panduan graduan tidak hadir 2017 - pmu.edu.my€¦ · contoh borang simpanan masukkan no. akaun...
TRANSCRIPT
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
1
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
2
Yuran Majlis Semua graduan yang layak menerima sijil/diploma pada Majlis Konvokesyen Ke-10
adalah dikehendaki untuk membuat pembayaran Yuran Majlis Konvokesyen
sebelum membuat pengesahan kehadiran/ketidakhadiran konvokesyen.
Jumlah yuran adalah seperti berikut:
Graduan Tidak
Hadir
RM150.00
Pembayaran yuran boleh dibuat dengan membuat pembayaran ke akaun berikut:
Nama Akaun : KOPERASI POLITEKNIK MUKAH BHD
Nombor Akaun : 21133300000258 Bank : RHB BANK
Pembayaran adalah secara deposit masuk melalui kaunter RHB BANK sahaja
dengan menggunakan Borang Simpanan yang terdapat di cawangan RHB Bank.
Sila pastikan anda menulis nombor Kad Pengenalan di Borang Simpanan.
Slip pembayaran yang telah dibuat hendaklah dibuat salinan dan salinan asal akan
diserahkan semasa mengambil jubah majlis konvokesyen.
MAKLUMAN PENTING!
MAKLUMKAN KEPADA PEGAWAI DI KAUNTER RHB UNTUK
MEMASUKKAN NO. KAD PENGENALAN SEBAGAI NOMBOR
RUJUKAN UTAMA.
Pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) dan Pindahan Akaun /
Perbankan Internet adalah TIDAK DIBENARKAN.
Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan atas apa jua alasan.
Slip asal pembayaran PERLU DISERAHKAN SEMASA MENGAMBIL JUBAH.
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
3
CONTOH BORANG SIMPANAN
Masukkan No. Akaun
Koperasi Politeknik
Mukah Berhad
Masukkan No. Kad
Pengenalan Pelajar
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
4
Pengesahan Ketidakhadiran
Semua graduan dikehendaki untuk mengesahkan ketidakhadiran ke Majlis
Konvokesyen Ke-10 2017. Pengesahan ketidakhadiran boleh dibuat melalui
laman web eKonvo 2017 bermula Jumaat, 07 Julai 2017. Pastikan anda bersedia
dengan nombor rujukan slip pembayaran yuran RHB Bank sebelum membuat
pengesahan.
LAMAN WEB eKONVO 2017
Laman web eKONVO 2017 boleh diakses di alamat berikut:
http://www.pmu.edu.my/konvo2017
Semakan di laman web adalah menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor
Pendaftaran Pelajar. Graduan dikehendaki untuk MENCETAK SLIP KETIDAKHADIRAN
untuk dikembalikan ke Politeknik Mukah.
TARIKH AKHIR PENGESAHAN KETIDAKHADIRAN
Semua graduan diwajibkan untuk menjawab ketidakhadiran sebelum atau pada 03
OGOS 2017 (Khamis).
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
5
Tatacara Pengesahan Ketidakhadiran
#1
Layari
www.pmu.edu.my/konvo2017
#2
Klik menu SEMAKAN BAKAL
GRADUAN
#3
Masukkan No Mykad dan No
Pendaftaran Pelajar
#4
Klik SEMAK
#5
Paparan maklumat graduan akan
dipaparkan.
#6
Klik PAUTAN SAHKAN KEHADIRAN /
TUKAR STATUS KEHADIRAN di
ruangan MAKLUMBALAS BAKAL
GRADUAN
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
6
Tatacara Pengesahan Ketidakhadiran
#7
Masukkan no transaksi Bayaran cetakan
komputer yang tertera pada slip RHB, Pilih
STATUS KEHADIRAN dan lengkapkan
maklumat lain yang dipaparkan.
Contoh No Transaksi Bayaran:
#8
Klik butang SAVE DATA.
#9
Paparan ini akan dipaparkan setelah anda
klik butang SAVE DATA.
#10
Setelah mengesahkan status KEHADIRAN /
KETIDAKHADIRAN, klik butang CETAK
MAKLUMAT untuk dibawa semasa raptai
(bagi graduan hadir) atau dipos kembali (bagi
graduan tidak hadir)
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
7
Soal Selidik Kajian Pengesanan Graduan
Pengenalan Sistem kajian Pengesanan Graduan
Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan dan pengalaman anda terhadap beberapa
aspek berkaitan program pengajian, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa
anda mengikuti pengajian. Institusi Politeknik Mukah juga ingin tahu bagaimana anda
memasuki dan menghadapi cabaran alam pekerjaan. Maklum balas anda sangat penting
bagi membawa perubahan yang membina kepada Politeknik Mukah dan juga kepada pihak
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia bagi meningkatkan lagi kualiti dan taraf
pendidikan tinggi Negara. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk menyumbang
kembali kepada Politeknik Mukah dan kepada bakal pelajar yang akan mengikuti pelbagai
program pengajian di IPT.
**Graduan dikehendaki menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian
untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen. Sistem ini akan dibuka
untuk dijawab oleh graduan bermula 25 JULAI 2017 sehingga 31 Oktober 2017.
Hanya graduan yang berstatus BEKERJA/MELANJUTKAN PENGAJIAN/MENINGKATKAN
KEMAHIRAN DAN MENUNGGU PENEMPATAN sahaja dibenarkan untuk mengisi SKPG
1. Graduan yang masih BELUM BEKERJA TIDAK DIBENARKAN mengisi SKPG 1.
Rajah 1: Kandungan Sistem Kajian Pengesanan Graduan I (SKPG I)
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
8
PANDUAN GRADUAN
Bagi membantu graduan mengenalpasti status graduan sekarang, graduan boleh merujuk
status berikut:
Rajah 2: Maklumat bagi Status Graduan
Graduan yang bekerja dan mempunyai maklumat
pekerjaan. e.g. ( contoh tempat kerja di sektor
kerajaan / swasta / secara sepenuh masa / separuh masa atau bekerja dengan ibu bapa
atau ahli keluarga )
BEKERJA
Graduan yang memaklumkan belum
bekerja, tidak mempunyai maklumat
pekerjaan seperti majikan, pendapatan
dan sebagainya
BELUM BEKERJA
Graduan yang
memaklumkan
mereka tidak bekerja
kerana melanjutkan
pengajian
MELANJUTKAN
PENGAJIAN
Graduan yang sedang menjalani
kursus jangka pendek, graduan
yang mengikuti
SL1M/SLSM/SLG/INSEP/INSTEP,
dan sebagainya
Graduan yang
memaklumkan mereka telah
mendapat tawaran tetapi
belum mempunyai
penempatan pekerjaan
MENUNGGU PENEMPATAN
PEKERJAAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
9
TATACARA PENYERTAAN SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN I (SKPG I) BAGI
GRADUAN DALAM KATEGORI BEKERJA, MELANJUTKAN PENGAJIAN, MENINGKATKAN
KEMAHIRAN DAN MENUNGGU PENEMPATAN PEKERJAAN
GRADUAN KETEGORI BEKERJA
• Bekerja dengan majikan / bekerja
sendiri / usahawan
• Melanjutkan pengajian
• Meningkatkan kemahiran (Cth: INSTEP)
• Menunggu penempatan pekerjaan
Sertai SKPG dengan klik link melalui
laman web
http://www.pmu.edu.my/v2/
Graduan lengkapkan soal selidik
SKPG 1 (SEMUA BAHAGIAN) dan cetak
Slip Pengesahan Kajian.
Graduan kemukakan Slip Pengesahan
Kajian semasa proses pengambilan
jubah konvokesyen di Pusat Sumber.
PROSES SELESAI
Graduan mengisi SKPG di rumah/
lokasi masing-masing sebelum hari
Raptai
Graduan mengisi SKPG 1 secara online
di Politeknik Mukah ( Makmal
disediakan selepas majlis Raptai )
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
10
TATACARA PENYERTAAN SISTEM KAJIAN PENGESANAN GRADUAN I (SKPG I) BAGI
GRADUAN DALAM KATEGORI TIDAK BEKERJA
MAKLUMAN PENTING:
Graduan yang BELUM BEKERJA TIDAK DIBENARKAN mengisi SKPG 1. Graduan
yang berstatus BELUM BEKERJA akan mengisi Sistem Kajian Pengesanan Graduan
secara manual di Politeknik semasa Hari Raptai Konvokesyen. Graduan diminta
berurusan di kaunter Urusetia Pengesanan Graduan di Pusat Sumber untuk
tindakan selanjutnya pada hari Raptai.
GRADUAN TIDAK BEKERJA
• Tidak berbuat apa-apa setelah tamat
pengajian
• Tiada pendapatan
• Masih berehat
Mendaftar diri di Kaunter Pengesanan
Graduan di Pusat Sumber untuk sesi
taklimat dan mengisi SKPG secara manual.
Graduan menerima Slip Pengesahan
bahawa graduan masih belum bekerja.
Graduan kemukakan Slip Pengesahan
Graduan Tidak Berkerja semasa proses
pengambilan jubbah di Pusat Sumber.
Graduan perlu mengemaskini status
kepada Bekerja sekiranya telah mendapat
sebarang tawaran pekerjaan/belajar ke
dalam Sistem SKPG1 sebelum 31 Oktober
2017. Pegawai akan menghubungi semula
graduan yang belum membuat kemaskini
maklumat.
PROSES SELESAI
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
11
Laman web Kajian Pengesanan Graduan boleh diakses di laman web berikut:
Rajah 3: Log Masuk SKPG I
Klik Log Masuk
Graduan untuk
mula menjawa
Klik pautan
Sistem Kajian
Pengesanan
Graduan
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
12
Laman web Kajian Pengesanan Graduan boleh diakses di laman web berikut:
Rajah 3: Log Masuk SKPG I
Klik Log Masuk
Graduan untuk
mula menjawab
Klik pautan
Sistem Kajian
Pengesanan
Graduan
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
13
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
14
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
15
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
16
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
17
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
18
PERTANYAAN & MASALAH BERKENAAN KAJIAN PENGESANAN GRADUAN 2017
Sekiranya bakal graduan menghadapi masalah atau mempunyai pertanyaan lanjut
berkenaan Kajian Pengesanan Graduan 2017, maklumat pegawai yang boleh dihubungi
adalah seperti berikut:
Puan Rohaliza binti Karim
Pegawai Pengesanan Graduan Politeknik
Tel : 084-874001 Faks : 084-874005
E-Mel : [email protected]
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
19
Tuntutan Diploma & Transkrip
Unit Peperiksaan akan menghantar sijil/diploma dan transkrip untuk graduan yang
tidak menghadiri majlis. Untuk membolehkan urusan penghantaran sijil/diploma
dan transkrip dibuat, graduan adalah dikehendaki menghantar dokumen berikut
kembali ke PMU.
a) Slip pembayaran yuran (RHB Bank) RM150.00 (Salinan ASAL)
b) Borang Tidak Hadir c) Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan SKPG 2017
d) Borang Keahlian PAPMU (Muat turun di web eKONVO 2017)
Semua dokumen di atas perlu dihantar secara pos ke alamat berikut:
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
KM 7.5, Jalan Oya
96400 Mukah,
Sarawak.
(U.P. : Unit Peperiksaan - Konvokesyen)
TARIKH AKHIR PEMBAYARAN & PENGHANTARAN DOKUMEN
Urusan pembayaran dan penghantaran dokumen kembali ke Unit Peperiksaan PMU
perlu dibuat sebelum tarikh akhir berikut:
30 OGOS 2017 (RABU)
SEMAKAN STATUS PENERIMAAN DOKUMEN/PENGHANTARAN/PEMBETULAN
DIPLOMA & TRANSKRIP
Untuk semakan dan pertanyaan berkenaan penerimaan dokumen yang dihantar,
status penghantaran atau pembetulan diploma dan transkrip, boleh terus
berhubung dengan:
Encik Fifidil Majiwan
Unit Peperiksaan Politeknik
Tel : 084-874001 Faks : 084-874005
E-mel : [email protected]
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
20
Tuntutan Diploma & Transkrip
Para graduan adalah diingatkan untuk memastikan Salinan slip pembayaran yuran
Konvokesyen dibuat salinan untuk rujukan pada masa akan datang. Unit Peperiksaan
tidak akan menghantar diploma dan transkrip sehingga bukti pembayaran yuran
dikemukakan dan dikembalikan ke Unit Peperiksaan bersama dokumen berkaitan.
Para graduan akan dianggap tidak membuat pembayaran sekiranya gagal
mengemukakan/mengembalikan slip pembayaran yuran konvokesyen.
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
21
Carta Alir Konvokesyen Bagi Graduan Tidak Hadir
Graduan Tidak Hadir
MULA
Bayaran Yuran Konvokesyen
RM150 di RHB Bank
Mengisi Borang Keahlian
PAPMU
Menjawab Kajian
Pengesanan Graduan 2017
Menghantar semua dokumen
ke PMU sebelum 30/8/2017
TAMAT
Pastikan dokumen berikut dipos
kembali untuk urusan penghantaran
Diploma/Transkrip Graduan
a) Slip Kajian Pengesanan Graduan
KPM 2017
b) Borang Ketidakhadiran Graduan
c) Slip Yuran Konvokesyen (RHB)
d) Borang Pendaftaran PAPMU
Maklumbalas Tidak Hadir di
Web eKonvo 2017
Mengisi Borang
Ketidakhadiran
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
22
Pertanyaan & Informasi
Sekiranya bakal graduan memerlukan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi talian berikut:
Tel : 084-874001
Faks : 084-874005
Pertanyaan Am berkenaan Majlis
Konvokesyen
Encik Hazatta bin Morshidi
Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar
Pertanyaan kelayakan bergraduat,
diploma dan transkrip
Encik Fifdil Majiwan
Unit Peperiksaan
Pertanyaan berkenaan Persatuan
Alumni Politeknik Mukah
Encik Mohd Azlan bin Ab Aziz
Ketua Unit CISEC Politeknik
Encik Mohamad Sobri Suhaili
Pegawai Alumni Politeknik
Pertanyaan Kajian Pengesanan Graduan
2015
Puan Rohaliza binti Karim
Unit CISEC Politeknik
Pertanyaan urusan gambar rasmi
graduan
Encik Mohamad Nirza Yusniezam
UiDM
Graduan juga boleh berhubung terus melalui laman social Facebook (Mesej):
facebook.com/politeknikmukah
Panduan ini diterbitkan oleh Jawatankuasa Urusetia
Graduan (JHEPP 2016).
Editor : Encik Hazatta bin Morshidi
PENAFIAN: Semua maklumat yang terkandung di dalam panduan ini adalah betul semasa diterbitkan. Pihak PMU berhak meminda sebarang maklumat yang terdapat di dalam panduan ini tanpa sebarang notis. PMU adalah tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang diakibarkan oleh penggunaan maklumat di dalam panduan ini.
BUKU PANDUAN GRADUAN
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 2017 POLITEKNIK MUKAH
23
Tahniah Graduan 2017
Jawatankuasa Urusetia Graduan, Jabatan Hal
Ehwal & Pembangunan Pelajar mengucapkan
SYABAS DAN TAHNIAH di atas kejayaan para
graduan yang Berjaya menamatkan pengajian
dan menerima penganugerahan DIPLOMA pada
Majlis Konvokesyen Ke-10 Politeknik Mukah.
Semoga anda terus berjaya dan cemerlang di
dalam apa jua bidang yang diceburi!
BORANG PENGESAHAN TIDAK HADIR
MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
BUTIRAN GRADUAN
Nama Penuh
No KP No Pendaftaran Pelajar
Alamat Surat
Menyurat
Nombor Telefon Alamat E-Mel
Diploma
Sesi Tamat Pengajian
BUTIRAN PEMBAYARAN YURAN MAJLIS
Jumlah yuran RM150.00
No Transaksi RHB Tarikh Pembayaran
MAKLUMAT TAMBAHAN
Pekerjaan Sekarang
Sebab
tidakmenghadiri
Majlis Konvokesyen
*Tandakan √
Sedang bekerja/belajar (tiada cuti)
Faktor kewangan
Faktor keluarga dan peribadi
Tiada tiket pengangkutan / penginapan penuh
Lain-lain (Mohon nyatakan)
Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya tidak akan menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-10 PMU dan memohon agar pihak PMU untuk mengirim sijil/diploma dan transkrip ke alamat saya seperti di atas. Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya atas pengiriman sijil/diploma dan transkrip berkenaan. …………………………………………
Tandatangan Graduan
Nama :
No KP :
Tarikh :
PERHATIAN!
Sila kirimkan borang ini beserta dokumen berikut:
a) Slip pembayaran yuran konvokesyen (RHB)
b) Borang Pendaftaran Keahlian PAPMU
c) Slip Kajian Pengesanan Graduan KPT 2017
*Pastikan anda membuat pengesahan tidak hadir di laman web eKONVO
2017.
Pembayaran dan dokumen tersebut hendaklah dikembalikan dengan
kadar segera selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2017 (Rabu) ke alamat
berikut:
POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
KM 7.5, Jalan Oya,
96400 Mukah, Sarawak
(UP: Unit Peperiksaan - Konvokesyen)
Tel : 084-874001 / Faks : 084-874005