. Hormat menghormati

من كان ي ؤمن باهلل والي وم اآلخر فاليكرم جاره )احلديث(

”Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah ia menghormati jiran tetangganya”

لم أخو المسلم ال يظلمه وال يذله )احلديث(المس

” Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi Muslim yang lain dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya keseorangan ketika saudaranya memerlukan”

- kempen : * Ciri-ciri kempen memiliki 5 1 :

i. Informasi ii. Inovasi iii. Ilmiah iv. Intelek v. Islamik

Cadangan aktiviti :

i. Perasmian / Penutup ii. Sebaran Maklumat

(Reach Out) iii. Kempen 5 S

- Senyum - Salam - Sapa - Sopan - Sayang

iv. Sentuhan Jibril ” Sentuhan lima saat lebih bermakna daripada pertuturan 5 minit”

v. Mentor Mentee

APRIL - MEI - Penilaian Rakan sebaya - Penilaian Naqib (Mentor pelajar) - Penialain Guru Instrument rujuk lampiran

- awal dan akhir

program

- Sepanjang program

2. Tolong menolong

(92)سورة الفتح:

” Muhammad itu adalah utusan Allah dan

orang-orang yang bersama dengan dia

adalah keras terhadap orang-orang kafir,

tetapi berkasih sayang sesama mereka”

- Banner

Contoh :-

هم مثل هم وت راح السد، إذا ت رى المؤمني ف ت وادهر استكى منه عضو تداعى له سائر السد بالس

ى ما ال ت راه العي ال يأ سى عليه الفؤاد واحلم ()احلديث

”What the eyes sees not the heart

rues not

- Pemplet

- “Guruku ibubapaku”

- “ Kami sayang guru”

Seminggu Sekali

Page 12: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

11

3. Mengenang budi / Menghargai

)سورة إبراهيم(

7. Dan (ingatlah juga) , tatkala Tuhanmu

memaklumkan; ” Sesungguhnya jika kamu

bersyukur , pasti kami akan menambah

(nikmat) kepadamu, dan jika kamu

mengingkari (nikmat-Ku), Maka

Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

)ال يشكر اهلل من ال يشكر الناس )احلديث(

”Orang yang tidak bersyukur kepada

manusia adalah orang yang tidak

bersyukur kepada Allah”

- Tayangan Clip Video

- Tayangan Filem / Drama

Cth :

i. Anakku Sazali

ii. Si Tanggang

iii. Siri Al- Hidayah

iv. Mutiara Hati

v. Cikgu Limau Kasturi

:

1. Sijil penghargaan

2. Perkongsian pengalaman

3. Cenderamata

4. Bertukar hadiah

- Waktu perhimpunan

rasmi

- Sebulan sekali untuk

tayangan filem

4. Laras Bahasa

كل مقام مقالل

18. Dan janganlah kamu memalingkan

mukamu dari manusia (karena sombong)

dan janganlah kamu berjalan di muka

bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah

tidak menyukai orang-orang yang

sombong lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan

[1182] dan lunakkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah

suara keledai

(38وق ولوا للناس حسنا )سورة البقرة

ش فح ب الفحش وال الت إيكم والفحش فإن اهلل ت عال ال ي

()احلديث

” Waspadalah kamu dari kata-kata yang

kotor kerana sesungguhnya Allah tidak

suka kepada kata-kata kotor dan perilaku

yang cabul”

ا إن لمزح وال أق ول إال حق

)احلديث(

” Aku pun turut bergurau senda, tetapi aku

tidak mengatakan sesuatu, melainkan yang

benar belaka”

- Kaedah Penyampaian Lisan

i. Forum

ii. Tazkirah ringkas

iii. Nadwah (seminar)

iv. Multaqa (Rollcall)

v. Sumbang saran

vi. Ceramah

Mengikut kesesuaian

masa

- Persembahan

i. Pentoman

ii. Coral Speaking )كالم مجاعي(

iii. Lakonan

iv. Sajak/ Puisi

- Poster

i. Pertandingan

ii. Iklan di kelas dan sudut-

sudut pameran

قال احلكماء:

إن الكالم لفي الفؤاد وإمنا جعل اللسان على الفؤاد دليل

- Lagu / Nasyid berkaitan

budi bahasa

- Tokoh Pelajar

- Berdasarkan kepada penilaian

Mengikut kesesuaian

masa

Waktu senggang

Cth :-

i. Sebelum

perhimpunan

ii. Waktu rehat

iii. Waktu balik

iv. Waktu koku

v. Majlis penutup program

Page 13: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

12

MODUL 3 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

PENILAIAN ULASAN JUN - JULAI

JATI DIRI

1. Berkeyakinan Usrah Sepanjang Tahun Borang soal-selidik

2. Sabar dan tabah Gotong-royang 1 hari Penilaian selepas program

3. Tetap pendirian Forum Hari Kebesaran Pemantauan

4. Semangat juang Pameran 1 hari

Page 14: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

13

MODUL 4 CIRI-CIRI AKTIVITI PELAKSANAAN

PENILAIAN ULASAN OGOS - SEPT

PENAMPILAN DIRI

1. Pemakaian: 1. Kempen:

Sepanjang Program

Penampilan Diri Tunjuk

cara berpakaian

Borang soal-selidik

i) Kemas - Banner

ii) Bersih -Poster

iii) Sesuai mengikut

keadaan, tempat dan

majlis

-Pamplet

2. Adab: 2. Bengkel:

Bengkel Adab diberikan

kepada pelajar-pelajar

yang terpilih dan pelajar-

pelajar tersebut

menerangkan semula

kepada pelajar-pelajar lain

dalam LDK.

Pantauan secara

berterusan dan

penilaian diberikan

berdasarkan kriteria-

kriteria berikut:

i) Adab bercakap - Ceramah i- Kefahaman

ii) Adab menuntut ilmu -LDK ii-Penglibatan

iii) Adab bergaul iii-amalan

3. Kepemimpinan: 3. Pengucapan Tazkirah / ucapan oleh

pelajar sebelum kelas

bermula mengikut giliran

setiap hari persekolahan.

Dinilai oleh guru yang

mengajar bagi masa

pertama kelas tersebut.

i) Bijak membuat

keputusan Awam:

ii) Boleh berkomunikasi

dengan baik

4. Sikap Positif dan

Proaktif

4. Anugerah Pelajar

Mithali

Penilai berdasarkan

pencapaian keseluruhan

ciri-ciri yang

dikehendaki.

i) Aktif di dalam

aktiviti dalam / luar

kelas

ii) Suka membantu guru

dan pelajar lain

Page 15: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

14

PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM SUMUR

BIL AKTIVITI JAN FEB MAR

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1 Surat Siaran Pelaksanaan SUMUR dari BPI KPM kepada SPI JPN dan Sekolah SMKA dan SABK

2 Mesyuarat Jawatankuasa SUMUR dan BADAR sekolah dan Perancangan Takwim SUMUR dan BADAR

3 Pelantikan AJK SUMUR dan BADAR sekolah

4 Pelancaran SUMUR dan Modul Mutadayyin peringkat sekolah

5 Pelaksanaan Modul Mutadayyin peringkat sekolah

6 Penilaian Program Mutadayyin oleh Naqib

7 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Mutadayyin oleh Murabi dan Naqib

Page 16: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

15

BIL AKTIVITI APRIL MEI

1 2 3 4 1 2 3 4

8 Pelaporan Modul Mutadayyin oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

9 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Berbudi Bahasa peringkat sekolah

10 Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Naqib

11 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Program Berbudi Bahasa oleh Murabi dan Naqib

Page 17: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

16

BIL AKTIVITI JUN JULAI

1 2 3 4 1 2 3 4

12 Pelaporan Modul Berbudi Bahasa oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

13 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Jati Diri peringkat sekolah

14 Penilaian Modul Jati Diri oleh Naqib

15 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Jati Diri oleh Murabi dan Naqib

Page 18: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

17

BIL AKTIVITI OGOS SEPTEMBER

1 2 3 4 1 2 3 4

16 Pelaporan Modul Jati Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI KPM dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

17 Pelancaran dan pelaksanaan Modul Penampilan Diri peringkat sekolah

18 Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Naqib

19 Mesyuarat Penyelarasan Penilaian Modul Penampilan Diri oleh Murabi dan Naqib

Page 19: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

18

BIL AKTIVITI OKTOBER NOVEMBER

1 2 3 4 1 2 3 4

20 Pihak sekolah menyiapkan dokumentasi dalam bentuk ‘hard copy’ untuk dihantar kepada SPI JPN pada bulan November tahun semasa

21 Pelaporan Modul Penampilan Diri oleh sekolah kepada SPI JPN untuk dipanjangkan ke BPI dalam Borang Pelaporan yang dijana oleh MS Excel

22 Pihak sekolah menghantar dokumentasi pelaporan program SUMUR sepanjang tahun dalam bentuk ‘hard copy’ kepada SPI JPN

23 Pihak SPI JPN memilih pelaporan terbaik bagi 2 SMKA dan 2 SABK mewakili setiap negeri untuk dihantar ke BPI KPM

24 Pihak SPI JPN menghantar pelaporan terbaik mewakili negeri kepada BPI KPM

Page 20: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

19

BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL A : MUTADAYYIN

Page 21: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

20

BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL B : BERBUDI BAHASA

Page 22: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

21

BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL C : JATI DIRI

Page 23: PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM SAHSIAH …jpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/2625/Panduan... · dalam LDK. Pantauan secara berterusan dan penilaian diberikan berdasarkan kriteria-

22

BORANG PENILAIAN INDIVIDU PROGRAM SUMUR MODUL D : PENAMPILAN DIRI