nur athirah mimol (d20111048162) sivik tema 6
TRANSCRIPT
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi terpuji
ii. Mengamalkan ciri-ciri peribadi terpuji
untuk kejayaan diri
iii. Membina ketahanan diri untuk
menghadapi cabaran
iv. Membentuk sahsiah dan emosi yang
positif
v. Berusaha untuk meningkatkan
peribadi terpuji
Ciri-ciri peribadi terpuji
- Kerohanian dan keimanan
- Pertuturan dan tingkah laku yang mulia
- Ketahanan diri
- Kecerdasan emosi (EQ)dan intelek (IQ)
- Usaha meneruskan kecemerlangan
Peribadi terpuji
Disanjung tinggi
Orang yang cemerlang biasanya dilihat
berdasarkan peribadinya. Kita perlu menjaga diri
untuk mengekalkan peribadi yang terpuji.
Antara peribadi yang terpuji ialah amanah, tidak
mungkir janji, dan mematuhi disiplin.
Apabila kita mempunyai peribadi yang baik kita akan
disanjung tinggi. Rasa harga diri dan penghormatan
akan meningkat dan dapat meningkatkan aspek
kerohanian dalam diri.
Hasilnya, kita akan yakin dengan kebolehan dan
kemampuan diri.
Agama membentuk
peribadi mulia
Kepentingan beragama:
Agama akan menjadi garis panduan dan benteng kepada
umat manusia sejagat dalam menjalani hidup. Keteguhan agama
dalam diri seseorang akan memandu ke arah kebaikan dan
mencegah dari segala perbuatan yang mungkar.
Setiap agama
menuntut umatnya
mengamalkan tingkah
laku yang mulia, saling
hormat menghormati
sesama manusia, berbuat
baik sesama insan, ada
sifat belas ikhsan sesama
manusia dan juga
haiwan.
Setiap agama juga menuntut umatnya menjaga
kesopanan dan maruah diri serta menjauhkan diri segala
perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan
merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, kita haruslah sentiasa bersyukur dengan
anugerah Tuhan.
Apabila seseorang itu bercakap dengan
anda, berikan perhatian sepenuhnya.
Bercakaplah dengan lembut dan jangan meninggikan suara.
Belajarlah untuk memberi pujian kepada orang yang anda sedang
bercakap.
Berbincang dan berbahas dengan baik .
Cara berhemah berkomunikasi
Berfikiran Rasional
Rasional bermaksud berfikir secara terbuka dan matang dalam memberkan alasan
dan bukti yang nyata, berkeupayaan
membuat pertimbangan, keputusan
dan tindakan dengan berkesan berdasarkan ilmu.
Setiap keputusan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada
diri atau orang lain. Oleh itu, setiap
keputusan perlu dikaji dengan teliti.
Pastikan keputusan yang dipilih benar-benar mampu untuk anda
laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda.
Apabila anda telah melaksanakan
keputusan yang diambil, lihat kembali kesan2 yang berlaku.
Usaha berterusan ke arah
kecemerlangan
Langkah mencapai kecemerlangan:
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan
Anda Sejelas-jelasnya.
Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-
Matlamat Anda.
Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin
Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda.
Buat Perancangan.
Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda.
Tangani Halangan.
Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman
Anda.
Budaya kerja yang cemerlang adalah satu amalan yang perlu ditanamkan dalam diri setiap manusia untuk
melahirkan individu yang adil, berdisiplin, betanggungjawab
dan disegani oleh setiap individu lain.
Ini bermakna matlamat-matlamat dan prestasi seseorang
boleh diukur.
Nilai kasih sayang,etika agama dan amalan sopan berbuday
a perlu diterapkan sedalam-dalamnya agar anak-
anak akan lahir sebagai insan berkualiti yang berdaya tahan.
Hasilnya anak-anak muda dapat menguasai semua
kemahiran dalam pelbagai bidang dan tugasan.
Pesan Bestari
Sumber
inspirasi
Berkata “TIDAK BOLEH” sebelum
mencuba, dia telah gagal sebelum
berjuang.
Rintihan tidak akan membawa
kejayaan kepada hidup anda.
Anda tidak akan mudah mengaku
kalah dan mengangkat bendera putih.
Semulia-mulia manusia ialah yang
merendah diri ketika berkedudukan
tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Abdul Malik Marwan).