panduan cara buat tugasan geografi pt3 2014

Upload: stella-teo

Post on 13-Oct-2015

1.518 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

geo

TRANSCRIPT

Panduan Cara Buat Tugasan Geografi PT3 2014PT3 Geografi 2014 : Konsep & Definisi

Konsep yang diterangkan mestilah dihuraikan dengan tepat dan betul beserta contoh yang relevan. Berikut merupakan konsep/definisi yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar:

Pencemaran Udara :Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK PANGLIMA GARANG

BORANG SOAL SELIDIK

NAMA :UMUR :PEKERJAAN :ALAMAT :

ARAHAN: Sila tandakan ( / ) pada jawapan yang sesuai.

1. Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda?

Pembakaran terbuka Pelepasan asap kilang

Asap kenderaan bermotor

Pembinaan bangunan

Penggunaan baja kimia Pembuangan sisa toksik Perniagaan Penternakan2. Apakah kesan pencemaran udara di kawasan tempat tinggal anda? Udara tercemar Suhu meningkat Bau busuk Jerebu Hujan asid Hidupan akuatik terancam Gangguan kesihatan Air tercemar3. Apakah langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di tempat tinggal anda? Kempen kesedaran Penguatkuasaan undang-undang Kitar semula Pendidikan alam sekitar Rawatan air kumbahan Menggunakan petrol tanpa plumbum Insinerator/tapak pelupusan sampah Penggunaancatalytic converter

p/s : Sepatutnya ada kotak untuk setiap jawapan. Tapi ni kes copy dari word masuk ke blog. So pelajar2 bolehlah masukkan sendiri kotak di sebelah setiap pilihan jawapan yer.

PT3 Geografi 2014 : Kerangka Pelaksanaan Tugasan

Terdapat 3 bahagian dalam tugasan diPT3 Geografiiaitu :

1. Perancangan (10 markah): Pelajar dikehendaki untuk menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan sikap bersungguh-sungguh untuk mendapatkan markah penuh.: Perancangan merangkumi :

Jadual Kerja Pengagihan Kerja ( digalakkan dibuat sebagai carta alir) Objektif Kajian Kaedah Kajian

2. Proses Awal (20 markah): Pelajar dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan kaedah yang relevan dan menyatakan sumber rujukan.: Keseluruhan data dan maklumat mestilah relevan dan asli untuk mendapatkan markah penuh.: Proses awal perlulah ada : sekurang-kurangnya 1 borang soal selidik sebagai bukti pelajar menjalankan kajian senarai rujukan gambar jika berkenaan

3. Proses Akhir (70 markah): Melibatkan markah paling banyak dalam kajian. Pembahagian markah adalah seperti berikut : Grafik (10 markah) : Grafik mestilah mengikut susunan yang betul, lengkap dan kritis merangkumi tajuk, idea utama dan maklumat yang tepat. Konsep (5 markah) : Konsep perlu dihurai dengan tepat beserta contoh. Punca/Faktor (15 markah) : Menghuraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. Punca mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian. Kesan (20 markah) : Menghuraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian.Kesan juga mestilah mempunyai fakta yang relevan, huraian yang sesuai serta contoh melibatkan kawasan kajian. Langkah Mengatasi/Cadangan (20 markah) : Langkah mengatasi/cadangan mestilah relevan dan huraian yang sangat tepat untuk mendapatkan markah penuh.

Nota Penting:Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah dengan menggunakan ayat anda sendiri.

HomeChemistryAwardNuffnangWWNovelGuruPT3Wednesday, July 02, 2014Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3

Nota Penting:Pencemaran udara dipilih sebagai tajuk spesifik/utama dalam jawapan panduan Geografi PT3 2014 yang tertera dibawah. Sila huraikan isi penting dibawah denganmenggunakan ayat anda sendiri.

Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugasanda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3-geografi.html contoh soal selidik contoh borang soal selidik lain

Format laporan tugasan Geografi

Tajuk:Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala Lumpur (anda bolehpilih sama ada udara, air, tanih)

Objektif kajian:Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (kes kajian mesti di tempat anda sendiri)

contoh:a) Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar (pencemaran udara, air atau tanih)b)Mengkaji faktor atau punca pencemaran alam sekitar di bandaraya kuala lumpurc) Mengkaji kesan pencemaran alam sekitar dibandaraya kuala lumpurd) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar dibandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian:Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji(pilih mengikut tajuk yang anda pilih sama ada pencemaran udara, air atau tanih)

Pencemaran Udara :Menurut Wikipedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan. Antara penyebab utama pencemaran udara adalah melalui pembebasan asap kenderaan, pelepasan asap kilang dan sebagainya.

Pencemaran Air :Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan berbahaya dan memudaratkan kesihatan kepada orang awam. Pencemaran air juga memberi kesan kepada hidupan lain termasuk hidupan akuatik.

Pencemaran Tanih :Pencemaran tanih dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal. Pembuangan sampah saran dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan pencemaran tanah berlaku.

Pencemaran Bau:satu perbuatan yang boleh mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negative kepada haiwan dan manusia

2.Faktor atau punca kejadian pencemaran alam sekitar tersebut(huraikan punca kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian dan kritis. anda perlu menghuraikan mengikut kajian kes di tempat anda sendiri. dan huraikan juga mengikut ayat anda sendiri)

Faktor dan Punca Pencemaran UdaraAntara penyebab utama pencemaran udara adalah: Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta. Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Penyemburan racun makhluk perosak Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin. Letusan gunung berapi Pelepasan asap kenderaan Aktiviti Perindustrian dan pembangunanFaktor dan Punca Pencemaran AirAntara penyebab utama pencemaran air adalah:

1.Limpahan Minyak Ke Dalam LautCari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air. Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini. Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air tercemar. Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air, lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air kerana lapisan tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan berkurang. Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,t idak dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati kelaparan. Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk Mexico. Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico terganggu.

2.Sisa Buangan Dari KilangKilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Bahan toksik ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik. Pencemaran boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan akuatik.

3.Bahan Buangan Domestik Dan OrganikBahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah, minyak dan najis daripada individu yang tidak bertanggungjawab. Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai, maka air sungai akan menjadi keruh, berkeladak dan kotor, ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu keruh, padahnya maut. Bahan organik adalah seperti baja.

4.PertanianPertanian juga punca pencemaran air. Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-sungai. Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila digunakan.

Faktor dan Punca Pencemaran BauAntara penyebab utama pencemaran bau adalah:

1. dari kawasan pelupusan sampah.

Longgokan sampah di tempat pembuangan sampah yang lazimnya terletak di sebelah kantin sekolah sering menimbulkan bau busuk.Ini mengganggu keselesaan warga sekolah.

2. dari kawasan penternakan ayam.

Sikap segelintir penduduk yang memelihara ayam berhampiran pagar sekolah, juga menganggu keselesaan warga sekolah. Bau busuk najis ayam memang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya di waktu pagi.

3. dari kawasan perniagaan kedai-kedai makanan.

Pembuangan sisa-sisa makanan ke dalam longkang oleh peniaga kedai makan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini boleh menimbulkan bau busuk jika berlarutan.

4. dari aliran parit yang tersumbat.

Air kumbahan dari sektor perumahan yang dialirkan ke dalam parit boleh juga mendatangkan pencemaran bau, apabila parit ini dipenuhi sampah-sarap yang menyebabnya tersumbat.

5. pelepasan habuk yang tersebar melalui udara.Contohnya ada sebahagian masyarakat yang melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan aktiviti seharian mereka dengan melakukan pembakaran sisa kayu bagi membersihkan kawasan mereka tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar. Bagi aktiviti pertanian iaitu penanaman padi,mereka akan melakukan proses sekam padi selepas menuai padi. Mereka tidak sedar bahawa habuk daripada aktiviti tersebut akan tersebar melalui udara.faktor lain yang boleh dihuraikan: sistem pembentungan yang tidak dibaikpulih sikap segelintir masyarakat pencemaran sungai/air

3.Kesan kejadian pencemaran tersebut kepada manusia dan alam sekitar di tempat kawasan kajian(huraikan kesan kejadian yang berkaitan dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda)

Kesan Pencemaran UdaraKesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.Kesan terhadap Kesihatan Manusia menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.Kesan Terhadap Haiwan Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.

Kesan Pencemaran BauPencemaran bau yang berlarutan, boleh membawa kemudaratan kepada kita. Antara kesan-kesannya ialah :

1. Bau busukLonggokan sampah sarap di tempat pembuangan sampah, boleh menimbulkan bau busuk. Keadaan tandas yang kotor dan tanpa penjagaan kebersihan yang sempurna juga boleh menyebabkan bau busuk.

2. Udara tercemarLonggokan najis haiwan seperti najis ayam juga boleh mencemarkan udara dengan gas metana dan ini juga boleh mendatangkan bau yang amat busuk.

3. Pembiakan lalatLonggokan sisa makanan yang dibuang oleh pihak kantin ke tempat pembuangan sampah menjadi punca pembiakan lalat yang banyak di persekitaran sekolah. Keadaan ini merupakan situasi yang tidak sihat bagi kesihatan warga sekolah.

4.PenyakitPersekitaran yang dipenuhi lalat memudahkan merebaknya penyakit. Penyajian makanan yang tidak sempurna, mendedahkan makanan dihinggap lalat berkemungkinan berlakunya keracunan makanan. Situasi ini sudah tentu berbahaya kepada warga sekolah.5.Air TercemarParit yang dicemari dengan air kumbahan kawasan perumahan dan tersumbat bukan sahaja menimbulkan bau busuk tetapi juga menyebabkan berlakunya pencemaran air. Air yang tercemar dengan sisa kumbahan ini boleh mengancam hidupan air seperti ikan.

Kesan Pencemaran Air

(a) Kesan Kepada ManusiaKesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi bakteria, virus, parasit dan bahan kimia yang lain. Sesetengah bahan pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah kromosom. Yang menjadi mangsa adalah penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.

(b) Kesan Kepada Organisma AkuatikPencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut, sungai, tasik dan air dari tanah. Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap, pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang, dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati. Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan, bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu, organisma akuatik akan mengalami kepupusan. Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-jenis organisma akuatik.

4.Mencadangkan langkah-langkah mengurangkan pencemaran alam sekitar tersebut.(huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkan pencemaran yang anda pilih dengan jelas dan teratur serta menunjukkan keaslian. Setiap kesan kejadian yang diberi mestilah mempunyai fakta, huraian serta contoh di kawasan kajian kes anda. langkah-langkah di bawah juga buleh digunapakai untuk pencemaran-pencemaran yang lain mengikut kesesuaian)

Langkah mengurangkan pencemaran udaraAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah: Menghijaukan kawasan Penggunaan petrol tanpa plumbum Program kitar semula Kempen Tindakan Undang-undang Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar

(a) Menghijaukan kawasan

Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

(b) Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

(c) Program kitar semula

Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

(d) Kempen

Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

(e) Penukar bermangkin

Untuk mengurangkan pencemaran udara juga boleh digunakan dengan menukarkan catalytic converter. Pengurangan ini dilakukan dengan cara mewajibkan penggunaan penukar bermangkin (Catalytic Converters) dalam industri pembuatan kenderaan bermotor. Penukar bermangkin dua hala (Two-way Catalytic Converters) boleh mengurangkan hingga 98% unsur-unsur pencemaran dengan cara menukarkan Hidro Karbon dan Karbon Monoksida kepada Karbon Dioksida dan Wap. Penukar bermangkin tiga hala (three-way Catalytic Converters) pula boleh mengoksidakan oksida-ksida Nitrogen tertentu, tanpa mengurangkan kecekapan enjin atau menambahkan penggunaan minyak kenderaan bermotor.

(f) Tindakan Undang-undangSalah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam.

(g) Memperkenalkan Pendidikan Alam SekitarSelain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan.

Langkah mengurangkan pencemaran bauAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran bau adalah:(huraikan mengikut ayat anda sendiri) penguatkuasaan undang-undang pemerkasakan sistem-sistem yang berkaitan rancangan pembangunan kempen berterusan dan praktikal kepimpinan melalui teladan penerapan dalam sistem pendidikan Anugerah kualiti alam sekitar diperluaskan gotong royongcontoh huraian:

(a) Gotong RoyongSelain itu, untuk mengatasi masalah longgokan sampah ini, pihak sekolah boleh juga melaksanakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Ini boleh dilaksanakan melalui Program Gotong Royong Perdana yang menjadi aktiviti tahunan sekolah. Kawasan sekolah bukan sahaja bebas daripada pencemaran bau malah dapat menceriakan kawasan sekolah dengan penanaman pokok di sekitar kawasan sekolah. Aktiviti ini juga dapat menerapkan nilai cintakan sekolah dalam kalangan warga sekolah untuk memelihara persekitaran sekolah.

(b) Penguatkuasaan Undang-undangPihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana konsortium atau badan swasta yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut sampah.Oleh itu pihak sekolah boleh menghantar surat kepada PBT seperti Majlis Perbandaran Kuantan untuk mengambil tindakan terhadap Konsortium Alam Flora apabila pihaknya tidak mengangkut sampah sebagaimana yang dijadualkan sehingga menimbulkan bau busuk akibat longgokan sampah yang banyak di tempat pembuangan sampah.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran AirLangkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah seperti berikut:

(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling- dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai. Kemudian, Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak disalurkan terus memasuki sungai dan mencemarkannya.

(ii) Melaksanakan program Peningkatan Kualiti Air Sungai- mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai. Pada masa yang sama, pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar, jika disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ RujukanSenaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.(lihat contoh penulisan sumber padatugasan sejarah)

sumber baru:saya memberikan anda satu folio/kajian lengkap mengenai Pencemaran Alam sekitar yang merangkumi pencemaran air, tanah, udara: Kesan Pencemaran Alam Sekitar Terhadap Dunia Hari Ini Pencemaran Alam Sekitar Di Taman Setiawangsa ,Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur Folio Geografi Tingkatan 3 2011 Pencemaran Alam Sekitar Kajian Geografi Tempatan (Pencemaran Alam Sekitar)

Tempoh Pelaksanaan1 Julai 2014 hingga 18 Julai 2014

Sumber:melvister.com,cikguhailmi.comDiolah dan Diedit olehsaya sendiri!

untuk info lanjut, siladownloadpanduan guru dan panduan murid bagi tugasan kajian kes Geografi -->klik sini

lihat juga:Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3

@ !(>)

Jom Skodeng Entry Lain Pulak PBS,PT3 Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 Tangguhkan PBS! PT3 menggantikan PMR Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3Related Posts Widget[?]si Tukang Karut:Cik BalqisEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels:PBS,PT312 comments:

Anonymous said...mcm mna nak copy / download nieJuly 02, 2014 8:07 PM

Anonymous said...nak copyy , nak buat bahan -,-July 02, 2014 10:21 PM

Cik Balqissaid...@Anonymoustak bole ke? okeh2..kjp lagi try balik..July 03, 2014 7:25 AM

Cik [email protected]. kejap ye :PJuly 03, 2014 7:27 AM

Anonymous said...nak buat fakta mcm mne ye?July 03, 2014 10:40 PM

Cik Balqissaid...@Anonymousbuat fakta mengenai apa?

jika nak simpulkan sesuatu fakta, anda kena ada huraian mengenai fakta tersebut.July 03, 2014 10:44 PM

Nurul Mawaddahsaid...thnx lot :)July 04, 2014 12:53 PM

mimi choongsaid...Macam mane download? Please teach me...thanks :)July 04, 2014 10:20 PM

Anonymous said...geografi x perlu buat karangan mcm sejarah ke? dan berckp psl grafik adkah soalan borang soal selidik yg prlu digrafikkan? atau ianya freestyle? any type of graphic instrument would do aslkn ianya menepati tajuk?July 04, 2014 10:59 PM

Cik Balqissaid...@mimi choongjuz copy and paste only :)July 04, 2014 11:07 PM

Cik Balqissaid...@Anonymousxperlu. kajian ggeografi nk cantik buat point.

borang soal selidik xperlu bentuk grafik. tgk cth borang soal selidik yg sy bg. hny perlu ada soalan n pilihan jwpn yg byk. ikut style yg awk suka.

kalau nk guna grafik, kita bole guna utk huraikan sesuatu. n awk bole selitkan di mn2 huraianJuly 04, 2014 11:08 PM

Anonymous said...definisi kena 1 m/s shja ka? dan kalau sy buat temubual adkh sy perlu merekodkan temubual tersebut ataupun buat borang soal selidik secara subjektif? dan kalau punca kesan dan faktor ayt apa yang perlu sy mulakan dahulu?contohnya kalau definisi bermula dengan (menurut Wikipedia maksud.....) kalau faktor plk? dan dlm definisi blh x ada ayt 'jerebu' di dlmnya krana cg sy kata x blh kerana ia masuk dlm kesan pncmrn udara.. tp setahu sy format dia mengatakan bhawa dlm definisi kena ada konsep,huraian dan contoh... sy kurang fhm lah cg.. minta maaf kalau pnjg sgt soalan sy dan sy hrp cg dpt membantu sy... onegaishimasu...July 05, 2014 2:57 PMPost a Comment

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Bahan PT3 sudah boleh dicopy. saya buka disable click untuk sementara waktu 3 Julai 2014

Cik Balqis26 tahun 9 bulanB.Ed (Hons) Science (Chemistry), UPSISingle JeLiNg2 last time skodeng sini padaWed, Jul 2, 2014 08:59:26 PM156makhluk tgh skodeng ^v^ ViSiToR 520964 SiLa LiKe! aRcHiVe 2014(66) July(6) FIFA World Cup 2014 Punca Sebenar Tanah Mendap di Jalan Pudu-Jalan Han... Saya Dapat Bayaran Bantuan Khas Kewangan! Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan ... Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan... Wordless Wednesday # 27: 30 Hari dalam bulan Ramad... June(9) May(7) April(14) March(16) February(9) January(5) 2013(138) 2012(99) 2011(49) 2010(117) 2009(109) 2008(14) PoPuLaR Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3 Lagu OST Adam Dan Hawa Astro Mustika HD Apo Bondo Eh Ni? Nur Feetri: Singaporean Duckface Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2014 Tingkatan 3 Kebaikan dan keburukan pelajar bawa handphone ke sekolah Drama Bersiri Adam dan Hawa Malaysia semakin sejuk. Betul tak? Novel: Love You, Mr. Arrogant Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2014 BUSUK mahu doa dimakbul

produk mns

anak linda rafar meninggal dun..

wordless wednesday 27 working

PINGJE! Ulasan Novel: Confession of a Shopaholic

Ekslusif: Filem Highland Tower Terakam Gambar Anu!

Bos oh Bos

Cerita Lawak Pembantu Rumah

Buka Cawangan

BLOG TRAFFIC CONTACT ME TWITTER NETWORKEDBLOGS

Follow this blog BACKLINES

Excellent reviewBlogPingSitePingateshttp://www.freesearchenginesubmission.infoclic pour info TAJUK Isi 2 PrOtEctTiOn

Translate

Powered byTranslate

Followers [close]

Follow Imotiv

Google+

Powered byBlogger.

Copyright 2008-2014. All Right Reserved. Miss Balqis@2014

Tajuk:Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala LumpurObjektif kajian:Objektif utama adalah menyiasat punca, kesan dan langkah pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur

Kaedah kajian:Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual1. Konsep dan takrifan pencemaran alam yang dikaji(Tajuk kajian: Pencemaran udara)Pencemaran Udara :Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia, jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuhan dan haiwan.

2. Faktor dan Punca Pencemaran UdaraAntara penyebab utama pencemaran udara adalah: Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta. Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Penyemburan racun makhluk perosak Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin. Letusan gunung berapi Pelepasan asap kenderaan Aktiviti Perindustrian dan pembangunan3. Kesan Pencemaran UdaraKesan utama pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, tumbuhan, haiwan, penipisan lapisan ozon, hujan asid, pemanasan global.Kesan terhadap Kesihatan Manusia menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.Kesan Terhadap Haiwan Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.4. Langkah mengurangkan pencemaran udaraAntara langkah untuk mengurangkan pencemaran udara adalah: Menghijaukan kawasan Penggunaan petrol tanpa plumbum Program kitar semula Kempen Tindakan Undang-undang Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar5. Kesimpulan/ RumusanKesimpulannya, rakyat dan kerajaan harus berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Walaupun hal ini tidak boleh diatasikan dalam sekelip mata, tetapi dengan kerjasama daripada pelbagai pihak masalah pencemaran udara dapat diatasi. Kita harus memikirkan generasi-generasi yang akan dating memerlukan alam sekitar yang cantik dan nyaman untuk mereka hidup di dunia ini. Akhir sekali, sayangilah alam sekitar yang telah dicipta oleh tuhan.

6. Sumber/ RujukanSenaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

Pengenalan Kepada Konsep Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan yangmenjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain. Pencemaran udara disebabkan oleh pelepasan asap melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayuyang tidak terkawal.

Jenis Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikelaskan kepada dua bahagian iaituprimer dan sekunder.

Pencemaran udara primerbermula apabila penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada pembakaran yang tidak lengkap. Proses ini akan menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai di udara dan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan manusia. Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri yang melepaskan asap atau bahan pencemar, dan penggunaan dapur arang atau kayu yang tidak terkawal

Pencemaran udara sekunderpula adalah hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap air di udara.

Punca Berlakunya Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan. Penghasilan bahan pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta. Pembakaran di tempat pelupusan, pembakaran terbuka di bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh menyebabkan pencemaran udara berlaku. Penyemburan racun makhluk perosak Aktiviti perlombongan yang menghasilkan habuk Amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angin. Letusan gunung berapi Pelepasan asap kenderaan Aktiviti Perindustrian dan pembangunan

Kesan Pencemaran Udara

Kesan terhadap Kesihatan Manusia menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang dapat meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan matamanusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.

Kesan Terhadap Bahan Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat dari pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer. Selain itu, kakisan logam juga berlaku disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida(SO2) di dalam udara. Bahan cemar juga menyebabkan fabrik-fabrik mudah rosak.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global Kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlakus ecara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumiini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Kesan Kejadian Pencemaran kepada Alam Sekitar

a) Hujan asid

Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkantumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

b) Jerebu

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar.Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk,terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

c) Suhu meningkat

Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

d) Air tercemar

Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut

e) Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Bau yang kurang menyenangkan penduduk setempat juga berlaku apabila petempatan mereka berdekatan dengan tempat pelupusan sampah, penternakan haiwan, kilang kelapa sawit dan kilang getah.

Rujukan:1.http://pencemaranalamsekitar-sharizal.blogspot.com/2011/03/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html2.http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaran-udara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

Bahan Tugasan Geografi PT3: Kesan Kejadian Pencemaran Alam Sekitar kepada Manusia dan Alam Sekitarini sekadar perkongsian dan sebagai sumber rujukan sahaja. Calon perlu mengolah semula dalam bentuk penulisan rencana. Diingatkan juga, calon perlu sesuaikan dengan kajian kes calon.Langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udaramerupakan bahagian terakhir untuk kajian kesPT3 Geografi. Markah penuh adalah 20 markah dimana pelajar dikehendaki untuk memberikan cadangan yang relevan dan kritis untuk mendapatkan markah penuh. Setiap idea pelajar mestilah disertakan bersama huraian yang tepat dan contoh berkaitan kawasan kajian. Berikut merupakan beberapa langkah/cadangan mengatasi masalah pencemaran udara yang boleh dijadikan rujukan. Diingat sekali lagi, pelajar mesti menghuraikan cadangan tersebut menggunakan ayat sendiri dengan relevan dan kritis.

Read more:http://www.cekgunorazimah.com/#ixzz36JhnMqEZPunca Pencemaran Sungai Batu Ferringhi Penang

GEORGETOWN: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenalpasti Indah Water Konsortium (IWK) antarapenyumbang utama kepada masalah pencemaran pantaikhususnya membabitkan Sungai Batu Ferringhi dan harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow perkara itu dijelaskan berdasarkan laporan siasatan terkini yang dikemukan oleh JAS, pada taklimat kepada exco kerajaan negeri 28 Februari lalu.

Justeru Chow berkata, terpulang kepada pihak bertanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap IWK memandangkan kertas siasatan telah diserahkan kepada pegawai undang-undang .

Dalam taklimat itu, JAS telah kenalpasti punca pencemaran di Sungai Batu Ferringhi antaranya premis makanan, loji IWK, kegiatan dobi dan cuci kereta.

JAS negeri telah pun menyiapkan kertas siasatan terhadap IWK berhubung dgn masalah pencemaran di Sungai Batu Ferringhi, kertas sisaatan dibuat berdasarkan peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan diserahkan kepada pegawai undang Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, kata Chow.

Tambah Chow, menerusi taklimat itu juga, pihak JAS meminta agensi lain yang berkaitan mengambil tindakan wajar termasuk mencari penyelesaian berhubung isu pencemaran air di kawasan Sungai Batu Ferringhi memandangkan ia di luar kawalan JAS.

Ini kerana selain IWK, tiga buah premis makanan, tiga buah kedai dobi dan sebuah kedai cuci kereta juga mungkin menjadi penyumbang utama kepada pencemaran di kawasan peranginan itu.

Chow berkata demikian di pejabatnya tengahari tadi bagi memberitahu perkembangan terkini isu pencemaran pantai Batu Ferringhi.

Isu pencemaran sebahagian air laut di pantai Batu Ferringhi yang dilaporkan media sejak awal Februari lalu mendapat perhatian umum memandangkan kawasan berkenaan popular sebagai destinasi pelancongan.

Air laut di kawasan itu bertukar hitam dan berbau didakwa berpunca daripada saluran paip loji kumbahan milik IWK.

Manakala maklumat awal yang diperolehi JAS mendapati adanya elemen bakteria (escherichia coli) e-coli dalam sampel air yang diambil dari Sungai Batu Ferringhi.

IWKbagaimanapunmenafikan punca pencemaran datang dari loji kumbahan milik mereka.

Sementara itu, ketika dihubungi Astro AWANI, Pengurus Kanan Bahagian Komunikasi IWK Shahrul Nizam Sulaiman berkata pihaknya belum lagi meneliti laporan tersebut.

"Kami tidak berani komen atau buat apa-apa andaian lagi sebelum membaca kandungan laporan itu.

Bagaimanapun, kami menekankan bahawa IWK akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk mengendalikan perkara ini secara baik," katanya.

Astro Awani

Read more:http://rossacalla.blogspot.com/2014/03/punca-pencemaran-sungai-batu-ferringhi.html#ixzz36Jj1Q1VZFollow us:@rossacalla on Twitter|PerlingPutih on Facebook