panduan mengenai undang-undang … april 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti...

24
PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

Upload: phungduong

Post on 01-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG PEKERJAAN UNTUK PEKERJA

Page 2: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

Panduan ini diterbitkan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil sebagai usaha untuk menggalakkan amalan pekerjaanyang adil dan bertanggungjawab. Anda juga boleh muat turun salinan Panduan ini dari lelaman web Kementerian Tenaga Manusia dan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil, di www.tafep.sg Semua maklumat di dalam Panduan ini adalah tepat pada September 2014. Maklumat yang ditulis di dalam panduan ini ditulis secara umum dan bukan sebagai huraian lengkap bagi undang-undang yang berkaitan. Jika terdapat keraguan, sila rujuk kepada Akta Pekerjaan atau hubungi Kementerian Tenaga Manusia.

www.mom.gov.sgHubungi Kementerian Tenaga Manusia di 6438 5122Email: [email protected]

www.tafep.sg

Diterbitkan Bersama oleh:

Untuk Maklumat Lanjut

Page 3: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

Isi Kandungan Page

Akta Pekerjaan 31) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan? 32) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya? 3

Kontrak Perkhidmatan 43) Senarai Semak Pekerjaan Asas 44) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya

menandatangani Kontrak Perkhidmatan? 45) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dengan Kontrak untuk Perkhidmatan? 4

Hal Berkaitan Gaji 56) Bilakah saya patut menerima gaji? 57) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kerja lembur? 58) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayar atau cuti ganti? 69) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya? 610) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepat pada masa atau selepas saya berhenti bekerja? 711) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripada sebulan bekerja? 7

Jam Bekerja 912) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu? 913) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerja dalam sehari? 914) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh saya bekerja dalam sebulan? 9

Hari Rehat 1015) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu? 1016) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja pada hari rehat? 1017) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat? 10

Cuti Sakit 1218) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar? 1219) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya? 1320) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cuti tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13

Cuti Tahunan 1421) Berapakah hari cuti tahunan berbayar yang akan saya dapat? 14

Page 4: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

Panduan Mengenai Undang-undang Pekerjaan Untuk Pekerja

22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat? 1523) Bagaimanakah caranya saya untuk mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerja separuh masa? 15

Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak 1624) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita? 1625) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin? 1626) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewaktu dia dalam cuti bersalin? 1627) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedang mengandung? 1628) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak? 17

Penamatan Kontrak 1829) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya maklumkan kepada majikan saya? 1830) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis? 1831) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar? 1832) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis? 1933) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya sedang berkhidmat dalam notis? 1934) Bolehkah majikan saya menamatkan kontrak perkhidmatan saya semasa saya masih dalam tempoh percubaan? 19

Sumbangan CPF 2035) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF ke atas gaji bulanan saya? 20

Nasihat dan Bantuan 20

Page 5: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

3 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Akta PekerjaanMatlamat panduan ini ialah untuk memberikan pekerja di Singapura maklumat asas mengenai Akta Pekerjaan (Bab 91). Akta Pekerjaan merupakan perundangan buruh utama di Singapura. Ia menggariskan terma dan syarat asas pekerjaan di Singapura dan hak serta tanggungjawab majikan dan pekerja di bawah kontrak perkhidmatan.

Untuk majikan yang juga menggaji tenaga kerja asing, mereka perlu mematuhi Akta Pengambilan Tenaga Kerja Asing (Bab 91A) dan peraturannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg atau hubungi mereka di talian 6438 5122.

Sila maklum bahawa panduan ini bukan penyataan lengkap undang-undang dan mungkin tidak meliputi keperluan dalam perundangan lain mengenai isu tertentu. Dimaklumkan juga bahawa maklumat ditulis dalam istilah umum sebagai panduan untuk pekerja dan mungkin tidak diguna pakai dalam situasi khusus. Untuk mendapatkan nasihat khusus, anda perlu merujuk bantuan undang-undang profesional. Setiap usaha telah dibuat untuk memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, tiada jaminan diberikan bahawa ia bebas daripada ralat atau kesilapan.

1) Adakah saya dilindungi di bawah Akta Pekerjaan?Akta Pekerjaan melindungi setiap pekerja (tanpa mengira kewarganegaraan) yangtertakluk di bawah kontrak perkhidmatan dengan seseorang majikan, kecuali:• Pengurus dan eksekutif yang memperoleh gaji pokok melebihi $4500 sebulan;• Pelaut; • Pekerja domestik; dan• Kakitangan lembaga berkanun dan pemerintah.

Akta Pekerjaan melindungi kedua-dua pekerja tempatan dan asing. Ia tidak membezakansama sekali pekerja sementara, pekerja kontrak, pekerja kadar harian mahu pun pekerjadalam tempoh tertentu.

Nota: • Kontrak perkhidmatan ialah sebarang perjanjian, sama ada bertulis atau lisan, tersurat atau

tersirat, yang satu mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan individu lain ini bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja.

• Pengurus dan eksekutif adalah pekerja dengan fungsi eksekutif atau penyeliaan, seperti kuasa untuk mempengaruhi dan membuat keputusan. Mereka termasuk profesional dengan pendidikan tinggi dan pengetahuan/kemahiran khusus dan mereka yang memiliki terma pekerjaan yang setanding dengan pengurus dan eksekutif, contohnya, peguam, doktor dan akauntan.

2) Pada seksyen manakah dalam Akta Pekerjaan berkaitan dengan saya?Secara umum, semua seksyen Akta Pekerjaan berkuat kuasa ke atas anda jika andadilindungi di bawah Akta Pekerjaan. Bagaimanapun, Bahagian IV Akta Pekerjaan, yangmenetapkan peruntukan mengenai jam bekerja, hari rehat, cuti tahunan, kerja syif dansyarat perkhidmatan yang lain, hanya berkuat kuasa ke atas pekerja yang memperolehgaji pokok tidak melebihi $4500 dan pekerja lain yang bukan pengurus atau eksekutifdengan gaji pokok tidak melebihi $2500 sebulan.

Nota: • Buruh ialah pekerja, yang kerjanya biasanya melibatkan kerja kasar dan sama ada mahir atau

tidak mahir. Beberapa contoh buruh termasuk tukang bersih, pekerja di tapak pembinaan, buruh kasar dan pemandu.

Page 6: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

4 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Kontrak Perkhidmatan 3) Senarai Semak Pekerjaan AsasUntuk mengelakkan sebarang salah faham, anda dinasihatkan untuk memiliki kontrakperkhidmatan bertulis (dalam bentuk kontrak pekerjaan atau surat pelantikan) yang menyatakan terma dan syarat pekerjaan anda. Anda perlu jelas mengenai terma dan syarat pekerjaan utama yang berikut sebelum anda menerima tawaran kerja:• Nama jawatan• Skop kerja, iaitu tugas untuk dilakukan• Tarikh mula pelantikan/permulaan tugas• Gaji dan elaun jika ada• Tempoh pembayaran gaji• Sumbangan CPF• Jam bekerja setiap hari/minggu/syif• Kadar bayaran lembur• Hari rehat• Faedah, contoh cuti tahunan, cuti sakit dan cuti dimasukkan ke hospital• Penamatan kontrak pekerjaan dan tempoh notis

4) Bolehkah majikan saya menukar terma dan syarat pekerjaan selepas saya menandatangani Kontrak Perkhidmatan?Majikan anda tidak boleh menukar terma dan syarat pekerjaan, melainkan anda bersetuju dengannya. Jika anda tidak bersetuju dengan perubahan itu, anda perlu berbincang mengenai hal ini bersama majikan anda dan cuba mencapai persetujuan yang boleh diterima bersama. Jika persetujuan tidak boleh dicapai, salah satu pihak boleh memilih untuk menamatkan perkhidmatan dengan memberikan notis perkhidmatan yang sesuaikepada pihak satu lagi.

5) Apakah perbezaan diantara Kontrak Perkhidmatan dan Kontrak untukPerkhidmatan?Kontrak perkhidmatan ialah sebarang persetujuan di mana seorang individu bersetuju untuk menggaji seorang individu lain sebagai pekerja dan dia bersetuju untuk memberi perkhidmatan kepada majikan sebagai seorang pekerja. Majikan perlu menyumbang CPF dan menyediakan faedah berkanun yang relevan seperti cuti tahunan dan cuti sakit.

Manakala, kontrak untuk perkhidmatan ialah perjanjian di mana seorang individu terlibat sebagai kontraktor bebas, seperti individu yang bekerja sendiri atau vendor dengan bayaran untuk menjalankan tugasan atau projek untuk syarikat. Di bawah persetujuan ini, tiada hubungan majikan-pekerja dan individu tersebut tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan.

Tiada ujian muktamad untuk membezakan kontrak perkhidmatan daripada kontrak untuk perkhidmatan. Beberapa faktor untuk dipertimbangkan dalam mengenal pasti kontrak perkhidmatan termasuk:

a) Kawalan• Siapakah yang menentukan pengambilan pekerjaan dan pemecatan seseorang?• Siapakah yang membayar gaji pekerja? Apakah bentuk bayaran?• Siapakah yang menentukan proses pengeluaran, pemasaan dan kaedah pengeluaran?• Siapakah yang bertanggungjawab untuk peruntukan kerja?• Apakah tahap kawalan dan penyeliaan terhadap kerja seseorang?

Terma pekerjaan tidak boleh kurang memuaskan daripada apa yang dinyatakan dalam Akta Pekerjaan.

Page 7: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

5 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Jenispekerja

Dikadarkan secarabulanan

$1200setiapbulan

$40 setiaphari

Dikadarkan secarabulanan

Gaji Pengiraan bayaran asas mengikut jam

Bilangan jam kerja lembur

Bayaran lembur

Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Buruh)

12 x Kadar bayarangaji pokok bulanan 52 x 44

12 x $120052 x 44= $6.30

$6.30 x 1.5 x 2 jam= $18.90

2 jam

4 jam$408= $5

$5 x 1.5 x 4 jam= $30

Bayaran harian pada kadar asasJam bekerja harian

Hal Berkaitan Gaji 6) Bilakah saya patut menerima gaji?Majikan anda perlu membayar gaji anda sekurang-kurangnya sekali sebulan dan dalammasa tujuh hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji. Tambahan lagi, semua bayaran untuk kerja lembur hendaklah dibuat dalam masa 14 hari selepas tamat tempoh pem-bayaran gaji.

7) Bagaimanakah cara saya mengira gaji untuk kerja lebih masa lembur?Jika anda diperlukan bekerja melebihi jam bekerja di dalam kontrak, anda hendaklahdibayar sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar gaji pokok mengikut jam untuk waktu bekerja lembur. Bayaran lembur dikira seperti berikut:Untuk buruh yang digaji mengikut kadar gaji bulanan:1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan kurang daripada $2250:1.5 x jam bekerja lembur x (12 x kadar gaji pokok bulanan) / (52 minggu x 44 jam)Untuk pekerja yang mana kadar bayaran gaji pokok bulanan sebanyak $2250 atau lebih: 1.5 x jam bekerja lembur x (12 x $2250) / (52 minggu x 44 jam)

Formula untuk mengira kadar gaji pokok mengikut jam

b) Pemilikan faktor pengeluaran• Siapakah yang menyediakan perkakas dan peralatan?• Siapakah yang menyediakan tempat bekerja dan bahan?

c) Pertimbangan ekonomi• Adakah individu tersebut menjalankan perniagaannya sendiri atau menjalankan

perniagaan untuk majikan?• Adakah individu tersebut terlibat dalam sebarang prospek keuntungan atau

bertanggungjawab terhadap sebarang risiko kerugian?• Bagaimanakah pendapatan individu tersebut dikira dan keuntungan diperolehi?• Adakah individu tersebut mempunyai hak meletakkan “harga” atau nilai kerja?

Page 8: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

6 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Dikadarkan secarabulanan

Dikadarkan secarabulanan

Dikadarkan secarabulanan

$1600setiapbulan

$2250setiapbulan

$2400setiapbulan

Jenispekerja

Gaji Formula untuk mengira kadar gaji pokok mengikut jam

Pengiraanbayaran asasmengikut jam

Bilangan jam kerja Lembur

BayaranLembur

Contoh Pengiraan Bayaran Lembur (Pekerja)

12 x Kadar bayarangaji pokok bulanan52 x 44

12 x Kadar bayarangaji pokok bulanan52 x 44

12 x $225052 x 44

12 x $160052 x 44= $8.40

12 x $225052 x 44= $11.80

12 x $225052 x 44= $11.80

$8.40 x 1.5 x 4 jam= $50.40

$11.80 x 1.5 x 2 jam= $35.40

$11.80 x 1.5 x 2 jam= $35.40

4 Jam

2 Jam

2 Jam

8) Bolehkah majikan saya menggantikan bayaran lembur dengan cuti berbayar atau cuti ganti?Tidak, semua kerja lembur perlu dibayar dalam bentuk wang.

9) Adakah majikan saya dibenarkan membuat pemotongan daripada gaji saya?Majikan anda tidak dibenarkan membuat sebarang pemotongan selain daripada apa yang dibenarkan di bawah Akta Pekerjaan, melainkan majikan anda diperlukan untuk melakukan demikian (a) dengan perintah mahkamah atau pihak berkuasa lain yang layak untuk membuat arahan seperti ini; (b) jika majikan anda disytihar sebagai ejen diiktiraf untuk pemulihan cukai pendapatan, cukai hartanah, atau cukai barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh anda; atau (c) dengan arahan Pengawal Cukai Pendapatan. Pemotongan gaji yang dibenarkan di bawah Akta adalah: a) Kerana tidak hadir bekerja.b) Kerana kerosakan atau kehilangan barangan atau wang yang diamanahkan kepada

anda, di mana kerosakan atau kehilangan disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda. Jumlah yang akan dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dan pemotongan hanya boleh dibuat selepas mengira kehilangan atau kerosakan benar-benar disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan anda.

c) Untuk kos makanan yang diberikan oleh majikan atas permintaan anda.d) Untuk penginapan atau kemudahan dan perkhidmatan yang diberikan oleh majikan

dan yang telah anda terima. Jumlah yang dipotong untuk penginapan rumah, kemudahan dan perkhidmatan tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan anda.

e) Untuk mendapatkan semula pendahuluan, pinjaman atau pelarasan lebihan bayaran gaji. Jumlah yang dipotong tidak boleh melebihi 25% daripada gaji sebulan dalam kes pemotongan bagi pendahuluan dan pinjaman;

f) Untuk sumbangan CPF.g) Untuk sumbangan pada skim persaraan atau kumpulan wang simpanan atau

sebarang skim lain atas permintaan bertulis anda. Walau bagaimanapun, skim ini hendaklah diiktiraf mengikut undang-undang bagi faedah pekerja dan diluluskan oleh Suruhanjaya Buruh.

h) Untuk bayaran kepada mana-mana kerjasama masyarakat berdaftar dengan kebenaran bertulis daripada anda.

i) Untuk sebarang tujuan lain yang boleh diluluskan semasa permohonan daripada masa ke semasa oleh Kementerian Tenaga Manusia.

Page 9: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

7 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

10) Apa yang perlu saya lakukan jika gaji saya tidak dibayar tepatpada masa atau selepas saya berhenti daripada pekerjaan?Jika anda merupakan seorang ahli kesatuan, anda hendaklah mendapatkan bantuandaripada kesatuan anda.

Jika anda bukan seorang ahli kesatuan, anda boleh melaporkan tuntutan tunggakan gaji kepada Kementerian Tenaga Kerja Manusia dengan membuat temu janji di:

www.mom.gov.sg > Quick Links (Pautan Pantas) > Appointment@MOM (TemuJanji@MOM)

Sila ambil perhatian bahawa anda perlu mematuhi syarat yang berikut:

a) Anda dilindungi oleh Akta Pekerjaan.b) Tuntutan tidak timbul untuk lebih daripada satu tahun daripada tarikh laporan.c) Tuntutan untuk gaji sebagai ganti notis perlu dibuat, dalam masa 6 bulan dari tarikh

berhenti kerja.

11) Bagaimanakah caranya saya mengira gaji untuk kurang daripadasebulan bekerja?Gaji yang dibayar kepada pekerja yang dikadarkan secara bulanan bagi bulan bekerjayang tidak lengkap dikira menggunakan formula di bawah:

Gaji yang dibayar untuk bulan bekerja yang tidak lengkap =

Kadar bayaran kasar bulanan1

x Jumlah hari pekerja bekerja dalam bulan tersebut3

Jumlah hari bekerja dalam bulan tersebut2

1 Merujuk kepada jumlah wang termasuk elaun yang dibayar kepada pekerja untukbekerja selama sebulan, tidak termasuk:a) Bayaran tambahan dengan cara:: • Bayaran lembur; • Bayaran bonus; atau; • Tambahan Gaji Tahunan;b) Sebarang jumlah yang dibayar kepada pekerja untuk pembayaran balik perbelanjaan khas yang

dikenakan olehnya sepanjang pekerjaan;c) Bayaran insentif produktiviti; dand) Elaun perjalanan, makanan atau perumahan.

2 Tidak termasuk hari rehat, hari tidak bekerja tetapi termasuk cuti umum.

3 Termasuk cuti umum, cuti dimasukkan ke hospital atau cuti tahunan jika layak.

Jika bilangan jam bekerja dalam mana-mana hari bekerja ialah lima jam atau kurang, iaakan dianggap sebagai separuh hari bekerja. Jika lebih daripada lima jam, ia akan dianggap sebagai satu hari bekerja.

Page 10: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

8 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Contoh Pengiraan Gaji untuk Bulan Bekerja Tidak LengkapSulaiman bekerja 5 hari seminggu dari Isnin hingga Jumaat. Kadar bayaran gaji pokok bulanannya adalah $700 dan kadar bayaran gaji kasar adalah $800. Sulaiman telah mengemukakan surat perletakan jawatan dan hari terakhir beliau bekerja adalah pada 26 Ogos. Sepanjang bulan Ogos, Sulaiman mengambil empat hari cuti tahunan berbayar

Jumlah hari bekerja dalam bulan Ogos= 31 – 5 Sabtu – 5 Ahad= 21 hari bekerja

Bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos= 13 hari (dalam warna hijau) + 4 hari cuti tahunan berbayar + 1 cuti umum= 18 Hari

Gaji untuk bulan Ogos= $800 (kadar bayaran kasar bulanan)

X 18 hari (bilangan hari 21 (bilangan hari bekerja dalam bulan Ogos) bekerja dalam bulan Ogos)

= $685.71

Mon Tues Wed Thurs Fri Sat Sun

HariKebangsaan

Cuti tahunan Cuti tahunan Cuti tahunan

Hari terakhir

Cuti tahunanCuti menggantikan Hari Kebangsaan

31 1 2

3 4 5 6 7 8 9

10 11 12 13 14 15 16

17 18 19 20 21 22 23

24 25 26 27 28 29 30

Page 11: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

9 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

12) Berapa jam saya dijangka bekerja dalam sehari/seminggu?Anda tidak perlu, di bawah Kontrak Perkhidmatan anda, untuk bekerja lebih daripadalapan jam sehari atau 44 jam seminggu (seminggu bermakna tempoh berterusan selama tujuh hari bermula Isnin dan berakhir pada Ahad). Jam bekerja ini tidak termasuk waktu rehat teh/makan atau berehat. Semua kerja berlebihan bagi jam bekerja mengikut kontrak akan dianggap sebagai kerja lembur.

13) Adakah terdapat had kepada bilangan jam yang boleh saya bekerjadalam sehari?Ya, secara umumnya anda tidak dibenarkan untuk bekerja lebih daripada 12 jam sehari.

14) Adakah terdapat had kepada bilangan jam lembur yang boleh sayabekerja dalam sebulan?Ya, anda dibenarkan untuk bekerja sehingga had 72 jam lembur dalam sebulan. Had boleh dilebihi hanya jika pengecualian telah diberikan kepada majikan anda oleh Pesuruhanjaya Buruh menerusi Kementerian Tenaga Manusia.

Jam Bekerja

Page 12: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

10 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Hari Rehat

*Kadar lembur yang dibayar kepada pekerja tertakluk kepada tahap gaji pokok bulanan sebanyak $2250.

Tempoh Bekerja

Tidak lebihdaripada separuh jam bekerja mengikutkontrak harian

Separuh hari gajipokok

Sehari gaji pokok a) Sehari gaji pokok danb) Bayaran lembur* sekurang-

kurangnya 1.5 kali kadar asas bayaran x bilangan jam melebihi jam bekerja mengikut kontrak

a) Dua hari gaji pokok dan b) Bayaran lembur*

sekurang-kurangnya 1.5 kali kadar asas bayaran x bilangan jam melebihi jam bekerja mengikut kontrak

Sehari gaji pokok Dua hari gajipokok

Pekerja bekerja pada hari rehat di ataspermintaannyasendiri

Pekerja bekerja padahari rehat diataspermintaanmajikan

Lebih daripada separuh, tetapi tidak melebihi jam bekerja mengikutkontrak harian

Lebih daripada separuhjam bekerja mengikutkontrak harian

15) Berapakah hari rehat yang layak untuk saya dalam seminggu?Anda layak untuk satu hari rehat setiap minggu tanpa bayaran. Hari rehat boleh sama ada Ahad atau mana-mana hari lain dalam minggu yang sama. Jika anda bekerja syif, hari rehat boleh menjadi tempoh 30 jam berterusan jika majikan anda membenarkan satu hari penuh sebagai hari rehat.

16) Adakah saya dibenarkan untuk bekerja dalam hari rehat?Ya, anda boleh meminta untuk bekerja pada hari rehat.

17) Adakah saya akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat?Ya, anda akan dibayar jika bekerja semasa hari rehat. Jumlah yang akan anda terima akan berdasarkan kepada tempoh kerja dan sama ada permintaan untuk bekerja berasal daripada majikan anda.

Page 13: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

11 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

12 x kadar bayaran gaji pokok bulanan

52 x purata bilangan hari seorang

12 x kadar bayaran gaji pokok

52 x 44

Contoh Bayaran untuk Kerja Yang Dilakukan pada Hari Rehat:John dibayar gaji pokok bulanan sebanyak $1000. Dia perlu bekerja 5.5 hari semingguselama lapan jam setiap hari daripada Isnin hingga Jumaat dan empat jam pada hari Sabtu. Dia diminta oleh majikannya untuk bekerja selama 10 jam pada hari Ahad yangmerupakan hari rehatnya. Bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari Ahad dikira seperti berikut:

a) Untuk lapan jam waktu bekerja biasa, John perlu dibayar dua hari gaji pada kadar asas:

b) Untuk dua jam tambahan kerja lembur, John perlu dibayar 1.5 kali daripada gaji dua jam pada kadar asas:

Oleh itu, John perlu dibayar sejumlah $99.65 ($83.92 + $15.73) untuk bekerja selama10 jam pada hari rehatnya.

12 x $1000

52 x 5.5

12 x $1000

52 x 44

$83.92

$15.73

x 2 =

x 2 =x 1.5 x 2x 1.5

x 2

=

=

pekerja perlu bekerja dalam seminggu

Page 14: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

12 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Cuti Sakit

18) Bilakah seorang pekerja layak mendapat cuti sakit berbayar?Anda layak dibayar cuti sakit jika anda memenuhi yang berikut: a) Bekerja dengan majikan untuk sekurang-kurangnya 3 bulan; b) Mendapatkan sijil perubatan daripada doktor syarikat anda. Jika doktor syarikat tidak

ada (contohnya doktor syarikat ditutup atau terletak jauh), pekerja boleh mendapatkan sijil perubatan daripada doktor kerajaan*; dan

c) Memaklumkan majikan anda mengenai cuti sakit dalam masa 48 jam.

Bilangan hari cuti sakit yang layak bagi anda bergantung kepada tempoh perkhidmatananda:

* Lawati www.mom.gov.sg untuk senarai institusi perubatan awam yang diluluskan.** Termasuk mana-mana cuti sakit pesakit luar jika diambil.

Bilangan bulanperkhidmatan

3 bulan

4 bulan

5 bulan

6 bulan dan seterusnya

Cuti Sakit Pesakit LuarBerbayar (hari)

5

8

11

14

Cuti Dimasukkan KeHospital Berbayar (hari)**

15

30

45

60

Page 15: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

13 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

19) Adakah majikan saya perlu membayar perbelanjaan perubatan saya?Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan telah merujuk sama ada dengan doktor syarikat atau doktor pemerintah, majikan anda perlu membayar bayaran konsultasi perubatan anda. Untuk kos perubatan lain seperti ubat, rawatan atau kemasukan ke wad, majikan bertanggungjawab untuk menanggung kos tersebut bergentung kepada faedah perubatan yang disediakan untuk pekerja menurut kontrak pekerjaan atau persetujuan kolektif di antara syarikat dan kesatuannya.

20) Adakah saya layak untuk mendapat cuti sakit berbayar semasa cutitahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja?Anda tidak layak untuk cuti sakit berbayar pada hari-hari tersebut kerana anda tidak perlu bekerja pada hari tersebut.

Page 16: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

14 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar akan saya dapat?Jika anda berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan, anda layakuntuk cuti tahunan berbayar. Bilangan hari cuti tahunan berbayar bergantung kepada apa yang dinyatakan dalam pekerjaan anda tetapi tidak boleh kurang daripada yang berikut:

Tahun Perkhidmatan Berterusan

Pertama

Kedua

Ketiga

Keempat

Kelima

Keenam

Ketujuh

Kelapan dan seterusnya

Hari Cuti

7

8

9

10

11

12

13

14

Cuti Tahunan

Page 17: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

15 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Bilangan bulan dalam perkhidmatan

12612 7

3.5, digenapkan kepada 4 hari1

22) Saya telah berkhidmat untuk majikan selama lebih daripada tiga bulan tetapi kurang daripada setahun. Bagaimanakah caranya saya mengira jumlah hari cuti tahunan berbayar yang harus saya dapat?Jika anda telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan tetapi kurangdaripada setahun, anda layak mendapat cuti tahunan dalam kadar bilangan bulan anda berkhidmat pada tahun tersebut.

Contohnya, jika anda telah bekerja selama enam bulan, anda layak untuk empat hari cuti tahunan berbayar yang dikira seperti berikut:

23) Bagaimanakah caranya saya mengira kelayakan cuti tahunan jika saya bekerja separuh masa?Pekerja separuh masa yang telah berkhidmat selama tiga bulan layak mendapat cuti tahunan berbayar pada kadar kelayakan tahunan yang sama dengan pekerja sepenuh masa berdasarkan jam bekerjanya.

Kelayakan cuti dikira seperti berikut:

1Dalam mengira kelayakan cuti prorata, sebarang pecahan hari yang kurang daripada satu separuh hari akan diabaikan dan di mana pecahan hari melebihi satu separuh atau lebih akan dianggap sebagai satu hari.

x

x

x x

Kelayakan cuti tahunan dalam tahun semasa

Bilangan hari cutitahunan berbayar

Bilangan jam bekerja setiap tahun pekerjaseparuh masa

Bilangan cutitahunan pekerjasepenuh masadengan tempohperkhidmatan yangsama

Bilangan jam bekerjasehari pekerjasepenuh masaBilangan jam bekerja

setiap tahun pekerja sepenuh masa

=

=

=

Page 18: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

16 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

24) Apakah faedah cuti bersalin yang layak untuk pekerja wanita?Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak mendapat 12 minggu cuti bersalin. Lapan minggu pertama cuti bersalin akan dibayar jika pekerja memenuhi syarat berikut:

a) Bekerja selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin;b) Mempunyai kurang daripada dua orang anak semasa bersalin (melainkan anak-anak

ini kesemuanya dilahirkan dalam kelahiran yang sama, cth. kembar dua atau tiga); danc) Memberikan majikan sekurang-kurang notis satu minggu sebelum cuti bersalin dan

memaklumkan majikan mengenai kelahiran apabila boleh. Jika tidak, pekerja hanya layak mendapat separuh bayaran gaji semasa dalam cuti bersalin.

Di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak (Bab 38A), satu perundangan berkanun untuk menggalakkan orang yang telah berkahwin di Singapura mempunyai lebih ramai anak dan melibatkan pengurus dan eksekutif, seorang pekerja layak mendapat 16 minggu cuti bersalin berbayar jika: a) Anaknya merupakan Warganegara Singapura;b) Ibu bapa anak berkahwin secara sah; dan c) Pekerja telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh bersalin.

25) Adakah terdapat sebarang sekatan mengenai masa cuti bersalin? Pekerja yang layak mendapat 12 minggu cuti bersalin di bawah Akta Pekerjaanboleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan lapan minggu serta-merta selepas bersalin. Dengan kebenaran majikan, empat minggu terakhir boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan daripada kelahiran anak.

Pekerja yang layak mendapat 16 minggu cuti bersalin di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Anak boleh untuk tidak hadir bekerja selama empat minggu serta-merta sebelum bersalin dan 12 minggu serta-merta selepas bersalin. Di mana terdapat persetujuan bersama dengan majikan, lapan minggu terakhir (minggu ke-9 hingga 16) cuti bersalin boleh diambil secara fleksibel dalam tempoh 12 bulan selepas kelahiran anak.

27) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja wanita yang sedangmengandung?Majikan perlu membayar faedah cuti bersalin kepada pekerja jika dia dipecat tanpa sebab yang kukuh atau diberhentikan semasa mana-mana tahap kandungannya.Pekerja wanita layak jika:

a) Dia telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja; dan

b) Dia disahkan mengandung oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum menerima notis pemecatan atau pemberhentian kerja.

26) Adakah majikan dibenarkan untuk memecat pekerja sewatu dia dalam cuti bersalin?Tidak, ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan.

Cuti Bersalin dan Cuti Penjagaan Anak

Page 19: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

17 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

28) Adakah saya layak untuk cuti penjagaan anak?

Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta PekerjaanIbu bapa bagi anak-anak bukan warganegara yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan layak untuk dua hari cuti penjagaan anak setiap tahun jika dua ciri ini dipenuhi:

a) Anak (termasuk anak angkat atau anak tiri yang sah) berusia bawah tujuh tahun; dan b) Pekerja telah berkhidmat untuk majikan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.

Cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya dua hari setahun tidak mengira bilangan anak yang layak.

Cuti Penjagaan Anak di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-KanakSeorang pekerja layak mendapat enam hari cuti penjagaan anak-anak setiap tahunjika dia dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak.Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-Kanak melindungi semua ibu bapawarganegara Singapura, termasuk kakitangan pengurusan dan eksekutif jika tigasyarat berikut dipenuhi:

a) Anak kurang daripada tujuh tahun; b) Anak merupakan Warganegara Singapura; danc ) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya

tiga bulan.

Tiga hari pertama cuti penjagaan anak akan dibayar oleh majikan dan tiga hari terakhir akan dibayar oleh pemerintah (sehingga $500 sehari, termasuk CPF). Tidak kira bilangan anak, kelayakan cuti penjagaan anak untuk setiap ibu bapa hanya enam hari setahun.

Cuti Penjagaan Anak Dilanjutkan di bawah Akta Simpanan BersamaPembangunan Kanak-KanakSeorang pekerja dilindungi di bawah Akta Simpanan Bersama Pembangunan Kanak-kanak dan layak untuk lanjutan dua hari cuti penjagaan anak setahun jika semua tiga ciri berikut dipenuhi:

a) Anak paling muda berusia tujuh – 12 tahun (termasuk);b) Anak merupakan Warganegara Singapura; danc) Ibu bapa telah berkhidmat untuk majikan secara berterusan selama sekurang-kurangnya

tiga bulan.

Lanjutan dua hari cuti penjagaan anak akan dibayar oleh Kerajaan (sehingga $500 sehari, termasuk sumbangan CPF). Bagi ibu bapa yang mana anaknya merupakan Warganegara Singapura dalam kedua-dua kumpulan usia (iaitu (1) bawah tujuh tahun dan (2) di antara tujuh dan 12 tahun), jumlah cuti penjagaan anak berbayar untuk setiap ibu bapa ialah maksimum enam hari setahun.

Page 20: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

18 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Penamatan Kontrak

29) Jika saya memutuskan untuk berhenti kerja, perlukah saya memaklumkankepada majikan saya?Jika anda mahu berhenti kerja, anda perlu memberikan notis perletakan jawatanbertulis kepada majikan anda. Tempoh notis sejajar dengan kontrak pekerjaan anda.Majikan anda perlu memberikan tempoh notis yang sama dan secara bertulis jika diamemberhentikan anda.

Jika kontrak pekerjaan anda tidak menyatakan tempoh notis, yang berikut akandigunakan:

30) Bolehkah saya berhenti kerja tanpa memberikan notis?Dalam kebanyakan situasi, anda perlu memberi notis perletakan jawatan bertulis.Jika anda meletak jawatan tanpa notis atau tanpa menunggu tempoh notis tamat, andaperlu membayar gaji ganti notis kepada majikan.

31) Bilakah kontrak pekerjaan dianggap telah dilanggar?Majikan dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia gagal membayar gaji kepada pekerja dalam masa tujuh hari selepas tarikh gaji. Pekerja dianggap telah melanggar kontrak pekerjaan jika dia tidak hadir secara berterusan selama lebih daripada dua hari bekerja tanpa kebenaran atau sebab yang wajar, atau tanpa memaklumkan atau cuba memaklumkan majikan mengenai sebab ketidakhadiran.

Tempoh PerkhidmatanKurang daripada 26 minggu

26 minggu sehingga kurang daripada 2 tahun

2 tahun sehingga kurangdaripada 5 tahun

5 tahun dan ke atas

Tempoh Notis

1 hari

1 minggu

2 minggu

4 minggu

Notis boleh dilepaskan dengan persetujuan bersama daripada kedua-dua majikan dan pekerja.

Page 21: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

19 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

32) Adakah saya dibenarkan bercuti sakit sewaktu berkhidmat dalam notis?Jika anda dalam cuti sakit (sama ada berbayar atau tidak) semasa tempoh notis, cuti sakit yang diambil perlu dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh notis anda. Majikan anda tidak boleh menuntut pampasan terhadap sebarang kekurangan dalam tempoh notis.

33) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasasaya sedang berkhidmat dalam notis?Ya, majikan anda boleh menamatkan perkhidmatan anda tanpa menunggu tempoh notis tamat dengan membayar jumlah yang sama dengan gaji yang anda perolehi semasa tempoh notis. Jika anda melakukan kesalahan semasa tempoh notis, majikan anda boleh memecat anda tanpa membayar gaji untuk baki tempoh notis.

34) Bolehkah majikan saya menamatkan Kontrak Perkhidmatan saya semasa sayamasih dalam tempoh percubaan?Ya, perkhidmatan anda boleh ditamatkan semasa dalam tempoh percubaan. Akta Pekerjaan tidak mengandungi sebarang peruntukan mengenai tempoh percubaan ataupengesahan. Anda perlu merujuk kepada terma yang dinyatakan dalam kontrak pekerjaan anda untuk butiran khusus mengenai tempoh percubaan dan pengesahan.

Page 22: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

20 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

35) Adakah majikan saya bertanggungjawab membayar sumbangan CPF pada gajibulanan saya?Sebagai Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap, kedua-dua anda dan majikanperlu membuat sumbangan bulanan dalam CPF jika anda bekerja di Singapura di bawah kontrak perkhidmatan. Jumlah sumbangan CPF yang dibayar bergantung kepada usia, gaji dan kewarganegaraan (Warganegara Singapura atau Penduduk Tetap Singapura tahun pertama, kedua atau ketiga).

Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya berkenaan hal berkaitan gaji dan terma dan syarat pekerjaan yang lain di bawah Akta Pekerjaan, anda digalakkan untuk melawat laman web Kementerian Tenaga Manusia di www.mom.gov.sg dan ketik pada pangkalan data lanjutan Q&A. Alternatif lain, anda boleh menghubungi 6438 5122 atau buat temu janji di:

www.mom.gov.sg > Quick Links > Appointment@MOM

Sumbangan CPF

Nasihat dan Bantuan

Page 23: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar

21 Panduan Mengenai Undang-undang

Pekerjaan Untuk Pekerja

Page 24: PANDUAN MENGENAI UNDANG-UNDANG … April 2011_files... · tahunan/cuti tanpa gaji/hari rehat/cuti umum/hari tidak bekerja? 13 Cuti Tahunan 14 21) Berapakah hari cuti tahunan berbayar