panduan menulis tugasan

3
PANDUAN MENULIS TUGASAN/KERTAS KERJA KURSUS PENDIDIKAN ISLAM ( PI.ILP ) INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG Pendahuluan Panduan ini tidaklah bertujuan memberi peraturan dan maklumat yang terperinci cara penulisan , persembahan, rujukan kertas tugasan PI.ILP. Panduan hanya memberikan maklumat-maklumat yang perlu bagi memenuhi syarat-syarat peperiksaan atau gred. Kertas tugasan Kertas tugasan ialah satu penulisan berbentuk semi-ilmiah tentang Islam dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan matapelajaran PI.ILP. Kertas ini bertujuan untuk menilai kemampuan pelajar menganalisa, membuat rujukan yang betul, menjelaskan fakta yang tepat untuk dinilai oleh pensyarah-pensyarah PI.ILP Syarat-syarat penulisan a. Tajuk i. Pelajar-pelajar PI.ILP hanya dibolehkan menulis dalam tajuk-tajuk yang dikemukakan oleh pensyarah masing- masing. ii. Tajuk-tajuk yang telah dipersetujui tidak boleh dipinda atau diubah kecuali telah mendapat persetujuan pensyarah. b. Isi kandungan i. Penulisan kertas tugasan hendaklah asli hasil dari penganalisaan, rujukan dan rumusan dalam bidang yang berkaitan. ii. Isi kandungan dikehendaki antara 15 muka surat atau lebih. iii. rujukan hendaklah asli bukan “plagiarism” iv. Penggunaan bahasa buku dan penyusunan bahasa tersendiri. v. Memetik atau menulis ayat-ayat al Quran dan al Hadith dengan betul. vi. Persembahan bentuk dan stail mestilah secara sistematik dan jelas. vii. Tugasan berbentuk terjemahan hendaklah disertakan ulasan biodata penulis buku/artikel terjemahan dan memberi pandangan berdasarkan kefahaman sendiri/penulis lain.

Upload: abuhamdy

Post on 14-Jun-2015

1.002 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MENULIS TUGASAN

PANDUAN MENULIS TUGASAN/KERTAS KERJA KURSUSPENDIDIKAN ISLAM ( PI.ILP )

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN PASIR GUDANG

Pendahuluan

Panduan ini tidaklah bertujuan memberi peraturan dan maklumat yang terperinci cara penulisan , persembahan, rujukan kertas tugasan PI.ILP. Panduan hanya memberikan maklumat-maklumat yang perlu bagi memenuhi syarat-syarat peperiksaan atau gred.

Kertas tugasan

Kertas tugasan ialah satu penulisan berbentuk semi-ilmiah tentang Islam dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan matapelajaran PI.ILP. Kertas ini bertujuan untuk menilai kemampuan pelajar menganalisa, membuat rujukan yang betul, menjelaskan fakta yang tepat untuk dinilai oleh pensyarah-pensyarah PI.ILP

Syarat-syarat penulisan

a. Tajuk

i. Pelajar-pelajar PI.ILP hanya dibolehkan menulis dalam tajuk-tajuk yang dikemukakan oleh pensyarah masing-masing.

ii. Tajuk-tajuk yang telah dipersetujui tidak boleh dipinda atau diubah kecuali telah mendapat persetujuan pensyarah.

b. Isi kandungan

i. Penulisan kertas tugasan hendaklah asli hasil dari penganalisaan, rujukan dan rumusan dalam bidang yang berkaitan.

ii. Isi kandungan dikehendaki antara 15 muka surat atau lebih.iii. rujukan hendaklah asli bukan “plagiarism”iv. Penggunaan bahasa buku dan penyusunan bahasa tersendiri.v. Memetik atau menulis ayat-ayat al Quran dan al Hadith dengan betul.vi. Persembahan bentuk dan stail mestilah secara sistematik dan jelas.vii. Tugasan berbentuk terjemahan hendaklah disertakan ulasan biodata penulis

buku/artikel terjemahan dan memberi pandangan berdasarkan kefahaman sendiri/penulis lain.

c. Cara dan teknik

i. Pelajar PI.ILP mesti menggunakan cara dan teknik penulisan ditentukan.ii. Pelajar PI.ILP digalakkan menaip kertas tugasan dengan jarak dua

( double spacing ). Atau berkomputer dengan jenis font Arial saiz 11.iii. Kegagalan peserta mengikuti arahan ini boleh menjejaskan markah.

d. Bentuk dan saiz

i. Kertas mestilah A4 untuk mereka yang menaip. Bagi yang menulis tangan gunakan kertas kajang ( writing pad )( dengan keizinan )

ii. Warna kertas hanya putih dibenarkan disertakan nombor mukasurat.

Page 2: PANDUAN MENULIS TUGASAN

iii. Kulit hadapan hendaklah menggunakan sebarang warna dan ditulis

1. Tajuk kertas projek.2. Nama penuh pelajar.3. Kod kursus, Tahun, No Kad Pengenalan dan No Matrik4. Nama Pensyarah.

Beberapa peringatan.

i. Susunan - Halaman judul- Sinopsis- Jadual kandungan- Teks ( rujukan )- Bibliografi- Lampiran

ii. Pelajar hendaklah membuat salinan fotostat bagi simpanan sendiri.iii. Pelajar hendaklah menghantar tugasan kepada pensyarah seminggu

sebelum hari pembentangan.

Halaman judul - mengandungi maklumat- Tajuk tugasan- Nama, Kursus, Kad Pengenalan- Tarikh pembentangan

Sinopsis - Penjelasan ringkas tajuk tugasan tidakmelebihi 150 patah perkataan.

Teks - Mengandungi pendahuluan, isi dan kesimpulan.

Wajib Sertakan Rujukan contoh

Majalah / JernalAbdullah Sabir. “Persamaan Khalwat dengan Zina” al-MUSTAQIM, Bil 9 Tahun-1 m/s 59-60

Buku.

Dr Harun Din. Manusia dan Islam. Edisi khas 1990. Amiza Publishing Sdn. Bhd di dalam Rukun Islam hlm. 103-142

Atau

Muhammad Qutb 1977. Islam dan hukumnya. Yayasan Dakwah Islamiyah, Malaysia.

Laman Web.

http://www.islam.gov.my/portal/e-hadith.php

http://www.al-azim.com/masjid/ilmubenteng.html

SILA AMBIL FORMAT DAN PROSUDER KERTAS KERJA KURSUS DARI PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM DI PEJABAT JABATAN PENGAJIAN AM (SUBJEK UMUM) MELALUI KETUA KUMPULAN MASING-MASING DENGAN MEMBAWA “PEN DRIVE”