panduan lengkap pelaburan saham-pakar momentum saham

38
Pakar Momentum Saham 2014 Susun Semula: Afiq Mohamad Ebook Asal: SUZARDI MAULAN @ PAKDI

Upload: rahimi-nordin

Post on 16-Nov-2014

751 views

Category:

Economy & Finance


21 download

DESCRIPTION

Panduan lengkap pelaburan saham oleh PAKAR MOMENTUM SAHAM memberikan gambaran terperinci tentang dunia pelaburan saham, dapatkan maklumat lengkap di http://pakarmomentumsaham.blogspot.com

TRANSCRIPT

  • 1. Pakar Momentum Saham 2014 Susun Semula: Afiq Mohamad Ebook Asal: SUZARDI MAULAN @ PAKDI

2. APA ITU SAHAM Saham adalah bisnes. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, "Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal." 3. APA ITU SAHAM Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO). Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikatberhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain. 4. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah). APA ITU SAHAM 5. PROSES JUAL BELI SAHAM Knowledge is power. Information is liberating. Education is the premise of progress, in every society, in every family. Kofi Annan Perkara pertama yang perlu anda buat sebelum terjun ke dalam dunia pelaburan adalah melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi. Anda dapat menghadiri bengkel saham, seminar atau baca buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan saham. 6. PROSES JUAL BELI SAHAM 1. Buka CDS akaun dengan syarikat broker. Hanya RM10, salinan kad pengenalan dan penyata bank diperlukan untuk membuka akaun trading ini. 2. Setelah selesai membuka akaun, seorang remisier atau dealer akan "menjaga" hal ehwal anda. Anda boleh bertanya segala bentuk soalan kepada mereka. Semua urusan teknikal mereka akan bantu. 3. Anda boleh menggunakan online trading platform yang disediakan oleh broker. Caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap broker ada menyediakan video tutorial bagaimana menggunakan trading platform mereka. Malah, ada broker yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru. 7. PROSES JUAL BELI SAHAM 4. Masukkan duit ke dalam trust account broker. Anda boleh lakukan secara online, deposit mesin atau menggunakan cek sekiranya jumlah wang tersebut besar. Maklumkan kepada remisier anda yang anda sudah masukkan duit ke dalam trading akaun anda. 5. Langkah seterusnya adalah placing your order. Masukkan order anda. Pilih kaunter saham yang hendak anda beli, masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika anda menggunakan khidmat remisier, pastikan anda menggunakan kod kaunter yang betul dan bukan sekadar menyebut sahaja. Contohnya, ada beza bunyi tak antara "Hup Seng" dan "Hap Seng"? Kedua-dua syarikat ini adalah berbeza tetapi sebutan bunyinya kedengaran sama. Jadi, bila nak beli kaunter, sebutkan juga kod syarikat tersebut untuk mengelakkan salah faham. 8. PROSES JUAL BELI SAHAM 6. Price queue. Harga yang anda request mungkin belum lagi ada yang sudi menjualnya. Jika anda mahu beli harga semasa, memang ramai yang akan jual pada harga semasa. Tetapi jika bukan pada harga semasa, mungkin anda perlu tunggu untuk beberapa ketika sebelum order tersebut match. Status pending akan dipaparkan. 7. Match order. Transaksi selesai apabila ada persetujuan antara pembeli dan penjual pada harga yang sama. Status done akan dipaparkan. 8. Trade confirmation. Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, anda akan menerima trading confirmation yang menunjukkan summary urusniaga yang dijalankan sebentar tadi. Pihak broker juga akan menghantar hard copy statement ke rumah anda setiap bulan bagi urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. 9. PROSES JUAL BELI SAHAM 9. Contract note. Anda juga akan menerima contract notes yang menunjukkan brokerage fee, clearing fee, stamping fee, kos belian dan juga hasil jualan saham tersebut. 10. Jika anda mahu keluarkan duit dari akaun trading anda samada duit untung atau duit modal, maklumkan sahaja kepada remisier anda dan mereka akan uruskan. 10. PROSES JUAL BELI SAHAM Selesai. Itu sahaja prosesnya. Jangan risau jika anda menghadapi sebarang masalah atau kemusykilan ketika proses ini berlaku, anda dapat rujuk dealer atau remisier anda untuk dapatkan bantuan. Bagi mereka yang dah lama main saham, proses ini sudah dihadam sebab sudah biasa. Bagi mereka yang belum bermula, pasti anda rasa seperti "susahnya nak main saham ni". Kelas dan buku sudah banyak baca tetapi masih juga belum bermula. Katanya belum confident lagi. Learning by doing. Selagi belum bermula, selagi itulah anda tidak tahu dunia saham itu bagaimana. Gunakan modal yang kecil dahulu ketika dalam masih dalam proses belajar ini. Rasa dulu untung RM50 sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di Bursa Malaysia. Just Do It! bak kata orang Jawa. 11. 5 SEBAB PELABURAN SAHAM SANGAT MENGUNTUNGKAN Tiada pelaburan yang sempurna. Setiap satu ada baik dan buruk. Kali ini mari tengok mengenai pelaburan saham. Saya ada 5 sebab kenapa kita patut terlibat dalam pelaburan saham. 1. Pelaburan Saham adalah Pelaburan Dalam Bisnes Ada orang berbakat buat bisnes sendiri. Ada orang tidak berbakat dalam hal tersebut. Maka pasaran saham membuka peluang kita membeli bisnes-bisnes yang hebat. Misalnya, kita suka bisnes bank. Kita ada impian nak ada bank sendiri. Masalahnya, modal nak buka bank sendiri bukan macam modal buka kedai pisang goreng. Dengan pasaran saham kita berpeluang membeli saham- saham yang berkaitan dengan bank seterusnya memiliki sebahagian kecil bisnes bank walaupun modal kecil. Kemudian disebabkan kita ni kurang berbakat dalam bisnes sendiri, maka kita dapat membeli bisnes yang diuruskan oleh mereka yang berbakat. 12. 5 SEBAB PELABURAN SAHAM SANGAT MENGUNTUNGKAN 2. Mudah Dapat Maklumat Penting Pasaran saham dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia. Syarikat berhad perlu melaporkan laporan tahunan, penyata kewangan kepada pemegang saham. Dokumen ini perlu diaudit oleh pihak ketiga. Ada standard laporan yang perlu dipatuhi. Seterusnya jual beli saham dibuat dalam pasaran terbuka. Jadi, penjual tak boleh nak tipu harga pasaran. Kalau harga saham tu dijual dengan harga yang lain, sama ada ada proses take over besar-besaran atau ada orang sedang menipu individu yang tamak nak untung cepat main saham. Undang-undang yang wujud sekitar pasaran saham ini dikenali sebagai the elimination of gharar. 13. 5 SEBAB PELABURAN SAHAM SANGAT MENGUNTUNGKAN 3. Senang Nak Urus Portfolio Pelaburan Perkara ini khusus untuk pelabur kecil macam kita. Selepas kita menganalisa 100 syarikat, kita mendapati cuma ada 3 sahaja yang menepati kriteria yang kita mahukan. Maka kita boleh beli saham tersebut selagi kita ada duit. Kita cuma perlu fokus dan memantau 3 syarikat yang kita dah analisa itu tadi dari masa ke masa. Kalau rasa perlu duit sikit, jual sahaja sebahagian saham yang kita ada itu tadi. Kalau duit banyak lebih, beli beli dan beli. 14. 5 SEBAB PELABURAN SAHAM SANGAT MENGUNTUNGKAN 4. Kurang Prosedur Dah ada ada CDS, trading account dan modal maka kita dah dapat bermula. Kita tak perlu tunggu bank luluskan pinjaman. Kita tak perlu risau status kredit kita sebab lambat bayar hutang kad kredit. Kalau tersilap beli, sekejap sahaja dah boleh jual semula. (Rugi kos brokerage SAHAJA). Ya, seperti mana yang saya sebutkan awal tadi, pelaburan saham tidak sempurna. Tapi untuk tujuan post ini kita tengok yang baik-baik dahulu. Apa lagi kelebihan main saham pada pandangan tuan puan pula? 15. 5 SEBAB PELABURAN SAHAM SANGAT MENGUNTUNGKAN 5. Kalau Lepas Matematik Sekolah Rendah, Dah Boleh Kita tak perlu ada IQ tinggi. Tak perlu jadi professor, PhD atau orang paling bijak dalam batch. Kita cuma perlu tengok sekeliling kita untuk tahu bisnes tu besar atau kecil. Anak-anak kecil pun dah tahu Milo. Tak perlu habis SPM untuk tahu apa itu air Spritzer. Budak sekolah rendah pun tahu beli top-up Maxis. 16. Warren Buffett ada menyebut: "Success in investing doesn't correlate with I.Q. once you're above the level of 25. Once you have ordinary intelligence, what you need is the temperament to control the urges that get other people into trouble in investing" p/s: Jangan terlibat dalam pasaran saham. Sekiranya kita mempunyai 7 ciri-ciri berikut: 17. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 1. Tidak Tahu Beza Pelabur & Spekulator Spekulator / trader berbeza dengan pelabur (investor). Mereka melihat dengan cara berbeza. Tempoh masa berbeza. Tools yang berbeza. Ada orang melihat kereta hanya sebagai alat pengangkutan. Ada orang melihat kereta sebagai gaya, mutu dan keunggulan. Maka apabila mentaliti berbeza, maka yang lainnya pasti berbeza. Paling berbahaya apabila kita berpendapat kedua duanya sama. Kita jadi macam orang gila. 18. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 2. Menjadi Spekulator Yang Tidak Mahir Scalper. Swing trader. Spread trading. Counter trend trading. Momentum trading. Trend trading. Dan seterusnya. Kesemuanya nampak sama tetapi berbeza. Kemahirannya juga berbeza-beza. Yang lebih dahsyat ada yang terlibat tanpa ada sebarang kemahiran yang betul. 19. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 3. Tidak Ada Simpanan Sekiranya kita cuba menjadikan saham sebagai punca pendapatan bulanan, maka kita pasti mempunyai masalah. Begitu juga sekiranya kita menggunakan duit yang sepatutnya dijadikan perbelanjaan untuk makan minum, susu anak dan sewa rumah sebagai modal main saham. Modal mesti datang dari duit yang kita tidak mahu guna dalam tempoh terdekat. Jangan berhutang untuk main saham. 20. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 4. Mahu Untung Jangka Pendek Sekiranya kita mahu untung cepat, atau buat duit cepat maka kita perlu buat bisnes dan bukannya terlibat dalam pelaburan saham. Kita perlu membiarkan duit kita berkembang dengan sendirinya pada kadar yang realistik. Jika kita memaksa duit kita berkembang pada kadar yang tidak sepatutnya maka ia ibarat tanam bunga terlebih baja. Mati. Modal habis. 21. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 5. Tiada Kesabaran & Disiplin Melabur perlukan kesabaran. Modal RM 10,000 jika kita dapat untung 100% setiap tahun, masih memerlukan 7 tahun untuk menjadi RM 1.28 juta. Ya, 7 tahun. Bukan 7 hari, 7 minggu atau 7 bulan. Itupun kalau dapat untung 100% secara konsisten selama 7 tahun berturut-turut. 22. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 6. Malas Pasaran saham hanya untuk orang yang rajin. Orang yang sedar dirinya tak pandai, tidak tahu banyak benda dan tidak cuba jadi tuhan dengan meneka esok harga naik atau turun. Pelabur yang berjaya adalah pelabur yang sentiasa merendah diri dan terbuka dengan idea-idea baru. Kena rajin membaca. Sentiasa membuat analisa. Yakin dengan analisa diri sendiri. 23. 7 SEBAB JANGAN MENJADI PELABUR SAHAM 7. Bosan Dengan Artikel Ini Sebab tak dapat cara untuk gandakan modal dalam tempoh 3 bulan. Macam artikel biasa-biasa je. Tiada idea yang sophisticated. Apa kelas kena tunggu 7 tahun! "Take a simple idea and take it seriously." Charlie Munger 24. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU Anda dah boleh join sekaki sembang saham selepas membaca artikel ini. Berikut adalah 9 istilah yang mesti anda tahu dalam pelaburan saham. 1. Syarikat Broker Syarikat broker merupakan syarikat yang menguruskan transaksi jual beli saham yang menghubungkan di antara penjual dan pembeli pada sesuatu masa. Syarikat broker ini berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) & Bursa Malaysia. Syarikat broker menerima komisyen setiap kali berlakunya urusan jual beli saham. 25. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU 2. Remisier & Dealer Remisier & dealer adalah sama sahaja tugasnya, iaitu menjadi wakil syarikat broker atau pun orang tengah antara penjual dan pembeli saham. Kedua-duanya ada bekerja dengan syarikat broker yang berdaftar. Tugas mereka adalah menerima arahan daripada pelanggan dan "key-in" order tersebut. Remisier tidak mendapat gaji dari syarikat broker tetapi hanya menerima komisyen dari setiap transaksi yang dibuat. Manakala dealer pula lebih kepada bekerja makan gaji dan tidak menerima komisyen seperti remisier. Untuk menjadi remisier & dealer ini, mereka harus mendapatkan lesen daripada SC. 26. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU 3. Bull trend Merujuk kepada pasaran saham yang sedang naik. 4. Bear trend Merujuk kepada pasaran saham yang sedang menurun. 5. KLCI KLCI adalah singkatan kepada Kuala Lumpur Composite Index. KLCI merupakan indeks saham bagi pasaran Malaysia. Indek saham ini digunakan oleh para pelabur sebagai indikator untuk melihat pergerakan harga saham secara umum. KLCI terdiri daripada syarikat-syarikat besar yang mana pergerakan harga saham pada syarikat-syarikat ini mampu mempengaruhi pergerakan saham keseluruhannya. 27. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU 6. Teknikal Analisis & Fundamental Analisis Kaedah menganalisa sesuatu syarikat. Satu berasaskan harga saham semata-mata. Satu lagi berdasarkan asas-asas bisnes, ekonomi dan perakaunan. 7. IPO IPO adalah singkatan kepada Initial Public Offering. Ia merupakan saham yang ditawarkan oleh syarikat kepada kepada orang awam untuk kali pertama diniagakan di Bursa Malaysia. Tujuan utama syarikat tersebut mengeluarkan IPO dan menjadikannya public listed company adalah untuk mendapatkan modal bagi mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada. Kebiasaannya, harga yang ditawarkan untuk kali pertama ini adalah lebih rendah berbanding dengan harga sebenar selepas disenaraikan di Bursa Malaysia nanti. 28. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU 8. Akaun CDS Untuk melabur dalam pasaran saham di Malaysia, anda perlu membuka CDS akaun atau trading account. CDS adalah singkatan kepada Central Depository System. Akaun ini digunakan untuk melakukan semua traksaksi jual beli saham. Anda hanya perlu pergi ke mana-mana syarikat broker dengan membawa RM10 beserta dokumen seperti salinan kad pengenalan dan juga penyata akaun bank. 29. 9 ISTILAH YANG ANDA MESTI TAHU 9. Return On Investment ROI Pulangan daripada pelaburan. ROI ini penting untuk kita mengetahui prestasi portfolio pelaburan kita. Nilai ROI adalah lebih penting untuk dijadikan kayu pengukur daripada jumlah income yang diperolehi Sebagai contoh, si A mendapat income RM30,000 sebulan dengan modal berjumlah RM1 juta, manakala si B pula mendapat RM1,500 sebulan dengan modal berjumlah RM10 ribu. Mengikut formula diatas, ROI si B adalah 15% berbanding si A yang hanya memperoleh 3% sahaja.Prestasi pelaburan si B adalah lebih tinggi berbanding dengan si A walaupun pendapatan yang dijana adalah lebih rendah daripada si A. 30. RISIKO PELABURAN SAHAM Bayangkan kita mempunyai RM 100,000 modal pelaburan saham. Hari ini kita beli saham. Kemudian `paper loss', nilai pelaburan tinggal RM 90,000. Minggu seterusnya, nilai pelaburan jadi RM 75,000. Dan jatuh lagi sehingga RM 50,000. Apa reaksi kalian? Sekiranya masih dapat tidur dengan baik maka pelaburan saham adalah sesuai untuk kita. Jika tak berani, pergi main congkak. 31. CONTOH-CONTOH SAHAM 32. CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN SAHAM 33. CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN SAHAM 34. CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN SAHAM 35. CONTOH KEUNTUNGAN PELABURAN SAHAM 36. BERMINAT UNTUK MENJANA UNTUNG BESAR DARI PELABURAN SAHAM? BERMINAT UNTUK MENJADIKAN KEUNTUNGAN DARI PELABURAN SAHAM SEBAGAI PENDAPATAN BULANAN? KLIK >>> http://bit.ly/pakarmomentumsaham/ 37. ARTIKEL DI DALAM EBOOK INI MERUPAKAN KOMPILASI TULISAN TUAN SUZARDI MAULAN @ PAKDI. BELIAU MERUPAKAN SEORANG PAKAR PELABURAN, ISLAMIC FINANCE DAN KEWANGAN PERIBADI. BELIAU BOLEH DITEMUI DI http://www.pakdi.net/