novel renyah (sentuhan baim)

34
Biodata Pengarang GUNAWAN MAHMOOD dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, kemudian di Sekolah Aminuddin Baki dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional, Jakarta (UNAS). Memperolehi PhD melalui tesisnya berjudul ‘Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir Mohamad’ di Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia dengan kerjasama Berkeley International University. Beliau sering memenangi hadiah dalam pelbagai sayembera antaranya hadiah utama cerpen Utusan Melayu-Public Bank 1989, puisi Kebangsaan Hari Merdeka 1989 dan saguhati anugerah novel sejarah kebangsaan 1989. Cerpen beliau ‘Harga Sebuah Kematian’ memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan novel remajanya ‘Tanah Ini’ memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97. Beliau pernah meraih Hadiah Novel Remaja HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) untuk empat tahun berturut; Namaku Ayoko(1993), Renyah(1994), Tanah Ini(1995) dan Cinta Daerah Perjuangan(1996). Dianugerahkan Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor yang pertama, Hadiah Sastera Darul Ta’zim pada 1996. Beliau merupakan penerima anugerah Generasi Baru oleh FELDA pada tahun 2008. Kini beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

Upload: bocha-baim

Post on 27-Jun-2015

342 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kajian bagi novel tingkatan 4 : Renyah

TRANSCRIPT

Page 1: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Biodata Pengarang

GUNAWAN MAHMOOD dilahirkan di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada 29 Januari 1959 dan dibesarkan di Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Felda Ulu Tebrau, kemudian di Sekolah Aminuddin Baki dan Institut Malaysia Johor Bahru sehingga selesai STPM. Melanjutkan pengajian luar kampus di Fakultas Bahasa dan Sastera, Universiti Nasional, Jakarta (UNAS). Memperolehi PhD melalui tesisnya berjudul ‘Pemikiran dalam Sajak-sajak Dr.Mahathir Mohamad’ di Institut Pembangunan dan Pengurusan Antarabangsa Indonesia dengan kerjasama Berkeley International University. Beliau sering memenangi hadiah dalam pelbagai sayembera antaranya hadiah utama cerpen Utusan Melayu-Public Bank 1989, puisi Kebangsaan Hari Merdeka 1989 dan saguhati anugerah novel sejarah kebangsaan 1989. Cerpen beliau ‘Harga Sebuah Kematian’ memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1988/89 dan novel remajanya ‘Tanah Ini’ memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97. Beliau pernah meraih Hadiah Novel Remaja HSKU (Hadiah Sastera Kumpulan Utusan) untuk empat tahun berturut; Namaku Ayoko(1993), Renyah(1994), Tanah Ini(1995) dan Cinta Daerah Perjuangan(1996). Dianugerahkan Hadiah Cipta Karyawan Muda Johor yang pertama, Hadiah Sastera Darul Ta’zim pada 1996. Beliau merupakan penerima anugerah Generasi Baru oleh FELDA pada tahun 2008. Kini beliau bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Johor.

Page 2: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Sinopsis Bab

BAB 1

Datuk Dolhi bingung, sedih dan menyesal apabila mengenangkan 5 orang anaknya yang tidak berminat untuk menyambung tugasnya dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mempunyai seorang isteri iaitu Datin Tominah dan 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. Anak sulungnya, Hasnol seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Amera satu-satunya anak gadis Datuk Dolhi merupakan seorang guru. Tiga anak lelaki yang lain ialah Ilham, Mukhlis dan Dani. Ilham merupakan seorang peminat seni, bergiat dalam bidang sastera dan pencinta alam. Mukhlis pula seorang pandakwah yang tidak bekerja dan Dani merupakan seorang artis. Ketika Datuk Dolhi dan Datin Tominah sedang membincangkan masalah anak mereka masing-masing, tiba-tiba muncul pula Amera. Apabila ditanya tentang hubungannya dengan Robert, Amera menolak dan tidak berkenan dengan lamaran tersebut. Ternyata, keresahan Datuk Dolhi pada petang itu masih belum berakhir.

BAB 2

Albert Lee menelefon Datuk Dolhi dan membincangkan tentang agenda pada petang itu. Mereka bercakap tentang Tuan Syed yang telah ke Kanada kerana projek Hidroelektrik di Kemuning. Prinsip hidup Datuk Dolhi ialah kerja keras. Baginya bekerja keras akan membuatkannya segar dan muda. Orang yang banyak berfikir tidak akan menjadi pelupa dan nyanyuk. Pada waktu petang, Datuk Dolhi berjoging dengan Albert Lee. Sementara itu, Datin Tominah berborak melalui telefon dengan rakan-rakannya yang terdiri daripada datin-datin. Semasa berjoging, Datuk Dolhi dan Albert Lee berbincang tentang keistimewaan kelab-kelab. Mereka juga bercakap tentang hasrat untuk menjodohkan Amera dan Robert dan tentang anak-anak yang tidak ingin terlibat dengan perniagaan. Datuk Dolhi sesak dada ketika berlari dan berhenti rehat.

BAB 3

Suasana agak sibuk di Wisma Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mendapat panggilan telefon daripada Wahi yang berada di Hiroshima. Wahi memberitahu dia tertarik akan cara orang Jepun melayan pelanggan dan cara pembungkusan. Rozie (setiausaha Datuk Dolhi) memberitahu agenda pada hari itu, temujanji dangan Raj Hussein, wakil Romaco Consultan. Pada waktu petang pula ada ceramah mambangunkan usahawan. Sejak akhir-akhir ini, Datuk Dolhi sering memberikan ceramah kepada usahawan muda dan pelajar. Datuk Dolhi imbas kembali tanggapan peserta seminar tentang modal dan perniagaan. Lamunannya terhenti apabila setiausahanya memberitahu Puan Raj Hussein dan Cik Emrita menunggu di ruang tamu. Rozie juga memberitahu Datin Tominah menelefon untuk mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukan Busana Islam. Pada waktu tengah hari, Datuk Dolhi pulang ke rumah. Sambil menunggu makanan dihidangkan, beliau meneruskan pembacaannya.

Page 3: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 4

Datuk Dolhi memberi ceramah kepada para pelajar usahawan muda di Institut Perdagangan Usahawan. Datin Tominah mengajak Datuk Dolhi ke pertunjukan Busana Islam. Datuk Dolhi mengeluh kerana anak-anak tidak berminat dalam bidang perniagaan. Datuk Dolhi mengutamakan barangan tempatan. Datuk Dolhi tidak berminat akan pertunjukan fesyen. Masa dua jam di pertunjukan itu dirasa lama oleh beliau. Datin Tominah berbincang dengan suaminya tentang hasratnya untuk membuka butik busana Islam. Namun begitu, Datuk Dolhi seakan tidak berminat dan tidak yakin akan keupayaan isterinya dan rakan-rakannya. Manakala di luar rumah, Dani sedang memetik gitar. Ilham mencatat sesuatu di meja batu di bawah pohon matsui. Amera berada di ruang tamu sedang menyemak buku anak-anak muridnya. Mukhlis pula sedang beratib di dalam bilik. Datuk Dolhi dan Datin Tominah masuk ke dalam rumah.

BAB 5

Dani dan Ilham berbincang tentang lagu baru yang akan dinyanyikan oleh Dani. Ilham menegur lirik lagu Dani yang dianggap tidak intelektual. Ilham mencadangkan agar Dani mengambil puisi-puisinya supaya dilagukan tetapi Dani menganggap lagu puisi tidak akan maju. Ilham mendeklamasikan sajak Nyanyian Rimba dan sajak ciptaanya sendiri iaitu Tembang Burung-burung. Tiba-tiba Amera datang. Bagi Amera, orang seni hanya kenyang dengan kata-kata tetapi perut lapar. Baginya orang yang membangunkan dunia bukan orang seni tetapi orang sains, ekonomi dan lain-lain. Amera berkelahi dengan Ilham sedangkan Dani buat tidak endah dan terus memetik gitarnya. Amera tidak suka akan sikap Ilham yang tidak bekerja dan mengharapkan orang tua. Bagi Ilham, dia mempunyai perjuangannya sendiri untuk membela alam sekitar demi kesinambungan generasi akan datang. Amera mahu adiknya itu bekerja di syarikat ayahnya. Apabila Amera beredar, lham bercakap pula dengan Dani. Dani tidak mahu campur tangan dalam hal Ilham dan kakaknya. Dia bahagia dengan dunianya sendiri. Ilham berpendapat ‘rockers’ meruntuhkan budaya Melayu. Amera memandang Ilham di taman keseorangan dari jendela.

BAB 6

Pagi minggu Hasnol datang ke rumah Datuk Dolhi tanpa isteri dan anak-anaknya. Datuk Dolhi mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan Hasnol. Datuk Dolhi bertanya Hasnol tentang hasratnya iaitu agar Hasnol mengambil alih syarikat tetapi Hasnol menolak dengan alasan sayang akan pencen dan isterinya yang suka jika dia berkerja sebagai pegawai kerajaan. Datuk Dolhi memaklumkan mungkin perniagaannya akan jatuh ke tangan orang lain jika adik-beradik Hasnol yang lain tidak berminat. Hasnol memberitahu hasratnya untuk meminjam duit sebanyak sepuluh ribu daripada Datuk Dolhi. Albert pernah ingin menjodohkan Hasnol dengan anaknya, Elain. Datin Tominah menghentikan lamunan Datuk Dolhi. Mereka bercakap tentang hasrat Albert yang ingin sangat berbesan dengan mereka. Mungkin ada niat di sebaliknya. Mereka berharap agar Amera mendapat jodoh yang sesuai. Tiba-tiba Datin Tominah menyebut nama Wahi. Baginya Wahi seorang yang agak baik dan menjadi harapan Datuk Dolhi. Namun sepintas kilat Datuk Dolhi melenting. Datin Tominah tidak faham tetapi hanya diam.

Page 4: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 7

Datuk Dolhi menerima faks yang dihantar oleh Wahi. Wahi mencadangkan agar Dolhi-Albert Holding melaksanakan kawalan mutu menyeluruh seperti yang dilakukan di Jepun. Rozie berpendapat rancangan Wahi adalah bijak. Datuk Dolhi mengarahkan Rozie mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan dan pegawai kanan. Datuk Dolhi teringatkan anak-anaknya yang tidak seperti Wahi. Beliau teringatkan Mukhlis. Keadaan Mukhlis yang tidak terurus bersandar di tiang masjid dengan berserban dan berjubah. Beliau teringat pula kepada Wahi. Datuk Dolhi ada rahsia dengan Wahi. Datuk Dolhi yang menyuruh Wahi meningkatkan pengalaman di Jepun. Datuk Dolhi terbayang sejarah negara Jepun dan berpendapat Jepun menang perang ekonomi berbanding negara-negara seperti Perancis, Inggeris dan Soviet. Datuk Dolhi berpendapat orang Islam menganggap Islam cukup sempurna tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menerapkan Islam dalam kehidupan. Rozie memberitahu kehadiran Mukhlis. Datuk Dolhi mengharapkan Mukhlis menjadi eksekutif niaga tetapi Mukhlis menjadi pendakwah. Mukhlis memberitahu hasratnya untuk meminjam wang kerana ingin berdakwah.

BAB 8

Amera memberitahu dia telah terpilih sebagai pendidik terbaik peringkat negeri. Datuk Dolhi mengucapkan tahniah dan tidak teruja dengan berita itu. Mukhlis pulang bersama-sama dengan tiga lagi rakan dakwahnya dengan sebuah kereta Mercedes. Mereka memberitahu Datuk Dolhi bahawa mereka ingin berdakwah bersama-sama kawan-kawannya. Salah seorang rakan Mukhlis ialah Saiful Bahari ialah anak Tan Sri Mokhtar Latif. Ayahnya memberi sokongan akan perjuangan dakwahnya. Bagi mereka kerja sekarang penuh dengan riba dan maksiat. Datuk Dolhi menempelak mereka. Pemuda-pemuda itu meninggalkan rumah Datuk Dolhi dengan perasaan sebal. Mereka gagal memujuk Datuk Dolhi untuk mendapatkan biaya. Mereka bercerita tentang isteri ustaz mereka yang berkahwin lagi dan menceraikan isterinya yang bernama Hanisah. Tuk gurunya berkahwin empat manakala ayahnya masih setia dengan ibunya. Mukhlis terasa tersepit di tengah-tengah. Datuk Dolhi menghadiri majlis anugerah kecemerlangan Amera yang juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas.

BAB 9

Amera mendapat panggilan telefon megucapkan tahniah daripada seseorang yang tidak dikenali. Dia juga mendapat ucapan tahniah daripada Dani dan mendapat sejambak bunga daripada seseorang yang tidak dikenali melalui ‘florist’. Amera menghubungi Mekar Florist yang menghantar bunga itu. Mary memberitahu dia tidak mengenali siapa yang menghantar. Dani mengusik Amera agar Amera tidak memilih kerana nanti jadi andartu. Dani mengajak Datin Tominah menghadiri pelancaran albumnya. Inem, pembantu rumah Indonesia, memohon untuk berhenti kerja daripada Datin Tominah. Datin Tominah ingin mengetahui sebabnya tetapi tidak diberitahu oleh Inem. Seminggu kemudian Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu bahawa Ilham pernah masuk ke biliknya. Inem tidak mahu kemungkaran berlaku, sebab itulah dia berhenti. Datin Tominah runsing kerana sukar mencari pembantu rumah sekarang. Kalau tiada pembantu rumah, dia akan penat dengan kerja dapur. Hasnol telefon untuk meminjam wang. Datin kecewa apabila Hasnol melepaskan gagang telefon selepas dia tidak bersetuju memberikan wang kepada Hasnol.

Page 5: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 10

Berita pernikahan Mukhlis melalui kawannya mengejutkan Datuk Dolhi. Mukhlis yang tidak bekerja tiba-tiba berkahwin merisaukan Datuk Dolhi. Dulu hasnol mengambil keputusan untuk berkahwin dengan isterinya, Linda, juga agak tergesa-gesa. Datin Tominah mengucap berkali-kali apabila mendengar berita itu. Meraka suami isteri inginkan satu majlis perkahwinan yang penuh adat istiadat. Mukhlis berada di Sungai Bakau, perkampungan jemaahnya. Datuk Dolhi bertambah berang apabila mengetahui hal tentang Inem. Ilham berada di Sarawak membentangkan kertas kerja tentang masalah hutan dan isu pembalakan. Dengar ceritanya mereka akan menganjurkan tunjuk perasaan dan akan tinggal bersama-sama orang asli. Datuk Dolhi ada saham dalam syarikat pembalakan itu. Albert Lee menelefon dari Kuching memberitahu dia ternampak Ilham bersama-sama orang asli menghalang penebangan hutan. Albert menyatakan akan bekerjasama dengan pihak polis. Datuk Dolhi mengurut dadanya sebak memikirkan anak-anaknya. Datuk Dolhi teringatkan Wahi yang begitu tekun. Anak muda itu tinggal bersama-sama neneknya setelah ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya. Datuk Dolhi memberikan bantuan kepadanya. Beliau rindu ingin berborak-borak dengan Wahi.

BAB 11

Memandangkan masalah yang timbul disebabkan Ilham, Datuk Dolhi ingin ke Ikebukuro, Jepun tempat Wahi berada. Beliau ingin berehat dan ingin Albert yang mengambil tindakan terhadap masalah yang ada. Datin Tominah terkejut dengan keputusan Datuk Dolhi yang ingin bercuti tiba-tiba. Datuk Dolhi berlepas ke Tokyo malam itu. Beliau ingin mengosongkan fikirannya dan melupakan semua masalah buat sementara waktu. Ketika dalam penerbangan, fikiran Datuk Dolhi menerawang ke zaman silamnya. Sebelum berkahwin dengan Datin Tominah, beliau pernah bercinta dengan Mastura seorang kenalan di kampus. Tetapi malangnya apabila tamat pengajian, beliau dikahwinkan dengan Datin Tominah oleh kedua-dua ibu bapanya. Selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah, Datuk Dolhi berkahwin dengan Mastura secara diam-diam. Beliau memperoleh anak sulung, namun Mastura meninggal. Anaknya tinggal dengan neneknya. Mukhlis sugul kerana tidak disangka Hanisah, janda tuk gurunya, ada tiga orang anak. Dia rasa bebannya kerana terpaksa menjaga anak-anak tirinya. Hanisah ingin Mukhlis bekerja untuk membiayai anak-anaknya. Mukhlis bekerja di kilang dengan gaji lima ringgit sehari. Mukhlis pulang ke rumah dan memohon maaf daripada ibunya. Ibunya menasihati agar Mukhlis menjaga isteri dan anak-anak tirinya dengan baik. Hasnol pula ingin Linda meminta duit daripada bapanya bagi menyelesaikan masalah kewangannya.

Page 6: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 12

Amera ke Kelab Mawar untuk bertemu dengan peminat misteri selama ini. Alangkah terperanjat apabila melihat orang itu ialah Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas, YB Wahab. Mereka berbual pelbagai topik pada malam itu. YB Wahab mempunyai seorang anak berusia dua tahun manakala isterinya sudah meninggal. Apabila pulang, Datin Tominah bertanya kepada Amera tentang pertemuannya dengan peminat misteri. Amera menceritakan kepada Datin Tominah. Amera gelisah bercampur gembira. Kumpulan pemuzik Young Rock Band yang dianggotai oleh Dani akhirnya masuk studio. Album mereka berjudul Rimba Fikiran. Dani meminta ibu dan kakaknya hadir ketika majlis pelancaran nanti. Amera menasihati Dani agar menjaga disiplin dan sentiasa kemas. Bagi Dani, penyanyi rock tidak pelu kemas. Amera diberitahu oleh Dani ada cerita dalam akhbar tentang YB Wahab yang digosipkan dengan seorang guru. Amera rasa cemas dan berdebar menyebabkan Dani hairan. Amera mula berfikir-fikir tentang kesannya jika berhubungan dengan orang politik yang sentiasa sibuk.

BAB 13

Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya. Semasa dalam perjalanan ke tempat penginapan, mereka berborak-borak tentang lagu-lagu Jepun. Datuk Dolhi menyanyikan beberapa buah lagu Jepun yang digemarinya. Datuk Dolhi menginap di Hotel Tokyo Metropolitan. Hotel itulah tempat menginap Datuk Dolhi apabila pertama kali beliau ke negara itu. Ketika Datuk Dolhi merenung ke luar bilik hotel, fikirannya bercelaru memikirkan cara untuk memberitahu Wahi. Beliau tertanya-tanya apakah Wahi sudah tahu hal yang sebenarnya? Malam itu mereka sedang minum di restoran cina, Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa Wahi adalah anaknya. Namun Wahi tidak terkejut kerana dia telah mengetahui melalui neneknya. Datuk Dolhi terasa amat lega. Pagi esoknya mereka berdua bersia-siar di kota dengan menaiki kenderaan awam. Datuk Dolhi meminta Wahi memanggilnya bapak bukannya Datuk. Datuk Dolhi meluahkan rasa kecewa terhadap anak-anaknya kepada Wahi. Beliau memberitahu Wahi bahawa sudah sampai masanya rahsia itu didedahkan. Wahi sanggup menerima apa-apa sahaja tindakbalas daripada Datin Tominah nanti.

BAB 14

Hasnol mengadakan pertemuan sulit dengan tengku Munir di Teratai Inn. Semasa pertemuan itu, Tengku Munir mengugut akan menjadikan hidup Hasnol susah sekiranya Hasnol tidak dapat meluluskan tendernya. Malahan Tengku Munir akan memberikan tiga ratus ribu sekiranya Hasnol berjaya membantunya. Tengku Munir akan menguruskan segala-galanya sekiranya Hasnol bersetuju. Hasnol pulang ke rumah dengan gembira dan menyuruh isterinya merancang percutian mereka memandangkan sudah lama mereka tidak bercuti. Manakala di Sarawak pula pihak berkuasa mencari aktivis barat yang mempengaruhi orang tempatan agar membina benteng manusia untuk menghalang pembalakan. Ilham terus memberi ucapan berapi-api membakar semangat penduduk tempatan. Apabila pihak berkuasa datang, Ilham dan konco-konconya menghilangkan diri. Di rumah Datuk Dolhi pula, Hasnol datang membayar segala hutangnya kepada Datin Tominah yang sebanyak sepuluh ribu. Datin Tominah terkejut.

Page 7: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 15

Albert berbincang bersama-sama keluarganya dan bertanyakan Robert tentang hubungannya dengan Amera. Bagi Albert, perkahwinan anaknya dengan orang Melayu banyak kelebihannya. Antaranya ialah dapat memperbesar empayar niaganya dan anaknya nanti akan jadi Melayu. Albert menyatakan kemusnahan Datuk Dolhi nanti adalah disebabkan oleh anak-anak Datuk Dolhi. Bagi Albert jika Robert berkahwin dengan Amera, mereka berpeluang mengambil alih syarikat memandangkan anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat. Albert juga menyatakan minatnya dalam politik. Malam itu Robert menelefon Amera untuk mengajaknya keluar. Amera menolak dengan alasan ada latihan di sekolah. Robert kecewa.

BAB 16

Datuk Dolhi menyatakan hasratnya untuk bersara kepada Wahi. Beliau ingin Wahi mengambil alih pengurusan syarikat memandangkan anak-anaknya tidak berminat. Wahi mula rasa terbeban akan tindakan anak-anak Datuk Dolhi dan kemarahan Datin Tominah. Wahi memberitahu Datuk Dolhi bahawa dia mempunyai pilihan hati, gadis Jepun bernama Yuka. Yuka telah memeluk Islam dan mempelajari Islam di Kobe. Ayah Yuka pernah terlibat semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Oleb sebab rasa bersalah kerana kekejaman Jepun di Tanah Melayu, Sekate (bapa Yuka) merestui Yuka dan Wahi. Semasa penerbangan pulang, Datuk Dolhi mengenangkan kisahnya dengan Mastura. Datuk Dolhi tahu di pejabatnya nanti bertimbun tugasan yang perlu dibereskan.

BAB 17

Ilham gagal ditangkap oleh pihak berkuasa. Datin Tominah menerima surat daripada Ilham bercop negara Perancis tetapi tiada alamat. Datin Tominah menyatakan isi surat itu kepada Datuk Dolhi dan meminta Datuk Dolhi mencari Ilham, namun tidak diendahkan oleh Datuk Dolhi. Datin Tominah memberitahu Datuk Dolhi bahawa Hasnol telah memulangkan duit sebanyak sepuluh ribu, telah bertukar kereta dan akan bercuti ke Eropah. Datuk Dolhi terkejut. Kisah Mukhlis juga diceritakan kepada Datuk dolhi. Datuk Dolhi hanya menempelak dan tidak berhajat untuk membantu. Dani muncul dengan gaya ‘rocker’nya. Datuk Dolhi hanya menasihati agar Dani tidak terlibat dengan dadah. Datuk Dolhi kesal akan masalah dadah yang tidak pernah selesai. Datuk Dolhi memberitahu Datin Tominah bahawa Wahi akan berkahwin dengan gadis Jepun. Khabar daripada Datuk Dolhi bahawa Wahi adalah anaknya mengejutkan semua orang. Selepas Datuk Dolhi menjelaskan semua perkara kepada keluarganya, baru lapang dadanya. Datin Tominah menyuruh Hasnol meletak jawatan dan masuk ke syarikat tetapi Hasnol tidak berminat. Hubungan Datuk Dolhi dan Datin Tominah menjadi renggang. Datin Tominah bersikap konfrontasi dengan Datuk Dolhi. Dia tidak lagi menjaga makan dan pakai Datuk Dolhi. Datuk Dolhi tidak menghiraukan sikap Datin Tominah. Amera tidak bersetuju dengan sikap emaknya. Dia meminta emaknya berbaik semula dengan ayahnya.

Page 8: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 18

Kehadiran rombongan daripada YB Wahab menggembirakan Datuk Dolhi. Perkahwinan antara Amera dan YB Wahab berjalan lancar. Semasa majlis perkahwinan tersebut, Datuk Dolhi berpeluang bertemu semula rakan lamanya dan pernah tinggal serumah semasa belajar dulu iaitu Ustaz Hashim. Ustaz Hashim memberi khabar keadaan Mukhlis yang tidak terurus dan telah ditinggalkan isterinya setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Kumpulan mereka dalam siasatan pihak berkuasa. Ustaz Hashim dan Datuk Dolhi pergi ke tempat perkumpulan Mukhlis. Tergambar kedaifan tempat tersebut dan tidak terurus. Mereka ke rumah Mukhlis tetapi tidak berpenghuni. Seorang pemuda memberitahu, Mukhlis telah meninggalkan tempat itu dan menjadi tidak siuman kerana menyerang tok gurunya. Penduduk kampung berhampiran juga pernah ternampak Mukhlis menghayun pedang. Datin Tominah hanya mampu menitiskan ari mata.

BAB 19

Hasnol memaklumkan kepada Datin Tominah, dia akan bercuti selama sebulan dan akan ke luar negara. Tengku Munir menelefon Hasnol dengan nada marah. Dia mahu Hasnol meluluskan semua tender yang diserahkan sebanyak 12. Hasnol menjadi serba salah. Memandangkan desakan Linda yang mahu ikut sama bercuti, Hasnol mengambil keputusan tidak menghiraukan permintaan Tengku Munir. Tengku Munir berkunjung ke pejabat Menteri Besar melaporkan rasuah yang telah dilakukan oleh Hasnol. Rumah Datuk Dolhi diserbu oleh pihak BPR. Wisma Datuk Dolhi diserbu wartawan. Telefon pejabat pun ditutup. Amera menelefon. Datin Tominah meminta suami Amera menolong tetapi dia tidak dapat menolong. Amera meminta ibunya mencari peguam yang bagus. Hasnol menelefon. Datin Tominah memujuk Hasnol pulang. Hasnol memberitahu dia terserempak dengan Ilham di London.

BAB 20

Dani yang akan membuat persembahan pentas pada malam itu agak tidak bermaya. Rakannya memaklumkan kepada penganjur bahawa Dani mengambil dadah. Semasa Dani keluar mencari bekalan, dia diekori dan tidak pulang semula untuk membuat persembahan. Penganjur memberitahu penyanyi demam dan mendapat rawatan di klinik. Penonton mengamuk. Polis tiba memaklumkan Dani ditangkap. Sekali lagi berita tersiar di akhbar. Datin Tominah hanya menangis. Dia berasa ingin lari sahaja dari tempat itu. Jualan album kumpulan Dani terjejas ekoran peristiwa itu. Kumpulan mereka juga digam oleh RTM. Kumpulan Young Rock Band menendang Dani daripada kumpulan mereka. Hasnol pulang untuk membersihkan namanya. Dia ditangkap di lapangan terbang.

BAB 21

Ilham mendalangi tunjuk perasaan di London anjuran Pertubuhan Alam Sekitar Sedunia. Dia tidak takut tindakan kerajaan Malaysia terhadapnya dan tetap menentang walaupun ayahnya sendiri terlibat sama dengan syarikat pembalakan. Albert Lee sangat marah dan akan mengambil tindakan. Apabila diberitahu Wahi adalah anak Datuk Dolhi, Albert Lee rasa tergugat kerana dia maklum akan kehebatan Wahi.

Page 9: Novel Renyah (sentuhan Baim)

BAB 22

Wahi akan pulang bersama-sama isterinya. Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarahkan bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi menjamin Dani dan akan memasukkannya ke pusat serenti. Wahi pulang ke Malaysia dan disambut Datuk Dolhi, Datin Tominah, Hasnol, Amera dan Dani. Ketika mereka makan malam sekeluarga, Datuk Dolhi menerima panggilan telefon menyatakan Mukhlis kemalangan.

BAB 23

Selepas sembuh, Mukhlis dimasukkan ke wad sakit jiwa. Dani pula akan dimasukkan ke pusat pemulihan apabila kesnya selesai di mahkamah. Kumpulan rocknya digantung persembahan di televisyen. Dalam mesyuarat lembaga pengarah syarikat, Datuk Dolhi mengumumkan bahawa Wahi akan menggantikan tempatnya. Albert keluar dari bilik mesyuarat. Albert Lee yang tidak berpuas hati menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang menyebabkan syarikat mereka merosot. Hubungan persahabatan Albert dan Datuk Dolhi renggang.

BAB 24

Datuk Dolhi lega. Yuka ditugaskan di bahagian sumber manusia. Datin Tominah membatalkan niatnya untuk membuka Butik setelah ditanya Datuk Dolhi. Datuk Dolhi mencadangkan kepada Datin Tominah untuk mengerjakan umrah dan ziarah. Datuk Dolhi mencari ketenangan dengan mengenang anaknya satu persatu. Anak-anak yang tinggal dengannya diberi pendidikan sempurna dan dilimpahi kemewahan. Berbanding Wahi yang hidup serba sederhana tetapi menjadi pemuda yang berjiwa kental. Dia berharap agar segala kesilapan akan memantapkan peribadi bagi meneruskan perjuangan hidup.

Page 10: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Tema

Tema novel ialah ketabahan menghadapi masalah dalam keluarga. Cerita yang berkisar dalam kehidupan Datuk Dolhi dan keluarganya. Dalam meneruskan kelangsungan dunia perniagaan yang diterajuinya, sehingga dia menjadi seorang tokoh korperat yang berjaya dan disegani, Datuk Dolhi menghadapi pelbagai ragam dan karenah anak-anaknya. Beliau mahukan yang terbaik buat anak-anak namun sebaliknya yang berlaku apabila anak-anaknya terlibat dengan pelbagai salah laku. Beliau begitu tabah menghadapi setiap karenah anak-anaknya daripada masalah Hasnol yang terpalit dengan rasuah sehingga kepada Dani yang bergelumbang dengan najis dadah.

Page 11: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Persoalan

1) Kegigihan dalam berniaga. Datuk Dolhi begitu gigih meneruskan perniagaannya sehingga menjadi tokoh koperat yang berjaya. Dia menjalankan perniagaannya secara usahasama dengan Albert Lee. Dia berharap agar salah seorang daripada anaknya meneruskan usahanya itu namun hasratnya gagal kerana anak-anaknya tidak berminat.

2) Kepentingan ilmu. Datuk Dolhi tidak pernah puas mencari ilmu. Dia banyak membaca untuk menambah pengetahuannya. Dia menggunakan bahan dan maklumat daripada pembacaannya untuk digunakan dalam ceramahnya.

3) Kasih sayang sesama ahli keluarga. Walaupun anak-anaknya terlibat dengan pelbagai masalah namun kasih sayang Datin Tominah tidak pernah luntur terhadap anak-anaknya. Dia cuba sedaya upaya memujuk suaminya agar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

4) Pengaruh ajaran Islam yang menyimpang. Mukhlis cuba mendalami ajaran agama akhirnya terperangkap dan terikut-ikut dengan ajaran songsang. Dia akhirnya mengalami tekanan sehingga menjadi kurang siuman.

5) Penyalahgunaan dadah dalam kalangan generasi muda. Dani anak bongsu Datuk Dolhi, merupakan seorang penyanyi rock telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Dia akhirnya ditahan pihak berkuasa dan menjalani pemulihan.

6) Sikap tamak yang akhirnya membinasakan. Anak sulung Datuk Dolhi iaitu Hasnol telah terlibat dengan salah laku rasuah kerana tamak dan ingin hidup mewah. Dia akhirnya menyedari kesilapannya dan cuba untuk membetulkan kesilapannya itu.

7) Cinta akan alam sekitar. Ilham seorang penggiat seni dan pencita alam sekitar. Namun, minat dan kecederungan Ilham tidak kena tempatnya. Ilham terlibat menentang aktiviti pembalakan di Sarawak dan memperdaya orang Sarawak melakukan tunjuk perasaan. Ilham akhirnya menjadi pelarian kerana diburu oleh pihak berkuasa.

8) Menghargai barangan tempatan. Datuk Dolhi suka memakai batik dan menaiki kereta Limosin Saga apabila menghadiri majlis rasmi.

9) Minat dan kecenderungan seseorang tidak dapat diubah. Anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat melibatkan diri dalam dunia perniagaan kerana ingin mengikut minat masing-masing.

10) Harapan seorang ayah. Datuk Dolhi amat mengharapkan agar anak-anaknya dapat menceburi dalam bidang perniagaan dan mengambil alih syarikatnya.

Page 12: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Watak Utama

1) Datuk Dolhi

Suami kepada Datin Tominah.

Bapa kepada Hasnol, Mukhlis, Amera, Ilham, Dani dan Wahi.

Rakan niaga Albert Lee

Bijak dalam menguruskan perniagaan. Datuk Dolhi menghantar Wahi belajar ke Jepun untuk mendapatkan pengetahuan tentang teknologi dan sistem pengurusan Jepun.

Penyayang. Datuk Dolhi begitu menyayangi kesemua anaknya dan dia amat risau memikirkan masa depan mereka. Hal ini jelas dapat digambarkan apabila Datuk Dolhi teringat kepada sebuah buku yang bertajuk ‘Surat-surat Seorang Usahawan Kepada Puteranya’. Ketika itulah Datuk Dolhi teringat akan anak-anaknya.

Jujur dan amanah. Datuk Dolhi tidak akan menggunakan duit syarikat untuk kepentingan peribadi. Contohnya, ketika Mukhlis datang ke pejabat Datuk Dolhi untuk meminjam wang, begitu juga Hasnol pulang ke rumah untuk meminjam wang sebanyak RM10 000, Datuk Dolhi tidak memberikan wang tersebut kepada Mukhlis dan Hasnol.

Bersifat patriotik. Datuk Dolhi menggunakan Limousin Saga serta memakai batik Kelantan di majlis-majlis tertentu.

Rajin membaca. Datuk Dolhi sering membaca buku yang ditulis James P.Womack, Daniel T.Jones, Daniel Roos dan Robert H.Schaffer lebih-lebih lagi sebelum menyampaikan ceramah atau membentangkan kertas kerja.

Seorang yang bertanggungjawab. Beliau telah membiayai Wahi, anaknya bersama Mastura, walaupun setelah Mastura telah meninggal dunia setelah melahirkan Wahi.

Penyabar. Beliau tidak memaksa mana-mana antara anaknya untuk menyertai Dolhi-Albert Holding. Tetapi dia sentiasa berusaha untuk memujuk anak-anaknya untuk meneruskan legasinya.

Page 13: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Watak Sampingan

1) Amera

Berkaliber. Amera dianugerahkan pendidik terbaik seluruh negeri atas kecemerlangan perkhidmatannya.

Sopan santun. Robert Lee tertarik akan Amera kerana kecantikan, budi bahasa dan sopan santunnya.

Berdedikasi. Menganggap tugasnya sebagai pendidik ialah mendidik anak bangsa supaya menjadi orang berguna.

2) Wahi

Anak Datuk Dolhi dengan Mastura

Dibesarkan oleh neneknya setelah ibunya meninggal.

Bijak dan cekap bekerja. Datuk Dolhi mengakui bahawaWahi seoang yang bijak dan cekap.

Baik hati. Tidak pernah berdendam kepada bapanya atas apa yang pernah dilalui ibunya dahulu.

Rajin. Minat membaca untuk meluaskan ilmu pengetahuan.

Bertanggungjawab. Wahi menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan oleh Datuk Dolhi walaupun berada di Jepun.

Berbudi bahasa. Menjadi orang kesayangan dan kepercayaan Datuk Dolhi kerana sikapnya yang bebudi bahasa, berhemah dan berdiplomasi oleh orang lain.

3) Hasnol

Tidak berani menghadapi cabaran. Hasnol tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam bidang perniagaan kerana dia tidak mahu menghadapi risiko dan cabaran dalam bidang tersebut.

Keras hati. Tidak mahu meceburi bidang perniagaan walaupun telah dipelawa oleh Datuk Dolhi berkali-kali.

Tidak tegas. Sebagai suami, Hasnol tidak bersikap tegas kerana sering tunduk dengan kemahuan isterinya.

Biadap. Ada ketika Hasnol bersikap biadap terhadap ibunya. Contohnya, dia menghempaskan telefon kerana marah apabila ibunya tidak dapat memberinya duit.

Boros. Sering dihimpit masalah kewangan sehingga sering meminjam wang ibu bapanya kerana terikut-ikut dengan gaya hidup yang mewah.

Page 14: Novel Renyah (sentuhan Baim)

4) Mukhlis

Mempunyai sifat belas kasihan. Mukhlis berasa kasihan terhadap Hanisah yang telah diceraikan oleh tok gurunya, dan kemudian Mukhlis mengahwini Hanisah pula.

Mengalami tekanan mental. Mukhlis telah cuba menyerang tok gurunya kerana berasa tertipu dan tertekan untuk menyara kehidupannya bersama Hanisah dan tiga orang anak tirinya.

Berprasangka buruk. Enggan bekerja di firma bapanya kerana menganggap perniagaan bapanya dipenuhi riba dan bersifat sekular.

Jahil tentang agama. Terikut-ikut dengan golongan pendakwah songsang.

Biadap. Berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu bapanya.

5) Ilham

Berbakat. Penyair dan penulis berbakat dan bijak mencipta sajak.

Pencinta dan pejuang alam sekitar. Ilham telah menghasut orang asli di pedalaman Sarawak untuk mebuat benteng manusia untuk menghalang aktiviti pembalakan.

Malas berusaha. Sering mengharapkan kewangan ibu bapa.

Biadap. Dia bersikap biadap terhadap bapanya apabila berbincang tentang alam sekitar. Ilham juga menceroboh masuk ke bilik Inem, pembantu rumah Datuk Dolhi.

Pengkhianat negara. Dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu alam sekitar. Dia juga mengaku bahawa dia ialah warga dunia.

6) Dani

Liar. Bergaul dengan orang-orang yang merosakkan akhlaknya.

Mudah terpengaruh. Terikut-ikut dengan budaya kuning.

Tidak berpandangan jauh. Tidak memiliki ilmu mendalam dan ditangkap polis kerana terlibat dengan dadah.

7) Albert Lee

Penyayang. Walaupun sibuk bekerja beliau tetap meluangkan masa untuk bermesra dengan isteri dan anak-anaknya.

Berpandangan jauh. Berhasrat memperteguh empayar perniagaan. Merancang mengawinkan dua orang anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi Hasnol dengan Elaine dan Amera dengan Robert Lee, walaubagaimanapun anak-anak Datuk Dolhi tidak berminat terhadap cadangan tersebut.

Page 15: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Minat membaca. Robert pernah memuji Albert Lee kerana sempat membaca peribahasa dalam sibuk-sibuk menganalisis kewangan.

8) Datin Tominah

Sibuk dengan aktiviti sosial kumpulan Datin-Datin. Datin Tominah merancang untuk menubuhkan butik bersama rakan-rakannya di kelab Datin-Datin.

Mementingkan kecantikan. Datin Tominah sentiasa kelihatan cantik.

Prihatin terhadap anak-anak. Datin Tominah sentiasa mengambil tahu hal anak-anaknya dan cuba membantu mereka apabila mereka dalam kesusahan.

Page 16: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Latar

Latar Tempat

1) Pejabat Datuk Dolhi

Merupakan tempat Datuk Dolhi menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings. Selain itu, Mukhlis datang ke situ untuk meminta wang daripada Datuk Dolhi untuk pergi berdakwa.

2) Rumah Datuk DolhiDatuk Dolhi, isterinya Datin Tominah dan anak-anaknya Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlis serta Dani tinggal di sini. Rumah ini juga merupakan tempat Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya.

3) Pedalaman SarawakMerupakan tempat Ilham menghasut orang-orang Penan supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.

4) Lapangan Terbang NaritaTempat ketibaan Datuk Dolhi dan disambut Wahi bersama seorang rakannya yang berbangsa Jepun.

5) Perkampungan jemaah Kampung Sungai BakauMerupakan tempat tinggal Mukhlis dan isterinya, Mastura yang merupakan janda kepada tok gurunya. Mastura mempunyai tiga anak bersama tok gurunya.

6) Kelab MawarMerupakan tempat Amera bertemu dengan peminat misterinya iaitu YB Wahab.

7) Teratai InnMerupakan tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya.

Page 17: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Latar Masa

1) Zaman 1990-anKisah ini berlaku sekitar awal tahun 1990-an. Datuk Dolhi menyuruh Rozie mencarikan teks ucapan Perdana Menteri untuk dijadikan bahan ceramah. “Rozie… dapatkan ucapan PM bertajuk ke Arah Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang Berdaya Tahan.” “Sudah lama, datuk?”“Tak lama juga, di PWTC. Agak-agak bulan Januari 1992.”

2) PagiHasnol datang menemui Datin Tominah untuk meminjam wang pada pagi minggu.

3) PetangDatuk Dolhi dan Albert Lee berjoging di Bukit Serakah.

4) MalamMukhlis pulang ke rumah menyatakan kekesalan atas tindakannya menyertai kumpulan dakwah songsang dan berkahwin dengan Hanisah.

Latar Masyarakat

1) Masyarakat pendakwah agama Islam songsangMukhlis dan Saiful Bahari antara masyarakat pendakwah yang tidak mempunyai pekerjaan. Mereka menjalani kehidupan daif di Kampung Sungai Bakau.

2) Masyarakat usahawanDatuk Dolhi, Albert Lee, Syed Syawal dan Datuk Meon merupakan usahawan berjaya.

3) Masyarakat elitKeluarga Datuk Dolhi termasuk dalam masyarakat elit dan hidup dalam keadaan yang senang.

4) Masyarakat majmukDolhi-Albert Lee Holding menggambarkan wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.

5) Masyarakat yang berilmu pengetahuan. Datuk Dolhi mempunyai ilmu pengetahuan yang luas kerana dia rajin membaca buku.

6) Masyarakat yang tamak. Tengku Munir telah memberi rasuah kepada Hasnol agar Hasnol meluluskan kesemua tender Tengku Munir. Tetapi hanya beberapa sahaja yang diluluskan. Lalu, Tengku Munir telah menuduh Hasnol terlibat dengan kegiatan rasuah.

7) Masyarakat yang mementingkan diriDatin Tominah tidak mahu membantu Mukhlis walaupun Mukhlis telah menyatakan kekesalannya.

Page 18: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Plot

Permulaan

Datuk Dolhi resah apabila mengenangkan lima orang anaknya tidak berminat untuk melibatkan diri dalam perniagaan bagi menggantikan tempatnya dalam syarikat Dolhi - Albert Holding. Hasnol memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat mementingkan kedudukannya sebagai pegawai tinggi dan kuasa yang ada padanya. Amera amat mencintai bidang perguruan. Ilham pula merupakan penyair, penulis dan aktivitis alam sekitar. Mukhlis terlibat dengan sebuah pertubuhan dakwah Islamiah songsang dan tidak mahu bekerja. Dani berminat dalam bidang muzik, menjadi penyanyi sebuah kumpulan muzik ‘rock’ dan akan merakamkan lagu. Datuk Dolhi dan Albert Lee menjalankan pelbagai jenis perniagaan melalui syarikat Dolhi - Albert Holding. Anak Albert Lee iaitu Robert Lee turut terlibat dalam perniagaan itu. Albert Lee ingin memperkukuh kedudukan keluarganya dalam Dolhi – Albert Holding dengan berhasrat untuk menjodohkan Robert Lee dengan Amera. Datuk Dolhi mempunyai seorang anak lelaki bersama isteri keduanya yang telah meninggal dunia. Kesibukan Datuk Dolhi sebagai usahawan. Dia memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara untuk mencari rakan kongsi, mencari peluang perniagaan di luar negara dan memberikan ceramah kepada usahawan muda. Gambaran kehidupan para datin. Datin Tominah dengan beberapa orang datin yang lain mengadakan pertemuan untuk membincangkan penubuhan kelab baharu yang berfungsi menjaga kepentingan datin dan memulakan perniagaan butik busana Islam.

Perkembangan

Cerita berkembang dengan beberapa peristiwa antaranya Datuk Dolhi keluar joging bersama Albert Lee yang memperlihatkan hubungan rapat mereka berdua sebagai ‘partner-niaga’. Seterusnya Datuk Dolhi pulang sebaik selesai memberi ceramah dan seminar yang diadakan di beberapa tempat dalam usaha berkongsi ilmu, menyuntik semangat demi hasratnya mahu melihat lebih ramai bangsa Melayu yang terlibat dalam dunia korporat yang menjanjikan pulangan lumayan dan kekayaan. Ilham mencadangkan Dani menerbitkan lagu yang mempunyai ilmu supaya dapat mengajak masyarakat berfikir. Hasnol menegaskan pendiriannya mahu terus berkhidmat sebagai pegawai kerajaan. Mukhlis datang ke pejabat untuk meminjam wang daripada ayahnya untuk berdakwah. Datuk Dolhi tidak memberinya. Amera memberitahi yang dirinya terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri dan berharap ayahnya hadir dalam majlis penyampaian anugerah tersebut.

Perumitan

Konflik terjadi apabila Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyimpang dari landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung tidak mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera. Amera tertanya-tanya siapakah peminat misteri yang mengiriminya kad dan jambangan bunga. Inem pembantu rumah Datuk Dolhi memaklumkan mahu berhenti kerja secara tiba-tiba. Seminggu selepas itu, Datin Tominah menerima surat daripada Inem memberitahu Ilham telah beberapa kali cuba menceroboh masuk ke biliknya. Datuk Dolhi terkejut apabila diberitahu anaknya, Mukhlis telah berkahwin secara senyap-senyap dengan bekas isteri tok gurunya. Anaknya itu kini dikatakan tinggal di Kampung Sungai Bakau, tempat perkampungan jemaah dakwahnya. Datuk Dolhi menjadi bertambah bimbang apabila diberitahu oleh Albert bahawa Ilham ada bersama-sama orang asli mahu membuat benteng manusia bertujuan menghalang kerja-kerja pembalakan. Hasnol menemui Tengku Munir di Teratai Inn. Tengku Munir mahu Hasnol mempengaruhi jabatan tender agar

Page 19: Novel Renyah (sentuhan Baim)

meluluskan permohonannya untuk projek Jambatan Kota. Sebagai imbuhannya, Hasnol bakal diberi sagu hati sebanyak RM300 ribu yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank luar Negara. Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi merupakan anak kandungnya daripada isteri keduanya. Berita tersebut amat mengejutkan isteri dan anak-anak Datuk Dolhi sehingga Datin Tominah bersifat dingin terhadap suaminya.

Puncak Cerita

Datuk Dolhi diberitahu oleh Ustaz Wahab mengenai keadaan Mukhlis yang hidup menderita. Mukhlis tidak siuman selepas menyerang tok gurunya kerana marah isterinya lari meninggalkannya dan kembali semula ke pangkuan bekas suaminya. Hasnol yang melarikan diri ke London memberitahu ibunya melalui telefon, bertemu Ilham di sana. Ilham menjadi buruan polis akibat aktivi-aktiviti rusuhan yang dilakukannya. Dani pula tiba-tiba gagal membuat persembahan sulungnya kerana ‘ketagih’. Dia ditangkap polis ketika sedang berurusan mendapatkan dadah. Mukhlis hampir gila, Ilham menjadi buruan pihak berkuasa, manakala Hasnol dan Dani bakal dibicarakan di mahkamah.

Peleraian

Hasnol dibebaskan dengan jaminan dan diarah bercuti sehingga siasatan selesai. Datuk Dolhi terpaksa menjamin Dani dan bercadang untuk memasukkannya ke pusat serenti. Mukhlis yang kemalangan ketika merayau-rayau dimasukkan ke hospital dan dilaporkan semakin sembuh. Datuk Dolhi bercadang untuk memasukkan Mukhlis ke pusat rawatan mental. Wahi pulang berkursus dari Jepun bersama isterinya, Yuka. Kepulangan mereka disambut mesra oleh semua ahli keluarga Datuk Dolhi termasuk Datin Tominah. Pengumuman Datuk Dolhi bahawa Wahi akan menggantikannya sebagai Pengarah Urusan, disambut rasa syukur oleh semua ahli syarikat, kecuali Albert Lee yang bertindak keluar dari syarikat. Hubungan Datuk Dolhi dengan Albert Lee mulai renggang. Datuk Dolhi menarik nafas lega kerana masalah-masalah yang dihadapi beransur pulih, beliau bercadang untuk berehat dan ke Tanah Suci, Mekah bersama Datin Tominah.

Page 20: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Teknik Penceritaan

1) Teknik PemerianTeknik yang menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran, ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu.

Pengarang menggambarkan Datin Tominah berbual dan menghubungi beberapa orang datin seperti Datin Atikah, Datin Salmah dan Syarifah Wafa.(Hal.17)

2) Teknik DialogDialog adalah perbualan di antara watak.

“Siapa yang akan menyambung perniagaan abang, Tom?” Datuk Dolhi mengeluh.(Hal.2)

3) Teknik Imbas kembaliTeknik yang digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami watak.

Datuk Dolhi teringat kembali ketika Hasnol lahir dia masih menjadi pegawai kerajaan bertugas sebagai Pengarah Jabatan. Ketika itu dia berdoa agar suatu hari Hasnol akan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik.(Hal.3)

4) Teknik KonflikKonflik merupakan pertentangan pendapat, idea, sikap, fikiran dan emosi sama ada sesama watak, dalam diri watak atau persekitarannya

Datuk Dolhi beranggapan aktiviti anak-anaknya itu menyinggung dari landasan sebenar, sia-sia serta tidak berfaedah. Kesemua mereka langsung tidak mahu terlibat untuk membantu tenaga dalam perniagaan bapa mereka melainkan hanya tahu meminjam dan meminta wang sahaja kecuali Amera.(Hal.2)

5) MonologMenggambarkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka.

Datuk Dolhi bagaikan ingin menulis surat yang panjang lebar kepada anak-anaknya untuk berpesan supaya mereka meninggalkan kerja mereka yang tiada jaminan masa depan kepada dunia perniagaan yang lebih cemerlang.(Hal.107)

6) Teknik kejutanTeknik yang memberi kejutan apabila berlaku peristiwa di luar jangkaan.

Keputusan Albert Lee keluar daripada rakan kongsi Syarikat Dolhi Albert Holding bersama Robert sebaik saja Datuk Dolhi mengumumkan pelantikan Wahi sebagai Pengarah Urusan menggantikan beliau.(Hal. 213)

Page 21: Novel Renyah (sentuhan Baim)

7) Teknik saspensPeristiwa cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pebaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Amera mendapat jambangan bunga daripada peminat misterinya. Dia tertanya-tanya siapakah sebenarnya pengirim bunga itu. (Hal. 91-92)

8) Teknik imbas mukaPengarang memberikan bayang-bayang peristiwa yang bakal berlaku kepada pembaca.

Datuk Dolhi percaya Wahi diramalkan mampu menjadi pengurus yang baik beberapa tahun yang akan datang.(Hal. 27)

Page 22: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Gaya Bahasa

1) Bahasa Asing Bahasa Inggeris

Rock of the year.(Hal.125)Confirm(Hal.123)Hard rock dan heavy metal.(Hal. 123)

Bahasa Jepun.“Konbanwa!”“O genki desu ka?”“Genki desu…”“Dozo…” (Hal. 113)“Ohaiyo gozaimasu”(Hal. 128)“Wakaretemo sukina hito”(Hal 138)

Bahasa Arab Ana, anta, assalamualaikum, astagfirullah, Insya-Allah, Masya-Allah, rahmatullah.

2) Peribahasa Lembut gigi daripada lidah.(Hal.14) Kalau tak ada sebab takkan tempua bersarang rendah.(Hal.63) Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.(Hal.89) Kalau guru kencing berdiri, anak-anak murid kencing berlari.(Hal.89) Hangat-hangat tahi ayam.(Hal. 99) Ditatang bagai minyak yang penuh.(Hal.100) Seperti bulan jatuh ke riba.(Hal.181)

3) Personifikasi …menggigit kulit(Hal.20) …diperhatikan oleh matahari senja(Hal.21-22) Neon di dalam kaca sudah mempamerkan wajahnya.(Hal.24) Jip warna hitam membelah senja yang kian kelabu.(Hal.24) …digigit oleh cuaca sejuk.(Hal.127) …lopak-lopak menyambut kedatangan mereka.(Hal.184)

4) Simile …macam budak-budak baru masuk universiti.(Hal.23) Bibir tuanya seperti sagu pecah.(Hal.39) Peluh seperti air mata yang keluar dari liang-liang batu.(Hal.20) Guru seperti lilin membakar diri.(Hal.89)

5) Metafora …memutarkan filem kenangan.(Hal.3) …Rimba Fikiran.(Hal. 123) …menerjang dinding fikiran.(Hal.196)

6) Sinkof bang - abang

Page 23: Novel Renyah (sentuhan Baim)

mak - emak pak - bapak dah - sudah mau - mahu tak - tidak

7) Hiperbola …menjamu mata dengan kehijauan bukit bukau yang saujana mata memandang.

(Hal.19)

Page 24: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Nilai

1) Kasih Sayang. Datuk Dolhi sentiasa risau akan kegiatan Mukhlis, Ilham dan Dani yang dirasa tidak ada masa depan.

2) Tanggungjawab. Datuk Dolhi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberi keperluan dan pendidikan kepada anak-anaknya termasuklah Wahi yang tinggal bersama neneknya.

3) Berdikari. Wahi pandai berdikari dan bijak walaupun tidak dibesarkan oleh ibu bapanya sejak kecil.

4) Hormat-menghormati. Wahi menghormati Datuk Dolhi sebagai ketua dan patuh kepada semua arahan Datuk Dolhi

5) Sabar. Datuk Dolhi sabar dengan karenah anak-anaknya yang masing-masing tidak mahu menceburi bidang perniagaan.

6) Gigih. Amera seorang yang gigih menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru sehingga dia terpilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Peringkat Negeri.

7) Patriotik. Datuk Dolhi mengenakan batik kelantan semasa menghadiri pertunjukan fesyen Busana Islam bersama-sama isterinya, Datin Tominah.

8) Rajin. Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah ilmu pengetahuannya.

Page 25: Novel Renyah (sentuhan Baim)

Pengajaran

1) Kita hendaklah memberikan perhatian dan didikan yang baik kepada anak-anak sejak mereka kecil.Lima orang anak Datuk Dolhi tidak diberi perhatian secukupnya sejak kecil lagi kerana Datuk Dolhi sibuk menguruskan syarikatnya manakala isterinya, Datin Tominah sentiasa keluar bersama datin-datin lain.

2) Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi dengan sedaya-upaya.Wahi diberi peluang menimba ilmu di Jepun selama empat tahun. Dia telah memanfaatkan ilmu itu dengan mengaplikasikan ilmu yang diperoleh itu dalam Syarikat Dolhi-Albert Holding. Walaupun di Jepun, dia tetap menyediakan dan menghantarkannya kepada Datuk Dolhi dari Jepun.

3) Kita perlulah rajin membaca buku-buku ilmiah.Datuk Dolhi rajin membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan memantapkan idea ketika memberikan ceramah.

4) Janganlah kita mencemarkan nama baik negara.Ilham menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia kerana dia memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan dan pelestarian alam sekitar.

5) Kita mestilah sabar menghadapi cabaran.Datuk Dolhi sentiasa menghadapi masalah daripada anak-anaknya. Contohnya, Dani yang telah terlibat dengan dadah telah dijamin Datuk Dolhi dan kemudian Dani dimasukkan ke pusat serenti.

6) Janganlah kita melibatkan diri dalam gejala sosial.Hasnol dan Dani ditahan polis kerana terlibat dalam menerima rasuah serta penyalahgunaan dadah. Perbuatan mereka telah menyusahkan keluarga serta menjejaskan reputasi Datuk Dolhi dan syarikatnya.