our sanrio times di kuala lumpur pameran …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/sanrio-malay...

9
1 KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman Kuala Lumpur, 29 Oktober 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya. Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap hari! Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Upload: hoangtuyen

Post on 08-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

1

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR

PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA

Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel

dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio

telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan

rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5,

Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9

malam setiap hari!

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan

pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang

menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Page 2: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

2

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu

merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak-

kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta

pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan

berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan

berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet

syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang

jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di

pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang

belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan

menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

The Plushy World - Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan

lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam

sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung

mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan

masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’

pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat

melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh

menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah

Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala

Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut

mengenai zon pameran, sila rujuk Lampiran 1.

Page 3: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

3

Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:

• Pembelian awal * Warganegara Malaysia & bukan warganegara Malaysia *

(dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25

• Warganegara Malaysia: RM33

• Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20

• Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.

* Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.

** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma

dan syarat.

Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA

EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY

MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat

lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau www.facebook.com/oursanriotimes/ atau Instagram

oursanriotimes.malaysia.

Mengenai SANRIO

Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan dengan falsafah "Hadiah Kecil,

Senyuman Besar" yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur,

telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah

berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk

Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan

hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak

lagi.

- TAMAT -

_____________________________________________________________________________________

Page 4: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

4

Lampiran 1 (Sumber Foto: Our Sanrio Times di Macau)

Our Sanrio Times Pintu masuk ini menampilkan gaya

penuh berwarna-warni Sanrio

yang jelas menggambarkan tema

utama pameran "Our Sanrio

Times" dan secara rasmi

membuka tirai perjalanan yang

tidak akan dapat dilupakan. Dari

generasi mana pun anda, selalu

ada masa Sanrio untuk anda.

Sanrio Time

Tunnel

Sebanyak 100 ahli keluarga

Sanrio yang dicipta dari tahun

1970-an sehingga kini

digambarkan dengan jelas. Melalui

Sanrio Time Tunnel, pencinta

Sanrio boleh membuka kunci

kenangan mereka yang unik.

Page 5: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

5

The Retro Classic Replika dompet syiling Hello Kitty,

barangan pertama dicipta Sanrio

dan julung kali dipamerkan di

Malaysia. Peminat generasi

pertama Sanrio pasti akan teruja

dan berasa seronok di zon ini.

The Plushy World Menampilkan patung Hello Kitty

gergasi berketinggian 3.5 meter

bersama-sama lebih 2,000 boneka

mewah terdiri daripada 100 watak

rakan Sanrio.

Page 6: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

6

Paper Doll Fun Pelbagai jenis anak patung kertas

gergasi akan membuat

pengunjung mengenang zaman

kanak-kanak yang meriangkan

dengan kawan-kawan. Semua

orang boleh mencampur dan

memadankan gaya Kiki dan Lala

dengan almari kertas yang hebat.

Vintage Stationery

House

Zaman persekolahan pastinya

menjadi tempoh penting dalam

kenangan kita membesar dan

pastinya semua orang memiliki

barangan Sanrio ketika sekolah.

Di zon ini, terdapat pelbagai

barangan alat tulis klasik Sanrio

dari 1970-an atau 1980-an yang

pasti mengamit memori

pengunjung.

Drawing

Classroom

Pereka Sanrio dijemput untuk

terlibat dalam pameran ini dan

mereka menyediakan demonstrasi

lakaran untuk 9 watak utama

Sanrio. Dalam kelas ini, kita

semua dapat menyaksikan

bagaimana watak Sanrio yang

comel dilukis dari awal satu

persatu. Mari belajar bagaimana

untuk melukis watak kegemaran

anda.

Page 7: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

7

Small Gift Big

Smile

Pernahkah anda mendapat

kejutan dan meraih kepuasan

dengan hadiah kecil ketika

berbelanja di Sanrio Gift Gate?

Untuk menonjolkan falsafah

"Hadiah Kecil Senyuman Besar"

dari Sanrio, anda boleh berkongsi

kebahagiaan dengan sahabat

tersayang melalui hadiah kecil dari

Sanrio.

Sanrio Village Di sinilah tumpuan utama

pameran ini. Terdapat klasik

Sanrio Train dengan reka bentuk

yang dicipta sama seperti Sanrio

Gift Gate of Gotanda, Tokyo pada

tahun 1970-an.

100 ahli keluarga Sanrio akan

muncul di kampung ini, contohnya,

Patty & Jimmy dan Minna no Tabo

yang menanti kedatangan anda di

atas kereta api. Mari cari semua

watak Sanrio kegemaran anda di

sana!

Di samping itu, Sanrio Gift Gate

yang unik dan nostalgia ini

mempunyai banyak khazanah.

Sekiranya anda peminat tegar

Sanrio, sila nantikannya!

Page 8: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

8

Strawberry

Newsroom

Strawberry News diterbitkan oleh

Sanrio Japan sejak Oktober 1974

yang merupakan majalah bulanan

global untuk berkongsi maklumat

terkini mengenai Sanrio.

Sebaik sahaja melangkah masuk

dan melawat ‘Strawberry

Newsroom’, anda boleh membaca

edisi Strawberry News yang

terdahulu di sini!

Page 9: OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN …newsletter2.ticketcharge.com.my/vol547/Sanrio-Malay Press Release.pdf · Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan

9

Strawberry Office Menjadi perintis dan jiwa kepada

Sanrio, Strawberry Office mungkin

menyembunyikan banyak rahsia

Sanrio! Bagaimana anda tidak

mengetahuinya?

Strawberry Studio Gerai foto yang mempesona ini

akan menjadikan anda penghias

kulit majalah Strawberry News!