objektif - · pdf filemelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising...

21
F3013/Unit 5/1 Audio dan Video UNIT 5 Objektif am : Mengetahui komponen-komponen asas (audio dan video) dalam projek multimedia. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :- Menyatakan jenis-jenis audio. Menyatakan format-format fail audio. Menyatakan jenis dan format video, film rate dan resolusi warna. Menerangkan teknik mampatan video. Menerangkang proses merakam dan mengedit video. OBJEKTIF

Upload: dangdat

Post on 27-Mar-2018

256 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/1Audio dan Video

UNIT 5

Objektif am : Mengetahui komponen-komponen asas (audiodan video) dalam projek multimedia.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :-

Menyatakan jenis-jenis audio.

Menyatakan format-format fail audio.

Menyatakan jenis dan format video, film rate danresolusi warna.

Menerangkan teknik mampatan video.

Menerangkang proses merakam dan mengedit video.

OBJEKTIF

Page 2: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/2Audio dan Video

5.1 MEDIA AUDIO

5.1.1 Memahami Jenis Audio: Analog dan Digital

Bunyi yang anda dengar setiap hari adalah dalam format analog. Ia terbentukdaripada isyarat yang bergerak dalam gelombang yang berterusan. Contoh bunyiyang anda dengari setiap hari ialah muzik yang dipancarkan melalui radio ataupunpita kaset. Jika rakamannya dibuat melalui mikrofon, bunyi yang dihasilkandipanggil bunyi analog. Bunyi analog boleh diwakilkan dengan graf melalui garisanberterusan yang kelihatan seperti bentuk frekuensi.

Rajah 5.1 menunjukkan graf frekuensi bunyi analog.

Rajah 5.1: Frekuensi bunyi analog

Komputer bagaimanapun hanya dapat mengenali bunyi dalam format digital.Komputer memproses data dalam bentuk isyarat elektrik, bukannya pergerakan fizikalangin atau lain-lain bahan. Bunyi yang dirakam oleh kad suara (sound card)didigitalkan (ditukarkan dari bentuk analog ke bentuk digital) dan disimpan sebagaifail audio. Untuk memainkan semula bunyi tersebut melalui komputer, bunyi digitalyang disimpan dalam bentuk kombinasi angka (1 dan 0) perlu ditukarkan kembali kedalam format analog.

Pertukaran (conversion) bunyi analog ke bentuk digital pada asasnya ialahtransformasi isyarat frekuensi ke dalam bentuk data perangkaan (numerical data) 0dan 1 supaya boleh diproses oleh sistem komputer (semua data dalam sistem

INPUT

Page 3: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/3Audio dan Video

komputer disimpan sebagai 0 dan 1). Gelombang bunyi analog dibahagikan kepadabeberapa bahagian dan disusun semula dalam bentuk isyarat digital.

Kelebihan bunyi digital ialah kebisingan latar (background noises) dapat dikurangkansemasa proses rakaman. Selain daripada itu, tidak berlaku kehilangan kualiti(degradation) apabila salinan dibuat daripada satu media digital kepada yang lainseperti yang berlaku dalam format analog. Proses menyunting bunyi analog adalahdalam bentuk linear. Ini bermakna apabila berlaku kesilapan, pita perlu di rewind atauadvance ke bahagian yang berlaku kesilapan dan proses menyunting dilakukansemula. Cara ini memakan masa dan tidak begitu efisien. Bagi bunyi digital, fail audioboleh diakses secara non-linear (menggunakan perisian tertentu, contohnya SoundForge). Dengan cara ini fail audio tersebut boleh disunting di mana-mana bahagianyang perlu pada bila-bila masa dengan ketepatan yang tinggi kerana kita mempunyaikawalan sepenuhnya.

Proses pertukaran (conversion) dari bentuk analog ke digital dilakukan oleh Analog-to-Digital Converter (ADC) yang terdapat pada kad suara (sound card). Bunyi analogyang dirakam oleh kad tersebut, dibahagikan kepada banyak bahagian dankemudiannya diterjemahkan (translated) ke kombinasi perangkaan (numericalconbinations) yang tepat. Kombinasi ini kemudiannya disimpan sebagai data didalam storan komputer.

Apabila komputer memainkan balik (playback) bunyi digital, ianya mengubahkombinasi perangkaan (numerical combinations) balik ke gelombang analog. Prosesini dilakukan oleh Digital-to-Analog-Converter (DAC) yang juga siap dibina di dalamkad suara (sound card).

5.1.2 Memahami Format-format Audio: Mono dan Stereo, Sampling (8 dan 16bit) dan Frekuensi (11, 22, 44 kHz)

Rakaman mono bermaksud setiap sample (contoh) yang diambil oleh ADS dirakammelalui satu saluran (channel) sahaja dan saiz fail audio yang dihasilkan adalah kecilkerana kadar percontohan (sampling rate) adalah rendah. Sebagai contoh, suara latarsepanjang satu minit yang dirakam pada kadar percontohan 11kHz mono akanmenghasilkan fail audio bersaiz 661kb sahaja.

Rakaman stereo pula ialah rakaman yang dibuat melalui kedua-dua saluran (channels)yang terdapat pada kad suara. Saiznya adalah sekali ganda saiz rakaman mono keranarakaman stereo dicontohkan (sampling) pada 65,536 bahagian dan diwakili oleh 2bytes, 1 bytes bagi setiap saluran. Walaupun kualiti suara yang dihasilkan adalah lebih

Page 4: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/4Audio dan Video

baik daripada rakaman mono tetapi kekurangannya adalah pada failnya yang bersaizjauh lebih besar. Sebagai contoh, rakaman berkualiti CD sepanjang 1 minit akanmenghasilkan fail yang bersaiz 10.5 MB.

Rajah 5.2 menunjukkan rakaman stereo dan mono di dalam sebuah editor audio.

Rajah 5.2: Rakaman stereo dan mono di dalam sebuah editor audio

Kadar Percontohan

Kadar Percontohan (sampling rate) ialah frekuensi dimana bunyi didigitalkan(ditukarkan ke bentuk digital). Sebagai contoh, kadar percontohan 44.1 kHzbermaksud bunyi tersebut dipercontohkan (sampled) 44,100 kali setiap saat.Kebiasannya kadar percontohan 11.025 kHz sudah mencukupi untuk rakaman suaradan 22.025 kHz pula memadai untuk rakaman muzik yang berkualiti. Kadarpercontohan yang lebih tinggi akan menghasilkan kualiti rakaman yang lebih baik.Untuk rakaman muzik berkualiti CD, kadar percontohan 44.1 kHz adalah diperlukan.Walaubagaimanapun, rakaman berkualiti CD tidak diperlukan untuk projekmultimedia kerana saiznya yang besar akan melambatkan proses loading terutamanyabagi komputer low-end.

Bunyi boleh ditukar kebentuk digital dalam dua cara iaitu melalui contoh (samples) 8-bit atau 16-bit. Apabila bunyi analog didigitalkan melalui contoh (samples) 8-bit,gelombang analog dibahagikan kepada 256 bahagian (28) per saat, 256 bahagiantersebut menjadikan satu bait maklumat (information) atau 8-bit, sebab itu ianyadikenali sebagai rakaman 8-bit.

Page 5: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/5Audio dan Video

1 pusingan

Bunyi analog juga boleh dirakam dengan 65,536 percontohan (samples) atau 16-bitdan dikenali sebagai rakaman 16-bit. Melalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalahjauh lebih baik kerana ianya adalah 256 kali ganda jika dibandingkan dengan rakaman8-bit. Oleh yang demikian hasilnya adalah hampir sama dengan bunyi asal.

Bunyi biasanya dipercontohkan semula (resampled) dari 16-bit ke 8-bit untukmenjimat ruang storan. Kebiasannya, bunyi 8-bit adalah lossy, bermaksud maklumat(data) hilang apabila berlaku penterjemahan daripada bit depth yang lebih tinggi, yangakan menghasilkan kualiti bunyi yang kurang baik. Percontohan (sampling) 8-bitadalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkankualiti yang lebih baik, frekuensi perlu direndahkan daripada 22.5 kHz kepada 11.25kHz dan gunakan contoh (sample) 16-bit. Jika bunyi 8-bit digunakan, percontohan(sampled) pada 22.5 kHz diperlukan.

Frekuensi

Frekuensi bunyi bermaksud berapa kali gelombang bunyi melengkapkan satupusingan (cycle) dalam satu saat. Satu pusingan bermaksud pergerakkan lengkapgetaran dari atas ke bawah (back and forth). Ia juga dikenali sebagai pitch bunyi yangdiukur melalui jumlah pusingan per saat (cycles per second) atau hertz (Hz), ataukilohertz (kHz).

Rajah 5.3 menunjukkan lokasi satu pusingan untuk gelombang bunyi.

Page 6: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/6Audio dan Video

Rajah 5.3: Gelombang bunyi.

5.1.3 Format Fail: aiff, wav, mid, mp3

Jadual 5.1 menunjukkan perbandingan di antara saiz fail kadar percontohan untukmod rakaman yang berbeza.

Perbandingan Saiz Fail Untuk Kadar Percontohan (SamplingRate) / Mod Rakaman Yang BerbezaKadar Percontohan 16-bit

Stereo16-bitMono

8-bitStereo

8-bitMono

44.1 kHz dengan mampatanformat WAV

3.15MB 1.57MB 1.57MB 812KB

22.5 kHz dengan mampatanformat WAV

1.58MB 812KB 812KB 412KB

11.251 kHz dengan mampatanformat WAV

818KB 412KB 412KB 376KB

44.1 kHz format WAV 12.5MB 6.29MB 6.29MB 3.14MB

22.5 kHz format WAV 6.29MB 3.14MB 3.14MB 1.57MB

11.25 kHz format WAV 3.14MB 1.57MB 1.57MB 805KB

44.1 kHz format AIFF(AIFF tidak menyokong mampatan)

17.9MB 8.95MB 8.95MB 4.47MB

Jadual 5.1: Perbandingan saiz fail audio.Format fail audio ialah metodologi yang digunakan untuk menyusun bit dan bytesbunyi digital ke dalam fail data. Struktur fail perlulah diketahui terlebih dahulusebelum data boleh disimpan (save) atau kemudiannya diloadkan ke dalam sistem

Page 7: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/7Audio dan Video

komputer untuk disunting atau di mainbalik sebagai bunyi (sound). Antara format failaudio yang biasa digunakan dalam multimedia ialah wav, aiff, mid dan mp3.

Fail AIFF

Fail aiff, singkatan untuk Audio Interchange File Format adalah format yang biasadigunakan oleh komputer Macintosh untuk menyimpan bunyi digital sebagai fail data.Format ini tidak menyokong mampatan (compression) tetapi ia mempunyai kelebihanmultiplatform, iaitu boleh digunakan oleh kedua-dua sistem komputer; PC danMacintosh. Walaupun penggunaannya tidak begitu meluas untuk PC, terdapatbeberapa perisian popular seperti Macromedia Director yang menyokong penggunaanformat AIFF melalui PC tanpa perlu menggunakan perisian tambahan.

Fail Wave

Fail wave, singkatan untuk Waveform Audio File adalah format standard bagi failaudio digital yang digunakan oleh Microsoft yang mempunyai extension * .wavhujungnya. Fail format ini, adalah pada asasnya fail untuk sistem Windows walaupunterdapat beberapa model komputer sistem Macintosh yang berupaya memainbalik failwav. Fail wav menyokong beberapa jenis skim mampatan (compression schemes)bagi mengecilkan saiznya, bagaimanapun fail yang dimampatkan perlu di nyah-mampatkan sebelum dapat digunakan. Fail yang dimampatkan adalah baik untuktujuan storan tetapi akan mengambil masa yang agak penjang untuk loading. Formatwav juga boleh dirakamkan pada kadar percontohan (sampling rate) 8-bit atau 16-bitdalam mod mono ataupun stereo.

Fail MIDI

MIDI bermaksud Musical Instrument Digital Interface. Ianya adalah protokolstandard yang digunakan untuk membolehkan alat muzik berkomunikasi dengansistem komputer. Ini bermakna, papan kekunci elektronik, gitar dan lain-lain perantiMIDI boleh disambungkan ke synthesizers yang bersambung ke komputer. Muzikboleh digubah dan kemudiannya diterjemahkan kebentuk digital melalui synthesizer.Bagaimanapun, data MIDI bukanlah berbentuk digital tetapi merupakan perwakilanalat muzik dalam bentuk perangkaan (numerical representation of musicalinstrument). Fail MIDI adalah lebih mampat berbanding dengan fail audio digital dansaiz sesuatu fail MIDI tidak menentukan kualiti mainbalik fail tersebut (independentof playback quality). Secara amnya, fail MIDI adalah 200 hingga 1,000 kali lebih

Page 8: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/8Audio dan Video

kecil berbanding fail audio digital berkualiti CD, oleh yang demikian, fail MIDI tidakmenggunakan sumber RAM, ruang HDD dan CPU yang banyak.

MP3

Format audio MP3 adalah merupakan format audio terkini dan mempunyai ciri-ciricanggih yang menggunakan algorithma mampatan lossy yang menyahkan maklumat(data) yang tidak dapat didengari oleh telinga manusia. Format MP3 juga kenalisebagai MPEG3 (Motion Pictures Experts Group) – perkongsian dengan format yangdigunakan di dalam industri video. Melalui format ini, audio digital yang berkualitiCD boleh dimampatkan dengan faktor 12.1 tanpa mengalami kehilangan yang jelasdari segi kualitinya. Sebagai contoh, trek yang menggunakan ruang sebanyak 40MBdalam CD audio boleh dimampatkan sehingga 5MB atau kurang tanpa menjejaskankualiti audionya. Format MP3 sesuai digunakan dalam aplikasi multimedia keranamampatan yang tinggi membolehkan saiz fail dikecilkan dan seterusnya menjimatkanruang storan.

PCM

PCM bermaksud Pulse Code Modulation iaitu di antara CODEC (Compressor-Decompressor atau Pemampat-PenyahMampat) yang digunakan untukmemampatkan dan menyahmampatkan fail audio digital. Fail yang dimampatkanperlu dinyahmampatkan semula sebelum dapat digunakan. Selain daripada PCM,terdapat juga CODEC lain seperti IMA-ADPCM (Interactive Multimedia Association– Adaptive Differential Pulse Code Modulation) dan lain-lain.

Page 9: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/9Audio dan Video

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYASILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMANBERIKUTNYA

5.1 Nyatakan bagaimana bunyi analog terbentuk?

5.2 Bagaimana fail audio digital disimpan didalam storan komputer?

5.3 Apakah kelebihan audio digital dibandingkan dengan audio analog?

5.4 Nyatakan kelebihan dan kekurangan mod stereo dibandingkan denganmod mono?

5.5 Apakah jenis-jenis format fail audio digital yang biasa digunakandalam aplikasi multimedia?

AKTIVITI 5a

Page 10: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/10Audio dan Video

5.1 Daripada isyarat yang bergerak dalam gelombang yang berterusan.

5.2 Dalam bentuk kombinasi angka 0 dan 1 (sebagaimana juga storan datalain dalam sistem komputer).

5.3 Kebisingan latar (background noises) semasa proses rakaman dapatdikurangkan

Tidak berlaku kehilangan kualiti yang jelas apabila salinan (copies)dibuat daripada satu media digital ke media digital yang lain.

Proses suntingan boleh dilakukan secara non-linear.

5.4 Kelebihan: kualiti bunyi yang lebih baik.

Kekurangan: saiz fail yang jauh lebih besar (kerana rakaman dibuatmelalui kedua-dua saluran (channels).

5.5 aiff, wav, mid, mp3

MAKLUM BALAS 5a

Page 11: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/11Audio dan Video

5.2 MEDIA VIDEO

Salah satu komponen multimedia yang menarik adalah video. Sudah menjadi satukebiasaan untuk mempunyai satu atau lebih klip video di dalam suatu persembahan.Ia juga merupakan teknik terpantas untuk menyampai mesej kepada penonton. Videodapat menarik minat penonton dan juga dapat membantu kita mengingati lebihbanyak maklumat berbanding tulisan dan grafik.

Apakah yang dikatakan video? Video merupakan suatu siri frame yang mengandungibeberapa gambar dan bunyi yang dimainkan dalam satu fasa yang pantas. Satu framemengandungi satu gambar aksi yang tertentu. Apabila beberapa frame yangmempunyai gambar yang sama tetapi dalam aksi yang berlainan dikumpul , disusundan dimainkan dalam satu masa yang tertentu, gambar tersebut akan memberikankesan pergerakan. Konsep ini adalah bersamaan dengan konsep animasi kartun.

Video diukur dalam frame persaat (fps). Terdapat perbezaan ‘frame rate’ untuk videomengikut beberapa kawasan. Di United States, video dimainkan pada 30 fpsberpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh ‘broadcasting committee’atau National Television Standard Committee (NTSC). Untuk negara-negara diUnited Kingdom, Australia dan kebanyakkan negara di Asia, video diukur pada 25 fpsberpandukan kepada sistem penyebaran (broadcasting system) PAL atau lebihdikenali Phase Alternation Line.

Terdapat dua jenis video, analog dan digital video. Isyarat analog mengandungi nilaiyang berjujukan manakala isyarat video mengandungi nilai discrete.

Rajah 5.4 menunjukkan bentuk isyarat analog dan isyarat digital video.

INPUT

Isyarat analog Isyarat digital

Rajah 5.4: Isyarat Analog dan Digital

Page 12: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/12Audio dan Video

Filem yang dimainkan di VCR dan laser disc adalah analog kerana televisyenmerupakan peranti analog manakala video yang dimainkan di komputer adalahdigital. Memandangkan komputer adalah peranti digital, video analog mestiditukarkan kepada format digital untuk membolehkan komputer memproses bahantersebut. Dengan itu, sebarang klip video yang dimainkan di komputer adalah videodigital.

5.2.1 Jenis-jenis Format Video : AVI, MPEG, MOV

Masyarakat pada zaman ini semakin menuju ke arah dunia digital. Kebanyakanpersembahan multimedia yang dilakukan oleh pelbagai pihak samada dari sektorkerajaan atau swasta mengandungi elemen video digital. Kiosks-kiosks untuk profilsyarikat dan agensi-agensi kerajaan mengandungi beberapa klip video digital sebagaipanduan untuk menggambarkan sesuatu agenda. Seperti yang telah diketahui, telahwujud bunyi digital, telefon mudah-alih digital, peranti simpanan digital seperti CD-ROM, filem digital seperti DVDs (Digital Versatile Disc atau Digital Video Disc) danjuga satelit televisyen digital seperti Astro.

Video Analog

Kebanyakkan video analog adalah dalam bentuk pita video yang boleh dibeli ataupundisewa di kedai-kedai video. Pita video ini boleh dimainkan di mesin VCR.Organisasi boleh menggunakan pita video sebagai sumber latihan kepada pekerja danperpustaakn awam boleh menyimpan koleksi pita video untuk rujukan penggunaperpustakaan tersebut. Walaupun pita video boleh digunakan secara meluas sebagaiobjek penghubung multimedia, terdapat dua kekangan utama di dalam pita video.Kekangan tersebut adalah:

i. Pita video bersifat linear.

Maklumat yang disimpan di dalam pita adalah dalam bentuk berjujukan dan untukmencapai maklumat tertentu, pengguna harus menunggu masa yang lama untuk pitatersebut forward atau rewind sehinggalah berada pada maklumat spesifik yangdikehendaki oleh pengguna.

ii. Kebanyakan pemain pita video bukan berkawalan komputer.

Pengguna terpaksa menekan butang play, stop, fast-forward dan rewind secaramanual sekiranya pita video digunakan di dalam persembahan multimedia.

Page 13: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/13Audio dan Video

Video Digital

Video digital boleh disimpan di dalam cakera keras (hard disc, CD-ROM atau DVD).Oleh kerana video tersebut adalah dalam bentuk digital, ia boleh dihantar kepengguna melalui rangkaian komputer. Ini secara tidak langsung mengurangkanpenggunaan pemain pita video dan pemain videodisc. Video digital boleh dicapaisecara rawak daripada frame yang memudahkan pengguna memainkan bahagian klipvideo yang spesifik.

Penyunting video (Video Editors) membolehkan pengguna mengubah video digitalseperti video yang telah diimport dari kamera video. Dengan menggunakan VideoEditors, pengguna boleh memotong, menyusun semula, menambah transitions,memampatkan fail dan menentukan kadar frame persaat bagi sesuatu filem.

Video Editors membolehkan pengguna menyimpan fail-fail video ke dalam beberapaformat seperti :

i. Moving Pictures Experts Group (MPEG)

Satu kumpulan untuk format fail video dan standard ‘lossy compression’ untukmenghasilkan video‘full-motion’ . Versi terbaru adalah MPEG-2 yang menawarkanresolusi yang tinggi untuk skrin monitor dengan kelajuan sehingga 60 fps. MPEG-2merupakan format video yang digunakan oleh disk DVD-ROM. Fail video yangdisimpan dalam format MPEG mempunyai extension *.mpg.

ii. QuickTime

QuickTime adalah format fail video yang dibangunkan oleh Apple Computer. Versiterbaru iaitu QuickTime 3 memainkan video skrin penuh (full screen) dan kualitibroadcast. Fail video yang disimpan dalam format QuickTime mempunyai extension*.mov.

iii. Video Untuk Windows

Format fail video untuk Microsoft Windows yang lazimnya dipanggil AVI keranamempunyai extension *.avi. Format ini tidak sesuai untuk video skrin penuh (full-screen) dan kualiti broadcast.

Page 14: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/14Audio dan Video

5.2.2 Setting Untuk Format : film rate, resolusi warna, mampatan

Film rate

Kadar kelajuan sebuah filem boleh diukur dengan kadar frame per saat (fps). Satuframe bagi video adalah satu gambar persendirian. Real time video dimain pada 25 fpsmenggunakan standard PAL dan 30 fps menggunakan standard NTSC. Untuk filemyang ditayangkan di pawagam, filem tersebut dimainkan pada 24 fps. Pada masa kini,kebanyakan klip video dimainkan pada 15 fps. Semakin tinggi kadar frame persaat,semakin tinggi muatan storan diperlukan oleh komputer dan semakin besar storan failvideo tersebut.

Resolusi warna

Kebanyakan klip video pada masa kini adalah klip video berwarna. Warnamenjadikan sebuah video lebih menarik dan realistik. Walaubagaimanapun,penambahan warna dalam video akan menambahkan saiz fail video tersebut. Warnayang kelihatan di televisyen adalah terdiri daripada tiga warna utama iaitu merah,hijau dan biru (red, green dan blue (RGB)). Apabila warna-warna ini digunakan dikomputer, setiap warna tersebut akan mengambil muatan sehingga 8-bit per piksel.Untuk menghasilkan warna yang realistik pada video digital, setiap piksel warna akanbernilai 24-bit. Ini dipanggil colour depth atau true colour. Klip video hitam putihmemerlukan muatan yang kurang berbanding dengan klip video yang berwarna.

Mampatan

i. Codec

Codec (compressor/decompressor) adalah proses untuk mampat (compress) dannyahmampat (decompress) data bagi video. Terdapat beberapa codec yang seringdigunakan seperti Indeo, Cinepak dan MPEG (Motion Pictures Expert Group).Kesemua codec melakukan tugas yang sama tetapi pada tahap kualiti yang berbeza.Kebanyakkan codec adalah dalam bentuk perisian yang boleh dimainkan di komputerperibadi pengguna.

Kebanyakan PC pada masa kini menggunakan codec Cinepak dan Indeo. Tugas utamacodec adalah untuk mereka semula video ke dalam bentuk asal video tersebut.Pengcodec disertakan dengan perisian pendigitalan video dan video cature board.Pengcodec seperti Cinepak dan Indeo akan menghasilkan extension *.avi manakalaQuickTime akan menghasilkan extension *.mov.

Page 15: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/15Audio dan Video

Jadual 5.2 menunjukkan jenis codec dan extension nama fail.

Codec Extension FailCinepak .avi

Indeo .aviApple QuickTime .mov

MPEG .mpg

Jadual 5.2: Jenis codec dan extension fail

ii. Mampatan video (Video Compression)

Video compression membenarkan video digital dimainkan di komputer. Prosesmampatan ini akan mengecilkan saiz video yang belum dimampat kepada saiz yangboleh diproses oleh komputer. Tanpa proses mampatan, komputer yang berkelajuantinggi tidak mampu untuk memproses video tersebut.

Video Digital adalah suatu siri frame yang mengandungi beberapa piksel. Ia harusdimampat untuk diproses oleh komputer dan dinyahmampat untuk dilihat di skrinmonitor. Dalam proses mampatan, piksel akan diubah ke dalam bentuk pernyataanmatematik yang lebih padu (compact) dan proses sebaliknya berlaku dalam prosesnyahmampatan.

Proses mampatan tidak akan mengurangkan bilangan piksel di dalam video digital.

Rajah 5.5 menunjukkan proses mampatan dan nyahmampatan bagi video digital.

Rajah 5.5: Proses Video Compression dan Decompression

Page 16: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/16Audio dan Video

Terdapat dua bentuk compression iaitu lossless compression dan lossy compression.

a. Lossless compression

Lossless compression adalah proses mampatan dan nyahmampatan yangmenghasilkan fail-fail baru sama seperti fail yang asal. Proses mampatan jenis inidigunakan untuk memampatkan fail berjenis EXE atau execute file kerana sebarangkehilangan data dalam fail-fail ini akan menjejaskan fail-fail yang lain.

b. Lossy compression

Lossy compression banyak digunakan untuk memampat frame grafik statik dan failvideo digital. Ia memampat gambar-gambar ke dalam bentuk fail yang kemudiannyaakan dinyahmampat ke dalam bentuk yang hampir sama dengan gambar asal. Contohlossy compression adalah JPEG (Joint Photographic Expert Group) yang bolehdidapati di Internet dan boleh dimuat turun ke dalam cakera keras.

Mampatan untuk video digital boleh dikategorikan berjenis lossy compression. Iamengandungi dua teknik mampatan iaitu mampatan antara frame (interframecompression) dan mampatan di dalam frame (intraframe compression). Interframecompression ialah proses mampatan di antara dua frame manakala interframecompression adalah proses mampatan di dalam frame yang sama. Walaupunkebanyakan codec menggunakan teknik intraframe compression, tidak semua codectersebut membuat interframe compression. Codec MPEG menggunakan JPEGsebagai teknik intraframe compression.

5.2.3 Memahami Merakam Video

Proses rakaman video melibatkan kos pelaburan yang agak tinggi. Ini adalah kerana,untuk menghasilkan sebuah video skrin penuh (full screen) dan full motion di dalamprojek multimedia memerlukan perkakasan dan perisian yang tertentu. Perkakasandan perisian ini boleh dibeli ataupun disewa di studio video profesional. Kadangkala,studio profesional dapat membekalkan peralatan mengedit video dan postproduksiyang berkemampuan tinggi.

Terdapat beberapa tips yang boleh diikuti ketika rakaman video. Antaranya ialah:

i. Platform rakaman

Platform yang digunakan ketika rakaman video dibuat mestilah stabil. Ini adalahuntuk mengelakkan penghasilan video yang bergegar. Sebagai contoh, kamera boleh

Page 17: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/17Audio dan Video

diletakkan di atas platform yang stabil seperti di atas bumbung kereta ketika rakamansituasi yang bergerak. Sekiranya pengguna ingin membuat rakaman tanpa platformataupun hands free, pengguna digalakkan menggunakan kamera yang mempunyaifitur penstabilan imej elektronik (electronic image stabilization) untuk rakaman statik.

ii. Pencahayaan

Perbezaan yang ketara di antara jurukamera profesional dengan jurukamera amaturadalah kebolehan untuk menghasilkan rakaman yang baik dalam pencahayaan yangrendah. Pencahayaan rakaman yang baik adalah penting untuk menghasilkan videoyang berkualiti.

iii. Teknik Blue Screen atau Chroma Key

Teknik blue screen adalah popular untuk menghasilkan sebuah projek multimediakerana set yang diperlukan adalah agak murah. Latarbelakang yang menarik dapatdihasilkan menggunakan gabungan perisian 3-D modelling, perisian grafik, satu ataulebih pelakon dan juga objek-objek lain yang disusun di atas skrin biru. Perisianaplikasi yang boleh digunakan dalam teknik blue screen adalah seperti VideoShop,Primier, Final CutPro dan iMore.

iv. Komposisi

Rakaman video yang dihasilkan untuk dimainkan di CD-ROM atau di Webmelibatkan tetingkap komputer yang kecil. Adalah baik sekiranya jurukameramengelakkan dari merakam kawasan panorama yang luas. Ini adalah kerana, kesankhas yang didapati daripada panorama yang luas tersbut tidak kelihatan di skrinkomputer yang kecil. Gunakan teknik close-ups dan medium shots untuk rakamanpanorama. Jumlah pergerakan (motion) di dalam rakaman juga perlu diambil kira.Semasa rakaman dibuat, elakkan membuat pergerakan (motion) yang banyak sepertizooming dan panning kerana semakin banyak pergerakan lebih banyak ruang ingatankomputer digunakan. Ini akan melambatkan perjalanan video tersebut.

5.2.4 Memahami Proses Mengedit Video

Setelah video dirakam, kemungkinan video tersebut perlu disunting untuk prosespengemasikinian. Adalah amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk merakamsebuah video yang baik tanpa proses suntingan.

Page 18: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/18Audio dan Video

Proses menyunting adalah penting untuk membuag atau menambah sesuatu peristiwadi dalam video. Kesan khas dan transitions boleh ditambah di dalam klip untukmenyempurnakan persembahan video. Kebanyakan perisian rakaman video yangdiperolehi disertakan dengan perisian untuk menyunting. Sebagai contoh, Video forWindows didatangkan sekali bersama Videdit.

Perisian mengedit video yang popular adalah seperti Adobe Premier yang digunakandi atas platform Mac dan Windows. Perisian ini membolehkan penggunamencantumkan beberapa fail video yang berlainan. Selain daripada menambah danmemotong frame video, pengguna juga boleh menambah swipes dan transitions diatas klip video tersebut mengikut kesesuaian apabila menggunakan perisian AdobePremier.

Page 19: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/19Audio dan Video

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYASILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMANBERIKUTNYA

5.6 Apakah yang dimaksudkan dengan video?

5.7 Berikan contoh-contoh codec.

5.8 Berikan TIGA format extension fail bagi video digital.

5.9 Berikan DUA teknik mampatan berjenis lossy compression.

5.10 Apakah kegunaan platform rakaman?

AKTIVITI 5b

Page 20: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/20Audio dan Video

5.6 Video merupakan suatu siri frame yang mengandungi beberapagambar dan bunyi yang dimainkan dalam satu fasa yang pantas.

5.7 Cinepak, Indeo, Apple QuickTime, MPEG.

5.8 *.mpg, *.mov, *.avi.

5.9 Mampatan antara frame (Interframe compression) dan mampatan didalam frame (Intraframe compression).

5.10 Platform rakaman digunakan untuk mengelakkan penghasilan videoyang bergegar.

MAKLUM BALAS 5b

Page 21: OBJEKTIF -   · PDF fileMelalui rakaman 16-bit, fideliti bunyi adalah ... adalah lebih bising (noisier) daripada percontohan 16-bit dan bagi mendapatkan kualiti yang lebih baik,

F3013/Unit 5/21Audio dan Video

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalampenilaian kendiri.Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarahanda.Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

SOALAN 1Terangkan dengan jelas proses pertukaran (conversion) dari format audio analog keaudio digital.

SOALAN 2Apakah yang dimaksudkan dengan kadar percontohan (sampling rate)? Terangkanapa yang berlaku apabila audio analog didigitalkan melalui contoh (samples) 8-bit dan16-bit.

SOALAN 3Berikan penerangan ringkas tentang film rate dan resolusi warna bagi video.

SOALAN 4Berikan tips-tips yang boleh diikuti ketika membuat rakaman video besertapenerangan ringkas.