pakatan murni k3 kbat/kbkk

5
PAKATAN MURNI MENGAPLIKASI (15 markah) Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk? Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong seperti dalam kenduri-kendara atau membersihkan kawasan kampung. Amalan kunjung mengunjung perlu disemarakkan terutamanya pada musim perayaan. Rumah terbuka peringkat kampung boleh dilaksanakan bagi memberi ruang semua penduduk berjumpa. Selain itu, kempen-kempen yang dapat menyemarakkan perpaduan perlu dijalankan seperti ceramah, pertandingan sukan rakyat, menganjurkan pesta jualan dan sebagainya. Amalan lain ialah seperti rukun tetangga, membina penempatan yang membawa kepada percampuran kaum, menyambut perayaan secara bersama, dan menubuhkan persatuan peringkat kampung seperti koperasi nelayan. Sebagai pemimpin, saya juga akan menggalakkan masyarakat setempat bertutur menggunakan bahasa Melayu, hidup saling menghormati dan memahami perbezaan budaya, kepercayaan dan agama setiap kaum.

Upload: species09

Post on 18-Jan-2016

157 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KBBK/KBAT - SEJARAH KERTAS 3 PAKATAN MURNI

TRANSCRIPT

Page 1: Pakatan Murni k3 KBAT/KBKK

PAKATAN MURNI

MENGAPLIKASI (15 markah)

Sebagai pemimpin masyarakat, bagaimanakah anda mengukuhkan semangat

perpaduan dalam kalangan penduduk?

Semangat perpaduan dapat dikukuhkan melalui aktiviti gotong-royong seperti

dalam kenduri-kendara atau membersihkan kawasan kampung. Amalan kunjung

mengunjung perlu disemarakkan terutamanya pada musim perayaan. Rumah terbuka

peringkat kampung boleh dilaksanakan bagi memberi ruang semua penduduk berjumpa.

Selain itu, kempen-kempen yang dapat menyemarakkan perpaduan perlu

dijalankan seperti ceramah, pertandingan sukan rakyat, menganjurkan pesta jualan

dan sebagainya. Amalan lain ialah seperti rukun tetangga, membina penempatan yang

membawa kepada percampuran kaum, menyambut perayaan secara bersama, dan

menubuhkan persatuan peringkat kampung seperti koperasi nelayan. Sebagai pemimpin, saya juga akan menggalakkan masyarakat setempat bertutur

menggunakan bahasa Melayu, hidup saling menghormati dan memahami perbezaan

budaya, kepercayaan dan agama setiap kaum.

Page 2: Pakatan Murni k3 KBAT/KBKK

MENILAI (10 markah)

Buktikan kejayaan yang dicapai hasil daripada kemantapan perpaduan .

Antara kejayaan yang dicapai oleh negara hasil kekukuhan perpaduan ialah

wujudnya kestabilan politik dan dapat meningkatkan imej negara di mata dunia. Dunia

mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Perpaduan juga membolehkan rakyat hidup dengan penuh harmoni dan aman

damai. Masyarakat dapat menjalinkan hubungan akrab sesama mereka dan

mengamalkan kebebasan beragama dan bersuara.

Perpaduan juga mendorong kepada kejayaan dalam bidang ekonomi. Pelaburan

sentiasa meningkat dan nilai matawang (RM) sentiasa berada dalam keadaan kukuh.

Keadaan ini juga menarik pelancong dari negara luar mengunjungi Malaysia seterusnya

membantu perkembangan industri lain seperti perhotelan.

MENJANA IDEA (10 markah)

Mengapakah perpaduan sukar dikecapi dalam masyarakat berbilang kaum?

Perpaduan menjadi agenda utama negara kerana masyarakatnya yang berbilang kaum. Ini kerana setiap kaum mempunyai latar belakang sosioekonomi dan pengalaman sejarah yang berbeza. Mereka juga mengamalkan adat dan kepercayaan yang berbeza malah menuturkan bahasa yang berlainan. Selain itu, perpaduan sukar dicapai berdasarkan pola penempatan yang berbeza. Keadaan bertambah sukar apabila setiap kaum mempunyai ideologi politik yang berbeza berdasarkan penubuhan parti-parti politik berdasarkan kaum, mempunyai persepsi negatif terhadap bangsa lain , kurang sikap saling menghormati sebaliknya taksub kepada kaum sendiri. Ditambah dengan kegagalan media massa menyampaikan mesej perpaduan malah sering menimbulkan isi-isu sensitif.

Page 3: Pakatan Murni k3 KBAT/KBKK

7. MENGHAYATI NILAI MURNI (10 markah)

Apakah nilai-nilai murni yang perlu dimiliki oleh warganegara Malaysia dalam

menyuburkan semangat perpaduan?

Bagi menyuburkan semangat perpaduan, kita perlulah memiliki sikap hormat-menghormati antara satu sama lain. Jangan sesekali mempertikaikan atau menyentuh isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada kemarahan kaum lain. Sebarang masalah yang boleh memudaratkan keharmonian dan perpaduan perlu ditangani dengan bijak dan berhati-hati. Selain itu, kita perlu menghormati pemimpin negara dan bersama-sama dengan mereka dalam memastikan perpaduan dapat dikekalkan. Rakyat juga perlu menghormati dan menghayati lambang-lambang negara. Ketaatan kepada raja dan negara perlu ada dalam setiap jiwa rakyat Malaysia. Sebagai warganegara, kita seharusnya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Negara pada hari ini hasil eratnya perpaduan antara kaum. Kita perlu terus memantapkan kerjasama antara kaum dalam pelbagai bidang malah sedia berkorban demi mempertahankan kedaulatan Negara.

8. RUMUSAN (5 markah)

Rumuskan tentang pentingnya perpaduan dalam aspek pengetahuan yang

diperoleh, iktibar kepada diri, bangsa dan negara serta harapan untuk masa

depan Malaysia yang gemilang.

Antara pengetahuan yang diperoleh ialah pentingnya perpaduan bagi menjamin kemakmuran dan kemajuan negara. Kita juga dapat mengetahui proses ke arah pembentukan pakatan murni sebelum kemerdekaan. Generasi hari ini perlu menghargai usaha pemimpin terdahulu dalam menyatupadukan penduduk berbilang kaum di negara kita melalui konsep musyawarah. Semua kaum di Malaysia perlu berusaha mengekalkan perpaduan demi mengekalkan keamanan negara. Pemimpin negara masa kini harus berusaha lebih gigih dalam mengukuhkan perpaduan agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih sempurna. Saya berharap perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan lagi bagi memastikan Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Selain itu, diharapkan semangat perpaduan yang sedia ada tidak diganggu gugat dengan isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian dan kemajuan Negara.