pak slide.pptx

22
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PAK 1044 TAJUK:PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK- KANAK 4-8 TAHUN AHLI KUMPULAN: HAMAH LATHA A/P SUMNADE THAMARAI SELVI A/P SARAWAHNAN KASTURI A/P MURUGAN BAVITHIRA A/P EGAMBARAM Yogam a/p muthusamy Mohanachelvi a/p krishnanmurty

Upload: hemahnaidu

Post on 12-Jan-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PAK SLIDE.pptx

PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PAK 1044TAJUK:PERKEMBANGAN FIZIKAL

KANAK-KANAK 4-8 TAHUN

AHLI KUMPULAN:HAMAH LATHA A/P SUMNADE

THAMARAI SELVI A/P SARAWAHNANKASTURI A/P MURUGAN

BAVITHIRA A/P EGAMBARAMYogam a/p muthusamy

Mohanachelvi a/p krishnanmurty

Page 2: PAK SLIDE.pptx

APA ITU PERKEMBANGAN FIZIKAL?

• Perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah merupakan perkembangan dan perubahan yang berlaku ke atas fizikal seseorang yang merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu dari segi perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang serta dari segi kemahiran pergerakan motor iaitu motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.

Page 3: PAK SLIDE.pptx

• Pertumbuhan fizikal terdiri daripada perkembangan dan perubahan pada bahagian fizikal seperti:

berat badan, ketinggian, lilitan kepala dan lengan, nisbah badan : kaki, kandungan lemak badan,

pertumbuhan gigi dan rangka tulang.

Page 4: PAK SLIDE.pptx

BERAT BADANBerat badan kanak-kanak mengalami pertambahan dengan

cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun apabila seorang kanak-kanak itu telah melepasi

peringkat ini, maka kadar pertumbuhan menjadi beransur perlahan.

Berat badan akan meningkat sebanyak 2.5 kilogram (5 paun) setiap tahun dari umur 2 tahun hingga baligh.

Perubahan kadar keberatan adalah paling sedikit semasa kanak-kanak berumur antara 2 hingga 3 tahun dan seterusnya meningkat beransur-ansur sebelum mencapai usia remaja.

Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat berbanding kanak-kanak lelaki pada usia yang sama.

Page 5: PAK SLIDE.pptx

KETINGGIAN BADANKadar penambahan ketinggian kanak-kanak yang

ketika berusia 4 tahun menjadi semakin berkurang iaitu antara 11 hingga 12.5sm (4.5 hingga 5 inci) atau 24% jika dibandingkan dengan ketinggian badan ketika lahir yang bertambah ketinggian dari lahir hingga berumur 5 bulan dengan pertambahan sebanyak 30%.

Namun untuk pengetahuan, kebanyakan kanak-kanak yang berumur 2 tahun telah mempunyai kira-kira separuh daripada ketinggian ketika dewasa kelak.

Page 6: PAK SLIDE.pptx

KADAR PERTUMBUHAN FIZIKAL

Lilitan Kepala Peningkatan lilitan kepala kanak-kanak berlaku 4 hingga 8

tahun selepas lahir seiring dengan perkembangan otak. 4 tahun : Apabila kanak-kanak mencapai 50% daripada

tinggi remaja, pertumbuhan kepalanya juga mencapai 50% daripada saiz dewasanya.

Apabila umur meningkat remaja, ukuran kepalanya ialah 1:10 daripada panjang tubuhnya

Namun, jika sekiranya berlaku lilitan kepala yang tidak membesar, ianya mungkin disebabkan oleh pertumbuhan otak yang kurang memuaskan.

Page 7: PAK SLIDE.pptx

LILITAN LENGAN

• Kadar perkembangan fizikal berlaku dengan pesat pada awal kelahiran iaitu dengan lilitan lengan yang berukuran daripada 11sm kepada 16sm.

• Namun, kadar lilitan ini kekal pada nilai yang sama antara 16sm hingga 17sm walaupun umur bayi meningkat dari 1 tahun hingga 5 tahun.

• Kadar perubahan fizikal ini juga bergantung kepada kesihatan yang baik dan penerimaan zat pemakanan yang seimbang dan mencukupi.

• Ukuran lilitan lengan yang menandakan taraf kekurangan zat pemakanan yang sederhana adalah antara 12.5sm hingga 13.5sm.

• Manakala, nilai yang kurang daripada 80% jangkaannormal iaitu 12.5sm, menunjukkan taraf kekurangan zat pemakanan teruk.

Page 8: PAK SLIDE.pptx

NISBAH BADAN :KAKI

Nisbah badan : kaki adalah perbandingan pertumbuhan fizikal antara kaki dengan badan kanak-kanak. Nisbah ini berubah mengikut tempoh perkembangannya yang tertentu.

Perubahan nisbah kaki pada ketinggian penuh adalah seperti yang berikut :

1 )Tempoh pralahir 1:4 2 )Lahir 1:3 3) Dewasa 1:2 Ini jelas menunjukkan bahawa pada peringkat awal bayi, saiz

kaki lebih pendek berbanding badan. Walaupun begitu, keadaan ini berubah menjadi semakin

seimbang dengan badan apabila kanak-kanak membesar.

Page 9: PAK SLIDE.pptx

KANDUNGAN LEMAK BADAN

Lemak badan mula meningkat pada minggu terakhir sebelum kelahiran dan terus bertambah selepas kelahiran.

Seterusnya keadaan tersebut memuncak pada usia 9 bulan. Namun, kanak-kanak akan berubah menjadi kurus pada usia 1

tahun hingga pertengahan awal kanak-kanak kerana lemak dalam badannya semakin berkurangan.

Lemak badan lebih banyak terdapat pada bayi perempuan berbanding bayi lelaki pada waktu lahir.

Selain itu, otot akan bertambah secara perlahan pada peringkat bayi dan kanak-kanak dan bertambah dengan pesat pada peringkat remaja.

Jenis bentuk badan manusia dari peringkat kanak-kanak boleh dibahagikan kepada 3 jenis berdasarkan kandungan lemak badan dan otot iaitu

Page 10: PAK SLIDE.pptx

• Ektomorf : saiz tubuh badan kecil, kurus dan tinggi ; kadar perkembangan fizikal agak lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang

• Mesomorf : tubuh badan pejal dan berisi ; penambahan otot, berat badan dan perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap peringkat umur

• Endomorf : tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak.

Page 11: PAK SLIDE.pptx

PERTUMBUHAN GIGI Dari segi pertumbuhan gigi pula perlu diketahui bahawa manusia

mempunyai 2 set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Set pertumbuhan pertama terdapat 20 batang gigi yang dikenali

sebagai gigi susu atau gigi sementara atau gigi bayi. Gigi ini gugur dari semasa ke semasa dan diganti dengan gigi kekal atau

gigi dewasa yang berjumlah 32 batang. Bayi semestinya dilahirkan tanpa gigi. Gigi kacip (gigi depan dan tengah gigi) mempunyai ciri sebagai gigi

sulung yang berfungsi untuk memotong. Ianya muncul dalam jangka masa usia 6 hingga 12 bulan. Pada masa ini kelenjar air liur mula mengeluarkan air liur yang banyak.

Terdapat juga sesetengah bayi yang mengalami demam sebelum tumbuh gigi.

Gigi susu pula muncul apabila bayi baru mula memakan makanan separuh pejal. Ianya adalah untuk membantu bayi belajar mengunyah.

Page 12: PAK SLIDE.pptx

• Gigi susu mula tanggal ketika kanak-kanak berumur 7 tahun. • Pertukaran dari gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang

lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak

• Namun, apabila mencapai peringkat akhir tatih, maka, jumlah gigi susu yang lengkap tumbuh sebanyak 20 batang, iaitu 10 batang di rahang atas dan 10 batang di bahagian bawah.

• Dan kemudiannya, gigi susu akan mula tanggal ketika kanak-kanak berumur tujuh tahun.

• Ia akan mengambil masa yang lama untuk menukarkan gigi susu kepada gigi kekal iaitu dari hujung peringkat prasekolah hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira 12 tahun.

Page 13: PAK SLIDE.pptx

RANGKA TULANG

• Pertumbuhan rangka tulang berlaku dalam 3 cara iaitu:

Pertambahan Saiz Tulang Tulang Mengeras (Osifikasi) Jumlah Tulang

Page 14: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 4 TAHUN

• Berlari dengan laju tanpa jatuh• - Berjalan di atas “beam balance”• - Menendang bola• - Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan• - Berjalan dalam garis lurus• - Berlari dengan lebih lancar• - Lompat dan loncat dengan sebelah kaki• - Menunggang basikal roda tiga• - Menaiki alat memanjat• - Meloncat di atas dua belah kaki• - Bergayut dan bergerak di atas “monkey bar”• - Meloncat pada sebelah kaki 7-9 kali dengan laju dan terkawal• - Melompat dengan menggunakan kaki secara berselang-seli• - Lompat ke atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih

jauh.

Page 15: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 4 TAHUN

• Mengancing dan menanggalkan butang yang besar• - Makan sendiri tanpa bantuan• - Menggunting kertas dengan gunting• - Melukis garis lurus dan bentuk bulat• - Menukar baju tanpa bantuan• - Menggunakan garpu dengan berkesan• - Menggunting mengikut garis• - Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf• - Membaling bola sambil bergerak• - Menyambut bola dengan tangan (atau menangkap bola dengan bantuan

dada)• - Menyesuaikan gerak badan semasa membaling, melambung, menyambut

dan menangkap bola besar dan kecil• - Memegang krayon kecil• - Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya,

dalam bentuk berudu (tadpole figures)

Page 16: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 5 TAHUN

• Berlari dengan laju tanpa jatuh• Berjalan di atas “beam balance”• Menendang bola• Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan• Berjalan dalam garis lurus• Berlari dengan lebih lancar• Lompat dan loncat dengan sebelah kaki• Berlari sambil menendang bola• Menyesuaikan badan semasa menyambut bola• Menunggang basikal roda tiga• Menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju• Menunggang basikal dua roda

Page 17: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 5 TAHUN

• Menukar baju tanpa bantuan• Menggunakan garpu dengan berkesan• Menggunting mengikut garis• Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf• Mahir memakai baju sendiri• Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut• Melukis orang dengan 6 bahagian• Menulis perkataan yang ringkas• Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih berubah-

ubah)• Meniru lukisan segi empat• Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang realistik• Dapat menulis huruf-huruf seperti “o”• Dapat mewarna dalam garisan• Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah• Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Page 18: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR KASAR 6-8 TAHUN

• Berlari sambil menendang bola• Menyesuaikan badan semasa menyambut

bola• Menunggang basikal roda tiga dengan mahir

dan laju• Menunggang basikal dua roda

Page 19: PAK SLIDE.pptx

PERKEMBANGAN MOTOR HALUS 6-8 TAHUN

• Mahir memakai baju sendiri• Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut• Melukis orang dengan 6 bahagian• Menulis perkataan yang ringkas• Kanak-kanak dapat memegang pensil (walaupun caranya masih

berubah-ubah)• Meniru lukisan segi empat• Melukis gambar manusia yang dua dimensi, tetapi berbentuk kurang

realistik• Dapat menulis huruf-huruf seperti “o”• Dapat mewarna dalam garisan• Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah• Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Page 20: PAK SLIDE.pptx

PANDANGAN AHLI KUMPULAN: Kesimpulannya, setiap perkembangan fizikal adalah berkaitan

antara satu sama lain iaitu daripada perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan dengan perkembangan otak seorang manusia itu.

Perkembangan fizikal ini juga mempunyai tahap-tahap perkembangan tertentu yang menunjukkan peningkatan perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam tempoh untuk mencapai umur dewasa semenjak dari dilahirkan lagi.

Melalui perkembangan fizikal ini juga banyak yang dapat dihuraikan tentang proses tumbesaran dan pertumbuhan kanak-kanak

Kita juga dapat mengetahui pelbagai perlakuan kanak-kanak mengikut peningkatan dan tahap umur mereka.

Page 21: PAK SLIDE.pptx

VIDEO……………..

Page 22: PAK SLIDE.pptx

SEKIAN TERIMA KASIH MY DEAR CLASSMATES.

HAHAHA