panduan hal ehwal pelajar

Upload: aiman-arifin

Post on 13-Oct-2015

518 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

usim

TRANSCRIPT

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    1/63

    PANDUANHAL EHWAL PELAJAR 2011

    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    Disediakan oleh:Bahagian Hal Ehwal Pelajar

    Universiti Sains Islam Malaysia71800 Bandar Baru Nilai

    Negeri Semibilan Darul KhususTel: 06-7986158 Faks: 06-7986155

    http://hep.usim.edu.my

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    2/63

    2

    KANDUNGAN

    BAHAGIAN I: PENGENALAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    Selayang Pandang

    Wawasan, Misi, Dasar Kualiti, Tagline dan Objektif

    Struktur Organisasi

    Carta Organisasi

    BAHAGIAN II: FUNGSI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    Unit Pentadbiran dan Keurusetiaan

    Unit Kepimpinan Pelajar

    Unit Psikologi Kaunseling dan Kerjaya

    Unit Kebudayaan

    Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib

    Unit Pengurusan Fasiliti dan Perkhidmatan

    Unit Kesihatan Pelajar

    Senarai Klinik Panel Pelajar

    BAHAGIAN III: PERATURAN DAN GARIS PANDUAN

    Panduan Penguatkuasaan Etika Berpakaian Pelajar

    Peraturan Khas Kolej Kediaman

    Garis Panduan Rawatan di Klinik Unit Kesihatan Pelajar

    Panduan Keselamatan Kampus

    Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan USIM 2007

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    3/63

    3

    BAHAGIAN I

    PENGENALAN BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    SELAYANG PANDANG BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada awalnya beroperasi di

    Tingkat Satu, Bangunan Institut Profesional Baitumal (IPB), Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

    Pada ketika itu Bahagian ini hanya mempunyai seorang Penolong Pendaftar (Mohd Asri Husain) dan

    seorang Pembantu Tadbir (Mohamad Fairuz Ismail) yang bertanggungjawab bagi membantu

    menguruskan hal ehwal dan kebajikan kumpulan sulung pelajar KUIM seramai 255 orang pada 18 Jun

    2000. Bahagian ini terus berkembang dengan kemasukan seorang Kaunselor (Masni Md Hasim) dan

    seorang Penolong Pengurus Asrama (Azlin Mahmud). Pada akhir tahun 2000 Tuan Haji Idris Mamat

    telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar HEP yang pertama dan menerajui bahagian tersebut selama

    hampir 2 tahun.

    Bagi melicinkan pengurusan asrama pelajar, seorang Pengetua Asrama telah dilantik (Muhammad

    Haizuan Rozali) bagi memastikan kebajikan pelajar lebih terjaga dan terpelihara, di samping menjadi

    lebih efisien terutama dari aspek pengurusan aktiviti pelajar. Selain itu, beberapa orang kakitangan

    Universiti telah dilantik sebagai Felo Penghuni Asrama memperkemaskan lagi pengurusan asrama.

    Bahagian HEP KUIM semakin berkembang apabila Bahagian HEP KUIM di IPB menerima beberapa

    pertambahan kakitangan termasuklah seorang Pegawai Belia dan Sukan (Nur Ekmal Buhary) dan dua

    orang Pembantu Tadbir (Mohd Ramzi Sulaiman), dan (Silawati Manan), pada pertengahan tahun 2001.

    Tidak dapat dinafikan pada peringkat awal, Bahagian HEP KUIM, banyak mendapat kerjasama daripada

    Pengurusan IPB dan Pengurusan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Sekolah St Gabriel, Masjid Al Azim

    di Kampung Pandan dan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini secara tidak

    langsung membantu pentadbiran dan pengurusan KUIM berjalan dengan lancar untuk menuju ke fasa

    berikutnya.

    Bagi menampung pertambahan pelajar dan keperluan pentadbiran, KUIM telah berpindah ke bangunan

    Menara A dan B, Pandan Indah, Kuala Lumpur dengan pengambilan pelajar seramai 553 orang bagiSesi Akademik 2001/2002. Bahagian HEP KUIM pada ketika itu ditempatkan di Tingkat 13, Menara A.

    Manakala, penginapan pelajar pula ditempatkan di Apartmen Riviera II dan di Apartmen Riviera III

    (dikhususkan untuk penempatan siswi) yang terletak di Taman Muda Cheras, Kuala Lumpur.

    Pada 18 Ogos 2001, Tuan Haji Mohamad Amin Haji Salleh dilantik sebagai Timbalan Pendaftar yang

    barubagi menggantikan Tuan Haji Idris Mamat. Walau bagaimanapun khidmat beliau di Bahagian HEP

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    4/63

    4

    KUIM hanya kurang daripada tempoh 3 bulan sebelum digantikan dengan Muhammad Haizuan Rozali

    yang dilantik sebagai Timbalan Pendaftar HEP KUIM secara rasmi pada 1 Mac 2002. Beliau bertugas

    sebagai Timbalan Pendaftar HEP selama 6 tahun sebelum meneruskan khidmat beliau di Jabatan

    Pendaftar. Pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar kemudiannya diperkukuhkan lagi dengan

    kemasukan beberapa kakitangan baharu iaitu seorang kaunselor (Nurhazreen Mohd Nor), PenolongPegawai Kebudayaan (Rozihani Mohamad), Penolong Pegawai Sukan (En Sulaiman Hassan), Penolong

    Pengurus Asrama (Cik Azleen Abd. Aziz), Penyelia Asrama (Zulkiflee Abd. Razak) dan kemasukan

    seorang Penolong Pendaftar baru Mazlan Nawang menggantikan Mohd Asri Husain dan seorang

    setiausaha (Sharifah Norashikin Syed Mahmood). Bahagian HEP KUIM pada ketika ini mula terbentuk

    dengan lebih tersusun dengan dibahagikan kepada beberapa unit utama dengan diketuai Pejabat

    Timbalan Pendaftar, Unit Kaunseling dan Pembangunan Sahsiah, Unit Sukan dan Rekreasi, Unit

    Pengurusan Asrama dan Unit Perhubungan dan Kebudayaan.

    Bagi memperkasakan pengurusan hal-ehwal kemahasiswaan, Prof. Dr. Mohammad Haji Alias telahdilantik pada 1 Februari 2002 sebagai Timbalan Rektor (HEP dan Pembangunan) KUIM dan beliau juga

    merupakan Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) yang pertama selepas KUIM ditukarkan nama

    kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

    Walaupun masih berada di Kampus Sementara di Pandan Indah, struktur organisasi Bahagian HEP

    makin tersusun dari setahun ke setahun mengikut pengambilan kakitangan dan fungsi-fungsi yang kian

    bertambah.

    Pada 1 Julai 2005, Bahagian HEP KUIM berpindah ke Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan. BahagianHEP ditempatkan di bangunan sementara iaitu sebuah kabin sementara bangunan tetap siap dibina.

    Semua unit ditempatkan di dalam kabin tersebut termasuklah pelbagai kemudahan lain seperti bilik-bilik

    persatuan pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar, gimnasium, bilik mesyuarat, pusat sumber dan surau.

    Bahagian HEP turut menerima kemasukan dua orang jururawat (U29) dan bilik rawatan kesihatan mula

    disediakan untuk pelajar. Unit yang baru ditubuhkan pada masa tersebut ialah Unit Kesihatan Pelajar

    yang kemudiannya dipindahkan ke Pusat Kemudahan Pelajar (PKP) selaras dengan kemasukan seorang

    Pegawai Perubatan (UD41). Terdapat beberapa perubahan dan penambahbaikan kepada unit-unit sedia

    ada seperti Unit Pentadbiran dan Alumni ditubuhkan bagi memperkasakan fungsi alumni, Unit

    Perhubungan dan Kebudayaan dipisahkan menjadi dua unit yang berbeza iaitu Unit Perhubungan Pelajardan Unit Kebudayaan. Selain itu, Unit Pengurusan Asrama ditukar kepada Unit Pengurusan Kolej

    Kediaman dan pengurusannya berpusat di HEP KUIM Pelajar di mana seorang Penolong Pendaftar

    ditempatkan di unit tersebut bagi memantau pengurusan kolej kediaman secara keseluruhannya.

    Pada bulan Jun, tahun 2008, perpindahan daripada bangunan sementara ke bangunan tetap telah

    dilakukan secara menyeluruh. Bangunan tetap Bahagian HEP ini mempunyai kemudahan yang lebih

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    5/63

    5

    kondusif di dalam memberi perkhidmatan kepada pelajar. Di bangunan ini, terdapat pelbagai ruang dan

    kemudahan seperti Bilik-bilik Persatuan Pelajar, Bilik Rehat Pelajar Antarabangsa, Bilik Rehat Pelajar

    Perempuan, Pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Bilik-bilik Persatuan, Kafetaria, Surau, Galeri HEP,

    Gimnasium, Wad dan Bilik Rawatan, Bilik Rawatan Kecemasan, Makmal dan Bilik Latihan.

    Sejajar dengan sambutan 10 tahun USIM, Bahagian HEP USIM kini telah mempunyai 53 orang

    kakitangan yang bersedia dan komited dalam menjalankan tugas. Perubahan struktur Bahagian HEP

    USIM terus ditambahbaik dengan perlantikan Naib Canselor USIM yang kedua. Penstrukturan semula ini

    menekankan fungsi utama bahagian ini adalah untuk pemerkasaan kecemerlangan pelajar di samping

    mengekalkan fungsi bagi menyelaras kebajikan pelajar.

    TAGLINE

    Gembira Bersama USIM

    FALSAFAH

    Keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani menjadi teras kepada pembangunan pelajar holistik.

    WAWASAN

    Memartabatkan keunggulan sahsiah pelajar sebagai pelengkap kepada kecemerlangan akademik.

    MISI

    Bertekad membangun dan menyediakan persekitaran, prasarana dan kemudahan yang kondusif,produktif serta mesra pelajar ke arah melahirkan pelajar holistik.

    OBJEKTIF

    Membina sahsiah pelajar yang mencermin dan menyumbang kepada pemerkasaan citra Universiti.

    Membimbing pelajar di dalam program arus perdana di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Mengurus dan memantau kebajikan dan keselamatan pelajar.

    Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada pemantapan softskill,

    competitive skill dan survival skill untuk meningkatkan kebolehpasaran serta keupayaan pelajar

    menerokai peluang kerjaya.

    Memantapkan jati diri pelajar untuk menempuh cabaran semasa.

    Membina dan memantapkan jalinan yang yang produktif dengan Alumni USIM.

    Menyediakan khidmat latihan dan bimbingan kerjaya.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    6/63

    6

    PIAGAM PELANGGAN

    Dalam merealisasikan misi dan wawasan untuk menjadikan USIM sebagai sebuah Universiti

    terkehadapan yang memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan yang mampu memberi sumbangan

    kepada masyarakat, negara dan dunia sejagat selaras dengan moto Bahagian Hal Ehwal Pelajar HEP

    Memacu Kecemerlangan,dengan izin Allah S.W.T maka kami dengan penuh tekad dan iltizam berjanji

    untuk memenuhi hak-hak pelanggan utama kami iaitu seperti berikut:

    KEPADA PELAJAR

    Memberi khidmat yang mesra pelajar;

    Menyediakan persekitaran, prasarana, kemudahan penginapan dan keperluan

    berkaitan yang kondusif dan produktif kepada pembelajaran;

    KEPADA STAF

    Menyediakan khidmat dan sokongan yang sepenuhnya kepada Universiti;

    Melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu menyumbangkan tenaga dan

    buah fikiran demi kecemerlangan Universiti; dan

    KEPADA NEGARA

    Membekalkan bakal tenaga kerja yang berkualiti, kukuh dengan penghayatan nilai-

    nilai Islam untuk memenuhi keperluan masyarakat, negara dan dunia sejagat.

    DASAR KUALITI

    Berjanji dengan penuh tekad dan iltizam untuk memenuhi hak-hak pelanggan utama iaitu pelajar dengan

    memberi khidmat yang mesra pelajar dan menyediakan persekitaran, prasarana, kemudahan penginapan

    dan keperluan berkaitan yang kondusif dan produktif kepada pembelajaran.

    SLOGAN KUALITI

    Perkhidmatan Berkualiti, Mahasiswa Terpuji

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    7/63

    7

    OBJEKTIF KUALITI

    Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan akauntabiliti dalam menghasilkan output

    yang berkesan terhadap pelanggan HEP

    Mengendalikan kebajikan pelajar selaras dengan keperluan dan kehendak pelanggan

    HEP

    Mewujudkan suasana yang harmoni dan mesra pelanggan

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    8/63

    8

    STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI)

    Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni)Prof. Dato Dr. Mohamed Asin Dollah

    Penolong PendaftarMohd Zaini Othman

    Setiausaha Pejabat

    Siti Rahayu Samian

    PEJABAT KETUA BAHAGIAN HEP

    Timbalan PendaftarNasrul Hakim Ahmad

    Setiausaha PejabatRabiatul Suria Badaruddin

    UNIT PENTADBIRAN DAN KEURUSETIAAN

    Penolong Pendaftar

    Muhammad Rahmat Abdullah

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    9/63

    9

    UNIT KEPIMPINAN PELAJAR

    Penolong PendaftarZaharah Zainal Abidin

    UNIT PSIKOLOGI, KAUNSELING DAN KERJAYA

    Pegawai Psikologi KananNurhazreen Mohd Nor

    Pegawai PsikologiMasni Md Hasim

    Pegawai PsikologiFadhilah Othman

    UNIT KEBUDAYAAN

    Pegawai KebudayaanIsmail Ahmed

    UNIT PENAJAAN, KEBAJIKAN DAN TATATERTIB

    Penolong Pendaftar

    Siti Khadijah Mohamad

    UNIT KESIHATAN PELAJAR

    Pegawai Perubatan (Cuti Tanpa Gaji)Dr. Junaidah Abdul Wahab

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    10/63

    10

    UNIT PENGURUSAN FASILITI DAN PERKHIDMATAN

    Penolong PendaftarMohd Hazrul Fareeza Harun

    Kolej Kediaman Sutera Indah

    PengetuaDr. Norailis Ab Wahab

    Kolej Kediaman Nilam Court

    PengetuaMohd Azmir Mohd Nizah

    Kolej Kediaman Desa Jati

    PengetuaAgoos Munalis Tahir

    Kolej Kediaman Pandan

    PengetuaMohamed Hj. Ibrahim

    Kolej Kediaman 1

    PengetuaDr. Mohd Radhi Ibrahim

    Kolej Kediaman Acacia Avenue

    PengetuaMohammad Tahir Zainuddin

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    11/63

    11

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    12/63

    12

    BAHAGIAN II

    UNIT-UNIT BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR

    UNIT PENTADBIRAN DAN KEURUSETIAAN

    Fungsi :

    1. Penyediaan Bajet

    2. Unjuran Perjawatan

    3. Pengurusan Perolehan

    4. Pengurusan Aset dan Inventori

    5. Pengurusan Kualiti

    6. Pengurusan Minggu Taaruf

    7. Pengurusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar

    8. Pelaporan Lembaga Pengarah Universiti

    9. Pelaporan Pelan Integriti Nasional

    10. Pelaporan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus

    11. Penyelarasan Program Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)

    12. Penyelarasan Program Sekretariat Kesukarelawan Mahasiswa (SKM)

    13. Penyelarasan dan Pengrekodan Latihan

    14. Keurusetiaan Jawatankuasa Pusat Islam

    15. Keurusetiaan Jawatankuasa USIMKRA1

    16. Keurusetiaan Jawatankuasa Pengurusan HEP

    17. Penerbitan Buku Panduan HEP

    18. Penerbitan Buletin HEP

    19. Webmaster HEP

    20. Keahlian Majlis Sukarelawan Universiti- Universiti Malaysia (MASKUM)

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi;No. Telefon: 06-798 6157/6158/6152No Faks: 06-798 6155

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    13/63

    13

    UNIT KEPIMPINAN PELAJAR

    Fungsi:

    1. Penubuhan dan Pendaftaran Badan Pelajar

    2. Pengurusan Pertandingan Debat Bahasa Arab Sek. Men. Peringkat Kebangsaan

    3. Pengurusan Pertandingan Debat Bahasa Arab IPT Peringkat ASEAN

    4. Pengurusan Program Transformasi Kepimpinan Mahasiswa

    5. Pengurusan Program Pembangunan Holistik Pelajar Muslim (LIQA)

    6. Pengurusan Program Global Islamic Student Outreach

    7. Pengurusan Majlis Kecemerlangan Siswa

    8. Pelaporan MyMohes/SETARA

    9. Penyelarasan Program Badan Pelajar

    10. Penyelarasan Lantikan Jurulatih Sambilan

    11. Keurusetiaan Jawatankuasa Penyelarasan Aktiviti Pembangunan Pelajar

    12. Keurusetiaan Jawatan kuasa Pesta Konvokesyen

    13. Keurusetiaan World Islamic Youth Conference

    14.Penerbitan Buku GarisPanduan Aktiviti Pelajar

    15. Keahlian Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM)

    16. Keahlian Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM)

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi;-798 6159/6153

    No Faks : 06-798 6155

    UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING DAN KERJAYA

    Fungsi:

    1. Perkhidmatan Sesi Bimbingan Kaunseling dan Psikoterapi

    2. Pengurusan Penempatan Kerjaya

    3. Pengurusan Kajian dan Ujian Psikologi

    4. Pengurusan Program Pembangunan Kerjaya

    5. Pengurusan Program Pembangunan Kendiri (Psikososial)

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    14/63

    14

    6. Penyelarasan Pangkalan Data Kaunseling dan Kerjaya

    7. Pengurusan Program Transformasi Diri (PTD)

    8. Pengurusan Galeri HEP

    9. Pengurusan Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU)

    10. Penyelarasan Pangkalan Data Kaunseling dan Kerjaya

    11. Keurusetiaan Jawatankuasa Program Pembangunan Kerjaya

    12. Penerbitan Bahan Kaunseling dan Kerjaya

    13. Keahlian Majlis Kaunseling Universiti-Universiti Malaysia (MAKUMA)

    12. Keahlian Pendidikan Penyalahgunaan Dadah Dikalangan Pelajar IPT dan Kelab Pemadam

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi;

    No. Tel: 06-798 6144/6143/6142/6141No. Faks: 06-798 6154

    UNIT KEBUDAYAAN

    Fungsi:

    1. Perkhidmatan Bimbingan dan Rundingan Kesenian

    2. Perkhidmatan Peminjaman Kelengkapan dan Peralatan Kesenian

    3. Pengurusan Penganjuran Aktiviti Kesenian

    4. Pengurusan Latihan Urusetia Kesenian Pelajar

    5. Perhubungan Media HEP

    6. Penerbitan Inovasi Seni Budaya

    7. Keurusetiaan Jawatankuasa Pancaragam Konvokesyen

    8. Keahlian Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM)

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi:Tel :06-798 6108 / 6107/ 6106

    Faks : 06- 7986109

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    15/63

    15

    UNIT PENAJAAN, KEBAJIKAN DAN TATATERTIB

    Fungsi:

    1. Pengurusan Tatatertib Pelajar

    2. Pengurusan Kebajikan Pelajar

    3. Pengurusan Insurans Pelajar

    4. Pengurusan Bantuan Tabung-Tabung Kebajikan

    5. Penyelarasan Penajaan Pelajar

    6. Keurusetiaan Jawatankuasa Kebajikan Pelajar

    7. Keurusetiaan Jawatankuasa Pengagihan Zakat dan Harta Wakaf

    8. Perhubungan Media Pelajar

    9. Keahlian Majlis Tatatertib dan Disiplin Universiti-Universiti Malaysia (MATDUM)

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi;No. Telefon: 06-798 6157/6158No Faks: 06-798 6155

    UNIT PENGURUSAN FASILITI DAN PERKHIDMATAN

    Fungsi:

    1. Pengurusan Perolehan Kolej Kediaman

    2. Penyelarasan Penempatan Pelajar di Kolej Kediaman

    3. Penyelarasan Penyelenggaraan Kolej Kediaman

    4. Penyelarasan Penginapan Luar

    5. Penyelarasan Kemudahan Rumah Tamu Universiti, Ambulans dan Van Jenazah

    6. Penyediaan Kemudahan di Kolej Kediaman

    7. Keurusetiaan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman

    8. Keahlian Majlis Perumahan Universiti-Universiti Malaysia (MAPUM)

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    16/63

    16

    Alamat Kolej-Kolej Kediaman

    1. Kolej Kediaman 1Pejabat PengurusanKolej Kediaman 1,Universiti Sains Islam Malaysia,

    Bandar Baru Nilai,71800 Nilai, Negeri Sembilan.Tel : 06-798 6175 Faks: 06-79806176

    2. Kolej Kediaman Nilam CourtPejabat PengurusanKolej Kediaman Nilam CourtJalan Nilam 4/9,Fasa 5A, Taman Nilai Utama(Nilai Impian),Bandar Baru Nilai,71800 Nilai, Negeri SembilanTel: 06-799 3857 Faks: 06-799 3851

    3. Kolej Kediaman Sutera Indah

    Pejabat PengurusanKolej Kediaman Sutera IndahB-08, Jalan BBN 1/3,Putra Point Fasa 271800 Nilai, Negeri SembilanTel: 06-850 1467 Faks: 06-850 1457

    4. Kolej Kediaman PandanPejabat PengurusanKolej Kediaman PandanSundry Shop, Blok A,Tingkat 1, Glennviewvilla Apartment,Jalan 49, Off Jalan Kuari,

    Taman Pinggiran Cheras,56100 Kuala Lumpur.Tel: 03-4299 2895 Faks: 03-4296 7507

    5. Kolej Kediaman Desa JatiPejabat PengurusanKolej Kediaman Desa jatiA-G-15, Desa Jati Apartment,Phase 1, Jalan Jati 1,71800 Putra Nilai, Negeri SembilanTel: 06-799 7410 Faks: 06-799 7325

    6. Kolej Kediaman Acacia AvenuePejabat Pengurusan,

    Kolej Kediaman Acacia Avenue,Blok B10-1-1, Acacia Avenue Psn. Perdana BBN,Taman Desa Jati,71800 Bandar Baru Nilai,Negeri Sembilan.Tel: 06-799 7086 Faks: 06-7999585

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    17/63

    17

    UNIT KESIHATAN PELAJAR

    Fungsi:

    1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar

    2. Perkhidmatan Kes Kecemasan dan On Call

    3. Perkhidmatan Pusat Hemodialisis

    4. Perkhidmatan Rawatan Pergigian

    5. Perkhidmatan Makmal Perubatan

    6. Pengurusan Perolehan Ubatan, Peralatan dan Alat Pakai Buang

    7. Pemeriksaan Kebersihan Premis

    8. Notifikasi Penyakit Berjangkit

    Sebarang pertanyaan, sila hubungi;

    No. Telefon: 06-798 6121/6122/6123/6125No. Faks: 06-798 6124

    Wad Kecemasan06-798 6127

    Bilik Kecemasan06-798 6126

    Makmal Perubatan06-798 6129

    Bilik Pergigian06-798 6130

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    18/63

    18

    Senarai Klinik Panel Pelajar

    Bil. Kod Klinik Nama dan Alamat Klinik

    1. KP18 KLINIK IDZHAM

    No. 41/AAB Persiaran MPAJ

    Jalan Pandan Indah

    55100 Kuala Lumpur

    No. Tel: 03-40229007

    No. Faks:03-40251629

    2. KP39 KLINIK SARIAH

    PT 7441 Jln 1/2F, Putra Point Phase 2B, Bandar Baru Nilai,

    71800 Negeri Sembilan.

    No. Tel. : 06-8501005

    No. Faks : 06-8501006

    3. KP46 POLIKLINIK PUTRA

    PT 7268, Putra Point, Jln BBN 1/2B, 71800 Negeri Sembilan

    No. Tel. : 06-8503268

    No. Faks : 06-8501268

    4. KP69 KLINIK SULAIMAN TEMERLOH

    Sulaiman & Halim Medipro Sdn. Bhd.

    No. 30, Tingkat 2, Jalan Pak Sako 4

    28000 Temerloh Pahang

    No. Tel. / No. Faks : 09-2961025

    5. KP72 KLINIK SALAK SDN. BHD. 24 Jam

    PT 4703 Jalan T/S 1/1, Taman Semarak, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    19/63

    19

    6. KP79 KLINIK HANA

    No. C2-G, Acacia Avenue, Jalan Jati 9, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

    No. Tel. / No. Faks : 06-799 1284

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    20/63

    20

    BAHAGIAN III

    PERATURAN DAN GARIS PANUDAN

    PANDUAN PENGUATKUASAANETIKA BERPAKAIAN PELAJAR

    UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    1. LATAR BELAKANG

    1.1 Etika Berpakaian Pelajar ini diperbuat dan dikeluarkan berdasarkan peruntukan Kaedah27, Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009,sebagai suatu arahan bertulis Naib Canselor.

    1.2 Etika Berpakaian Pelajar ini adalah suatu peraturan cara berpakaian dan penampilan diriyang dikuatkuasakan kepada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Peraturanini bermatlamat memelihara nama baik USIM dan menampilkan imej yang selari dengantuntuan Islam yang sebenar sekaligus selaras dengan kedudukan USIM sebagai institusipengajian tinggi yang berteraskan pendidikan Islam.

    1.3 Peruntukan yang terkandung di dalam Etika Berpakaian Pelajar ini djangka dapatmembentuk sahsiah dan keperibadian tinggi di kalangan pelajar USIM. Pematuhanterhadap etika ini berupaya mewujudkan suatu suasana kampus yang kondusif dalamusaha membangunkan modal insan yang memiliki nilai-nilai tatasusila, disiplin, harmonidan menjiwai adab sopan.

    2. TATACARA AM

    2.1 Pelajar hendaklah memakai dan mempamerkan kad pelajar semasa berada di dalamkawasan kampus atau semasa berurusan dengan mana-mana pejabat di dalam kawasankampus.

    2.2 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakaikemeja-T tidak berkolar semasa berada di dalam kawasan kampus atau semasaberurusan dengan mana-mana pejabat di dalam kawasan kampus.

    2.3 Pelajar hendaklah mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas, sopan dan sesuaidengan norma atau budaya Malaysia.

    2.4 Pelajar hendaklah mengelak daripada berpakaian tidak sopan atau mendedahkan tubuhatau mencolok mata di khalayak ramai.

    2.5 Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian atau aksesori yang bertentangan denganhukum Islam, adab kesopanan orang timur atau melambangkan sebarang pertubuhan

    atau kumpulan tertentu.

    2.6 Pelajar adalah tertakluk kepada syarat-syarat pakaian yang ditetapkan di bawahperaturan makmal atau mana-mana peraturan di tempat-tempat atau pusat-pusat didalam kampus yang mempunyai peraturan yang berasingan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    21/63

    21

    3. TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR LELAKI

    3.1 Menghadiri Sesi Pengajaran/Pembelajarandan Majlis Rasmi

    3.1.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) iaitu berseluarpanjang (slack), berbaju kemeja dengan bertali leher atau berbaju kebangsaan

    yang lengkap, berkasut kulit berwarna hitam dan berstokin.

    3.1.2 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan.

    3.1.3 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakaikemeja-T tidak berkolar.

    3.1.4 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.

    3.1.5 Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalahbersongkok berwarna hitam. Pelajar dilarang memakai sebarang bentuk/jenistopi.

    3.2 Berada di Kawasan Kampus

    3.2.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas (tuck-in) dan berseluarpanjang.

    3.2.2 Pelajar hendaklah memakai kasut bertutup, tidak boleh berselipar atau memakaikemeja-T tidak berkolar.

    3.2.3 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.

    3.2.4 Pakaian yang dibenarkan untuk pelajar lelaki sekiranya menutup kepala adalahbersongkok berwarna hitam atau apa-apa bentuk/jenis topi yang bersesuaian.Walaubagaimanapun, pemakaian topi tidak diizinkan di Bangunan Perpustakaan.

    3.3 Berada di Kawasan Kolej Kediaman

    3.3.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopansemasa berada di luar bilik kediaman.

    3.3.2 Pelajar hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.

    3.3.2 Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesipengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranyamenghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman.

    3.4 Bersukan dan Beriadah

    3.4.1 Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akandijalankan.

    3.4.2 Pemakaian seluar tight sehingga melepasi lutut adalah diwajibkan ketikamemakai seluar pendek.

    3.4.3 Pemakaian adalah dengan cara memasukkan baju T-shirt ke dalam seluar track(tuck-in) bagi tujuan kekemasan dan keselesaan semasa bersukan.

    3.4.4 Pemakaian hendaklah kelihatan kemas dengan berambut pendek.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    22/63

    22

    3.4.5 Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan ataurekreasi.

    3.4.6 Seluar trackyang dipakai hendaklah kelihatan kemas.

    3.4.7 Seluar trackyang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar.

    4. TATACARA BERPAKAIAN DAN PENAMPILAN PELAJAR WANITA

    4.1 Menghadiri Sesi Pengajaran/Pembelajarandan Majlis Rasmi

    4.1.1 Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi.

    4.1.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat (yang bolehmempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang.

    4.1.3 Pelajar hendaklah memakai kasut yang menutupi jari kaki, lereng kaki dantumit.

    4.1.4 Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan.

    4.1.5 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan.

    4.1.6 Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana.

    4.2 Berada di Kawasan Kampus

    4.2.1 Pelajar hendaklah berpakaian yang menutup aurat, kemas, sopan dan rapi.

    4.2.2 Pelajar hendaklah memakai pakaian yang tidak ketat (yang bolehmempamerkan susuk tubuh) dan tidak jarang.

    4.2.3 Pemakaian purdah adalah tidak dibenarkan.

    4.2.4 Pemakaian seluar jeans adalah tidak dibenarkan.

    4.2.5 Pemakaian alat solek, aksesori dan pewangi hendaklah secara sederhana.

    4.3 Berada di Kawasan Kolej Kediaman

    4.3.1 Pelajar hendaklah berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopansemasa berada di luar bilik kediaman.

    4.3.2 Pelajar hendaklah mengikuti tatacara berpakaian ketika menghadiri sesipengajaran/pembelajaran atau ketika berada di kawasan kampus sekiranya

    menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolej kediaman.

    4.4 Pakaian sukan/riadah

    4.4.1 Pemakaian yang longgar dan bersesuaian dengan aktiviti riadah yang akandijalankan.

    4.4.2 Pemakaian kain tudung yang tidak terlalu labuh namun masih menutup aurat dankelihatan kemas supaya selesa ketika bersukan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    23/63

    23

    4.4.3 Pemakaian T-shirt yang berlengan pendek hendaklah disertai dengan sarungtangan (dari lengan hingga ke pergelangan tangan).

    4.4.4 Pemakaian kasut yang bersesuaian ketika menyertai aktiviti sukan atau rekreasi.

    4.4.5 Seluar trackyang dipakai hendaklah dizipkan hingga ke penghujung kaki seluar

    sebagai kekemasan berpakaian sukan.

    4.4.6 Seluar trackyang dipakai hendaklah longgar, serap peluh dan berwarna gelap.

    5. PENGUATKUASAAN PERATURAN

    5.1 Tempat Dikuatkuasakan

    5.1.1 Penguatkuasaan peraturan hendaklah berlaku di tempat-tempat sepertiberikut:

    i. lokasi sesi pengajaran/pembelajaran dan majlis rasmi (termasuk lokasiaktiviti atau program anjuran USIM)

    ii. kawasan kampus (termasuk lokasi peperiksaan)

    iii. kolej kediaman

    5.2 Agen Penguatkuasaan

    5.2.1 Staf Akademik

    diberi kuasa memberi peringatan kepada dan menghalang pelajar yang tidakmematuhi peraturan di atas daripada menyertai sesi pengajaran danpembelajaran atau sebarang aktiviti fakulti.

    5.2.2 Staf Pentadbiran

    diberi kuasa memberi peringatan kepada dan menghalang pelajar yang tidakmematuhi peraturan di atas daripada memasuki, berurusan atau menggunakanapa-apa kemudahan di dalam kawasan kampus.

    5.2.3 Staf Keselamatan

    diberi kuasa menyoal selidik, memberi peringatan kepada dan menghalangpelajar yang tidak mematuhi peraturan di atas daripada memasuki ataumeninggalkan kawasan kampus.

    5.3 Kaedah Penguatkuasaan

    5.3.1 Pelanggaran Peraturan Kali Pertama:

    Diberi peringatan secara lisan dan boleh direkodkan dan rekod diselengarasendiri oleh agen penguatkuasaan.

    5.3.2 Pelanggaran Peraturan kali Kedua dan Seterusnya:

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    24/63

    24

    Diberi peringatan secara lisan, boleh direkodkan dan rekod diselengara sendirioleh agen penguatkuasaan dan boleh dilaporkan kepada BahagianKeselamatan.

    5.4 Peruntukan Penguatkuasaan dan Hukuman

    5.4.1 Kaedah 27, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar 2009) - Pakaian Pelajar

    i. Kaedah 27 (1) memperuntukkan bahawa Naib Canselor bolehmengeluarkan apa-apa arahan, secara bertulis, sebagaimana yangdifikirkannya perlu berhubung dengan cara berpakaian pelajar di dalamKampus.

    ii. Kaedah 27 (2) memperuntukkan bahawa mana-mana pelajar yang tidakmematuhi mana-mana arahan itu, melakukan suatu kesalahan tatatertib.

    5.4.2 Kaedah 29, Kaedah Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (TatatertibPelajar-Pelajar 2009) - Hukuman Tatatertib Terus oleh Pihak Berkuasa Tatatertib

    Kaedah 29 (1) memperuntukkan bahawa Pihak Berkuasa Tatatertib bolehmenurut budi bicaranya, sebagai ganti mengambil prosiding tatatertib di bawahBahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus dengan amaran atau dendatidak lebih daripada satu ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yangmelakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Kaedah 27 di hadapan, atauyang dilihat oleh, pihak berkuasa tatatertib.

    5.4.3 Kaedah 50, Kaedah Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (TatatertibPelajar-Pelajar 2009) - Hukuman Tatatertib

    Kaedah 50 memperuntukkan bahawa seseorang pelajar yang melakukan suatukesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah ini dan didapati bersalah atas

    kesalahan tersebut boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-managabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut:

    i. amaran;

    ii. denda tidak melebihi dua ratus ringgit;

    iii. dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian bahagiantertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;

    iv. digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yangditetapkan;

    v. dipecat daripada Universiti.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    25/63

    25

    5.5 Kuatkuasa dan Pindaan

    5.5.1 Etika Berpakaian Pelajar ini berkuatkuasa daripada tarikh ianya ditandatangani.

    5.5.2 Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa secarabertulis.

    Naib CanselorUniversiti Sains Islam Malaysia

    Tarikh : 18 Mei 2011

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    26/63

    26

    PERATURAN KHAS KOLEJ KEDIAMANUNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

    NAMA DAN TAFSIRAN

    1. Peraturan ini dinamakan PERATURAN KHAS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI SAINS ISLAMMALAYSIA dan hendaklah dibaca bersama-sama dengan Kaedah-Kaedah Universiti SainsIslam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009.

    2. Di dalam peraturan ini, melainkan jika kandungannya berkehendakkan makna yang lain:

    Universiti bermaksud Universiti Sains Islam Malaysia

    Naib Canselorbermaksud Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia

    Timbalan Naib Canselor bermaksud Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysiayang bertanggungjawab kepada hal ehwal pelajar

    Bursarbermaksud Bendahari Universiti Sains Islam Malaysia

    Pengetua bermaksud Pengetua Kolej Kediaman Universiti Sains Islam Malaysia

    Felo Penghuni bermaksud Felo Penghuni atau Pembantu Felo Penghuni Kolej KediamanUniversiti Sains Islam Malaysia

    Kolej Kediamanbermaksud kumpulan bangunan atau perumahan serta ruang-ruang antaranyasama ada bertutup atau tidak yang dijadikan tempat penginapan pelajar

    Majlis Pengetua bermaksud himpunan Pengetua-pengetua Kolej Kediaman

    Penghuni bermaksud seseorang pelajar atau individu yang didaftarkan dan ditempatkan dimana-mana Kolej Kediaman

    Pelajar bermaksud seorang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

    PEMILIHAN

    3. Pemilihan dan penempatan di mana-mana Kolej Kediaman adalah budi bicara Majlis Pengetua.Pemilihan dan penempatan tersebut adalah kemudahan yang disediakan kepada pelajar danbukanlah hak yang diizinkan untuk dituntut.

    4. Pelajar peringkat Tamhidi dan pelajar peringkat Sarjana Muda Tahun 1 dikehendaki menghunisekurang-kurangnya selama dua (2) semester di Kolej Kediaman yang ditetapkan melainkandengan kebenaran Pengetua tersebut tertakluk kepada alasan-alasan berikut:

    4.1 kesihatan;

    4.2 permintaan keluarga yang tinggal berdekatan;

    4.3 kelainan upaya yang tidak dapat disediakan kemudahan di Kolej Kediaman; dan

    4.4 perkahwinan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    27/63

    27

    5. Pengetua tersebut boleh menarik kembali tawaran penempatan di kolej kediaman jika beliauberpendapat perlu berbuat demikian untuk memelihara kepentingan Universiti dan KolejKediaman tersebut.

    PEMBAYARAN, PENANGGUHAN DAN GANTIRUGI

    6. Penghuni dikehendaki menjelaskan semua bayaran yang ditetapkan seperti di Jadual I kepadaBursardalam tempoh empat (4) minggu dari tarikh permulaan sesuatu semester.

    7. Keterangan pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Pengetua atau Pejabat PengurusanKolej Kediaman jika dikehendaki berbuat demikian.

    8. Penghuni yang gagal menjelaskan semua bayaran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan tanpakebenaran Pengetua boleh diarahkan supaya mengosongkan unit penempatannya di kolejkediaman.

    9. Kegagalan menjelaskan semua bayaran tersebut boleh menyebabkan penghuni dihalangdaripada menduduki mana-mana peperiksaan Universiti.

    10. Pelajar yang gagal menjelaskan semua bayaran tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan

    boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Pengetua untuk menangguhkan bayaran.

    11. Rayuan menangguhkan bayaran hendaklah dibuat dalam minggu kelima dari tarikh permulaansesuatu semester. Rayuan yang diterima selepas tempoh yang ditetapkan tidak akandipertimbangkan.

    12. Bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan melainkan dalam situasi dan kadar sepertiJadual II.

    13. Penghuni bertanggungjawab terhadap semua kemudahan yang disediakan di kolej kediaman danbertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan yang berlaku di unit penempatan masing-masing ke Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman dengan segera.

    14. Sekiranya didapati kemudahan yang disediakan di unit penempatan masing-masing rosak ataugagal berfungsi disebabkan kecuaian atau kesengajaan, kos baik pulih atau penggantiankemudahan tersebut akan ditanggung oleh penghuni yang menyebabkan kerosakan ataukegagalan fungsi tersebut.

    15. Jika penghuni yang menyebabkan kerosakan atau kegagalan fungsi tersebut tidak dapatdikenalpasti, kos baik pulih atau penggantian kemudahan tersebut akan ditanggung secarabersama oleh semua penghuni di unit penempatan tersebut.

    16. Kadar ganti rugi adalah seperti seperti Jadual III.

    PENEMPATAN

    17. Tertakluk kepada arahan penempatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, penghunihendaklah mematuhi arahan-arahan berikut:

    17.1 Penghuni hendaklah melengkapkan dan mengesahkan pendaftaran masuk ke unitpenempatan yang diduduki dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

    17.2 Penghuni hendaklah melengkapkan dan mengesahkan butiran kemudahan yangdisediakan di unit penempatannya sebelum mendudukinya.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    28/63

    28

    17.3 Penghuni tidak dibenarkan memindahkan kemudahan yang disediakan di unitpenempatannya ke lokasi yang lain atau melakukan apa-apa ubahsuai terhadapnya.

    17.4 Penghuni tidak dibenarkan menukar sendiri unit penempatan atas apa jua sebab.

    17.5 Penghuni hendaklah menyelenggara kebersihan unit penempatan dan kemudahan didalamnya yang disediakan termasuklah item-item yang disenaraikan dalam Jadual IIIserta kawasan sekitarnya.

    18. Penghuni adalah dilarang daripada membenarkan sesiapa yang bukan penghuni unitpenempatannya daripada tinggal di unit tersebut.

    19. Penghuni bertanggungjawab terhadap unit penempatannya dan kemudahan yang disediakan didalamnya secara individu dan secara bersama-sama.

    PENGOSONGAN

    20. Tertakluk kepada arahan pengosongan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa, penghunihendaklah mematuhi arahan-arahan berikut:

    20.1 Penghuni hendaklah mengosongkan sepenuhnya unit penempatan yang diduduki dalamtempoh waktu yang ditetapkan.

    20.2 Penghuni hendaklah memastikan unit kediaman yang dikosongkan berkeadaan bersihdan semua barangan milik sendiri dikeluarkan sepenuhnya.

    20.3 Penghuni hendaklah memastikan pintu bilik dan pintu utama dikunci sebelummenyerahkan sendiri kunci unit penempatannya di Pejabat Pengurusan Kolej Kediamandalam tempoh waktu yang ditetapkan.

    20.4 Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman berhak mengeluarkan arahan pengosongan kepadapenghuni pada bila-bila masa dengan memberikan notis sekurang-kurangnya tujuh (7)hari bekerja.

    20.5 Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman berhak melupuskan apa-apa barangan yangditinggalkan oleh penghuni di dalam unit penempatannya setelah tempoh waktu yangditetapkan untuk pengosongan tamat.

    20.6 Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman berhak melakukan apa-apa pemeriksaan yangdifikirkan perlu di dalam unit penempatan sepanjang tempoh waktu yang ditetapkanuntuk pengosongan.

    20.7 Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman boleh membenarkan penghuni menyimpanbarangan peribadi di unit penempatan selepas tempoh waktu yang ditetapkan untukpengosongan tamat dengan syarat-syarat tertentu.

    KELUAR/MASUK

    21. Penghuni hanya dibenarkan keluar dari dan masuk ke kawasan kolej kediaman sebelum jam12.00 tengah malam dan selepas jam 6.00 pagi sahaja pada setiap hari melainkan dengankebenaran Pengetua atau Felo Penghuni.

    22. Tiada pelajar dibenarkan untuk berada di dalam kawasan kolej kediaman ketika cuti semestermelainkan dengan kebenaran Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    29/63

    29

    23. Penghuni hendaklah melengkapkan Rekod Catatan Keluar Masuk sekiranya bermalam di luarkolej kediaman kecuali ketika meninggalkan kolej kediaman untuk bercuti semester.

    ALATAN ELEKTRIK

    24. Penghuni dibenarkan menggunakan alatan elektrik sebagaimana yang disenaraikan dalamJadual IVsahajadan hendaklah didaftarkan di Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman dandikenakan caj mengikut semester.

    25. Penghuni hendaklah memastikan penggunaan alatan elektrik tidak mengganggu ketenteramanpenghuni yang lain.

    26. Alatan elektrik yang tidak didaftarkan atau yang tidak disenaraikan dalam Jadual IV boleh disitaoleh Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman dan penghuni yang menggunakannya boleh dikenakandenda.

    SURAT-MENYURAT

    27. Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman hanya bertanggungjawab terhadap surat-surat yangberalamat lengkap sahaja dan surat-surat tersebut akan disebarkan melalui peti sebaran suratkecuali surat berdaftar.

    28. Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman akan menyenaraikan penerima surat berdaftar di papannotis Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman untuk tujuan tuntutan.

    29. Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman akan mengembalikan surat berdaftar ke alamat pengirimsekiranya surat tersebut tidak dituntut dalam tempoh dua (2) minggu.

    ATURAN UMUM

    30. Penghuni adalah bertanggungjawab untuk melakukan yang berikut:

    30.1 menerima pelawat di lokasi yang ditentukan oleh Pejabat Pengurusan KolejKediaman sahaja.

    30.2 menggunakan semua kemudahan guna sama dengan cermat, bertanggungjawab dansebagaimana tatacara penggunaan yang dikuat kuasakan oleh Pejabat Pengurusan kolejKediaman.

    30.3 memastikan keselamatan barangan masing-masing dan mengelakkan daripadamenyimpan wang dan barangan berharga tanpa pengawasan.

    30.4 memastikan kebersihan diri dan persekitaran terpelihara sepanjang masa.

    30.5 melaporkan apa-apa kejadian jenayah kepada Pengetua atau Felo Penghuni atau

    Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman.

    30.6 mempamerkan kad matrik yang tertera pelekat Kolej Kediaman semasa.

    30.7 berpakaian seperti ketika menghadiri sesi pengajaran/pembelajaran atau ketika berada dikawasan kampus sekiranya menghadiri majlis rasmi yang diadakan di kawasan kolejkediaman.

    30.8 berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju (penghuni lelaki).

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    30/63

    30

    30.9 berpakaian menutup aurat, kemas, bersih dan bersopan semasa berada di luar unitpenempatannya.

    LARANGAN UMUM

    31. Penghuni adalah dilarang daripada melakukan yang berikut:

    31.1 memasak atau menggunakan sebarang peralatan memasak.

    31.2 memelihara haiwan/serangga.

    31.3 menyalahgunakan alat pencegah kebakaran.

    31.4 menggunakan atau menyimpan minuman keras atau bekasnya.

    31.5 menyimpan, memiliki, mengedar, menyebar atau melihat apa-apa dokumentasi lucahtermasuklah majalah, gambar, video dan khidmat pesanan ringkas.

    31.6 menggunakan atau menyimpan apa-apa senjata berbahaya.

    31.7 merokok atau menyalahgunakan apa-apa jenis dadah.

    31.8 berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan di tempat sunyi yang boleh menimbulkansyak.

    31.9 berjudi atau menyimpan sebarang bentuk peralatan judi.

    32. Penghuni adalah dilarang daripada melakukan apa-apa jua yang bercanggah dengan ajaranIslamdan undang-undang Negara yang sedang berkuat kuasa.

    33. Tiada sebarang notis, kenyataan, pengumuman atau iklan boleh dipamerkan melainkan di lokasiyang ditetapkan dan setelah dibenarkan oleh Pengetua mengikut tempoh waktu tertentu danditurunkan setelah tamat tempoh waktu tersebut.

    34. Tiada sebarang pengubahsuaian boleh dilakukan sama ada dengan cara memaku, melekat,menggantung, menampal atau apa jua cara yang lain.

    35. Tiada pakaian yang boleh disangkut atau disidai melainkan di tempat yang disediakan.

    KENDERAAN

    36. Kenderaan penghuni hendaklah didaftarkan di Bahagian Keselamatan dan pelekat kebenaranyang diluluskan hendaklah dipamerkan.

    37. Keselamatan kenderaan penghuni adalah tanggungjawab penghuni sendiri dan bukan pihak-pihak yang lain.

    38. Tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh Pejabat PengurusanKolej Kediaman, kenderaan penghuni hendaklah diletakkan di kawasan yang dikhaskan sahajadan dipastikan tidak menimbulkan gangguan kepada penghuni yang lain.

    HUKUMAN-HUKUMAN

    39. Ketidakpatuhan kepada mana-mana peruntukan dalam Peraturan ini boleh menyebabkanpenghuni dikenakan denda seperti di Jadual Vatau dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    31/63

    31

    diperuntukkan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar)2009.

    KUATKUASA, PINDAAN DAN KEKECUALIAN

    40. Peraturan ini berkuatkuasa daripada tarikh ianya ditandatangani.

    41. Peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa secara bertulis.

    42. Kekecualian daripada penguatkuasaan peraturan ini adalah tertakluk kepada pertimbangan danbudi bicara Timbalan Naib Canselor.

    Naib CanselorUniversiti Sains Islam Malaysia

    Bertarikh: 21 Julai 2011

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    32/63

    32

    JADUAL I

    SENARAI BAYARAN KOLEJ KEDIAMAN

    A. YURAN AKTIVITI KOLEJ KEDIAMAN

    i. Aktiviti Kolej Kediaman RM 10.00

    ii. Jamuan Tahunan Kolej Kediaman RM 20.00

    iii. Kebajikan Kolej Kediaman RM 10.00

    RM 40.00

    B. YURAN PENGINAPAN

    i. Setiap Satu (1) Semester Lazim RM550.00

    ii. Setiap Satu (1) Hari Penginapan Luar Semester Lazim RM 3.60

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    33/63

    33

    JADUAL II

    KADAR PEMULANGAN BAYARAN

    BIL. SITUASI KADAR

    1.

    2.

    3.

    Yuran Aktiviti Kolej Kediaman (Pelajar Baru)

    Yuran Aktiviti Kolej Kediaman (Pelajar Sedia Ada)

    Yuran Penginapan

    Pengosongan di Antara Minggu Pertama hingga MingguKeempat Semester Lazim

    Pengosongan di Antara Minggu Kelima hingga MingguKesepuluh Semester Lazim

    Pengosongan Mulai Minggu Kesebelas Semester Lazim

    Tiada Pemulangan

    Tiada Pemulangan

    50% daripadaYuran Penginapan

    25% daripadaYuran Penginapan

    Tiada Pemulangan

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    34/63

    34

    JADUAL III

    KADAR GANTIRUGI KEROSAKAN/KEHILANGAN

    BIL. KEMUDAHAN KADAR

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    Tilam

    Katil

    Bantal

    Meja Belajar

    Kerusi

    Paip/Shower

    Tong Sampah

    Kunci Apartmen/Bilik

    Cermin

    Langsir

    RM250.00

    RM300.00

    RM 70.00

    RM150.00

    RM 50.00

    RM 20.00

    RM 5.00

    RM 10.00

    Kos gantian

    Kos gantian

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    35/63

    35

    JADUAL IV

    CAJ PENDAFTARAN UNTUK ALATAN ELEKTRIK

    BIL ALATAN ELEKTRIK CAJ

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    Cerek Elektrik

    Seterika

    Komputer

    Pengecas Telefon Bimbit

    Radio

    Pengering Rambut

    Lampu Belajar

    Pencetak

    Pengimbas

    Pembesar Suara (Speaker)

    Mesin Gunting Rambut (Trimmer)

    Alat Sambungan Elektrik (maksimum tiga (3) soket)

    RM 5.00

    RM 5.00

    RM 10.00

    RM 5.00

    RM 5.00

    RM 10.00

    RM 5.00

    RM 10.00

    RM 10.00

    RM 10.00

    RM 5.00

    RM 5.00

    1. Hanya satu (1) cerek sahaja dibenarkan penggunaannya bagi setiap unit penampatan.

    2. Setiap penghuni hanya dibenarkan mendaftar tiga (3) jenis alatan elektrik sahaja.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    36/63

    36

    JADUAL V

    KADAR DENDA/HUKUMAN MENGIKUT KESALAHAN

    BIL. KESALAHAN PERUNTUKANKADAR

    DENDA/HUKUMAN

    1Tinggal kunci di tombol pintu atau di dalam unitpenempatan

    13 RM 5.00

    2Peralatan elektrik dipasang semasa penghuni tiadadi dalam unit penempatan

    13 RM 10.00

    3Air paip dibiar mengalir semasa penghuni tiada didalam unit penempatan

    13 RM 10.00

    4Tidak melengkapkan dan mengesahkanpendaftaran masuk dalam tempoh waktu

    17.1 RM 50.00

    5Tidak melengkapkan dan mengesahkan butirankemudahan

    17.2 RM 50.00

    6Mengubahsuai unit penempatan sama ada kerjaawam atau elektrik

    17.3 RM100.00

    7Memindahkan kemudahan di unit penempatan kelokasi lain

    17.3 RM 50.00(setiap item)

    8 Menukar unit penempatan 17.4 RM 50.00

    9Tidak memasang sarung bantal dan/atau cadar didalam unit penempatan

    17.5 RM 10.00

    10Mengotorkan unit penempatan atau koridor ataukawasan persekitaran

    17.5 RM 50.00

    11Membenarkan bukan penghuni menginap di dalamunit penempatan

    18 RM100.00(setiap bukan penghuni)

    12Tidak mematuhi mana-mana arahan pengosonganunit penempatan

    20 RM 50.00

    13Keluar masuk kolej kediaman pada waktu yangtidak dibenarkan

    21 RM 25.00

    14Memiliki alat sambungan elektrik melebihi daripadabilangan soket yang dibenarkan

    26 RM 10.00(dan/atau peralatan dirampas)

    15Menggunakan peralatan elektrik yang tidakberdaftar

    26 RM 10.00

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    37/63

    37

    BIL. KESALAHAN PERUNTUKANKADAR

    DENDA/HUKUMAN

    16

    Tidak berambut pendek, kemas atau mencecah

    kolar baju (penghuni lelaki)

    30.8 RM 25.00

    17Tidak berpakaian menutup aurat, kemas, bersihatau sopan ketika berada di luar unit kediaman

    30.9 RM 25.00

    18Memasak atau menggunakan sebarang peralatanmemasak

    31.1 RM 50.00(dan/atau peralatan dirampas)

    19 Memelihara haiwan/serangga 31.2 RM 10.00

    20 Menyalahguna alat pencegah kebakaran 31.3 RM100.00

    21Merokok di dalam kawasan kolej kediaman atauunit penempatan

    31.7 RM 50.00(tiap-tiap batang)

    22Menampal notis, kenyataan, pengumuman atauiklan di tempat yang dilarang

    33 RM 10.00(tiap-tiap tampalan)

    23Menampal notis, kenyataan, pengumuman atauiklan tanpa kebenaran

    33 RM 10.00(tiap-tiap tampalan)

    24 Mengubahsuai dengan apa jua cara yang lain 34 RM 50.00

    25Menyangkut atau menyidai pakaian selain daripadadi tempat yang disediakan

    35 RM 2.00(tiap-tiap helai pakaian)

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    38/63

    38

    GARIS PANDUANRAWATAN DI KLINIK UNIT KESIHATAN PELAJAR

    1.0 PENGENALAN

    Perkhidmatan rawatan di Klinik Unit Kesihatan Pelajar adalah kemudahan khusus yangdisediakan untuk pelajar (dan kakitangan dalam kes-kes tertentu) di Universiti Sains IslamMalaysia. Garis Panduan ini dikeluarkan untuk rujukan pelajar dan kakitangan yangmendapatkan rawatan di klinik tersebut.

    2.0 PESAKIT TANGGUNGAN UNIVERSITI

    2.1 Pesakit yang boleh memohon tanggungan rawatan daripada USIM di Klinik UnitKesihatan Pelajar adalah seperti berikut:

    2.1.1 Pelajar USIM

    2.1.2 Kakitangan USIM (terhad kepada rawatan kecemasan dan dalam waktu pejabat

    sahaja)

    2.2 Tanggungan kakitangan USIM tidak dibenarkan menerima rawatan di Klinik KesihatanPelajar (tertakluk pada kes-kes kecemasan bagi tanggungan kakitangan yang tinggal didalam kawasan kampus).

    3.0 RAWATAN PESAKIT LUAR (PESAKIT TANGGUNGAN UNIVERSITI)

    3.1 Masa Rawatan

    Isnin hingga Khamis

    8.00 am1.00 pm2.00 pm5.00 pm

    Rehat

    1.00 pm2.00 pm

    Jumaat

    8.10 am12.15 pm2.45pm 5.00 pm

    Rehat

    12.15 pm2.45 pm

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    39/63

    39

    3.2 Permohonan Rawatan

    3.2.1 Pelajar dan kakitangan yang datang untuk mendapatkan rawatan di KlinikKesihatan pelajar dikehendaki membawa kad matrik bagi pelajar manakala kadstaf dan kad rawatan bagi kakitangan untuk proses pendaftaran.

    3.2.2 Pelajar dan kakitangan yang tidak membawa pengenalan diri tersebut tidak akandibenarkan untuk mendapatkan rawatan.

    3.2.3 Pelajar bukan warganegara yang perlu rujukan ke Hospital adalah tertaklukkepada polisi insurans mereka.

    3.3 Proses Rawatan

    3.3.1 Konsultasi

    i. Konsultasi pesakit akan dijalankan hanya selepas pendaftaran pesakitdilakukan.

    ii. Sijil cuti sakit hanya akan dikeluarkan dan sah kepada pelajar sahaja.

    iii. Tiada sijil cuti sakit yang akan diberikan kepada kakitangan.

    iv. Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan adalah untuk pelajar sahaja.

    v. Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan tertakluk kepada keberadaankakitangan yang bertanggungjawab dan kemudahan makmal yangdisediakan.

    vi. Pemeriksaan Kesihatan yang dijalankan adalah terhad kepadapemeriksaan fizikal sahaja atau pemeriksaan fizikal dan ujian makmalsahaja.

    3.3.2 Makmal

    i. Pemeriksaan makmal yang dijalankan adalah atas arahan PegawaiPerubatan atau Pembantu Pegawai Perubatan yang memeriksa pesakitsahaja.

    ii. Pemeriksaan makmal bagi kes-kes baru hanya akan dijalankan selepaskonsultasi pesakit sahaja.

    3.3.3 Farmasi

    i. Mendispen ubat kepada pesakit hanya akan dilakukan melalui preskripsidaripada Pegawai Perubatan atau Pembantu Pegawai Perubatan yang

    memeriksa pesakit sahaja.

    ii. Mendispen ubat hanya akan dilakukan selepas konsultasi pesakit.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    40/63

    40

    4.0 RAWATAN KECEMASAN

    4.1 Kriteria Pesakit

    Hanya pesakit yang mengalami situasi sebagaimana yang dinyatakan dalam SenaraiKes-kes Kecemasan sahaja yang layak menerima rawatan kecemasan.

    4.2 Masa Rawatan

    4.2.1 Dalam Waktu Pejabat

    i. Pelajar boleh terus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pelajar.

    4.2.2 Selepas Waktu Pejabat

    i. Pelajar boleh mendapatkan rawatan daripada Paramedik ataspanggilan Unit Kesihatan Pelajar melalui Felo Penghuni Kolej Kediamanatau Jawatankuasa Kebajikan Siswa/Siswi Kolej Kediaman masing-masing.

    ii. Pelajar yang tinggal di luar kolej kediaman boleh menghubungi BalaiPengawal di laluan masuk utama ke kampus untuk bantuan.

    4.3 Permohonan Rawatan

    4.3.1 Dalam Waktu Pejabat

    Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan rawatan melalui lokasi berikut:

    i. Kaunter Pendaftaran Klinik Kesihatan Pelajar.

    ii. Kaunter Kecemasan Klinik Kesihatan Pelajar.

    iii. Pejabat Pengurusan Kolej Kediaman.

    4.3.2 Selepas Waktu Pejabat

    Pelajar boleh memohon untuk mendapatkan rawatan melalui individu-individuberikut sahaja mengikut turutan dan tidak dibenarkan menghubungi Paramedikatas panggilan tersebut secara terus.

    i. Felo Penghuni Kolej Kediaman.

    ii. Jawatankuasa Kebajikan Siswa Siswi Kolej Kediaman.

    iii. Balai Pengawal di laluan masuk utama ke kampus bagi pelajar yangtinggal di luar kolej kediaman.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    41/63

    41

    4.4 Proses Rawatan

    4.4.1 Proses rawatan kes kecemasan adalah mengikut Carta Alir RawatanKecemasan Dalam Waktu Pejabat dan Carta Alir Rawatan Kecemasan SelepasWaktu Pejabat.

    4.4.2 Rujukan

    i. Kes yang perlu akan dirujuk ke Hospital atas keputusan penilaian klinikalPegawai Perubatan (dalam waktu pejabat) atau Paramedik ataspanggilan (selepas waktu pejabat).

    ii. Kes kecemasan yang dirujuk ke Hospital menggunakan Ambulan akandiiringi oleh Paramedik tetapi kes bukan kecemasan yang dirujuk kehospital menggunakan Ambulan tidak perlu diiringi oleh Paramedik.

    iii. Kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera selepas waktupejabat seperti asthma yang teruk, kecederaan serius yangmengakibatkan pesakit tidak sedarkan diri atau pendarahan yang terukakan dirujuk terus ke klinik panel berhampiran atau Hospital selepas

    penilaian klinikal oleh Paramedik atas panggilan.

    5.0 PENGGUNAAN PERKHIDMATAN AMBULAN

    5.1 Kriteria Penggunaan Ambulan

    5.1.1 Hanya pelajar sahaja dibenarkan menggunakan perkhidmatan Ambulan.

    5.1.2 Penggunaan Ambulan untuk kakitangan adalah terhad kepada kes kecemasan didalam kawasan kampus dalam waktu pejabat yang mana pesakit tidak bolehmenaiki kenderaan biasa, tertakluk kepada keberadaan Ambulan.

    5.1.3 Kakitangan tidak dibenarkan menggunakan Ambulan selepas waktu pejabat(tertakluk kepada kes kecemasan bagi kakitangan dan tanggungannya yangtinggal dalam kawasan kampus serta kawasan berhampiran).

    5.1.4 Pelajar yang boleh mendapatkan perkhidmatan Ambulan adalah terhad kepadakes yang dinyatakan dalam Senarai Kes-kes Kecemasan sahaja.

    5.1.5 Ambulan hanya menghantar pelajar ke Hospital.

    5.1.6 Ambulan tidak bertanggungjawab mengambil pelajar dari Hospital.

    5.1.7 Ambulan tidak bertanggungjawab menghantar kes-kes rujukan bukankecemasan atau temujanji untuk rawatan susulan ke Hospital.

    5.1.8 Pengambilan kes kecemasan oleh Ambulan adalah tertakluk kepada keskecemasan di dalam kampus dan kolej-kolej kediaman sahaja.

    5.1.9 Perkhidmatan Ambulan selepas waktu pejabat turut disediakan kepada pesakithaemodialisis berdaftar di Unit Kesihatan Pelajar yang tinggal di dalam atausekitar kawasan kampus melibatkan Senarai Kes-kes Kecemasan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    42/63

    42

    5.2. Masa Perkhidmatan

    Dalam waktu pejabat dan selepas waktu pejabat

    5.3 Permohonan

    5.3.1 Dalam Waktu Pejabat

    i. Penggunaan Ambulan hanya di atas keputusan Pegawai Perubatan atauPembantu Pegawai Perubatan bertugas yang merawat pesakit.

    ii. Pelajar atau kakitangan tidak dibenarkan untuk mendapatkanperkhidmatan Ambulan secara terus daripada pemandu Ambulan.

    5.3.2 Selepas Waktu Pejabat

    i. Penggunaan Ambulan hanya di atas keputusan Paramedik ataspanggilan yang bertugas merawat pesakit.

    ii. Pelajar, Felo Penghuni di Kolej Kediaman atau Jawatankuasa KebajikanSiswa/Siswi Kolej Kediaman tidak dibenarkan untuk mendapatkanperkhidmatan Ambulan secara terus daripada pemandu Ambulan.

    6.0 PERKHIDMATAN RAWATAN KESIHATAN BAGI PESAKIT BUKAN KECEMASAN

    6.1 Pelajar yang berada di Kolej Kediaman dan mempunyai masalah kesihatan yang tidaktermasuk dalam Senarai Kes-kes Kecemasan dalam waktu pejabat adalah di bawahtanggungjawab Pengetua Kolej Kediaman dan kakitangan pengurusan pejabat KolejKediaman tersebut.

    6.2 Pelajar yang berada di Kolej Kediaman yang mempunyai masalah kesihatan yang tidaktermasuk dalam Senarai Kes-kes Kecemasan selepas waktu pejabat adalah di bawahtanggungjawab Felo Penghuni Kolej Kediaman dan Pengetua Kolej Kediaman tersebut.

    6.3 Pelajar antarabangsa yang diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan untuk tujuanpengajian bukanlah di bawah tanggungjawab Unit Kesihatan Pelajar. Unit KesihatanPelajar boleh mencadangkan tempat pemeriksaan yang bersesuaian.

    7.0 PENGURUSAN PETI PERTOLONGAN CEMAS DAN PERKHIDMATAN TUNGGU SEDIA

    7.1 Permohonan untuk Perkhidmatan Tunggu Sedia hendaklah dibuat selewat-lewatnyadua (2) hari bekerja dari tarikh perkhidmatan diperlukan.

    7.2 Permohonan untuk Peti Pertolongan Cemas dan pengisian semula Peti PertolonganCemas hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) hari bekerja dari tarikh diperlukan.

    7.3 Pengisian semula Peti pertolongan Cemas adalah bergantung atas permintaan danterhad kepada lima (5) peti sahaja bagi setiap pusat tanggungjawab dan kolej kediaman.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    43/63

    43

    7.4 Setiap permohonan Peti Pertolongan Cemas hendaklah disertakan dengan borang yangdisediakan.

    7.5 Setiap permohonan Perkhidmatan Tunggu Sedia hendaklah disertakan dengan suratpermohonan daripada Pegawai yang bertanggungjawab.

    8.0 PERKHIDMATAN PASUKAN KECEMASAN PERUBATAN BERSAMA AMBULAN DI LOKASI

    8.1 Tiada Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan atau Paramedik yang akantunggu sedia di lokasi aktiviti badan beruniform pelajar dijalankan. Unit KesihatanPelajar hanya bertanggungjawab membekalkan peti pertolongan cemas dan bolehdihubungi sekiranya wujud Senarai Kes-kes Kecemasan.

    8.2 Permintaan Perkhidmatan Pasukan Kecemasan Perubatan bersama Ambulan di lokasiakan diputuskan oleh Ketua Unit kesihatan Pelajar mengikut keutamaan seperti berikut:

    8.2.1 Taraf penganjuran tersebut sama ada di peringkat kebangsaan, universiti, fakulti,pusat tanggungjawab atau lain-lain.

    8.2.2 Jenis aktiviti yang dijalankan sama ada berbentuk hiburan, persembahan atausukan lasak, sukan tempur, contact sport, mengikut kumpulan atau individu.

    8.2.3 Kehadiran dif-dif kehormat.

    8.2.4 Jumlah kakitangan Unit Kesihatan Pelajar sama ada dapat menampungkeperluan tersebut di samping operasi biasa Unit Kesihatan Pelajar.

    8.2.5 Sekiranya permintaan melibatkan banyak acara di tempat yang berasingan,khidmat pasukan tersebut akan dipusatkan di Unit Kesihatan Pelajar sahaja.

    9.0 PROSEDUR PENGURUSAN KES KEMATIAN DI DALAM KAWASAN KAMPUS DAN KOLEJ

    KEDIAMAN

    9.1 Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pengetua Kolej Kediaman di mana tempat berlakunyakematian adalah bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal lain yang berkaitanseperti laporan kepada Polis DiRaja Malaysia dan hospital.

    9.2 Sekiranya Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pengetua Kolej Kediaman tidak pasti samaada berlaku kematian atau sebaliknya, ia hendaklah dipastikan dan disahkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan.

    9.3 Sekiranya Ketua Pusat Tanggungjawab atau Pengetua Kolej Kediaman pasti tentangkematian tersebut beliau hendaklah terus mengambil tindakan seperti perkara 9.1.

    10.0 TANGGUNGAN RISIKO

    USIM tidak menanggung sebarang risiko yang berlaku ke atas pesakit sebelum, semasa danselepas rawatan sama ada berkaitan atau tidak berkaitan dengan rawatan yang dijalankan.Pesakit atau wakil bagi pihaknya tidak berhak menuntut sebarang pampasan atau mendakwaUSIM dalam sebarang isu yang timbul secara langsung atau tidak langsung daripada rawatanyang dijalankan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    44/63

    44

    11.0 HAK UNIVERSITI

    USIM berhak meminda, memasukkan atau mengubah mana-mana klausa dalam Garis PanduanRawatan di Klinik Unit Kesihatan Pelajar ini pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya tanpaperlu kepada persetujuan pesakit yang mendapatkan perkhidmatannya.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    45/63

    45

    PENGURUSAN KES KECEMASAN DALAM WAKTU PEJABAT

    CARTA ALIR PENERANGAN PROSES TANGGUNGJAW

    Kecemasan?Ya Tidak

    Pesakit dirujukke HospitalmenggunakanAmbulan

    Mula

    Pelajar/Staf hubungi Unit Kesihatan Pelajar

    Paramedik menilai tahap kecemasan kes tersebut

    Pesakit di bawa ke Klinik Kesihatan Pelajar

    Pegawai Perubatan/ Pembantu PegawaiPerubatan menilai secara klinikal tahapkecemasan kes tersebut sama ada perlu rujukhospital atau tidak

    Pesakit diberikan rawatan di Klinik KesihatanPelajar sahaja

    Selesai rawatan dan mengambil ubat pelajarpulang sendiri/Felo Penghuni hantar pulang

    Tamat

    Pelajar/kakitangan kediaman

    Penolong PegawaiPerubatan/Jururawa

    Pemandu Ambulan

    Pegawai PerubatanPegawai Perubatan

    Pegawai PerubatanPen.Peg. PerubatanJururawat/Pemandu Ambulan

    Pelajar/Felo Pengh

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    46/63

    46

    PENGURUSAN KES

    KECEMASAN SELEPAS WAKTU PEJABAT

    CARTA ALIR PENERANGAN PROSES TANGGUNGJAWA

    Kecemasan?Ya

    Tidak

    Pesakit dirujukke hospitalmenggunakanAmbulan

    Mula

    Pelajar jumpa Felo Penghuni/JAKSA

    Felo Penghuni/JAKSA telefon Paramedik ataspanggilan untuk memaklumkan situasi pesakit

    Paramedik atas panggilan mengambil tindakanmengikut kecemasan kes sama ada dirujuk kehospital atau tidak

    Pesakit diberikan rawatan di Klinik KesihatanPelajar sahaja

    Selesai rawatan dan mengambil ubat pelajarpulang sendiri/ Felo hantar pulang

    Tamat

    Pelajar

    FeloPenghuni/JAKSA

    Pen. PegawaiPerubatan/Jururaw

    Pen. PegawaiPerubatan/JururawPemandu Ambulan

    Pelajar/ FeloPenghuni

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    47/63

    47

    SENARAI KES-KES KECEMASAN

    i. Pengsan/tidak sedarkan diri disebabkan terjatuh, pendarahan.

    ii. Asthma yang teruk.

    iii. Kemalangan jalanraya yang menyebabkan luka yang teruk ataukepatahan.

    iv. Kecederaan lain yang menyebabkan luka yang besar dan pendarahanyang teruk seperti luka terkena benda tajam.

    v. Sakit perut yang serius.

    vi. Keracunan makanan dengan cirit-birit dan muntah serta melebihi empat(4) kali.

    vii. Cirit-birit atau muntah yang menyebabkan pelajar tidak bermaya dandehidrasi (kurang cecair dalam badan).

    viii. Sakit jantung.

    ix. Kesukaran bernafas dengan denyutan nadi dan pernafasan yang cepat.

    x. Kekejangan yang teruk.

    xi. Sawan.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    48/63

    48

    PANDUAN KESELAMATAN KAMPUS

    1. PENGENALAN

    Bahagian Keselamatan adalah satu-satunya unit yang dipertanggungjawabkan oleh

    pihak berkuasa Universiti dalam segala aspek berkaitan keselamatan dalam kampusserta bertanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu yangdikeluarkan dari masa ke semasa berpandukan peraturan seperti berikut:

    a) Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971(Kaedah-Kaedah Universiti Sains IslamMalaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar), 2000 dan (Tatatertib Kakitangan) 1979).

    b) Peraturan-peraturan Keselamatan Am Universiti

    c) Peraturan-peraturan lalu lintas jalan USIM 2007

    d) Peraturan mengenai Keselamatan Kunci dan Penggunaan Bilik/Ruang selepasWaktu Pejabat

    Walaupun pada amnya keselamatan di dalam kampus dipertanggungjawabkan kepadaBahagian Keselamatan tetapi pada hakikatnya ianya juga menjadi tanggungjawabbersama semua warga kampusnya samaada kakitangan mahupun pelajar. Keselamatanyang berkesan hanya akan tercapai sekiranya dijadikan amalan/dipraktikkan oleh setiapindivindu. Sikap Tidak ambil peduli atau Tidak Apa terhadap hal-hal yang menggugatkeselamatan merupakan sebahagian daripada ancaman terhadap keselamatan. Olehyang demikian, kerjasama yang erat dan komitmen dari setiap individu terhadapkeselamatan bersama amatlah diperlukan. Bahagian Keselamatan hanya berupayamendedikasikan perkhidmatan kearah yang lebih positif.

    2. OBJEKTIF PERKHIDMATAN KESELAMATAN

    Tujuan perkhidmatan keselamatan adalah untuk memelihara suasana keamanan dan

    kerharmonian di dalam Kampus dengan memberikan penekanan terhadap Keselamatanhartabenda dan nyawa serta terhadap kepentingan-kepentingan Universitikeseluruhannya dengan cekap dan berkesan.

    3. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

    3.1 Bahagian Keselamatan bertugas 24 jam untuk melaksanakan tugasan dantanggungjawab seperti berikut:

    3.1.1 Memberikan perkhidmatan kawalan Keselamatan terhadap nyawa danhartabenda.

    3.1.2 Memeliharakan keamanan dan ketenteraman Kampus.

    3.1.3 Mencegah dan meyiasat kejadian-kejadian Jenayah.

    3.1.4 Mengawasi dan menguatkuasakan peraturan yang dikeluarkan olehpihak berkuasa Universiti

    3.1.5 Mencegah dan memadamkan kebakaran

    3.1.6 Memberikan perkhidmatan Keselamatan yang cekap dan berkesan

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    49/63

    49

    3.1.7 Menerima laporan barangan-barang jumpa/hilang,menyimpan danmenyerahkan kepada pemiliknya

    3.1.8 Mencegah perbuatan yang tidak bermoral

    3.1.9 Mengadakan hubungan yang baik dengan agensi luar seperti pihakPolis, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Imigresen, Pejabat KeselamatanKerajaan (JPM) dan orang awam demi kebaikan dan kepentinganUniversiti

    4. ANCAMAN KESELAMATAN DI KAMPUS

    4.1 Apabila kita memperkatakan mengenai Keselamatan ianya termasuklah aspekkeselamatan diri sendiri. Memandangkan keadaan persekitaran yang masih dalam erapembangunan maka pelbagai ancaman terhadap diri sendiri perlu dititikberatkan. Selainkeadaan kampus yang belum stabil. Keadaan persekitaran kolej kediaman pelajar jugaterdedah kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan. Antara bentuk ancamankeselamatan adalah seperti berikut:

    4.1.1 Pelbagai ancaman jenayah terhadap keselamatan diri (nyawa)

    4.1.2 Pelbagai ancaman jenayah terhadap keselamatan hartabenda dan wang ringgit.

    4.1.3 Ancaman najis dadah dan pelbagai propaganda yang negatif dan lain-lain yangberkaitan.

    4.2 Segala bentuk jenayah dan ancaman yang ditaksirkan ianya boleh dilakukan oleh:

    4.2.1 Penjenayah-penjenayah/individu yang tidak bertanggunjawab yang mungkinmenggunakan laluan yang jarang digunakan sebagai sasaran atau sebagailaluan untuk kegiatan jenayah mereka.

    4.2.2 Pihak-pihak lain/individu yang mungkin mengambil kesempatan dari sebarangkelemahan atau kelalaian diri samaada semasa di luar persekitaran kampus ataudalam persekitaran kampus itu sendiri.

    5. LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL

    5.1 Mendapatkan bantuan dari Bahagian Keselamatan bertugas/berfungsi 24 jam yangmenentukan keselamatan Kampus keseluruhannya.

    5.2 Konsep kawalan keselamatan yang di dasarkan kepada konsep PENCEGAHAN,PENGESANANdan PEMBASMIANdengan dilaksanakan melalui tiga cara iaitu kawalanstatik, rondaan keselamatan dan kawalan kamera litar tertutup (CCTV)

    6. LANGKAH-LANGKAH PENGUKUHAN

    Selain dari beberapa langkah kawalan keselamatan yang dirancang serta dilaksanakan olehBahagian Keselamatan, peranan dan kerjasama dari pelajar/kakitangan sendiri amatlah pentingdan amat dituntut. Tidak ada seseorang yang lebih arif tentang setiap langkah keselamatanmelainkan diri kita sendiri. Tidak ada langkah keselamatan yang lebih berkesan melainkankewaspadaan kita pada setiap masa. Sebagai panduan, dibawah diperjelaskan langkah-langkahyang patut dan tidak patut diambil oleh setiap pelajar/kakitangan demi keselamatan bersama.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    50/63

    50

    6.1 Keselamatan Diri.

    6.1.1 Sentiasa berjalan secara berkumpulan khususnya pada waktu malam6.1.2 Elakkan dari memasuki kawasan/bangunan yang keadaan persekitaran

    tidak diketahui.6.1.3 Laporkan dengan segera kehadiran orang yang di curigai kepada pihak

    yang bertanggungjawab.6.1.4 Elakkan diri dari berada di luar kawasan kolej/ kediaman Asramaselepas jam 0000 (1200 tengah malam)

    6.1.5 Jangan memasuki kawasan-kawasan larangan/ membahayakankeselamatan diri

    6.1.6 Kunci pintu bilik/tingkap di bilik kediaman setiap masa apabilameninggalkan bilik atau waktu tengah malam.

    6.1.7 Catatkan butir-butir perlu dalam buku rekod keluar/masuk apabila keluardari kediaman/Asrama.

    6.2 Keselamatan Hartabenda

    Keselamatan hartabenda persendirian wajar diambil berat oleh setiap indivindu sebagaituan empunya dan jika barang persendirian yang hendak di bawa keluar daripada

    kampus dikehendaki mendaftarkanya menggunakan borang/surat kebenaran yangdisahkan dan mengistiharkan kepada pengawal dikaunter keselamatan. Elakkan darisebarang kecurian atau hilang akibat kelalaian dengan mengambil langkah-langkahseperti berikut :-

    6.2.1 Elakkan dari meninggalkan dompet, telefon bimbit atau lain-lain barangberharga di atas meja atau tempat terbuka. Letakkan di tempat yangselamat dan berkunci.

    6.2.2 Kunci pintu dan tingkap apabila keluar dari bilik walaupun pada waktuyang singkat.

    6.2.3 Jangan tinggalkan topi Keledar dengan tidak berkunci di motosikal.Motosikal juga dikunci sebelum ditinggalkan.

    6.2.4 Jangan tinggalkan barang-barang yang berharga di dalam kereta yangboleh dilihat melalui cermin. Masukkan di dalam boot kereta. Naikkancermin dan Kunci pintu kereta sebelum beredar. Pasangkan alatpencegah kecurian untuk keselamatan kenderaan anda.

    6.2.5 Segala kehilangan hendaklah dilaporkan ke Pejabat Keselamatandengan segera.

    6.2.6 Semua hartabenda/barang jumpa hendaklah diserahkan ke PejabatKeselamatan untuk di rekodkan supaya sesiapa yang kehilanganhartabenda tersebut boleh memeriksa dan menuntut kembali hak milikmereka.

    6.2.7 Sentiasa berwaspada dan melaporkan kepada Pejabat Keselamatanatau kaunter/pos Pengawal berhampiran jika mendapati seseorang yangmencurigakan berada di dalam kawasan kampus.

    7. KESELAMATAN LALULINTAS

    Keselamatan lalulintas jalan raya secara amnya adalah tanggungjawab setiap indivindu,samaada menggunakan kenderaan atau dengan berjalan kaki. Dari segi keselamatan lalulintas diKampus, penguatkuasaannya selaras dengan Peraturan-peraturan lalu lintas jalan USIM 2007yang dikuatkuasakan kepada kakitangan, pelajar, pekerja luar dan pelawat.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    51/63

    51

    8. MENCEGAH KEBAKARAN

    Tugas mencegah/melawan kebakaran adalah salah satu dari fungsi Bahagian Keselamatan.Sebagaimana ungkapan di dalam bahasa inggeris berbunyi Fire Is Always A Loosing Battle.Oleh yang demikian, pencegahan adalah langkah yang paling berkesan untuk memerangikebakaran. Peraturan-peraturan berikut perlu di patuhi bagi mencegah punca kebakaran seperti

    berikut:-

    8.1 Jangan membawa alat-alat/bahan-bahan yang mudah terbakar kebilikpenginapan/pejabat.

    8.2 Matikan/offkan suis elektrik apabila meninggalkan bilik atau selepas waktu pejabat.8.3 Jangan menghisap rokok di tempat larangan merokok/ di tempat yang mudah terbakar

    semasa di dalam Bilik/ Asrama/Pejabat.8.4 Jangan gunakan alat heater untuk memasak air. 8.5 Jangan gunakan kuasa elektrik melalui satu punca elektrik/melebihi had yang di

    benarkan.8.6 Semua peralatan yang menggunakan kuasa elektrik hendaklah ditentukan suisnya

    ditutup selepas digunakan. Adalah lebih baik jika plagnya ditanggalkan.8.7 Jangan membuat sambungan pendawaian elektrik secara tidak sah. Segala

    pembaikan/ubahsuaian hendaklah dirujuk kepada juruelektrik yang dilantik.8.8 Jangan menggunakan peralatan elektrik yang telah/disyaki rosak.8.9 Jangan membakar sampah di merata tempat atau berhampiran dengan bangunan dan

    tanpa pengawasan.8.10 Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan berjauhan dari punca elektrik.8.11 Jangan meletakan sampah sarap/kotak bekas barang-barang di laluan tangga

    kecemasan.8.12 Bilik dan stor hendaklah dibersihkan setiap hari. Jangan menyimpan bahan yang mudah

    terbakar di stor.8.13 Tutupkan suis utama elektrik bangunan jika berlaku kebakaran besar.8.14 Peredaran udara yang mencukupi hendaklah diadakan ditempat yang dijangkaan untuk

    menyimpan/menggunakan bahan bergas.8.15 Memberi kerjasama dalam memelihara kesempurnaan/tidak menyalahgunakan peralatan

    pencegahan kebakaran yang disediakan.8.16 Hendaklah melibatkan diri dengan penuh minat dalam ceramah/latihan mencegah

    kebakaran yang diadakan dari masa ke semasa untuk kebaikan diri sendiri.8.17 Apabila berlakunya kebakaran hendaklah memberitahu dengan segera ke Balai

    Keselamatan/Pejabat Keselamatan dan tindakan melawan kebakaran dengan cara-carayang betul dan boleh di lakukan jika keadaan tidak membahayakan

    9. PENGENALAN DIRI DALAM KAMPUS

    Berbagai cara dan sistem diamalkan oleh Pusat Pengajian Tinggi Tempatan dan agensi-agensikerajaan untuk mengawal kemasukan dan pencerobohan orang awam ke dalam premis ataubangunan masing-masing. Salah satu sistem pencegahan yang di gunakan ialah dengan sistemKad Pas Pengenalan Diri. Kategori Pas yang dikeluarkan adalah seperti berikut:-

    9.1 Pas/Kad Pengenalan Kakitangan9.2 Kad/Pas Matrik Pelajar9.3 Kad/Pas Pelawat9.4 Kad/Pas Kerja

    Semua jenis Kad/Pas yang di keluarkan hendaklah dipakai/digantung pada baju sepanjang masaberada di dalam kampus bagi tujuan pengenalan diri. Pas/Kad hendaklah di tunjukkan kepada

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    52/63

    52

    pihak Berkuasa Universiti apabila diperlukan bagi tujuan pemeriksaan. Jika hilang hendaklahdilaporkan segera kepada Unit Keselamatan Universiti dan urusan pengantian kad baru harusdilakukan dengan kadar segera.

    10. TERTIB/TATASUSILA PERGAULAN

    Pergaulan mesra tertapi terbatas di antara pelajar dan juga semua anggota masyarakat kampusadalah amat digalakkan. Disebalik segala tindakan samaada dalam bentuk tingkahlaku,perkataan atau pergaulan tanpa batas yang boleh membangkitkan suasana yang tidak diinginiatau menyinggung orang lain amatlah dilarang.

    11. PERATURAN MEMBAWA KELUAR HARTABENDA.

    Semua hartabenda milik Universiti dan juga hartabenda persendirian yang hendak dibawa keluardari kampus/kolej hendaklah diiringi dengan surat /borang tapisan keselamatankebenaran/pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab/ surat hak milik dan ditunjukkankepada Pengawal bertugas semasa keluar dari kampus.

    12. APABILA BERLAKU KECEMASAN.

    Hubungi segera apabila berlaku sesuatu kejadian:

    1. Pejabat Am Keselamatan Universiti

    06 7988065

    2. Balai Pengawal Kampus Nilai

    06 7988661(24 Jam)

    3. Kaunter Pengawal FPSK P. INDAH

    03 42892493 (24 Jam)

    4. Pegawai Keselamatan Universiti

    06 7988070 (Pej)

    019 3540136 (HP)

    Speed Dial #8006

    5. Balai Polis NILAI, N. Sembilan

    06 7988007

    6. Balai Polis PANDAN INDAH.

    03 92742222

    7. Balai Bomba & Penyelamat MANTIN06 7988005

    8. Balai Bomba & Penyelamat PANDAN INDAH

    0392746250

    9. Hospital Seremban - 06 7684000

    Kecemasan - 06 7684503

    Ambulan - 06 7684517

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    53/63

    53

    10. Hospital Putrajaya

    03 88880080

    11. Klinik Kesihatan Salak

    03 87069001

    Sekian semoga mendapat kerjasama semua warga kampus dan selamat maju jaya dalam lapanganmasing-masing.

    Terima kasih.

    KESELAMATAN ADALAH TANGGUNG JAWAB KITA BERSAMA

    BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA

    Yang benar,

    KAPTEN(B) ABDUL WAHAB MAT ZIN

    Pegawai Keselamatan Kanan

    Universiti Sains Islam Malaysia

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    54/63

    54

    PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN USIM 2007

    1. AM

    Peraturan lalu lintas jalan ini diwujudkan selaras dengan perkara 6(1)(w) dan 32(5) PerlembagaanUniversiti Sains Islam Malaysia. Peraturan lalu lintas ini dinamakan sebagai Peraturan-PeraturanLalu Lintas Jalan Universiti Sains Islam Malaysia 2007.

    2. TUJUAN

    (a) Peraturan ini dikeluarkan dengan tujuan menjaga keselamatan dan kelicinan lalu lintasjalan di dalam kawasan kampus.

    (b) Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua yang disenaraikan seperti berikut:

    i. Kakitanganii. Pelajariii. Pekerja Luariv. Pelawat

    3. TAFSIRAN

    Dalam peraturan-peraturan ini, jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain-

    1. arahan lalu lintas ertinya apa-apa perintah, arahan atau petunjuk yang diberikan oleh seseorangyang diberikan kuasa kepada mana-mana orang yang menggunakan jalan atau kenderaan didalam kampus;

    2. harta benda ertinya mana-mana isyarat lalu lintas, bangunan, binaan, kenderaan, peralatan danperkakasan yang dipunyai oleh USIM;

    3. isyarat lalu lintas ertinya apa-apa isyarat yang bermaksud tiang isyarat amaran, tiang arahan,

    isyarat, tanda atau alat yang didirikan atau disediakan pada atau berhampiran dengan jalan untukpengetahuan, panduan atau penunjuk orang yang menggunakan jalan;

    4. kampus ertinya kawasan kampus USIM termasuk semua kampus cawangan, kolej kediamandan bangunan;

    5. kakitangan ertinya mana-mana pekerja USIM yang diambil bekerja oleh Pihak BerkuasaMelantik USIM secara tetap, sementara, kontrak atau sambilan, dibayar emolumen oleh USIM,dan termasuklah seseorang yang berkhidmat di USIM secara pinjaman;

    6. pelajar termasuklah mana-mana pelajar lepasan ijazah, pelajar sambilan, pelajar di bawahrancangan pengajian jarak jauh atau luar kampus, pelajar diploma, pelajar bukan siswazah danpelajar-pelajar yang mengikuti kursus sepenuh masa atau sambilan di USIM;

    7. pelawat ertinya seseorang atau kumpulan orang yang memasuki kampus USIM selain daripadakakitangan USIM, pelajar USIM atau pekerja luar;

    8. pekerja luar ertinya seseorang bukan kakitangan USIM yang menjalankan sesuatu kerja tetapatau sementara di dalam sesuatu kawasan kampus, kolej kediaman atau bangunan di USIM;

    9. kenderaan ertinya suatu struktur yang boleh bergerak atau digerakkan atau digunakan bagimembawa mana-mana orang atau benda dan yang bersentuhan dengan permukaan bumiapabila bergerak;

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    55/63

    55

    10. meletak kenderaan ertinya membawa sesuatu kenderaan kepada keadaan yang tidak bergerakdan menyebabkan kenderaan itu menunggu bagi apa-apa maksud selain mengambil ataumenurunkan dengan serta-merta orang, barang-barang/ bagasi;

    11. orang yang diberikan kuasa ertinya mana-mana orang atau kumpulan orang yang diberikankuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak USIM;

    12. pengawal keselamatan ertinya semua peringkat anggota keselamatan yang dilantik oleh pihakberkuasa USIM dan ditugaskan mengawal keselamatan di dalam kampus USIM termasuklahanggota-anggota keselamatan di Unit Trafik dan Lalulintas;

    13. pelekat kenderaan ertinya pelekat kenderaan motor yang dikeluarkan oleh Pihak BerkuasaUSIM;

    14. kenderaan motor ertinya tiap-tiap perihalan kenderaan yang digerakkan oleh jenteramekanisme yang terkandung di dalam badan kenderaan itu dan dibina atau disesuaikan supayaboleh digunakan di atas jalan dan termasuklah apa-apa kenderaan yang ditarik oleh sesuatukenderaan motor sama ada atau tidak bahagian dari kenderaan yang ditarik itu menindih ataskenderaan motor yang menarik;

    4. PEMAKAIAN PERATURAN-PERATURAN LALU LINTAS JALAN UNIVERSITI SAINS ISLAMMALAYSIA 2007

    (a) Peraturan ini hendaklah dipakai bersama-sama dengan peruntukan-peruntukan undang-undang lalu lintas jalan iaitu:

    i. Akta Pengangkutan Jalan 1987;ii. Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2000 (KTP

    2000);iii. Pekeliling Pendaftar Bil. 3 Tahun 2006.

    (b) Tiada apa-apa dalam perenggan (a)(i), (ii) dan (iii) boleh mengurangkan tanggungan mana-mana

    kakitangan, pelajar, pekerja luar, pelawat atau orang lain dalam kampus kerana apa-apakesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Peraturan-Peraturan Lalu Lintas JalanUSIM 2007 berkenaan atau apa-apa perundangan kecil yang dibuat di bawahnya.

    5. PERATURAN LALU LINTAS KAMPUS

    5.1 Sebagai tambahan kepada kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2000 dan PekelilingPendaftar Bil. 3 Tahun 2006, seseorang kakitangan, pelajar, pekerja luar dan pelawat adalahjuga dilarang melakukan perkara-perkara berikut:

    a) Mana-mana kakitangan dan pelajar yang memandu atau mengawal sesebuah kenderaan

    yang tidak membawa bersama suatu lesen memandu dan sijil cukai jalan yang masih sah.

    b) Mana-mana pelajar yang memandu sesebuah kenderaan dengan tidak membawabersama-sama Kad Pendaftaran Pelajar (Kad Matrik).

    c) Mana-mana penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar.

    d) Mana-mana pemandu kenderaan yang tidak memakai tali pinggang keledar.

    e) Larangan meletak apa-apa kenderaan di tempat-tempat berikut:-

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    56/63

    56

    i. Tanda larangan meletak kenderaanii. Di garisan kuning/ petak kuningiii. Di simpang jalan/ bahu jalaniv. Kaki lima bangunan (pavement)v. Di hadapan tangga/ pintu masuk mana-mana bangunanvi. Ruang kenderaan yang diuntukkan

    f) Had Laju

    Tiada seseorang pun boleh memandu sesebuah kenderaan bermotor dalam kampusmelebihi hadlaju yang ditunjukkan oleh papantanda had laju.

    g) Kebenaran kepada pelajar untuk menggunakan kenderaan dalam kampus.

    Semua pelajar yang menggunakan kenderaan dalam kampus hendaklah dengankebenaran pihak berkuasa USIM.

    Semua perkara berkaitan pendaftaran dan pemilikan kenderaan persendirian pelajaradalah tertakluk dengan syarat-syarat dan Kaedah-Kaedah Kolej Universiti IslamMalaysia (Tatatertib Pelajar) 2000.

    h) Semua kakitangan USIM, pelajar, pelawat dan pekerja luar dilarang mengingkari arahanPengawal Keselamatan dalam menguatkuasakan peraturan ini.

    i) Jenis-jenis kesalahan lalu lintas dan kesalahan meletak kenderaan yang dikuatkuasakansebagai Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan USIM 2007 yang terkandung di bawahAkta Pengangkutan Jalan 1987, Kaedah-kaedah Kolej Universiti Islam Malaysia(Tatatertib Pelajar) 2000 dan adalah seperti di Lampiran A dan Lampiran B.

    j) Merosakkan atau Memusnahkan Harta Benda

    Mana-mana kakitangan, pelajar, pekerja luar dan pelawat yang menggunakan kenderaandalam kawasan kampus telah merosakkan atau memusnahkan harta benda USIM atas

    sebab kecuaian atau akibat daripada kesalahan lalu lintas jalan yang terkandung dalamperaturan ini, dikehendaki membayar balik sejumlah wang mengikut nilai harta bendayang dirosakkan atau dimusnahkan setelah dituntut oleh USIM.

    6. KUASA-KUASA PENGAWAL KESELAMATAN

    6.1 Pengawal Keselamatan adalah berkuasa mengambil tindakan-tindakan berikut:

    a) Melarang mana-mana kenderaan bermotor yang tidak ada atau tidak menampal pelekatkenderaan daripada memasuki kawasan kampus.

    b) Menahan kenderaan bermotor dan menahan seseorang yang melakukan kesalahan lalu

    lintas dalam kawasan kampus bagi tujuan mengambil sebarang maklumat mengenainyayang difikirkan perlu.

    c) Mengeluarkan saman lalu lintas kepada mana-mana orang yang melakukan kesalahanlalulintas kampus.

    d) Mengunci roda kenderaan yang melanggar peraturan meletak kenderaan.

    e) Mengambil apa-apa jua tindakan lain yang diarahkan oleh Pegawai Keselamatan bagimenguatkuasakan Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan ini.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    57/63

    57

    6.2 Pegawai Keselamatan boleh mengenakan denda sebanyak RM50.00 bagi kesalahan lalulintas dan RM30.00 bagi membuka kunci roda (clamp).

    6.3 Pegawai Keselamatan boleh menuntut pembayaran balik nilai harta benda yang dirosakkanatau dimusnahkan seperti di peraturan 5.1(j).

    7. PELAKSANAAN TINDAKAN

    7.1 Papan kenyataan akan dipasang di lokasi strategik bagi memaklumkan kepada semuapengguna jalan raya kampus mengenai petunjuk arah laluan, kawasan larangan meletakkenderaan dan kenyataan mengenai tindakan kunci roda kenderaan (clamp).

    7.2 Tindakan Saman

    (a) Mengeluarkan notis saman kepada pesalah seperti di Lampiran C1 dan C2.(b) Memasukkan data kesalahan ke dalam Sistem Lalu Lintas USIM;(c) Kompaun dibayar di kaunter bayaran Bahagian Keselamatan dalam tempoh 14

    hari dari tarikh notis saman dikeluarkan;(d) Memajukan laporan untuk tindakan tatatertib selepas tamat tempoh bayaran

    kompaun bagi kesalahan oleh kakitangan dan pelajar.

    7.3 Tindakan Kunci Roda Kenderaan (clamp)

    (a) Mengunci roda kenderaan bagi kesalahan meletak kenderaan;(b) Surat pemberitahuan kesalahan dikunci roda (clamp) akan dikeluarkan oleh

    Pengawal Keselamatan seperti di Lampiran D;(c) Bayaran denda dibuat di kaunter bayaran Bahagian Keselamatan.(d) Kunci roda (clamp)akan dibuka oleh Pengawal Keselamatan.

    8. PEMBATALAN PELEKAT KENDERAAN

    8.1 Semua kenderaan kakitangan, pelajar dan pekerja luar diberikan kemudahan denganmenggunakan pelekat kenderaan Universiti dengan cara permohonan. Borang permohonanpelekat kenderaan boleh didapati di Pejabat Bahagian Keselamatan.

    8.2 Pelekat Kenderaan adalah merupakan kemudahan bukannya dianggap sebagai Pas RasmiUSIM. Setiap pelekat kenderaan akan ditukar mengikut sesi/ tahun dan sah digunakanuntuk sesi/ tahun tersebut sahaja. Pengawal Keselamatan akan mengadakan pemeriksaanpada pelekat kenderaan daripada semasa ke semasa untuk memastikan tempoh sahlakunya.

    8.3 Pegawai Keselamatan boleh membatalkan atau menggantungkan bagi satu tempoh masayang tidak melebihi 6 bulan kemudahan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepadaseseorang kakitangan, pelajar dan pekerja luar yang gagal membayar kompaun yang

    dikenakan ke atasnya.

    8.4 Seseorang kakitangan, pelajar dan pekerja luar yang dibatalkan atau digantung kemudahanpelekat kenderaannya tidak berhak membawa kenderaan bermotor memasuki kawasankampus bagi tempoh masa kemudahan tersebut dibatalkan atau digantung.

  • 5/22/2018 Panduan Hal Ehwal Pelajar

    58/63

    58

    9. TINDAKAN DI ATAS KESALAHAN LALU LINTAS

    9.1 Seseorang kakitangan, pelajar, pelawat atau pekerja luar yang didapati melakukankesalahan lalu lintas di dalam kawasan kampus dikenakan salah satu atau semuatindakan seperti berikut:

    (a) Dikenakan kompaun sebanyak RM50.00 bagi satu kesalahan yang dilakukan;(b) Mengunci roda kenderaan (clamp) dan sejumlah kompaun RM30.00 untukmembukanya;

    (c) Kemudahan pelekat kenderaan yang dikeluarkan kepadanya boleh dibatalkanatau digantung mengikut Peraturan 8(1);

    (d) Tindakan tatatertib boleh dikenakan di bawah Kaedah-kaedah Kolej UniversitiIslam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2000 atau Akta Badan-BadanBerkanun (Tatatertib & Surcaj) 2000 [Akta 605] (kecuali kepada pelawat ataupekerja luar)

    10. Pemakaian peraturan ini hanya tertakluk terhadap semua kesalahan dan perlanggaran tatatertiblalu lintas di kawasan kampus atau apa-apa kawasan atau bangunan yang dijadikan premis ataubangunan USIM.

    10.1 Tiada apa-apa jua dalam peraturan-peraturan ini boleh mengurangkan tanggunganmana-mana pelajar, kakitangan, pekerja luar dan pelawat bagi apa-apa kesalahan dibawah mana-mana undang-undang bertulis.

    Dilulusk an dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Universi t i Sains Islam Malaysia

    Bil. 4/2006 pad a 7 Septemb er 2006.

  • 5/22/2018 P