overall reflection

4
Overall Reflection Seseorang pemimpin yang berkesan perlulah mempunyai cirri- ciri seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kuliah sebelum ini. Meskipun ia mengambil masa, nilai dan etika yang menjadi pegangan akan membolahkan kepimpinan yang diterajui akan membuahkan hasil. Di sinilah wujudnya kepimpinan melalui tauladan yang menjadi asas kepada seseorang penjawat awam khususnya kepada pendidik seperti saya. Walaupun kita berjaya menjadi seorang pemimpin dalam sesuatu organisasi, tetapi belum tentu kita akan berjaya menjadi pemimpin yang dihormati dalam organisasi yang lain. Dalam kes seumpama ini, kita perlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dan terbaik. Maka, kebijaksanaan seseorang pemimpin juga amatlah penting dan fleksibiliti perlu diamalkan oleh setiap pemimpin. lanya mungkin nampak kecil dam remeh bagi seseorang pemimpin tetapi meningalkan impak yang negative kepada mereka yang berada di bawah kepimpinanya. Terdapat beberapa jenis stail yang boleh digunakan dalam menerajui sesuatu kepimpinan. Sebagai contoh di dalam dunia pendidikan, saya sebagai pemimpin pengajaran perlu bijak dalam menggunakan stail berbeza berdasarkan keadaan ketika itu. Sedar atau tidak, kadang kala stail yang digunakan tidak menepati situasi yang berlaku, di sinilah ilmu yang dipelajari melalui kursus Kepimpinan Dinamik ini dapat diaplikasikan dengan sebaiknya, sebagaiman peranan yang sepatutunya dimainkan oleh saya dalam situasi-situasi tersebut. Kejayaan sesebuah organisasi juga sememangnya bergantung

Upload: erin-pitts

Post on 29-Sep-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LEADERSHIP SCHOOL

TRANSCRIPT

Overall ReflectionSeseorang pemimpin yang berkesan perlulah mempunyai cirri-ciri seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kuliah sebelum ini. Meskipun ia mengambil masa, nilai dan etika yang menjadi pegangan akan membolahkan kepimpinan yang diterajui akan membuahkan hasil. Di sinilah wujudnya kepimpinan melalui tauladan yang menjadi asas kepada seseorang penjawat awam khususnya kepada pendidik seperti saya. Walaupun kita berjaya menjadi seorang pemimpin dalam sesuatu organisasi, tetapi belum tentu kita akan berjaya menjadi pemimpin yang dihormati dalam organisasi yang lain. Dalam kes seumpama ini, kita perlu bijak memilih pendekatan yang sesuai dan terbaik. Maka, kebijaksanaan seseorang pemimpin juga amatlah penting dan fleksibiliti perlu diamalkan oleh setiap pemimpin. lanya mungkin nampak kecil dam remeh bagi seseorang pemimpin tetapi meningalkan impak yang negative kepada mereka yang berada di bawah kepimpinanya.Terdapat beberapa jenis stail yang boleh digunakan dalam menerajui sesuatu kepimpinan. Sebagai contoh di dalam dunia pendidikan, saya sebagai pemimpin pengajaran perlu bijak dalam menggunakan stail berbeza berdasarkan keadaan ketika itu. Sedar atau tidak, kadang kala stail yang digunakan tidak menepati situasi yang berlaku, di sinilah ilmu yang dipelajari melalui kursus Kepimpinan Dinamik ini dapat diaplikasikan dengan sebaiknya, sebagaiman peranan yang sepatutunya dimainkan oleh saya dalam situasi-situasi tersebut.Kejayaan sesebuah organisasi juga sememangnya bergantung kepada gaya kepimpinan yang ada dikalangan pemimpin dalam organisasi tersebut. Ini kerana kesediaan dan komitmen orang yang dipimpin dalam organisasi amat bergantung kepada kemampuan pemimpin itu mempengaruhi dan menyakinkan mereka dalam membuat sesuatu tindakan. Selain itu, kepimpinan yang berkesan memberikan kepuasan kepada pengikut dan ini secara tidak langsung akan menghasilkan prestasi yang cemerlang.Menjadi pemimpin yang berkharisma juga bukanlah sesuatu yang mudah. Pemimpin yang bercirikan karisma ini adalah seorang pemimpin yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam mendorong, mengarah dan mempengaruhi pengikut supaya dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Pemimpin jenis ini juga dapat mempamerkan kemampuan luar biasa sehingga beliau disanjung oleh pengikut mereka kerana kredibilitinya yang menyerlah. Selain itu, sifat yang yakin, berwawasan, sensitive kepada perubahan dan sebagi agen kepada perubahan menjadikan pengikut yakin dan meletakkan harapan tinggi kepada pemimpin untuk melestarikan matlamat yang digariskan oleh organisasi demi kejayaan bersama.Bijak memilih dan mengendalikan sesuatu masalah akan menampakkan seseorang pemimpin itu benar-benar berdedikasi dan matang dalam mengendalikan setiap tugasan. Sehebat manapun seseorang pemimpin, ianya tidak akan mencapai sebarang kejayaan seandainya orang yang berada di bawah pimpinanya berada dalam keadaan porak peranda tanpa sebarang tujuan. Oleh sebab itu, kehebatan seseorang pemimpin bergantung kepada kekuatan kapasiti tenaga yang dimiliki sesuatu organisasi atau kumpulan kecil atau besar. Jadi, jelaslah menunjukkan kepada kita jika ingin menjadi seorang pemimpin yang disegani, kita perlu bijak mewujudkan sebuah kumpulan kerja yang hebat dan terbaik. Kerana jatuh bangunnya sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada pemimpinnya, malah kekuatan kumpulan yang dimiliki.Kursus ini juga turut mengajar saya lebih matang agar tidak mudah melatah dalam menghadapi situasi dan membuat keputusan atas sesuatu perkara. Ini akan menunjukkan kematangan dalam mengendalikan organisasi, pengikut juga diri sendiri. Tidak perlu terburu-buru tetapi seseorang pemimpin perlu kemas dan teliti dalam mengendalikan setiap perkara tidak kira ianaya sebuah isu yang kecil atau besar.Meskipun saya gagal memberikan pengucapan pendek yang terbaik bagi diri saya dalam sesi yang sepatutnya, jelas kekecewaan akan mempengaruhi emosi dan sifat saya sebagai seorang pemimpin. Kesilapan kecil kadang kala mempengaruhi motivasi seterusnya menurunkan prestasi, meskipun pelbagai kejayaan yang telah berjaya dikecapi sebelum ini. Namun begitu, sebagai seorang pemimpin sekolah, pemimpin kepada pelajar, pemimpin kepada keluarga dan yang paling penting pemimpin kepad diri sendiri, saya hams melupakan kesilapan yang berlaku dan terns memandang ke hadapan agar matlamat yang hendak dicapai dapat diteruskan mengikut perancangan.