orang yang paling saya hormati 2010

Upload: sk-zhong

Post on 20-Jul-2015

643 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Orang yang paling saya hormatiUmurnya dalam lingkungan lima puluhan. Orangnya tinggi lampai dan sangat segak walaupun sudah berusia. Beliaulah ayah yang paling saya hormati dan sanjungi dalam dunia yang satu ini. Ayah saya bernama Cheng Boo Leng. Beliau ialah seorang petani yang paling hebat dan menonjol dalam hati saya. Ayah saya berasal dari Sungai Petani, Kedah. Beliau ialah anak bongsu dalam keluarganya. Ayah saya seorang yang tidak berpendidikan tinggi disebabkan keadaan kewangan yang tidak mengizinkan. Namun demikian, ayah saya seorang yang berdaya usaha dan sentiasa rajin bagai lebah menghimpun madu dalam apaapa hal yang dilakukan. Sejak muda, ayah saya tidak pernah putus asa dalam mengaji cara-cara bertani yang paling efektif dan berkesan. Beliau ialah seorang petani yang paling kreatif dan inovatif dalam muka bumi ini. Ayah saya ialah orang yang paling saya hormati bukan sahaja kerana sikapnya yang kreatif dan inovatif tetapi juga keazaman beliau dalam melakukan setiap perkara dalam detik hidupnya. Pada 20 tahun yang lepas, malang tidak berbau, ayah saya ditimpa kemalangan dan beliau kehilangan sebelah kakinya. Namun, disebabkan keazaman beliau, beliau meneruskan hidupnya dengan kaki palsunya tanpa merungut untuk menyara hidup keluarga kami. Ayah saya tidak setakat meneruskan kehidupannya malah beliau ialah seorang petani yang berjaya dengan mengusahakan pelbagai jenis tanaman yang tidak pernah diusahakan oleh petani lain di Pulau Pinang seperti tebu, buah nangka dan buah naga. Saya berasa amat bangga dan besar hati kerana saya mempunyai seorang ayah yang begitu hebat dan mulia. Ayah saya ialah orang yang paling saya sanjungi dan hormati buat seumur hidup saya. Saya berharap beliau akan sihat dan bahagia buat selama-lamanya. Semoga Tuhan yang maha esa memberkati ayah saya buat sepanjang hayatnya.

Tips Penting: 1 2 3 4 5 6

Kosa kata: 1 2 3 4 5 6