panduan pelaksanaan penempatan latihan sangkutan industri ... · pdf filelampiran 6 contoh...

44
©UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD) PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku Ini Dengan Apa Cara Sekalipun PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST) JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN AWAM (ILA) Lampiran A EDISI 2018

Upload: doanquynh

Post on 08-Feb-2018

439 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

©UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku IniDengan Apa Cara Sekalipun

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRANLANJUTAN (CIAST)

JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19,40300 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

PANDUAN PELAKSANAANPENEMPATAN LATIHAN

SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)BAGI PENGAJAR KEMAHIRANINSTITUSI LATIHAN AWAM

(ILA)

Lampiran A

EDISI 2018

PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN AWAM

EDISI 2018

AHLI PANEL

Nor A’yana binti Mokhtar

Nor Azua binti Aripin

Norhisyam bin Dasuki

Harlina binti Othman

Hairul Nizzat Bin Bahrin

Sharida bt. Mohd Sharif

Muzkhairil Bin Muhamad

Bizaisham Bin Bidin

Nor Salfaiza Binti Fadzil

Mohd Faisal bin Mat Ali

Rahayu binti Zakaria

Hamidatul Zakiah binti Ismail

ISI KANDUNGAN

Senarai Kependekan i

Muka Surat

Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1-7

Borang

Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri 8-16

Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kenderaan Sendiri DanMenuntut Elaun Kilometer Bagi Jarak Melebihi 240KM Sehala

17

Rekod Kehadiran Latihan Sangkutan Industri 18

LampiranLampiran 1 Format Rėsumė 19

Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 20

Lampiran 3 Format Surat Permohonan Penempatan LSI 21

Lampiran 4 Format Surat Pengesahan Sebagai Tenaga Pengajar 22

Lampiran 5 Format Borang Jawapan Penempatan LSI 23

Lampiran 6 Contoh Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 24Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Penempatan LSI

Lampiran 7 Borang Lapor Diri Latihan Sangkutan Industri 25

Lampiran 8 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 26-27

Lampiran 9 Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan 28-30dan Bayaran Latihan Sangkutan Industri

Lampiran 10 Format Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 31Elaun Latihan Sangkutan Industri

Lampiran 11 Format Laporan Tugasan Latihan Sangkutan 32-37Industri

Lampiran 12 Jadual Latihan Mingguan 38

RujukanSenarai Rujukan 39

Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri 40-41

i

SENARAI KEPENDEKAN *

LSI Latihan Sangkutan IndustriFirma Institut Latihan Awam/ Institut Latihan Swasta/ IndustriILA Institut Latihan AwamILS Institut Latihan SwastaPDL Pengajar Dalam LatihanSPD Skill Professional Development (Program Pembangunan Profesional Kemahiran)CIAST Centre For Instructor And Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar Dan

Kemahiran Lanjutan)JPK Jabatan Pembangunan KemahiranNOSS Standard Pekerjaan Kemahiran KebangsaanPF Pegawai FirmaPLI Pegawai Lawatan IndustriAI Admin InstitutAA Admin AgensiALSI Admin Latihan Sangkutan Industri (CIAST)

ii

1

PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT)ANJURAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATANPEMBANGUNAN KEMAHIRAN BAGI PENGAJAR INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA)

1.0 PENGENALANPanduan ini bertujuan menetapkan syarat dan prosidur permohonan dan pelaksanaan PenempatanLatihan Sangkutan Industri (LSI) bagi pengajar kemahiran/TVET di Institut Latihan Awam (ILA) keIndustri/Institut Latihan Awam/Institut Latihan Swasta.1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

1.1.1 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara pengajar Institut Latihan Awam(ILA)/ Institut Latihan Swasta (ILS)/ Industri/ Pakar Industri/ Pengajar Pakar;

1.1.2 Memupuk semangat kerja berpasukan dan membina serta memperkukuhkanhubungan baik antara pengajar ILA, pengajar ILS dan pihak industri;

1.1.3 Mendedahkan pengajar kemahiran/TVET kepada persekitaran kerja sebenar danpelaksanaan peraturan keselamatan di industri;

1.1.4 Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengalaman di industri dalam pengajaranteori dan praktikal di institut;

1.1.5 Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaranterutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri; dan

1.1.6 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pengajar lain selepas menjalaniLSI.

2.0 SYARAT PERMOHONANPemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :2.1 Telah disahkan jawatan;

2.2 Bebas daripada tindakan tatatertib;

2.3 Penempatan LSI yang dipohon perlu merangkumi kompetensi Vokasional Profesional atauPedagogikal & Sosial atau Pengurusan bagi bidang-bidang yang diiktiraf JabatanPembangunan Kemahiran (JPK);

2.4 Telah mendapat kelulusan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Pengarah masing-masing;

2.5 Telah mendapat persetujuan bertulis dari Firma (Institut/Industri) penempatan LSIsebelum memohon permohonan LSI;

2.6 Memenuhi prasyarat atau prosidur keselamatan yang ditetapkan oleh Firma seperti Lesendaripada CIDB, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP),Kementerian Kesihatan jika berkaitan dan semua perbelanjaan adalah ditanggung olehcalon.

2

3.0 TEMPOH LATIHANTempoh LSI adalah di antara 1 hingga 13 minggu (maksimum 89 hari) dan boleh dilaksanakansecara berfasa (maksimum 3 fasa sahaja dalam tahun semasa).

4.0 TATACARA PERMOHONAN4.1 TANGGUNGJAWAB PENGAJAR

4.1.1 Melengkapkan dokumen permohonan berikut dan mengemukakannya kepadaFirma:a) Rėsumė (Lampiran 1);

b) Senarai Tugas Hakiki (Lampiran 2);

c) Surat Permohonan Penempatan LSI (Lampiran 3);

d) Surat Pengesahan Sebagai Tenaga Pengajar (Lampiran 4);

e) Borang Jawapan Penempatan LSI (Lampiran 5); dan

f) Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan Pengalaman Yang Ingin Diperolehi DiFirma (Lampiran 6).

4.1.2 Keutamaan diberikan kepada Firma yang berada pada jarak kurang 25 kilometerdari kediaman/pejabat tempat bertugas.

4.1.3 Mendapat persetujuan bertulis dari Firma penempatan LSI. (Lampiran 5)

4.1.4 Mengisi borang permohonan LSI secara atas talian eProfiling(https://eprofiling.ciast.gov.my) dan dicetak untuk mendapat kelulusan danpelepasan daripada Ketua Jabatan/ Pengarah.

4.1.5 Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah dicetak dan dihantar kepadaAdmin Institut (AI) bersama dokumen-dokumen berikut:a) Borang Jawapan Penempatan LSI (rujuk format di Lampiran 5); dan

b) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi dipenempatan LSI yang dicadangkan (rujuk format di Lampiran 6).

4.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/PENGARAHMenyemak dan meneliti permohonan serta memperakukan pengajar layak mengikuti LSIdengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

4.3 TANGGUNGJAWAB ADMIN INSTITUT (AI)

4.3.1 Menyemak dan menyokong permohonan serta memperakukan pengajar layakmengikuti LSI secara atas talian eProfiling.

4.3.2 Mengemukakan dokumen-dokumen calon kepada Admin LSI selewat-lewatnya30 hari sebelum tarikh LSI bermula:

a) Borang Jawapan Penempatan LSI (rujuk format di Lampiran 5); dan

3

b) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi dipenempatan LSI yang dicadangkan (rujuk format di Lampiran 6).

4.4 TANGGUNGJAWAB ADMIN AGENSI (AA)Memantau permohonan calon yang layak mengikuti LSI secara atas talian eProfiling.

4.5 TANGGUNGJAWAB ADMIN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (ALSI)4.5.1 Dokumen (Lampiran 5 dan Lampiran 6) diterima daripada AI.

4.5.2 Hanya permohonan yang lengkap dan mendapat sokongan KetuaJabatan/Pengarah masing-masing serta memenuhi syarat kelayakan yang telahditetapkan sahaja akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

4.5.3 Kelulusan muktamad tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Pra-LatihanSangkutan Industri CIAST.

4.5.4 Mengemukakan surat tawaran penempatan pengajar kepada Firma.

5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR DALAM LATIHAN (PDL)5.1 SURAT TAWARAN LSI

Mencetak surat tawaran penempatan LSI dan membuat salinan kepada AI dan AA.

5.2 PENGESAHAN LAPOR DIRI DI FIRMAMelengkapkan dan mengemukakan borang Lapor Diri Latihan Sangkutan Industri (Lampiran7) kepada ALSI, CIAST.

5.3 JADUAL LATIHAN MINGGUANPDL hendaklah membuat penetapan Jadual Latihan Mingguan sepanjang tempoh LSIbersama dengan Pegawai Firma (PF). (Rujuk Lampiran 12)

5.4 ETIKA PENGAJAR KETIKA MENJALANI LSIPDL perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Firma. Walau bagaimanapun, PDLmasih tertakluk kepada Peraturan Penjawat Awam dan sentiasa mematuhi nilai dan etikaperkhidmatan awam.

5.4.1 DisiplinHendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Firma dan berkelakuan baiksepanjang tempoh LSI. PDL hendaklah berusaha untuk menjayakan latihan merekaserta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun, saling memahami danmengamalkan sikap kerja berpasukan dengan pekerja lain di tempat latihan.

5.4.2 Waktu BekerjaHendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh Firma.

5.4.3 Kehadiran Dalam Tempoh LSISemasa LSI, PDL dianggap sedang berkursus dan PDL tidak dibenarkanmeninggalkan latihan atas sebab menghadiri apa-apa kursus lain, bengkel, seminar,pertandingan atau aktiviti jabatan/peribadi sepanjang tempoh LSI.

4

5.4.4 CutiCuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan. Pertimbangan untuk kelulusancuti kecemasan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Firma dandikemukakan ke ALSI, CIAST.

5.4.5 PakaianHendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh Firma. PDL hendaklahbersedia dengan pakaian keselamatan sendiri sekiranya tidak disediakan olehFirma.

5.4.6 Penempatan LSIHendaklah menjalani LSI di satu (1) penempatan sahaja yang telah dipersetujuisemasa tawaran LSI sehingga tamat latihan.

5.4.7 KerahsiaanPengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi melalui LSI hanyadigunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja tanpa mendedahkanmaklumat sulit yang boleh menjejaskan Firma berkenaan. Semua butiran yangdimasukkan dalam laporan hendaklah mendapat kebenaran daripada PegawaiFirma (PF).

5.5 PENYEDIAAN LAPORAN LSIPDL perlu menyediakan Laporan Tugasan LSI (buku/helaian) dan Laporan Akhir LSI.5.5.1 Laporan Tugasan LSI

a) Tujuan Laporan Tugasan LSI: Merekodkan kerja/ aktiviti yang ditugaskan sepanjang tempoh LSI;

Membantu PF memantau aktiviti PDL sepanjang tempoh latihan; dan

Sebagai rekod dan rujukan pengajar setelah tamat latihan.

b) Format laporan adalah seperti di Lampiran 11 dan hendaklah disahkan olehPF. Urusetia LSI berhak menyemak Laporan Tugasan pada bila-bila masa atausemasa lawatan pemantauan LSI ke tempat LSI.

c) Laporan Tugasan LSI hendaklah diserahkan kepada urusetia LSI dalamtempoh empat (4) minggu dari tarikh akhir LSI. Laporan tersebut akandikembalikan kepada pengajar setelah disahkan oleh Urusetia LSI, CIAST.

5.5.2 Laporan Akhir LSIa) Tujuan Laporan Akhir LSI adalah untuk melaporkan deskripsi kerja yang telah

dilakukan sepanjang tempoh latihan secara keseluruhan.

b) Format laporan adalah seperti di Lampiran 8.

c) Laporan Akhir perlu disediakan sebanyak dua (2) salinan dan hendaklahdiserahkan kepada ALSI dalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh akhirPDL menjalani LSI.

5

5.6 TUNTUTAN ELAUN5.6.1 PDL yang menjalani LSI layak membuat tuntutan elaun perjalanan dalam negeri

seperti JADUAL 1.

JADUAL 1: KELAYAKAN TUNTUTAN ELAUN

Jenis Elaun Kategori Dalam Stesen (<25km) Luar Stesen (≥25km)

Elaun Harian(RM15/hari)

Layak mengikut bilanganHadir Bekerja Sahaja

Tidak Layak

Elaun Lojing dan Makan Tidak LayakLayak mengikut bilangan

Hadir Bekerja SahajaElaun Perbatuan Enam (6)hari pertama LSI

Layak Tidak Layak

Elaun Perbatuan, Lojing danMakan sehari sebelum dansehari selepas LSI

Tidak Layak Layak

5.6.2 Kadar dan syarat tuntutan elaun adalah tertakluk kepada PekelilingPerbendaharaan WP 1.10/2013 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013seperti di Lampiran 9.

5.6.3 Salinan asal Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri (CIAST KP 5.2)hendaklah dikemukakan dan diterima oleh Urusetia LSI, CIAST sebelum 5 haribulansetiap bulan berikutnya. Tuntutan elaun yang lewat tidak akan diproses dansebarang rayuan yang berkaitan tidak akan dipertimbangkan.

5.6.4 Borang tuntutan elaun LSI (CIAST KP5.2) hendaklah disertakan bersama dengandokumen berikut pada setiap kali tuntutan:a) Rekod kehadiran;

b) Surat Penempatan LSI;

c) Surat Pengesahan Tuntutan;

d) Salinan buku/ penyata bank (Nama, No. Kad Pengenalan & No. Akaun Bank);

e) Salinan Kad Pengenalan;

f) Salinan penyata gaji; dan

g) Lain-lain dokumen sokongan berkaitan tuntutan elaun perbatuan (Tol/KadTouch & Go, Surat Kebenaran Menggunakan Kenderaan Sendiri Melebihi 240km Sehala).

6.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI FIRMA (PF)6.1 Bertanggungjawab menempatkan PDL di bahagian/unit yang bersesuaian dengan bidang

kemahiran PDL;

6

6.2 Bertanggungjawab menjaga kebajikan PDL sepanjang tempoh LSI termasuk semasamelaksanakan tugasan luar;

6.3 Bertanggungjawab menyusun atur latihan yang mencukupi dan bersesuaian sepanjangtempoh LSI bagi memastikan objektif pelaksanaan LSI tercapai;

6.4 Menguruskan hal ehwal pentadbiran PDL seperti kad perakam waktu, peralatan, pakaiankeselamatan dan sebagainya;

6.5 Mengesahkan salinan kad perakam waktu bagi tujuan tuntutan PDL;

6.6 Membantu serta membimbing PDL dari semasa ke semasa sewaktu PDL melaksanakanLSI;dan

6.7 Menyemak dan mengesahkan Laporan Tugasan LSI yang disediakan oleh PDL.

7.0 RAWATAN PERUBATANKos rawatan perubatan dan prosidur berkaitan tertakluk kepada prosidur kemudahan perubatanpenjawat awam.

8.0 PERLINDUNGANPerlindungan yang disediakan oleh CIAST adalah takaful berkelompok (Group Personal Accident)yang bertujuan melindungi PDL sepanjang tempoh LSI. Firma bertanggungjawab mendapatkanrawatan segera dan memaklumkan kepada Urusetia LSI, CIAST sekiranya berlaku kemalangankepada PDL semasa menjalani tugas yang diarahkan oleh Firma.

9.0 LAWATAN PEMANTAUAN LSIPDL dan PF perlu bersedia menerima lawatan pada bila-bila masa tertakluk kepada Urusetia LSI,CIAST.

10.0 PENANGGUHAN / PEMBATALAN LSIPDL yang sedang menjalani LSI adalah tidak dibenarkan menangguhkan atau membatalkan LSIkecuali dengan kebenaran Ketua Program SPD, CIAST.

11.0 PERSIJILAN11.1 PDL yang berjaya menamatkan LSI dan melengkapkan Buku Laporan Tugasan LSI serta

Laporan Akhir LSI akan dianugerahkan Sijil Penyertaan oleh CIAST.

11.2 Sijil/testimoni yang dikeluarkan oleh Firma kepada PDL (sekiranya ada) hendaklahdiserahkan melalui Urusetia LSI, CIAST.

7

12.0 TARIKH KUATKUASA12.1 Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2018.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai panduan ini, sila hubungiPegawai Penyelaras Unit Latihan Sangkutan Industri :

a) Puan Nor A’yana binti MokhtarTel. : +603-5543 8348E-mel : [email protected]

b) Puan Nor Azua binti AripinTel. : +603-5543 8349E-mel : [email protected]

c) Puan Rahayu binti ZakariaTel. : +603-5543 8348E-mel : [email protected]

d) Puan Hamidatul Zakiah binti IsmailTel. : +603-5543 8395E-mel : [email protected]

12.2 Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :PengarahPusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)Jalan Petani 19/1, Seksyen 1940300 Shah AlamSelangor Darul EhsanTel : 03-5543 8200Faks : 03-5543 8394(u.p : Unit Latihan Sangkutan Industri-SPD)

8

CIAST KP5.2TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DALAM NEGERI

BAGI BULAN __________________

A. MAKLUMAT PEGAWAI

NAMA (HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan

No. Gaji

No Telefon

Alamat emel

Gred/Kategori/Kumpulan

Pendapatan (RM) Gaji RM 0.00

Elaun-elaun RM 0.00

Elaun Memangku RM 0.00

Jumlah Pendapatan RM 0.00

Nama Bank

Cawangan Bank

No. Akaun Bank

Kenderaan Jenis/Model :

No. Pendaftaran :

Kuasa (C.C) :

Kelas Tuntutan : A / B / C / D / E (**)

Alamat Pejabat

Alamat Rumah

(**) potong yang tidak berkenaan

9

B. KENYATAAN TUNTUTAN

TarikhWaktu

Tujuan / Tempat Jarak(km)

Jumlah(RM)Bertolak Sampai

JUMLAH 0 0.00

10

C. TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN KENDERAAN(OL 21104)

Jumlah Kilometer X Sen / Kilometer Jumlah(RM)

500km pertama : 0 km X sen/km 0.00

501km - 1000km : 0 km X sen/km 0.00

1001km - 1700km : 0 km X sen/km 0.00

17001km dan seterusnya : 0 km X sen/km 0.00

JUMLAH(KM) JUMLAH(RM) 0.00

D. TUNTUTAN ELAUN MAKAN DAN HARIAN(OL21101)

0 x Elaun Makan sebanyak Sehari (Semenanjung) 0.00

0 x Elaun Makan sebanyak Sehari(Sabah / Sarawak) 0.00

0 x Elaun Harian sebanyak sehari 0.00

JUMLAH 0.00

E. TUNTUTAN BAYARAN SEWA HOTEL (BSH) / ELAUN LOJING(OL21102)

0 hari x Bayaran Sewa Hotel sebanyak RM sehari 0.00

Bayaran Perkhidmatan dan Cukai Perkhidmatan(OL21199) 0.00

0 hari x Elaun Lojing sebanyak RM sehari 0.00

JUMLAH(RM) 0.00

11

F. TUNTUTAN TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM (*)

Teksi(OL21104) [ Resit : ]

Bas(OL21104) [ Resit : ]

Kereta Api(OL21103) [ Resit : ]

Teksi(OL21104) [ Resit : ]

Terbang(OL21106) [ Resit : ]

Feri(OL21105) [ Resit : ]

Lain-lain [ Resit : ]

JUMLAH(RM) 0.00

G. TUNTUTAN PELBAGAI (*) (OL21199)

Tol [ Resit : Seperti di Lampiran B ]

Tempat Letak Kereta [ Resit : ]

Dobi [ Resit : ]

Pos [ Resit : ]

Telefon, Teleks, Faks [ Resit : ]

Kerugian pertukaran wang asing [ Resit : ]

(@3%)[Bagi Singapura, Selatan Thailand, Kalimantan dan Brunei Darussalam

sahaja]

Jumlah(RM) 0.00

JUMLAH TUNTUTAN 0.00

12

H. PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa

(a) Perjalanan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuat atas urusan rasmi;

(b) Tuntutan ini dibuat mengikut kadar dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah peraturan-peraturan bagi pegawai bertugas rasmi dan/atau pegawai berkursus yang berkuatkuasasemasa;

(c) Perbelanjaan yang bertanda (*) berjumlah sebanyak RM 0.00 sebenarnyadilakukan dan dibayar oleh saya;

(d) Panggilan telefon sebanyak RM.............................dibuat atasurusan rasmi; dan

0.00

(e) butir-butir seperti yang dinyatakan di atas adalah benar dan saya bertanggungjawabterhadapnya.

Tarikh :__________________(Tandatangan Pegawai)

I. PENGESAHAN

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah atas urusan rasmi.

Tarikh:_______________________

(Tandatangan Ketua Program)

__________________b.p Ketua Setiausaha/

Pegawai Pengawal

PENDAHULUAN DIRI (Jika ada)

Pendahuluan Diri diberi RM:

Tolak: Tuntutan sekarang RM:

Baki dituntut/Baki dibayar balik RM:

CATATAN:(*) - Jika pegawai memilih untuk tidak menerima SSB(**) - potong mana yang tidak berkenaan.

13

CIAST KP 5.2 - Lampiran A

SURAT MAKLUMAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

14

CIAST KP 5.2 - Lampiran BRESIT-RESIT (TOL/KAD TOUCH N GO)

Saya mengesahkan bahawa perbelanjaan ini telah sebenarnya dilakukan oleh saya.

TandatanganNama :

15

CIAST KP 5.2 - Lampiran C

PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN TOL YANG MENGGUNAKAN KAD 'TOUCH N GO'

NAMA :JAWATAN/GRED :PROGRAM/UNIT :

TARIKH DARI KE AMAUN (RM)

JUMLAH 0.00

Saya mengaku bahawa tuntutan pada tarikh-tarikh tersebut adalah benar dan telah dibuatatas perbelanjaan sendiri.

Tarikh :

Tandatangan Pemohon

PENGESAHAN

Adalah disahkan bahawa perjalanan tersebut adalah urusan rasmi.

Tarikh :

Tandatangan Ketua Program/Unit

16

SENARAI SEMAK TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN CIAST

BIL PERKARA SEMAKAN

1 Maklumat Pegawai Bahagian A lengkap

2 Kelas Tuntutan betul (A / B / C / D / E)

3 Kadar tuntutan mengikut kelayakan pegawai

4 Dokumen sokongan telah disahkan oleh urusetia di CIAST

5 Surat Kebenaran menggunakan Kenderaan Sendiri Melebihi 240 km (sekiranya ada &disahkan oleh CIAST)

6 Akuan resit asal hendaklah disahkan oleh pegawai penuntut (lekatkan pada format RESIT)seperti resit TOL/KAD TOUCH N GO, HOTEL, DOBI, TEKSI, PARKIR.

7 Borang Pengesahan Tol sekiranya menggunakan kad Touch & Go

8 Tandatangan Pegawai dan Ketua Program (Urusetia CIAST)

9 Surat Tawaran Penempatan

10 Salinan Buku Bank / Penyata Bank (nama, no. kad pengenalan & no. akaun jelas)

11 Salinan Penyata Gaji Terkini

12 Salinan Kad Pengenalan

13 Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran Elaun Bagi Mengikuti LSI

Saya mengesahkan dokumen tuntutan elaun perjalanan ini telah disemak dan didapati teratur.

Tandatangan Pegawai : …………………………………. Tarikh : …………………………………...

Cop akuan terima Unit Kewangan :

KUIRI UNIT KEWANGAN

17

PUSAT LATIHAN PENGAJAR & KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)BORANG PERMOHONAN UNTUK MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI DAN MENUNTUT ELAUN

KILOMETER BAGI JARAK MELEBIHI 240 KM SEHALA.( PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 2 /1992 – PARA 4.7.3 )

Saya memohon untuk menggunakan kenderaan sendiri bagi tugas-tugas rasmi berikut:

i)

Sebab-sebab saya menggunakan kenderaan sendiri adalah seperti berikut :

i) Menjalankan tugas-tugas rasmi yang lain sepanjang perjalanan.( Catitkan juga tempat tempat tersebut di penyata tuntutan. )

a)

ii) Membawa pegawai-pegawai lain sebagai penumpang yang juga menjalankan tugas-tugas rasmi yangsama ( Catitkan nama-nama penumpang )

a)

iii) Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri atas alasan berikut:

a)

Tandatangan Pemohon:______________________________

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

KELULUSAN KETUA JABATAN

Ulasan Ketua Jabatan :

Permohonan tuan/puan untuk menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun kilometer diluluskan / tidakdiluluskan

________________________________________________________________________________

Tandatangan K/Jabatan : _______________________

Tarikh : _______________________

Cop Nama dan Jawatan :_______________________

18

REKOD KEHADIRAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRIBAGI BULAN __________ TAHUN __________

NAMA :NO. KADPENGENALAN

:

FIRMA :

HARIBULAN1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31

HADIRHADIR LEWATPULANG AWALCUTI SAKITTIDAK HADIR

Nota : Tandakan X pada kotak berkaitan, C = Cuti hujung minggu, P = Cuti Am,ULASAN ADMIN INSTITUT :

PENGESAHAN ADMIN INSTITUT

TANDATANGAN : …………………………………………………………….TARIKH :NAMA :COP FIRMA :

19

Lampiran 1RĒSUMĒ

NAMA :NO. KAD PENGENALAN :JANTINA :TARIKH LAHIR :TEMPAT LAHIR :WARGANEGARA :AGAMA :BANGSA :TARAF PERKAHWINAN :NAMA SUAMI/ISTERI :ALAMAT RUMAH :NO. TELEFON :ALAMAT TEMPAT KERJA :JAWATAN (GRED) :BAHAGIAN/BIDANG :TARIKH LANTIKAN :TARIKH SAH JAWATAN :KELULUSAN AKADEMIK:

No. Nama Institusi Negeri Mula Tamat Kelulusan

KELULUSAN TEKNIKAL/PENGALAMAN KERJA :

No. Tempat Jawatan Mula Tamat Catatan

*Nyatakan sekiranya ada kenaikan pangkat

LATIHAN DALAM NEGERI YANG TELAH DIHADIRI :

No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan

LATIHAN LUAR NEGERI YANG TELAH DIHADIRI :

No. Latihan/Kursus Tempat Mula Tamat Catatan

KECEKAPAN BERBAHASA

1. BAHASA MALAYSIA 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK2. BAHASA INGGERIS 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK3. LAIN-LAIN :___________________ 1. LEMAH 2. SEDERHANA 3. BAIK

------------------------------------- ---------------------------------------Tandatangan Tarikh

20

Lampiran 2

SENARAI TUGAS HAKIKI

Jawatan : Ketua Bahagian ElektrikPenyandang : Ali bin AhmadTanggungjawab : Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan, Timbalan

Pengarah dan Pengarah ILP Jitra

1. Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajardengan keperluan industri.

2. Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitanganlain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.

3. Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian ‘work load’ semuaPembantu/Penolong Latihan Vokasional.

4. Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan ‘software’ latihan.5. Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal

latihan.6. Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta

bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.7. Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan institut.8. Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua

Jabatan dari semasa ke semasa.

Pengesahan Ketua Jabatan

…………………………………………Nama :Cop Jawatan :

CONTOH

21

Lampiran 3Nama Pengajar &Alamat Institut

Nama & Alamat Firma(Cadangan Penempatan LSI) Tarikh

Tuan,

PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

Sukacita dimaklumkan bahawa saya _(Nama Pemohon), No Kad Pengenalan _______________________adalah pengajar dalam bidang ________________________________ di ____(Nama Institut)___.2. Untuk makluman tuan, di dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Pusat Latihan Pengajar dan KemahiranLanjutan (CIAST) telah dipertanggungjawabkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, KementerianSumber Manusia untuk menaiktaraf kemahiran pengajar-pengajar institusi latihan awam (ILA) dan institusilatihan swasta (ILS) melalui program Penempatan Sangkutan Industri.3. Penempatan LSI ini bertujuan untuk mendedahkan para pengajar terhadap persekitaran danteknologi di sektor industri mahupun institut berdasarkan kepada bidang pengkhususan kemahiran/TVETpengajar berkenaan. Bagi tujuan tersebut, saya ingin memohon persetujuan tuan untuk penempatan LSI difirma tuan seperti butiran di bawah:

Tarikh penempatan LSI : ____________________________________Tempoh : ____________________________________

Bersama-sama ini disertakan maklumat peribadi untuk pertimbangan tuan. Sebagai rujuan tuan, PanduanPelaksanaan Latihan Sangkutan Industri boleh didapati di laman sesawang CIAST di www.ciast.gov.my4. Saya amat berharap agar pihak tuan dapat menyokong program ini untuk memberi ruang kepadasaya untuk menimba pengalaman kerja di firma tuan ke arah melahirkan modal insan negara di masahadapan. Sekiranya pihak tuan bersetuju atau sebaliknya, pohon lengkapkan dan kemukakan BorangJawapan Penempatan LSI (Lampiran 5) yang disertakan dengan surat ini kepada saya sebelum ataupada_______________________. Walau bagaimanapun penempatan ini adalah tertakluk kepada kelulusanmuktamad daripada pihak CIAST.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

................................................Nama

22

Lampiran 4(Menggunakan kepala surat Institut)

Rujukan Kami :Tarikh :

KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN

Tuan,

PENGESAHAN SEBAGAI TENAGA PENGAJAR BIDANG ___________________ DI ____________________BAGI TUJUAN PERMOHONAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

Nama : ____(Nama Pengajar)___No. Kad Pengenalan : _____________________

Sukacita dimaklumkan bahawa penama di atas adalah pengajar dalam bidang_____________________________di ____(Nama Institut)___. Beliau berpengalaman mengajar selama___________ tahun sebagaimana resume yang disertakan.2. Institut ini mengesahkan dan menyokong permohonan beliau untuk mengikuti LSI di firma tuan,yang dikelolakan oleh Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Jabatan PembangunanKemahiran.. Mohon pertimbangan pihak tuan terhadap permohonan penempatan LSI penama di atas.Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila berhubung dengan ____(Nama Pegawai KananInstitut)___ di talian ____________________ atau email: ________________________________ .

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”’Pekerja Sihat, Produktiviti Meningkat’

Saya yang menurut perintah,

................................................Nama :..............................Jawatan :..............................Tarikh :..............................

23

Lampiran 5Kepada :

Nama dan Alamat Pengajar

BORANG JAWAPAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas dan surat tuan, bertarikh ............................. adalahberkaitan.

2. Dimaklumkan bahawa kami * bersetuju / tidak bersetuju menerima penempatan tuan untukmenjalani Latihan Sangkutan Industri di firma kami seperti butiran di bawah:

Tarikh penempatan LSI : ____________________________________Tempoh : ____________________________________

3. Pihak kami * akan / tidak menyediakan penginapan kepada tuan sepanjang penempatan LatihanSangkutan Industri.

Nama Firma :

Alamat Firma :

No. Telefon:

No. Faks :

Laman Sesawang

Nama Pegawai Bertanggungjawab:

Emel :

Alamat Penempatan (Sekiranya berbeza dengan alamat firma di atas) :

Sekian, terima kasih. Cop Firma :

Yang benar,

.............................Nama :Tarikh :

24

Lampiran 6

SENARAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN YANG INGIN DIPEROLEHI DI PENEMPATAN LSI

Nama : Ali bin AhmadJawatan : Pegawai Latihan VokasionalBidang : Elektrik

Berikut adalah pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di penempatan LSI bagimembantu tugas di institut;

1. Pemasangan kabel bawah tanah.2. Pemasangan Talian Atas Voltan Rendah.3. Pemasangan Talian Atas Voltan Tinggi.4. Penyelanggaraan Transformer.5. Switching.6. Penyelanggaraan Generator.7. Penyelanggaraan Enjin Power Station.

Pengesahan Ketua Jabatan

…………………………………………Nama :Cop Jawatan :

CONTOH

25

Lampiran 7CIAST-SPD-LSI-003

PengarahPusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,40900 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.(u.p: Ketua Unit Latihan Sangkutan Industri - SPD)

No. Faks: 03-55438394

LAPOR DIRI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

Adalah dimaklumkan bahawa pegawai berkenaan telah melapor diri bagi menjalani LatihanSangkutan Industri di firma ini. Maklumat pegawai berkenaan adalah seperti berikut:

Bil. Nama Pegawai Nama Admin Institut (Penyelia)No. Telefon

Admin Institut(Penyelia)

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Terima kasih.

Pengesahan Firma :

Tandatangan :……………………………………………….. Cop Firma :

Nama :

Jawatan :

Tarikh :

(Sila hantar borang ini melalui faks ke Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD) ditalian 03-5543 8394 atau emelkan kepada [email protected])

26

Lampiran 8LAPORAN AKHIR LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

MUKA HADAPAN

Nama PDL (beserta gambar ukuran passport)

Nama dan alamat institut

Nama dan alamat firma LSI

Gred jawatan

Kemahiran (bidang)

Siri LSI / Tarikh mula – tamat LSI

1.0 PENGENALAN

Terangkan latarbelakang, operasi, carta organisasi dan lain-lain yang berkaitan dengan firma.

2.0 LAPORAN

2.1 Deskripsi Tugas,Rekod segala tugas yang dipertanggungjawabkan dan dibuat sepanjang tempoh latihan.

2.2 Jadual latihan mingguan

2.3 Rajah / Lukisan / Gambar/ (jika berkaitan)

2.4 Analisa KosAnalisa kos berkaitan tugas-tugas yang dilaksanakan (jika berkaitan).

3.0 AKTIVITI TAMBAHAN

Nyatakan aktiviti, sumbangan dan lain-lain kegiatan anjuran firma yang disertai dalam tempohlatihan (jika berkaitan).

27

4.0 KESIMPULAN

4.1 Nyatakan pengalaman yang boleh digunakan bagi membantu bidang tugas pengajarkemahiran di jabatan masing-masing.

4.2 Cadangan

Nyatakan cadangan-cadangan bagi tujuan penambahbaikan.

5.0 LAMPIRAN

Sertakan lampiran sekiranya berkaitan.

28

Lampiran 9

KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

1. Latihan Industri jangkamasa pendek (≤ 3 bulan) dalam negeri :

1.1 Luar Kawasan Ibu Pejabat (> 25 km) :1.1.1 Elaun makan sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak disediakan. (Pekeliling

Perbendaharaan WP 1.10/2013)

1.1.2 Elaun Lojing & Hotel sepanjang tempoh Latihan Industri jika tidak disediakan.(Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013)

1.1.3 Elaun perjalanan kenderaan dari hotel/loging ke tempat Latihan Industri selamatempoh 6 (enam) hari Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.10/2013,Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun2012)

1.1.4 Bayaran sewa hotel yang disokong dengan resit mengikut had maksimunkelayakannya atau Elaun loging dan Elaun makan bagi tempoh 2 hari iaitu seharisebelum dan sehari selepas Latihan Industri. (Pekeliling Perbendaharaan WP1.10/2013 & Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013).

1.1.5 Sekiranya salah satu kemudahan disediakan, maka unsur yang tidak disediakan itulayak dituntut. Sebagai contoh, sekiranya kemudahan penginapan sahaja disediakan,maka pegawai hanya layak menuntut Elaun makan. Sekiranya hanya sebahagiandaripada kemudahan makan disediakan, pegawai hanya layak menuntut bahagianmakan yang tidak disediakan tertakluk kepada kadar seperti berikut :

a) Sarapan pagi : 20% daripada elaun makana) Makan tengah hari : 40% daripada elaun makanb) Makan malam : 40% daripada elaun makan

1.2 Dalam Kawasan Ibu Pejabat (≤ 25 km) :1.2.1 Bayaran elaun sara hidup RM 15 sehari untuk hari-hari berkursus sahaja. (Pekeliling

Perbendaharaan WP 1.10/2013).

1.2.2 Elaun perjalanan kenderaan dari tempat penginapan ke tempat Latihan Industriselama tempoh 6 (enam) hari Latihan. (Pekeliling Perbendaharaan WP 1.10/2013 &Pekeliling Perbendaharaan Bil WP 1.4/2013 & Pekeliling Perrkhidmatan Bil 1 tahun2012)

29

KADAR BAYARAN ELAUN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM UNTUK TUGAS RASMI/KURSUSMENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN WP 1.4/2013 DAN WP 1.10/2013

SEMENANJUNG MALAYSIA SABAH, SARAWAK & LABUANMAKAN HOTEL LOGING MAKAN HOTEL LOGING

GRED GAJI TugasRasmi

Kursus TugasRasmi

Kursus TugasRasmi

Kursus TugasRasmi

Kursus TugasRasmi

Kursus TugasRasmi

Kursus

Utama/Khas Adan ke atas

115 90 Sebenar(std.

Suite)

BilikBiasa

80 80 165 120 Sebenar(std.

Suite)

BilikBiasa

85 85

Utama/Khas Bdan C

100 90 Sebenar(Superior)

BilikBiasa

75 75 130 120 Sebenar(Superior)

BilikBiasa

80 80

53 dan 54 85 70 Sebenar(Biasa)

BilikBiasa

70 70 115 90 Sebenar(Biasa)

BilikBiasa

75 75

45 hingga 52 60 60 240 145 60 60 80 80 270 160 70 7041 hingga 44 45 45 220 130 55 55 65 65 250 140 65 6027 hingga 4017 hingga 26

40 40 200180

80 4540

35 55 55 230210

100 5045

40

1 hingga 16 35 35 160 65 35 30 50 50 190 80 40 35

KADAR ELAUN PERBATUAN KENDERAANMENGIKUT PEKELILING PERBENDAHARAAN WP 1.4/2013 DAN WP 1.10/2013 & PEKELILING

PERKHIDMATAN 1/2012

JARAK PERJALANANTUGAS RASMI SEBULAN

A B C D E KELAS KADAR GAJISEBULAN

SUKATAN SILINDERKENDERAAN (CC/SS)Sen tiap-tiap kilometer

500km pertama 70 60 50 45 40 A RM2625.45 keatas

1,400 s.s & ke atas

501 – 1000km 65 55 45 40 35 B RM2333.00 keatas

1,000 s.s & ke atas

1001km – 1700km 55 50 40 35 30 C** RM1820.75 keatas

Di bawah 1,000 s.s

1701km & seterusnya 50 45 35 30 25 D Kurang 175 s.s – 999 s.s** Di bawah PA 7(a) Bab ‘B’ yg. Ditetapkan

SPPerkhidmatan Bil. 3/84E RM1820.75 Kurang 175 s.s

IBU PEJABAT : Jarak 25km mengikut jalan raya.

ELAUN MAKAN : Tugas rasmi di luar pejabat melebihi 24 jam bermula waktu bertolak.Jika makan disediakan; layak tuntut bahagian yang tidak disediakan sahaja;

a. Sarapan Pagi 20% daripada elaun makanb. Makan Tengahari 40% daripada elaun makanc. Makan Malam 40% daripada elaun makan

ELAUN HARIAN : Separuh daripada Elaun Makan keranaBertugas di luar Ibu Pejabat melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam

30

ELAUN LOJING : Perlukan alamat. Lojing hendaklah dalam lingkungan 25km dari tempatkursus/bertugas

KERETAPI : Kelas Satu – Gred 27 & ke atas Kelas Dua – Gred 1 hingga 26

KAPAL TERBANG : Menggunakan penerbangan MAS atau Syarikat yang diluluskan sepertiPP 11/1998

Dalam Negeri Gred 53 & ke atas Kelas BusinessGred 1 hingga 52 Kelas Ekonomi

Luar Negeri Gred Utama/Khas ‘A’ dan ke atas Kelas SatuGred Utama/Khas ‘B’ da ‘C’ Kelas BusinessGred 1 hingga 54 Kelas Ekonomi

31

Lampiran 10

(Menggunakan kepala surat Jabatan/Agensi)

Pengarah,Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)Jalan Petani 19/1,Seksyen 19,40900 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.(u.p: Unit Sangkutan Industri-SPD)

Tuan,

PENGESAHAN TUNTUTAN BAYARAN ELAUN BULANAN BAGI MENGIKUTI LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRIANJURAN CIAST______________________________________________________________________________

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas dan surat tuan, No. Rujukan :………………………………. bertarikh : ……………… adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, pihak kami dengan ini mengesahkan bahawa kakitangan kamiyang terlibat akan membuat tuntutan perjalanan di CIAST dan tidak akan membuat sebarang tuntutan dijabatan kami. Berikut adalah maklumat pegawai yang berkaitan:

Nama :…………………………………………………………………..

Tarikh latihan :…………………………………………………………………..

Tempat latihan :…………………………………………………………………..

Sekian, terima kasih.

………………………………...............................

Nama :……………………….............

Jawatan :……………………............... …………………….....Cop Jabatan

Tarikh :……………………….............

32

Lampiran 11LAPORAN TUGASAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

Maklumat Pengajar Kemahiran

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Alamat Tempat Bekerja / :

Institut

No. Telefon (Bimbit) :

No. Telefon (Pejabat) :

Siri LSI :

Tarikh Mula-Tamat LSI :

Tempoh LSI :

Maklumat Firma LSI

Institut Latihan/Industri :

Alamat :

No. Telefon :

No. Faks :

Admin Institut :

No. Telefon Admin Institut :

Sila LekatkanGambar

33

1. PENGENALAN

Setiap Pengajar Kemahiran Dalam Latihan (PDL) diwajibkan menyediakan laporan tugasandengan mencatatkan segala aktiviti-aktiviti latihan yang dibuat setiap hari sepanjangtempoh latihan. Laporan tugasan hendaklah dikemukakan kepada Admin Institut (AI) padabila-bila masa yang dikehendaki untuk tujuan penyemakan dan pengesahan.

2. TUJUAN BUKU LAPORAN TUGASAN

2.1 Merekod pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri. PDL dikehendaki merekod secaraterperinci mengenai pelaksanaan tugas dalam bentuk nota dan gambarajah.

2.2 Membantu PDL memahami perkara-perkara yang dipelajari untuk dikongsi bersamadi Jabatan dan disampaikan semula kepada para pelatih di institut setelah tamatlatihan.

2.3 Membolehkan PDL mengesan tahap pengetahuan dan kemahiran yang ada supayadapat ditingkatkan serta dapat diaplikasi dalam melaksanakan tugas di institutsetelah tamat latihan.

2.4 Membolehkan PF berkongsi kefahaman bersama PDL dan seterusnya mendapatbimbingan /tunjuk ajar ke atas perkara yang tidak difahami.

3. TANGGUNGJAWAB PDL MENGEMASKINI LAPORAN TUGASAN

3.1 PDL bertanggungjawab memasukkan butir pelaksanaan latihan. Tiap-tiap perkaradipelajari mesti dicatatkan di dalam laporan tugasan dan disahkan oleh PF.

3.2 PDL hendaklah merancang serta menyediakan laporan tugasan dengan kemas danteratur bagi memudahkan semakan. Sila gunakan pena dakwat atau pena matabulat untuk mencatatkan laporan (kecuali gambarajah).

3.3 PDL hendaklah menjalani latihan mengikut tugasan yang telah diberikan oleh PF.PDL hendaklah menyemak setiap perkara yang telah dipelajari, difahamisepenuhnya dan menyemak perkara yang belum diketahui serta berusaha supayaperkara berkenaan dapat dipelajari.

3.4 PDL dikehendaki melukis gambarajah, menyenaraikan bahan-bahan dan alatperkakas sekali dalam masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu tugaasan.

3.5 PDL hendaklah melengkapkan sepenuhnya laporan tugasan sebelum tamatnyatempoh latihan.

34

4. TANGGUNGJAWAB PF MENYEMAK LAPORAN TUGASAN

4.1 PF hendaklah memeriksa dan mengesahkan buku laporan tugasan yang disediakanoleh PDL dari semasa ke semasa bagi mengenalpasti status pembelajaran yangdipelajari oleh PDL.

4.2 PF hendaklah membimbing PDL bagi mengenalpasti sebarang kemajuan ataukelemahan yang wujud semasa dalam latihan berdasarkan laporan tugasan yangdisediakan.

4.3 PF hendaklah memberi ulasan terhadap keseluruhan buku laporan harian yangdisediakan oleh PDL sebelum tamat latihan.

Nota :

Laporan tugasan LSI hendaklah diserahkan kepada Admin LSI dalam tempoh empat (4) minggu

dari tarikh akhir pengajar kemahiran menjalani LSI. Laporan ini akan dikembalikan kepada

pengajar kemahiran setelah disahkan oleh Admin LSI, CIAST.

35

LAPORAN TUGASAN

Tarikh : __________________

Tajuk Kerja / Tugas : _______________________________________________

MAKLUMAT / RAJAH

36

PERKAKAS , BAHAN , OPERASI DAN LAIN - LAIN KESELAMATAN

Tandatangan P.D.L Tandatangan Admin Institut

37

ULASAN / KOMEN OLEH PEGAWAI FIRMA

Tarikh :

Tandatangan Pegawai

Firma

ULASAN / KOMEN OLEH PEGAWAI LAWATAN INDUSTRI

Laporan / tindakan / saranan Pegawai Lawatan Industri berasaskanulasan/komen daripada Admin Institut dan kandungan Buku Laporan Tugasanyang diisi oleh PDL.

Tarikh :

Tandatangan Pegawai Lawatan

Industri

38

JADUAL LATIHAN MINGGUANNama PDL :Nama PF :Nama Firma :Tempoh LSI :

Tarikh/Hari 8:00am ~ 10:00am 10:30am ~ 1:00pm

R

E

H

A

T

2:00pm ~ 5:30pm 6:00pm ~ 7:00pm

ISNIN

SELASA

RABU

KHAMIS

JUMAAT

SABTU

AHAD

Lampiran 12

39

SENARAI RUJUKAN :

Kadar tuntutan elaun Latihan Sangkutan Industri adalah merujuk kepada pekeliling-pekeliling berikut:

1. Pekeliling Perbendaharaan WP 1.4/2013 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANAMENJALANKAN TUGAS RASMI (TIDAK TERMASUK ANGGOTA TENTERA DANANGGOTA POLIS)

2. Pekeliling Perbendaharaan WP1.10/2013 - KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN,KEMUDAHAN DAN BAYARAN KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM SEMASABERKURSUS KECUALI KURSUS PRA-PERKHIDMATAN

3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2012 - KENAIKAN GAJI PEGAWAIPERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA

4. Surat Pekeliling Bil 17 Tahun 2007- BAYARAN INSENTIF PERKHIDMATAN KRITIKAL