nurulain binti isa€¦ · hubungan antara kerja rumah dengan . pencapaian akademik dalam pelajar...
TRANSCRIPT
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK DALAM PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NURULAIN BINTI ISA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NURULAIN BINTI ISA
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM PELAJAR TINGKATAN EMPAT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
DR YEO KEE JIAR (NAMA PENYELIA)
B-04-05 PPR HILIRAN AMPANG, JALAN AMPANG PUTRA, 55100 AMPANG, KUALA LUMPUR
Tarikh: 30 APRIL 2009 Tarikh: __30 APRIL 2009____ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : DR YEO KEE JIAR
Tarikh : 30 APRIL 2009
HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK DALAM PELAJAR TINGKATAN
EMPAT
NURULAIN BINTI ISA
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………….
Nama Penulis : NURULAIN BINTI ISA
Tarikh : APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Khas untuk insan-insan yang teristimewa dalam hidupku…
Ayahanda dan Bonda yang tersayang…
En. Isa Bin Hj. Abu Bakar dan Puan Rohani Binti Abdul Hamid
Nenda yang senantiasa setia menyayangiku…
Nenda Ainon Binti Mohamed Said
Kekanda dan adinda yang dikasihi…
Along, Ikin & Azam
Dan satu-satunya insan yang memiliki hatiku…
Mohd Rifqi Bin Mohd Naseri
Serta tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan…
Jasa kalian pasti ku kenang…
Semoga senantiasa dalam keberkatan Ilahi…
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
SAW. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat
saya melengkapkan projek ini dalam tempoh masa yang dijadualkan.
Dikesempatan ini, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada kedua
ibu bapa saya, Bonda Rohani binti Abdul Hamid dan Ayahanda Isa bin Haji Abu Bakar
di atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Teristimewa buat adik
beradik yang lain, Mu’adz, Nurul Ashikin dan Mokhzzani kerana memberikan
dorongan dan menjadi perangsang kepada saya untuk menamatkan pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat
penyelia projek saya iaitu Dr Yeo Kee Jiar, pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
serta staff di Pejabat Fakulti Pendidikan kerana banyak memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepada saya untuk melengkapkan kajian ini secara khususnya dan pengajian
di Universiti ini secara umumnya. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah dan juga buat semua responden
yang terlibat secara langsung dengan kajian ini.
Khusus buat Mohd Rifqi Bin Mohd Naseri, terima kasih kerana sentiasa
memahami dan setia membantu, untuk rakan-rakan seperjuangan, tingkatkan semangat
dan iltizam untuk terus maju di masa akan datang. Semoga kajian ini akan dapat
memberikan manfaat untuk pembangunan sistem pendidikan negara di masa akan
datang.
v
ABSTRAK
Kerja rumah merupakan komponen penting dalam proses pengajaran pembelajaran. Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan tidak terdapat korelasi antara kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar, tetapi kerja rumah masih dianggap berfaedah dan berupaya meningkatkan mutu disiplin pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris dengan pencapaian akademik dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa; (2) jenis kerja rumah (latihan dan persediaan), dan (3) cara pengelolaan guru (semasa dan selepas kerja rumah diberikan). Sampel kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah sekolah yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang terdiri daripada Bahagian A tentang latar belakang responden dan Bahagian B pula terdiri daripada 30 soalan yang berbentuk skala Likert. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) version 15.0. Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah α = 0.92. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah dengan pencapaian akademik dalam tiga aspek: (1) peruntukan masa dalam kerja rumah Bahasa Inggeris dan Matematik; (2) cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah Sejarah diberikan), dan (3) jenis kerja rumah (latihan) dalam mata pelajaran Matematik. Hasil kajian turut menunjukkan tidak terdapat korelasi yang signifikan dengan pencapaian akademik dalam lima aspek: (1) peruntukan masa menyiapkan kerja rumah Sejarah; (2) jenis kerja rumah (latihan) dalam mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Inggeris; (3) jenis kerja rumah (persediaan) dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris; (4) cara pengelolaan guru (semasa kerja rumah Matematik dan Bahasa Inggeris diberikan); dan (5) cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah diberikan) dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris. Dapatan kajian memberikan implikasi bahawa guru tidak patut membebankan pelajar dengan jumlah kerja rumah yang terlalu banyak tetapi sewajarnya memastikan kerja rumah yang diberikan dapat mengukuhkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah serta dikaitkan dengan matlamat serta pemahaman pelajar.
vi
ABSTRACT
Homework is an important component in teaching and learning process. Although there are research findings showing no relationship between homework and students’ academic achievement, homework is still assumed to give benefits to students and also enhance their discipline. The aims of this research were to identify relationships between homework in History, Mathematics and English and their academic achievements. Variables studied were: (1) time spent by respondents in doing homework; (2) types of homework (practice and preparation), and (3) teachers’ supervision method in homework (during and after teacher assigned homework). Sample consists of 120 Form Four students from four secondary schools randomly selected. A set of questionnaire was constructed as instrument tool. Part A covers respondents’ background and Part B consists of 30 items using Likert scale. Data was analyzed by using computer software Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) version 15.0. The reliability of the instrument used in this study is α = 0.92. Research findings showed a significant but weak relationship with achievement in three aspects: (1) time spent in English and Mathematic homework; (2) teachers’ supervision method (during History homework given), and (3) types of homework (practice) for Mathematic. Research findings also showed no significant correlations with academic achievement in five aspects: (1) time spent in History homework; (2) types of homework (practice) for History and English; (3) types of homework (preparation) for History, Mathematic and English; (4) teachers’ supervision method (during Mathematic and English homework are given); (5) teachers’ supervision method (after homework are given) in History, Mathematic and English. The research findings implied that teachers should not burden students with too much homework but to assign tasks which could enhance their thinking and problem-solving skills besides connecting to the overall goals and students’ understanding.
vii
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB TAJUK
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
viii
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Kajian 7
1.7 Rasional Kajian 9
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.8.1 Pelajar 10
1.8.2 Guru 10
1.8.3 Pihak Pengurusan Sekolah 11
1.8.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 11
1.8.5 Ibu Bapa 12
1.9 Skop Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 13
1.11 Kerangka Teori 14
1.11.1 Teori Kognitif 14
1.11.2 Teori Pembelajaran Sosiobudaya 14
1.12 Kerangka Konsep 15
1.13 Definisi Istilah Kajian 17
1.13.1 Kerja Rumah 17
1.13.2 Pencapaian Akademik 17
1.13.3 Peruntukan Masa 18
1.13.4 Pengelolaan Guru 18
1.14 Penutup 18
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 20
2.1 Pengenalan 20
2.2 Kajian Lepas dalam Luar Negeri 21
2.2.1 Peruntukan Masa dalam Kerja 21
Rumah dengan Pencapaian Pelajar
2.2.2 Jenis Kerja Rumah dengan Pencapaian 27
Pelajar
2.2.3 Cara Pengelolaan Guru dalam Kerja 30
Rumah dengan Pencapaian Pelajar
ix
2.3 Kajian Lepas dalam Negeri 36
2.3.1 Peruntukan Masa dalam Kerja 36
Rumah dengan Pencapaian Pelajar
2.3.2 Jenis Kerja Rumah dengan Pencapaian 37
Pelajar
2.3.3 Cara Pengelolaan Guru dalam Kerja 37
Rumah dengan Pencapaian Pelajar
2.4 Kajian Lepas dalam Universiti yang 38
Berkaitan dengan Kerja Rumah
2.5 Teori yang digunakan dalam kajian 40
2.5.1 Teori Kognitif 40
2.5.2 Teori Pembelajaran Sosiobudaya 42
2.6 Penutup 43
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 44
3.1 Pengenalan 44
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 46
3.4 Instrumen Kajian 46
3.4.1 Bahagian A 47
3.4.2 Bahagian B 47
3.5 Prosedur Kajian 49
3.6 Kajian Rintis 50
3.7 Analisis Data 51
3.7.1 Analisis Deskriptif 51
3.7.2 Analisis Inferensi 52
3.8 Penutup 52
BAB 4 ANALISIS DATA 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis Deskriptif 54
x
4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 54
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut 55
Jantina
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut 55
Bangsa
4.2.1.3 Taburan Markah Responden 56
Bagi Mata Pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.2.1.4 Taburan Peruntukan Masa oleh 57
Responden untuk Menyiapkan
Kerja Rumah Sejarah, Matematik
dan Bahasa Inggeris
4.2.1.5 Taburan Responden Mengikut 59
Pendapatan Bulanan Keluarga
4.2.2 Analisis Jenis Kerja Rumah dan Cara 60
Pengelolaan Guru dalam Mata Pelajaran
Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.3 Analisis Inferensi 74
4.3.1 Analisis Hubungan antara Peruntukan 75
Masa Menyiapkan Kerja Rumah
dengan Pencapaian bagi mata pelajaran
Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.3.2 Analisis Hubungan antara Kerja Rumah 77
Jenis Latihan dengan Pencapaian
bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.3.3 Analisis Hubungan antara Kerja Rumah 79
Jenis Persediaan dengan Pencapaian
bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
xi
4.3.4 Analisis Hubungan antara Cara 81
Pengelolaan Guru (Semasa Kerja
Rumah Diberikan) dengan Pencapaian
bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.3.5 Analisis Hubungan antara Cara 83
Pengelolaan Guru (Selepas Kerja
Rumah Diberikan) dengan Pencapaian
bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik
dan Bahasa Inggeris
4.4 Penutup 85
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 87
CADANGAN
5.1 Pengenalan 87
5.2 Perbincangan Kajian 87
5.2.1 Hubungan antara Peruntukan Masa 88
Dalam Kerja Rumah dengan Pencapaian
Pelajar
5.2.2 Hubungan antara Jenis Kerja Rumah 90
dengan Pencapaian Pelajar
5.2.3 Hubungan antara Cara Pengelolaan Guru 91
Terhadap Kerja Rumah dengan Pencapaian
Pelajar
5.3 Rumusan Kajian 92
5.4 Cadangan 93
5.4.1 Pelajar 93
5.4.2 Guru 95
5.4.3 Pihak Pengurusan Sekolah 97
5.4.4 Kementerian Pelajaran Malaysia 98
5.4.5 Ibu Bapa 100
xii
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 100
5.6 Penutup 102
RUJUKAN 103
LAMPIRAN A 111
LAMPIRAN B 113
LAMPIRAN C 119
LAMPIRAN D 120
LAMPIRAN E 121
LAMPIRAN F 122
LAMPIRAN G 123
LAMPIRAN H 124
LAMPIRAN I 125
LAMPIRAN J 126
xiii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
3.1 Pengelasan item soalan bedasarkan tiga pembolehubah 48
dalam set soal selidik
3.2 Skala Likert untuk Bahagian B 48
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 55
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Markah Peperiksaan Pertengahan 56
Tahun Tingkatan Empat Responden bagi Mata Pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.4 Taburan Peruntukan Masa oleh Responden dalam Setiap Minggu untuk 58
Menyiapkan Kerja Rumah Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.
4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengiku Pendapatan 59
Bulanan Keluarga
4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden bagi Jenis Kerja 61
Rumah (Latihan) bagi Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden bagi Jenis Kerja 63
Rumah (Persediaan) bagi Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.8 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden bagi Jenis Kerja 65
Rumah (Tambahan) bagi Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.9 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden bagi Cara 68
Pengelolaan Guru (Semasa Kerja Rumah Diberikan) bagi Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
xiv
4.10 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden bagi Cara Pengelolaan 71
Guru (Selepas Kerja Rumah Diberikan) bagi
Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.11 Analisis hubungan antara peruntukan masa untuk menyiapkan 76
Kerja rumah dengan pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.12 Analisis hubungan antara jenis latihan dengan pencapaian bagi mata 78
pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.13 Analisis hubungan antara jenis persediaan dengan pencapaian 80
bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris
4.14 Analisis hubungan antara cara pengelolaan guru (semasa kerja 82
rumah diberikan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.15 Analisis hubungan antara cara pengelolaan guru (selepas kerja 84
rumah diberikan) dengan pencapaian bagi mata pelajaran Sejarah,
Matematik dan Bahasa Inggeris
4.16 Keputusan penuh hipotesis dalam hubungan antara kerja rumah 85
dengan pencapaian akademik pelajar
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
TIMSS Trends In International Mathematics And Science Study
ERDP Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Pendidikan
SPSS Statistical Package For Social Sciences
UTM Universiti Teknologi Malaysia
ZPD Zone of Proximal Development
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Sumber dari “Less Homework, Higher Scores” 111
B Borang Soal Selidik Hubungan Antara 113
Kerja Rumah Dengan Pencapaian Akademik Dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan Empat
C Surat Kebenaran untuk Menjalankan Kajian di 119
Sekolah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
D Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan 120
Maklumat daripada Universiti Teknologi Malaysia
E Surat Pengesahan Keesahan Soal Selidik 121
F Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Rintis 122
G Surat Pengesahan Menjalankan Kajian daripada 123
SMK Sri Tanjung
H Surat Pengesahan Menjalankan Kajian daripada 124
SMK Sri Perhentian
I Surat Pengesahan Menjalankan Kajian daripada 125
SMK Ayer Baloi
J Surat Pengesahan Menjalankan Kajian daripada 126
SMK Dato’ Penggawa Barat
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, isu kerja rumah menjadi isu yang cukup hangat dalam
dunia pendidikan. Isu kerja rumah mendapat perhatian daripada masyarakat kita dan
masyarakat barat serta kian hangat diperdebatkan sama ada diperingkat pihak
pentadbiran sekolah, guru-guru, ibu bapa malah para pelajar sendiri, malah, isu kerja
rumah merupakan satu isu yang telah mendapat perhatian serius ibu bapa dan guru-guru
(Hodapp dan Hodapp, 1992; Singh, 1970; Strang, 1960; Strother, 1986). Terdapat
banyak kajian yang telah dijalankan sama ada oleh penyelidik dari Universiti Tempatan
ataupun luar negara berhubung dengan kesan pelaksanaan kerja rumah terhadap
pencapaian akademik para pelajar. Terdapat kajian yang cenderung untuk
mencadangkan bahawa kerja rumah yang dilaksanakan dengan konsisten dan teratur
dapat menyumbang kepada perkembangan kognitif dan emosi pelajar (Cooper, 1984,
1989; Featherstone, 1985).
Berdasarkan sejarah kerja rumah 30 tahun lampau, kerja rumah telah dibahaskan
sejak tahun 1800, memang terbukti telah terdapat ketidaksetujuan terhadap nilai kerja
rumah dalam kalangan penyelidik-penyelidik sendiri di seluruh dunia.
2
Peranan kerja rumah memang terbukti penting untuk meningkatkan prestasi
akademik pelajar. Melalui kerja rumah, pelajar dituntut untuk meluangkan masa
yang lebih untuk menyiapkan kerja rumah, secara tidak langsung pelajar berpeluang
mendapatkan input-input tentang pelajaran. Selain itu, kerja rumah dapat menjana
pembentukan disiplin diri dan nilai-nilai positif dalam diri pelajar. Kerja rumah
secara tipikalnya dilaksanakan oleh pelajar tanpa seliaan menyeluruh oleh pihak
guru mahupun ibu bapa, tetapi dilaksanakan sendiri oleh pelajar dan dinilai
kemudiaannya. Perkara ini secara tidak langsung dapat membentuk asas disiplin diri
dalam diri pelajar (Strother, 1986).
Sungguhpun terbukti bahawa pelaksanaan kerja rumah memberikan kesan
positif kepada pelajar, namun bagaimana pula dengan dakwaan bahawa kerja rumah
adalah bebanan yang hanya mengganggu kualiti masa pelajar bersama keluarga dan
seolah-olah pihak guru menafikan hak sosial para pelajar seperti beriadah, menonton
televisyen dan keluar bersama rakan-rakan? Bagi pelajar yang terlibat secara aktif
dalam aktiviti sukan pada waktu petang, kerja rumah tidak lebih hanyalah bebanan
yang terpaksa dihadapi oleh mereka pada waktu malam. Namun walau apa sekalipun
alasan, kajian untuk mengenal pasti hubungan antara kerja rumah dengan
pencapaian akademik pelajar perlu dijalankan memandangkan terdapat kepelbagaian
pendapat yang positif dan negatif berhubung nilai kerja rumah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Meskipun kebanyakan ibu bapa memberi sokongan terhadap kerja rumah,
namun terdapat juga segelintir ibu bapa yang membangkang pemberian kerja rumah
dengan alasan bahawa kerja rumah memberi tekanan kepada anak-anak mereka.
Oleh yang demikian, adalah sukar untuk kita mengetahui sejauh manakah kerja
rumah memberi kesan positif dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik
para pelajar. Berdasarkan dapatan kajian-kajian yang lepas, memang telah terbukti
bahawa pelaksanaan kerja rumah mampu memberi kesan positif terhadap
pencapaian akademik pelajar, meningkatkan tanggungjawab guru-guru untuk
memeriksa tugasan pelajar selain mampu memperbaiki kemahiran organisasi. Selain
itu, kerja rumah juga dapat memupuk minat pelajar terhadap pelajaran.
3
Walaubagaimanapun, satu perkara yang harus ditegaskan di sini ialah, implikasi
positif kerja rumah terhadap diri pelajar adalah berkadar langsung dengan usia
pelajar, maka jumlah kerja rumah yang diberikan oleh guru hendaklah bersesuaian
dengan usia pelajar (Pamela Paul, 2004).
Dalam satu kajian yang telah dijalankan di Kanada, kebanyakan ibu bapa
berpendapat jumlah kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru kepada anak-anak
mereka adalah keterlaluan banyaknya, selain menghadkan masa bersama keluarga,
kerja rumah juga mengakibatkan tekanan dalam hubungan kekeluargaan (Linda
Cameron dan Lee Barrel, Ontario Institute for Studies in Education, 2008).
Kesedaran mengenai tekanan yang dialami oleh pelajar akibat bebanan kerja
rumah yang melampau mula disedari oleh pihak pengurusan sekolah apabila ibu
bapa mula membuat aduan dan menyatakan kebimbangan mereka kepada pihak
sekolah. Pada April 2002, kerja rumah telah menjadi topik yang hangat
diperdebatkan antara ibu bapa lapor National Association of Elementary School
Principals (Paul Houston, 2002). Berdasarkan dapatan kajian atas 100 kajian
didapati bahawa kerja rumah berkeupayaan untuk meningkatkan produktiviti pelajar
menengah dengan jangka masa purata tidak melebihi 2 jam semalaman (Harris
Cooper, 1984).
Daripada statistik yang dikeluarkan oleh University Of Michingan, secara
puratanya pelajar sekolah memperuntukkan masa selama 2 jam setiap malam untuk
menyempurnakan kerja rumah berbanding 85 minit pada tahun 1981 (Andrew
Goldstein, 2000). Klimaksnya, akibat dari tekanan kerja rumah yang semakin
membebankan, persatuan pelajar di Amerika telah melancarkan pemberontakan dan
mendakwa kerja rumah telah membataskan aktiviti sosial pelajar dan saban malam
menuntut masa pelajar untuk menyempurnakannya (Phi Delta Kappan, 2007).
Sehubungan itu, adakah kerja rumah memberi manfaat kepada pelajar?
Berdasarkan kesan positif dan negatif kerja rumah terhadap pelajar yang telah
dinyatakan, adalah sukar untuk kita membuat satu kesimpulan tentang nilai kerja
rumah. Oleh itu, adalah wajar lebih kajian terhadap pelbagai aspek seperti
4
peruntukan masa, kuantiti kerja rumah, jenis kerja rumah dan cara pengelolaan guru
terhadap kerja rumah dilaksanakan.
1.3 Penyataan Masalah
Hasil daripada pembacaan penyelidik ke atas kajian-kajian yang telah
dijalankan sama ada di luar negara ataupun di universiti tempatan, penyelidik
mendapati bahawa terdapat ketidaksetujuan terhadap nilai kerja rumah dalam
kalangan penyelidik-penyelidik. Rentetan daripada itu, adalah wajar lebih kajian
dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana hubungan peruntukan masa dalam
kerja rumah dengan pencapaian akademik pelajar. Pencapaian juga dikaitkan secara
tidak langsung dengan jenis kerja rumah yang dilaksanakan, cara guru mengelolakan
kerja rumah iaitu semasa dan selepas kerja rumah diberikan.
Dalam kajian ini, penyelidik akan mengkaji hubungan antara kerja rumah
dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah harian
biasa. Persoalan sejauh manakah kerja rumah memberi kesan positif kepada
pencapaian akademik pelajar akan dikaji oleh penyelidik dengan membataskan skop
penyelidikan kepada hubungan masa yang diperuntukkan pelajar untuk
melaksanakan kerja rumah dengan pencapaian akademik, hubungan antara jenis
kerja rumah iaitu sama ada latihan ataupun persediaan dengan pencapaian akademik
pelajar dan yang terakhir hubungan antara cara pengelolaan guru iaitu semasa dan
selepas kerja rumah diberikan dengan pencapaian akademik pelajar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian yang akan dijalankan ini secara umumnya adalah untuk
mengkaji hubungan antara kerja rumah dengan prestasi akademik pelajar tingkatan
empat sekolah menengah harian biasa. Walaubagaimanapun, secara khususnya,
kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kerja rumah dari aspek
peruntukan masa, jenis iaitu terbahagi kepada jenis latihan dan persediaan. Selain itu
penyelidik turut mengkaji hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian pelajar
5
dari aspek pengelolaan guru semasa kerja rumah diberikan dan selepas kerja rumah
diberikan. Secara lebih spesifik, kajian ini melibatkan lima objektif utama iaitu
untuk mengenal pasti :
i. Hubungan antara peruntukan masa dalam melaksanakan kerja rumah
dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan
Bahasa Inggeris.
ii. Hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan pencapaian dalam
mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.
iii. Hubungan antara kerja rumah jenis persediaan dengan pencapaian
dalam mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.
iv. Hubungan antara cara pengelolaan guru dalam kerja rumah (semasa
kerja rumah diberikan) dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.
v. Hubungan antara cara pengelolaan guru dalam kerja rumah (selepas
kerja rumah diberikan) dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.
1.5 Persoalan Kajian
Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk menjawab beberapa
persoalan. Persoalan kajian ini adalah seperti berikut :
i. Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam
melaksanakan kerja rumah dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Sejarah?
6
ii. Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam
melaksanakan kerja rumah dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Matematik?
iii. Adakah terdapat hubungan antara peruntukan masa dalam
melaksanakan kerja rumah dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris?
iv. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah?
v. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?
vi. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis latihan dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
vii. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan
dengan pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah?
viii. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan
dengan pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?
ix. Adakah terdapat hubungan antara kerja rumah jenis persediaan
dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
x. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah?
xi. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?
7
xii. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (semasa kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
xiii. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah?
xiv. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Matematik?
xv. Adakah terdapat hubungan antara cara pengelolaan guru terhadap
pelaksanaan kerja rumah (selepas kerja rumah diberikan) dengan
pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris?
1.6 Hipotesis Kajian
Hipotesis awal kajian yang telah dapat dibentuk berdasarkan objektif kajian
adalah seperti berikut :
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
untuk menyiapkan kerja rumah Sejarah dengan pencapaian Sejarah.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
untuk menyiapkan kerja rumah Matematik dengan pencapaian
Matematik.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara peruntukan masa
untuk menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris dengan pencapaian
Bahasa Inggeris
8
Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan Sejarah dengan pencapaian Sejarah.
Ho5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan Matematik dengan pencapaian Matematik.
Ho6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
latihan Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris.
Ho7 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan Sejarah dengan pencapaian Sejarah
Ho8 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan Matematik dengan pencapaian Matematik.
Ho9 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerja rumah jenis
persediaan Bahasa Inggeris dengan pencapaian Bahasa Inggeris.
Ho10 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru semasa kerja rumah Sejarah diberikan dengan pencapaian
Sejarah.
Ho11 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru semasa kerja rumah Matematik diberikan dengan pencapaian
Matematik.
Ho12 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru semasa kerja rumah Bahasa Inggeris diberikan dengan
pencapaian Bahasa Inggeris.
Ho13 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru selepas kerja rumah Sejarah diberikan dengan pencapaian
Sejarah.
9
Ho14 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru selepas kerja rumah Matemak diberikan dengan pencapaian
Matematik.
Ho15 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara cara pengelolaan
guru selepas kerja rumah Bahasa Inggeris diberikan dengan
pencapaian Bahasa Inggeris.